Tuesday, April 30, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 23


BAB 23

MATA Nine terhala ke jauh ke tengah bendang yang menghijau.  Kaki langit nampak cerah dan terang.  Angin pula berhembus damai.  Tenang.  Tapi, aku sedikit gelisah.
“Seronok kampung awak, Naina.”

Thursday, April 25, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 22


BAB 22

PERBUALAN MAK NGAH dan Nine mengetuk gegendang telinga saat aku sedang membilas pinggan kotor.  Aku panjangkan leher sedikit, menjenguk ke ruang depan.  Nine sedang bersandar pada bingkai pintu, menemani mak ngah yang menyapu serambi. 
“Seronok dok kampung?”  Itulah soalan mak ngah.
“Kat mana-mana pun pada saya seronok, janji ada teman.  Hati tak sunyi,” jawab Nine penuh mesra.

Wednesday, April 24, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 21


BAB 21

PANGKAL HIDUNG AKU PICIT PERLAHAN.  Sakit kepala tiba-tiba.  Soalan Nine tidak aku jawab.  Malah, aku tinggalkan dia terkulat-kulat begitu saja.  Bukanlah berniat tapi rasa semakin tidak selesa.  Berperang dengan kehendak diri dan kehendak Nine. 

Tuesday, April 23, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 20


BAB 20

WAJAH AKU MENADAH LANGIT.  Memandang bintang-bintang yang bekerlipan bila mana aku kuakkan jendela seluas mungkin.  Menerima hembusan bayu malam yang lembut, menyegarkan.  Memberi rasa dingin pada pipi aku yang terasa cekang kerana senyuman.

Hanya Ingin Kau Cinta 19


BAB 19

SELESAI MAKAN MALAM.  NINE nampak segan bila berhadapan dengan mak ngah dan Suryani yang banyak menyakat.  Aku apatah lagi.  Rasa berbunga hati tapi bila berlaga pandangan dengan mata mak ngah, rasa sebu juga. 
Aku dapat rasakan dia seperti berat hati hendak melepaskan aku pergi jika benar aku dan Nine berjodoh. 
Pinggan terakhir siap aku bilas bila aku dengar mak ngah bersuara pada Nine yang masih duduk di atas anak tangga dapur. 

Monday, April 22, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 18


BAB 18

BAHU AKU dipeluk kemas.  Semakin erat dan kian kejap.  Suara halus menyeru dan terus memanggil nama aku.  Aku yang kini bagai berada di dunia yang berbeza dari mereka.  Dunia sepi menghadapi kehilangan lelaki yang aku cinta di tangan sendiri.
“Astaghfirullah… mengucap Naina.  Cuba buka mata tu!”  Suara itu menegur keras. 

Thursday, April 18, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 17


BAB 17

TANGAN aku terketar-ketar. 
Siapa tak menggigil kala orang yang dirindu juga sedang merindui aku?  Tapi, takut mula menyelubungi diri bila mengenangkan kata-kata Amar.  Adakah benar atau telahan Amar jauh meleset memandangkan bukti langsung tiada. 

Wednesday, April 17, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 16


BAB 16

JARI-JEMARI Tuan Radzi bersulam sesama sendiri di atas meja.  Dia senyum bila aku berdiri tegak di depannya. 
Are you okay?”  soal dia. 
Aku senyum dan mengangguk. 
Ada apa nak jumpa saya dah lewat ni?  Bukan awak patut dah balik rehat ke?” 

Tuesday, April 16, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 15


BAB 15

KAMI saling memandang.  Terpisah oleh pagar separa leher aku dan separa dada Nine.  Dia senyum.  Jaketnya dibetulkan sedikit sebelum dia menapak mendekati aku. 
“Sejuk malam ni.”  Dia menegur. 
Nampak macam kehilangan kata. 
“Dari mana?” 
“Jumpa Tuan Radzi.”
Keningku naik.  “Buat apa jumpa dia malam-malam?”  Aku tayang wajah pelik. 

Monday, April 15, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 14


BAB 14

SEPERTI yang diarahkan, aku tiba di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah kerana Amar dan beberapa orang dari pasukan kami sedang menanti aku di sana bila aku katakan yang aku dan Nine dalam perjalanan. 
Baru hendak membuka tali pinggang keledar, aku nampak wajah Nine berkerut dan darah merah kian mengalir membasahi baju Tnya.  Cepat-cepat aku tolak tali keledar yang membelit tubuh aku dan terus melonggarkan tali keledar milik Nine pula.

Saturday, April 06, 2013

SUAMI TAK KUHADAP (DI PASARAN APRIL 2013 TERBITAN KARYASENI)

DI PASARAN APRIL 2013 






Alhamdulillah. Novel ketiga RM dah selamat mendarat di pasaran2 seluruh Malaysia. Harap mendapat sambutan dan sokongan padu. Kira novel kedualah dengan KS. Setahun dengan TK. Dulu TK terbit bulan April 2012 >___< 

Kisah2 biasa pada watak2 biasa yang tak sempurna yang akan menyempurnakan jalan cerita yang biasa2 dan berharap semoga ada kesan luar biasa setelah anda menamatkannya.

Wednesday, April 03, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 13

BAB 13

PIPI aku ditepuk orang.  Cukup perlahan.  Disertakan dengan tepukan lembut pada pipi aku yang aku yakin sudah lebam kesan tamparan dua orang lelaki dan ketukan kuat pada dahi.  Menyengat sakitnya waktu ini.
“Siapa?”  tanyaku perlahan. 

Monday, April 01, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 12

BAB 12 

(a.k.a Sekali Kujanji Padamu)

PINTU lif ternganga lebar di tingkat tujuh.   Aku masih kaku mengenangkan muncung pistol yang masih menekan bahagian pinggang dan lilitan lengan sasa itu pada leher aku.  Sesekali aku menjeling ke belakang tapi wajah itu bertutup separuh.  Namun, matanya bagaikan pernah aku lihat sebelum ini.