Monday, December 05, 2016

Sanggupkah Bersabar, Sayang? Released!!! ^_^

Syukur pada Allah.  Masih ingat pada Kuca dan Qais?  Ini kisah mereka dalam Sanggupkah Bersabar, Sayang? a.k.a Katakan PadaNya Tentang Kita.  Edisi baru.  Sama tapi tak serupa.  Rugi tak ada buku ni.  Insyaallah, saya janjikan kepuasan.  

Edisi khas terbitan Karyaseni Januari 2017.  Didatangkan awal khas untuk pengunjung Expo Buku 1 Malaysia di PWTC pada 14-18 Disember 2016.  Jumpa saya di sana pada 17.12 (sabtu) jam 2-4 petang.  Belian online web KS dan kedai2 buku adalah pada awal 1 Januari 2017.

RM22 (523ms)

Synopsis blurb as followed : 

Friday, December 02, 2016

Maghfirah 10

PELIK sangat pelik.  Maghfirah halang dia pergi, tapi kenapa kembali tutup mulut.  Sepatah ditanya, satu apa pun tak dijawab.  Cuma, gadis itu dah tak mengelak dia.  Ingatkan dia aje yang sakit, ada lagi yang lebih sakit daripada dia.  Homen…
“Ian?”  Pak Mansor menyapa bahu Ian. 
“Ya, saya pak cik…”  Terkulat-kulat Ian menjawab bila mulut tak habis-habis membebel pasal Maghfirah.
“Marahkan apa tu?” 
“Diri sendiri…”  Ian pandang ke laman yang begitu bersih. 
“Dah kenapa pulak?”
“Entahlah…”  Bahu terjongket. 

Thursday, December 01, 2016

Maghfirah 9

DALAM mata Pak Mansor jelas terpancar rasa gelisah.  Bukan apa… pipit mana mungkin bergandingan dengan enggang.  Tak mungkin!  Pepatah itu bukan saja-saja dibuat.  Orang dulu-dulu dah ambik kira semua perkara.  Seperti apa yang sedang mereka lalui sekarang.  Situasi ini. 
“Ayah bukan apa, Firah…” Kopiah atas kepala ditarik.  Nafas berat lepas.  Pak Mansor angkat mata.  Memandang tepat pada Maghfirah. 

Friday, November 25, 2016

Maghfirah 8

SELESAI solat Isyak dan qada Maghrib, dia duduk di tangga rumah kayu ini.  Memandang ke depan.  Gelap.  Rumah Pak Mansor agak jauh daripada rumah orang.  Biarpun masih boleh nampak cahaya lampu, tapi kira jauhlah. 
Ian toleh belakang sesekali tapi langsung tak nampak Maghfirah.  Pak Mansor juga tak nampak.  Manalah diorang pergi dalam rumah yang Cuma sekangkang kera ini.  Rambut yang dah mula panjat diramas kuat.  Demamnya dah kebah langsung.  Begitu gigih Maghfirah menjaganya.  Setiap kali mendengar bicara gadis itu, malah merenung dalam anak mata coklatnya… dia dapat rasa Maghfirah tak nak didekati. 

Thursday, November 24, 2016

Maghfirah 7

RENUNGANNYA pada wanita ini sudah kian berubah maksud.  Dah ada renungan lain.  Sudah… dia sendiri tak sedar bila dia ada rasa ni.  Gamaknya kerana terlalu lama bersama, rasa itu muncul sedikit demi sedikit.  Biarpun masih tak berjaya takluki seluruh hati, jiwa lelakinya sudah mula resah bila tak jumpa wajah ini.  Macam mana dengan prinsipnya? 
Setiap pertemuan akan ada perpisahan.
Setiap yang sakit, pasti akan sembuh akhirnya. 

Wednesday, November 23, 2016

Maghfirah 6

IAN berkeras tak nak ke hospital.  Pada dia, sikit aje ni.  Dia pernah jatuh tergolek semasa mendaki gunung  Tahan dulu.  Apalah sangat yang ni.  Tak seberapa pun.  Memang nampak bengkak sikit.  Esok-esok surutlah bengkak ni.  Janji dia dah boleh berjalan.  Tapi, perjalanan dia memang tergendala di sini.
Seperti, menanti kereta api menukar laluan atau bila berselisih dengan gerabak lain, trennya perlu berhenti terlebih dulu berjam-jam.  Itu perkara biasa yang terjadi pada pengembara sepertinya.  Cuma kali ini, hati dia juga terasa berat untuk pergi. 

Tuesday, November 22, 2016

Maghfirah 5

TERASA diri diperhati, Maghfirah menoleh.  Dia angkat toto dan bantal yang sudah dikemas.  Nak simpan dalam bilik.  Sungguh.  Memang ada yang sedang perhatikan dia.  rasanya, elok dia suruh aje Ian pergi semalam.  Berkali-kali dah dia cakap tak selesa tapi Ian masih merenung dia tak lepas.  Apalah yang tak puas hati.  Padahal semalam, dia hanya kunci mulut sudahnya daripada terus berdebar dengan Ian.  Bukan dapat hadiah pun kalau menang.  Buat kering tekak aje. 

Monday, November 21, 2016

Maghfirah 4

KENAPA? 
Satu soalan itu dah biasa sangat dia terima.  Bukan seorang yang tanya, malah setiap yang dia jumpa, itulah yang pertama diaju.  Ian tenang.  Memandang wajah ayu di depannya.  Wajah yang sedikit pucat.  Bibir merekah kekeringan.  Bawah mata yang dah timbul gelang hitam.

Maghfirah 3

TUBUH Ian menggigil menahan gelak.  Gila.  Dia memang dah gila.  Ada ke dia kata dia dah masuk dalam dunia bunian.  Amboi… kau ingat kau tu istimewa sangat ke, Ian?!  Nak aje dia hadap cermin, dan maki diri sendiri. 

Friday, November 11, 2016

Maghfirah 2

DIA hanya ikut tindak-tanduk Pak cik Mansor.  Orang tua itu bangkit, dia bangkit.  Orang tua itu duduk, dia juga sama.  Malah, dia tahu ada orang lain di belakangnya.  Pertama kali dalam hidupnya, dia berasa begitu gentar. 
Dia menjadi sangat takut.  Peluh jantan merenik pada dahi.  Diseka, masih juga muncul.  Hingga semua tindak-tanduk Pak cik Mansor berhenti… saat ini barulah dia rasa nafasnya lancar. 

Thursday, November 10, 2016

Maghfirah 1

SEBAIK saja turun daripada bas, dia kaku di situ.  Lama.  Entah mana hala tuju.  Tak tahulah.  Inilah bila Tuhan suruh merancang dan selebihnya serahkan pada ketentuan.  Tapi dia, ke sini tanpa dirancang.  Dia cuma mahu bersendiri. 
Toleh ke kiri, dia geleng.  Bukan situ tujuannya.
Toleh ke kanan, geleng lagi.  Bukan jugak di situ. 
Ditala pandangan ke depan… nafas pendek dilepaskan.  Deuter Aircontact-Pro bersaiz 75 liter itu digalas.  Kiri kanan depan belakang, jalannya masih samar.  Sama seperti suasana petang hari yang sudah hampir bertukar kelam. 

Tuesday, October 18, 2016

Ayat-Ayat Cinta Bercerita (4 cerita dalam 1 buku)

Salam... Pada yang bertanya dan berminat.  Sebarang pertanyaan, boleh emel saya di rehan.makhtar@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/Rehan.Makhtar.

Jika berminat, boleh order sekarang untuk Ayat ayat Cinta Bercerita tu, sebab boleh jadi ini adalah cetakan terakhir untuk kombinasi empat mini novel tu.  

Mekasih :) 




Monday, October 03, 2016

Black Swan 24 (end)

PEMANDANGAN yang hampir buat dia putus nafas.  Seopjikoji.  Isra menapak sendiri bila Arel menyuruhnya menikmati alam sementara lelaki itu menanti sotong panggang mereka siap.  Kata Arel, rugi andai tak menikmati makanan laut bila ke sini.  Sesekali dia menoleh ke belakang.  Arel masih sedia menanti dan sesekali melambai padanya dan mengisyarat agar dia terus terus melangkah. 

Black Swan 23

WAJAH mama dan papa dipandang lama.  Arel senyum tipis.  Apa lagilah ni…
“Mama dengan papa macam tak puas hati betul dengan Arel, kan?”  tanya Arel. 
“Mahunya tak puas hati.  Buat majlis akad aje.  Kalau buat sekali harung, apa salahnya.  Bukan kita tak mampu.  Ikutkan sangat kata Isra tu.  Nanti apa orang kata…”  Mama dah mula membebel.

Sunday, October 02, 2016

Black Swan 22

SEJAK tadi, Isra hanya gelak tak henti-henti dengan cerita dongeng daripada Nek Kalsom.  Maacm-macam orang dulu kala ni.  Nak-nak cerita daripada zaman Jepun dulu.  Aduhai…
Hingga siap pemeriksaan kesihatan daripada Doktor Arel, barulah dia mampu bernafas dengan betul.  Jika tidak, nafas dia rasa tersangkut. 

Black Swan 21

SEBAIK saja dia bagitahu ayah, motor berkuasa besar itu terus menderum laju keluar daripada laman rumah.  Tujuannya hanya satu.  Ya, gadis itu.  Pertama kali, dia rasa degupan jantungnya bagai terhenti bila mendengar esak tangis Isra sebelum gadis itu matikan panggilan. 
Zam gamam. 

Black Swan 20

PAK Zaman memandang wajah anak lelakinya.  Wajah itu sentiasa tenang.  Hanya sekali dia tengok wajah itu berkerut dan itu pun dah lama.  Yang menjadi mangsa wajah berkerenyuk itu dulu adalah Isra.  Rupanya, Zam cuba lindungi perasaan sendiri pada gadis itu. 

Thursday, September 08, 2016

Black Swan 19

MALAM ini, Zam masih tak muncul.  Selesai mengemas semua, Isra hampiri Pak Zaman.  Entah ayat apa yang mahu dia mulakan.  Seperti dah bisu.  Melainkan memandang Pak Zaman dan berharap orang tua ini mengerti apa yang bermain dalam kepalanya. 
“Kamu nak tanya tentang Zam?” 

Tuesday, September 06, 2016

Black Swan 18

MEMANDANG wajah Zam yang sedang sibuk menghadap skrin notebook itu, mengundang sayu dalam dada Pak Zaman. 
“Tak tidur lagi, Zam?” 

Monday, September 05, 2016

Black Swan 17

DAH dua hari dia masuk kerja.  Dah malam juga, batang hidung Zam langsung tak nampak.  Boleh jadi sebab Pak Zaman dah sihat dan turun sendiri ke kedai.  Jadinya, Zam tak muncul langsung.  Sibuk dengan persiapan gamaknya. 

Black Swan 16

ENTAH kenapa, setelah sekian lama dia rasa nak mengintai di balik tingkap.  Disingkap langsir dan bila dia memandang ke taman permainan yang dah tak berupa taman itu, dahi Isra berkerut.  Orang yang sama.  Dia yakin.  Lelaki yang berjaket hitam, mengenakan topi hingga tak nampak wajah.  Jeans koyak.  Duduk di atas bangku dan mendongak sedikit. 

Friday, September 02, 2016

Black Swan 15

TIDAK dapat tidak, Arel hentikan keretanya bila Isra benar-benar berkeras nak dia berhenti di situ.  Entah manalah rumah gadis ini.  Rasa nak tahu meluap-luap.  Tapi, apakan daya… Isra sepertinya tak sudi untuk terima kehadiran dia. 

Thursday, September 01, 2016

Black Swan 14

TIN nescafe yang dibeli daripada vending machine itu dihulur untuk Arel.  Zam labuhkan duduk di sisi Arel.  Memandang ke depan.  Tak menoleh langsung. 
“Bila bertunang dengan Isra?”  Arel memecahkan sepi antara mereka.  Hanya memandang Zam dengan ekor mata. 

Monday, August 22, 2016

Black Swan 13

PENING kepala dengan luahan hati Irah.  Sejak malam tu, langsung tak keluar lagi dah.  Elok jugak macam tu.  Tak adalah dia risau sepanjang masa.  Tapi sekarang ni, masalah lain pulak timbul sampaikan Irah marah dia tak sudah-sudah. 
“Irah sampai sekarang tak boleh terima dia tu perempuan, abang…”  Tak dapat dia terima hakikat.  Terkejut bukan kepalang.
Yang menyelamatkan dia selama ini adalah seorang perempuan.  Perasaan dia mendarat pada tempat yang salah.  Macam mana perempuan boleh sebegitu gagah dan ganas?  Tak boleh terima dek akal. 

Saturday, August 06, 2016

Black Swan 12

HATI Zam terasa sebal.  Lama dia perhatikan tingkah doktor muda itu.  Malah, soalan yang diaju pada nurse, jelas menyapa telinganya.  Hutang apa lelaki itu pada Isra?  Dan, adakah Isra juga berhutang dengan doktor itu?  Jika dia, dia akan lunaskan.  Tapi, dia rasa lain macam.  Cara doktor muda itu berkata-kata, nyata bukan hutang wang ringgit.  Atau kerana lelaki itu Isra luka? 
Sudah… kacau! 
Zam patah balik.  Tidak mahu bertembung dan bila doktor dan jururawat itu berlalu, dia masuk kembali.  Tirai ditarik sedikit.  Menyorok diri sendiri.  Dia tarik kerusi dan duduk di sisi katil Isra. 

Black Swan 11

USAI solat subuh, barulah dia temui kekuatan nak dihubungi Isra.  Berkali-kali deringan tapi langsung tak bersambut.  Tak bangun solat ke budak ni?  Heh.  Situ pulak dia fikir.  Jarum jam sudah bergerak ke angka enam setengah pagi.  Zam mundar mandir dalam bilik.  Kopiah dicabut daripada kepala.  Saat ini, ayah muncul di muka pintu.  Tersenyum. 
“Tak dapat telefon dia ke?” 
“Err… telefon siapa, yah?”  Pandai dia berlakon sedangkan pandangan ayah dah penuh syakwasangka.

Black Swan 10

TELEFON ayah dicapai.  Senyum bila nombor yang dia carik ada.  Sesekali, dia pusing belakang.  Kotlah ayah muncul tiba-tiba ke.  Jenuh nak menjawab.  Zam laju menyalin nombor telefon milik Isra.  Jam dah bergerak ke angka dua pagi.  Entah dah sampai rumah ke belum. 
Risau pulak dia.  Apatah lagi bila pesanan ayah berdengung. 
“Zam dengar tak ayah cakap ni…”  Dia mengelamun tadi. 
Laju Zam angguk.  “Dengar, yah…” 

Black Swan 9

MATA tua Pak Zaman memandang Zam.  Nampak mendung lain macam aje.  Sejak dulu, kalau balik cuti, macam itulah perangai Zam.  Bukan nak kata Zam kena paksa turun jaga gerai.  Tak… Zam anak yang selalu dengar kata.  Tapi, entah berapa teballah rasa tak suka Zam pada Isra. 
“Kamu ni muncung sangat dah kenapa, Zam?  Kamu bergaduh dengan Isra lagi ke?”  soalnya terbatuk kecil. 
“Eh, tak adalah, ayah.  Nak gaduh kenapa?  Dia tu tak salah pun…”  Zam menukar channel TV bila masa masih tak boleh nak lelap. 

Black Swan 8

MATA Irah dipandang.  Dikawal rasa amarah sebaik mungkin agar tangan kasarnya tak hinggap pada pipi Irah.  Arel pandang mata mama dan papa yang banyak diam.  Berapa kali nak cakap, jangan dimanjakan sangat.  Tengok sekarang… Irah dan Isra nampak serupa tapi hakikatnya beza.
Dia tahu, Isra tiada apa.  Tapi, Irah… punyai segalanya.  Apa lagi yang buat Irah memberontak begini. 
“Irah tahu tak, malam tadi pesakit abang kena tikam…”
“Hah?”  Mama dan papa gamam.  Terkejut.  Terus dia pandang Irah. 
“Apa kena mengena dengan Irah pulak?” 

Permata Hati - Edisi Adaptasi Daripada Filem

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna.  Suami terbaik dan ayah penyayang.  Namun, dia telah lupa.  Yang sempurna itu hanyalah Tuhan.  Bukan manusia.    Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk. 
“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin  
“Dengan siapa?”  - Sofia
 Airmata Sofia jatuh tak terseka.  Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya?  Dia sudah tiada kekuatan berbaki. 
 “Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri.  Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni.  Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia.  Aizudin

Wednesday, August 03, 2016

Black Swan 7

LIUR ditelan berkali-kali menahan sakit.  Isra ketuk perlahan cermin kereta Arel tapi lelaki itu masih gamam memandangnya.  Terkejut gamaknya.  Kali ini, tangan kiri yang berwarna merah mula naik menyentuh cermin kereta.  Mata tajam Arel semakin bulat.  Bila lelaki itu tolak pintu kereta, dia jatuh terduduk.  Tak mengaduh tak mengeluh.  Hanya menggigit bibir sendiri menahan sakit. 
“Isra?  Kenapa ni?”  Tiada lagi panggilan Cik.  Rasa tak sesuai nak bercik segala. 
Arel mencangkung.  Tangan kiri Isra dicapai.  Darah tapi luka daripada mana?  Dia belek tubuh gadis itu dan jaketnya koyak.  Dada Arel berdebar demi melihat lapisan baju yang juga koyak sepanjang sejengkal.

Saturday, July 30, 2016

Black Swan 6

TIGA pasang mata saling memandang bila melihat Arel yang tersengguk di meja makan.  Mama, papa dan Irah… masing-masing buat muka pelik.  Tak pernah-pernah lagi Arel tersengguk di meja makan ni.  Paling tidak, makan dulu… lepas tu baru sambung rehat. 
“Arel tak tidur langsung ke dekat hospital?” 

Friday, July 29, 2016

Black Swan 5

BAHU dilanggar sedikit kasar.  Isra pandang ke sisi.  Zam sedang berdiri di sisi dia.  dengan wajah kelat yang pastinya. 
“Nak kerja ke nak termenung?” 
Nafas dilepas perlahan.  “Kerja…”  Isra terus ke meja, mengutip pinggan kotor dan membersihkan meja. 
Melihatkan Isra yang bertambah dingin, Zam mendekat.  Pelanggan dah kurang ni.  Dia baru hari ni cuti semester.  Terus turun bantu ayah memandangkan ayah tak berapa nak sihat.  Dia kenal Isra dekat gerai inilah.  Pada cuti semester setahun yang lepas.  Sampai sekarang, Isra masih setia bekerja dengan ayahnya walaupun dia tahu gaji yang dibayar, tak seberapa. 

Black Swan 4

ATAS desakan nenek, dia berdiri depan HKL sekarang.  Tak ada kerja sungguhlah.  Tergamak Doktor Arel mengadu dekat nenek, luka dia dah kena jangkitan.  Tapi, syukurlah juga, bila doktor tu masih sembunyikan sebabnya.  Andai nenek tahu… tak dapat dia bayang lukanya hati nenek nanti. 
Dalam pada marah, hati dia tak lepas mengucapkan terima kasih.  Cuma nak dizahirkan, itu  yang payah.  Ruangan pesakit luar dah lengang.  Hanya ada sorang dua yang masih duduk dikerusi. 
Dia pun tak tahulah apa yang patut dia buat.  Perut lapar, tubuh letih.  Kejap lagi dia kena masuk kerja.  Siang malam pagi petang… bagaikan hari ini hari terakhir dia hidup. 

Black Swan 3

SEJAK tadi, dia hanya terjenguk-jenguk ke dalam rumah.  Sunyi sepi.  Lampu samar-samar.  Semua dah tidur.  Iyalah, datang jam tujuh pagi, siapa nak bukak pintu?  Orang semua.

Thursday, June 30, 2016

Black Swan 2

TANGAN Irah dipegang.  Teruk jugak lengan halus itu lebam.  Kemudian, dia pandang mata orang tuanya.  Berbicara bahasa yang memang dia yakin, mama dan ayah faham sangat apa yang mahu disampaikan. 
“Mama dengan ayah tak nak komen apa-apa?”  Dia jongket kening.  Menceberkan bibir pada tangan Irah yang masih ada dalam genggamannya. 

Thursday, June 23, 2016

Black Swan 1

BUNYI desiran panjang lepas daripada celah bibirnya.  Kening berkerut lebat menahan rasa pedih.  Gamaknya, luka itu dalam kerana itu rasa pedih lain macam. 
“Kalau tahu sakit, lain kali jangan tunjuk gangster…”  sindir doktor muda di depan mata.  Siap dengan jelingan tajam biarpun tangan itu masih ligat merawat hujung bibirnya yang koyak. 
“Nasib baik tak koyak lagi tiga empat inci.  Kalau tak, mahu jadi mulut tempayan.  Luas,” sindir doktor itu lagi.

Monday, June 06, 2016

Dengarlah Jeritan Hatiku, RELEASED! :)

#DengarlahJeritanHatiku #YugAsh
Salam. Pada yg menanti. Bissmillah. Dengan nama Allah. Bersama keberkatan Ramadan 
Dengarlah Jeritan Hatiku (Bukan Limited tp terhad. Bunyi sama tapi maksud berbeza) dan tak akan masuk market. Banyak tambah daripada blog.  


Harga  :

SM - RM33 termasuk poslaju (untuk sebuah buku)

SS - RM40 termasuk poslaju (untuk sebuah buku)

Tuesday, March 15, 2016

Aku Telah Mencintaimu 22 (end)

SENYUMAN Reza manis bak madu.  Dia toleh ke kiri.  Wajah mummy masam tapi dia tahu mummy tak menghalang.  Cuma tak suka.  Biasalah.  Esok-esok dia bagi cucu dekat mummy, sukalah tu. 
Bahu mummy dipeluk erat.  Langsung tak pandang wajah Fandy.  Macam manalah dia nak panggil lelaki semuda itu uncle.  Geli dia. 

Aku Telah Mencintaimu 21

WILLA melemparkan jauh pandangan ke tengah tasik yang lapang.  Tasik buatan atau tasik semulajadi, dia pun tak tahu.  Umi, pengetua pondok pun tak tahu.  Pondok Raudhah ini terkedalam jauhnya di kawasan Ulu Langat ini.  Tapi, Reza langsung tak sesat. 

Aku Telah Mencintaimu 20

APA yang buat mummy begitu keras hati?  Dia sendiri dah buntu.  Nak dipujuk, sudah bergelen airmatanya jatuh di depan mummy.  Hendak berkeras, pesanan Willa masih berdengung tak henti. 

Aku Telah Mencintaimu 19

TIADA siapa yang menyuruh tapi rasanya, dah sampai masa dia pergi.  Aina terlalu baik dan dia telah buat airmata Aina menitis berkali-kali sejak dulu.  Pakaian terakhir disumbat dalam beg galasnya.  Dipejam mata seketika.  Wajah basah Aina muncul lagi.  Diganti dengan wajah mengharap Reza. 

Aku Telah Mencintaimu 18

KAIN KURUNG dibetulkan sebaik saja dia turun daripada motorsikalnya.  Sebaik saja dia lepasi pagar, tubuhnya tiba-tiba dipeluk daripada belakang.  Erat.  Hampir dia terjerit andai tak dengar gelak tawa adik-adik yang sentiasa ceria. 

Aku Telah Mencintaimu 17

SISA airmatanya masih lagi jatuh ke pipi.  Airmata taubat dan penyesalan kerana zalim pada diri.  Dipanjatkan soalan pada Tuhan.  Apakah yang perlu dia lakukan.  Di kiri memerlukan, dia kanan meresahkan. 

Aku Telah Mencintaimu 16

ENGKU Marlia tersenyum tenang.  Panggilan daripada kawan lamanya, Rozita benar-benar buat dia lega.  Segala yang telah dirancang nampaknya sedang berjalan lancar.  Langsir pintu gelansar itu diselak tapi tangannya ditahan.  Dia rasa pinggangnya dipeluk.

Monday, March 14, 2016

Aku Telah Mencintaimu 15

KETUKAN kali ketiga pun, Willa buat tak tahu.  Hai… apalah yang sedang kawan baik dia ni fikir.  Aina menapak masuk.  Mendekati Willa lantas tangannya berlabuh tepat di atas bahu Willa.

Aku Telah Mencintaimu 14

MALAM tadi dia demam lagi.  Dah berkodi ubat yang dia telan.  Tapi, demamnya hanya kebah sekejap cuma.  Dia tilik wajah di dalam cermin.  Makin pucat.  Dia sebenarnya keletihan.  Menghitung masa untuk berehat dengan tenang.  Tapi, dia masih perlu bekerja keras.  Dia tak akan putus asa biarpun cita-citanya yang satu itu telah lama terkubur.  Tak apa, dia masih ada tulang empat kerat untuk dia bela diri sendiri.

Aku Telah Mencintaimu 13

WILLA diam disatu sudut.  Kaku di situ.  Menanti sesi kuliah bermula.  Dia benar-benar rasa tak selesa.  Dia demam.  Tubuhnya sedikit hangat.  Dalam seminggu, hampir tiga kali dia demam malam.  Sejuk dan menggigil hingga merenik peluh sejuk terbit di seluruh romanya. 

Friday, March 11, 2016

Aku Telah Mencintaimu 12

BIRAI cawan dibawa rapat ke bibir.  Reza ukir senyum lebar.  Haila Willa.  Dalam beku pun, pandai mengayat.  Dia dekat nak percaya dah kata-kata Willa siang tadi.  Nasiblah akal waras dia terus memberi alarm. 

Aku Telah Mencintaimu 11

HATI Aina diselubung hampa.  Dah dua hari Willa sihat.  Dia pun dah kena kerja malam.  Seperti bertahun dulu, saat pertama kali dia bertanya… Willa diam dan sekarang juga sama.  Hanya airmata yang mengalir.  Dia tak tahu apa yang Willa buat sekarang dan dia juga tak tahu apa yang telah Willa buat dulu. 

Aku Telah Mencintaimu 10

GERAMNYA bukan lagi geram biasa.  Tapi dah geram sangat.  Dia dah pesan, berehat.  Kan sekarang dah demam lagi.  Jangan kata demam biasa, tapi demam panas.  Aina letak kain di atas kepala Willa.  Ajak pergi hospital tak nak.

Thursday, March 10, 2016

Aku Telah Mencintamu 9

DIA hantar pergi langkah Willa hanya dengan pandangan mata.  Bersembunyi di balik tiang melihat langkah lemah gadis itu.  Teringat masa Willa sakit di rumah dia.  Jangan pengsan dekat tengah laluan pejalan kaki tu sudah.  Dia tak akan angkat.  Dia tak akan simpati lagi.  Cukuplah sekali dia menjadi orang lain.  Dia tak didik hatinya begitu lembik menghadapi perempuan. 

Thursday, March 03, 2016

Aku Telah Mencintaimu 8

NAFAS lega dihela.  Nasib baiklah Uncle Ben faham.  Abang Fandy juga mengerti walaupun mata itu tajam menjeling dia.  Iyalah, masa nak kerja merayu-rayu.  Nak berhenti, semudah itu dia cakap.  Siapa tak hantar pandangan tajam? 

Tuesday, March 01, 2016

Aku Telah Mencintaimu 7

CEK kosong.  Jika dia isi angka satu diikuti dengan enam biji kosong di belakangnya, melampau sangat tu.  Willa angkat wajah memandang pada cermin di depan.  Wajah dia pucat dan semakin pucat.  Dia pun, bukan macam perempuan lain yang suka bersolek.  Cek tersebut dilipat dan diletak dalam laci. 

Thursday, February 25, 2016

Aku Telah Mencintaimu 6

TERSENTAK bila bahunya dicuit.  Senyuman Willa terukir lebar.  Terus dia tarik tangan Aina duduk di sisi.  Menghadap tasik Ulu Yam.  Tenang di sini menikmati keindahan alam. 
“Kenapa datang sini?  Sorang-sorang pulak tu?”  Aina sisip air yang baru dia buka.
“Mana ada sorang…”

Wednesday, February 24, 2016

Aku Telah Mencintaimu 5

SOALAN Willa dibiarkan begitu saja.  Kan dia dah cakap.  Dia tak jawab soalan orang tapi dia yang mencari jawapan.  Malaslah dia.  Willa ni pun dah cukup jadi masalah sekarang.  Nak-nak bila dia dengar ketukan pada pintu bilik.  Dah sudah… Engku datang pulak dah. 

Tuesday, February 23, 2016

Aku Telah Mencintaimu 4

KERAS sungguh perempuan sorang ni!  Sampai ke sudah tak nak naik.  Sudahnya, naik teksi jugak.  Meluat sungguh.  Dia… memang tak pernah suka dengan perempuan kasar.  Sebab dia membesar dalam keluarga di mana seorang jelitawannya lembut-lembut belaka. 

Monday, February 22, 2016

Aku Telah Mencintaimu 3

PELUH merenik di dahi Willa.  Diseka perlahan dengan hujung selendang yang melilit kepala.  Dia dongak ke langit.  Terang benderang.  Cepat sangat panas sekarang.  Dia akhirnya berhenti di sebuah perhentian bas.  Sepi.  Hanya angin dan unggas yang berbisik.  Tiada satu pun kenderaan yang lalu lalang.  Tapi, ada papan tanda bas berhenti. 

Friday, February 19, 2016

Aku Telah Mencintaimu 2

JAM pada dashboard dah menghampiri enam suku.  Willa turunkan cermin kereta.  Hari Ahad yang tenang tapi hari dia merusuh.  Sesekali, dia menahan batuk.  Tak nak Reza yang sedang lena, jaga dengan bunyi batuknya.

Aku Telah Mencintaimu 1

DUA kali dia baca pesanan itu.  Mata yang tadi layu kembali bersinar.  Telefon diselit dalam poket jeans.  Terus saja dia panjat motorsikal dan berlalu ke tempat seperti alamat yang dibaca.  Tak lama.  Kurang setengah jam, motorsikal sudah berhenti tepat di depan sebuah kelab malam ekslusif. 
Bibir Willa pecah dengan senyuman.  Dia dah tahu ini tempatnya tapi entahlah… apa yang merasuk dia datang ke sini… padahal dia dah janji…

Wednesday, January 06, 2016

#HURT 10

MENGGIGIL seluruh tubuh Aatiq.  Rasanya, jika ditoreh sekarang, pipinya mesti tak berdarah.  Penat dia usap kedua belah tangan tapi jari-jemarinya tetap terketar-ketar saat turun daripada kereta milik Raqib tadi.  Masuk aje ke dalam rumah, dia bagai dah tak berpijak di bumi nyata.  Segala sendi dia terasa begitu lemah.  Sebaik saja dia menutup pintu bilik, jasadnya terkulai – longlai di belakang pintu. 
Tuhan… dugaan apakah lagi? 

#HURT 9

DIA tak pernah rasakan dunia ini tidak adil.  Tak pernah sekalipun, melainkan dia yang tak pernah adil dengan diri sendiri.  Jika dikata dia dizalimi, tidak.  Dia yang zalim pada diri sendiri.  Dan, segalanya seperti satu hukuman. 
Sijil di depan mata dipandang.  Dia tak ada sijil SPM.  Dia tak berkesempatan untuk menduduki peperiksaan penting tu atas beberapa sebab biarpun sekolah tempat dia belajar tentang hidup buka peluang pada yang layak.  Yang menjadikan dia terhalang adalah, dia tak layak.    

#HURT 8

MALAMNYA tak pernah tak terganggu.  Hampir setiap malam, malah kian kerap pula sejak akhir-akhir ini kejadian itu menghiasi mimpinya.  Seluruh tubuhnya perlu dibasuh dengan wuduk. 
Dia tidak tenang.  Dada dia tidak lapang.  Dan, hanya pada Pencipta udara inilah dia perlu pinta sedikit ruang untuk bernafas dengan tentang.  Saat dia membasuh kedua belah tangan, bagai mengalir darah merah itu daripada kedua belah telapak tangan namun kenapakah darah itu tak pernah mahu kering? 
Tuhan…

#HURT 7

BAHU Aatiq ditolak kasar.  Nasi yang ada di tangan jatuh ke lantai.  Pecah bungkusannya.  Tumpah isi yang ada.  Mata Aatiq berair melihatkan rezeki yang rosak.  Ditambah pula dengan perut yang berbunyi meminta diisi, rasa mahu dimaki wajah bekas kawan sekelasnya ini. 
“Kau ni apa lagi yang tak puas hati dengan aku, hah?”  Direnung wajah gadis manis di depan dengan perasaan yang bercampur baur. 
Nak aje dia menjerit.  Biar berdentum suaranya seluruh sekolah tapi ditahan.  Dia masih bertahan atas tiket sabar yang dia kira, kian menipis.  Sudah mahu rabak. 

#HURT 6

IKUTKAN hati, dia suruh aje Johan lenyek Aatiq biar lunyai jasad itu tanpa mampu dapat dicam.  Tapi, Aatiq tak boleh mati semudah itu.  Aatiq tak boleh pergi tanpa izin dia.  Dia tak akan benarkan Aatiq tinggalkan dia.  Tambah pula, mati adalah satu hukuman yang cukup mudah untuk Aatiq.  Sangat mudah.  Sedangkan, Aatiq perlu melalui penderitaan yang lebih dalam daripada dia. 
“Bos?” 
Raqib angkat wajah.  Fail yang ada gambar dua wajah tersayang itu ditutup kasar.  Dicampak ke sisi.
“Bos nak balik ofis?” 

#HURT 5

SATU demi satu pintu yang dia lepasi, tapi dia tetap keluar dengan rasa yang hampa.  Bukan dia tak tunjuk sijil kursus yang dia ada tapi sijil itu begitu menakutkan orang ramai.  Letih menapak, Aatiq labuhkan duduk di perhentian bas.  Mencari arah mana yang patut dia tuju sekarang.  Segalanya seperti jalan mati buat dia padahal dekat kawasan Greenwood ini begitu banyak restoran besar. 
Penat sungguh hari ni.  Semangat yang berkobar-kobar dan menyala serasa mula malap bila permohonannya ditolak tanpa sempat diberi peluang.  Dia hanya minta satu saja lagi peluang.  Bukan dua tapi hanya satu. 

#HURT 4

PAGAR automatic rumah Haji Razali terbuka lebar.  Sebaik saja kereta itu menjalar masuk ke porch, Mak Yam terus berdiri.  Bila pintu kereta dibuka dan Haji Razali turun, tahulah Mak Yam yang anak lelaki Haji Razali ada bersama, bukan saja Johan seperti kebiasaannya. 
“Assalamulaikum, Tuan Haji,” sapa Mak Yam bersama huluran senyum.    
“Waalaikummusalam.  Dah lama sampai, Yam?” 

#HURT 3

SEMALAM, dia belot pada keletihan diri.  Johan memandu tenang mengekori sebuah bas sehingga ke destinasi akhir dan Johan jugalah yang menaiki LRT menjejaki apa yang dia cari.  Setelah itu, Johan kembali menemui dia di tempat kerja.  Waktu itu, langit gelap biarpun hari masih lagi petang. 
Memasuki kawasan perumahan kos rendah ini tak pernah buat dia rasa tak selesa. Namun, wajah yang nampak terlena di bawah langit yang terbuka itulah yang buatkan letak duduk dia panas. 
“Semalam, pukul berapa dia masuk rumah, Jo?” 

#HURT 2

USAI Asar, Haji Razali naik ke atas.  Nak-nak bila ruang tamu berada di tingkat paling atas.  Letih betul rumah sampai tiga tingkat ni.  Masa muda dan bila anak-anak ada, seronoklah turun naik.  Terasa lapang rumah ini untuk empat beranak tapi sekarang, terasa kosong.  Bukan lagi lapang malah kosong.  Tambah pula anaknya jarang benar pulang. 
“Tak berhenti lagi buat kerja, Yam?”  soal Haji Razali pada pembantu rumahnya. 
“Eh, dah siap dah.  Nak angkat kain aje sikit.  Lepas tu saya nak balik dah.  Tuan Haji nak minum ke?”  soalnya lembut. 

#HURT Prolog I,II,III & Bab 1

PROLOG

Andainya aku tahu apa yang telah terjadi
Tak mungkin aku lepaskanmu daripada pelukan
Akan aku buang jauh kesakitan di hati
Terima kasih atas apa yang telah kau lakukan
Dan, aku maafkan segala kesilapan
Andai ada satu hari lagi,
Akan aku laungkan betapa rindunya aku setelah kau pergi
Maaf… kerana menyalahkanmu
Dan, aku begitu terluka kerana melukakanmu… - RAQIB