Friday, May 31, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 27

BAB 27

MAKAN malam yang sepi. 
Aku dah tak tahu nak tayang wajah macam mana.  Serius rasa beku biarpun kehangatan memang terasa dalam rumah ni.  Ayie tunduk menikmati masakan Melayu yang aku masak.  Itupun jenuh nak cari bahan masak.  Kalau yang ada berlambak dekat Alexa tu belum tentu lagi halal.  Tambah-tambah lagi bahan basah. 

Thursday, May 30, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 26

BAB 26

INI dikira rumah Ayie.  Jadi, dia tak ada aku tak berani nak ajak tetamu masuk rumah.  Nak-nak ada seorang bukan muhrim, iaitu Khai dan di sebelah dia, ada Ieza yang pasti.
“Ayie tak ada.  Kuliah.  Maaflah tak boleh nak ajak you guys masuk rumah.” Tenang aku bersuara.

Wednesday, May 29, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 25

BAB 25

AYIE dah pergi kuliah.  Tinggal aku sorang-sorang.  Nak sembang tak ada kawan.  Adalah jiran yang lain tapi tak pulak aku jumpa secara berdepan.  Macam mana rupa pun aku tak tahu tapi kata Ayie kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia

Monday, May 27, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 24

BAB 24

RUMAH ni cantik.
Itu persepsi pertama aku saat menjejakkan kaki dalam rumah sewa ni.  Cukup lengkap semua perabot untuk dua orang penghuni.  Yang menariknya, semua berwarna putih.  Nampak suci dan murni.  Terang hati.  Terbuka minda tapi jenuh nak cuci kalau kotor. 

Friday, May 24, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 23

BAB 23

KERETA Ayie meluncur dalam kadar kelajuan sederhana membelah jalan Brunnenstraße untuk kami kembali ke Home of Nation di Iranische Straße.  Perjalanan yang dekat tu rasa macam jauh je bila Ayie kian perlahankan kenderaan dan duduk di lorong paling kanan.

Thursday, May 23, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 22


BAB 22

KAMI saling berpandangan sewaktu minum petang di Prater Biergarten.  Tak jauh daripada Iranische Straße.  Lebih kurang 4.9km saja dan mengambil masa lebih  kurang 10 minit saja pemanduan. 

Wednesday, May 22, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 21


BAB 21

GAMBAR.
Penjelasan dia pada ma juga pa dia tentang gambar.
Juga perkara pernikahan kami ni.  Itu soalan aku yang Ayie tak jawab lagi. 

Tuesday, May 21, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 20

BAB 20

KAMI berdua menaiki bas di depan  hotel untuk menuju ke tempat pelancongan di sekitar Bandar Berlin.  Aku memang tak tahu.  Ikut jelah Ayie ni.  Kalau kata duduk tepi tembok, di situlah aku.  Kalau kata dia lepak tepi tasik, kat situ jugaklah aku.  kalau kata dia terjun gaung, itu aku tengok jelah.  Tak kan nak ikut terjun.  Bunuh diri namanya.  

Monday, May 20, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 19

BAB 19

AKU tekup wajah ke meja solek.  Lampu dah lama malap.  Serius aku rasa nak menangis.  Bila aku jeling ke arah katil, aku nampak Ayie yang sedang tidur pulas.  Masa ni sedih aku ni tak terkata dah. 

Tiba-tiba, Dia Ada 18

BAB 18

MAKAN malam aku rasa macam dalam penjara je.  Itu pun penjara akhir, sebagai banduan akhir yang ditemani rasa hening dan kesal tak berkesudahan. 

Sunday, May 19, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 17

BAB 17

TUBUH pun tak hilang penat lagi.  Aku buka mata masa tu hari dah kembali gelap dan sejuknya musim luruh ni buat aku rasa nak korek tulang sendiri.  Sengal sampai ke tulang hitamlah orang cakap.

Saturday, May 18, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 16

BAB 16


DALAM hidup ni, hanya Allah swt tempat aku mengadu dan hanya tiga orang yang aku sangat-sangat percaya malah aku percaya lebih daripada diri sendiri.  Mama, papa dan Aryan.  
Tapi, soal aku sekarang ni tak mungkin aku beritahu ma dengan pa.  Aku takut mereka kecewa dengan nasib aku.  Yalah, aku ni anak kesayangan.  Jadi, hanya pada Aryanlah tempat aku bersandar.  Tempat aku luahkan rasa.  Tak kan nak mengadu domba pada kakak-kakak Ayie pulak?  Gila?

Friday, May 17, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 15

BAB 15

KENAPA boleh jadi macam ni? 
Okey, itu soalan dan kalau aku ada jawapan, aku tak tanya lagi.  Sekarang ni kalau tanya mama dan papa mertua aku pun nescaya mereka pun tak temui jawapan.  Yang pasti, haruslah mama dan papa teramat kecewa dengan Ayie.  Yalah, anak lelaki tunggal dalam keluarga.  Diberi didikan agama yang sempurna dan latar belakang yang berpendidikan tinggi semuanya tapi ini yang terjadi pada Ayie.

Thursday, May 16, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 14


BAB 14

BARANG-BARANG dah siap semuanya.  Tinggal nak terbang je lagi.  Yang pasti, kat rumah ni, baru lepas kenduri doa selamat sempena keberangkatan kami.  Aku pula masih sibuk di depan laptop.  Banyak amanat yang aku nak tinggalkan pada Aryan untuk membantu papa menjaga Muhara. 
“Busy?” 

Tiba-tiba, Dia Ada 13


BAB 13

JANGAN katakan mama dan papa mertua aku je menyerang kami dengan soalan tapi mama dan papa aku sekali.  Termasuklah Aryan, Auni dan Aina yang jadi penonton tak berbayar.  Free je dapat tonton kami kena ceramah.

Wednesday, May 15, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 12

BAB 12

BARU dua hari majlis tu berlangsung.  Rasanya baru semalam je.  Letih masih tak nak hilang daripada tubuh.  Hanya Ayie yang lincah ke sana-sini membeli keperluan yang nak dia bawa ke sana dan jangan tak percaya dengan apa yang dia bawa.
“Ini apa?”

Tiba-tiba, Dia Ada 11

BAB 11

PAGI ini sangat indah.  Nyaman dan menyegarkan sebab dinihari tadi tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.  Memberi tidur yang selesa dan lena.  Sedar aje aku rasa ada tangan melilit pinggang aku. 

Tiba-tiba, Dia Ada 10

BAB 10

DIAM tak diam, aku memang terdiam dalam bilik ni bila pintu bilik ditolak daripada luar.  Jangan aku teka lagi siapa kalau bukan dia.  Mama dan papa memang tak naik dah bilik aku sekarang.  Ini juga jadi kawasan larangan buat Aryan. 

Monday, May 13, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 9


BAB 9

TAK payah nak mohon cuti, papa sendiri dah bagi cuti untuk aku.  Heaven tak?  Sangat heaven okey?  Biarlah macam tu.  Senang aku tak perlu nak fikir pasal kerja.  Kerja-kerja dalam rumah ni pun dah bertambah sibuk.  Tapi, mama tak bagi aku buat apa kerja pun.  Takut calar katanya.  Nanti Ayie quiry.  Okey, mama pun dah terlebih teruja. 

Tiba-tiba, Dia Ada 8


BAB 8

AKU labuhkan duduk di atas anak tangga paling atas di dalam rumah banglo dua tingkat milik Muhara ( Mukhlis Anahara ) ni.  Dari jauh aku perhatikan mama yang sedang membelek sebuah majalah. 
Yang ada di depan dia masih bersusun lagi.  Entah apa yang mama nak cari.  Aku pun tak pasti mana dia cari majalah pengantin tu.  Bersungguh-sungguh. 

Saturday, May 11, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 7


BAB 7

“NAH... cuba,” suruh Ayie sambil meletakkan dua bekas cincin di depan aku.
Dia silang kaki dan bersandar kekenyangan depan aku.  Licin makanan dia.  Aku juga masih ada sisa sikit dan kejap lagi baru aku habiskan. 
Nak tengok cincin dia beli dulu.
“Ni beli semalam?” 

Friday, May 10, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 6


BAB 6

HAI... lengan melekap ke dahi aku malam ni penangan budak Ayie ni.  Kemain dia telefon malam-malam semata-mata nak cakap yang dia dah pilih cincin.  Kot ya pun, tak payah la telefon dulu.  Pening aku memikirkan perangai dia.  Ini baru beberapa hari.  Dah kelam kabut.  Kalau kata kami duduk sebumbung dan untuk seumur hidup nanti, kecoh seluruh hidup aku yang selama ini tenang dan nyaman ni. 

Tiba-tiba, Dia Ada 5


BAB 5

AKU HULUR duit pada pelayan, Ayie tarik dan letak dalam beg tangan aku yang ternganga. 
“Biar Ayie bayar,” ujar dia.
Aku ceber bibir.  Dalam hati berkata sendiri, ada ke duit budak sekolah ni nak bayar harga aku makan.  Ini dekat Hotel Quality okey.  Tapi, bukan aku nak.  Dia yang ajak ke sini sebab katanya nak privacy sikit. 
“Biar kakak bayarlah,” tolak aku. 

Thursday, May 09, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 4


BAB 4

ZAKHRI ADHA BIN ZAFRAN!
Ohmai... kenapalah nama itu menghantui kepala aku.  Kerja pejabat satu pun tak bersentuh.  Mama dah larang tadi daripada ke pejabat dan papa pun tak bagi aku masuk kerja.  Memang badan tak sihat lagi tapi memikirkan perkara ‘adik’ aku tu, lagilah buat aku tak sihat. 

Tiba-tiba, Dia Ada 3

BAB 3

AKU rasa renjisan air pada wajah aku.  Malasnya nak buka mata.  Rasa berpusing dunia yang sememangnya berputar ni.  Bila ingat kejadian sebelum aku pitam tu, rasa tak nak bangun dah.  Aku harap ini mimpi.  Mimpi paling ngeri pernah aku alami dan aku berdoa setelah ini tak ada mimpi pun tak apalah.   Janji aku dibangkitkan aku daripada mimpi buruk ini. 

Wednesday, May 08, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 2


BAB 2

KREKK...
Itu bunyi pintu bilik lagi sekali.  Serentak dengan suara orang bertanya soalan yang sama dengan  mama tanya tadi. 
“Arya demam ke?” 
Aku tersentak.  Hilang suara Aryan petang tadi diganti suara papa.  Mama tak kunci pintu.  Balik rumah tubuh dah mula suam-suam tapi semua orang diam.  Tak berkata apa.  Kalau berkata, sungguh aku terbaring dekat ICU. 

Tiba-tiba, Dia Ada 1


BAB 1

          BELAKANG TANGAN dah jamah dahi.  Okey, panas.  Aku demam.  Hidung mula rasa ketat.  Tersumbat. 
Ohmai...
Macam mana nak pergi kerja esok?  Papa bukan boleh kalau aku ponteng.  Katanya sebab baru kerja.  Nanti orang cakap papa guna kuasa veto masukkan aku kat syarikat.  Biarpun nenek kata, satu hari nanti kami-kami juga yang akan uruskan syarikat tu bila papa bersara. 

Friday, May 03, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 30 (end)


BAB 30

PIPI AKU ditepuk perlahan.  Bila aku buka mata, memang dia lagi muncul.  Tertoleh ke kiri dan kanan, depan dan belakang.
Kalut.
“Naina, bangun sayang,” suruh Nine.  Berbisik.  Cukup perlahan di pendengaran aku.
“Nine...” Tak mampu lagi memaki dia.  

Hanya Ingin Kau Cinta 29


BAB 29

WAJAH lena Nine aku pandang.  Bibir yang dihiasi darah kering itu menyentuh hati aku yang sedia luka. 
Nine...
Kenapa macam ni sekali hubungan kita?  Jika aku menyoal, adakah jawapan itu untuk aku.  Lama aku tatap dia yang sedang lena di sisi aku.  Rasanya sudah semalaman berlalu.  Nine masih di sini menemani aku yang langsung tak nampak matahari dan bulan. 

Thursday, May 02, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 28


BAB 28

KEPALA masih amat berat.  Tapi, bunyi bising telah menyuruh aku memaksa diri aku sedar dan  memasang telinga biarpun mata masih terkatup rapat. 
“Neo... ini tak kena.  Apa  yang kau janji dengan aku?”  soal suara itu.
Jantung aku berdetak hebat.  Suara siapa pula kali ini.  Dalam samar-samar pandangan, aku menangkap satu susuk tubuh lain selain Naim.  Telinga mendengar tapi otak kurang jelas hendak mentafsir. 

Hanya Ingin Kau Cinta 27


BAB 27

KAKI AKU lemah melangkah keluar daripada unit kajian forensik dan makmal jenayah.  Di mana adanya petugas pintar tentang IT dan teknologi yang akan memberi jawapan tentang kes-kes berkaitan dengan kemahiran teknologi. 
“Gambar kedua-dua orang ini adalah sama, Puan Naina.”

Hanya Ingin Kau Cinta 26


BAB 26

CUTI tamat begitu sahaja. 
Langsung tidak tenang malah semakin kelam kelibut kepala aku.  Mak ngah risau melepaskan aku pergi.  Bimbang aku mengikut emosi dalam menjalankan tugas tapi aku pandai juga memujuk biarpun hati sendiri sudah menjeruk rasa. 
“Ini Inspektor Zunaina, mak ngah.  Pegawai terlatih mental dan fizikal.  Mana boleh ikut emosi.”

Wednesday, May 01, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 25


BAB 25

DARI JAUH aku nampak sebuah kereta mewah terparkir kemas di tengah laman di depan rumah.  Bila aku kecilkan anak mata, tertangkap satu susuk tubuh lelaki yang keluar daripada perut kereta dan itupun setelah pintu kereta dibuka oleh orang lain.
Seorang lelaki segak dengan kot hitam dan cermin mata hitam menapak ke arah rumah.  Tanpa salam, dia disapa oleh suara mak ngah. 

Hanya Ingin Kau Cinta 24


BAB 24

DIAM.  Tekun aku mendengar suara Amar di hujung talian. 
“Tuan Radzi ada beritahu I yang permohonan you sedang dipertimbangkan.  Tapi, satu soalan I nak tanya…”  Amar menghentikan suaranya. 
Nafasnya dihela dalam sebelum dia menyambung.
“Apa-apa terjadi, you dah kuat nak hadapi?” 
Serius saja soalan itu kedengaran.  Pada aku pula, apa saja terjadi, aku benar-benar telah nekad.  Ini yang aku inginkan.