Untuk belian secara online, sila emel ke rehan.makhtar@yahoo.com
Setiapnya ditambah RM5 untuk caj pos laju
Kualiti dijamin dan kerosakan akan diganti tanpa sebarang caj.
--------------------------------------------------------------------------------------
Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18
“Aku
inginkan dirimu, datang dan temui aku dan akan ku katakan padamu, aku sangat
mencintaimu. Sesungguhnya, aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan akanku
katakan berkali-kali yang aku amat mencintai dirimu dan demi semua yang aku
jalani bersamamuku ingin kau jadi milikku, ku ingin kau disampingku. Aku
akan mencintaimu menjagamu seumur
hidupku…” – Mohd Mukhlis
“Selama
ku masih bisa bertahan selama ku
masih bisa bernafas, selama Tuhan masih mengizinkan, ku ingin selalu bersamamu… Selama ku masih bisa bertahan, selama ku masih bisa bernafas, ku ingin selalu mencintaimu…” -
Anahara
“Tanpa
dirimu ku hanya manusia tanpa cinta dan hanya dirimu yang bisa membawa
syurga dalam hatiku ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu
selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang ku
sayangi ku akan setia disini menemanimu...” – Zafran
Antara memiliki dan
mencintai, di manakah pengakhiran kisah hati Mohd Mukhlis, Anahara, Jeslina dan
Zafran demi permata hati, Si kecil Aryana.
---------------------------------------------------------------------------
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM23
Cinta pertama itu
pernah hadir. Memang indah biarpun parah
membadai jiwa. Bertahun aku pertahankan
kisah hati yang ternyata bukan milik aku
namun akhirnya, takdir membawa khabar yang nyata. Indahnya cinta pertama, malah hebat lagi
cinta kedua. Dia hadir ketika takdir
membawa dia dekat di hati. Dias ah di
sisi bila takdir menolak dia menjadi milik diri ini. Dia… Anaresa.
Unik, muda dan masih bergelar budak sekolah. Namun, kala lafaz sakinah tu terluncur dari
bibir ini, dia adalah wanita. Wanita kepada
seorang lelaki, isteri kepada seorang suami – Zafran Zaini
“Moga keindahan cinta
kita kekal selamanya. Andai terduga,
kekalkan Resa di hati abang. Menjadi
wanita memujuk hati abang, menjadi teman mendengar masalah abang dan menjadi
isteri memeluk abang ...” – Zafran
Aku masih bergelar
budak sekolah. Masih sopan dalam
kenakalan ini. Dia hadir tanpa
kuduga. Membawa kisah cinta yang tak
pernah ada di dalam hati. Ternyata yang
pertama itu untuk dia dan juga berharap dialah yang terakhirnya. Saat tawaran terhad itu aku terima, ternyata
akulah pelengkap sisi rusuknya. Ada resah dalam
diri. Mampukah seorang budak sekolah
menjadi isteri? Namun, kala dia
melafazkan akad, mengucup nafas di kepala, dia adalah suami dan aku adalah
isteri – Anaresa Abdullah
“Resa cintakan
abang. Yakinlah, kerana sekali cinta,
Resa tetap cinta…” – Anaresa
Zafran dan Anaresa
bertemu kala takdir membawa dua hati itu mendekat pada tempat dan waktu yang
tepat. Umur menjarakkan namun cinta di
hati mendekatkan malah jodoh merelakan.
Menerima suami yang matang membuatkan Anaresa kalut sejenak. Bagi Zafran pula, mencintai budak sekolah itu
membuatkan dia yakin, dia perlu mendidik Anaresa menjadi mata sebagai seorang
wanita dan isteri.
Jom, selami tingkah
Anaresa yang mencuit hati dalam menjadi isteri pada Zafran yang romantis.
-----------------------------------------------------------------------
Gabungan 2 cerita dalam 1 novel
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
UNTUK DIA...
MEMANG aku kasar tapi dalam hati tetap
ada empat musim. Pertemuan pertama
dengan dia membawa debar dalam hati.
Biar bermusuh, bertekak dan bertegang urat, tapi aku cinta dia. Namun, semakin kami hampir, kami kian menjauh
tapi Zafrin mengalah begitu dan aku juga haruslah mengalah begini. Tanpa aku sedar jodoh terus membawa kami
mendekat hari demi hari biarpun usia kami dimamah waktu, dia tetap menungguku –
Haqimah a.k.a Haqmi
“Mana-mana aku lepak, mesti ada
kau. Kau buat apa kat sini? Menyakitkan hati aku jelah. Bawak sini nasi aku tu. Aku lapar ni dan aku tak halal kau makan nasi
aku tu…” – Haqmi
“Kalau tak nak masak… aku makan kau jelah
sampai aku kenyang tapi tempatnya bukan di sini tapi di atas…” - Zafrin
BILA bersua, ada cinta pandang pertama. Bila menjauh, ada rindu menyapa. Sesekali terkeliru, bila dia bagaikan kaum Adam? Apa yang pasti, dia tetap kaum hawa yang
sejati bila berubah wajah tapi aku menerima dia seadanya dia bukan kerana dia
berubah tapi kerana hatinya tetap mencintai dan setia padaku biarpun waktu
berlalu. Mengheret janji kami dan
melestarikan janji itu bila menjadi suri di hati. – Zafrin
“Bukan macam tu, Rin… Aku dah ada
kau. Segalanya ada pada aku ni untuk kau
je. Untuk dia yang aku cinta iaitu
Zafrin bin Zaini…” - Haqmi
“Nope. Jangan minta maaf. Seperti mana Mi pernah cakap pada abang,
mencari ilmu ni ibadah dan jihad.
Tetapkan hati, niat insya-Allah setiap langkah Mi diberkati. Begitu juga hubungan kita. Abang mampu bertahan dua tahun lalu, apa
salahnya abang bertahan lagi untuk dua tahun akan datang, kan?” - Zafrin
ILMU mendidik cinta antara Zafrin dan
Haqmi menjadi matang. Ada tangis, ada
senyuman dan ada gelak tawa. Tak kurang
rindu, tak hilang cinta. Janji dipadu
bila Zafrin meminang. Keluh bertamu bila
Haqmi menolak. Hingga akhirnya, mereka
bertemu dalam janji lama yang utuh dan kian kukuh bila Tuhan sememangnya
menciptakan mereka untuk bersama biarpun ilmu menjadi penghalang.
--------------------------------------------
SUBHANALLAH, AKU MENCINTAINYA!
HATI Zafrina sejak dulu milik Zayed
namun bila Zayed bagaikan tidak mengerti atau buat-buat tidak mengerti, Zafrina
mahu menarik diri. Dia yakin Zayed tahu
akan rahsia hatinya. Bahasa tubuhnya
jelas menggambarkan cinta buat seniornya itu.
Namun, Zayed tetap begitu dengan layanannya bukan sekadar teman
membuatkan hati Zafrina resah dan mahu mengalah.
“Sejak bila pandai panggil abang tanpa
Abang Zayed? Sejak bila pandai panggil
Zayed je?” – Ahmad Zayed
“Panggilan abang tu hanya untuk yang halal di
sisi Rina. Dalam keluarga Rina pun, tak
ada abang. Ada along, angah dan
abah. Abang tu, insyaAllah sikit masa
lagi kalau Allah hantar jodoh yang baik buat Rina…” – Zafrina
Seperti hati yang biasa yang telah Allah
kurniakan, cinta hadir dalam diri Zayed buat Zafrina sudah sekian lama. Tidak pernah berubah malah semakin
bercambah. Cuma, undang-undang Tuhan
membataskan kerana bagi Zayed, cinta itu akan diucapkan setelah dia menjawab
qabul menjadikan si gadis yang halal di sisi.
“Maafkan Zayed. Tapi, percayalah… kasih kita ni biarlah kasih
Allah mendahuluinya kerana Dia yang menjadikan hubungan kita ini sejak dari
azali biarpun baru hari ini ianya terbukti…”– Zayed
Lalu, akhirnya Zayed mengucapkan cinta
dan Zafrina menerima pengakuan itu dengan airmata biarpun muncul Ziyad,
penggoda kelas pertama yang mengasak jiwa wanita Zafrina.
“I
ada Zayed dalam hati…” – Zafrina
“And
I ada you dalam hati I…” – Ziyad
Zafrina dan Zayed tegar. Mereka setia biarpun kisah hati mereka
dimamah masa, lalu mereka ucapkan, Subhanallah, Aku Mencintainya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM23
CINTA NUR
NAQIAH... Seorang gadis biasa, periang dan tandus akan kasih sayang
keluarga. Hanya pada teman-teman, Izue
dan Alan menjadi tempat dia meluahkan rasa.
Teman yang turut sama berkongsi minat yang sama iaitu, muzik. Hinggalah pada satu hari seperti mana yang
telah takdir tetapkan, matanya dan mata Ariq bertemu.
MUHAMAD
NASHRIQ... Seorang lelaki matang dan
kacak bergaya, pegun saat pertama kali melihatkan seorang gadis cantik memetik
gitar dengan lantunan suara nan merdu.
Melihatkan gaya bersahaja, dia memilih Naqiah untuk menyiasat siapakah
‘Lof’ yang diminatinya tanpa dia sedar, minat dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.
“Sementara Naqi tak buat apa. Kerja sikit dengan abang sebab abang yakin,
Naqi ada skill mengorat kaum sendiri...”
~ Muhamad Nashriq
“I’m
not a lesbian!” ~ Cinta Nur Naqiah
Hingga akhirnya, Naqi nekad berdikari bila keluarga sendiri
tidak memerlukannya lagi. Dalam
melakukan kerja Ariq, hatinya belot bila sudah pandai mencintai lelaki
itu. Dia tidak meminta tapi tak mampu
dia larang hingga akhirnya, Ariq sedari, bukan Lof yang dia cinta tapi
Naqi. Tak sanggup melukakan banyak hati
yang disayangi lantas Naqi nekad berlalu pergi.
“I
will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…” ~
Cinta Nur Naqiah
“…satu hari, tidur malam Ariq serta jaga
siang Ariq hanya ditemani dia. Anak-anak
Ariq hanya akan lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya akan dibinti dan
binkan Muhamad Nashriq...” ~ Muhamad Nashriq
Cinta...biar saja ada, kisah hati antara Cinta Nur Naqiah dan Muhamad Nashriq dalam mencari erti cinta di sebalik kasih dan reda orang tua untuk mereka harungi perjalanan mencari rahmat Tuhan. Pada Naqi, cinta bukanlah segalanya namun kasih ibulah yang terutama dan pada Ariq pula Naqi adalah lagu pelengkap melodinya. Adakah hati mereka bakal bersatu dalam mencantumkan lirik dan lagu? Mungkinkah melodi hidup Ariq indah bila dilengkapi dengan lagu Naqi atau pun kisah mereka menjadi sebuah kisah yang perit dengan melodi yang sumbang dan lirik yang pincang?
------------------------------------------------------------
Hasil karya kawan-kawan yang dijamin kualitinya. ^_^
Semenanjung : RM 23
Sabah/Sarawak : RM 26
Nur Amani binti Mukhlis - Dia sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidup yang
diciptakannya sendiri sejak dulu lagi. Tiada CINTA yang akan hadir dalam hatinya selagi
tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga tidak dilunaskan dengan sebaiknya.
Perwatakan Amani yang selamba dan mesra membuatkan dia disenangi ramai lebih-lebih lagi
kaum adam. Kala muncul Imran Haniff secara tiba-tiba di dalam hidupnya, prinsip yang
dipegang mulai goyah. Hati Amani mula tidak keruan dan dia kian keliru dengan perasaan
sendiri. Mampukah dirinya bertahan dengan rayuan dan kata-kata manis serta sikap ambil
berat Imran Hanif Hashim itu?
Dalam kalutnya Amani, kecomelannya tetap terserlah di mata Imran Haniff membuatkan hati
lelaki itu bergetar hebat setiap detik.
Imran Hanif bin Hashim- Nur Amani binti Mukhlis mempunyai keunikkannya yang tersendiri
. Lain dari yang lain. Di saat gadis seusianya sibuk mencari CINTA, keutamaan Amani hanya
kepada ibu bapa dan keluarga menyebabkan hatinya tertarik dengan gadis itu. Sepanjang
dirinya mengenali Amani, dia belajar untuk mencintai dan dicintai dengan cara yang amat
berbeza. Mereka bahagia dalam usikan dan benih-benih cinta. Namun siapa sangka, mereka
berpisah jua atas kehendak Amani. Imran reda jika itulah kehendak Amani dan dia akan
menurut walau kasih dan cintanya yang dianugerahkan oleh Yang Esa dalam hati lelakinya
hanya untuk Amani.
Kuatkah jodoh antara Imran Hanif Hashim dan Nur Amani Mukhlis?
“Im…Im…Im…Encik Imran. Saya Am…Im…Am…Im…Am…Im…Am,”
“IMAM! Perasan tak?”
Uniknya cinta Amani dan Encik Imran, unik juga aturan jodoh mereka.
--------------------------------------------------------------
Semenanjung : RM 21
Sabah/Sarawak : RM 23
Dhiya Zafira, gadis ceria yang pernah punyai kisah silam yang pahit, telah terjatuh hati pada
kawan baik sendiri, Faris. Hadirnya Aireen di antara mereka mengundang duka di setiap
harinya. Semakin dia menafikan perasaannya sendiri, semakin dia terluka. Dhiya akhirnya
akur saat Faris meninggalkan dia tanpa sebarang kata apabila dia meluahkan perasaannya
sewaktu lelaki itu mahu ke luar negara, menyambung pengajiannya bersama Aireen.
Hadirnya Mika di dalam hidup Dhiya bukanlah satu kebetulan. Mareka sering
dipertemu¬kan di dalam takdir yang ditulis oleh Allah S.W.T mestipun hubungan mereka
tidak pernah lekang dari pertengkaran. Tanpa mereka sedar, sebuah ikatan persahabatan
terjalin di an¬tara mereka. Mika, yang sering dilabelkan beku dan sinis, adakalanya manis
jua. Entah bila, nama Mika mulai meniti di bibirnya dan sering diseru di dalam hati.
Saat hatinya mulai melupakan Faris, berita kematian Aireen mengejutkan Dhiya. Perasaan
bersalah bersarang di dalam hati. Kesal bertamu tiba-tiba, apatah lagi di saat bonda Faris
dan mama Aireen melamarnya untuk Faris. Dhiya bingung! Bonda Faris mengharapkan dia
menyatakan ya namun hatinya menghalang. Kesian pada Faris naun di hati sudah tiada
sayang. Siapa bakal menjadi pilihan hati Dhiya ? Faris atau Mika? Sungguh, Dhiya keliru!
“ Ketuk-ketuk pintu hati, tanpa siapa yang menghuni?
Ketuk-ketuk lagi, senyap sunyi tiada jawapan.
Ketuk sekali lagi, ada deheman dari dalam hati.
Ketuk lebih kuat bersama salam, hati tiba-tiba menjawab,
‘Penghuni hati adalah dia’.”