Wednesday, January 06, 2016

#HURT 10

MENGGIGIL seluruh tubuh Aatiq.  Rasanya, jika ditoreh sekarang, pipinya mesti tak berdarah.  Penat dia usap kedua belah tangan tapi jari-jemarinya tetap terketar-ketar saat turun daripada kereta milik Raqib tadi.  Masuk aje ke dalam rumah, dia bagai dah tak berpijak di bumi nyata.  Segala sendi dia terasa begitu lemah.  Sebaik saja dia menutup pintu bilik, jasadnya terkulai – longlai di belakang pintu. 
Tuhan… dugaan apakah lagi? 

#HURT 9

DIA tak pernah rasakan dunia ini tidak adil.  Tak pernah sekalipun, melainkan dia yang tak pernah adil dengan diri sendiri.  Jika dikata dia dizalimi, tidak.  Dia yang zalim pada diri sendiri.  Dan, segalanya seperti satu hukuman. 
Sijil di depan mata dipandang.  Dia tak ada sijil SPM.  Dia tak berkesempatan untuk menduduki peperiksaan penting tu atas beberapa sebab biarpun sekolah tempat dia belajar tentang hidup buka peluang pada yang layak.  Yang menjadikan dia terhalang adalah, dia tak layak.    

#HURT 8

MALAMNYA tak pernah tak terganggu.  Hampir setiap malam, malah kian kerap pula sejak akhir-akhir ini kejadian itu menghiasi mimpinya.  Seluruh tubuhnya perlu dibasuh dengan wuduk. 
Dia tidak tenang.  Dada dia tidak lapang.  Dan, hanya pada Pencipta udara inilah dia perlu pinta sedikit ruang untuk bernafas dengan tentang.  Saat dia membasuh kedua belah tangan, bagai mengalir darah merah itu daripada kedua belah telapak tangan namun kenapakah darah itu tak pernah mahu kering? 
Tuhan…

#HURT 7

BAHU Aatiq ditolak kasar.  Nasi yang ada di tangan jatuh ke lantai.  Pecah bungkusannya.  Tumpah isi yang ada.  Mata Aatiq berair melihatkan rezeki yang rosak.  Ditambah pula dengan perut yang berbunyi meminta diisi, rasa mahu dimaki wajah bekas kawan sekelasnya ini. 
“Kau ni apa lagi yang tak puas hati dengan aku, hah?”  Direnung wajah gadis manis di depan dengan perasaan yang bercampur baur. 
Nak aje dia menjerit.  Biar berdentum suaranya seluruh sekolah tapi ditahan.  Dia masih bertahan atas tiket sabar yang dia kira, kian menipis.  Sudah mahu rabak. 

#HURT 6

IKUTKAN hati, dia suruh aje Johan lenyek Aatiq biar lunyai jasad itu tanpa mampu dapat dicam.  Tapi, Aatiq tak boleh mati semudah itu.  Aatiq tak boleh pergi tanpa izin dia.  Dia tak akan benarkan Aatiq tinggalkan dia.  Tambah pula, mati adalah satu hukuman yang cukup mudah untuk Aatiq.  Sangat mudah.  Sedangkan, Aatiq perlu melalui penderitaan yang lebih dalam daripada dia. 
“Bos?” 
Raqib angkat wajah.  Fail yang ada gambar dua wajah tersayang itu ditutup kasar.  Dicampak ke sisi.
“Bos nak balik ofis?” 

#HURT 5

SATU demi satu pintu yang dia lepasi, tapi dia tetap keluar dengan rasa yang hampa.  Bukan dia tak tunjuk sijil kursus yang dia ada tapi sijil itu begitu menakutkan orang ramai.  Letih menapak, Aatiq labuhkan duduk di perhentian bas.  Mencari arah mana yang patut dia tuju sekarang.  Segalanya seperti jalan mati buat dia padahal dekat kawasan Greenwood ini begitu banyak restoran besar. 
Penat sungguh hari ni.  Semangat yang berkobar-kobar dan menyala serasa mula malap bila permohonannya ditolak tanpa sempat diberi peluang.  Dia hanya minta satu saja lagi peluang.  Bukan dua tapi hanya satu. 

#HURT 4

PAGAR automatic rumah Haji Razali terbuka lebar.  Sebaik saja kereta itu menjalar masuk ke porch, Mak Yam terus berdiri.  Bila pintu kereta dibuka dan Haji Razali turun, tahulah Mak Yam yang anak lelaki Haji Razali ada bersama, bukan saja Johan seperti kebiasaannya. 
“Assalamulaikum, Tuan Haji,” sapa Mak Yam bersama huluran senyum.    
“Waalaikummusalam.  Dah lama sampai, Yam?” 

#HURT 3

SEMALAM, dia belot pada keletihan diri.  Johan memandu tenang mengekori sebuah bas sehingga ke destinasi akhir dan Johan jugalah yang menaiki LRT menjejaki apa yang dia cari.  Setelah itu, Johan kembali menemui dia di tempat kerja.  Waktu itu, langit gelap biarpun hari masih lagi petang. 
Memasuki kawasan perumahan kos rendah ini tak pernah buat dia rasa tak selesa. Namun, wajah yang nampak terlena di bawah langit yang terbuka itulah yang buatkan letak duduk dia panas. 
“Semalam, pukul berapa dia masuk rumah, Jo?” 

#HURT 2

USAI Asar, Haji Razali naik ke atas.  Nak-nak bila ruang tamu berada di tingkat paling atas.  Letih betul rumah sampai tiga tingkat ni.  Masa muda dan bila anak-anak ada, seronoklah turun naik.  Terasa lapang rumah ini untuk empat beranak tapi sekarang, terasa kosong.  Bukan lagi lapang malah kosong.  Tambah pula anaknya jarang benar pulang. 
“Tak berhenti lagi buat kerja, Yam?”  soal Haji Razali pada pembantu rumahnya. 
“Eh, dah siap dah.  Nak angkat kain aje sikit.  Lepas tu saya nak balik dah.  Tuan Haji nak minum ke?”  soalnya lembut. 

#HURT Prolog I,II,III & Bab 1

PROLOG

Andainya aku tahu apa yang telah terjadi
Tak mungkin aku lepaskanmu daripada pelukan
Akan aku buang jauh kesakitan di hati
Terima kasih atas apa yang telah kau lakukan
Dan, aku maafkan segala kesilapan
Andai ada satu hari lagi,
Akan aku laungkan betapa rindunya aku setelah kau pergi
Maaf… kerana menyalahkanmu
Dan, aku begitu terluka kerana melukakanmu… - RAQIB