Monday, August 22, 2016

Black Swan 13

PENING kepala dengan luahan hati Irah.  Sejak malam tu, langsung tak keluar lagi dah.  Elok jugak macam tu.  Tak adalah dia risau sepanjang masa.  Tapi sekarang ni, masalah lain pulak timbul sampaikan Irah marah dia tak sudah-sudah. 
“Irah sampai sekarang tak boleh terima dia tu perempuan, abang…”  Tak dapat dia terima hakikat.  Terkejut bukan kepalang.
Yang menyelamatkan dia selama ini adalah seorang perempuan.  Perasaan dia mendarat pada tempat yang salah.  Macam mana perempuan boleh sebegitu gagah dan ganas?  Tak boleh terima dek akal. 

Saturday, August 06, 2016

Black Swan 12

HATI Zam terasa sebal.  Lama dia perhatikan tingkah doktor muda itu.  Malah, soalan yang diaju pada nurse, jelas menyapa telinganya.  Hutang apa lelaki itu pada Isra?  Dan, adakah Isra juga berhutang dengan doktor itu?  Jika dia, dia akan lunaskan.  Tapi, dia rasa lain macam.  Cara doktor muda itu berkata-kata, nyata bukan hutang wang ringgit.  Atau kerana lelaki itu Isra luka? 
Sudah… kacau! 
Zam patah balik.  Tidak mahu bertembung dan bila doktor dan jururawat itu berlalu, dia masuk kembali.  Tirai ditarik sedikit.  Menyorok diri sendiri.  Dia tarik kerusi dan duduk di sisi katil Isra. 

Black Swan 11

USAI solat subuh, barulah dia temui kekuatan nak dihubungi Isra.  Berkali-kali deringan tapi langsung tak bersambut.  Tak bangun solat ke budak ni?  Heh.  Situ pulak dia fikir.  Jarum jam sudah bergerak ke angka enam setengah pagi.  Zam mundar mandir dalam bilik.  Kopiah dicabut daripada kepala.  Saat ini, ayah muncul di muka pintu.  Tersenyum. 
“Tak dapat telefon dia ke?” 
“Err… telefon siapa, yah?”  Pandai dia berlakon sedangkan pandangan ayah dah penuh syakwasangka.

Black Swan 10

TELEFON ayah dicapai.  Senyum bila nombor yang dia carik ada.  Sesekali, dia pusing belakang.  Kotlah ayah muncul tiba-tiba ke.  Jenuh nak menjawab.  Zam laju menyalin nombor telefon milik Isra.  Jam dah bergerak ke angka dua pagi.  Entah dah sampai rumah ke belum. 
Risau pulak dia.  Apatah lagi bila pesanan ayah berdengung. 
“Zam dengar tak ayah cakap ni…”  Dia mengelamun tadi. 
Laju Zam angguk.  “Dengar, yah…” 

Black Swan 9

MATA tua Pak Zaman memandang Zam.  Nampak mendung lain macam aje.  Sejak dulu, kalau balik cuti, macam itulah perangai Zam.  Bukan nak kata Zam kena paksa turun jaga gerai.  Tak… Zam anak yang selalu dengar kata.  Tapi, entah berapa teballah rasa tak suka Zam pada Isra. 
“Kamu ni muncung sangat dah kenapa, Zam?  Kamu bergaduh dengan Isra lagi ke?”  soalnya terbatuk kecil. 
“Eh, tak adalah, ayah.  Nak gaduh kenapa?  Dia tu tak salah pun…”  Zam menukar channel TV bila masa masih tak boleh nak lelap. 

Black Swan 8

MATA Irah dipandang.  Dikawal rasa amarah sebaik mungkin agar tangan kasarnya tak hinggap pada pipi Irah.  Arel pandang mata mama dan papa yang banyak diam.  Berapa kali nak cakap, jangan dimanjakan sangat.  Tengok sekarang… Irah dan Isra nampak serupa tapi hakikatnya beza.
Dia tahu, Isra tiada apa.  Tapi, Irah… punyai segalanya.  Apa lagi yang buat Irah memberontak begini. 
“Irah tahu tak, malam tadi pesakit abang kena tikam…”
“Hah?”  Mama dan papa gamam.  Terkejut.  Terus dia pandang Irah. 
“Apa kena mengena dengan Irah pulak?” 

Permata Hati - Edisi Adaptasi Daripada Filem

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna.  Suami terbaik dan ayah penyayang.  Namun, dia telah lupa.  Yang sempurna itu hanyalah Tuhan.  Bukan manusia.    Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk. 
“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin  
“Dengan siapa?”  - Sofia
 Airmata Sofia jatuh tak terseka.  Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya?  Dia sudah tiada kekuatan berbaki. 
 “Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri.  Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni.  Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia.  Aizudin

Wednesday, August 03, 2016

Black Swan 7

LIUR ditelan berkali-kali menahan sakit.  Isra ketuk perlahan cermin kereta Arel tapi lelaki itu masih gamam memandangnya.  Terkejut gamaknya.  Kali ini, tangan kiri yang berwarna merah mula naik menyentuh cermin kereta.  Mata tajam Arel semakin bulat.  Bila lelaki itu tolak pintu kereta, dia jatuh terduduk.  Tak mengaduh tak mengeluh.  Hanya menggigit bibir sendiri menahan sakit. 
“Isra?  Kenapa ni?”  Tiada lagi panggilan Cik.  Rasa tak sesuai nak bercik segala. 
Arel mencangkung.  Tangan kiri Isra dicapai.  Darah tapi luka daripada mana?  Dia belek tubuh gadis itu dan jaketnya koyak.  Dada Arel berdebar demi melihat lapisan baju yang juga koyak sepanjang sejengkal.