Wednesday, August 05, 2009

PASRAH

Semalam,
Kita mula melangkah bersama,
Mencipta tawa mencari bahagia,
Mengukir memori abadinya teman,
Ku patrikan janji itu,
Di lubuk hatiku yang paling dalam...

Hari ini,
Kita telah mengikat janji setia,
Dengan untaian kasih,
Yang tak mungkin terlucut,
Biarpun badai hebat melanda,
Kerana cinta itu mula hadir,
Kerana rindu itu terus menderu,
Aku milikku,
Dan hanya kaulah yang satu...

Esok,
Apakah kasih ini bakal bersatu,
Benarkah cinta ini akan segar di hatimu,
Semoga Allah mempertemukan kita,
Semoga mendapat restu ayah bonda,
Titisan airmata ini mengiringi doa,
Ku pasrahkan hati kepada Yang Esa,
Mengharapkan kau hadir,
Biar berapa lama masa,
Biarlah waktu itu terus berlalu,
Semoga kau tetap bersamaku...
-end-

No comments:

Post a Comment