TUBIR mataku terasa suam. Aku menekur pandangan ke lantai bagaikan pesalah kepada kedua ibu dan papa serta Aunty Pah dan Uncle Fuad. Pedih hati bila papa menjerkah. Bingit telinga bila ibu membebel.
“Ibu tanya ni kamu ni Maifara. Fara setuju tak dengan cadangan kami ni?” tekan ibu lagi. Aku diam saja. Hendak menerima, hati tidak sudi, hendak menolak, aku tidak sampai hati. Apatah lagi wajah Aunty Pah sudah basah dijeruk air mata sedari tadi.
“Maifara,” seru papa pula. “Ibu tanya tu. Cuba Fara jawab.”
Aku panggung kepala. Menatap bening mata ibu dan papa silih berganti. Menghantar rayuan dalam diam agar mereka menolak cadangan ini.
“Apa pilihan yang Fara ada, bu?” tanyaku sebak. Memang sebak bila merasakan ibu dan papa sedang menjatuhkan hukuman pada aku di atas kesilapan orang lain.
“Pilihan Fara satu je. Nikah dengan Payed. Tolong dia,” tekan papa bertegas.
“Fara tolong terima Payed. Kalau kata Fara tak cintakan dia pun, Fara belaskanlah dia. Dia tak tak berupaya Fara,” pujuk Aunty Pah pula dalam tangisan.
Aku pandang mata tua itu. Perlahan-lahan airmataku mengalir. Entah mengapa, hati ini tersayat bila ungkapan cinta itu ditukas oleh mama kepada lelaki yang aku cintai selama ini. Ya, mereka tidak pernah tahu yang cintaku pada Payed sudah lama mekar malah tidak pernah layu dan lelaki itu juga sama, tidak pernah merasakan cinta antara kami kerana dia sendiri telah mempunyai pilihan hati. Tapi, kenapa bila dia berkeadaan begini, harus aku yang menjadi pengganti?
“Tolong Payed, Fara. Dia perlukan sokongan Fara untuk terus bangkit. Fara kan kawan baik dia.” Ibu usap belakang tanganku.
“Tapi, dia lumpuh bukan sebab Fara, bu. Kenapa mesti anak yang terpaksa berkorban?” Sudahnya aku terpaksa beranikan diri menolak kehendak mereka ini. Aku benar tidak sanggup. Rasanya tidak mampu aku melayan lelaki sebongkak Payed biarpun dengan aku yang bertahun menjadi temannya.
“Memang bukan sebab Fara Payed kemalangan, tapi kami ni minta tolong Fara jaga Payed. Papa rasa satu-satunya cara yang terbaik adalah Fara menikah dengan Payed. Lagipun, kamu berdua dah lama kenal, kan? Sepatutnya tak ada masalah.” Nada papa kali ini jelas menunjukkan dia sedang memaksa.
“Memang kami kawan baik tapi papa tak akan tahu sikap Payed tu. Dia tak suka Fara. Dia hanya anggap Fara kawan dia je,” bentakku sedikit kuat. Airmata makin deras mengalir. Aunty Pah juga sudah terkulai di dalam pelukan Uncle Fuad.
“Jangan membentak, Maifara. Kalalu macam ni lah sikap Fara, papa tak perlukan jawapan Fara. Nak tak nak, Fara kena kahwin dengan Payed jugak,” ucap papa tegas. Dia sudah bangkit bercekak pinggang dengan mata yang tajam memandangku.
Aku angkat tubuh yang tiba-tiba terasa lemah. Longlai segala sendiri bila papa sudah menegakkan keputusan buatku. Keputusan yang akan menghancurkan seluruh hidupku kelak kerana papa tidak tahu, aku pernah diherdik oleh lelaki bernama Payed tatkala aku meluahkan isi hati ini padanya.
“Kenapa papa dengan ibu paksa Fara? Berapa harga yang papa dengan ibu dapat dengan jual Fara pada Aunty Pah dengan Uncle Fuad ni?” tanyaku dalam tangisan.
“Maifara!!” jerkah papa kuat. Tangan kasar itu hampir mengena pipiku andai tidak ditahan oleh ibu.
“Tak apalah, MOkhtar. Kalau betul Fara tak nak, kami tak boleh nak paksa. Mungkin dia ada sebab dia tersendiri,” ucap Uncle Fuad pada papa.
Aku yang mendengarnya tidak sampai hati pula. Aku pandang wajah Uncle Fuad dan Aunty Pah yang penuh mengharap biarpun bibir itu menyatakan tidak pada papa dan ibu.
“AKu bukan apa, Fuad. Aku dah anggap Payed tu macam anak aku sendiri. Kita bukan ada anak lain pun. Kau sorang, aku sorang. Kalau kata Maifara tak menolong, siapa lagi yang boleh kau nak harapkan jaga Payed waktu ni?” Suara papa jelas menunjukkan dia tidak puas hati.
Peliknya, bagaikan Payed itulah anaknya. Terasa bagaikan Muhamad Fared itulah lebih penting daripada aku Maifara, anaknya. Titisan airmataku semakin lebat.
Bila aku pandang ibu, dia merenungku kembali dengan mata yang penuh merayu. Aku tahu kerana dia adalah ibuku. Titisan airmata ibu benar-benar menjadi racun di hatiku kala ini. Sebagai anak, aku tidak mahu menderhaka. Pahit ku telan, kelat juga terpaksa aku telan kerana aku tahu, manisnya belum tentu ada.
~~~> akan bersambung.. pada yang dah pernah baca cerpen ni, versi asal saya telah edit dan tambah plotnya dan anda akan jumpa cerpen ini dalam versi cetak nanti..insyaAllah...
xsabar nk bce cerpen nie..hehe ^^
ReplyDeletealamak bru je maw nek kali tue bsmbung pula hihihih...tapi tidak apa...will wait...
ReplyDeletegud luck! :)
ReplyDeleteala ......slalu mcm ni...
ReplyDeleteaishh...
ReplyDeletekahwin paksa ke???
ok2.. akan menunggu..
tgk intro pun dah tau kene sediakan tisu..
huhuhu
SSG=)
hehe..maap kalo sy bagi intro je dulu.. dh terbiasa dgn cara sifu ar..hehe..takpe2..nanti akan ade ni..jgn risau..& buat cik SSG..tak pyh tisu kot..hehe
ReplyDeleteape terjadi lepas tu?hahaha.persoalan ye disitu.tak sabaq nak baca!
ReplyDeletesuspen !
ReplyDeletekau terpaksa menulis... aku kene paksa membace.. ciss...
ReplyDeletehuaawwaa...tngah best baca tetiba smpi kat bawah...
ReplyDeletehehe...chayok2...sy menanti sambungan ceta ni:)
aduh seksa ye penantian ini..huhuhuu
ReplyDeletePayed lumpuh? tak kn fara pulak yg terpaksa menjga!.... ooooo jgn terima fara NOOOOOOO fara ..... heheeee biarkn lah payed dasar menghina fara dulu - hmmmm mesti fara terima jugak ahirnya kan? kan?
ReplyDeletegud job RM!!
ReplyDeletetp knape sume cite lebih kurang je sikap heronye.. panas baran..
tkot plak sy nk kawen mcm nie..hehe
apepn, sume cite RM best2..;))
best..part last lawak la..tp berkuping tu apa? maklumlah belajar b.m tak habis..hehe
ReplyDeleteok...tp still xleh wat aku ngis...ke aku yg mereng...pnat wat asgmnt....
ReplyDeletehehe..best.akhirnya dpt baca full cerpen.
ReplyDeletehmm....kawin paksa tapi sweetnya.....
ReplyDeletesangat best . terbaek la kak rehan .
ReplyDelete[aya]
so sweet~~~
ReplyDeletesabar betul fara.. kalo dpt bini yg xpenyabar memang kene tendang dah si payed ni... huhu~~
kuat efek cerita ni..asyik berdebar je bila baca..
ReplyDeletegud job RM!!
rase nk sepak2 je payed tu..ish~
ReplyDeleteemo jap..hehehe
Kak RM cuba la buat cerita sedih~ hhuhuhu
ReplyDeleteMantap seperti biasa...
ReplyDeletecerpen ini telah saya edit dan tambah plotnya..lain dari yang asal kerana cerpen ni akan diterbitkan nanti..
ReplyDeleteklau terbit cerpen dia dlm buku apa??
ReplyDeleteCerpen ni akan diterbitkan oleh Karyaseni insyaAllah..JBHA2 pon..kompilasi cerpen 5 penulis penulisan2u.my..harap anda semua menyokong..
ReplyDeleteble ea agk2 cter nie kuar kt KS ti nk beli lah kt KS ....
ReplyDeletebgtau y klau dh kuar .
cerpen ni akan dilancarkan pada pesta buku tahun 2012..
ReplyDeletecena nk bca full cerpen nie?
ReplyDelete[najwa]
warggghhh, xpernh baca cerpen ni...
ReplyDeleteso, kene tggu buku la...
xpe, sabo2...
mmm, siannye fara nk kene korbankan hidup kpda org yg penah tolak cinta...
hu3, sakitnye ditolak...
tp mesti ada indah selepas tu kan...
tp klu payed tu xinsap jugak kena sepak ke parit la jawabnya...ngeh3
akak RM mcm mane nak bce full cerpen ni...diorang dpt bce ai tak dpt bce pun
ReplyDeleteKak RM, bila nak sambung niii?
ReplyDeletemacam mana nak baca sambungan?
ReplyDeletesambungan ????
ReplyDeleteMacam mana nak baca yg full? Serious i xreti nak cari. Please anyone? T-T
ReplyDeleteKak RM nak jg smbung cerpen bleh ye?
ReplyDeleteMcmana nk bc lg
ReplyDeleteMacam mana nak baca yg full..penat cari tak jumpa..sobsob
ReplyDeleteMacam mana nak baca yg full..penat cari tak jumpa..sobsob
ReplyDeleteSambungan????
ReplyDeleteSekarang ni buku tu masih ada ke , Nk baca sambungan dia ..... 😔😔🙏🙏🙏🙏🙏
ReplyDelete