Monday, March 30, 2015

Cerita Tiada Tajuk


Cp. 1

KATA orang, hidup akan lengkap dengan sebuah perkahwinan.  Ada suami, ada anak.  Kalau yang perempuan pulak, dikira hebat jika ada cita-cita nak jadi surirumah sepenuh masa.  Duduk di rumah, bangkit Subuh, berjemaah, siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, hantar suami pergi kerja di muka pintu dan lambai anak-anak naik bas sekolah.  Pagi pergi pasar, tengah hari balik masak.  Petang pulak tunggu suami balik dari kerja dengan senyuman menawan menggoda.  Gitu? 

Saturday, March 21, 2015

Encik Sederhana 5

BAB 5

BETUL ke ni?  Yuyu garu kepala tak gatal.  Walaupun tak berapa jelas tapi dia memang dengar.  Berdengung dalam kepala dia sekarang tentang apa yang Fateh katakan dua tiga hari lepas.  Termenung sudahnya memikir antara khayalan dan kenyataan. 

Thursday, March 19, 2015

Encik Sederhana 4

BAB 4

HARI ni adalah hari pertunangan.  Sebenarnya datang nak sahkan syarat-syarat dan kehendak bakal pengantin berdua, tapi wakil perempuan minta disarungkan saja cincinnya.  Tak jadi masalah.  Hajjah Sabrah sudi menyarungkannya pada bakal menantu tunggal dia ni.  Menantu yang dah lama diimpi.  Dia kenal Yuyu dah lama.  Daripada budak-budak lagi.  Baik.  Taklah macam Fateh.  Nakalnya, nauzubillah.  Mujurlah tak kena buang sekolah. 

Tuesday, March 17, 2015

Encik Sederhana 3

BAB 3

KEPALA yang tak gatal digaru berkali-kali.  Fateh pening kejap dengan syarat Yuyu.  Diceritakan pada kawan baiknya – Syuk, memang dibantai gelak aje. 
“Tak berubah kot dia…”  Dalam makna perubahan yang Syuk maksudkan.  Dia pandang wajah kawan baik di depan mata.  “Boleh ke kau bertahan ni?”  Syuk gelak tak henti-henti.

Encik Sederhana 2

BAB 2

            WAJAH Yuyu mendung  habis selepas bersua empat mata dengan Fateh semalam.  Kesian jugak dekat anak dara seorang ni.  Dahlah dipaksa balik.  Walaupun cuti sekolah, dia tahu Yuyu sibuk dengan perancangan semester baru.  Lagipun, dengar kata ada program hujung tahun dengan pelajar.  Entah.