NOVEL DI PASARAN

Terbitan April 2012 (Karyaseni)

Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31

( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com


ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi  cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.
“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa!  Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri
NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri
“Akaun dengan cinta, sama ke?”  tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah
“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri
Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbitan Istimewa PBAKL April 2012 (Karyaseni)

Semenanjung : RM15

Sabah/Sarawak : RM18

( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )


Ezza Mysara
Dialah Driver Yang Tercipta Untukku
"Nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang, tau." Sejak kecil, Mikhail telah memiliki hati Dayana. Tetapi kerana peristiwa itu, mereka telah berpisah. Apabila bertemu kembali, masih adakah harapan untuk mereka bersatu?
Akulah Driver Seumur Hidupmu
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu, tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya. Pertemuan dengan seorang gadis ego, telah membuka pintu hatinya untuk bercinta. Tapi, mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?
Cinta Langgar Lari
"Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi." Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu, Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!
------------------------------
Iskandar Daniel
Bagai Itik Pulang Petang
Saya memang gilakan dia yang cantik, tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata… Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.
Gadisku
"Nana selalu senyum pada saya... tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?" Ahmad memang dah lama sukakan Nana, tapi dipendamkannya saja. Tanpa dia sangka, rupa-rupanya dia memang tak bertepuk sebelah tangan.
I Love You
Semenjak dia menikahi Leia, hanya dialah pertama dan terakhir. Tapi dek perasaan cemburu, semuanya jadi berubah. Mampukah perpisahan itu akan mengundang bahagia buat mereka?
------------------------
Rehan Makhtar
Jahit Balik Hati Aku
"Itu bayaran untuk khidmat kau untuk aku semalam." Isteri mana yang tidak sedih, jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri. Dan akhirnya, Rihana telah membuat keputusan yang terbaik, demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.
Jahit Balik Hati Aku Lagi
Demi anak-anak dan cintanya, dia harus akur dengan ketentuan-Nya. Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu, tapi istana cinta ini harus dipertahankan.
Kau Dipaksa, Aku Terpaksa
"Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti." Maifara akhirnya terpaksa akur, jika itu kehendak Payed. Harapannya, suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.
---------------------------
Syamnuriezmil
Sudah Kahwin Ke Belum?
"So, Natrah... dah kahwin ke belum?" Natrah. Sejak pertama kali bertemu, Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu. Mampukah dia memikat gadis itu, sedangkan mummy menjadi penghalangnya?
Pengantin Dua Kali
Dua bulan selepas berkahwin. Itulah janji Alief kepada mummynya. Tapi, adakah janji itu akan terlaksana? "Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!"
Lari Mencari Suami
"Natrah milik abang, abang milik Natrah." Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi, mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbitan Oktober 2012 (penulisan2u)
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26

( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online www.p2u.my)
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com


YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?

Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbitan April 2013 (Karyaseni)
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31

( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com


JIWANYA mati.  Hatinya ranap.  Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya.  Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah.  Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi.  Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 
“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz!  Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini.  Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!”  - Nur Syaima
Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya.  Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri.  Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah.  Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati. 
“Abang minta maaf.  Tapi, yakinlah dengan abang.  Takdir kita bukan kita yang tentukan.  Kita hanya perlu menerima.  Sayang bantu abang.  Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz
Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbitan Januari 2014 (Penulisan2u)
Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28

(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.p2u.my )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com


Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan.
Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband.

Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.

“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan
tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan.

Adakah mereka berjaya menghadapinya?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbitan Julai 2014 (Ideakreatif)
Edisi Khas Sempena Ramadhan

Semenanjung : RM26
Sabah/Sarawak : RM29
(Diskaun RM2 Untuk Pembelian Online di www.ideakreatif.net )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com

Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis.  Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi.

Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain?”  - Que.
“Aku tak susahkan orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?” – Jed

Jed yang tersasar.  Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua.  Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri sebagai isteri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi..rasa seperti dia tak mampu.

“Kau memang benci aku, kan?”  tanya Jed pada Que. 
 “Aku tak cakap aku benci...”
“Tapi, kau tak suka aku,”  cantas Jed. 
“Pun aku tak cakap aku tak suka...”  Que renung Jed dua saat. 
“Kalau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak pergi hospital, siap tunggu lagi.  Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau...”

Hati mereka mula berbicara.  Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan.

“Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu...” - Jed
            “Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi...” - Que.

Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.

---------------------------------------------------------------------------
Terbitan Ogos 2014 (Karyseni)
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH.  Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu dijauhi.  Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa ertinya sempurna yang sebenar-benarnya.      

“Aku tak rasa aku cinta dia.  Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kot.  Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian.  LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk mendekati malah untuk memiliki gadis itu.  Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri.   

“Awak pada saya seperti air laut.  Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…”  - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman.  PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.    

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar daripada gelap?”  - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat. 

“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya bila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri.  PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“…aku nak yang macam Luth.  Fiya, Lee. Luthfiya.  Bukan Fina,”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar.  Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan.  Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya.  Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji. 

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?

----------------------------------------------------------------------------------
Terbitan Jun 2015 (karyaseni)

Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com

SEBAIK mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik.  Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya.  Tentang cita-cita dan impian.  Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya - berjaya dan bahagia setelah ayah ibu tiada.  Namun, kecekalan dia diduga lagi.  Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca. 

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.”  - Lailatul
“Itu tak ada kaitan dengan aku.” – Qadr

DEMI rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan pada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta di hati.  Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haa... lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang.  Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.”  - Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri.  Aku hadiahkan diri aku pada kau, boleh?”  - Qadr

JODOH mereka mudah tapi, mencari bahagia sedikit sukar tatkala mertua memandang sinis budak pada budak kampung seperti dia.  Lailatul teguh bila Qadr menjadi tunjangnya.  Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh bila maksud pernikahan mereka terbongkar.  Ditambah dengan berita tentang kasih-sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi.  Kerana dia manusia biasa - yang tahu menangis bila sedih.  Yang tahu sakit bila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke?  Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu?  Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir-batin abang?” – Qadr
“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan.  Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.”  - Lailatul
“Abang tak pernah perbodohkan, Lai.  Abang memang sayang…” - Qadr

KERANA Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan.  Dia tak pernah kisah bagaimanakah mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia.  Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga.  Mampukah dia?    
-----------------------------------------------------------------------
Edisi Khas PBAKL 2015
Saja letak.  Edisi terhad.  Cetakan tiga ribu sahaja.  Tiada stok berbaki.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbitan Jan 2016 (Penulisan2u)

Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.p2u.my )
atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com

TIGA tahun.  Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya.  Tapi, sekali lagi ujian menyapa.  Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap.  Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita.  Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.”  - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah.  Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang.  Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka? 
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya.  Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul?  Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?”  - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.”  - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya.  Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi. 

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…”  - Raqib


Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan.  Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.  
-------------------------------------------------------------------------
Terbitan Khas PBAKL 2015
memuatkan sebuah cerpen saya tajuk, Awek Spanar dan beberapa lagi penulis lain. 
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM23
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )

---------------------------------------------------------------
Terbitan Julai 2016 (edisi skrip filem ke novel)
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna.  Suami terbaik dan ayah penyayang.  Namun, dia telah lupa.  Yang sempurna itu hanyalah Tuhan.  Bukan manusia.    Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk. 

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin  
“Dengan siapa?”  - Sofia

Airmata Sofia jatuh tak terseka.  Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya?  Dia sudah tiada kekuatan berbaki. 

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri.  Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni.  Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia.  Aizudin

                  “I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…”  - Sofia                 

Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya.  Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri.  Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian.  Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan. 

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin

Di saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di depan mata.  Sofia terduduk dalam tangisan bisu.  Aizudin bagai mahu tersembam menahan beratnya ujian. 

“Dia hanya pinjaman.  Sofia relakan dia pergi, abang…”  - Sofia.
“Abang juga relakan dia pergi…”  - Aizudin. 

Tak ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga.  Aizudin memejamkan mata.  Menyebut nama Tuhan berkali-kali.  Redha dengan segala ketentuan bila permata hatinya di bawa jauh pergi.  

-----------------------------------------------------------------------------
Terbitan sendiri (Blogijau  Enterprise) Julai 2016

Semenanjung : RM33 (termasuk poslaju) 
Sabah/Sarawak : RM40 (termasuk poslaju)
beli lebih daripada sebuah, mana2 buku (termasuk terbitan di atas, postage boleh combine)
emel ke rehan.makhtar@yahoo.com 
atau blogijau@gmail.com

YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang.  Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri.  Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil.  Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis. 
Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa.  Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi. 

“Saya bawa bekal nasi goreng.  Tapi, pagi tadi punyalah…”  - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?”  - Yugasri

Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.    
Ashita dan Yuga bercinta.  Bahagia.  Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga.  Tapi, ujian memintas di depan mata.  Tersenyum mesra. 

“Ash, jangan buat saya macam ni…”  - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?”  - Ashita

HATI Ash, hati yang pemurah.  Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.

“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang? Amri
“Ash dah terima Abang Am…”  - Ashita

Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka.  Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang.  Menolak cinta Ashita jauh.    

“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya.  Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita

Ini kisah cinta.  Cinta anak pada ibunya.  Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya.  Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan.  Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia. 

Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?

--------------------------------------------------------------
Cetakan paling laris.  Tahun bila dah lupa.  
Semenanjung : RM26 (termasuk poslaju) 
Sabah/Sarawak : RM30 (termasuk poslaju)
beli lebih daripada sebuah, mana2 buku (termasuk terbitan di atas, postage boleh combine)
emel ke rehan.makhtar@yahoo.com 
atau blogijau@gmail.com

CINTA NUR NAQIAH... Seorang gadis biasa, periang dan tandus akan kasih sayang keluarga.  Hanya pada teman-teman, Izue dan Alan menjadi tempat dia meluahkan rasa.  Teman yang turut sama berkongsi minat yang sama iaitu, muzik.  Hinggalah pada satu hari seperti mana yang telah takdir tetapkan, matanya dan mata Ariq bertemu. 

MUHAMAD NASHRIQ...  Seorang lelaki matang dan kacak bergaya, pegun saat pertama kali melihatkan seorang gadis cantik memetik gitar dengan lantunan suara nan merdu.  Melihatkan gaya bersahaja, dia memilih Naqiah untuk menyiasat siapakah ‘Lof’ yang diminatinya tanpa dia sedar, minat dan cinta adalah dua perkara  yang berbeza. 

“Sementara Naqi tak buat apa.  Kerja sikit dengan abang sebab abang yakin, Naqi ada skill mengorat kaum sendiri...” ~  Muhamad Nashriq
I’m not a lesbian!”  ~ Cinta Nur Naqiah

Hingga akhirnya, Naqi nekad berdikari bila keluarga sendiri tidak memerlukannya lagi.  Dalam melakukan kerja Ariq, hatinya belot bila sudah pandai mencintai lelaki itu.  Dia tidak meminta tapi tak mampu dia larang hingga akhirnya, Ariq sedari, bukan Lof yang dia cinta tapi Naqi.  Tak sanggup melukakan banyak hati yang disayangi lantas Naqi nekad berlalu pergi. 

“I will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…” ~ Cinta Nur Naqiah
“…satu hari, tidur malam Ariq serta jaga siang Ariq hanya ditemani dia.  Anak-anak Ariq hanya akan lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya akan dibinti dan binkan Muhamad Nashriq...” ~ Muhamad Nashriq

Cinta...biar saja ada, kisah hati antara Cinta Nur Naqiah dan Muhamad Nashriq dalam mencari erti cinta di sebalik kasih dan reda orang tua untuk mereka harungi perjalanan mencari rahmat Tuhan. Pada Naqi, cinta bukanlah segalanya namun kasih ibulah yang terutama dan pada Ariq pula Naqi adalah lagu pelengkap melodinya. Adakah hati mereka bakal bersatu dalam mencantumkan lirik dan lagu? Mungkinkah melodi hidup Ariq indah bila dilengkapi dengan lagu Naqi atau pun kisah mereka menjadi sebuah kisah yang perit dengan melodi yang sumbang dan lirik yang pincang?

-----------------------------------------------------------------
Edisi di bawah adalah kombinasi untuk 4 cerita pendek ini.  
Buku sudah sold-out



--------------------------------------------------------
Terbitan Januari 2017
a.k.a Katakan Pada-Nya Tentang Kita


Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.karyaseni.my )

Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu.  Tapi, marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. 

Mereka… sepertinya ada kisah silam bersama.  Ada rasa yang sama iaitu kerinduan.  Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi. 

“Tongkat saya mana?” – Qaiser Wardah
“Tak payah tongkat… aku kan ada…” – Tengku Cairel

Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu.  Bukan rasa belas semata.  Tapi, ia nya cinta!   Cinta pada seorang gadis buta.  Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya.  Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar. 

“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?”  - Qaiser Wardah
“Memang.  Kontrak seumur hidup…” – Tengku Cairel

Demi sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya.  Yang pernah terjadi, kembali menghantui.  Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan.  Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi. 

“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” – Tengku Cairel
“Kita masing-masing perlukan waktu,” – Qaiser Wardah

Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi.  Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya. 

“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... selagi ada asa, selagi ada nyawa.  Biarpun abang harus menderita...” – Tengku Cairel

“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… abang tak mampu membalas renungan Mawar…” – Qaiser Wardah


Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima.  Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga.  Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?