Sunday, March 24, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 11


BAB 11

WAJAH ini aku raup berkali-kali.  Habis sebotol air mineral aku simbah ke wajah bagi menyembunyikan airmata yang mengalir lesu ke pipi.  Malu tak terhingga bila airmata aku menitis di depan Nine.  Menjadikan wajah lelaki itu kaku dan kejung.  Tak terkata apa.  Terkejut barangkali. 

Wednesday, March 20, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 10


BAB 10

BAHUKU dicuit sedikit.  Aku berpaling dan Nine sedang tersenyum sambil menghulurkan sebotol air mineral padaku.  Aku yang sedang bercakap di telefon, menyambut huluran itu dan berlalu, menjauh dari dia beberapa tapak.

Monday, March 18, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 9


BAB 9

LANGKAH Nine aku ekori.  Agak jauh dari dia tapi susuk tubuh itu masih jelas di depan mata aku.  Dia melilau ke kiri dan kanan, lantas mengenakan cermin mata hitam menampakkan wajah dan gayanya kacak bergaya. 

Saturday, March 16, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 8


BAB 8

ARE you okay?” 
Soalan itu aku ajukan pada Nine sambil menolak tubuh dia perlahan daripada terus melekap pada tubuhku.
Dia menggeleng.  “I rasa sakit!”  Dahinya berkerut. 

Friday, March 15, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 7


BAB 7

CURAHAN air yang mengenai kepala langsung tak mengurangkan rasa hangatnya wajah aku saat ini.  Air yang mengalir, berlalu bersama warna merah itu.  Membawa pergi darah Nine yang terkesan pada tubuh aku. 

Tuesday, March 12, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 6


BAB 6

WAJAH keruh doktor lewat 40-an dan jururawat muda itu aku pandang tak berkelip.  Kabur sebenarnya.  Kabur dengan airmata yang mula bertakung pada tubir mata.  Tapi, tak sempat air jernih itu jatuh ke tengah pipi, aku seka dengan hujung jari.  Rasa tidak kena andai aku menitiskan mata pada saat ini.  Rasa aneh kerana yang diselubung itu bukanlah sesiapa pada aku. 

Monday, March 11, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 5


BAB 5

SIR, please stay calm!”  jerit Amar kuat bila keadaan sedikit hangar. 
Aku berpaling pada dia yang sedang mengawal keadaan.  Kemudian kalih pula pada Naim.  Muncung pistol Amar terarah ke banyak arah.  Bersedia dalam apa saja keadaan dan bila keadaan sedikit reda, dia mengerah beberapa orang yang lain, bangkit... sedikit tunduk dan menapak ke luar mengikut pegawai  yang lain.

Thursday, March 07, 2013

Sekali Kujanji Padamu 4


BAB 4

PANGGILAN daripada Tuan Radzi aku jawab sopan.  Amar di sebelah hanya memerhati.
“Ya, tuan... kami masih dekat sini.  Diorang masih di dalam.”
“Erm... ada apa-apa yang mencurigakan?”  Soalan Tuan Radzi menambah debar di hati. 
Aku  pandang Amar di sisi.  Wajah dia juga sudah berubah. 

Wednesday, March 06, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 3


BAB 3

WAJAH Nine tenang.  Setenang air di kali biarpun panas  kian membahang dan peluh mula merenik pada dahi masing-masing.  Ditambah pula dengan kot hitam yang tersarung pada tubuhku, benar-benar membuatkan aku bermandi peluh.  Penghawa dingin di balai ketibaan KLIA juga bagaikan tidak berfungsi dengan baik. 
Aku jeling pada Nine yang nampak segak dan kasual dengan jeans, kemeja dan  juga kot hitam mengalas di luar. 

Tuesday, March 05, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 2


BAB 2

AMAR senyum melirik pada aku biarpun tubuh itu tegap dalam keadaan senang diri.  Kacak dan bergaya dalam sut berwarna hitam.  Sesekali dia membetulkan wayar yang ada di telinga kirinya. 
“Nampak kacak sungguh you, Naina,” puji Amar tersenyum simpul.
Aku jongketkan kening.  “Pujian ke apa tu?”  balasku berbisik. 

Monday, March 04, 2013

Order & Bayaran CBSA

ORDER DAN CARA BAYARAN UNTUK 
NOVEL CINTA... BIAR SAJA ADA


(kulit buku depan dan belakang CBSA)


BAYARAN BOLEH DIBUAT BERMULA PADA 08/03/2013 (JUMAAT) DAN BUKU DIJANGKA SIAP PADA MINGGU KETIGA BULAN MAC. (bole yu guys nak bayar awal tapi takut lama nanti buku...kalau bole sabar, bole je proceed bayaran)