Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan 1433 H

Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog ijo sekalian. 


Alhamdulillah...Allah panjangkan lagi umur saya untuk merasai nikmat Ramadhan untuk tahun ni. Terasa pantas waktu berlalu bila setahun demi setahun Ramadhan hadir dan kita nantikan, berlalu juga dalam pada kita masih menagih keampunan dari Yang Esa.

Ramadhan tahun sudah, saya bermula dan Ramadhan tahun ini, memberi maknanya setahun sudah saya berada dalam dunia penulisan.  Asalnya menjadi cerpenist saja tapi mencuba nasib sebagai penulis novel pulak (tak sanggup nak gelar novelist sbb tak layak lagi)..

Ada kawan-kawan  di FANPAGE dan grup KISAH HATI dan keluarga terutama En.Shah dan Cik Mata Bulat Yaya membuatkan saya kukuh.  Tak lupa pada mereka yang banyak membantu selama ini.  

Setakat ni, sudah 27 cerpen yang telah saya siapkan.  Tahun ni macam merosot amat buat cerpen. Baru dua je.  Tiga buah cerpen dalam kompilasi OH CINTA telah diterbitkan dan juga Novel TERLERAI KASIH di bawah Karyaseni pada bulan April 2012.  Alhamduillah, komen yang saya dapat membina.  Rata-rata berpuas hati namun masih banyak cela yang perlu saya baiki.  


Setelah mengharungi kesibukan, hari ini, 23.07.2012 bersamaan dengan 03 Ramadhan 1433H, manuskrip kedua juga telah dihantar. BILA NAK SAKSI.  Doakan yang terbaik.  Berlainan garapan dan genre.  Jauh dari TK... namun tetap ada cap RM dalam BNS ni dan yang pasti tiada airmata macam TK.

(cover sendiri)


Tiga buah MINI NOVEL juga telah siap dan saya tamatkan di blog saja.  Namun, untuk dua buah mini novel bertajuk KU INGIN MILIKIMU & KERANA SEKALI CINTA telah saya terbitkan sendiri pada yang berminat.  Setakat ni, Alhamdulillah, sambutang menggalakkan.  Pada yang berminat boleh emel saya terus ke inurwafiah@yahoo.com.  Bagi yang ketiga iaitu UNTUK DIA, kita hold dulu dan yang menariknya, tiga buah mini novel ini adalah merupakan sequel.  




(cover yang cantik ini adalah hasil kreatif kawan saya, Cik Aziana M.Bahrim)

Dan, masih ada dua manuskrip on going dan akan berhenti juga nanti.  Iaitu, SUAMI TAK KUHADAP dan SINI, AKU PAYUNGKAN KAU.  Harap siap jugak la nanti sebelum running projek baru.  

Akhir kata, salam Ramadhan.  Ampun maaf saya pinta selama anda berkunjung ke sini dan ada yang tak puas hati.  (lambat update ke apa ke... adalah tu saya sibuk dengan family =) ).. 

Semoga kita mampu meraih keberkataan pada 10 pertama Ramadhan, mencari keampunan pada 10 pertengahannya dan berusaha mencapai ketaqwaan pada 10 akhir Ramadhan biarpun terlalu sukar.

Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan hamba yang hanya berpuasa namun akhirnya hanya mendapat lapar dan dahaga saja. Astaghfirullahhal'azim....

Lots of Love,
Rehan Makhtar - 03 Ramadhan 1433h

28 comments:

  1. salam Ramadhan utk Rehan,semoga terus tabah berjunag dalam dunia penulusan,saya salah seorang peminat karya2 Reahn,terima kasih kerana menghidang kan kisah masyaerakat,semoga boleh menjadi teladan utk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjuang
      penulisan
      masyarakat

      Delete
    2. ya salam ramadhan..terima kasih atas sokongan ya..

      Delete
  2. Selamat Menyambut Ramadhan untuk Raihan. Sejak mengikuti blog Raihan ni, telah menjadi satu kebiasaan saya untuk singgah ke blog Raihan utk membaca cerita2 menarik dalam blog ni. Dua buah hasil tangan Raihan telah saya miliki dan mungkin tidak lama lagi KSC juga. saya juga tak sabar2 nak baca kesudahan cerita lit dan usop(BNS).sudah tentu saya akan belinya nanti. Tahniah buat Raihan sebab sepanjang mengikuti cerita hasil tangan Raihan,memang tak menjemukan terutama mini novel KSC. Tahniah sekali lagi dan teruskan menulis.


    Suhaila Idris
    SM Sains Dungun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak su..arigato neh...hehe.ingat kak su ingt bahasa jepun..haha..thanks kak su atas sokongan selama ni ya.. tak jemu2 baca n beri komen pd karya2 sy..sgt2 hargai

      Delete
  3. Salam, dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita perbanyakkan amalan kita buat bekal ke SANA.
    Rehan, tak sabar nak tunggu BNS keluar, for sure saya akan dapatkanya.

    Salam,
    Zailda

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zailda..atas sokongan..insyAllah kita nntkan BNS ek..

      Delete
  4. Salam ramadhan :) sy dah dapatkan TK and it was superb. Sequel walaupun saya tak beli bukunya, sy still dah habis baca di blog. And memang terbaik cerita dia. Tp maybe kalau berkesempatan nak beli jugak kot :B For BNS, sy akan tunggu and wajib beli. Sbb sy berani jamin BNS memang terbaik. Overall, kak Rehan memang best! :)

    Ika :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekasih sudi dapatkan TK ika..sudi layan kisah IF n Fiah..byk cela novel tu..huhu..kita tggu BNS plk ek.. timekasih atas sokongan..

      Delete
  5. Salam Ramadhan Al-Mubarak, RM.

    Semoga Allah terus beri kamu kekuatan untuk menulis sesuatu sebagai pengajaran, pedoman dan hiburan bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramdhan jugak.. thanks atas sokongan ye..hrp tak serik singgah sini lg..

      Delete
  6. salam ramadhn kak rehan...blog ijo ari2 d jenguk..
    Thkz sbb mberi crta bksihkn teladan..smoga ap yg kak rehan beri ble mjdi pgajarn n hburn yg bmanfaat,
    gud luck RM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salam ramadhan..jgn serik singgah sini ya..timekasih atas sokongan...

      Delete
  7. Salam Ramadhan buat RM. Jutaan terima kasih kerana berkongsi cerita2menarik dgn peminat di blog ini. Sangat2 dihargai. Harap tak lokek untuk menyumbang cerita menarik di blog ini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan fara..timekasih jugak atas sokongan selama ni ya... sgt2 hargai jgk.. jgn serik singgah sini lg..

      Delete
  8. Salam Ramadhan al mubarak cik penulis rehan makhtar...

    semoga kejayaan milik kamu didunia dan diakhirat bersama keluarga tercinta dan bidang yang kamu ceburi...

    semoga berkat doa semua peminat kamu suatu hari nanti kamu berjaya dengan baik dalam dunia penulisan ini.. dan jangan pernah mengalah dan jatuh semangat kepada komen2 tidak membina itu semua untuk meningkatkan lagi mutu penulisan kamu...

    dan saya yakin penulisan kamu adalah penulisan yang baik sangat berjiwa membacanya.. rasa didalam tu sekali tengah tonton wayang hehe..kamu berjaya buat semua peminat dan pembaca kamu merasa sedih kecewa gembira bahagia sekali bersama watak2 yang diwujudkan hasil ciptaan dan ilham kamu...

    akhir kata saya jangan pernah berhenti menulis teruskan berkarya kerana mutu dan penulisan kamu memberi 1000 erti dan perasaan kepada pembaca dan peminat kamu..seperti kata kamu, "kamu adalah penulis biasa yang ingin menghasilkan karya luar biasa" begitukah? hehe sama je kan.. tapi kamu sudah ke tahap itu...syabas dan tahniah..

    akhir kata selamat maju jaya dalam dunia penulisan kamu ...s.r..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salam ramadhan jugak..timekasih atas sokongan selama ni je..menjadi silent reader atau tidak itu sgt berharga buat sy..bila tau ramai yg baca...sy seronok..tak komen takpe..sy tak kisah..apa yg pasti sy tau anda menghargai..

      so far komen membina..yg tak membina tu mesti ada yg tak kena dlm karya sy n leh la sy tgk balik part mana tak betul tu..leh betulkan semula kan..

      apa2 pun jgn serik singgah sini lg.. doakan sy terus menjana idea bernas utk dikongsi..moga ada pengajaran, kelainan dan keseronokan..kalu cite lucu la..kalo cite sedih haruslah airmata..hehe..

      thanks ye..

      Delete
    2. sorry panjang benarnya mukadimah saya.. hehe.. tak serik lah cik rehan makhtar blog awak ni penuh karya yang mantap so saya tak rugi kalau saya duduk dalam ni lama2 mana pun...insyaallah saya kan peminat karya kamu haruslah sentiasa doakan kejayaan penulis saya tiap sujud dan doa..izinkan aku menangis tu ada kelainan pada novel2 kamu.. dan saya temuinya hihi...well apa2 pun gudluck ya..wish u all the best

      Delete
  9. Salam Ramadhan utk RM jugak.. kite pun tak tau la mcm mane mula2 kite stuck dekat blog RM nih.. kalo dah stuck tu confirm la cite kat blog ijo ni best2 kan..kan.. heheh.. Wish you all the best RM..!! Usaha tangga kejayaan.. Penulisan yg paling best.. is penulisan yg dtg dari hati.. You write.. people read.. bile org bagi comments.. that comments belong to you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faizah..terima kasih..tak kisah la bila..better late than never..hehe..jgn serik mai sini lg ye..hehe..

      Delete
  10. salam ramadhan kak RM, semoga terus sukses dalam berkarya and i'll always waiting for your next project, ngee ;)

    ReplyDelete
  11. miz..dh lama perasan nama awak ni..hehe..salam ramadhan..thanks..harap teruskan sokongan ye..next projek tak tau bila..bulan pose slow sikit..hehe

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadan Rehan...
    Thanks untuk nukilan2 anda yang hebat2...membuatkan hati saya sering tidak keruan, sekejap menangis, sekejap tersengih dan adakalanya ketawa sorang-sorang. Karya karya awak semua saya minat tp saya paling suka Untuk Dia sebab saya suka romantik komedi...suka2. Akhir kata teruskan menulis dan memberi pengajaran kepada pengikut-pengikut muda anda dalam setiap nukilan. Akhir kata semoga diberikan limpahan idea yang kreatif dalam penulisan anda dan tentunya sihat-sihat senantiasa hendaknya.

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadan al-Mubarak Cik Penulis....
    Terima kasih atas karya-karya Cik penulis yang Kak Sue rasa hebat-hebat belaka dari tajuk cerita dan hasil karyanya..... memang terbaik... x sabar rasanya hendak memiliki semua hasil karya RM... banyak pengajaran boleh kita perolehi bila membaca dan menghayati dengan sepenuh hati..... Kak Sue doakan apa yang RM harapkan akan tertunai ....Insyallah.....teruskan menulis.....

    ReplyDelete
  14. Salam Ramadan al-Mubarak Cik Penulis,

    Akak memang peminat setia buah tangan cik, tapi dah terlepas peluang utk memiliki KIM. Ada lagi tak kalau akak nak order?

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadan al-Mubarak Cik Penulis,

    Akak memang peminat setia buah tangan cik, tapi dah terlepas peluang utk memiliki KIM. Ada lagi tak kalau akak nak order?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada2 lagi kak..masih berbaki dan sy akan hantar reprinting..

      Delete
  16. Ok, nanti akak order sekali dgn KSC ye, terima kasih Cik Raihan.

    ReplyDelete