Friday, December 27, 2019

Luruh 7


KERANA dia tahu rutin biasa Mufid, dia yakin… lelaki tak guna itu akan kembali pada waktu ini.  Biasanya malam minggu memang dia yakin sangat, Mufid akan kembali ke condominium yang terletak di Sentul ini.  Peluang ini dia tak akan lepaskan.  Kerana itu dia berjaya loloskan diri dengan alasan untuk membuat penghantaran barang dan dia hanya berjanji dengan pembelinya untuk berjumpa di depan lif saja.  Kerana itu, pengawal keselamatan membenarkannya masuk untuk lima belas minit. 
Dada Daneen kian berdetak laju.  Masa kian suntuk dan bayang Mufid jauh sekali untuk dia nampak.  Hampir lima belas minit berlalu, dia nampak kereta mewah itu menjalar masuk.  Dia angkat tangan pada pengawal keselamatan dan menunjukkan pada kereta Lamborghini Urus yang baru saja melepasinya dan menghilang ke tempat letak kereta bawah tanah. 

Thursday, December 12, 2019

Luruh 6

SEBAIK saja mendapat berita tentang kehilangan Daneen, Maliki terus ke hospital.  Dia termengah-mengah sebaik saja lariannya terhenti di depan pintu bilik yang menempatkan Daneen.  Dua orang jururawat sedang membersikan bilik itu.  Dua pasang itu memandangnya penuh tanda-tanya.
“Boleh saya tolong, encik?” soal salah seorangnya.
“Dah berapa lama pesakit dalam bilik ni hilang?” 
“Err…”  Kedua-duanya saling memandang. 
Maliki mendengus, menahan sabar. 
“Ki?” 
Maliki menoleh bila kawan baiknya yang juga seorang doktor peribadi untuk keluarganya muncul di belakang. 

Wednesday, December 11, 2019

Luruh 5

DENGAN kaki yang begitu berat, Daneen hampiri masjid di mana menjadi tempat jenazah mama diuruskan dan di sini juga Dariya dikafankan namun bukan dia yang menguruskan untuk Dariya.  Jujurnya, dia lega bila ada seeorang yang sanggup mempercepatkan segalanya dalam keadaan dirinya yang tak sedarkan diri. 
Hingga ke akhirnya, dia hanya berjanji tapi satu pun tak mampu dia tunaikan.  Segalanya dimungkiri.  Janji pada mama dan Dariya.  Segalanya hanyalah satu penipuan.  Sekali, dia menyoal diri.  Kenapa dia tergamak berjanji padahal dia sendiri tahu, dia tak pernah mampu.  Dan kini… dia terpaksa hantar pergi kedua-dua orang yang penting dalam hidupnya dengan perasaan kecewa. 

Tuesday, December 10, 2019

Luruh 4

WAJAH Maliki hampir pada wajahnya dan Daneen langsung tak berganjak.  Biarpun dia tak rela, tapi ini saja jalan  yang ada buat masa ini.  Tangan Maliki yang sedang menyelak helaian rambutnya, dibiarkan saja.  Lelaki itu menolak rambut yang ada di pipinya dan menyelit di belakang telinga.  Membiarkan seluruh wajahnya terdedah pada pandangan tajam mata kuyu itu. 
Entah kenapa, saat ini… dia tak nampak Maliki mahukannya.  Dia tak nampak pandangan itu dipenuhi nafsu.  Atau dia sebenarnya sudah tidak mampu menilai segala-galanya kerana minda dan emosi yang digasak dengan pelbagai masalah? 
Dadanya berdebar dan debaran ini kian kuat bila Maliki menyentuh cuping telinganya yang tak pernah bertindik itu dengan hujung hidung mancungnya. 

Monday, December 09, 2019

Luruh 3

SEJAK tadi, hanya nama itu yang meniti pada bibir Dariya.  Dia seperti mahu menjerit dan menekup mulut Dariya daripada terus menyebut nama itu.  Ia menyakitkan.  Telinganya sudah tidak mampu mendengar.  Hati dan jiwanya sendiri sudah tidak berdaya nak terima rayuan itu lagi.
Kau tahu tak, Dariya… harga apa yang aku bayar untuk semua permintaan kau ni?  Kenapa kau terus nak pentingkan diri sendiri?  Kenapa, Dariya? 
Andai mampu dia ucapkan perkataan itu, tapi dia tak pernah berdaya.  Daneen melutut di sisi katil di mana tubuh lemah Dariya terbujur.  Berita yang doktor bawakan padanya seketika tadi, telah merentap seluruh semangat. 
“Aku akan selamatkan kau, Riya.  Kau satu-satunya yang aku ada…”  rayu Daneen.  Dia sendiri sedang lemah. 

Sunday, December 08, 2019

Luruh 2

KALI ini aje, Daneen.  Kali ini aje.  Itulah yang hati Daneen bisikkan bila dia berada di depan pagar rumah besar itu.  Memujuk hati dan merendahkan airmukanya buat kali yang terakhir demi kakaknya.  Betapa dia memujuk pun, Dariya begitu berkeras untuk dia bawa Mufid.  Biarpun dia katakan yang Mufid telah membuang kakaknya itu, keluarga Mufid telah berlaku kejam pada mereka tanpa mereka tahu apa salahnya. 
Namun, Dariya langsung tak nak terima semua itu.  Di bibirnya hanya meniti nama Mufid setelah Dariya lelah tangisi kepergian mama dan bayi sendiri.  Hati Daneen sakit seperti tak tertanggung lagi. 
“Jangan paksa aku lagi, Riya.  Aku baru selesaikan jenazah mama.  Ini… abah tak tahu lagi.  Kau jangan fikir sangat pasal benda lain, Riya.  Kau kena pulih macam biasa dan masa tu, aku akan buat apa aje untuk bawak dia jumpa kau…” 

Saturday, December 07, 2019

Luruh 1



KEPALANYA jatuh.  Tunduk memandang jari-jemari sendiri yang menggigil.  Tubuhnya kaku.  Dia sepertinya telah tercampak jauh ke dalam dunianya sendiri tanpa ada sesiapa menemani.  Pandangan mata sangat kabur dan air jernih itu menitis perlahan di atas tangannya.  
Saat ini, dia hanya mampu mendengar suara tangisan di sisinya.  Dekat dengan cuping telinga.  Sangat halus seperti belati tajam yang menoreh hati.  Tanpa rasa.  Sedar saja, ia sudah berdarah. 
Suara lain sudah tidak mampu menembus pendengaran.  Hanya tangisan dan esakan seorang wanita yang dia panggil mama. Perlahan-lahan dia menoleh.  Lemah.  Namun, senyuman tetap diukir.  Tangan mama digenggam kemas, memberi kekuatan.  Tak… bukan memberi tapi dia sedang berkongsi apa adanya pada dirinya saat ini.  Gamaknya, sisa kekuatan yang terakhir yang masih mengalir dalam hatinya.