Geng

Friday, May 24, 2013

Setiap Ada Kamu 23

BAB 23

KERETA Ayie meluncur dalam kadar kelajuan sederhana membelah jalan Brunnenstraße untuk kami kembali ke Home of Nation di Iranische Straße.  Perjalanan yang dekat tu rasa macam jauh je bila Ayie kian perlahankan kenderaan dan duduk di lorong paling kanan.

Thursday, May 23, 2013

Setiap Ada Kamu 22


BAB 22

KAMI saling berpandangan sewaktu minum petang di Prater Biergarten.  Tak jauh daripada Iranische Straße.  Lebih kurang 4.9km saja dan mengambil masa lebih  kurang 10 minit saja pemanduan. 

Wednesday, May 22, 2013

Setiap Ada Kamu 21


BAB 21

GAMBAR.
Penjelasan dia pada ma juga pa dia tentang gambar.
Juga perkara pernikahan kami ni.  Itu soalan aku yang Ayie tak jawab lagi. 

Tuesday, May 21, 2013

Setiap Ada Kamu 20



BAB 20

KAMI berdua menaiki bas di depan  hotel untuk menuju ke tempat pelancongan di sekitar Bandar Berlin.  Aku memang tak tahu.  Ikut jelah Ayie ni.  Kalau kata duduk tepi tembok, di situlah aku.  Kalau kata dia lepak tepi tasik, kat situ jugaklah aku.  kalau kata dia terjun gaung, itu aku tengok jelah.  Tak kan nak ikut terjun.  Bunuh diri namanya.  

Monday, May 20, 2013

Setiap Ada Kamu 19



BAB 19

AKU tekup wajah ke meja solek.  Lampu dah lama malap.  Serius aku rasa nak menangis.  Bila aku jeling ke arah katil, aku nampak Ayie yang sedang tidur pulas.  Masa ni sedih aku ni tak terkata dah. 

Setiap Ada Kamu 18



BAB 18

MAKAN malam aku rasa macam dalam penjara je.  Itu pun penjara akhir, sebagai banduan akhir yang ditemani rasa hening dan kesal tak berkesudahan. 

Sunday, May 19, 2013

Setiap Ada Kamu 17


BAB 17

TUBUH pun tak hilang penat lagi.  Aku buka mata masa tu hari dah kembali gelap dan sejuknya musim luruh ni buat aku rasa nak korek tulang sendiri.  Sengal sampai ke tulang hitamlah orang cakap.

Saturday, May 18, 2013

Setiap Ada Kamu 16

BAB 16


DALAM hidup ni, hanya Allah swt tempat aku mengadu dan hanya tiga orang yang aku sangat-sangat percaya malah aku percaya lebih daripada diri sendiri.  Mama, papa dan Aryan.  
Tapi, soal aku sekarang ni tak mungkin aku beritahu ma dengan pa.  Aku takut mereka kecewa dengan nasib aku.  Yalah, aku ni anak kesayangan.  Jadi, hanya pada Aryanlah tempat aku bersandar.  Tempat aku luahkan rasa.  Tak kan nak mengadu domba pada kakak-kakak Ayie pulak?  Gila?

Friday, May 17, 2013

Setiap Ada Kamu 15




BAB 15

KENAPA boleh jadi macam ni? 
Okey, itu soalan dan kalau aku ada jawapan, aku tak tanya lagi.  Sekarang ni kalau tanya mama dan papa mertua aku pun nescaya mereka pun tak temui jawapan.  Yang pasti, haruslah mama dan papa teramat kecewa dengan Ayie.  Yalah, anak lelaki tunggal dalam keluarga.  Diberi didikan agama yang sempurna dan latar belakang yang berpendidikan tinggi semuanya tapi ini yang terjadi pada Ayie.

Thursday, May 16, 2013

Setiap Ada Kamu 14


BAB 14

BARANG-BARANG dah siap semuanya.  Tinggal nak terbang je lagi.  Yang pasti, kat rumah ni, baru lepas kenduri doa selamat sempena keberangkatan kami.  Aku pula masih sibuk di depan laptop.  Banyak amanat yang aku nak tinggalkan pada Aryan untuk membantu papa menjaga Muhara. 
“Busy?”