Tuesday, July 31, 2012

Order Kerana Sekali Cinta


 PENGUMUMAN!

HARGA BUKU KERANA SEKALI CINTA YANG MENCECAH KETEBALAN HAMPIR 400MS DAN DIJAMIN KUALITINYA (ada no.daftar ISBN segala) ADALAH :

Kerana Sekali Cinta (SE3-End)


S.E (Pt. 3 - End)

HARI berlalu. Zafrin dan Haqmi juga dah selamat diijabkabulkan.  Bertuah adik aku tu bila Haqmi ternyata memilih hendak belajar dalam Malaysia saja setelah Zafrin juga menolak tawaran hendak ke Jerman dulu.  Sekarang ni elok saja dah berdua.  Huh, lega biarpun aku hampir kopak bila Zafrin  minta aku sponsor majlis dia sikit.  Kini, hanya tinggal Dr. Zafrina saja yang belum selesai. 

Friday, July 27, 2012

Suami Tak Kuhadap 25

BAB 25

MENTARI masih nampak merah di ufuk timur.  Menandakan sehari lagi aku hidup di muka bumi ini dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga.  Langsir yang menutupi pintu luncur, aku kuak selebar mungkin.  Membiarkan cahaya masuk ke dalam kamar. 
Setelah siap menyediakan sarapan, aku kembali duduk di beranda.  Menikmati matahari yang kian menampakkan diri memberi sinaran pada dunia.  Seperti mana Budriz hadir membawa cahaya dalam perjalanan hidupku yang kelam.

Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan 1433 H

Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog ijo sekalian. 


Alhamdulillah...Allah panjangkan lagi umur saya untuk merasai nikmat Ramadhan untuk tahun ni. Terasa pantas waktu berlalu bila setahun demi setahun Ramadhan hadir dan kita nantikan, berlalu juga dalam pada kita masih menagih keampunan dari Yang Esa.

Friday, July 20, 2012

Untuk Dia [20 - Akhir]


BAB 20

MATA ini terpejam rapat.  Rasa hening dan sepi setelah segalanya selesai.  Selesai menamatkan ijazah sarjana dan selesai sudah acara yang mengangkat aku menjadi sah di sisi Zafrin setelah hampir lima tahun dia menanti aku. 

Thursday, July 19, 2012

Untuk Dia [19]


BAB 19

ZAFRIN tak tahu  yang aku akan berangkat tak lama lagi setelah aku turunkan tandatangan pada surat tawaran itu.  Kini segalanya sudah siap.  Tinggal hendak pergi saja.  Huh, cabaran betul antara cinta dan cita-cita ni. 

Untuk Dia [18]


BAB 18

HARI berlalu lagi.  Tanpa sedar, setengah tahun berakhir lagi.  Anaresa semakin tembam dan berseri.  Seri seorang bakal ibu dan semester depan dia akan tangguh pengajiannya. 

Untuk Dia [17]


BAB 17

WAJAH ini aku sembamkan ke bantal.  Menangis dan terus menangis.  Teresak-esak mengenangkan yang aku dan Zafrin bakal terpisah oleh waktu dan cita-cita.  Pertama kali dalam hidup aku bercinta, begini cabarannya. 

Wednesday, July 18, 2012

Suami Tak Kuhadap 24

BAB 24

GIGI Budriz jelas di mataku.  Tersengih saja setelah kereta berhenti tepat di hadapan pagar. 
“Dah sampai,” ujarnya. 
Aku memandang pagar yang tertutup rapat.  Kemudian, wajahnya aku renung lagi bersama kening yang sedikit berkerut. 
“Nak buat apa kat sini?” 
“Rehat…”  Dia turun dari kereta dan melangkah membuka pintu pagar.  Bila pintu itu sudah terkuak, dia kembali memandu keretanya masuk ke porch.

Untuk Dia [16]


BAB 16

MALAM itu aku menghubungi mak.  Seperti kebiasaannya juga bila makin hampir dengan peperiksaan akhir, semakin kerap ayah jadi operator untuk aku.
“Mak ada?”  soal aku usai menjawab salam ayah. 
Ada.  Kat dapur.  Kejap ayah panggil.” 
Sejurus itu, aku dengar suara ayah melaung memanggil mak dan kemudian, mak pula menyahut. 

Tuesday, July 17, 2012

Suami Tak Kuhadap 23


BAB 23

SEMAKIN waktu menghampiri tengah hari, semakin aku resah.  Pelawaan Nurina dan juga panggilan telefon tadi membuatkan aku tak betah duduk.  Rasa gelisah tak menentu apatah lagi Najwa berkali-kali mengingatkan aku akan janji kami.  Janji bersama-sama dengan suami yang masih menjadi rahsia aku. 

Monday, July 16, 2012

Untuk Dia [15]


BAB 15

ANARESA dan Aziana mengeluh berat.  Aku tahu kedua-duanya tak puas hati dengan keputusan aku tapi itu adalah muktamad.  Tak mungkin aku tarik balik melainkan takdir benar-benar mahu menolak aku menjadi isteri Zafrin pada usia aku sekarang. 
“Gilalah kau ni, Mi…,” marah Anaresa. 

Sunday, July 15, 2012

Untuk Dia [14]


BAB 14

TAWAKU masih belum tamat.  Malah semakin rancak pulak sedangkan wajah kekasih hati sebelah aku ni kelat semacam.  Dia menjeling maut tapi aku tetap gelak.  Tak tahan dengan permintaan dia yang ala-ala jujur dan polos itu.  Mujur ayah tak sembur dia lebih-lebih.

Saturday, July 14, 2012

Untuk Dia [13]


BAB 13

RASA lamanya nak tiba hari Isnin.  Bagaikan berkurun sudah aku jejakkan kaki ke teratak milik keluarga Aziana ni.  Tidaklah tersergam banglo tapi hanya sebuah rumah kampung dengan halaman yang sangat luas.  Seperti mana yang pernah dia ceritakan yang keluarga dia bersederhana.  Memang kaya.  Kaya budi.

Friday, July 13, 2012

Untuk Dia [12]


BAB 12

AKU diam memeluk tubuh.  Berat lidah nak bersuara.  Sebenarnya tak tahu nak kata apa bila sekali lagi ditinggalkan oleh Aziana dan Jimmy.  Sememeh je dua orang tu.  Geram aku. 
Sudahnya, sekali lagi aku bersama Zafrin di dalam Alza milik abahnya.  Takdir menolak aku dekat dengan Zafrin biarpun aku cuba menjauh. 

Untuk Dia [11]


BAB 11

DALAM dewan kuliah, aku diam menongkat dagu.  Habis ujian sebentar tadi, aku hanya memandang kertas putih di depan aku.  Menconteng dengan apa saja yang terlintas di dalam fikiran aku. 
“Kenapa  ni, Mi?”  Aziana menyapa belakang aku lembut.  Suara dia juga lembut.

Thursday, July 12, 2012

Untuk Dia [10]

BAB 10

ZAFRIN diam memandu.  Sepatah ayat pun dia tak sebut.  Hanya sesekali aku dengar dia menggumam lagu kegemaran aku.  One Direction jugak.  Aku kerling dia tapi dia tenang memandu. 
“Err…”

Wednesday, July 11, 2012

Untuk Dia [9]


BAB 9

AKU sengih sumbing.  Malu sungguh bila balik sepayung berdua dengan Zafrin tadi disambut oleh aunty dan uncle sekali.  Zafrina dan Abang Zafran je masih belum ada masa tu. 
Bila ingat Zafrin kena marah, aku tambahkan sikit lakonan aku ni.  Aku buat lagi muka monyok dan tayang lagi wajah sugul.  Cukup perasa dengan tubuh yang menggigil menahan sejuk. 

Untuk Dia [8]


BAB 8

“RIN… jangan buat aku macam ni wei…”  Aku cuba merentap lenganku yang digenggam kemas oleh Zafrin. 
Langkah kami terhenti pada anak tangga pertama.  Dia kalih dan memandang aku dengan senyuman yang menakutkan itu lagi. 
“Nak takut apa?”  soal dia tanpa riak. 

Monday, July 09, 2012

Untuk Dia [7]


BAB 7

DARI tadi aku dengar Anaresa memanggil aku.  Alang-alang kelas batal lagi untuk sesi kedua pagi ni, kami sepakat nak ke lab saja.  Aziana sibuk menjelajah blog-blog kegemarannya dan pastilah yang berkaitan fotografi.  Diam tak berkutik. 

Thursday, July 05, 2012

Untuk Dia [6]


BAB 6

GILERA aku letak elok di tempat yang disediakan setelah aku tiba di Fakuliti Kejuruteraan Kimia.  Aku melangkah sambil menyumbat earphone ke telinga dan terus menggumam lagu One Direction bertajuk What Makes You Beautiful.  Lagu baru dari kumpulan baru yang memang layan.  

Wednesday, July 04, 2012

Untuk Dia [5]


BAB 5

HARI ni dapat cuti sakit.  Bukan sehari tapi seminggu.  Lama sungguh.  Tak pernah-pernah aku cuti sakit macam ni.  Selalu ponteng setengah hari je.  Itupun, mesti salah seorang daripada kami bertiga masuk kuliah kalau yang lain terpaksa ponteng.  Senang tolong turunkan tandatangan kehadiran. 

Untuk Dia [4]


BAB 4

LUTUT aku menggeletar sendiri bila terdengarkan suara yang membuatkan sekujur tubuhku kaku.  Bila aku berpaling, ternyata Zafrin sedang elok bersandar pada katil membelek sebuah majalah. 
Mataku membulat.  Gila apa aku termasuk kandang singa lapar ni.  Pitam aku!   Cepat-cepat aku pegang kepala.  Hampir rebah rasanya.

Untuk Dia [3]


BAB 3

BAHUKU disapa lembut oleh Anaresa.  “Kau tak apa-apa ke, Mi?”  tanya dia risau. 
Wajah itu berkerut.  Aku rasa kejap lagi dia mesti membebel pada Abang Zafran.  Aku kenal sangat sepupu aku ni. 

Tuesday, July 03, 2012

Untuk Dia [2]


BAB 2

MOOD ke laut.  Aku dah tak rasa nak ke rumah Anaresa.  Jeans koyak sikit.  Kasut pun rosak sikit akibat geseran pada jalan raya.  Mamat tu tak tanya pun aku kenapa?  Aku je yang melebih sikit tadi tanya dia.  Menyesal aku tanya.  Buang masa aku je.  Mentang-mentang aku tak pandai mengayat, dia main bedal je marah aku.

Monday, July 02, 2012

Untuk Dia [1]


BAB 1

MATA ini aku redupkan sedikit memerhatikan gelagat lelaki yang ada di depan aku.  Dari tadi aku nampak dia.  Berhenti depan kedai sana, dia dan motornya.  Berhenti di traffic light, dia dan motornya juga.  Dah la motor warna hijau lumut.  Geli aku melihatnya.