Tuesday, September 24, 2024

RAPUH 16

 

MELIHAT darah merah yang mengalir daripada luka di badan abangnya, membuatkan Fuzah kaku.  Sekujur tubuhnya menggeletar.  Dia kehilangan seluruh tenaga.  Tak mampu digerakkan walau sebatang jari.  Air mata terus mengalir walau tanpa tangis. 

“Fuz?”  Serunya antara dengar dan tidak.  Masih terpaku di situ.  Tanpa berbuat apa. 

Pandangan mereka bertaut.  Tetapi, mata abangnya sudah tidak bercahaya.  Hanya ada air mata yang masih mengalir.  Tiada juga suara.  Hinggalah dia terdengar suara yang gamat.  Walau tubuhnya disapa seseorang,  pandangan itu masih melekat pada raut abangnya yang dikerumuni pasukan beruniform. 

Dia masih merenung kosong walaupun dibawa pergi.  Entah bila dia sudah berada di hospital, dia tak pasti.  Yang dia sedar, hanyalah setelah mendengar raungan mama.  Seperti menerima tamparan yang maha dasyat.  Dia toleh.  Mama ada dalam pelukan ayah.  Dia bangkit, mendekati walau dilarang oleh pengasuhnya. 

Sebaik sahaja dia pegang tangan mama dan ayah, dua pasang mata itu terus jatuh padanya.  Sama seperti tadi, dia tak sedar bila dia jatuh tersungkur di lantai hospital yang dingin.  Dia hanya sedar bila dirasakan pipinya pedih.  Ayah tunduk mencekak leher baju-T yang dipakainya. 

Fuzah kerut dahi.  Tidak mengerti malah kehilangan segala kata. 

“Patutnya kau.  Patutnya kau.  Bukan Mahfuz!”  Jerit ayah. 

Dahi Fuzah berkerut.  Mindanya seperti telah tertutup, masih tidak memahami apa yang sedang berlaku.  Dia sedar, ada darah mengalir pada bibirnya.  Dia dapat rasakannya dengan hujung lidah.

Tetapi, rasa metalik darah itu tidak dihiraukannya. Renungan tajam ayah yang sedang memandang Fuzah, seperti mampu membunuhnya.

“Kenapa bukan kau aje yang mati!”  Jerit ayah lagi.

Sama seperti tadi, Fuzah hanya memandang ayah dan mama dengan pandangan kosong.  Otaknya masih keliru.  Malah, susuk tubuh halus anak seusia 12 tahun itu, seperti telah kehilangan deria. 

Tidak sakit.

Tidak mengerti.

Tiada juga kesedihan.

Segalanya kosong.

*****

FUZAH membuka mata bila dia terdengar ada suara yang memanggilnya.  Sama seperti pagi tadi, wajah lelaki itu menyapanya, jelas kerisauan di wajahnya. 

“Berapa kali awak panggil saya kali ini?”  Soalnya, sekadar berjenaka.  Seraya memicit batang hidung.  Kepalanya sedang berdenyut. 

Luth kerut dahi.  Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat gurauan.  Malah, tempat ini telah menjadi saksi di mana, Fuzah terkulai dengan darah merah mengalir laju daripada hidungnya. Wanita ini tak tahu perasaannya kala itu.  Sekujur tubuhnya menggigil menyaksikan semua itu.

“Saya panggil sekali aje.” Luth tetap memberi jawapan dengan nada serius.  Kemudian, dia menjauh.  Membiarkan Fuzah keluar daripada perut kereta dengan selesa. 

Fuzah membetulkan pakaiannya. Mencapai beg dan bersedia untuk melangkah masuk.

“Saya tak pasti lagi sampai jam berapa.  Nanti saya call…”

“Cik puan nampak tak sihat.  Saya ikut sekali,” ujar Luth. 

“Saya okey.  Awak tunggu dekat bawah aje.  Nanti saya call.”  Fuzah terus berlalu dengan langkah kemas masuk ke hotel menuju terus ke Mosaic Restaurant. 

Luth hanya memerhati wanita itu hinggalah kelibatnya hilang daripada pandangan mata.  Dia lepas nafas pendek.  Mudah sungguh dia dibalun risau kepada wanita ini. Gamaknya, kerana pertemuan pertama mereka dalam keadaan demikian, menjadikan dia seringkali gundah bila menyeru nama wanita itu dan tiada sahutan yang menyahut.

Fuzah yang sudah ke dalam restoran itu mendekati Dato’ Lah.  Lelaki yang seusia ayah itu tersenyum manis. Dia labuhkan duduk. 

“Maaf terlambat Dato’. Saya daripada Morib,” jelasnya walaupun rasanya dia sudah awal sepuluh minit daripada masa yang dijanjikan.

“Fuzah tak lambat.  Uncle yang awal.”  Dato’ Lah senyum. 

Fuzah labuhkan duduk dan tak lama seorang pelayan menghampiri. 

Hot black coffee.  Make it extra strong,” pesan Fuzah. 

“Kenapa tak minum yang manis sikit?” 

Fuzah tidak menjawab.  Dia hanya senyum. 

“Saya minta maaf sebab tak jadi jumpa Dato’ hari tu.  Ada kejadian tak dapat nak dielakkan.” Itu sahaja kenyataan yang boleh diberitahu. Dia sendiri tersedar bila dah berada di katil hospital. 

Yang pastinya tiada siapa boleh tahu termasuk lelaki tua dia hadapannya ini. 

“Tak apa. Uncle faham.  Biasalah… Fuzah mesti sibuk sejak ambik alih Mahazera.  Cuma itulah, hari tu Adrian memang dah tak sabar nak jumpa Fuzah.  Walau pernah kenal masa kecil, tapi dah lama tak jumpa Fuzah.  Bila uncle cakap nak pinang Fuzah untuk dia… tak tidur malam budak tu.” Dato’ Lah ketawa kecil. 

Fuzah koyak senyum tawar. Dia sendiri sudah melupai memori waktu kecilnya.  Yang dia ingat, tiada yang manis untuk dikenang. 

“Lepas kes dulu tu, dia tak pernah lagi jumpa Fuzah,” tambah Dato’ Lah.  Mengintai air wajah wanita di depannya yang nampak tenang.

Namun, semua orang tahu… ketenangan begini sukar diramal.  Tidak seperti Tan Sri Zain.  Fuzah sangat sukar dibaca.  Sejak kejadian lima belas tahun dahulu, segala tentang wanita muda ini sangat misteri. 

“Sebelum kita sembang pasal saya dan Adrian, boleh saya tanya tentang kerja dulu?”  Soal Fuzah, hanya buat tak tahu dengan ayat yang Dato’ Lah ucapkan sebentar tadi.

“Ya…. boleh.”  Dato’ Lah berdehem kasar.  Terasa janggal bila tiba-tiba sahaja Fuzah menukar topik bicara.  Telah dia katakan, wanita ini sukar diramal. 

“Tan Sri Zain kata Dato’ setuju tambah investment untuk projek Morib tu?” 

“Ya, betul. Tentang tu, Fuzah jangan risau.  Dengar kata, kerja site boleh mula semula minggu depan?” 

“Ya.  Saya baru dapat confirmation daripada project manager.

”Kes kematian tu?” 

It was an accident due to safety negligence.”

“Oh, legalah uncle dengar.  Harap lepas ni, semua berjalan lancar.  Nak tak nak, kena siapkan juga paling awal tahun depan.”

“Ya, Dato’.  Saya akan pastikan akan siap seperti yang dijadualkan.”  Fuzah lega. 

Setidak-tidaknya, keputusan Dato’ Lah untuk terus menyokong, walau untuk syarat begini, dia tidak kisah kerana Dato’ Lah punya pengaruh yang agak kuat di kalangan pemegang saham dan pelabur. Dia masih perlu memegang tampuk pemerintahan Mahazera Group demi masa depan yang dirangka. 

“Uncle ni, kenal ayah Fuzah dah lama.  Kami sama-sama bina bisnes sampailah tahap kami masing-masing dah boleh bertapak sendiri dan buat keputusan untuk pilih haluan masing-masing.  Tapi, sebab hubungan lama tu, kami dah janji untuk saling menolong. Uncle kenal Fuzah sejak bayi lagi.  Jadi, mustahil kalau uncle tak tolong. Ini pula, kali pertama you’ve asked for help.  Tapi, betul ke Fuzah setuju dengan cadangan uncle ni?” 

“Tentang Adrian?”  Soal Fuzah.  Nampaknya, soal bisnes sudah tamat. 

“Ya…”

“Saya ikut apa yang terbaik.”  Untuk mama pastinya.  Walau ayah belum buat keputusan tapi dia yakin, ayah tiada pilihan lain selain untuk bersetuju.

“Fuzah cintakan Adrian?”

“Golongan macam kita ni, tak perlukan cinta. Pada saya, cinta bukan perkara utama.”

Dahi Dato’ Lah berkerut seketika. Betapa dinginnya jawapan yang diberikan.  Tapi, itu satu hakikat yang perlu dia akui juga.  Selama mana ia mendatangkan keuntungan, cinta juga akan datang kemudian. 

Uncle tahu, banyak khabar tak baik tentang Adrian. Ya, uncle memang akui juga.  Tapi, sebagai ayah, uncle tahu yang dia betul-betul sukakan Fuzah.  Sebab tu dia  bersetuju.  Uncle tak nak Fuzah ingat, uncle letak harga untuk semua ni.  Bahagia anak-anak tak boleh dijual beli.  Uncle nak Fuzah dan Adrian bahagia.  Sebelum tu, uncle nak Fuzah tahu… misalnya Fuzah tolak Adrian, uncle tetap akan tolong Fuzah.  Di pihak uncle, tiada syarat yang lain,” jelas Dato’ Lah.

Ada masa, betapa simpatinya dia pada anak ini.  Wajah jelita ini begitu jarang tersenyum.  Tiada juga kawan.  Renungan itu sentiasa nampak kosong.  Tak keterlaluan jika dia katakan, Mahfuzah daripada pandangan matanya tidak ubah seperti mayat hidup.

“Thank you, Dato’. I appreciate it. About the marriage arrangement, I can assure you, things will be just fine.” 

Dia tidak kisah jika semua orang meletakkan apa-apa syarat, kerana dia juga sama. Syarat yang membuatkan dia sanggup korbankan dirinya. 

Demi seorang wanita yang bergelar ibu. 

“Kalau macam tu… Eh, itu Adrian baru sampai.  Bertuah budak ni.  Dah cakap suruh datang pukul dua.”  Dia angkat tangan melambai pada anak lelakinya.

Adrian lajukan langkah.  Terus duduk di sisi ayahnya.  Kala ini, dia telan liur bila matanya jatuh pada wajah yang bertentangan.  Biarpun tiada senyum, masih tetap membuatkan dia gugup. 

“Mahfuzah?”  Soal Adrian.  Terkejut.  Betapa berbezanya raut wajah ini di depan mata dengan yang dilihat di dada media.  Fuzah senyum tipis dan angguk. 

Adrian toleh pada ayahnya.  Bagai menghantar pertanyaan.  Adakah ini teman bermainnya lebih dua puluh tahun dahulu?  Biarpun dia ada juga melihat wajah Fuzah muncul di dada media, tapi melihatnya di depan mata… adalah sesuatu yang berbeza.  Kejelitaan Fuzah lebih menyerlah saat ini. 

Mahfuzah benar-benar cantik.  Hinggakan dia hampir lupa cara untuk bernafas. 

“Apa khabar, Adrian?”  Soal Fuzah.

Err… baik.”  Adrian telan liur. 

“Maaf hari tu tak dapat nak datang.  Ada benda tak boleh elak,” sambung Fuzah lagi.

Err… tak apa.”  Adrian jelas gugup.

Dato’ Lah ketawa.  Menepuk peha anaknya.  Budak bertuah ni.  Kata kasanova, tapi kasanova apa macam ni. 

Uncle pun ada hal ni.  Uncle tinggalkan korang berdua ajelah, ya.  Bincanglah apa yang patut.  Uncle sebagai orang tua, setuju ajelah apa yang anak-anak nak.” Dato’ Lah bangkit dan terus berlalu.

Suasana sepi.  Fuzah kait tangkai cawan.  Diteguk air yang sudah suam itu perlahan.  Mata yang tadi layu, kembali segar. Tetapi, rasa peningnya masih belum mahu hilang. 

“Lama betul kita tak jumpa. It’s been what? Eighteen years, give or take?”  Sebelah kening Adrian terjongket. 

More than that,” jawab Fuzah. 

Oh… yes, it has been more than eighteen years.  So, how’s life?”  Adrian matikan ayat.  Berat lidahnya untuk terus berkata-kata.  Apa yang dia maksudkan adalah selepas kejadian itu yang pernah menggemparkan negara. 

“Do you mean, after that incident?”  Soal Fuzah pula. 

Dia lihat Adrian menyepi. Maka benarlah apa yang dia rasa.  Itu yang Adrian maksudkan. 

“Everything is fine.  I am doing great as always.  What about you?”  

“You know me…” Adrian ketawa.  Terasa janggal pula dengan soalan itu.  Dia tahu, Mahfuzah pasti dengar pelbagai berita tentang dirinya.  Tentu sahaja yang tidak enak didengar. 

“Forgive me.  I have to be frank here, but, I don’t really know you, Encik Adrian.”

Adrian nampak terkulat-kulat dengan jawapan tersebut. 

“We do know each other. We used to get along so well.”

“Used, being the keyword. We’re not anymore,” balas Fuzah lagi.

Riak wajah Adrian nampak berubah.  Benarlah bagai dikata.  Mahfuzah adalah wanita dingin yang sukar didekati. Setiap bicaranya mampu menghantar rasa tidak senang. 

“It has been more than eighteen years. Both of us grew up into the adults that we are now. People change, Adrian.”

“Yes… I know.” Adrian senyum tipis. Benar kata Fuzah.  Segalanya dah berubah.  Mereka bukan lagi budak-budak hingusan.  Mereka sudah mendewasa. 

“Tentang pernikahan kita…”  Fuzah terus sahaja pada topik utama.  Dia tidak boleh terus membuang masa pada perkara yang telah dia tahu jawapannya. 

“Do you agree with the arrangement?”  Soal Adrian.

“I do. But, there is one condition…”

Kening Adrian terjongket sebelah.  Dia betulkan duduknya.  Entah kenapa, ada rasa tak senang bila Fuzah mula menyebut tentang syarat. 

“Kita tak cinta antara satu sama lain dan cinta, pada saya, tak beri apa-apa makna.  So, I’ll just be honest with you.  I need nothing from you but a son.  After that, I am fine if you want to terminate our marriage but if you want to keep it, I will stay loyal to you and I wish you to do the same.  I will obliged to all my duties as a wife. ” Mata Fuzah langsung tidak beralih malah tidak berkelip juga saat menuturkan ayat itu. Benar-benar seperti bukan perkara penting.  Tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. 

Adrian memandang Fuzah, terasa sesak di dada. Wanita di hadapannya ini terlalu bersahaja menuturkan syarat bagi perkahwinan mereka. Ia seperti satu transaksi bisnes untuknya.  Biarpun ayah sudah memberitahu tentang sikap dingin Fuzah dan khabar angin tentang wanita ini, dia tetap terkejut bila mata dan telinganya sendiri menjadi saksi.

“Tan Sri tahu tentang syarat ni?” 

“Ya.  Ayah saya tahu tentang semua ni.  Dia yang minta saya datang.” 

Adrian jongketkan senyuman sinis.  Jawapan Fuzah kali ini juga sama.  Tenang dan sangat menyakitkan pendengaran.  Egonya tercalar.  Apatah lagi melihatkan wajah indah di depan mata yang jelas tidak berminat.  Usah kata cinta.  Itu semua tiada.  Jauh sekali.  Malah, syaratnya sangat mengarut.  Ya, benar seperti khabar angin yang bertiup, tapi tidakkah wanita ini mahu memberi peluang untuk dia buktikan betapa dia sukakan Mahfuzah? 

“Kalau macam tu, I have a condition as well.”

“I am all ears. I will agree with everything, Encik Adrian,” balas Fuzah. 

“Tak nak dengar dulu?  Mana tahu, kot you tak setuju.”  Adrian jelas memerli. 

“Let us get married by the end of this month.”  Senyuman sinis terjongket pada hujung bibir Adrian. Permintaan ini lebih kepada mencabar Mahfuzah.

Fuzah senyum tipis.  Dia tak perlu meminta lagi kerana segalanya seperti yang diharap.  Lebih cepat mereka berkahwin, lebih cepat dia boleh bawa mama untuk menerima rawatan. 

“Saya setuju,” balas Fuzah tak menanti walau sesaat. 

Dia ada masa sebulan untuk mencari tempat rawatan terbaik untuk mama.  Jangka masa yang diberikan ini mencukupi. 

Adrian mamah rahang.  Wanita ini benar-benar mencabar dirinya. 

“Satu aje syarat, kan?”  tanya Fuzah, mencari kepastian. 

Adrian kehilangan kata.  Terlalu banyak yang dia mahu katakan tapi melihat ke dalam mata redup yang dingin itu, membuatkan lidahnya membeku. 

“Kalau tak apa-apa lagi, saya minta diri dulu.  Sampai jumpa lagi hujung bulan ni.” Fuzah sudah sedia angkat tubuh bila Adrian tidak beri maklum balas. 

“Don’t you want an engagement, at least?” 

Suara Adrian menyekat langkah. 

“No need, Adrian.  We will become husband and wife, with or without an engagement.  And I appreciate it if you never visit me before our wedding day.”

Mendengarkan kata-kata itu, amarah Adrian meluap.  Dadanya hampir meletup.  Dia juga turut berdiri.  Ego yang tadinya sekadar calar, kini seperti terbakar.

You tak setuju untuk kahwin dengan I, kan?  It’s all because of Tan Sri and that damn project!”  Suara Adrian keras.   

“I’ve already made myself crystal clear, Encik Adrian. I was honest with you from the very start.”

Adrian ketawa sendiri dan menggeleng beberapa kali. 

“You know what, I did hear a lot of things about you.  Diorang cakap, you betul-betul macam Tan Sri Zain.  You take after him a lot.” 

Fuzah senyum tawar.  Tak tahulah apa yang sama?  Adakah raut wajah?  Mata?  Atau sikap?  Dia tak pernah kisah walau sejak sekian lama, dia dikatakan lebih iras wajah ayah.  Yang mana di waktu mudanya, wajah itu menjadi pujaan ramai.  Dia pula rasa, dia lebih iras mama. 

“Well, I’m not going to deny that statement. After all, he is the original prototype and I am the enhanced version of him.”  

Adrian mamah rahang.  Dia sepertinya sudah tidak mampu menutup rasa marahnya melihat ketenangan Fuzah malah setiap kata-kata yang diucapkan. 

“Here I thought it was just rumours. But, it seems like it’s true afterall. You are a cold-blooded witch who only cares about yourself and the company. You are a robot with no feelings.”  Cemuh Adrian, gagal menahan marah.

Mahfuzah hanya memandang Adrian tenang.  Tiada rasa hendak melatah jauh sekali marah.  Apa saja kata-kata yang dilemparkan padanya, dia terima begitu sahaja.  Jika tidak benar, dia tidak menafi.  Andai kata-kata itu tepat, dia kekal membisu.  Malah, dia telah terima kata-kata yang lebih berat; menghempap jiwanya lantas lebur menjadi debu.  Sejak dulu. 

“You can think what you want, Encik Adrian. You can call me names or curse me for all I care. What I do care is you being there - on time I might add- during our wedding. Also, do yourself a favour and don’t get involved with anything scandalous. Reign in your horses, only until our marriage. Then, you can do whatever you want after.”  Fuzah koyak senyum lagi.  Lantas memasang langkah namun sekali lagi suara Adrian menyeru. Menyekat langkahnya.

Dia dapat lihat gelas jus carrot itu dicengkam kemas dalam tangan Adrian.  Hanya sekelip mata, air itu disimbah padanya.  Fuzah hanya mampu memejam mata. 

Dan, bila dia kembali buka mata, bukan wajahnya yang basah.  Sebaliknya, ada segaris senyum yang koyak di depannya. 

“Remember when I told you that I keep my promises, cik puan?” Luth mengeyitkan mata. “I held onto that promise. Rest assured, I won’t let this happen to you anymore. You can count on me.”

Fuzah dapat lihat, jus yang disimbah itu sedang mengalir daripada helaian rambut Luth dan pada jaket kulitnya. Malah, tangan kekar lelaki itu sedang melindungi kepalanya.  Hinggakan tiada setitis airpun yang hinggap pada dirinya.

Pertama kali… dalam hidupnya, ada seseorang yang sudi melindungi. 

Membuatkan rasa yang sejak sekian lama mati itu; persis hidup kembali. 

No comments:

Post a Comment