BAHU
Encik Bakri ditepuk. Dia tergelak tapi
tawar. Niat diutarakan. Andai benar seperti yang telah isterinya
beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi
rela menyerahkannya. Jika niat Luth
berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan
kasih sayang dua oran g
sahabat lama dia dan isteri.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Monday, December 30, 2013
Sunday, December 29, 2013
Cinta Yang Kucari 14
HATI
ibu mana tak risau. Ini dah masuk kali ke
berapa entah Fina nak pergi temuduga.
Tak pernah lagi dapat. Kali
terakhir dulu siap balik menyumpah seranah.
Tapi, syarikat yang sama panggil lagi dia datang temuduga.
Cinta Yang Kucari (random iii)
Payed
angguk malas. Mata dilari ke arah
lain. Tak boleh selalu approach. Nanti lari makin jauh. Biarlah dia jadi patung andai rama-rama ini
sudi hinggapi dia, setelah menganggap dia kayu mati.
Friday, December 27, 2013
Cinta Yang Kucari (random ii)
Tubuh
Luth dipapah dan diletakkan cermat di atas sofa di lobby. Nampak terlena. Berat betul tekanan yang dia bagi pada Luth.
Betullah
orang cakap, nak serang orang tak payah guna kekuatan. Guna psikologi kesan dia lagi
menakutkan. Gamaknya, itulah kot yang
terjadi pada Luth. Tak payah cabul
maruah, cabul minda aje dah boleh buat manusia tewas.
Thursday, December 26, 2013
Cinta Yang Kucari (random i)
“Kenapa?” Sepatah Luth menyoal.
Apa
salah dia pada Payed. Dia tak tahu. Dia Cuma tahu Payed adalah anak kenalan mama
dan ayah. Dia tak tahu lebih. Dia tahu Palee dan Tuan Bakri baik tapi dia
juga tak kata Payed jahat. Tapi hari ni…
Tuesday, December 10, 2013
Cinta Yang Kucari 13
RENUNGAN
pada anak di depan tak lepas. Melihatkan
Luth yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja, Encik Luthfi rasa tak sedap
hati. Cuti dua hari ni, Luth tak banyak
cakap. Mujurlah Fina tak ada dekat
rumah. Ke rumah kawan dia. Dapatlah rasa tenangnya rumah. Kalau tidak, ada saja tak puas hati dengan
Luth.
Wednesday, December 04, 2013
TIBA-TIBA, DIA ADA - RELEASED
Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
(senyum sampai bulan)
Ta-daaa, tiba-tiba muncul cover TTDA, kan? Humko hamise curalo la kita. Maple kering like Mohabbatien gitu... Hiks... Ingatkah lagi pada kisah anak teruna Zafran, Anaresa juga anak dara Anahara dan Mukhlis - iaitu Zakhri Adha a.k.a Ayie dan Aryana a.k.a Arya? Mohon ingat. Ini cover dia. Alhamdulillah. Terbitan Penulisan2u setelah Usop & Lit. Setahun lebih berlalu (under Karyaseni dikira publisher lain tau).
Tuesday, December 03, 2013
Cinta Yang Kucari 12
MACAM
kenal ajelah yang baru masuk tu. Mata
Puan Huda terus mengamati wajah yang ada di depan Payed. Wajah yang jelas terperanjat dengan
kemunculan anak bujangnya itu. Rasanya
telahan dia tepat. Langkah Puan Huda
maju lagi. Kali ini tepat berdiri di
hadapan gadis manis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)