Friday, November 23, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 18 [akhir]


BAB 18 [akhir]

DUA BULAN berlalu setelah perkara menakutkan itu.  Dalam dua bulan ini juga tak ada kenduri menyambut pun. Zayed sendiri tak mampu dapatkan cuti dalam waktu itu dan aku juga masih berbeza waktu kerja dengan dia. Sudahnya, kami hanya adakan kenduri doa selamat cukur jambul buat anak buah ke-empat aku.  Anak angah dan kak ngah yang dia beri nama Zariq.  Seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.

Thursday, November 22, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 17


BAB 17

MAMA paut bahu aku.
“Zayed tak balik lagi?”  soal mama saat aku sedang berpeluk tubuh bersandar pada bingkai pintu gelungsur pada malam yang kelam dan dingin ini. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 16


BAB 16

BAHUKU dipeluk erat.  Aku kerling dia  yang hanya diam saja daripada tadi.  Memeluk bekas bekalan yang dibawa oleh Zayed untuk aku. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 15


BAB 15

AKU tebarkan pandangan ke seluruh laman kala melepak di balkoni.  Riuh dengan suara along bertempik melarang Auni dan Aina berlari di seluruh laman. 

Wednesday, November 21, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 14


BAB 14

AIRMATA aku menitis saat melihat pada tubuh Teratai yang sedang menggigil.  Zayed di sebelah hanya memerhati tak mampu berkata apa.  Aku seka airmataku apatah lagi mengingatkan tubuh lesu itu ditepis oleh Ziyad kasar. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 13


BAB 13

MAMA sibuk di rumah.  Persis lipas kudung  yang nak berjalan cepat sedangkan tak cukup kaki tangan.  Lama aku perhatikan mama dan aku kalih pada abah yang duduk bersantai lepas balik dari masjid tadi.

Subhanallah, Aku Mencintainya 12


BAB 12

WAJAH Zayed tidak beriak. Aku menjeling dia sisi yang nampak tenang tapi siapa tahu gelodak di dalam dadanya yang mungkin sedang dilanda gelora menahan marah pada Ziyad tadi. 

Tuesday, November 20, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 11


BAB 11

KATA mama, nak mudah, buat persiapan bila ada masa terluang.  Hari ini, aku ada seminar di Hospital Besar Kuala Lumpur.  Keluar saja dari bilik seminar, aku terus berjalan menuju ke perhentian bas hendak ke Jalan TAR, mahu ke Semua House.  Tadi, datang dengan kenderaan hospital dan balik sendiri.  Tak sampai hati nak susahkan pemandu yang barangkali ada urusan lain memandangkan waktu kerja sudah tamat. 

Thursday, November 15, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 10


BAB 10

ZIYAD terus keluar dari hospital hari tu juga.  Itupun, Mia yang khabarkan.  Ikut hati, tak sudi aku hendak bertanya tapi sebab sikap profesional, aku terus bertanya khabar.  Karang ada yang sentap pulak.  Namun, jauh disudut hati, aku bersyukur dia tidaklah teruk mana.  Pendarahan juga dapat dihentikan.  Jika tidak, bertunggu, bertangga di hospitallah jawabnya budak Ziyad ni. 

Wednesday, November 14, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 9


BAB 9

SEPERTI biasa bila ditugaskan di bahagian kecemasan, aku langsung tak punyai waktu untuk diri sendiri.  Nak harapkan waktu Zayed, dia juga sama.  Sudahnya kami langsung tak bersua. 

Saturday, November 10, 2012

NOVEL TK, BNS, KSC

Pada yang berminat untuk beli dua buah novel ni daripada RM, boleh berbuat demikian, ya.  Nanti RM ada sikit buah tangan buat anda.  (tetiba rajin amik order).  Tapi khas untuk anda yang nak order dan RM tandatanganlah untuk anda semua.  

                               RM25 (s/m)                                       RM20 (s/m)
                                      RM28 (s/s)                                        RM23 (s/s)

Thursday, November 08, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 8

BAB 8

AKU pandang jariku lama.  Masih kosong setelah kedatangan Zayed menziarah keluargaku bersama dengan mama dan ayahnya.  Tapi, itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum bila aku terpegang jam tangan berjenama dan mahal milik Zayed yang sentiasa ada di dalam poket slack yang aku pakai.  Taq Heuer.  Tak pernah aku impikan jam tangan begini dan memang tak akan kupakai. 

Tuesday, November 06, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 7


BAB 7

HARI  yang terang dan nyaman setelah hujan menyimbah bumi dinihari tadi.  Usai menunaikan Subuh di surau hospital tadi, aku terus pulang.  Berkali-kali Zayed mempelawaku untuk keluar bersamanya tapi aku tolak dengan sopan.  Katanya, ada hal penting tapi sungguh, tubuhku tidak mampu berdiri lagi. 

Subhanallah, Aku Mencintainya 6


BAB 6

TUBUH Zayed tegak bila dia sudah mengutip stetoskopnya itu.  Bila aku menolak sesungguh hati pelawaannya untuk minum malam dengan Ziyad di kantin, Zayed pula berkeputusan untuk duduk di dalam biliknya saja. 

Monday, November 05, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 5


BAB 5

AKU tongkat dagu.   Setelah selesai melawat wad post-natal bersama beberapa orang doktor pakar yang lain, aku kembali ke bilik sempitku ini.  Bersyukurlah ada juga bilik biarpun tidak seperti bilik Zayed.  Waktu menjadi pelatih dulu langsung tak ada apa.  Selesalah untuk aku merehatkan badan dan bersolat. 

Friday, November 02, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 4


BAB 4

DALAM perut kereta, aku dan Zayed diam.  Dia tidak bersuara, aku lagi tidak mampu berkata-kata.  Ringan saja lidah hendak bertanya, tapi rasa malu menebal dalam diri.  Tapi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.  Jika aku tidak bertanya, mana mungkin aku dapatkan jawapannya.

Thursday, November 01, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 3


BAB 3

USAI Subuh, aku terlelap di sofa.  Letih memikirkan kata-kata Zayed tadi tapi bila dia bagai terlupa, aku pun mahu lupakannya juga.  Bukan tak biasa berjaga malam, tapi dinihari ini terasa letih semacam.  Padahal tiada apa pun yang aku lakukan.  Barangkali sudah biasa dengan kesibukan di hospital tapi hari ini, bersantai-santai saja membuatkan aku kepenatan. 

Wednesday, October 31, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 2


BAB 2

LEWAT malam aku tersedar.  Sungguh terkejut dengan vibrate telefon yang telah aku letak pada mode senyap tapi lupa buang mode getar.  Tak pasal-pasal kepala aku bergetar sama memandangkan telefon tersebut telah kuletak di bawah bantal. 

Tuesday, October 30, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 1



BAB 1

JARI-JEMARI runcingku menyentuh pipi si kecil Zakhri Adha.  Comel sungguh anak along ni.  Nak tunggu anak angah, ada lagi dalam tiga bulan baru keluar.  Harap-harap tak ada apa yang berlaku.  Mengingatkan peristiwa kak long tumpah darah beberapa bulan sudah, sungguh aku hampir pitam. 

Monday, October 15, 2012

AKTIVITI BERAMAH MESRA DENGAN RM

Istimewa buat semua pengunjung blog ijo.
pada yang berkesempatan dan rasa nak bersua empat mata dengan saya, jom ke 

MPH, Alpha Angel, Wangsa Maju 
pada 20.10.2012 (Sabtu ini) 
dari jam 2.30 - 4.00 petang.  

Tuesday, October 09, 2012

PENGUMUMAN: ORDER DAN PAYMENT NOVEL BILA NAK SAKSI (BNS) DITUTUP


MERUJUK PERKARA DIATAS, SAYA UMUNKAN DENGAN SECARA RASMINYA ORDER DAN PAYMENT UNTUK BNS TELAH DITUTUP. SAYA TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG ORDER DAN PAYMENT UNTUK NOVEL DI ATAS. INI KERANA SAYA TELAH PERGI KE PEJABAT P2U UNTUK TANDATANGAN NOVEL. SELEPAS INI BOLEH ORDER MELALUI P2U SENDIRI SEPERTI YANG DISERTAKAN DISINI. SAYA MEMINTA MAAF ATAS SILAP DAN KEKURANGAN DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN. SAYA AMAT MENGHARGAI KERANA ADANYA SAYA PADA HARI INI ADALAH KERANA KAMU SEMUA. "AKU ADA KERANA KAU ADA". SAYANG KAMU....

LINK UNTUK ORDER NOVEL BNS:
www.P2u.my
www.p2u.my
Penulisan2u - Syarikat Penerbitan Novel, Novel, Koleksi Novel, Novel Melayu, Novel Malaysia

Saturday, September 01, 2012

Mendung Tak Beerti Hujan


TANAH perkuburan ini sepi.  Heningnya pagi menambahkan remuk dihati.  Kicauan burung-burung yang memuji keagungan Ilahi bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami.  Hadir menziarah pusara ayah dan bonda yang boleh jadi untuk yang terakhir kali.  Biarpun pemergian mak sudah berbulan lamanya dan ayah juga

Sunday, August 26, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Order Kerana Sekali Cinta


 PENGUMUMAN!

HARGA BUKU KERANA SEKALI CINTA YANG MENCECAH KETEBALAN HAMPIR 400MS DAN DIJAMIN KUALITINYA (ada no.daftar ISBN segala) ADALAH :

Kerana Sekali Cinta (SE3-End)


S.E (Pt. 3 - End)

HARI berlalu. Zafrin dan Haqmi juga dah selamat diijabkabulkan.  Bertuah adik aku tu bila Haqmi ternyata memilih hendak belajar dalam Malaysia saja setelah Zafrin juga menolak tawaran hendak ke Jerman dulu.  Sekarang ni elok saja dah berdua.  Huh, lega biarpun aku hampir kopak bila Zafrin  minta aku sponsor majlis dia sikit.  Kini, hanya tinggal Dr. Zafrina saja yang belum selesai. 

Friday, July 27, 2012

Suami Tak Kuhadap 25

BAB 25

MENTARI masih nampak merah di ufuk timur.  Menandakan sehari lagi aku hidup di muka bumi ini dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga.  Langsir yang menutupi pintu luncur, aku kuak selebar mungkin.  Membiarkan cahaya masuk ke dalam kamar. 
Setelah siap menyediakan sarapan, aku kembali duduk di beranda.  Menikmati matahari yang kian menampakkan diri memberi sinaran pada dunia.  Seperti mana Budriz hadir membawa cahaya dalam perjalanan hidupku yang kelam.

Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan 1433 H

Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog ijo sekalian. 


Alhamdulillah...Allah panjangkan lagi umur saya untuk merasai nikmat Ramadhan untuk tahun ni. Terasa pantas waktu berlalu bila setahun demi setahun Ramadhan hadir dan kita nantikan, berlalu juga dalam pada kita masih menagih keampunan dari Yang Esa.

Friday, July 20, 2012

Untuk Dia [20 - Akhir]


BAB 20

MATA ini terpejam rapat.  Rasa hening dan sepi setelah segalanya selesai.  Selesai menamatkan ijazah sarjana dan selesai sudah acara yang mengangkat aku menjadi sah di sisi Zafrin setelah hampir lima tahun dia menanti aku. 

Thursday, July 19, 2012

Untuk Dia [19]


BAB 19

ZAFRIN tak tahu  yang aku akan berangkat tak lama lagi setelah aku turunkan tandatangan pada surat tawaran itu.  Kini segalanya sudah siap.  Tinggal hendak pergi saja.  Huh, cabaran betul antara cinta dan cita-cita ni. 

Untuk Dia [18]


BAB 18

HARI berlalu lagi.  Tanpa sedar, setengah tahun berakhir lagi.  Anaresa semakin tembam dan berseri.  Seri seorang bakal ibu dan semester depan dia akan tangguh pengajiannya. 

Untuk Dia [17]


BAB 17

WAJAH ini aku sembamkan ke bantal.  Menangis dan terus menangis.  Teresak-esak mengenangkan yang aku dan Zafrin bakal terpisah oleh waktu dan cita-cita.  Pertama kali dalam hidup aku bercinta, begini cabarannya. 

Wednesday, July 18, 2012

Suami Tak Kuhadap 24

BAB 24

GIGI Budriz jelas di mataku.  Tersengih saja setelah kereta berhenti tepat di hadapan pagar. 
“Dah sampai,” ujarnya. 
Aku memandang pagar yang tertutup rapat.  Kemudian, wajahnya aku renung lagi bersama kening yang sedikit berkerut. 
“Nak buat apa kat sini?” 
“Rehat…”  Dia turun dari kereta dan melangkah membuka pintu pagar.  Bila pintu itu sudah terkuak, dia kembali memandu keretanya masuk ke porch.

Untuk Dia [16]


BAB 16

MALAM itu aku menghubungi mak.  Seperti kebiasaannya juga bila makin hampir dengan peperiksaan akhir, semakin kerap ayah jadi operator untuk aku.
“Mak ada?”  soal aku usai menjawab salam ayah. 
Ada.  Kat dapur.  Kejap ayah panggil.” 
Sejurus itu, aku dengar suara ayah melaung memanggil mak dan kemudian, mak pula menyahut. 

Tuesday, July 17, 2012

Suami Tak Kuhadap 23


BAB 23

SEMAKIN waktu menghampiri tengah hari, semakin aku resah.  Pelawaan Nurina dan juga panggilan telefon tadi membuatkan aku tak betah duduk.  Rasa gelisah tak menentu apatah lagi Najwa berkali-kali mengingatkan aku akan janji kami.  Janji bersama-sama dengan suami yang masih menjadi rahsia aku. 

Monday, July 16, 2012

Untuk Dia [15]


BAB 15

ANARESA dan Aziana mengeluh berat.  Aku tahu kedua-duanya tak puas hati dengan keputusan aku tapi itu adalah muktamad.  Tak mungkin aku tarik balik melainkan takdir benar-benar mahu menolak aku menjadi isteri Zafrin pada usia aku sekarang. 
“Gilalah kau ni, Mi…,” marah Anaresa. 

Sunday, July 15, 2012

Untuk Dia [14]


BAB 14

TAWAKU masih belum tamat.  Malah semakin rancak pulak sedangkan wajah kekasih hati sebelah aku ni kelat semacam.  Dia menjeling maut tapi aku tetap gelak.  Tak tahan dengan permintaan dia yang ala-ala jujur dan polos itu.  Mujur ayah tak sembur dia lebih-lebih.

Saturday, July 14, 2012

Untuk Dia [13]


BAB 13

RASA lamanya nak tiba hari Isnin.  Bagaikan berkurun sudah aku jejakkan kaki ke teratak milik keluarga Aziana ni.  Tidaklah tersergam banglo tapi hanya sebuah rumah kampung dengan halaman yang sangat luas.  Seperti mana yang pernah dia ceritakan yang keluarga dia bersederhana.  Memang kaya.  Kaya budi.

Friday, July 13, 2012

Untuk Dia [12]


BAB 12

AKU diam memeluk tubuh.  Berat lidah nak bersuara.  Sebenarnya tak tahu nak kata apa bila sekali lagi ditinggalkan oleh Aziana dan Jimmy.  Sememeh je dua orang tu.  Geram aku. 
Sudahnya, sekali lagi aku bersama Zafrin di dalam Alza milik abahnya.  Takdir menolak aku dekat dengan Zafrin biarpun aku cuba menjauh. 

Untuk Dia [11]


BAB 11

DALAM dewan kuliah, aku diam menongkat dagu.  Habis ujian sebentar tadi, aku hanya memandang kertas putih di depan aku.  Menconteng dengan apa saja yang terlintas di dalam fikiran aku. 
“Kenapa  ni, Mi?”  Aziana menyapa belakang aku lembut.  Suara dia juga lembut.

Thursday, July 12, 2012

Untuk Dia [10]

BAB 10

ZAFRIN diam memandu.  Sepatah ayat pun dia tak sebut.  Hanya sesekali aku dengar dia menggumam lagu kegemaran aku.  One Direction jugak.  Aku kerling dia tapi dia tenang memandu. 
“Err…”

Wednesday, July 11, 2012

Untuk Dia [9]


BAB 9

AKU sengih sumbing.  Malu sungguh bila balik sepayung berdua dengan Zafrin tadi disambut oleh aunty dan uncle sekali.  Zafrina dan Abang Zafran je masih belum ada masa tu. 
Bila ingat Zafrin kena marah, aku tambahkan sikit lakonan aku ni.  Aku buat lagi muka monyok dan tayang lagi wajah sugul.  Cukup perasa dengan tubuh yang menggigil menahan sejuk. 

Untuk Dia [8]


BAB 8

“RIN… jangan buat aku macam ni wei…”  Aku cuba merentap lenganku yang digenggam kemas oleh Zafrin. 
Langkah kami terhenti pada anak tangga pertama.  Dia kalih dan memandang aku dengan senyuman yang menakutkan itu lagi. 
“Nak takut apa?”  soal dia tanpa riak. 

Monday, July 09, 2012

Untuk Dia [7]


BAB 7

DARI tadi aku dengar Anaresa memanggil aku.  Alang-alang kelas batal lagi untuk sesi kedua pagi ni, kami sepakat nak ke lab saja.  Aziana sibuk menjelajah blog-blog kegemarannya dan pastilah yang berkaitan fotografi.  Diam tak berkutik. 

Thursday, July 05, 2012

Untuk Dia [6]


BAB 6

GILERA aku letak elok di tempat yang disediakan setelah aku tiba di Fakuliti Kejuruteraan Kimia.  Aku melangkah sambil menyumbat earphone ke telinga dan terus menggumam lagu One Direction bertajuk What Makes You Beautiful.  Lagu baru dari kumpulan baru yang memang layan.  

Wednesday, July 04, 2012

Untuk Dia [5]


BAB 5

HARI ni dapat cuti sakit.  Bukan sehari tapi seminggu.  Lama sungguh.  Tak pernah-pernah aku cuti sakit macam ni.  Selalu ponteng setengah hari je.  Itupun, mesti salah seorang daripada kami bertiga masuk kuliah kalau yang lain terpaksa ponteng.  Senang tolong turunkan tandatangan kehadiran. 

Untuk Dia [4]


BAB 4

LUTUT aku menggeletar sendiri bila terdengarkan suara yang membuatkan sekujur tubuhku kaku.  Bila aku berpaling, ternyata Zafrin sedang elok bersandar pada katil membelek sebuah majalah. 
Mataku membulat.  Gila apa aku termasuk kandang singa lapar ni.  Pitam aku!   Cepat-cepat aku pegang kepala.  Hampir rebah rasanya.

Untuk Dia [3]


BAB 3

BAHUKU disapa lembut oleh Anaresa.  “Kau tak apa-apa ke, Mi?”  tanya dia risau. 
Wajah itu berkerut.  Aku rasa kejap lagi dia mesti membebel pada Abang Zafran.  Aku kenal sangat sepupu aku ni. 

Tuesday, July 03, 2012

Untuk Dia [2]


BAB 2

MOOD ke laut.  Aku dah tak rasa nak ke rumah Anaresa.  Jeans koyak sikit.  Kasut pun rosak sikit akibat geseran pada jalan raya.  Mamat tu tak tanya pun aku kenapa?  Aku je yang melebih sikit tadi tanya dia.  Menyesal aku tanya.  Buang masa aku je.  Mentang-mentang aku tak pandai mengayat, dia main bedal je marah aku.

Monday, July 02, 2012

Untuk Dia [1]


BAB 1

MATA ini aku redupkan sedikit memerhatikan gelagat lelaki yang ada di depan aku.  Dari tadi aku nampak dia.  Berhenti depan kedai sana, dia dan motornya.  Berhenti di traffic light, dia dan motornya juga.  Dah la motor warna hijau lumut.  Geli aku melihatnya.

Wednesday, June 27, 2012

Kerana Sekali Cinta SE Pt.II


S.E Pt. II

ANARESA termenung sendiri di balkoni.  Sejak semalam lepas kenduri tahlil tu, dia tak sudah-sudah termenung.  Bila mama dan abah tanya, aku sendiri pun tak tahu nak cerita apa.  Bila saja lidah ini ringan hendak bercerita, hatiku pasti tercuit.  Aku tahu Anaresa masih terfikir akan sikap kasar Auni yang mengikut sikapnya.

Kerana Sekali Cinta SE : Pt. I


S.E Part I

AKU buat muka sedih menatap dia yang berwajah masam dan keruh.  Tak tahu apa yang tak kena.  Kelatnya wajah itu membuatkan aku rasa kecewa pula.  Dah la bukan kemain lama menanti dia naik ke pentas menerima segulung ijazah itu.  Ini nak muncung pulak? 

Tuesday, June 26, 2012

Suami Tak Kuhadap 22


BAB 22

ENJIN kereta aku hidupkan.   Namun, tubuh ini masih belum membolos ke dalam perut kereta.  Masih tegak berdiri di sisi Kelisa milikku ini.  Menilik penampilan diri di dalam pantulan cermin kereta yang nampak berkilat saja. 
Aku mengukir senyum.  Senyuman yang tak pernah aku ukirkan.  Senyuman yang berbelas tahun mati dari bibirku.  Bagaikan terlupa cara hendak tersenyum begini pada diri sendiri.  Pada dunia dan pada peluang yang telah Allah berikan sekali lagi di hari yang baru ini.

Suami Tak Kuhadap 21


BAB 21

“Assalamualaikum, sayang…”
Aku berpaling kala terdengar salam menyapa lembut.  Wajah Budriz muncul.  Anak rambut itu masih basah dengan wudhuk barangkali memandangkan Asar sedang berlalu. 
Waalaikummussalam…”  Aku menjawabnya mendatar.

Monday, June 25, 2012

Suami Tak Kuhadap 20


BAB 20

BUDRIZ angkat tubuh sasanya.  Berdiri tegak di depanku yang masih mengusi nasi yang masih banyak berbaki di dalam claypot itu.  Nasi dimasakkan dengan keju dan juga cendawan.  Langsung tidak mampu kutelan.  Apatah lagi mengingatkan kebaikan Budriz dalam setiap layanannya.
“Tak nak makan, jomlah kita masuk beli barang,” ajak dia sambil menolak kerusi dan mendekat ke sisiku.

Thursday, June 21, 2012

Suami Tak Kuhadap 19


BAB 19

RAMBUT ini aku ikat kemas.  Seperti biasa, tinggi menampakkan leher yang agak jinjang dan kulit yang putih.  Entah apa yang aku fikirkan, aku sendiri tidak tahu.  Apa yang pasti, sejauh mana ucapan maaf yang pernah aku tuturkan pada Budriz?  Sejauh mana aku relakan dia ada di sisiku?  Sesabar mana aku mahu menghadap wajahnya?  Aku sendiri tidak pasti.

Saturday, June 16, 2012

Suami Tak Kuhadap 18


BAB 18

TIGA hari setelah aku kembali, Najwa menelefon bertanyakanku.  Suara gadis itu kedengaran risau dan tahulah aku yang Budriz dan Norman sendiri tidak berkata apa pada Najwa akan hubunganku dan Budriz. 
Hari ini, kaki ini tetap berat hendak melangkah.  Aku pandang pintu luncur yang terbuka lebar.  Terbuka lebar setelah Budriz berlalu ke pejabat pagi tadi dan di sini juga aku sedari tadi setelah dia mengucup dahiku hangat bersama pesanan yang kedengaran tulus dan ikhlas.

Friday, June 15, 2012

Suami Tak Kuhadap 17


BAB 17

“SAYANG….” 
Aku merengus sedikit kala ada jari yang menari di pipiku.  Semakin liar dan terus meliar menyentuh anak rambutku pula. 
“Sayang, bangun sayang….”  Kejut suara itu lagi.

Sunday, June 10, 2012

Suami Tak Kuhadap 16


BAB 16

MATAKU terbuntang bila merasakan susuk tubuh sasa Budriz semakin hampir.  Sungguh.  Bila pandanganku jelas, bibir Budriz sedang menguntum senyum. 
“Kau jangan buat gila, Budriz!”  marahku pada dia. 
Tapi, Budriz tetap begitu.  Malah, dia semakin merendahkan tubuhnya dan semakin rendah hinggakan dia sudah hampir padaku.

Friday, June 08, 2012

Suami Tak Kuhadap 15


BAB 15

LANGKAHKU terhenti pada anak tangga terakhir pagi itu.  Suara Budriz agak kuat berbicara dengan seseorang di talian.  Lalu aku pasang telinga.
“Syai tak sihat.  Riz baru nak masuk kerja hari ni.  Nanti Riz jumpa aunty,” ujarnya.  Lama Budriz diam.  Aku pula hanya mengamati perbualannya.  Tidak pasti siapa.

Wednesday, June 06, 2012

Suami Tak Kuhadap 14


BAB 14

PELUH merenik di dahi.  Apa yang harus aku katakan pada mereka tentang Budriz?  Terlalu kejamkan aku hinggakan lelaki itu pergi begitu saja?  Terlalu jahatkah aku tanpa menghiraukan sebuah nyawa?  Tiada nilaikah nyawa mereka padaku?  Benarkah hatiku tidak lagi punyai sedikitpun rasa sayang, kasihan dan belas?

Tuesday, June 05, 2012

Suami Tak Kuhadap 13


BAB 13

PERISTIWA malam tadi berlegar di mindaku.  Akhirnya Budriz berlalu tewas akan kedegilanku.  Mangkuk bubur yang dibawanya malam tadi aku pandang sepi.  Membiarkan rezeki itu begitu saja tanpa ada rasa secubit pun hendak merasainya. 
Usai subuh, aku bangkit dengan semangat baru.  Semangat untuk melepaskan diri dari segalanya.  Budriz tiada di bilik sejak dari malam tadi.  Peluang itu aku ambil  untuk menyumbat segala barangan milikku ke dalam beg pakaian.

Monday, June 04, 2012

Suami Tak Kuhadap 12


BAB 12

TIDURKU terganggu.  Entah bila aku terlena dan entah bila pula aku memanjat katil, aku juga tidak sedar.  Tangan ini terasa pedih.  Mata pula terasa agak berat.  Kepala punya menyengat. 
Lampu di meja sisi samar-samar saja.  Ada  yang ke kalut persis lipas kudung di depan almari solek yang telah pecah berderai cerminnya.  Aku angkat kelopak mata dan dalam kesamaran, mataku terbias dengan susuk tubuh lelaki yang aku kenal.

Sini, Aku Payungkan Kau! 35


BAB 35

SUNGGUH aku lega bila segalanya telah ditetapkan.  Zikri juga makin pulih.  Sudah nampak kuat hendak melangkah tanpa bantuan lagi.  Hanya tinggal waktu untuk dia kembali bekerja saja.  Nampak sudah agak aktif.
Esok, aku akan ke Kuala Lumpur.  Rasanya sudah sampai masanya aku menjadi pekerja Zaim.  Berada dekat dengan dia setelah pelbagai halangan yang datang merintangi kami.

Friday, June 01, 2012

Cinta Bukan Milik Kita

HARI ni rasa sepi tanpa teman-teman yang rata-ratanya berkursus dan keluar daerah. Menghadapi makan tengah hari sendiri rasanya tak mampu hendak kutelan. Tersekat dikerongkong. Hilang selera.

Thursday, May 31, 2012

Suami Tak Kuhadap 11

BAB 11

RASANYA sudah hampir sejam aku berteleku di atas sejadah, bermunajat ke hadrat yang maha mentakdirkan perjalanan setiap manusia. Bermohon agar diampunkan dosa. Namun, entah mengapa, aku rasa semakin jauh daripada-Nya.

Friday, May 25, 2012

Suami Tak Kuhadap 10

BAB 10

KAKIKU pegun bila terdengar suara Budriz yang sedang bercakap di telefon. Tidak jadi aku hendak menyeru dia. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu membuatkan suaranya agak jelas di pendengaranku. Perlahan-lahan, aku rapatkan tubuh ke dinding dan memasang telinga terhadap perbualannya bila dia kedengaran merayu-rayu.

Thursday, May 24, 2012

Suami Tak Kuhadap 9

BAB 9

AKU diam sendiri di laman belakang. Duduk di atas bangku kayu dan bersandar pada dinding. Dalam fikiran ini, aku mencerna banyak perkara. Bersoal jawab dengan diri sendiri, mengapa aku terlalu kejam dengan manusia lain apatah lagi dengan diri sendiri.

Wednesday, May 23, 2012

Suami Tak Kuhadap 8

BAB 8

MALAS benar hendak bangkit bila mendengarkan suara ayah yang sedang memberi salam di luar pintu bilikku berkali-kali. Untuk apa dia ke sini sebenarnya? Memungkiri janji dan membuatkan aku bertambah benci?