Sunday, September 11, 2011

Izinkanku Ubati Hatimu


***Sequel Cerpen Hati Yang Kau Sakiti***

NAFAS ku hela panjang. Menyedut udara segar tanah air sendiri. Tanah tumpah darahku. Gelagat KLIA masih sama seperti mana saat aku meninggalkan bumi Malaysia 5 tahun dulu. Malah semakin sesak kerana ku tahu, Malaysia sudah dikenali di seluruh dunia. Hawa hangat yang menyelesakan, keriuhan petah bicara dalam bahasa ibunda menggamit rasa rindu yang menjulang pada ayah bonda.
Aku menyeret bagasi besar itu perlahan bersama si comel yang lena di bahu. Lenguh lenganku menahan keberatan anak terunaku seorang ini. Tidurnya langsung tiada terganggu dek riuh KLIA yang tidak pernah sunyi dari kunjungan manusia dari seluruh pelusuk Negara.
“Ibu.” Suara manja itu sedikit serak di peluput telingaku. Aku senyum.
“Anak ibu dah sedar, ya?” tanyaku lembut bila dia menentang pandanganku.
“Kita kat mana?” soal mulut comel itu lagi.
“Malaysialah. Kan semalam kita dah bertolak balik,” jawabku telus. Anak teruna seorang ini sengih saja tayang gigi susu yang tersusun rapat. Putih bersih. Sepasang gigi taring kecil itu makin menyerlah dari sehari ke sehari. Membawa ingatanku kepada si dia yang sudah bertahun aku cuba luputkan dari ingatan. Tapi, makin ku cuba makin teguh melekat di hati. Nadiku berdenyut bersama bisikan kata rindu padanya. Namun, sakit di hati masih belum sirna untuk aku akui bisikan rindu yang sering berlagu mendayu.
Ingatanku kembali pada setahun yang lalu. 2 kali kornea ini terbias dek wajah itu. Benarkah dia? Andai benar itu dia, untuk apakah dia di sana? Atau mata ini tidak sudah mahu menipuku seperti mana penilaianku pada dia 6 tahun dulu?
Pertama kali sewaktu aku keluar daripada John Ryland University Library dan kali kedua saat aku berjalan melalui Alexandra Park untuk pulang ke rumah sewaku di Walley Range, Princess Road.
Mata ini tertancap pada susuk tubuh dan wajah seorang lelaki yang sedang meminta pertolongan daripada pejalan kaki yang lalu lalang. Diri ini langsung dihambat keperitan waktu lalu. Takut untuk menghadapi kesakitan sekali lagi andai benar lelaki itu adalah dia, aku tegar melarikan diri. Entahkan benar entahkan tidak wajah itu milik dia, aku tidak mahu peduli. Hati yang pernah dia sakiti ini, perlu aku bawa jauh andai benar itu dia.
“Kita balik nak jumpa nenek dengan atuk, ya bu?” Suara pertama hatiku, Iszham membuatkan aku kembali pada wajah comel itu. Dia tersengih memanjang.
“Ya, kita balik nak jumpa nenek, atuk dan Aunty Syafika,” jawabku lembut. Pipi gebu itu aku cium sekali. Tuturnya terlalu petah. Cerdik untukku bohongi!
“Bolehlah adik jumpa papa, kan?” Kali ini, aku terjerut dek nafas sendiri demi soalan tulus dari anakku. Pertama kali perkataan itu terluncur laju dari celah bibirnya. Selama ini tidak pernah terbit perkataan keramat itu dari mulut comel itu tapi mengapa hari ini?
Sejak bilakah kamu tahu menyebut perkataan itu, anakku? Aku telan liur yang terasa kelat. Sedaya upaya mempamerkan riak gembira buat si putera yang penuh mengharap. Lambat-lambat aku mengangguk juga bila hati ini diruntun rasa sayu bila mengenangkan anak yang umpama tidak berbapa ini.
Iszham aku letak ke bawah. Jemari kecil itu aku genggam kemas lalu menapak menuju ke luar KLIA untuk mendapatkan teksi. Pada Shafika telahku berpesan agar tidak datang menjemputku. Tidak mahu menyusahkan.
“Adik tengok apa tu? Dari tadi ibu tengok dok tengok ke sana.” Aku juihkan bibir ke satu arah bila dia sedari tadi asyik saja memerhatikan sesuatu. Dia sengih.
“Ada orang pandang adik la, bu,” jawabnya lalu kembali membuang pandang jauh. Tercari-cari juga aku tempat yang menjadi tumpuannya. Tiada apa yang kelihatan. Hanya gelagat manusia sahaja.
“Dia lambai pada adik kot, bu?” Persoalan si anak membuatkan senyumku mati. Dia? Siapa dia? Aku terus menebarkan pandangan sekeliling. Tiada siapa yang melambai atau anak ini sekadar bergurau. Selepas beberapa ketika, kami berjaya mendapatkan sebuah teksi. Tubuh Iszham aku dorong ke dalam teksi namun matanya masih memerhatikan sesuatu bersama sekuntum senyum yang cukup polos.
*******
Airmataku menitis laju dengan sambutan yang Shafika sediakan buatku. Hadiah yang terlalu mengujakan bila kedua ayah dan ibuku sudah menanti di rumah Shafikah. Surprise katanya. Ya, memang kejutan yang indah. Lebih indah lagi melihatkan Shafikah yang sedang mengandungkan anak kedua. Advance sungguh! Getus hatiku sendiri.
Tubuh tua mereka aku peluk erat dan Iszham pula tidak pernah lepas dari rangkulan keduanya. Menyatakan rindu yang menderu pada cucu yang tidak pernah mereka ketemui. Mujur sahaja memori anakku terang bersuluh bila ingatannya pada beberapa keping gambar yang ku tunjukkan padanya sentiasa melekat di minda.
“Apa rancangan kau lepas ni, Ju?” Tanya Shafikah saat kami duduk berdua di dapur.
“Entahlah, Sha. Nak cari kerja dulu. Tapi, bukan masa sekarang kot. Sekarang ni aku nak berehat jap sehari dua. Nak rencanakan balik kehidupan aku kat sini. Banyak benda aku kena sediakan,” jawabku sambil memandang ke arah Iszham yang berada bersama kedua ibubapaku. Dia kalih pandang dan tersenyum padaku dengan wajah yang polos.
“Kau mohon je kerja kat pejabat Encik Mukhriz, Ju. Lepas tu kau tinggal je rumah aku. Suami aku pun bukan selalu ada. Tak payah susah-susah nak fikir lagi. Hujung perumahan ni ada tadika. Boleh hantar Iszham kat situ,” cadang Shafika. Aku geleng perlahan. Tidak bersetuju dengan saranannya.
“Tak, Sha! Dah cukup aku menyusahkan kau dulu. Jadi, aku tak mahu susahkan kau 5 tahun selepasnya pula.” Aku menolak langsung cadangan Shafika. Bukan tidak sudi, tapi aku benar-benar mahu berdiri di atas kaki sendiri. Membesarkan amanah yang Allah titipkan buatku ini. Aku masih berkudrat! Tak mungkin aku menyusahkan sesiapa.
“Tak ada susahkan pun, Ju. Kita bukan baru kenal. So, bila nak start cari kerja ni?”
“Lepas parent aku balik kampung, aku cari la kerja. Esok aku nak ke Putrajaya dulu. Report ke JPA aku dah balik! Aku dah dapat beberapa interview ni. Tengoklah, kot-kot ada offer kerajaan ke. Aku sapu jelah. Janji ada kerja, cari tempat tinggal, hantar anak aku sekolah, boleh makan!” Aku sengih pada SHafika. Dia tersenyum lantas meraih tubuhku ke dalam pelukannya. Namun, sikit terhalang oleh perut yang sarat.
“Aku selalu berdoa pada Allah moga dipermudahkan kehidupan kau anak beranak semasa di UK. Moga hati kau tetap tabah menghadapi dugaan yang menimpa kau selama ni.” Suara Shafika kedengaran lirih di peluput telingaku.
Tubuhnya aku tolak lembut. Sudah ku telah. Ada titisan jernih yang menuruni lekuk pipinya. Aku angkat hujung jari telunjuk lalu ku sapu lembut lalu ku hadiahkan sekuntum senyum agar kewalahan hatinya berlalu.
“Aku bahagia, Sha. Selama ini yang kau maksudkan tu dah lama berlalu. Aku tetap Juliana yang dulu cuma pengalaman itu membawa aku melewati beberapa perubahan dalam hidup aku! Menjadi seorang yang lebih tabah.”
“Tapi Ju, kau tak rasa nak bawa Iszham jumpa Iskandar?” Soalan telus Shafika membuatkan jantungku berdegap pantas. Andai dulu nama itu bisa membawa debar di hati, hari ini juga sama. Adakah itu tandanya cinta itu masih untuk si dia yang pernah menyakiti? Aku tidak pasti.
“Mungkin belum masanya, Sha. Aku perlukan masa untuk semua tu. Berhadapan dengan dia lagi macam aku toreh hati aku ni dengan tangan sendiri.”
Sebolehnya aku mahu beriak tenang di hadapan Shafika. Padahal di dalam hati, ingatan pada Iskandar masih segar. Kenangan indah itu walaupun boleh dikira dengan jari tetap kemas aku abadikan di dalam memori. Lebih-lebih lagi pada si teruna yang ku namakan Iszham bin Iskandar.
“Iszham anak dia. Darah dagingnya. Itu hakikat yang tak boleh sesiapa nak ubah, Sha! Tapi, aku seorang je yang menjaga anak itu sejak dari dalam kandungan hingga ke saat ini,” sambungku. Berharap agar Shafika memahami apa yang cuba ku sampaikan. Bahuku dia usap beberapa kali.
“Bila masa tu terserah pada kau, Ju. Tapi, aku rasa jangan terlalu mengambil masa. Tak adil buat Iszham. Dia perlukan seorang ayah,” sela Shafika tanpa mengetahui hakikat keadaanku.
Kau tak akan pernah tahu, Sha. Gambar itu tidak pernah berpisah daripada menemani lena si anak. Aku tidak pernah mengajar dia membenci ayahnya biarpun hati si ibu telah lunyai ayahnya kerjakan. Desis hatiku. Senyuman tawar aku gariskan buat Shafika.
“Aku faham, Sha. Tapi, bukan sekarang. Buat masa ni, aku nak dia sesuaikan diri dengan keadaan di sini dulu. Andai dah ditetapkan Allah, aku ikhlas menerima percaturan takdir. Bisik hati ini lagi.
*****
Selepas Shafika dan si kecilnya masuk ke bilik, aku terus mendapatkan Iszham yang masih seronok berada di ribaan ayahku. Benar kata Shafika. Anakku itu perlukan seorang ayah. Tapi, hatiku ini sudah bersediakan andai terpaksa menerima kesakitan sekali lagi?
“Adik, dah la tu. Bagi atuk dengan nenek tidur. Jom, masuk tidur dengan ibu.” Lengan kecil itu aku lelar lembut. Dia bangkit dari ribaan ayah lalu menghulurkan salam dan mencium pipi keduanya. Emm, mudah mesra betul. Bisik hati ini. Mujur sahaja didikan timur dan agama yang ku terapkan dalam diri Iszham dipraktikkan dengan baik.
Selepas menyelimutkan Iszham, aku kembali ke ruang tamu. Emak dan ayah masih di situ. Wajah ceria tadi bertukar sugul tatkala pandangan kami bertaut. Dalam hati sudah dapat ku telah akan perkara yang menggusarkan mereka.
“Ju tak boleh ke maafkan Is?” tanya emak tiba-tiba. Belumpun sempat aku melabuhkan duduk ke sofa. Aku seraya atur langkah ke pintu luncur. Menyelak langsir berwarna peach lembut itu, melemparkan pandangan ke arah pekat malam.
“Ju dah lama maafkan dia, mak!” jawabku lemah. Aku tidak tahu apa yang merasuk Shafika berbicara soal Iskandar denganku pada hari pertama aku jejakkan kaki ke Malaysia termasuk ibubapaku sekarang ini. Tidak mengertikah mereka akan hati dan perasaan ini?
“Sebuah kemaafan itu andai disusuli dengan penerimaan alangkah indahnya, Juliana,” tokok ayah penuh makna.
“Kalau benar sebuah kemaafan dan penerimaan tu boleh mengubati hati Ju ni ayah, mak, dia dah pasti mampu bawa Ju pulang. Atau paling tidak, melawat Ju di UK. Mungkin hilang sikit sakit kat hati Ju ni!” Suaraku kini sedikit membentak. Geram juga dengan sokongan mereka pada Iskandar.
“Tak kan Ju tak tahu, Iskandar kan per….”
“Maknya,” pangkas ayah tiba-tiba. Ayah menggeleng. Emak langsung diam. Aku kalih pada mereka. Emak sudah menekur pandangan ke lantai. Dalam hati tertanya-tanya juga, apakah yang mahu diucap emak sebentar tadi?
“Kalau kata Ju tak nak fikir pasal Ju pun, fikirlah pasal si kecil yang tak tahu apa-apa tu, nak!” Ayah bangkit mendekat padaku. Bahuku ditepuk beberapa kali. Senyuman di ulas bibir tua itu tampak tawar. Ayah berlalu ke bilik sudahnya tanpa berkata apa-apa lagi.
“Mak masih berharap Ju kembali pada Iskandar. Bukankah sebelum ni dia pernah merayu pada Ju sebelum Ju berangkat dulu. Tak cukupkah 5 tahun tu buat Ju?” tanya emak. Dia ku rapati lalu melabuhkan duduk di sisinya. Jemari tua itu aku sapa ke dalam genggaman.
“Bukan tak cukup, mak. Tapi, Ju takut nak hadapi kalau peristiwa dulu berulang. Lagipun, Ju yakin, kami sudah bercerai, mak. Ju pasti yang Iskandar sudah jatuhkan talak pada, Ju. Andai benar pun, dia pernah merayu Ju selama ni, Ju yakin dia tak mungkin sanggup menunggu Ju selama ni. 5 tahun bukan jangkasama yang pendek, mak. Ju yakin dia dah kembali pada…” Kata-kataku mati di situ. Tidak sanggup rasanya menyebut nama wanita yang selama ini menjadi yang pertama dalam hidup Iskandar.
“Ju nak cakap Iskandar kembali pada Aina, kan?” sambung emak. Aku pejam mata rapat. Tidak sanggup mendengar nama itu sebenarnya. Terasa ngilu yang amat.
“Betul cakap, Ju. 5 tahun bukan masa yang singkat. Banyak benda boleh jadi.” Emak langsung bangkit meninggalkanku dengan ayat yang tergantung. Tiada penamat.
Mengapa kamu mahu menyeksa aku, Iskandar? Tidak cukupkah 5 tahun lalu hinggakan 5 tahun selepasnya juga kamu mahu aku menderita demimu? Letih hati ini dihambat kesakitan lalu dek tingkah kamu terhadapku Iskandar!
Aku masuk ke bilik jua selepas beberapa ketika menongkat dagu mencari jawapan pada kata-kata emak dan ayah. Wajah polos Iszham aku renung penuh kasih. Permata hati ibu. Penawar kesakitan ibu. Pipinya kau usap. Sekeping gambar di pegangannya aku tarik perlahan. Rutin itu tidak pernah berubah sejak dia mula pandai bertutur dan mengenali.
“Bila kita nak jumpa papa, bu?” Suara comel Iszham sedikit mengejutkanku. Wajah yang samar diterangi lampu tidur itu penuh dengan harapan namun hati aku tertusuk demi ketulusan permintaan si anak. Punggungku labuhkan di birai katil. Tersenyum tawar pada dia.
“Sikit masa lagi. Kita kan baru sampai. Papa tengah sibuk. Esok-esok, dia ada masa, kerja ibu pun dah selesai, kita jumpa papa, ya?” pujukku. Iszham tidak berkutik. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Jauh sekali hendak tersenyum manis seperti selalu. Hanya gambar yang masih ada di tanganku ditariknya semula.
“Kenapa ibu tak nak terima papa? Apa yang papa buat pada ibu?” Ya, Allah. Soalan apakah itu Iszham? Langsung tidak pelat. Dengan umurmu, mana mungkin kamu mengerti? Aku beristighfar panjang.
“Adik cakap apa ni? Ibu tak faham?” soalku tayang raut tidak mengerti.
“Adik dengar nenek dengan atuk cakap pada ibu tadi,” akuinya. Telus seperti biasa. Aku menggariskan senyuman. Terdengar tentang perbualan kami rupanya. Getus hatiku.
“Adik curi dengar perbualan orang tua, ya?” usikku. Berharap agar Iszham tidak lagi tertumpu pada perkataan ‘papa’.
“Adik terdengarlah, bu,” jawabnya mula beriak bersalah. Dia sengih saja. Aku ketap bibir. Sepasang gigi taring itu makin membawa rasa rindu yang menggebu dalam diri dalam diri.
“Terdengarpun tak elok tau. Lain kali jangan buat lagi. Tak baik,” pesanku mesra. Dia angguk.
“Dahlah. Jom tidur. Dah lewat ni.” Aku menarik gambar di tangannya dan merebahkan tubuh yang digigit penat. Tapi, tidak selelah hati ini yang diburu pelbagai persoalan yang tak dapat ku rungkai.
“Adik rindu papa,” gumam Iszham ke telingaku lantas memaut leherku erat. Nafasnya yang tidak teratur itu menggambarkan rasa rindu yang makin sarat dalam diri anak sekecil Iszham. Bersalahkah aku pada anakku ini, Ya Allah? Aku memeluk tubuhnya erat. Terasa bagaikan memeluk si dia. Jenuh mencari jawapan, aku sudahnya terlena jua.
******
Setelah jenuh menolak kemahuan Shafika yang mahu menemaniku ke Putrajaya, aku akhirnya memandu bersendirian sana ke sana dengan Wira Aeroback milik Shafika. Pada ayah dan emak aku tinggalkan Iszham sebentar. Wajah anak itu sedih pula. Dalam hati, ada gusar yang hadir menjengah. Ya Allah, jauhkan segala musibah. Pohon hatiku pada Yang Esa.
Shafikah pula rasanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan bersama suaminya, Syakir yang baru saja tiba awal pagi tadi. Mujur sahaja Syakir turut mengalukan aku sekeluarga. Andai tidak, pastilah tertewas oleh waktu lagi.
Usai berurusan di JPA, aku terus keluar ke parkir. Memandu membelah lebuhraya MEX menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri beberapa temuduga yang ku terima sebelum aku tiba di Malaysia lagi.
Lebuhraya yang lengang sedikit sebanyak membawa ingatanku padanya. Kelajuanku di bawah yang sepatutnya kerana bimbang dengan keselamatan diri dan orang lain. Sudah lama tidak memandu di Malaysia. Terasa lain macam pula.
Kini, aku nampak wajah Iskandar sayu memandangku. Di hujung mata bening itu, ada genangan air jernih. Wajahnya juga sudah tidak terurus. Memori ini langsung memutarkan kembali peristiwa di KLIA 5 tahun yang dulu. Sumpahnya padaku, kata-kata nusyuz yang dia laungkan buatku itu bagaikan baru semalam menhentak gegendang telinga ini.
Aku pejam mata seketika membiarkan air jernih dari kolam mataku mengalir laju. Sayu mengenangkan betapa kejamnya dia terhadap diriku dulu. Benci bila dia bagaikan tidak endah akan pemilik hati yang telah dia lukai waktu itu. rindu pada Ira dan abah mentuaku juga mula menggamit aku melangkah ke arah mereka. Tapi, masihkah mereka menjadi adik ipar dan abah mentuaku? Atau sekarang hanya tinggal sebagai bekas?
Wajah Iskandar makin dekat padaku. Melambai dan terus menggamit agar aku mendekatinya. Saat aku ingin gapai huluran jemari kasarnya, sesuatu telah menghalangku. Sesuatu yang berat dan hebat. Sesuatu yang menarik aku agar menjauh dari Iskandar.
Bam!!! Bunyi dentuman kuat yang tiba-tiba benar-benar membawa aku jauh dari Iskandar. Jauh sekali bila pandanganku mula berbalam. Mata sudah hampir terpejam rapat. Tidak dapat ku duga apakah yang telah berlaku pada diri ini. Bayangan Iskandar dan Iszham silih berganti.
‘Ju sayang abang dan anak kita!’ Bisikku sebelum pandanganku kelam.
******
Sudah dijemput Ilahi ke aku ni? Masih bertamukah roh di dalam jasadku? Bisik hati kecilku. Ada tangisan, ada esakan! Telingaku dapat menangkap semua itu. Jelas dan semakin jelas.
“Jangan tinggalkan abang, sayang,” rintih satu suara yang disulami esakan. Perlahan-lahan aku buka mata yang terasa bagaikan digam. Berat! Masih terlalu kabur pandangan ini untuk aku cam pemilik suara tadi.
“Tak cukupkah Ju tinggalkan abang dan pisahkan abang selama 5 tahun ni? Abang tak nak Ju tinggalkan anak kita untuk abang didik dia sendiri. Abang nak Ju ada bersama. Abang dah cukup bertahan, Ju. Tapi, tak sanggup melihat tinggalkan abang sekali lagi,” sambung suara itu lagi penuh lirih. Hatiku dipagut pilu. Terasa hiba dengan rintihannya. Terasa panas saja kelopak mata. Adakah itu dia?
Esakan demi esakan yang tersapa ke telinga membuatkan aku bersemangat untuk membuka mata. Dalam kesamaran, aku dapat melihat wajah itu dekat di sisiku. Benar, dia. Dia yang pernah menyakiti. Dia yang selama ini aku rindu. Pemilik wajah yang ingin ku lupakan selama ini dan pada masa yang sama betapa ku ingin tatap wajahnya. Airmataku merembes laju.
Genggaman tangan kami aku biarkan sahaja. Sukar hendak ku tolak dalam keadaan diri yang masih terlalu lemah.
“Ju kat mana ni?” tanyaku lebih pada diri sendiri. Aku tebar pandangan ke sekeliling bilik. Bagaikan hospital. Tapi kenapa? Aku raba kepalaku yang berbalut dan terasa menyengat. Sejurus itu, aku melarikan pandangan pada mata tua mak dan ayah serta Shafika dan Syakir yang sedang sugul berdiri di sebelah katil ini.
“Ju kemanalangan. Alhamdulillah Ju sedar. Dah 3 hari Ju tak sedarkan diri,” jawab ayah. Emak hanya mengalirkan airmata sedari tadi. Begitu juga dengan Shafika.
Terkejut jua dengan kenyataan ayah tapi mungkin juga. Ah, sukar hendak ku ingat sekarang ni. Daun pintu yang ditolak dari luar mengundang wajah Ira dan abah mentuaku di ambangnya. Mata Ira memerah. Serta merta dia rapat dan meraih tubuhku.
“Kak Ju, Ira rindu pada Kak Ju. Rindu sangat,” ngongoinya selepas meleraikan pelukan. Aku balas dengan senyuman kelat.
“Sihat, abah?” tanyaku pada abah Iskandar.
“Abah sihat. Kamu tu kena banyak berehat,” jawabnya pula lantas bersalaman dengan ayahku.
“Ibu,” seru Iszham. Aku kalih pada wajah comel itu yang sedari tadi duduk di dalam pangkuan papanya. Matanya bengkak. Mungkin sahaja baru lepas menangis. Telahku sendiri.
“Adik nangis tadi. Kakak pun nangis,” ujarnya. Kakak? Serta merta aku mencari wajah Ilyani. Pasti sudah besar anak itu. Sudah 7 tahun dia sekarang. Sudah bersekolah anak dara seorang itu.
“Yani tu.” Iskandar juihkan bibirnya ke sofa. Aku jenguk dan benar, wajah polos anak yang ku tinggalkan dulu sudah lain benar. Terlena di sofa. Masih ingatkah dia pada ibu yang telah meninggalkan dia ni?
“Yani tak pernah lupakan, sayang. Abang tak pernah biarkan Yani lupakan ibu dia walau sesaat pun,” jawab Iskandar bagaikan boleh membaca persoalan di benakku. Aku ketap bibir. Pedih dengan kata-kata itu. Perbualannya dengan Ira satu waktu dulu kembali menerjah memori.
“Bukan ke awak memang nak Yani lupakan saya? Kan awak nak Yani ingat pada Aina je!” bentakku. Aku rentap tanganku dari genggamannya. Pertama kali membentak Iskandar. Pertama kali aku tukas nama Si Aina tu. Benci pula rasanya. Nampaknya, hati ini sudah dirasuk syaitan. Dalam menahan kesakitan tubuh, hati ini lebih sakit rupanya.
“Jangan ungkit lagi benda dah lepas, sayang,” rayu Iskandar. Matanya bergenang lagi. Dia cuba meraih jemariku sekali lagi.
“Don’t you dare to touch me, Encik Iskandar. I am not belongs to you anymore!” tekanku kuat. Nafasku turun naik menahan perasaan yang berperang sesama sendiri. Mataku terasa berair.
“You are mine, sayang. Will always be, ever,” balasnya pula. Aku larikan pandangan kepada semua yang ada. Mereka sekadar diam. Hanya ayah yang menangguk.
“Juliana ni masih isteri abang yang sah. Abang tak pernah terfikir nak berpisah dengan sayang. Berapa lama pun abang sanggup tunggu. Maafkan, abang!” Sejurus mendengar ucapan ikhlasnya, airmataku merembes laju.
Dalam pada menahan amukan perasaan, aku cuba bangkit. Ingin melarikan tubuh yang lemah ini daripada Iskandar. Tersentak dengan kenyataannya itu. Tapi, entah mengapa, tenagaku bagaikan tidak mengalir di kaki. Kaku bagaikan tidak bernyawa lagi sepasang kakiku. Kelopak mata yang terasa suam mula mengalirkan air jernih lagi. Bermacam andaian yang mula hadir. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Pohonku.
“Kenapa, sayang?” tanya Iskandar cemas. Aku paut lengan sasa itu. Yang lain juga mendekat. Iszham yang sudah mula merengek di dalam pangkuan Iskandar diraih oleh Ira ke dalam dukungannya lalu membawa anak itu keluar dari bilik.
“Kaki Ju, abang,” ujarku laju terluncur panggilan abang itu padanya.
“Mak, ayah… kaki Ju mak, ayah! Kenapa tak boleh gerak? Kenapa tak ada rasa ni, abang?” Tangisku mula meninggi. Juraian airmata kian lebat. Iskandar kewalahan. Dia lantas berdiri, memegang kedua belah betisku dan menekan sedikit.
“Ada rasa tak?” tanya Iskandar. Aku geleng dengan esakan yang makin menjadi-jadi.
Ya Allah, benarkah seperti yang ku duga ini? Andai benar, aku tidak pernah menyalahkan takdir-Mu. Tapi, aku mohon, pinjamkanlah hamba-Mu ini secubit kesabaran.
“Ju jangan bergurau nak,” ucap emak pula. Shafika diam tidak terkata di sisi suaminya. Ayah dan abah saling berpandangan.
“Ju tak bergurau, mak!” rintihku. Tangisan makin meninggi. Esakan makin keras. Pelukan kemas Iskandar membuatkan senduku kian kasar. Selepas 5 tahun aku ubati hati, 5 tahun kini pula jasadku pula disakiti.
******
Percaturan takdir ke atas hidup seorang wanita bernama Juliana, aku terima dengan hati terbuka. Baru saja beberapa hari aku tiba di negara sendiri, ini yang menantiku sudahnya. Apa yang telah doktor sahkan tentang keadaan jasadku benar-benar membawa separuh semangatku pergi.
“Sorry to say, Encik Iskandar. Puan Juliana mungkin lumpuh!” Aku memasang telinga. Sedari tadi buat-buat terlena.
“What do you mean by mungkin, doktor?” Bentak Iskandar. Airmataku mengalir lagi. Pedih dengan kenyataan yang doktor muda itu utarakan pada Iskandar perihal diri ini.
“Sabar, Encik Iskandar. Saya dah buat pemeriksaan. Buat masa sekarang Puan Juliana lumpuh kedua belah kakinya kesan daripada kemalangan. Tapi, berita baiknya, tahap lumpuh itu tidak teruk kerana masih ada saraf-saraf yang boleh bertindak balas. Encik Iskandar perlu berada di sisi isteri encik setiap masa. Berikan sokongan moral agar dia bersemangat untuk pulih dalam pada menjalani fisioterapi dengan pakar kami!” jelas doktor itu lagi.
Iskandar mengeluh berat. Pasrah dengan keadaanku atau sesal dengan diriku yang sudah bertukar menjadi beban selepas dia meluahkan rasa sayang dan cintanya padaku?
“Saya akan pastikan dia kembali bersemangat, doktor. Apa yang saya harap agar doktor boleh berikan rawatan terbaik buat isteri saya. Wang bukan masalahnya. Yang penting, saya nak tengok senyuman di wajahnya. Nak lihat dia pulih seperti biasa,” ujar Iskandar lantas melirik ke arahku. Aku pejam mata cepat-cepat. Makin lebat airmata ini. Bergetar tubuhku menahan esakan. Aku gigit hujung selimut kuat agar tidak terkesan akan Iskandar esakanku ini.
“Ayah nak bawa Juliana balik kampung, Is. Biarlah kami jaga dia. Dialah satu-satunya anak kami!” Kali ini suara ayah pula kedengaran sebu. Aku buka mata sedikit. Iskandar paut tangan ayah. Melutut lalu mengucup tangan tua itu. terkejut aku dengan tindakan dia yang tidak dijangka. Wajah ayah juga beriak pegun.
“Eh, kenapa ni, Is? Bangun, nak. Jangan macam ni!”
“Ampunkan Is, ayah. Is banyak buat salah pada Ju. Izinkan Is jaga dia, ayah. Izinkan Is ubati hati dia yang pernah Is sakiti dulu. Izinkan Is jaga Ju untuk selamanya ayah,” rayu Iskandar bersungguh-sungguh. Dia menangis lagi.
Murah benar airmata kamu kali ni, Iskandar. Bukankah dulu kamu pernah berjanji begitu? Tapi sayang. Tidak pernah kamu tepatinya. Malah, kamu lebih hebat menyakiti hingga aku menggalas luka ini seumur hidupku. Dan kini, kamu berjanji lagi untuk ubati hatiku. Hatiku merintih pedih. Mengapa tidak dulu? Mengapa hanya kini setelah aku menjadi cacat?
Belumpun sempat ayah bersuara, muncul pula suara lain. Aku buka mata. Hampir saja aku terjerit tatkala terpandangkan dua orang lelaki yang segak memakai seragam PDRM. Kenapakah? Iskandar dan ayah terus membontoti langkah mereka meninggalkan aku bersama seribu satu persoalan yang tidak pernah mahu terungkai malah semakin kusut pula.
“Sayang.” Aku tersentak dek suara parau Iskandar. Langsung terbang memori pedih itu.
Kunci kerusi roda aku buka lalu aku gerakkan kerusi roda yang telah menjadi kakiku sejak 3 minggu lalu setelah keluar dari hospital ke beranda bilik kepunyaan Iskandar. Bilik yang sama. Tiada apa yang berubah. Seratus peratus seperti saat aku melangkah pergi dulu. Emak ayah sudah pulang ke kampung. Shafika pula sudah selamat melahirkan. Hanya aku yang menjadi pemangkin setia di atas kerusi roda ini.
“Makan, sayang,” ajak Iskandar lembut. Dia menolak kerusi rodaku melepasi ambang pintu luncur terus rapat ke meja yang ada tersedia di situ. Aku diam. Dia masuk semula ke bilik dan kembali dengan menatang dulang.
Suapannya aku pandang sepi. Hatiku pedih. Tidak dapat menerima layanannya padaku kini. Benar, aku nampak keikhlasan dalam dirinya yang sudi menjagaku di kala ini. Tapi, mengapa masih menebal rasa sakit di hati? Malah, bertambah pedih melihatkan dia bukan lagi seperti Iskandar yang dulu.
Dulu, aku memang berkorban apa saja buatnya. Mungkin ada yang mengatakan aku lemah. Mengikut kehendak suami bagaikan lembu yang dicucuk hidung. Tapi, aku ini ingin mencontohi Siti Khadijah r.a yang sentiasa berkorban apa saja buat Rasullullah, suami beliau dan pemimpin yang terlalu agung. Berkorban jiwa raga, harta benda! Tapi, aku lupa. Suamiku ini hanya manusia biasa yang seringkali melakukan khilaf dalam hidup dan aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari dari rasa sakit di hati.
“Kenapa renung abang?” Iskandar senyum. “Makan sikit!” Hujung jarinya disua ke mulutku.
“Please, sayang. Kalau kata sayang benci benar dengan abang. Tak sudi nak makan dari tangan abang, fikirlah sesaat pasal anak kita dua orang tu. Budak berdua tu perlukan sayang. Makanlah sikit demi tenaga tu. Abang nak sayang cepat pulih,” pujuk Iskandar. Ada keluhan tipis di hujang suaranya. Aku diam lagi. Melepaskan pandangan ke dada langit.
“Iszham memang perlukan saya. Tapi, Ilyani mungkin tidak. Dulu, awak dah rampas hak itu daripada saya. Mungkin awak dah lupa, Iskandar. Biar saya ingatkan awak. Awak tak suka Ilyani memanggil saya ibu bimbang budak tu lupakan mama kandungnya. Senang awak bagi hak menjaga Yani pada saya, lebih senang awak rampas balik,” ujarku penuh sinis. Sengaja aku ungkit episod duka yang lalu.
“Maafkan abang, sayang. Abang silap masa tu. Aina tu hanya dendam abang tapi sayang adalah cinta dan nyawa abang!” Nasi di tangan diletakkan semula ke pinggan. Dia mengeluh lagi. Menyesal dengan kesilapan diri barangkali.
“Dulu dan sekarang apa bezanya, Iskandar? Jangan kerana saya lumpuh, menjadi orang cacat, awak jatuh simpati pada saya. Saya berkudrat walaupun awak tak menjaga saya,” balasku tenang. Wajahnya langsung tidak ku pandang. Bimbang hati ini cair pada dia seperti waktu pertama kali wajah itu terbias di mata ini dulu.
“Besar bezanya, sayang! Dulu abang sayang Ju tapi abang lupakan kasih pada Ju kerana dendam. Bila abang sedar, abang sudah kehilangan Ju. Sekarang ni, bukan kerana keadaan Ju yang tak mengizinkan baru abang nak jaga Ju. Tapi, kerana abang benar-benar menginginkan isteri abang semula! Abang nak jaga Ju dengan baik.” Dia cuba meraih tanganku ke dalam genggamannya. Aku pantas mengelak. Tidak mahu dia menyentuhku lagi. Cukuplah dulu, tatkala dia menyebut nama Aina kala aku berada di dalam pelukannya.
“Selama 6 bulan saya mengandungkan Iszham tanpa jagaan suami. Selama 3 bulan saya bawak perut yang sarat ke hulu ke hilir di tempat orang, bersama orang yang asing tanpa suami. 3 hari saya menanggung kesakitan untuk melahirkan di hospital tapi di mana suami saya waktu tu? 44 hari saya berpantang tanpa ada suami menemani. Melakukan segalanya sendiri dan lepas tu gendong anak ke kuliah sebab saya sedar saya tak bersuami dan 5 tahun Iskandar. 5 tahun saya besarkan, asuh anak itu. Imamkan dia solat, ajar dia mengaji sedangkan dia masih ada ayah yang sudah buang dia sebelum dia masih janin yang tidak bernyawa,” ujarku panjang lebar. Biar Iskandar tahu, jerih pedih diri ini membawa diri di Negara orang dan kini dia mahu bercakap tentang penjagaan.
“Saya dah cukup pandai menjaga diri sendiri dan anak saya, Iskandar. Tak perlu khidmat awak sikit pun,” cebikku.
Iskandar bangkit rapat pada pagar balkoni. Suara riuh rendah Iszham dan Ilyani yang sedang seronok bermain ditemani Ira membuatkan hati yang gundah sedikit tenang. Tidak sia-sia gambar-gambar yang aku tunjukkan pada dia sebelum ini. Mengenali mereka semua hanya dari gambar.
“Dulu Ju sihat. Sekarang kan Ju….”
“Awak nak cakap saya cacat? Lumpuh? Tak berkudrat? Macam tu?” pangkasku sedikit lantang.
“Jangan salah faham, sayang. Abang tak bermaksud macam tu,” protesnya.
“Abang ikhlas nak tebus semula kesalahan abang pada Ju selama ni. Nak ubati luka di hati Ju biarpun sudah sangat terlambat,” sambungnya lagi.
“Sudahlah, Iskandar. Pergilah pada Aina, Iskandar! Saya tak perlukan awak. Kalau dulu awak sanggup lukakan hati saya, kenapa sekarang? Kenapa selepas 5 tahun baru awak nak ubatinya? Kenapa tidak dulu?” Aku terus menolak kerusi roda itu dalam kepayahan mahu masuk ke bilik.
“Ju, abang pernah ke…..” Kata-katanya mati. Dia meraup wajahnya. Aku tidak langsung memandang wajah itu.
Tangan Iskandar yang mahu membantu aku tolak pantas. Aku tidak mahu dia membantuku lagi. Aku tidak sudi tertewas oleh perasaan lagi. Aku tidak sanggup menghadapi sebuah kesakitan buat kesekian kali ini.

********
Seboleh-bolehnya aku memang tidak mahu termakan budi dari Iskandar lagi. Jam sudah menginjak ke angka 7 malam. Aku perlu membersihkan diri. Sebentar lagi, azan Maghrib akan berkumadang dan aku mahu menanti seruan itu di atas hamparan sejadah.
Dengan begitu susah payah, aku tolak kerusi rodaku ke pintu bilik air. Tuala yang tergantung aku gapai. Betapa susah menjadi manusia yang tidak berkudrat. Insafnya diri ini akan mereka yang lebih buruk keadaannya. Bukankah Allah telah meminjamkan fizikal yang sempurna dan sihat selama ini. Jadi, tiada apa yang perlu aku sesali andai Allah tarik kembali nikmatnya daripadaku. Aku tetap syukur. Hikmah pasti ada menanti.
Aku capai gayung dan terus menyiram sebelah kiri dan kanan tubuhku tatkala daun pintu yang memang tidak berkunci itu ditolak dari luar. Wajah bengis Iskandar tersembul di muka pintu.
“Ju ni kenapa? Buruk sangat ke layanan abang sampai semua benda Ju nak buat sendiri? Ju tahu tak bahaya semua ni kalau Ju mandi sorang-sorang!” sergahnya.
Selama ini memang dia yang menemaniku di bilik air tapi dalam keadaan diri ini berpakaian sempurna tapi kini, tubuh yang hanya dibaluti sehelai kain batik ini menjadi tatapan Iskandar. Rautnya marah tapi kehendak hatinya yang mungkin bergelora tiada siapa yang tahu.
“I can do it my self, Iskandar!” tekanku.
“No, you can’t. Dah sebulan abang asyik mengalah je dengan Ju. Tiap yang abang buat semua Ju tak sudi nak terima. From now on, you listen to me. Awak tu sakit. Buat cara sakit. Jadi apa-apa nanti, siapa yang susah?”
Airmataku laju merintik bila Iskandar berkata begitu. Nah, benar seperti ku duga selama ni. Dia memang menganggap aku sebagai satu beban buatnya. Satu kesusahan. Satu bala!
“Maafkan saya kalau saya ni menjadi beban yang menyusahkan awak, Iskandar,” ucapku tertahan-tahan oleh esakan.
“Saya tak pernah minta awak melayan saya begini lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang cacat dan tak ada daya ni. Saya masih boleh menjaga diri sendiri. Saya akan keluar dari rumah ni dan tak kan menyusahkan awak lagi,” tangisku. Aku lalu menolak tayar kerusi roda untuk berlalu.
Iskandar menahanku dengan tubuh sasanya. Wajahku dijilat dengan anak mata yang sudah merah menyala dan aku terus tersedu sedan sendiri.
“Jangan degil, Juliana. Macam mana abang nak buktikan pada Ju yang abang ikhlas. Abang tak maksudkan macam tu. Abang takut Ju jatuh ke, apa ke. Kan bahaya, tu? Atau Ju malu kalau abang tengok tubuh Ju?” Iskandar kenyit mata.
“Don’t make such a stupid joke, Iskandar! You have no right on me!” bentakku dalam tangisan. Tubuhnya ku tolak sedaya upaya tapi apalah kudrat seorang yang sudah cacat sepertiku ini.
“Okey, abang minta maaf. Mari sini, abang mandikan!” Aku tidak mampu menghalang bila Iskandar mula menyampu rambutku.
Selepas 10 minit, aku sudah ada di depan cermin sementara Iskandar mencari pakaian tidurku di dalam almari. Kotak cincin dan sekeping kertas usang masih kemas terletak di atasnya. Aku capai kertas itu. Tinta tangan itu ku ingat dengan jelas. Warkah ringkas yang ku titipkan buatnya dulu. Kotak baldu merah itu aku buka. Sebentuk cincin itu pernah menjadi milikku dulu. Tanda aku ini kepunyaan Iskandar yang sah.
Tidak sanggup melihat semua itu, aku menarik laci meja solek lantas meletakkan dua benda itu di dalamnya. Tanpa ku duga, mataku tertancap pada sesuatu. Pas penerbangan yang telah dicop. Aku belek pas itu. Tertera nama Iskandar Ismail di atasnya.
“Boarding pass ke UK? Bila ni?” Kelopak mataku terasa suam kembali bila melihatkan tarikh yang tertera. Jadi, benarlah seperti yang ku nampak dulu. Mataku tidak menipu. Mata ini menggambarkan kebenaran. Memang dia dulu yang ku nampak di depan John Ryland University Library dan di Alexandra Park dulu. Saat itu aku melarikan diri tanpa sempat ku pastikannya dulu.
“Ju pakai baju ungu ni boleh. Ni abang beli masa abang ke…”
“Abang ke UK dulu?” pangkasku. Mata kami bertentangan melalui pantulan cermin. Aku merenungnya tajam. Iskandar mendekat lantas melabuhkan jemarinya ke bahuku. Mengusap lembut dengan wajah yang sukar ku tebak.
“Ya, abang ke sana.” Pas itu bertukar tangan. “Abang ke sana nak cari Ju. Ke universiti Ju tapi tak ada siapa dapat membantu. Bila tanya Shafikah alamat rumah Ju, dia cakap tak tahu. Abang kecewa bila tak dapat jumpa Ju masa tu. Lepas tu, abang dapat tahu yang Ju nak balik Malaysia. Pada mak dan ayah abang mohon izin nak jemput Ju kat airport. Rasanya abang dah nampak Ju masa tu tapi abang macam tak yakin pada diri. Bimbang andai tersalah orang, mampukah abang terima hakikat itu. Bila abang pasti itu Ju, Ju dah nak naik teksi, dan abang hanya sempat menatap wajah anak kita. Abang lambai pada dia agar dia tahu yang abang nak Ju berhenti. Tapi, rezeki abang tak ada lagi waktu tu,” terangnya panjang lebar.
“Maknanya, semua orang tahu pasal abang ke UK? Pasal abang ke KLIA tunggu ketibaan Ju?” tanyaku tanpa ku sedar bahasa yang ku biasakan padanya. Aku lihat Iskandar sengih melalui cermin.
“Ya, sayang,” jawabnya pendek. Rambutku dilap perlahan-lahan. Kemudian, dia capai sikat dan menyisir rambutku lembut. Pelik, aku tidak pula mahu membentak kali ini.
“Patutlah kata-kata mak tempoh hari ayah cantas. Pasal ni rupanya. Patutlah jugak Iszham cakap macam tu masa di KLIA dulu,” gumamku pada diri sendiri. Ah, terlalu banyak perkara yang mereka sorokkan dariku.
‘5 tahun bukan masa yang singkat. Banyak benda boleh jadi.’ Terngiang-ngiang suara emak di gegendang telingaku. Inikah yang emak maksudkan? Perubahan yang terjadi dalam diri Iskandar sewaktu ketiadaanku. Iskandar mula menyarungkan pakaian itu ke tubuhku. Aku sekadar merelakan. Masih terkedu dengan kenyataan yang baru ku ketahui ini.
“Terima kasih sebab sudi tunjuk gambar abang pada anak kita. Memang cerdik Iszham. Macam ibu dia. Sampai boleh ingat rupa kami semua.” Kata-kata Iskandar kali ini membuatkan aku terngadah.
“Siapa bagi tahu?” tanyaku curiga. Dalam hati sudah mengagak.
“Shafika,” jawabnya tanpa berselindung. Ya, Allah! Aku bermatian ingatkan Sha tidak tahu pasal perkara ni tapi hakikatnya dia lebih cepat selangkah dariku.
“Abang tiada Taj Mahal sebagai bukti kasih, Ju. Hanya hati ini yang boleh abang persembahkan buatmu, sayang,” bisik Iskandar penuh kelunakan rapat di cuping telingaku.
Rautnya aku pandang lagi. Dia tersengih. Sepasang gigi taring itu jelas kelihatan. Sudah lama aku tidak lihat senyumannya yang manis itu. Perlahan-lahan bibir ini menguntum senyum tanpa ku paksa.
Iskandar mencempung tubuhku lalu dibawa aku ke katil. Baru sahaja hendak diletakkan aku ke katil, kakinya tersadung sesuatu. Tuala yang ku gunakan sebentar tadi rupanya. Langsung aku tercampak ke tengah katil bersama tubuh sasa Iskandar yang sudah berada tepat di atas tubuhku. Aku kelu. Haruman tubuhnya masih sama seperti dulu.
Dia juga pegun. Perlahan-lahan wajah itu mula rapat ke wajahku. Dekat dan makin hampir hingga hembusan nafas kami bercantum dalam satu. Aku tidak mampu melarikan wajah bila hembusan bayu rindu makin garang menyapa.
“Abang cintakan sayang!” bisiknya. Aku tidak dapat membalas. Entah apa yang patut aku ungkapkan.
Wajahnya didekatkan lagi. Hampir saja bibirnya itu menjamah bibirku, pintu di tolak dari luar. Iskandar bingkas bangun lantas membetulkan kedudukanku agar lebih selesa. Wajah Ira muncul di ambang pintu. Tersengih nakal.
“What the heck are you doing here, Ira? Dah nak Maghrib ni, ambush bilik orang kenapa?” tanya Iskandar menyinga. Aku ketap bibir menahan tawa. Terasa berbunga riang hati ini bila merasakan hatiku dan hati Iskandar kini menjadi satu.
“Inspektor Nadzri ada kat bawah,” beritahu Ira. Aku mengerutkan wajah. Kenapa mesti ada Inspektor waktu Maghrib begini? Atas urusan apakah? Mungkin juga teman Iskandar. Rumusku sendiri. Tidak mahu berfikiran negatif.
“Jap, abang turun jumpa kawan. Ju duduk dulu, nanti abang naik, kita solat sama-sama. Dengan anak-anak sekali,” pintanya lembut. Iskandar berlalu keluar.
“Eh abang ni. Kak Ju tu tak sihat lagi la. Nak mesra-mesraan pun tunggulah sampai Kak Ju sihat dulu,” usik Ira sebelum berlalu bersama Iskandar. Aku dengar jeritan halus Ira. Mungkin dicubit abangnya. Sudahnya, aku melepaskan tawa kecil. Terasa sudah lama tidak ketawa dan syukur, kerana masih berpeluang ketawa selepas pelbagai dugaan yang ku harungi.
******
Alhamdulillah! Dari sehari ke sehari, keadaan kakiku sudah bertambah pulih. Sudah boleh digerakkan walaupun masih belum mampu berdiri sendiri berkat rawatan dan doa pada Allah Yang Satu. Rasa berbunga bahagia hati ini sekarang. Melihatkan telatah anak-anak juga membuatkan tersenyum sendiri. Kemesraan Ilyani dan Iszham memang tak dapat disangkal. Sentiasa bersama. Kemesraan abah dan Ira pada Iszham juga langsung tidak terbanding. Apatah lagi penerimaan Iszham benar-benar membuatkan aku lega biarpun antara aku dan Iskandar serasa masih ada jurangnya. Tidak aku tahu bila aku mampu menerima ketulusan kasih Iskandar buat kali kedua.
“Macam mana keadaan kau sekarang, Ju?” tanya Shafika padaku. Dia datang menziarah bersama 2 orang anak serta suaminya. Iskandar sudah hilang bersama Syakir. Mungkin ke laman melihat anak-anak bermain.
“Alhamdulillah, beransur baik. Sorry pasal kereta kau, Sha,” pohonku selepas sekian lama niat itu hadir di hati. Rasa bersalah bila kereta Shafika totally lost.
“Eh, kau ni Ju! Orang bimbangkan kau, kau bimbangkan kereta pulak,” tegur Shafika. Aku sengih tayang gigi.
“Kereta tu bukan rezeki akulah, Ju. Janji kau selamat sudah. Lagipun, Iskandar ada bayar kat aku sikit. Emm, bos offer kau kerja dengan dia. Post lama kau dulu jugak,” beritahu Shafika lagi. Aku terima berita gembira itu dengan penuh rasa syukur.
“Tapi, tunggu kau betul-betul sihat dulu la,” tokok dia lagi. Aku cebikkan bibir. Tahulah aku! Nak mengusik la tu! Bayi kecil Shafika aku sapa ke dalam gendonganku. Pipi gebu itu aku cium berkali-kali.
“Tak teringin nak bagi Iszham adik ke?” usik Shafika. Wajahku terasa kusam tiba-tiba dengan soalan itu. Mungkinkah?
“Aturan takdir Allah tak ada siapa tahu, Sha,” jawabku memberikan jawapan mati. Shafika tersenyum tawar.
“Emm… kau tahu tak pasal kes kemalangan kau ni? Siasatan awal polis kononnya kereta yang langgar kau tu memang follow kau dah lama. Kereta tu memang berniat nak kau terlibat dalam kemalangan tu,” ujar Shafika. Aku buntang mata. Mujur sahaja tidak terangkat tubuhku ini dari kerusi roda. Andai tidak pasti tertangkap lakonanku.
“Berniat nak langgar aku? Maksud kau?”
“Itulah maksudnya. Aku pun tak tau keputusannya sekarang. Cuba kau tanya Is. Dia mesti tahu pasal ni. Sebab, rasanya kawan dia Inspektor polis tu yang sedang siasat,” jawab Shafika.
Fikiranku terus terawang kepada kehadiran pegawai polis tersebut beberapa hari sudah. Kes kemalangan ini nampak sudah menjadi teruk benar. Tapi, aku sendiri tidak tahu kemalangan ini adalah sesuatu yang telah dirancang. Andai benar begitu, siapakah dalangnya. Aku menjadi curios. Dengan siapakah aku bermusuh?
“Pasal tu kau tanyalah Is nanti. So, kau dengan Is macam mana? Semua orang harapkan kau orang berbaik semula. Aku tengok Iszham suka benar dengan Ilyani. Ilyani pun sama!”
“Betul tu, kak. Kami semua berharap sangat agar akak dengan Abang Is berbaik semula. Kalau bukan demi abang pun, demi anak-anak, kak,” sampuk Ira tiba-tiba. Dia bersalaman dengan Shafika lantas duduk di sebelahku.
Entah mengapa, soal anak selalu dikaitkan dengan perpisahan atau untuk kembali bersatu. Tidak bolehkah kerana cinta yang masih segar mewangi? Tidak ku nafikan, anak-anak adalah penyebab utama tapi sebenarnya hati ini sendiri sudah tidak mahu mendengar kata. Sudah gedik sangat mahu menerima dia. Sudah lupa agaknya akan kesakitan lalu! Marahku pada hati sendiri.
“Biarlah masa yang tentukan, Ira, Sha! Dengan keadaan aku yang masih belum mampu berjalan ni, aku tak mahu Iskandar terima aku sebab kasihan,” ulasku bersahaja. Dalam kepala sudah mula merancang sesuatu.
“Kami tak harap akak pergi lagi,” pinta Ira. Shafika sekadar mengiyakan. Aku pula tersenyum tawar dengan harapan mereka.
*****
“Kalau kata saya memang ditakdirkan tak boleh berjalan selamanya, awak sanggup jaga saya?” dugaku pada Iskandar usai berjemaah Isyak berdua bila anak-anak abah bawa ke surau.
Iskandar tidak terus menjawab. Dia sengih lalu meraih tanganku lalu disuakan pula belakang tangannya ke wajahku. Tidak dapat tidak, aku kucup jemari suami itu. Tidak pernah aku sangka, selepas sekian lama, kulit itu masih halal buatku. Dahi ini seperti biasa, tetap menjadi mangsanya tidak kira sama ada aku suka atau tidak.
“Biar apa pun terjadi pada sayang, abang akan jaga sayang seumur hidup ni. Kecuali Allah ambil nyawa abang, masa tu abang pula harapkan sayang titipkan abang doa moga abang aman di sana,” jawab dia akhirnya. Renungannya kali ni tampak polos. Persis si anak teruna kami.
Dia bangkit lalu mencempung tubuhku lalu diletakkan ke katil. Selimut ditarik hingga menutupi separuh kakiku lalu dia memicit kakiku lembut. Kali ini terasa geli pula. Aku ketap bibir tahan ketawa dari terhambur akibat rasa geli yang makin menular bila dia memicit telapak kaki.
“Saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?” tanyaku seraya menepis tangannya yang sudah menjalar ke lutut. Pandangannya lantas menyoroti anak mataku. Menjungkitkan kening memberi isyarat untukku meneruskan pertanyaan.
“Betul ke pasal kes kemalangan saya tu?” Raut Iskandar langsung tidak terperanjat. Dia tenang saja. Lebih tenang dari dulu. Jemariku diraih lantas dikucup sekali. Terasa tertusuk hati ini dengan ciuman itu. Lelah jasad ini menahan rasa cinta pada dia.
“Sha cakap ke?” tanya dia semula. Aku angguk.
“Betullah tu.” Iskandar mengiyakan.
“Siapa?” tanyaku gopoh. Benar-benar ingin tahu.
“Dia dah didakwa. Nanti sayang akan tahu jugak. Yang penting sayang selamat. Lebih penting lagi sayang kena terus bersemangat untuk pulih. Nanti nak kerja office lama lagi. Nak main dengan anak-anak lagi. Nak masak lagi. Nak semua-semualah,” jawabnya penuh makna.
Mengerti dengan maksud dia pada hujung ayat itu, aku spontan sahaja mencubit lengan sasa itu. Iskandar mengaduh sambil menggosok lengannya.
“Sejak bila belajar cubit-cubit orang ni? Tak kan dalam silibers sayang belajar kat Manchester dulu ada jugak subjek cubit ni?” usiknya. Aku tarik muka.
“Yang awak tu, sejak bila pandai bergurau? Pandai usik orang? Kalau dulu tahu menyakitkan je,” sinisku pula. Langsung mati senyum manis Iskandar.
“Jangan ungkit lagi perkara tu, sayang! Abang menyesal. Abang tengah tebus balik semua kesilapan abang sekarang. Walaupun sayang dah tak nak panggil abang ‘abang’ tapi abang tetap nak panggil sayang ‘sayang’! Sayang kena cepat sembuh. Abang ada satu hadiah buat sayang. Dah lama abang cari, akhirnya jumpa jugak. Agaknya, Allah pun nak tolong abang ubati hati sayang yang pernah abang lukakan dulu!” hurainya. Aku jungkit bahu. Dalam hati, tersentuh jua dengan kata-kata itu.
“Malam Jumaat ni abang nak buat kenduri kesyukuran untuk sayang,” beritahu Iskandar kemudiannya.
“Sebab?” tanyaku sepatah.
“Doa selamat sayang dan anak abang dah selamat balik. Maafkan abang sebab tak teman sayang selama 6 bulan sayang mengandungkan Iszham tanpa jagaan abang. Selama 3 bulan sayang bawak perut yang sarat ke hulu ke hilir di tempat orang, bersama orang yang asing tanpa abang. 3 hari sayang menanggung kesakitan untuk melahirkan di hospital tapi abang tak ada waktu tu? 44 hari sayang berpantang tanpa ada abang menemani. Melakukan segalanya sendiri dan lepas tu gendong anak ke kuliah sebab sayang rasa sayang tak bersuami dan 5 tahun sayang besarkan, asuh anak, imamkan dia solat, ajar dia mengaji sedangkan dia masih ada ayah. Tapi, percayalah yang abang tak pernah buang dia walaupun dia masih janin yang tidak bernyawa! Mahupun ibu dia!”
Sungguh! Aku terkedu dengan kata-katanya. Betapa dia ingat setiap kata-kataku tempoh hari. Ya Allah, benarkah jodoh kami masih kuat untuk bersama? Andai benar, Kau tuntunlah hati ini untuk kembali menerimanya.
******
Kenduri doa selamat akan bermula sebentar lagi. Aku sekadar duduk di atas kerusi roda itu tanpa dapat berbuat apa-apa. Masih belum tiba masanya untuk aku dedahkan keadaanku yang sebenar. Setakat ini, hanya Ira dan Shafikah saja yang tahu.
“Sayang, tengok ni. Abang ada surprise.” Suara Iskandar membawa aku kalih padanya. Wajah emak dan ayah tersenyum sambil melangkah ke arahku. Huluran salam mereka aku sambut mesra lalu emak memeluk aku erat.
“Macam mana keadaan, Ju?” tanya mak.
“Alhamdulillah dah sihat seluruhnya, mak,” bisik aku ke telinga mak.
“Eh, tapi ni….?” Emak meluruskan jari telunjuknya ke arah kerusi rodaku. Aku senyum sambil mengenyit mata pada mak.
“Hai, macam-macam,” keluh emak. Faham dengan rancanganku.
******
Ilyani yang sedang memujuk Iszham yang sedang menangis kerana jatuh. Aku perhatikan dua beradik itu. Sayang benar si kakak pada adiknya, begitulah jua sebaliknya.
“Adik, dah lah tu. Jatuh sikit je. Nanti kakak minta papa bawa kita jalan-jalan,” pujuk Ilanyi. Iszham segera memisat matanya. Menyapu airmata lantas mengangguk. Termakan pujukan si kakak. Ilyani memimpin tangan Iszham mendekat padaku.
“Adik jatuh, bu. Dia berlari,” adu anak daraku ini. Aku tarik keduanya ke dalam pelukanku. Mendakap mereka erat.
“Ibu bertahun rindukan, Yani. Maafkan ibu sebab tinggalkan Yani dulu.”
“Tak apa.” Ilyani tersengih. Juga mewarisi gigi taring papanya.
“Papa kata ibu nanti balik sebab ibu pergi sekolah je. Lepas tu papa pesan, kalau nak pergi sekolah tempat ibu, Yani kena belajar rajin-rajin. Betul ke, bu?”
“Ya, sayang. Yani kena belajar rajin-rajin. Banggakan papa dan ibu, ya nak?” Kedua mereka meraih tubuhku pula. Erat. Airmata kebahagianku menitis akhirnya selepas puas aku seka airmata kepedihan.
*******
Usai kenduri doa selamat, terkedu aku sendiri mendengar berita yang Iskandar khabarkan tentang hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Aina, bekas isterinya kerana merancang kemalanganku. Sungguh aku tidak menduga, dialah yang memusuhiku selama ini. Aku tidak pernah tahu, apakah yang telah berlaku antara dia dan Iskandar selepas pemergiaanku dulu. Tapi, aku lebih tidak sangka begitu jauh rancangannya selama ni hingga sanggup mengekoriku sejak aku keluar dari rumah Shafikah dulu.
“Sayang macam mana?” tanya Iskandar padaku. Aku melepaskan keluhan berat. Wajah abah, Ira, mak dan ayah aku pandang silih berganti.
“Ju maafkan dia. Tak ada guna Ju nak marah lagi. Sejak dulu, Ju tak pernah ada dendam pada sesiapa. Lebih-lebih lagi pada abang…” Aku pandang wajah Iskandar.
“…cuma Ju perlukan masa untuk terima keadaan Ju dulu. Sebab Ju manusia biasa. Tak mungkin jadi setabah mana!” Emak dan Ira dekat padaku lantas memelukku erat. Titisan airmata yang menodai pipi ini disapu emak lembut.
******
Iskandar kalut saja menolak kerusi rodaku ke muka pintu. Dengan meminta aku memejam mata segala. Entah apalah surprise yang dia pernah janjikan dulu. Belumpun sempat aku bangkit di depannya, dia bagaikan sudah tidak sabar hendak menunjukkan kejutan itu padaku.
Mungkin dia merasakan kejutannya sudah cukup hebat tapi ternyata kejutan dariku lebih hebat lagi. Semuanya sudah mengetahui, kecuali dia saja. Hatiku ketawa nakal.
“Okey, sayang buka mata,” pinta Iskandar. Perlahan-lahan aku buka mata. Aku terus berdiri dari kerusi roda tersebut demi melihatkan kereta MyVi hijau pucuk pisang itu ada terparkir elok di depan kami.
Aku tekup mulut yang sudah melopong tanpa ku sedar, Iskandar lebih pegun wajahnya melihatkan aku yang sudah sihat sepenuhnya.
“Kereta lama Ju,” ucapku riang. Wajah Iskandar tidak beriak. Perlahan-lahan dia mendekatiku.
“Bila Ju boleh berjalan semula ni?” tanya dia curiga. Aku sengih tayang raut tidak bersalah.
“Dah beberapa minggu,” jawabku selamba.
“Kenapa tipu abang?”
“Orang tak tipulah. Saja je nak uji kesungguhan orang tu nak jaga kita,” selaku bersahaja.
“Abang ingatkan surprise abang ni lagi besar!” Iskandar menjuihkan bibirnya ke arah keretaku.
“Tapi, rupa-rupanya kejutan sayang lagi besar untuk abang!” Kali ini Iskandar senyum pula.
“Sorry,” pintaku ringkas. Dia menggeleng.
“No worries, sayang! Apa saja untukmu! Sedangkan kereta ni abang kemain jejaki, apalah sangat dengan ujian sayang. Agaknya semua tahu la kot? Abang sorang jelah tak tau, kan?” tebak Iskandar. Aku angguk.
********
Malam itu, aku sekadar duduk di sisi Iskandar di birai katil. Sesi luahan hati katanya selepas 5 tahun dia menanti.
“Terima kasih kerana dapatkan balik kereta tu. So, instalment dia macam mana?” tanyaku. Iskandar geleng kepala.
“No instalment. Abang beli cash. Hadiah untuk isteri abang ni,” jawabnya. Aku renung wajah tampan itu penuh makna. Ingin menyatakan cinta tapi tak terluah pula.
“Teringat pada Aina. Kasihan pada dia,” gumamku.
“Tak boleh nak kasihankan orang macam tu. She deserves the punishment. Hak melawat Yani juga dah ditarik balik. Sekarang, hanya kita berdua yang layak menjaga anak kita tu.”
“Apa cerita sebenarnya selama ni?” tanyaku lagi. Ingin benar tahu tentang keadaan mereka semasa ketiadaanku.
“Tak ada cerita. Yang ada hanya fakta dan the fact is abang jatuh cinta pada sayang dari pandangan pertama dulu. Walaupun terpesong seketika, akhirnya abang sedar kembali yang cinta dan kebahagiaan abang ada pada sayang. Bila sayang pergi dulu, abang bawah seluruh kebahagiaan abang pergi. Hanya pada Yani abang tumpukan. Tidak mahu mengecewakan sayang kalau abang tak didik dia sebaik mungkin,” ucapnya panjang lebar.
“Kalau macam tu, boleh tak abang tarik balik kata-kata abang dulu?” pintaku. Iskandar kerut dahi.
“Yang mana eh?”
“Ala, yang abang sumpah Ju nusyuz tu,” beritahuku.
“Abang relakan sayang pergi. Cuma masa tu rasa pedih sangat. Mulut ni pandai je cakap macam tu!” Aku tarik nafas lega.
“Masa Ju payah nak bersalin dulu, hanya perkara tu yang terfikir. Agaknya inilah kifarah buat Ju sebab derhaka pada abang,” akuiku telus. Iskandar geleng lagi.
“Jangan cakap macam tu. Allah duga sebab Dia tahu, sayang mampu galas,” protes Iskandar lembut. Dia bangkit lantas menarik laci. Kotak baldu biru itu sudah berada di genggamannya. Dia melutut di depanku lantas menarik jari manisku. Disarungkan cincin itu bagai waktu dulu.
“Ni hak sayang. Benar sayang bukan yang pertama, tapi sayang adalah yang terakhir buat abang!” Dia bangkit lalu mengucup dahiku.
“Ju dah lama maafkan abang sebab Ju tahu, abang tak sedar yang Ju adalah pemilik pada hati yang telah abang lukai dulu tu.” Iskandar ketawa tanpa ku tahu di manakah lucunya. Ketawa yang pada mulanya halus bertukar kasar dan bergema di seluruh bilik.
“Kenapa?” tanyaku pelik.
“Ingatkan sayang dah tak nak panggil abang, abang dah. At last, panggil jugak tanpa abang paksa,” luahnya bangga. Aku mencebik. Bangga la sangat tu!
“Emm, jomlah tidur. Abang dah penat. Pertama kali nak tidur lena lepas 5 tahun ni,” ajaknya penuh makna.
“Eh, awal lagi ni,” dalihku lantas cuba bangkit. Dengan lembut, Iskandar meraih pinggangku lalu memelukku erat dari belakang. Rambutku diselak ke tepi lalu dibiarkan bibirnya bermain disekitar itu.
“I miss you damn much, sayang. Don’t know how to describe that!” bisiknya ke telingaku.
“And I love you all the time, abang! Tak mungkin ada pengganti dalam hati ini!” balasku pula.
“But I love you more!” Dia sengih. Ceh, tidak mahu kalah lagi.
“Dah sampai masa Yani dengan Iszham beradik,” gumamnya lagi. Aku menjegilkan mata. Gatal! Ejek hatiku. Tapi, aku turut membalas pelukannya. Kemas daripada dulu dan akhirnya kami sama-sama hilang di dalam buih-buih rindu yang selama ini kami anyam dari kejauhan.

Inilah harga sebuah kemaafan. Mudah menyakiti, sukar mengubati. Senang meminta, sukar memberi. Bila sebuah kemaafan itu diberikan, tadahlah ia dengan seluas padang. Jagalah maaf itu sebaik-baiknya kerana bimbang jika kemaafan itu tercalar lagi, sukar pula nak mencari kemaafan untuk kedua kali. Kerana harga sebuah kemaafan itu tak ternilai nikmatnya.
Ikuti kisah penuh kehidupan Juliana dan Iskandar di dalam Mini Novel Hati Yang Kau Sakiti. Terima kasih atas sokongan. Sayang kalian ~~~ RM

***TAMAT***

15 comments:

  1. hehehe gak. ni dah habis raya ni RM.. upload cepat-cepat... ^^

    ReplyDelete
  2. errr...mana nak mula ek..hee...padahal dah janji kan weekend ni post sequel ni ke p2u tapi RM takde idea la..sekerat je baru..macam mana ek...heee (sengih innocent)..boleh postpone ka?

    ReplyDelete
  3. wah,,,, pasti akan dibacae..
    sure best... hehehe...

    ReplyDelete
  4. yes....biarpun jam sudah mnunjukkn pukul 3:42 am..akhirnya abis jugak baca..best2...suka garapan citer dan susunan ayat...suka ayat hati "gedik" menerima..hehe..thumb up 4 u Kak Rehan...

    ReplyDelete
  5. Hee..thanks Anis..harap sangat pada sokongan pembaca semua..ingat nak buat bad ending gak tp takpelah..bagi readers ceria sikit...heee..kepada yang lain, sudah baca harap sudi tinggalkan jejak anda..sekadar komen/ulasan untuk membantu penulis ~~~>RM

    ReplyDelete
  6. okeyyy bestttttt (xkejam mcm maya suh wt tu) wkakakka

    ReplyDelete
  7. wahhhhhhh...terbaek la RM....best3...nk bce lg....da di buai2 mimpi bce cerpen RM nih...so sweettttttttttt....kih3~~

    ReplyDelete
  8. Wah!!! best sangat2,
    ;D
    thumbs up to writer

    ReplyDelete
  9. wu..agak penim. hehe da blom bace lg mini novel tu mana tak pening...haih.

    ReplyDelete
  10. marathon cerpen buat kali kedua..RM best of the best

    jue

    ReplyDelete
  11. the bestnye...crte ne...memang berat rasanya bila ksedihan pada hati...disebabkan oleh orang yg dicintai melukai..utuk menumbuhkan rasa kemaafkan pada orang yg menyakiti betapa sukarnya, tapi mau tau mau hati ni hrus belajar ikhlas utuk menyubur "CINTA DARIPADA BENCI" kt dapt pelajaran melalui hikmah dari sebuah KEMAAFAN....l"ve you kk rehan

    ReplyDelete
  12. kak RM, sye nk minta link mini novel HATI YANG KAU SAKITI...sye nk bce lg kisah downg..plaese... (:

    ReplyDelete
  13. Kak Rehan,, cepatla pot,, x saba ni,, sblom tuu smbung laa bila nk saksii.. x saba nk ke bab yg strusnyew,, sya ni kira pminat novel2 n cerpen k rehan lah,, sumenye sya baca,, first novel dlm hty sya x laen x bkn,, tiba2 dia ada,, second grand,, bika nk saksi,, third, baru suami x ku hadap hoho,, k rehan,, smbung kisah usop n jelitaa eh.. pleaseee

    ReplyDelete
  14. Kat mane nk cari mini novel hati yang kau sakiti..nk sgt baca..^_^

    ReplyDelete