Friday, November 23, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 18 [akhir]


BAB 18 [akhir]

DUA BULAN berlalu setelah perkara menakutkan itu.  Dalam dua bulan ini juga tak ada kenduri menyambut pun. Zayed sendiri tak mampu dapatkan cuti dalam waktu itu dan aku juga masih berbeza waktu kerja dengan dia. Sudahnya, kami hanya adakan kenduri doa selamat cukur jambul buat anak buah ke-empat aku.  Anak angah dan kak ngah yang dia beri nama Zariq.  Seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.

Thursday, November 22, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 17


BAB 17

MAMA paut bahu aku.
“Zayed tak balik lagi?”  soal mama saat aku sedang berpeluk tubuh bersandar pada bingkai pintu gelungsur pada malam yang kelam dan dingin ini. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 16


BAB 16

BAHUKU dipeluk erat.  Aku kerling dia  yang hanya diam saja daripada tadi.  Memeluk bekas bekalan yang dibawa oleh Zayed untuk aku. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 15


BAB 15

AKU tebarkan pandangan ke seluruh laman kala melepak di balkoni.  Riuh dengan suara along bertempik melarang Auni dan Aina berlari di seluruh laman. 

Wednesday, November 21, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 14


BAB 14

AIRMATA aku menitis saat melihat pada tubuh Teratai yang sedang menggigil.  Zayed di sebelah hanya memerhati tak mampu berkata apa.  Aku seka airmataku apatah lagi mengingatkan tubuh lesu itu ditepis oleh Ziyad kasar. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 13


BAB 13

MAMA sibuk di rumah.  Persis lipas kudung  yang nak berjalan cepat sedangkan tak cukup kaki tangan.  Lama aku perhatikan mama dan aku kalih pada abah yang duduk bersantai lepas balik dari masjid tadi.

Subhanallah, Aku Mencintainya 12


BAB 12

WAJAH Zayed tidak beriak. Aku menjeling dia sisi yang nampak tenang tapi siapa tahu gelodak di dalam dadanya yang mungkin sedang dilanda gelora menahan marah pada Ziyad tadi. 

Tuesday, November 20, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 11


BAB 11

KATA mama, nak mudah, buat persiapan bila ada masa terluang.  Hari ini, aku ada seminar di Hospital Besar Kuala Lumpur.  Keluar saja dari bilik seminar, aku terus berjalan menuju ke perhentian bas hendak ke Jalan TAR, mahu ke Semua House.  Tadi, datang dengan kenderaan hospital dan balik sendiri.  Tak sampai hati nak susahkan pemandu yang barangkali ada urusan lain memandangkan waktu kerja sudah tamat. 

Thursday, November 15, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 10


BAB 10

ZIYAD terus keluar dari hospital hari tu juga.  Itupun, Mia yang khabarkan.  Ikut hati, tak sudi aku hendak bertanya tapi sebab sikap profesional, aku terus bertanya khabar.  Karang ada yang sentap pulak.  Namun, jauh disudut hati, aku bersyukur dia tidaklah teruk mana.  Pendarahan juga dapat dihentikan.  Jika tidak, bertunggu, bertangga di hospitallah jawabnya budak Ziyad ni. 

Wednesday, November 14, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 9


BAB 9

SEPERTI biasa bila ditugaskan di bahagian kecemasan, aku langsung tak punyai waktu untuk diri sendiri.  Nak harapkan waktu Zayed, dia juga sama.  Sudahnya kami langsung tak bersua. 

Saturday, November 10, 2012

NOVEL TK, BNS, KSC

Pada yang berminat untuk beli dua buah novel ni daripada RM, boleh berbuat demikian, ya.  Nanti RM ada sikit buah tangan buat anda.  (tetiba rajin amik order).  Tapi khas untuk anda yang nak order dan RM tandatanganlah untuk anda semua.  

                               RM25 (s/m)                                       RM20 (s/m)
                                      RM28 (s/s)                                        RM23 (s/s)

Thursday, November 08, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 8

BAB 8

AKU pandang jariku lama.  Masih kosong setelah kedatangan Zayed menziarah keluargaku bersama dengan mama dan ayahnya.  Tapi, itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum bila aku terpegang jam tangan berjenama dan mahal milik Zayed yang sentiasa ada di dalam poket slack yang aku pakai.  Taq Heuer.  Tak pernah aku impikan jam tangan begini dan memang tak akan kupakai. 

Tuesday, November 06, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 7


BAB 7

HARI  yang terang dan nyaman setelah hujan menyimbah bumi dinihari tadi.  Usai menunaikan Subuh di surau hospital tadi, aku terus pulang.  Berkali-kali Zayed mempelawaku untuk keluar bersamanya tapi aku tolak dengan sopan.  Katanya, ada hal penting tapi sungguh, tubuhku tidak mampu berdiri lagi. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 6


BAB 6

TUBUH Zayed tegak bila dia sudah mengutip stetoskopnya itu.  Bila aku menolak sesungguh hati pelawaannya untuk minum malam dengan Ziyad di kantin, Zayed pula berkeputusan untuk duduk di dalam biliknya saja. 

Monday, November 05, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 5


BAB 5

AKU tongkat dagu.   Setelah selesai melawat wad post-natal bersama beberapa orang doktor pakar yang lain, aku kembali ke bilik sempitku ini.  Bersyukurlah ada juga bilik biarpun tidak seperti bilik Zayed.  Waktu menjadi pelatih dulu langsung tak ada apa.  Selesalah untuk aku merehatkan badan dan bersolat. 

Friday, November 02, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 4


BAB 4

DALAM perut kereta, aku dan Zayed diam.  Dia tidak bersuara, aku lagi tidak mampu berkata-kata.  Ringan saja lidah hendak bertanya, tapi rasa malu menebal dalam diri.  Tapi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.  Jika aku tidak bertanya, mana mungkin aku dapatkan jawapannya.

Thursday, November 01, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 3


BAB 3

USAI Subuh, aku terlelap di sofa.  Letih memikirkan kata-kata Zayed tadi tapi bila dia bagai terlupa, aku pun mahu lupakannya juga.  Bukan tak biasa berjaga malam, tapi dinihari ini terasa letih semacam.  Padahal tiada apa pun yang aku lakukan.  Barangkali sudah biasa dengan kesibukan di hospital tapi hari ini, bersantai-santai saja membuatkan aku kepenatan.