Saturday, October 11, 2014

Beast and The Beauty - Cp.10

Cp. 10

TANGAN gagah teruna itu memegang payung dan kaki sasa itu berdiri hampir setengah jam barulah nampak si dara keluar.  Apa yang pasti, wajah dara itu berkerut lebat.  Nampak kesan menangis.  Takut sungguh ni. 

Beast and The Beauty - Cp.9

Cp. 9

DEKAT luar hujan lebat menyimbah.  Dengar kata ada sesetengah kawasan di lembah klang dah dilanda banjir kilat.  Sufi jenguk ke belakang.  Langit pun macam malam dah walaupun baru dekat pukul 5.30 petang.  Mesti jammed teruk ni kalau ayah masuk pusat Bandar ni.  Dahlah Nani tak datang kerja hari ni.  Demam pulak katanya. 

Beast and The Beauty - Cp.8

Cp. 8

SUAMI isteri itu berpandangan.  Sebenarnya tadi lagi nak tanya siapa lelaki tu pada Sufi tapi bila Ustaz Dasuki sebutkan nama Ben, rasanya dia boleh agak.  Itulah Benjy.  Nak-nak bila Nani sahkan semasa melepaskan Jemaah masuk ke balai perlepasan tadi. 

Friday, October 10, 2014

Beast and The Beauty - Cp.7

Cp. 7

KAKINYA berlari laju menuruni anak tangga.  Berlaga mata dengan Johan.  Johan buat muka tak puas hati.  Bila Sufi ada tepat depan muka, dia tunjuk jam di pergelangan tangan. 
“Orang dah cakap siap awal.  Nanti tak ada parking.  Tahu ke tidak?”  Keras tegurannya.

Wednesday, October 01, 2014

Beast and The Beauty - Cp.6

Cp. 6

AIR yang baru menyentuh lidah tersembur keluar.  Mujurlah baru disisip sikit.  Buatnya dia teguk separuh cawan, mahu hitam semua kertas putih di depan mata. 
Sufi... Sufi...
Benjy menggeleng dengan wajah pasrah.  Tergamak betul dia buat kopi pahit gini gaya.  Tak letak gula langsung agaknya.  Macam makan hempedu. 

Beast and The Beauty - Cp.5

Cp. 5

KELUHAN tipis terluah.  Benjy pandang bajunya yang berkedut.  Tak sempat nak gosok.  Subuh tadi, lepas berjemaah dengan babah sempat dia rebahkan tubuh sekejap.  Konon nak rehat.  Tapi, terlelap.  Dia sedar bila babah kejut sebelum babah keluar tadi.  Sedar-sedar dah hampir jam 7.00 lagi.  Mana nak gosok baju.  Akhirnya, pakai ajelah kemeja yang jelas ada garisan.  Mujurlah ada jaket kulit dalam Honda Crossroad hitamnya.  Bolehlah dia sarung ke tubuh menutup kemeja yang kedut seribu.  Kalau tidak, buat malu aje. 

Beast and The Beauty - Cp.4

Cp. 4

BAHUNYA disentuh babah.  Terus saja pandangannya berkalih pada babah seratus peratus.  Babah tersenyum.  Usai berjemaah Isyak tadi, dia hanya ambik angin di beranda hotel.  Saja, merasai angin dingin setelah hujan renyai Maghrib tadi. 
“Kenapa?”  soal Haji Dasuki. 

Tuesday, September 30, 2014

Beast and The Beauty - Cp.3

Cp. 3

DIA tahu, babah pasti risaukan dia.  Dan dia juga tahu babah bersyukur bila dia dapat pekerjaan yang boleh menjamin masa depan setelah dia bertungkus-lumus menamatkan pengajian. 
“Babah telefon ni nak tanya khabar.  Lagipun, harap boleh jumpa Ben alang-alang babah ada dekat KL ni...”  Ustaz Dasuki menyatakan hasrat pada anak lelakinya.  “Dalam kurang seminggu lagi babah dah nak bawa orang kerjakan haji pulak...” 

Monday, September 29, 2014

Beast and The Beauty - Cp.2

Cp. 2

MESYUARAT ringkas memperkenalkan staff baru berlalu dalam keadaan yang mengujakan.  Masing-masing teruja dengan kehadiran Benjy.  Fizah lebih-lebih lagi tapi tidak pada Sufi.  Sekali, dada dia berdetak laju.  Dua kali lagi laju.  Rasa nak remuk tulang rusuk menahan hentakan kesan pemberontakan jantung.    

Sunday, September 28, 2014

Beast and The Beauty - Prolog / Cp.1

Prolog

   LARANGAN ayah ditelan pujukan.  Pertama kali ayah membenarkan dia pergi bersama kawan-kawan biarpun dia tahu ayah berat hati.  Setidak-tidaknya ayah tak menghalang. 
“Bagi pulak ayah kau eh, Sufi?”  Aina memecahkan hening saat mereka sedang beratur di kaunter buku. 

Friday, September 05, 2014

Mamat Shell Jalan Ipoh

Cp. 1

MATA tak lepas pandang jam di pergelangan tangan.  Aku dah cuba.  Memang dah cuba sedaya-upaya.  Tidur awal dengan harapan terjaga awal tapi harapan menjadi layu sungguhlah.  Ini kira tak boleh solat, aku mandi  kerbau aje pun.  Kerbau pun tak mandi macam aku.  Siap ala kadar, tempek make-up dekat traffic light, dan akhirnya aku perasan minyak kereta dah nazak.  Boleh bayang tak aku punya kalut? 

Tuesday, August 05, 2014

DIA... Cinta Yang Kucari (PayedPiya) Released!

Bismillah.  Dengan nama Allah.  
Syukur atas segala nikmat dan kurniaan-Nya.  
Here. may I present the cover of PayedPiya dalam DIA... Cinta Yang Kucari.
^_^


-------------------------
DIA... Cinta Yang Kucari
Harga SM : RM24 (RM21 belian di www.karyaseni.my)
Harga SS : RM27 (RM24 belian di www.karyaseni.my)

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa ertinya sempurna yang sebenar-benarnya.

Tuesday, July 08, 2014

Bahasa Hati Kita 10

BAB 10

MAKAN malam sepi.  Jed angkat mata.  Pandang wajah Ku Zarina dan Megat Johari  yang rancak berbual.  Yang pastinya pasal bisnes.  Entah apa tujuan Tuan Megat ajak dia makan malam bersama.  Terpaksa dia batalkan janji dengan Lis malam ni. 
“Itulah, bang.  Mujur ada yang boleh jahitkan.  Kerja dari rumah pun tak apa.  Kira dia letak harga upah dia, saya bayar aje.”  Ku Zarina teruja bercerita tentang butik dia sejak daripada Jed duduk di atas kerusi ni. 

Bahasa Hati Kita 9

BAB 9

JENUH dah dok belek emel.  Kot-kot ada emel daripada Jobstreet tentang kerja yang bersesuaian.  Tadi dia dah masuk pejabat.  Hari terakhir.  Semua dah diserahkan setelah projek siap dan nasib pekerja kontrak macam dia ni bakal terumbang-ambinglah kejap lagi. 

Bahasa Hati Kita 8

BAB 8

JARI-JEMARI Jed mengendang meja.  Dua hari lepas Que bawa makan dekat Sri Gombak.  Sedap tapi dia tetap tak habis nak telan.  Kata Que, dia tak habis makan sebab  pakai seluar dan baju ketat sangat.  Macam barut nangka.  Sebijik lagi dia kena biarpun masa tu dah dekat nak balik.
“Aku hantar terus ke rumah kau.  Dah lewat ni.”  Itu pelawaan Que malam tu.  Tapi Jed melarang.  Malas nak bersoal jawab dengan Ku dan Tuan Megat. 

Bahasa Hati Kita 7

BAB 7

RESAH.  Tak tahu nak buat apa dah sekarang ni.  Kejap berdiri, setelah itu duduk pula.  Berdiri balik, duduk semula.  Serba tak kena.  Kak Zah hanya senyum memerhati. 
“Kenapa tak senang duduk ni?” 
Jed kalih.  Senyum dan kemudiannya tunduk.  Tak tahu nak jawab apa.  Dia terhendap-hendap daripada tadi.  Mustahil Kak Zah tak perasan yang dia memang nampak sangat sedang menanti seseorang. 

Bahasa Hati Kita 6

BAB 6

Teragak-agak Jed tarik salah satu daripada empat buah kerusi tu.  Meja makan 4+1.  Kecil ajelah kalau hendak dibandingkan dengan rumah Ku dan Tuan Megat.  Macam ruang makan dalam Harry Potter.  Seorang hujung sana, seorang hujung sini.  Cakap pun macam kena pakai walkie talkie kekdahnya.  Tapi, masalah mana pernah duduk semeja makan.  Kalau semeja pun, mesti berakhir dengan mala petaka.  Itu yang buat hati dia lagi sebal. 

Monday, July 07, 2014

BAHASA HATI KITA (JEDQUE) RELEASED


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Berdebar macam buku pertama. Ya, yang ke sejuta pun tetap rasa seperti yang pertama. Jatuh cinta pandang pertama memang indah, kan? Terima kasih Kak Hani sudi melayan karenah saya tentang hal kulit buku. Terima kasih Moon, mencetuskan idea. Terima kasih buat anda yang menyokong, buat anda yang mendoakan. Pada yang tertanya, kenapa IKP?  Sebab rezeki saya dan BHK tertulis dengan mereka.  InsyaALLAH bakal menyusul lepas ni dengan Karyaseni.  Saya sayangkan Karyaseni dan kedua-duanya.  

Thursday, July 03, 2014

Jaminan Dikembalikan


Cp.1

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Friday, June 13, 2014

Bahasa Hati Kita 5

BAB 5

AGAKNYA inilah natijah bila bohong pada orang yang berniat baik.  Kak Zah ajak dengan baik, tapi dia kelentong kata nak ke club.  Padahal, nak lepak dekat Orange Range aje.  Itu bukan nightclub tapi kafe.  Tempat minum dan makan.  Tempat dia menenangkan fikiran. Tempat dia bertembung dengan seseorang yang berani menegur dia secara terbuka.

Bahasa Hati Kita 4

BAB 4

WAJAH menyungkur ke meja.  Notebook Asus putih tu berdentum dengan lagu-lagu rancak entah daripada penyanyi barat mana.  Kejap tadi Keane.  Bon Jovi.  Metalica.  Scorpion. 

Friday, June 06, 2014

Bahasa Hati Kita 3

BAB 3

TANGAN Jed nak suapkan makanan ke mulut terhenti.  Suara Ku Zarina daripada atas terjerit-jerit mencantas selera.  Wajah Kak Zah dikerling.  Wajah penuh persoalan. 
“Mummy tu kenapa, Kak Zah?”  Bihun goreng diputar dengan hujung garfu. 

Wednesday, June 04, 2014

Bahasa Hati Kita 2

BAB 2

PENING kepala Lis dengan gelagat Jed.  Macam lipas kudung.  Sesampainya Jed di rumah dia, Jed mula keresahan.  Apa yang tak kena, dia pun tak tahu tapi macam mencari sesuatu.  Digagau poket jeans, poket jaket dan juga bawah seat motor.

Bahasa Hati Kita Prolog & 1

PROLOG

Bukankah kita ini, dicipta Tuhan,
Sepasang tapi berlainan,
Lemah sini…
Sana kekuatan…

Thursday, May 29, 2014

Setelah Dia... Hanya Kamu


Cp. 1

AIRMATA dah terasa kering.  Dah tak mengalir.  Dah tandus gersang pipi gebunya.  Pucat lesi.  Tapi, bibir merah kering itu masih mampu ukir senyum biarpun serangan peluru berpandu daripada mulut mak bertubi-tubi menerjah telinga. 

Tuesday, April 01, 2014

Jejak Ke Syurga

"Bagaimana hendak aku melangkah?  Merangkak pun payah...!"

Cp.1

MATA redupnya merenung tajam pada satu tempat yang agak tersorok.  Bibirnya mengukir senyum tipis, lalu dia bangkit dan berdiri tegak.    
“Di, aku gi sana kejap...” Bahu Fendi ditepuk perlahan tanpa berkalih seinci pun. Fendi sekadar mengangguk dan Kax terus menapak laju mendekati jasad yang sedang menyembamkan wajah ke lutut.  Kening lebat Kax berkerut. 

Monday, February 03, 2014

CInta Yang Kucari 19

KETAWA Luth meletus.  Telefon masih melekap ke telinga.  Ada ke Encik Palee ni cakap macam tu. 
“Okey ke sepanjang saya tak ada?  Ke dah terbalik Menara Maju tu?”  soal Palee lagi.  Berseloroh.  Saja teringat dekat Luth saat memandu memandangkan abah pun terlena. 

Monday, January 20, 2014

Cinta Yang Kucari (Teaser)

Don’t worry, my dear Luthfiya…”  Tawanya masih tersisa.  Dia mendongak memandang langit yang kelam.  “I won’t tell your future husband about that.  Promise!” 
“Kalau Encik Payed nak bagitahu dia pun, saya tak boleh nak halang.  Boleh jadi masa tu saya juga bersalah…”

Saturday, January 18, 2014

Cinta Yang Kucari 18

BAHU Encik Ahmad Fuad ditepuk.  Dia tergelak tapi tawar.  Niat diutarakan.  Andai benar seperti yang telah isterinya beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi rela menyerahkannya.  Jika niat Luth berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan kasih sayang dua orang sahabat lama dia dan isteri.

Friday, January 10, 2014

Cinta Yang Kucari 17

TELINGA terasa ketat dengan jeritan.  Luth angkat kelopak mata.  Lepas Subuh tadi, dia kembali lelap sebelum bangkit untuk ke tempat kerja.  Hari ni hari penting.  Dia kena temuduga personal assistant baru untuk Payed. 

Monday, January 06, 2014

Cinta Yang Kucari (random)

FINA sedang bersiap.  Pelawaan Payed diterima dengan  hati yang rela.  Malah bahagia berbunga-bunga.  Luth pula mundar-mandir di depan bilik Fina. 
Mahu dijengah, takut diherdik.  Takut lagi mama dan ayah risau bila Fina bertempik.  Sudahnya, dia hanya tunggu di depan pintu.  Dia tahu mama dan ayah tak izinkan Fina keluar tapi Fina, siapa mampu larang andai itu yang dia berkenan. 

Thursday, January 02, 2014

Cinta Yang Kucari 16

MATA Luth terkebil-kebil sendiri.  Memandang siling putih.  Dia kat mana?  Dia tak tahu.  Terasa berat kelopak mata hendak diangkat tapi mengenangkan diri yang bagai tak berpijak di bumi nyata sekejap tadi, Luth gagahkan diri membuka  mata. 

Wednesday, January 01, 2014

Cinta Yang Kucari 15

PAYAH juga tak ada kenderaan sendiri ni.  Rasanya, kalau tiga atau empat bulan lagi kerja dan dah tetap, dia nak ambil keretalah.  Biarpun ayah dan mama ada tawarkan kereta tapi dia tolak sopan.  Malas nak bercakar dengan Fina.