Wednesday, June 10, 2020

LURUH Released!


WALAU hilang segalanya… Daneen cuba kutip sisa kekuatan demi seranting harapan.  Tapi, bila mama dan kakak pergi menghadap Ilahi, ayah pula menafi kehadirannya… Daneen sedar yang ranting harapan itu terlalu halus untuk dia berpaut
Patah.  Terhempas.  Lebur. 
Kerana itu dia cuba melawan kezaliman dengan cara yang tidak bermoral sebagai senjata terakhir. 

“Kau tekad nak teruskan bisnes ni?  Yang rugi nanti… kau.  Kau akan hilang segalanya…”-MALIKI

“Benda paling bagus bila tak punya apa-apa ni, saya tak perlu risau lagi tentang kehilangan…”  - DANEEN

Thursday, January 09, 2020

CHECKMATE Released! ^_^

Salam alaik... Suprise!  ^_^
Sebenarnya tak surprise sangatlah, kan?  Dah tahu perangai RM macam mana.  Maaflah bukan LURUH.  Tapi, CHECKMATE dulu.  Edisi khas Disember 2019 ni.  Terlambat sikit.  

Sedikit pesanan penaja.  Hero cerita ni menyakitkan hati.  Tak tenang macam Qadr, tak manis macam Nel, tak cool macam Kuca atau Mustaqim.  Pendek kata tak macam hero-hero sebelum ni.  Ada la sikit macam Ilham Fitri.  Ehhhh semualah menyakitkan hati.

So, tak nak cerita panjang.  Terimalah... CHECKMATE.  

----
CHECKMATE

HIDUP Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi.  Indahnya tak ubah seperti menari di atas garisan pelangi.  Keindahan itu lengkap bila Han muncul.  

“Saya tak ada bukti untuk buat awak percaya tentang cinta pandang pertama, Arissara.  Satu-satunya cara adalah dengan cara ni…” - Han