Friday, December 27, 2019

Luruh 7


KERANA dia tahu rutin biasa Mufid, dia yakin… lelaki tak guna itu akan kembali pada waktu ini.  Biasanya malam minggu memang dia yakin sangat, Mufid akan kembali ke condominium yang terletak di Sentul ini.  Peluang ini dia tak akan lepaskan.  Kerana itu dia berjaya loloskan diri dengan alasan untuk membuat penghantaran barang dan dia hanya berjanji dengan pembelinya untuk berjumpa di depan lif saja.  Kerana itu, pengawal keselamatan membenarkannya masuk untuk lima belas minit. 
Dada Daneen kian berdetak laju.  Masa kian suntuk dan bayang Mufid jauh sekali untuk dia nampak.  Hampir lima belas minit berlalu, dia nampak kereta mewah itu menjalar masuk.  Dia angkat tangan pada pengawal keselamatan dan menunjukkan pada kereta Lamborghini Urus yang baru saja melepasinya dan menghilang ke tempat letak kereta bawah tanah. 

Thursday, December 12, 2019

Luruh 6

SEBAIK saja mendapat berita tentang kehilangan Daneen, Maliki terus ke hospital.  Dia termengah-mengah sebaik saja lariannya terhenti di depan pintu bilik yang menempatkan Daneen.  Dua orang jururawat sedang membersikan bilik itu.  Dua pasang itu memandangnya penuh tanda-tanya.
“Boleh saya tolong, encik?” soal salah seorangnya.
“Dah berapa lama pesakit dalam bilik ni hilang?” 
“Err…”  Kedua-duanya saling memandang. 
Maliki mendengus, menahan sabar. 
“Ki?” 
Maliki menoleh bila kawan baiknya yang juga seorang doktor peribadi untuk keluarganya muncul di belakang. 

Wednesday, December 11, 2019

Luruh 5

DENGAN kaki yang begitu berat, Daneen hampiri masjid di mana menjadi tempat jenazah mama diuruskan dan di sini juga Dariya dikafankan namun bukan dia yang menguruskan untuk Dariya.  Jujurnya, dia lega bila ada seeorang yang sanggup mempercepatkan segalanya dalam keadaan dirinya yang tak sedarkan diri. 
Hingga ke akhirnya, dia hanya berjanji tapi satu pun tak mampu dia tunaikan.  Segalanya dimungkiri.  Janji pada mama dan Dariya.  Segalanya hanyalah satu penipuan.  Sekali, dia menyoal diri.  Kenapa dia tergamak berjanji padahal dia sendiri tahu, dia tak pernah mampu.  Dan kini… dia terpaksa hantar pergi kedua-dua orang yang penting dalam hidupnya dengan perasaan kecewa. 

Tuesday, December 10, 2019

Luruh 4

WAJAH Maliki hampir pada wajahnya dan Daneen langsung tak berganjak.  Biarpun dia tak rela, tapi ini saja jalan  yang ada buat masa ini.  Tangan Maliki yang sedang menyelak helaian rambutnya, dibiarkan saja.  Lelaki itu menolak rambut yang ada di pipinya dan menyelit di belakang telinga.  Membiarkan seluruh wajahnya terdedah pada pandangan tajam mata kuyu itu. 
Entah kenapa, saat ini… dia tak nampak Maliki mahukannya.  Dia tak nampak pandangan itu dipenuhi nafsu.  Atau dia sebenarnya sudah tidak mampu menilai segala-galanya kerana minda dan emosi yang digasak dengan pelbagai masalah? 
Dadanya berdebar dan debaran ini kian kuat bila Maliki menyentuh cuping telinganya yang tak pernah bertindik itu dengan hujung hidung mancungnya. 

Monday, December 09, 2019

Luruh 3

SEJAK tadi, hanya nama itu yang meniti pada bibir Dariya.  Dia seperti mahu menjerit dan menekup mulut Dariya daripada terus menyebut nama itu.  Ia menyakitkan.  Telinganya sudah tidak mampu mendengar.  Hati dan jiwanya sendiri sudah tidak berdaya nak terima rayuan itu lagi.
Kau tahu tak, Dariya… harga apa yang aku bayar untuk semua permintaan kau ni?  Kenapa kau terus nak pentingkan diri sendiri?  Kenapa, Dariya? 
Andai mampu dia ucapkan perkataan itu, tapi dia tak pernah berdaya.  Daneen melutut di sisi katil di mana tubuh lemah Dariya terbujur.  Berita yang doktor bawakan padanya seketika tadi, telah merentap seluruh semangat. 
“Aku akan selamatkan kau, Riya.  Kau satu-satunya yang aku ada…”  rayu Daneen.  Dia sendiri sedang lemah. 

Sunday, December 08, 2019

Luruh 2

KALI ini aje, Daneen.  Kali ini aje.  Itulah yang hati Daneen bisikkan bila dia berada di depan pagar rumah besar itu.  Memujuk hati dan merendahkan airmukanya buat kali yang terakhir demi kakaknya.  Betapa dia memujuk pun, Dariya begitu berkeras untuk dia bawa Mufid.  Biarpun dia katakan yang Mufid telah membuang kakaknya itu, keluarga Mufid telah berlaku kejam pada mereka tanpa mereka tahu apa salahnya. 
Namun, Dariya langsung tak nak terima semua itu.  Di bibirnya hanya meniti nama Mufid setelah Dariya lelah tangisi kepergian mama dan bayi sendiri.  Hati Daneen sakit seperti tak tertanggung lagi. 
“Jangan paksa aku lagi, Riya.  Aku baru selesaikan jenazah mama.  Ini… abah tak tahu lagi.  Kau jangan fikir sangat pasal benda lain, Riya.  Kau kena pulih macam biasa dan masa tu, aku akan buat apa aje untuk bawak dia jumpa kau…” 

Saturday, December 07, 2019

Luruh 1



KEPALANYA jatuh.  Tunduk memandang jari-jemari sendiri yang menggigil.  Tubuhnya kaku.  Dia sepertinya telah tercampak jauh ke dalam dunianya sendiri tanpa ada sesiapa menemani.  Pandangan mata sangat kabur dan air jernih itu menitis perlahan di atas tangannya.  
Saat ini, dia hanya mampu mendengar suara tangisan di sisinya.  Dekat dengan cuping telinga.  Sangat halus seperti belati tajam yang menoreh hati.  Tanpa rasa.  Sedar saja, ia sudah berdarah. 
Suara lain sudah tidak mampu menembus pendengaran.  Hanya tangisan dan esakan seorang wanita yang dia panggil mama. Perlahan-lahan dia menoleh.  Lemah.  Namun, senyuman tetap diukir.  Tangan mama digenggam kemas, memberi kekuatan.  Tak… bukan memberi tapi dia sedang berkongsi apa adanya pada dirinya saat ini.  Gamaknya, sisa kekuatan yang terakhir yang masih mengalir dalam hatinya. 

Thursday, August 01, 2019

MAGHFIRAH... released!

TAJUK : MAGHFIRAH
PENULIS : RM
TERBITAN : BLOGIJAU
EDISI : OGOS 2019 (TERHAD)
KETEBALAN : 450 MUKA SURAT
HARGA : RM25
-----
HIDUP ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang boleh jadi lancar atau punyai halangan yang dipanggil ujian dan perjalanan hidup Ian berubah arah bila hati itu berlabuh pada pelabuhan yang tidak sepatutnya.
Kerana itu, Ian buang segala yang dia ada demi bermula semula. Dua tahun dia bermusafir menggalas beban dan bila dia singgah di depan seorang Maghfirah, dia tertanya… adakah ini destinasi terakhir? Tapi, kenapa gadis jelita ini memencilkan diri daripada dunia?
“Apa yang awak cari, Maghfirah?” - Ian.
“Saya tak mencari. Saya menanti.” – Maghfirah
Pada Maghfirah, dia sentiasa bersyukur biarpun hidup miskin bersama ayah tersayang. Salahnya berkeras kerana percayakan janji Nazri, biarpun pepatah mengatakan… orang tua makan garam lebih dulu. Natijahnya dia tanggung hingga ke hari ini angkara fitnah.

Sunday, May 12, 2019

SUGAR? Released


Salam alaik. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya persembahkan cerita yang paling manis di PBAKL2019 nanti. Maaf lambat upload sebab beberapa kekangan. Boleh jadi, saya adalah penulis terakhir yang baru start promo karya sendiri.

Saturday, May 11, 2019

Sugar? 25

NEL labuhkan duduk di depan Dian.  Air dah kering.  Apa lagilah yang Dian fikir sampaikan tak sedar dia dah ada depan mata.  Dah habis kerja dah. 
“Berangan apa?”  tanya dia bila Dian angkat wajah. 
“Berangan tentang masa depan…”
“Cukup ke berangan aje?” 

Sugar? 24

SOALAN Nel itu dia bawa pada mama.  Bukan tak boleh buat jawab sendiri, tapi dah biasa berbincang dengan mama biarpun keputusan akhirnya dibuat oleh ayah.  Cuma kali ini, dia harap dia kuat untuk buat keputusan sendiri. 
“Kalau dia cakap gitu, maksudnya dia dah sedialah tu.  Dia serius…” 

Sugar? 23

SAMPAI di rumah, Dian terus henyak duduk di atas sofa.  Letihnya.  Terkejar ke sana-sini tapi sudahnya, Haji Nik tak nak sign.  Rasa nak marah juga tapi apa nak kata, bukan salah Haji Nik.  Lagipun, Haji Nik adalah bos yang terbaik selama ni.  Boleh jadi kerana kesihatan yang tak memuaskan, kerana itu Haji Nik nak lepaskan semua kerja.  Menjadikan kerja dia turut tergendala.

Sugar? 22

MELIHATKAN abah bercakap di telefon dengan gelak besar tu, dia rasa dia memang kena tipu yang abah tak sihat.  Saja suruh dia balik.  Dia pun, polos percaya lakonan abah.  Padahal bukan sekali dia kena main. 

Sugar? 21

DIA lupa langsung Nel cakap cuti hari ni.  Bukan cuti biasa tapi cuti sakit.  Semuanya kerana Haikal?  Padanlah Nel tanya dia sama ada dia okey atau tidak malam tadi.  Bila dia singgah ke kafe tengah hari tadi, terkejut bila Adi ceritakan tentang Nel diserang oleh Haikal.  Patutlah jugak ayah mengamuk sakan. 

Sugar? 20

TUHAN… apalah yang aku jawab masa tu?  Haih… tak pasal-pasal dia dapat MC sehari.  Eloklah.  Dia pun nak balik jenguk orang tuanya.  Orang tua yang masih sibuk dengan dunia kerana ada anak keras kepala seperti dia. 

Sugar? 19

NEL letak cawan eskpresso itu di depan pelanggan.  Sopan.  Kenapalah lelaki ni buat permintaan istimewa nak dia hantarkan air ni.  Lagipun, buat apalah datang sini?  Tak sesuai kot tempat ni dengan orang sepertinya.
“Nel?”  Suara lelaki itu menyebut nama dia dengan mata menala tepat pada tag yang lekat di dada sebelah kiri. 
“Saya, encik…”

Sugar? 18

MATANYA terbuka bila terasa vibrate handphone.  Dian raba telefon dan bila skrin terang, nama Nel naik pada Whatsappnya. 

+ Ok ke hari ni?  - Nel

Soalan lelaki ni, bagai Nel dapat rasa dia dalam keadaan tertekan sekarang. 

-          Ok aje - Dian

+ Dpt rs sesuatu yg tak ok. J  - Nel

Sugar? 17

WAJAHNYA terasa panas bila mendengarkan cerita daripada Haikal tentang Dian dan lelaki itu.  Haih… semalam tak sempat jumpa Dian.  Pagi tadi juga anak gadisnya keluar awal.  Dan, sampai sekarang masih tak nampak batang hidung lagi.  Manalah budak ni singgah.  Dia telefon pejabat pun dah tak berangkat.  Bermakna Dian dah tinggalkan pejabat.  Ini, telefon bimbit juga tak bersahut. 

Sugar? 16

SEJAK tadi, mata Zahlia tak lepas memandang Nel.  Wajahnya masam.  Andai dapat disukat, rasanya lebih masam daripada cuka.  Air yang Nel hidang langsung tak disentuh.  Lelaki ini tak pernah berubah.  Setiap tingkahnya penuh karisma.  Penuh gaya biarpun hanya sedang mencuci cawan kotor. 

Sugar? 15

IKUT hati nak aje dia ketuk kepala Si Adi ni.  Pandai-pandai jadi tali barut untuk Zahlia dah kenapa?  Bukan Adi tak tahu dia dan Zahlia tak ada apa-apa.  Dia dah tekankan berkali-kali.  Sejak dulu.  Perasaan dia pada Zahlia hanya sebagai kawan satu tempat kerja masa tu biarpun tak lama.  Kerana Zahlia hanya part-timer dekat sini.  Dia lainlah.  Nak kerja sampai tua ni.  Seronok.  Sambil kerja sambil memerhati.  Melihat tingkah manusia membuat dia sedar, betapa hebat Tuhan ciptakan setiap hamba. 

Sugar? 14

LAMA Nel menanti pemanggil bersuara.  Dia sengaja diam kerana dia tahu, Dian gugup.  Ini pertama kali wanita itu menghubunginya.  Inipun dia yang paksa Dian simpan nombor telefonnya.  Untuk kegunaan kecemasan. 
“Ini saya…”  Perlahan, dia mengakui.

Sugar? 13

MALASNYA dia nak pandang wajah di depan mata dia sekarang.  Dengan kata-kata yang diluahkan, lagilah buat dia rasa malas nak layan.  Kalau setakat hal ini muncul depan rumah dia mengejut, lebih baik balik. 
“Nel, kenapa tak cakap apa-apa saya tanya awak ni…” 
Suara Zahlia sekali lagi menyusup masuk ke dalam telinga. 

Sugar? 12

“DAH dua kali mama ketuk pintu.  Dian berangan apa ni?”  Elina terus duduk di birai katil. 
Sejak tadi, dia ada di situ tapi langsung tak bawa Dian memandang dia.  Sampailah dia tepuk peha anaknya, barulah Dian menoleh.  Terpinga-pinga.  Kalut.  Seperti baru ditangkap berbuat satu kesalahan.

Sugar? 11

SAMPAI di rumah malam tu, ayah belum lagi balik.  Ada dinner katanya dengan Dato’ Sri Hamdan.  Eloklah.  Dia terus ke bilik.  Mandi dan terus panjat katil.  Tubuhnya letih.  Tapi kenapa bibirnya tak letih tersenyum. 
Anehnya…

Sugar? 10

AKHIRNYA kedai kopi jugaklah mereka duduk menghilangkan lenguh kaki setelah hampir sejam pusing NU Sentral dan KL Sentral.  Memang tahap ketagih Dian pada kopi ni menakutkan sungguh. 
“Sedap ke?”  soal Nel seusai menyisip coklat ice-blendednya. 
“Sedap, tapi…”  Dian senyum. 
“…sedap awak buat lagi…” 

Sugar? 9

SESEKALI dia senyum pada Nel yang sedikit berjarak.  Telefon masih lagi melekap ke telinga.  Suara dan pesanan mama masih gagah masuk ke pendengaran.
“Ya, mama.  Dian jaga diri.  Alaa… bukan Dian tak pernah balik lewat.  Dian nak pusing-pusing cari barang kejap…” 

Sugar? 8

NEL tenang menapak setelah turun daripada monorel.  Dan, bila dia tiba di kafe, wajah itu sedang tersenyum pada dia.  Aneh ni.  Kenapa Dian ada hari ni?  Tak kerja ke?  Senyuman dia makin lebar sebaik saja wajah itu kian jelas.  Tapi, bila berdepan dengan Dian, biarpun bibir itu berukir senyum tapi mata itu begitu malap.  Lagi malap daripada sebelum ini.

Sugar? 7

DIA dah dapat agak.  Ini yang menanti dia di rumah.  Bukan seharian dia ada dekat Café Roma.  Bukan puluh empat jam dia berborak dengan Nel.  Nel ada di depan dia hanya untuk sepuluh minit sebelum lelaki itu perlu beralih tempat di belakang kaunter.  Hanya sesekali, Nel temani dia dengan senyuman.  Biarpun dia kerap kali tak membalas senyuman itu. 

Sugar? 6

BETULLAH apa yang Haikal cakap.  Dan, memang betul jugak apa yang dia teka selama ini.  Sebab itulah Dian tu susah sangat nak terima Haikal.  Rupanya, memang ada hubungan dekat lelaki lain.  Memang logiklah kalau Haikal putuskan hubungan. 

Sugar? 5

SEBAK ditahan.  Di sinilah tempatnya.  Kejadian yang pernah berlaku dulu.  Dan hari ini, dia kembali lagi ke sini.  Ingatkan dia tak akan ke sini lagi.  Nak-nak setelah lelaki bernama Nel itu jadi penyibuk dalam hidup dia yang sudah bercelaru.  Sengaja nak tambah tanda soal dalam kepalanya.  Tak pasal-pasal mama dan ayah anggap dia  yang curang pada Haikal sedangkan lelaki itu langsung tak ikhlas pada dia selama ini. 

Sugar? 4

SYUKURLAH tak ramai pengunjung hari ni.  Dia pun tak tahulah kenapa Haikal boleh ajak dia ke café ni.  Ya, memang ini tempat kegemaran dia tapi kenapa Haikal nak leburkan segala senyuman dia dengan merosakkan tempat  ini dengan kenangan yang menyakitkan. 
“I minta maaf dengan you, Haikal…”  Entah kali ke berapa dah dia minta maaf dengan lelaki ini.

Sugar? 3

DAH dua bulan berlalu sejak Haikal tekad menarik cincin pertunangan mereka lepas daripada jari manisnya.  Tak apalah.  Pinggan tak retak, nasik tak dingin.  Orang tak hendak, dia berjuta kali tak hingin.  Tapi yang menjadi masalahnya adalah kedinginan dalam rumah besar ini. 
Mama banyak menyepikan diri.

Sugar? 2

WAJAH mama dan ayah direnung tajam.  Kedua orang tuanya langsung tak nak faham apa yang dia cuba sampaikan.  Bukan dia tak mencuba, tapi apakan daya dah orang tak suka.  Nama baik mama dengan ayah?  Heh.  Habis tu, hati dia ni macam mana?  Nak aje dia jerit tapi dia tahan kerana dia bukan wanita begitu. 

Sugar? 1

MATANYA tunak merenung asap yang berkepul daripada cawan kopi yang baru saja sampai depan mata.  Suasana Café Roma terasa hening.  Hari minggu… biasalah begini.  Dia lebih senang duduk bersendiri.  Katalah dia kera sumbang, dia tak kisah.  Kerana hidup ini bukan selamanya akan berteman.  Sampai masa, dia akan sendiri.  Yang menjadi teman untuk teruskan hidup hanyalah kecekalan.  Kerana itu dia ada di sini biarpun di sini pernah mencipta segaris luka di hatinya. 

Sugar? Prolog I dan II

Prolog

            Aku telah merasakan pahitnya ditinggalkan
Pernahkah dihatimu mencintaiku
Tak akan pernah habis kasihku padamu
Selama jiwaku masih untukmu
Jangan pernah kau biarkan aku
Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
Aku hanya ingin mendampingimu
Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan

(Kredit : Siti Nordiana – Hatiku Milikmu)

Wednesday, March 27, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 50 (TAMAT)

PASSPORT dan boarding pass digenggam kemas.   Dia benar-benar tak sangka yang Sera benar-benar melarikan diri.  Tak… membawa diri sejauh ini.  Matanya dipejam rapat.  Mencari bayang isteri dan zuriat yang belum nampakpun namun kasih sayang itu telah hidup subur sejak hari pertama dia tahu. 
Dan, saat dia buka mata wajah itu muncul di depannya.  Adakah ini mimpi.  Tak… ini kenyataan barangkali.  Itu memang Sera Nur.  Mustahil dia lupa wajah itu.  Usah kata wajah, malah bayangnya juga dia akan cam. 
“Sera!”  Dia memanggil nama Sera sambil kaki terus dihayun laju bila nampak Sera mahu pergi dan menghilang daripada pandangannya. 

Kau Bicara Tentang Cinta 49

SERA tahu dia sakit.  Sera tak mahu terus menjadi petualang.  Kerana itu Sera berikan dia segalanya termasuk abang?  Tapi, benarkah ini yang dia mahu?  Asalkan bersamanya, tak kisahlah abang menderita?  Tapi, abang dah beberapa hari tak muncul.  Abang ada di rumah Uncle Malik. 
Dan dia… diburu kesal tak berkesudahan.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.  Seperti kata abang.  Andai dia mampu dapat keduanya, kenapa dia hanya mahukan satu dan yang satu itu juga terlepas sudahnya. 
“Qish nak apa?”  soal Sera malam tu.  Tersenyum tipis seperti langsung tiada kesalan dalam dirinya. 
“Kau dah ada jawapan tu…”  balas Balqish.  Keras dan mendatar. 

Sunday, March 17, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 48

TANGANNYA cuba menggapai, tapi Sera menepis kuat.  Buya keliru.  Kenapa?  Apa salahnya?  Dia berlari sekuat hati mengejar langkah Sera yang tak berapa gagah itu tapi kenapa masih tak mampu dia saingi?  Kenapa kian jauh jasad itu daripadanya. 
Sera!!!  Dia menjerit tapi Sera langsung tak menoleh. 
Saat ini, Buya buka mata.  Dadanya berpeluh biarpun pendingin hawa begitu sejuk mencengkam.  Dia angkat tubuh.  Mengucap panjang.  Mimpi itu serasa seperti nyata.  Dia pandang jam.  Empat pagi.  Sera tiada di sisi.  Dia pandang seluruh bilik dalam kesamaran lampu tidur.  Pakaiannya Sera terdampar di sisi.  Pakaian dia juga.  Tapi, mana Sera.  Dia tolak selimut dan baru nak jatuhkan kaki, pintu bilik terkuak daripada luar. 

Kau Bicara Tentang Cinta 47

RASANYA dia nak dakap Balqish tapi dah lama dia tak buat begitu sejak adiknya itu menginjak dewasa.  Buya kesat birai mata bila Balqish akhirnya muncul di depan mata. 
“Abang tak nak tanya apa-apa.  Janji Qish balik, abang dah okey.  Yang jadi, abang tak nak fikir.  Janji Qish balik.  Sihat.  Abang okey…”  Buya hampir menangis saat ini. 
Kalau Sera balik nanti dan lihat Balqish ada, isterinya itu akan jadi orang yang paling gembira. 
“Ini, kalau Sera tahu dia akan jadi orang paling gembira.  Kalau Qish nak tahu, dia tak dapat tidur dua tiga malam dah risaukan Qish.  Abang tanya kawan-kawan Qish, mana Qish pergi?  Qish buat kami semua risau…”  Seboleh-bolehnya, Buya cuba untuk bersikap biasa dengan Balqish.

Kau Bicara Tentang Cinta 46

TIDAK dapat tidak, Buya perlu masuk pejabat hari ini dan saat ini, Sera ambik kesempatan balik ke rumah mak su dengan izin Buya yang pastinya.  Inipun Razman yang hantarkan.  Buya tak nak dia penat atau tak nak dia susahkan Riz atau Naz datang jemput.  Jauh sekali nak dia guna Grabcar atau apa saja pengangkutan awam lain. 
Sebaik saja dia tiba, Riz, Naz dan Uncle Malik dah ada menanti.  Sera duduk di sisi mak su.  Tangan tua itu dipegang kemas bersama ulas senyum yang nampak sedikit tawar.  Dia tahu semua orang dah tahu.  Tiada apa lagi yang dia mahu sorok atau ceritakan.  Berkali-kali dia buka cerita pun, segalanya tetap sama.  Tiada apa yang berubah tapi dia yakin sesuatu… dia akan mampu ubah sesetengah perkara agar kerosakan itu masih dapat dibaiki biarpun mungkin tak sama seperti sedia kala. 

Kau Bicara Tentang Cinta 45

SEBAIK saja keluar daripada kereta, Balqish terus berlari masuk.  Rasa rindu pada abang bukan sikit.  Kata daddy abang balik hari ini, tapi macam sunyi aje.  Biasa kalau sampai, dialah orang pertama yang abang akan hubungi.  Perlahan-lahan, dia tolak pintu yang tak tertutup rapat.
Memang betul senyap.  Mana pergi semua orang. 
Dia letak beg di atas sofa dan terus berlalu ke bilik baca.  Dia tahu daddy ada di situ.  Pasti abang dekat di situ juga bersama Uncle Malik dan Abang Zul sebab nampak kereta Uncle Malik dekat luar tadi.
Senyuman Balqish lebar.  Perlahan-lahan dia mahu menyapa bila suara Uncle Malik menyoal daddy yang nampak tak sihat.  Malah, terbatuk tanpa henti.  Dia haluskan pandangan di celah pintu. 

Monday, March 11, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 44

MATA Balqish tajam merenung Zul dan Man.  Dia syak sesuatu kerana itu dia datang ke rumah Abang Zul tapi terkejut bila hanya Man sorang ada.  Mana abang.  Dah dua hari abang tak balik dan abang tak pernah macam ni melainkan ada kerja dekat luar.  Ini, kerja pun tak ada.  Ofis pun tak masuk. 
“Abang Zul tahu kan…”
“Apa yang Qish maksudkan?”  Dah lah muncul tiba-tiba ni.  Dia baru nak pergi heret Buya daripada rumah Sera nak bawak masuk ofis.
Orang gila tu tak nak masuk kerja.  Tak kisah kena kick katanya.  Sera masih pemegang saham terbesar.  Isterinya orang paling berkuasa dalam syarikat ni.  Haih… memanglah, gila!  Nak aje dia maki masa jumpa Buya malam tadi.  Tapi, mak su pulak ada.  Mahu sampai ke telinga ayah, dia pulak kena maki biadap depan orang tua.

Sunday, March 10, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 43

MATANYA mengikut pergerakan Sera.  Sejak mula Sera angkat pinggan hingga tubuh itu hilang daripada meja makan.  Dia nak tegur, tapi berat lidahnya mahu berbicara.  Sudahnya, dia hanya telan sisa makanan yang ada atas pinggan.
“Sikit betul dia makan, mak su.  Memang hari-hari dia makan macam tu aje ke?”  Tak dapat nak sembunyikan rasa risau tentang Sera, dia menyoal akhirnya.
“Taklah.  BOleh jadi dia penat.  Hari ni kan dia baru bukak kedai.  Itu yang dia makan sikit…” 
“Kenapa saya rasa sebab saya?  Selera dia hilang…”  Ada bayangan kesal terbias pada wajah Buya.
“Boleh jadi jugak.  Tapi, tak kebulurlah dia.  Kau jangan fikir sangat.  Tapi yang kau ni… Mak su rasa baru berapa hari aje Sera keluar daripada rumah tu.  Kau nampak tak terurus betul,” komen mak su seraya meneguk air putih.

Monday, March 04, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 42

WAJAH Maksu gamam.  Bukan seminit tapi lama jugak.  Andai Sera tak bersuara, rasanya mak su kekal kaku di situ.  Sera tahu, siapa pun akan terkejut.  Mak su lebih-lebih lagi dengan makhluk yang menumpang motornya malam ni. 
Ikut hati dia nak aje suruh Buya turun daripada motornya.  Cuma tadi…
Dia sampai di kedai makan.  Tak jauh pun cuma perjalanan itu sedikit mengambil masa kerana dia membawa penumpang.  Yang jauh lebih besar daripada dia.  Nak pulas minyak lebih sikit pun risau.  Sebaik saja dia berhenti di depan kedai, mujurlah tak tergolek.  Kaki dia masih kuat.  Syukur.  Bila dia kejut, tangan Buya terkulai layu.  Nak kata Buya buat-buat tidur, tak.  Memang lelaki itu tertidur atas motor.  Siap dengar dengkuran halus lagi.

Sunday, March 03, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 41

SEJAK tadi, Riz hanya memandang Sera.  Dipandang aje makanan tanpa dijamah sedikitpun.  Air pun tak diminum.  Padahal Sera yang beria nak makan dekat gerai ni.  Tempat mereka bertiga selalu lepak.  Kali ini tanpa Naz.  Naz tak boleh nak keluar.  Banyak kerja urgent.  Naz yang memberitahunya Sera perlukan teman.  Mujurlah dia kerja luar.  Habislah awal sikit.   
Riz tahu.  Sera malu dengannya.  Setelah apa yang terjadi dan setelah Sera pertahankan perasaannya pada Buya.  Entahlah.  Dia tak tahu nak cakap apa dah sekarang.  Pada mulanya, dia memang nak tuding seluruh jari pada Buya tapi beberapa hari lepas, segalanya berubah biarpun tak sepenuhnya.
Dia lelaki.  Jadi, dia tahu perangai lelaki dan dia dapat baca perasaan Buya di sebalik pandangan mata yang basah. 

Thursday, January 03, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 40

LEGA.  Itulah yang Buya rasa.  Tak perlu dia nak bersusah-payah bila Balqish memberitahu akan pulang ke rumah.  Silapnya kerana berfikiran singkat hingga mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah.  Benar… tak sampai beberapa ketika dia mula rasa sukar.  Namun, janji Sera telah menjadikan segalanya mudah.  Balqish simpan senyum bila pelukan abang lepas. 
“Qish jangan buat macam ni lagi, ya?”  pinta Buya sambil mengusap kepala adiknya.  Riak risau di wajahnya sudah begitu jelas berbicara.  Tak perlu dia nak luahkan lagi.  Sesekali, dia pandang Zul, Man dan Uncle Malik serta pembantu rumah yang turut sama risau. 
“Qish jangan buat perangai remaja lagi.  Kami semua kemain risau,” bebel Zul.  Umur berapa nak lari daripada rumah.