Thursday, October 24, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 11

KERANA sekaki payung.  Boleh tak aku karang sebuah cerita dengan tajuk tu?  Macam menarik, kan?  Lepas tu cerita tentang aku dan Khalifh.  True storyNot just a fiction tahap lima.  Aku pandang skrin notebook.  Melayari internet cari kerja.  Padahal saja.  Semata melarikan pandangan daripada renungan Rozie yang penuh syakwasangka. 

Monday, October 21, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 10

ADUH… pening kepala aku.  Rasa macam kena hantuk dengan pasu DBKL aje.  Badan pun rasa sejuk menggeletar biarpun ada selimut tebal menindih tubuh.  Aku cuba buka mata.  Allah… mata pun pedih.  Jangan cakap aku cucuk mata aku sendiri dengan garfu macam Kasim Selamat sebab tak percaya dengan apa yang jadi depan mata, sudah. 

Thursday, October 10, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 9

MASA hari pertama aku sampai, Rozie peluk aku tak lepas.  Siap buat drama airmata.  Rindu sangat katanya.  Mana tak rindu, aku hilang tanpa berita tapi tiap-tiap bulan aje aku masukkan duit sewa ke dalam akaun Rozie.  Kesian dia nak bayar kos rumah sewa dekat RM800 tu seorang diri.  Tak terbayar kereta Mitshubishi Mirage dia tu nanti. 

Hati Yang Kau Pinjamkan 8

MA paut bahu aku.  Kemas.  Dia senyum.  Melihatkan pada beg galas yang dah sedia di depan pintu, mata ma nampak berair.  
“Kenapa ni, ma?  Tuah dapat kerja pun ma nak sedih ke?”  Aku saja buat-buat gelak padahal aku pun sedih nak tinggalkan ma sendiri.  Setahun kot aku goyang kaki ni.