Friday, November 29, 2013

Cinta Yang Kucari 11

BADAN panas meruap-ruap.  Kepala rasa nak pecah.  Tambah lagi sakit dengan jeritan Fina.  Luth capai bantal dan tekup muka.  Tak tahan dia.  Sekali lagi Fina jerit, lebur gegendang telinga.  Sungguh.  Apa lagi yang tak puas hati, tak tahulah.  Semua yang dia suka, Fina dah dapat.  Apa lagi yang tinggal.  Baju dia semua dah lusuh.  Pantang mama beli, Fina sebat.  Melainkan baju tu ayah yang hadiahkan, barulah Fina tak berani sentuh.

Thursday, November 28, 2013

Cinta Yang Kucari 10

GELAPNYA!  Macam malam!  Payed garu kepala yang tak gatal.  Matanya meliar mencari kelibat Luth tapi masih tak jumpa.  Cepat sungguh dia gerak.  Kakinya maju lagi ke depan dan berdiri di depan lobby bangunan. 

Tuesday, November 26, 2013

Cinta Yang Kucari 9

TAKBIR diangkat tenang.  Hati memuji kebesaran Ilahi.  Bibir bergerak tapi tiada patah kata yang terzahir.  Luth kusyuk bertemujanji dengan Pencipta.  Reda dan tekun mengerjakan apa yang disuruh. 

Saturday, November 23, 2013

Cinta Yang Kucari 8

TUBUH Payed hampir terkulai di depan pintu bilik Luth.  Kalau tak diingatkan di mana dia berada, mahu aje dia tendang pintu ni.  Biar pecah.  Senang dia nak keluar masuk.  Tak ada apa yang mampu menghalang.  Biar lepas bekam yang menggit hati bagai menghisap darah tak ubah macam puntianak yang kebuluran. 

Cinta Yang Kucari 7

MATA Encik Luthfi jatuh merenung mata bundar anak bongsunya yang nampak berkaca-kaca.  Bila jatuh ke dada Luth, nampak berat pulak helaan nafasnya.  Surat khabar dilipat kemas.  Kakinya menapak mendekati Luth yang sedang duduk di kerusi besi berwarna putih itu di depan pintu gelangsar yang ternganga lebar.  Dekat dengan ruang tamu. 

Friday, November 22, 2013

Cinta Yang Kucari 6

MELIHATKAN Luth makan, Payed tak ada selera pulak.  Bukan tak cukup cantik tapi rasa bersalah tentang hal tadi.  Balik nanti, satu hal kena terangkan dekat mummy dan abah.  Lepas tu nak pergi bersihkan tanggapan hitam Palee pada Luth. 

Thursday, November 21, 2013

Cinta Yang Kucari 5

MELIHATKAN raut wajah yang tenang di depan dia sekarang buat Payed rasa tak senang duduk. Kata-kata Palee berlegar dalam kepala.  Cantik sangat agaknya Luth ni sampaikan Palee pun memuji. 

Tuesday, November 19, 2013

Cinta Yang Kucari 4

PANDANGAN Palee jatuh pada kertas kerja di depan mata.  Semua tak boleh dipakai.  Dia sendiri naik pening.  Dia perlukan pembantu.  Sekarang!  Sesekali dia menggeleng memerhatikan figura di depan mata.  Bilalah nak siap kalau asyik tak balance aje.  Lepas tu hantar dekat abah, abah campak dalam tong sampah.  Great sangat. 
“Kenapa ni?” 

Monday, November 18, 2013

Cinta Yang Kucari 3

HATINYA dipagut risau melihatkan Fina yang sedang mengamuk sakan.  Puas mama memujuk tapi Fina tetap berkeras.  Dia menyumpah seranah.  Buat mama menggeleng tak puas hati. 
“Kalau kata Fina tak dapat kerja tu, cari aje kerja lain.  Kerja banyak dekat Malaysia ni, kan?”  Suara Puan Laila sudah lain macam nadanya.  Marah. 

Sunday, November 17, 2013

Cinta Yang Kucari 2

SETELAH menyalami tangan kedua-dua orang tuanya, Luth terus mendapatkan teksi untuk ke tempat temuduga.  Langkah kaki yang diiringi doa kerana ini adalah temuduga dia yang entah ke berapa sebenarnya. 

Saturday, November 16, 2013

Cinta Yang Kucari 1

TAK tahulah lagi apa yang kakak tak puas hati tentang dia.  Segalanya tentang dia.  Apa lagi yang tak kena?  Luth tak tahu.  Luth memang tak tahu.  Bertahun dia mencari jawapan tapi hampa.  Bila ditanya pada mama dan ayah, mereka tiada jawapan dan bila pada pada Fina sendiri, kakak hanya mencebek.  Buat hati Luth semakin luka.  Hari ni juga sama. 

Friday, November 15, 2013

Cinta Yang Kucari - Prolog

PROLOG i

Ku sangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini KAU pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku


Monday, November 11, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 19 & Epilog (end)

WAJAHNYA langsung tak berani aku nak pandang.  Takut, resah, gelisah… semua bercampur gaul.  Cantik teradun.  Bila dia dekati aku dan duduk menarik tangan aku duduk di birai katil, telapak tangan kasarnya mengangkat wajah aku.  Memaksa mata kami bertentangan. 

Hati Yang Kau Pinjamkan 18

BAJU dah siap.  Semua dah siaplah.  Ma baru balik daripada Pejabat Kadi daerah Pelabuhan Klang.  Membawa sekeping sampul surat dan dihulurkan untuk aku. 
“Signlah apa patut.  Ma dah taging.  Nanti pulang balik dekat ma...”  Dia hulur. 

Hati Yang Kau Pinjamkan 17

TERINGAT.  Aku teringat.  Teringat janji Khalifh.  Teringat kata-kata dia masa dia masih terlantar.  Nanti, tolong jaga makan pakai dia aje.  Kata-kata tu dekat nak termakbul tapi sayang, bukan aku yang memperkenankan doa.  Bukan aku penentunya.  Aku masih mengalirkan airmata.  Apa nak kisah. 

Hati Yang Kau Pinjamkan 16

NEKAD.  Keputusan aku ini adalah keputusan yang nekad dah.  Aku nak terima Khalifh.  Hari ni aku nak bagi tahu dia yang aku ni adalah Tuah.  Aku adalah pemilik hati yang ada dalam dada dia tu.  Akulah peminjam hati untuk dia.  Akulah Tuah dan aku jugalah Khalifah.  Aku yang dia kenal dan pernah ayat setahun yang berlalu. 

Friday, November 08, 2013

Hati Yang Kau PInjamkan 15

TERKEJUT aku tengok kereta yang berhenti di depan rumah.  Memang tak percaya apatah lagi bila Rozie keluar daripada kereta itu.  Tersenyum manis.  Semanis madu.  Nak-nak bila seorang lelaki yang cukup aku kenal pulak keluar. 

Monday, November 04, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 14

HARI ni aku ada interview.  Seperti biasa, menjadi tukang bancuh kopi tapi bukan lagi di ReFreshO.  Tempat lain.  Lepas aje temuduga, aku terus keluar dan tanpa aku duga, Khalifh dah setia menanti.  Bersandar pada kereta dia.  Entah mana dia tahu aku ada dekat sini. 

Sunday, November 03, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 13

DINGIN.  Satu perkataan aje  yang mampu aku komen tentang Rozie sekarang.  Kenapa dia jadi macam tu?  Salah aku ke?  Lepas aku balik daripada taman tempoh hari, lagilah dia beku dengan aku.  Tak kanlah pasal Khalifh, kan

Hati Yang Kau Pinjamkan 12

SAYANGNYA nak tukar.  Aku geleng dalam berkali-kali dan letak semula starter pack untuk nombor telefon baru tu.  Tak naklah tukar.  Bukan apa, nanti Khalifh tak boleh nak call atau SMS dah biarpun aku tak rasa dia akan call aku lagi lepas aku hang up panggilan dia hari tu.  Sampai sekarang pun dia diam dan aku juga tinggal buat tak tahu ajelah biarpun hati ni memberontak nak ambil tahu.