Wednesday, September 25, 2024

RAPUH - Pra-pesanan dibuka

PRA-TEMPAH

 SEKARANG

(25 SEPTEMBER 2024 - 23 OKTOBER 2024)


Tajuk : RAPUH - Rehan Makhtar

Terbitan : BLOGIJAU - Oktober 2024

Muka surat : 700ms (apprx) 

Harga buku sahaja : RM35.00 (SM/SS)

Jenis material : Simili

Kulit : Paperback

No. ISBN : 


Semua pesanan adalah melalui google form seperti pautan di bawah : 

Menggalas beban rasa bersalah kerana menjadi penyebab satu nyawa melayang, satu lagi hidup dalam khayalan dan yang lainnya berantakan, ia menjadi suatu perkara yang sukar buat seorang Mahfuzah.
 

Kata mereka, manusia sepertinya tidak layak bahagia. 

Tetapi, dia tetap hidup walau ditemani derita sehinggalah dia bertemu dengan Luth, seorang pemandu e-hailing dalam suatu perjalanan yang tidak dirancang; membuatkan Mahfuzah merasakan, dia berhak untuk bahagia, walau seketika. 

Namun, perjalanan itu tidak mudah. 

Keinginannya untuk bahagia pasti akan membuatkan Luth merana. 

 

“Apa-apa jadi pada saya depan hari, saya nak awak selamatkan diri  awak dulu....”

- Mahfuzah

“Saya akan jaga cik puan dan saya akan jaga diri saya sendiri juga. Itu  adalah tugas saya.…” – Luth

Luth berpegang kepada janjinya.  Dia menjaga Mahfuzah seperti yang tertulis di dalam kontrak. Tetapi, bagaimana untuk menafikan rasa bila perasaannya mencacah kontrak lain di hati?  Iaitu rasa mencintai. 

Padahal, mereka ada orang lain yang sedang menanti. 

Kerana masa itu sifatnya misteri, takdir terus berputar untuk mereka terus ada bersama berpayungkan satu perjanjian yang menyakitkan. 

 

“You are right.  I need a son.  Let’s sign a contract, Encik Luth...” - Mahfuzah

I am much obliged, cik puan ...” - Luth

 

Kerana sudah tidak terdaya menyaksikan terlalu ramai yang terkorban dan menderita, Mahfuzah menamatkan perjanjian dengan cara yang paling kejam. 

Luth jatuh menekur ke lantai takdir.   Mencuba untuk mempertahankan ikatan yang dibalut syarat.  Dan, seperti nama mereka,  dia berharap jodoh yang telah ditempa di Luh Mahfuz sana, terus kekal hingga selamanya.


***






Untuk sebarang pertanyaan, whatsapp ke 0143673652. 

Pesanan melalui e-mel, DM IG, inbox FB Page adalah tidak dibenarkan

bagi mengelak keciciran pesanan.



TERIMA KASIH KERANA SENTIASA ADA BERSAMA  SAYA.
-RM-
^_^


No comments:

Post a Comment