Wednesday, April 29, 2015

Seseorang Untuk Aku, Released!!!

Seseorang Untuk Aku



Harga Semenanjung RM25.00
Harga Sabah/Sarawak RM28.00
Diskaun RM5 bagi pembelian di PBAKL sekarang. 

Thursday, April 16, 2015

Encik Sederhana 6

BAB 6

KAKINYA mendekati mak dan abah yang sedang bersembang di ruang rehat.  Terus dilabuhkan duduk dekat dengan mak.  Dilentokkan kepala pada bahu mak.  Argh… selesanya.  Mata terpejam rapat. 

Seseorang Untuk Aku 8

"Genggam!  Dan, jangan kau lepaskan..."  

BAB 8

BIDAI yang menutup tingkap dapur diselak sikit.  Hujan lagi.  Masih lebat.  Sejak petang tadi lagi.  Sedih juga bila terjadi macam ni.  Memang hujan bawa rahmat dan rezeki.  Memikirkan susu getah yang tentunya tak sempat nak beku rasa penat lelah tak berbaloi.  Tapi, dia tetap senyum.  Kata Nek Leha, “Tak apalah hujan.  Bukan tiap-tiap hari.  Sebulan lepas tak hujan.  Tuhan bagi rezeki melimpah.  Susu getah banyak.  Sesekali hujan, hasil menoreh tak menjadi, DIA nak suruh kita rehatlah tu...” 

Wednesday, April 15, 2015

Seseorang Untuk Aku 7

"Pertemuan itu... boleh jadi tak seperti yang dimahukan..."

BAB 7

KETERUJAAN tak mampu disembunyikan.  Lepas balik daripada kebun getah, Lai menemani Nek Leha pulang.  Senyuman pada bibirnya tak lekang. 
“Hai... seronok nampak?”  Nek Leha menjeling. 

Seseorang Untuk Aku 6

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..." 

BAB 6

HANYA tubuh yang tak ada.  Pakaian masih ada dalam biliknya.  Dah dikemas tapi beratnya hati nak melangkah.  Hari ni kerja seperti biasa dan subuh hari dah keluar.  Lai duduk di bangsal memandang pada Nek Leha yang sedang membersihkan tangan selesai kerja menoreh.

Tuesday, April 14, 2015

Seseorang Untuk Aku 5

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..."

BAB 5

LETIHNYA.  Macam aku pulak kahwin.  Qadr mengurut pangkal leher.  Lenguhnya.  Lepas Ziyad balik, dia pulak macam tuan rumah.  Melayan tetamu.  Zarul punya pasal.  Tapi, puas hati.  Kawan baik punya pasal.  Dua dah selamat.  Ziyad dan Zarul.  Dua-dua dah jumpa matlamat hidup.  Tinggal aku sekor.  Qadr bangkit menarik tuala di atas katil dan berlalu ke jendela yang terkuak lebar.  Cantik jugak rumah ni.  Tak apalah terkedalam sikit pun.  Janji selesa dan udara pun segar. 

Seseorang Untuk Aku 4

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..."

BAB 4

SETELAH apa yang jadi, Lai lena.  Semuanya dah selamat.  Dia hela nafas lega berkali-kali bila dengan dua kali lafaz, Zarul dan Liza sah menjadi suami isteri.  Makna kata, setelah ini dia bolehlah fikirkan masa depan sendiri yang masih tak tahu di mana titik mula dan hujungnya. 

Seseorang Untuk Aku 3

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..."

BAB 3

MASA makin suntuk tapi masih banyak yang tak selesai.  Liza resah sendiri.  Makin dekat nak kahwin, makin jauh pulak rasanya dia dengan Zarul.  Tak tahulah apa salah dia?  Atau masalah tu datang daripada Zarul sendiri.  Liza merenung kakaknya yang sedang membersihkan rumah.  Ditolak kerusi rotan usang tapi masih utuh itu di tepi dinding.  Dihampar tikar buluh yang baru dibeli siang tadi.  Ditukar sarung kusyen.  Langsir juga digantung yang baru. 

Seseorang Untuk Aku 2

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..."

BAB 2

WAJAH mama dan abah dipandang.  Seperti biasa, makan malam yang sepi tapi masakan mama tetap sedap.  Ataupun mama beli?  Kening Qadr berkerut.  “Lauk ni semua mama beli ke masak?”  Dia sengih sambil dekat sudu pada bibir.  Saja usik mama setelah seminggu tak bersua.

Seseorang Untuk Aku 1

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..." 

BAB 1

DINIHARI yang dingin.  Lai mengayuh basikal sedikit laju.  Dia dah lambat ni.  Selebihnya dia terasa seriau.  Bukan takut dengan lembaga atau jelmaan tapi takut dengan lembaga manusia yang berupa syaitan tapi menjelma menjadi manusia. 

Seseorang Untuk Aku (Prolog i & ii)

Prolog i


LETIH! 
Memang dia letih.  Letih jiwa, letih lagi jasad.  Baru aje selesai kenduri adik tersayang.  Sedaya-upaya diuruskan agar berjalan lancar.  Segalanya.  Demi janji dan kasih sayang yang dikhianati. 

Thursday, April 09, 2015

Order Online Encik Sederhana!

Pembelian atas talian (online) edisi terhad ENCIK SEDERHANA. 

Salam alaik. Okey. Kita terus pada maksud, ya?
Pembelian koleksi edisi terhad Yang Dia Mahu di mana memuatkan

Tuesday, April 07, 2015

Encik Sederhana RELEASED!

Salam... ehem2...(berdebar tak sudah)

Saya ada beberapa kejutan utk kalian. Yeah... harap terkejutlah. Buat2 terkejut pun tak apa. Janji thoruja.

Kejutan pertama... ta daaa... :)