Thursday, December 08, 2011

Kerana Terluka

AKU melutut di kaki Muiz. Airmataku gugur bagaikan hujan di musim bah. Usah dikira malu, aku lebih rela mencium kakinya jika itu yang Muiz inginkan.

“Jangan pergi, Iz. Jangan tinggalkan Eiy macam ni,” rayuku tanpa mempedulikan wajah wanita yang sedang berdiri di sebelah Muiz.
Cebikan dan herdikannya aku telan seboleh mungkin. Betapa pahit pun harus jua aku telan bila terbias di korneaku wajah mak, ayah dan juga abangku, Iqbal.

Wajah bengis Abang Iqbal menari-nari di mata. Raut sedih mak juga terbayang-bayang. Begitu juga dengan amukan ayah. Aku takut. Takut hendak menghadapi mereka jika Muiz terus nekad meninggalkanku di saat kami telah mengikat tali pertunangan dan akan dinikahkan dalam waktu terdekat ini.

“Eh, Iqlima… orang dah tak nak, yang kau dok melutut lagi tu kenapa? Tak ada maruah?” herdik wanita yang ku kenali sebagai Nita itu.
Dia paut lengan Muiz sedangkan aku masih menahan wajah memaut kaki Muiz agar tidak berlalu.

“Jangan pergi, Iz,” rayuku lagi tanpa mempedulikan herdikan Nita.

“Kita dah nak kahwin ni, Iz. Jangan buat keluarga Eiy macam ni. Macam mana keluarga Eiy nak hadapi semua ni, Iz?”

“Eiy, Iz minta maaf tapi rasanya kita memang tak serasi dah nak hidup bersama. Iz lebih selesa bersama Nita. Lagipun, cinta Iz pada Eiy dah tak ada!” Tenang saja Muiz menjawab tanpa memikirkan perasaanku. Airmataku terus merembes bila Muiz merentap kakinya dari terus dipaut olehku.

“Iz minta maaf, Eiy. Nanti Iz hantar wakil untuk putuskan hubungan pertunangan kita dengan baik.” Tutur kata Muiz kali ini membuatkan semangatku lemah.
Aku lepas tanganku dari terus memaut lututnya. Rasanya sudah tiada guna aku memaksa Muiz terus hidup bersamaku bila dia berkata demikian. Betapa aku terluka. Sesungguhnya luka akibat tindakan Muiz kali ini.

Aku angkat tubuh. Berdiri dengan kekuatan yang berbaki. Sekarang ini, aku akan biarlah Muiz berlalu. Yang pasti, aku perlu menghadapi wajah keluarga pula. Perkara ini harus aku beritahu kepada mereka sebelum wakil daripada pihak Muiz datang memutuskan segala yang telah terikat selama setahun ini.

“Jomlah, Iz. Jangan dilayan perempuan tak tahu malu ni. Melutut bagai. Kalau aku lah, dah lama aku blah kalau orang dah tak nak,” cebik Nita lagi.
Wajahku menekur ke lantai. Pedih hendak menatap wajah mereka berdua. Andai begini pengakhirannya kisah aku dan Muiz, apalah daya hendakku halang.

“Sorry once again, Eiy. We are not meant to each other. Eiy carilah seseorang yang mampu bahagiakan, Eiy.”
Sesenang itu Muiz menuturkan maaf. Dulu dia pernah berjanji tapi kini dia telah mungkiri kerana seorang wanita yang kini berdiri rapat padanya. Memaut lengan sasa Muiz tanpa menghiraukan halal atau haram kulit itu padanya.

Lututku mula terasa longlai. Kepala sudah mula berpinar mungkin kerana air mata yang semakin galak mengalir. Pandanganku agak berbalam. Bila aku hampir rebah, tanpaku sedar, seseorang sudah memaut bahuku. Erat!

Aku bulatkan mata melihat empunya diri. Terlopong seketika bila seraut wajah tampan milik seorang lelaki berdiri tepat di sisiku. Masih memaut bahuku tanpa ada tanda hendak dilepaskan. Malah semakin kemas pula.

“Kan saya dah cakap. Kalau kata dia tak nak kan awak, saya sanggup terima awak,” ujarnya bersungguh-sungguh.
Matanya langsung tidak berkedip. Dan aku pula, terus terdiam tanpa mampu berkata apa-apa. Kelu! Dia terus melarikan pandangan ke arah Muiz dan Nita.

“Terima kasih sebab kau sudi lepaskan dia. Sebab aku akan jaga dia sebaik mungkin. Lepas ni aku harap, kau tak akan muncul lagi,” tekan lelaki ini pada Muiz.

“Apa semua ni, Eiy?” Muiz berwajah tidak percaya. Nita juga terkejut habis namun dari riak matanya, aku tahu galak memandang ke arah lelaki ini.

“Er.. er.. Eiy…”

“Aku cintakan, Eiy. Dah lama tapi kesetiaan dia pada kau menghalang aku mendekati dia. So, rasanya kau dengan dia tak tamat, kan? Jadi, tak ada apa lagi yang akan halang aku mendekati Eiy!”

Lelaki ini sudah mula menyebut namaku. Aku langsung tidak pelik kerana Muiz terlebih dahulu menyebut namaku tadi. Dan aku, terlopong tidak terkata apa. Tidak langsung rasa hendak menidakkannya.

“Err, kau siapa?” tanya Muiz tergagap-gagap.

“Aku Saif. Saifullah,” jawab lelaki ini tenang. Setenang air di kali.

Muiz mula mengerutkan wajahnya. Nita tersenyum manis pada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Saif ini.

“Jom, Eiy. Saif hantar Eiy balik.” Dia terus saja menarik tanganku memaksa aku mengikutnya.
Aku hanya memerhatikan wajah itu yang selangkah mendahuluiku. Dia tenang melangkah dengan tangan yang masih menggenggam pergelangan tanganku.

“Okey, toksah ucap terima kasih.” Dia lepaskan tanganku selepas kami sudah jauh daripada Muiz dan Nita.

“Saya cuma menolong sebab tak sampai hati tengok awak dok merayu lelaki tak guna macam tu. Buat malu kaum hawa je. Kalau kata cinta pun, maruah tu biar terjunjung tak tercapai oleh mana-mana tangan. Jangan rendahkan harga diri sebab cinta yang belum tentu kekal untuk awak tu,” tekannya lagi lantas berlalu.

Aku terkedu. Tidak sempat berkata apa-apa untuk mempertahankan diri. Dia tidak pernah tahu yang aku sudah terhimpit di tengah-tengah. Antara maruah diri sendiri atau maruah keluarga. Pedih hati ini mendengarkan kata-kata Saif tadi. Setitis air mataku gugur jua.
*******
ESAKANKU semakin meninggi. Pedih pipi ini menerima tamparan daripada Abang Iqbal. Belum sempat aku membuka mulut, keluarga terlebih dahulu mendapat berita perpisahan aku dengan Muiz.

“Mana kami nak letak muka ni, Eiy? Kau buat tu, kau ada fikir tak pasal kami? Pasal mak dengan ayah? Pasal aku?” tengking dia lagi.

Mak ayah juga langsung tidak mempedulikan aku. Kala ini, aku amat memerlukan sokongan mak tapi dia juga sama seperti Abang Iqbal. Menyalahkanku.

“Eiy tak salah. Muiz yang nak putuskan pertunangan kami. Bukan Eiy,” beritahuku dalam esakan. Ayah menggeleng. Mak mengeluh dan Abang Iqbal pula merengus kasar.

“Kalau betul Iz yang tak nak dekat kau, masakan dia boleh datang jumpa kami cakap kau nak tinggalkan dia sebab kau ada jantan lain? Sekarang ni, aku nak tahu, kau memang ada jantan lain ke tidak sebab Muiz cakap lelaki tu sendiri pesan dekat dia jangan kacau kau lagi?”

Mataku bulat dengan kenyataan Abang Iqbal. Cepat betul Muiz bertindak sebelum aku. Dia sudah punyai Nita, kenapa masih mahu mengadu perkara yang bukan-bukan kepada keluarga aku? Dan dia… Dialah yang menjadi punca segalanya. Membuatkan aku ditampar oleh abangku.

“Eiy tak kenal siapa dia, bang. Sungguh Eiy tak kenal.”

“Kalau Eiy tak kenal, tak kan Eiy biarkan dia peluk bahu Eiy, lepas tu Eiy ikut je dia bila dia tarik Eiy?” soal mak pula. Dia sudah mula mengalirkan air mata. Wajahku langsung tidak dipandangnya.

“Masa tu Eiy...” Aku sudah tergagap-gagap. Sungguh aku tidak sedar apa yang telah terjadi padaku masa itu.

Tapi, aku rasa sedikit terbela bila Saif hadir tanpa aku duga. Walaupun tidak pernah mengenali wajah itu, aku terasa lega bila dia sudi menjaga maruah diriku di depan Muiz dan Nita.

“Masa tu apa, Eiy? Ini mesti salah kau ni. Kalau tak, tak kan Muiz mengadu nak putuskan pertunangan dia dengan kau. Betul dah tu, kau memang ada orang lain,” tekan ayah pula.

“Tak, yah. Eiy memang tak kenal dia. Masa tu dia nak tolong Eiy je bila dia lihat Eiy tengah merayu Muiz bila Muiz nak tinggalkan Eiy untuk perempuan lain,” ujarku berterus terang.

“Arhh, kau jangan ingat kami nak percaya, Eiy. Pepandai pulak kau cakap Muiz ada perempuan lain sedangkan kau tu yang ada jantan lain. Aku tak kira, kau pergi jumpa Muiz balik, jangan biar dia putuskan pertunangan ni. Majlis nikah dah tak lama dah, kau senang-senang buat perangai. Kalau aku jumpa budak Saif tu, tahulah aku ajar dia,” marah Abang Iqbal lagi lantas dia berlalu. Berdentum pintu itu dihempaskan. Aku pula hanya mampu mengalirkan air mata sendiri.

“Ayah tak kira, Eiy. Selagi Eiy tak dapat pujuk Muiz balik, selagi tu Eiy jangan balik rumah ni,” tekan ayah tegas.

“Eiy memang tak salah mak, ayah..” rengekku. Tapi, ayah terus berlalu dengan rengusan kasar. Hanya mak yang singgah sebentar di sisiku, menepuk bahuku lembut.

“Eiy dengarlah cakap Abang Iqbal. Pergi cari Muiz sekarang. Minta maaf pada dia,” ujar mak lemah lantas dia juga berlalu.

Tubuhku terasa longlai lalu aku jatuh terduduk di birai sofa. Pedih dengan layanan keluarga sendiri. Benci bila Muiz meletakkanku sebagai punca untuk dia memutuskan hubungan ini.
*****
JAM sudah menghampiri 9.30 malam. Aku masih lagi merayau-rayau sendirian di dalam Parkson. Banyak kedai yang sudah mahu tutup. Suasana Parkson juga sudah bertukar sepi. Hanya pekerja saja yang sedang berkemas-kemas dan pengunjungnya pula hanya aku seorang.

Lenguh kaki ini terus menapak tanpa hala dan tujuan, aku labuhkan duduk di sebuah bangku. Merenung ke arah beberpa orang pekerja yang sedang bergelak ketawa. Namun aku, tidak pernah bekerja, dimandikan kemewahan semata-mata. Mengenali Muiz juga kerana urusan perniagaan antara ayah serta Abang Iqbal dengan keluarga Muiz tapi aku benar-benar ikhlas menyintai dia. Hari ini, andai aku dihalau keluar daripada rumah itu, hendak ke mana aku bawa langkah kaki ini? Terasa bagaikan patah sayapku hendak terbang tinggi lagi.

Tanpa sedar, airmata aku merintik tanpa paksa. Bermula dengan titisan tanpa suara hingga menjadi esakan yang kasar dan akhirnya bersendu.

”Tak elok perempuan kat luar malam-malam macam ni,” tegur satu suara sambil tangan itu menghulurkan sehelai sapu tangan.

Bila aku angkat wajah, tubuhku juga terangkat sama. Mata yang berair ini buntang melihatkan wajah yang jelas di mataku. Saif! Dia pandang aku tanpa riak. Tanpa senyum, tidak juga terbias dengan riak marah.

”Kan saya dah suruh awak balik tadi. Kenapa awak merayau kat luar lagi sampai malam ni?” tanya dia keras. Aku ketap bibir. Tidak tahu apakah jawapan yang harus aku katakan. Rasanya lidah ini sudah terpasung pada lelangit. Kelu seribu bahasa.

”Saya... saya...,” Aku tidak mampu bersuara. Kala ini, terngiang-ngiang suara Abang Iqbal dan ayah di telingaku. Silih berganti memarahi dan menghalau aku daripada rumah.

”Saya apa?’ Dia jungkit kening dan aku pantas menggeleng dengan airmata yang kembali berjuraian.

”Awak nak cakap awak kena halau dari rumah, macam tu?” tanya dia. Kali ini aku diam bila telahan dia ternyata benar biarpun semua itu adalah syarat daripada keluargaku bila aku tidak mahu memujuk Muiz.
Dia mengeluh lalu duduk di atas bangku. Sapu tangan yang dia hulurkan tadi, dia genggam erat. Aku hanya tertunduk lemah. Tunduk menjadi seseorang yang tewas. Tunduk menitiskan airmata.

”Kenapa awak kena halau?” tanya dia tenang.

”Tunang saya dah tinggalkan saya,” jawabku teragak-agak.

”Oh, siang tadi tu, tunanglah? Bukan pakwe?” Dia sengih sumbing.

”Kalau kata tunang awak tinggalkan awak, kenapa pulak awak yang kena halau? Patutnya keluarga awak tak halau awak sebab bukan salah awak. Melainkan ternyata awak yang curang.”

Aku angkat wajah dan terus merenung wajahnya. Rautnya tenang saja. Setenang waktu dia menyelamatkan air mukaku siang tadi.

”Dia lebih dulu cakap nak putus sebab saya ada lelaki lain,” jawabku.

Dia angkat kening. ”Siapa? Awak memang ada lelaki lain ke?”

Entah mengapa, dengan lelaki ini, aku berasakan diri ini tertarik dengan sendirinya. Namun kemudiannya, tertolak pula. Wajahnya langsung tiada berperasaan. Simpati atau sedih. Cinta jauh sekali. Tiada langsung kemesraan pada wajahnya.

”Dia cakap saya ada hubungan dengan awak.” Jujur saja aku menjawab dan kali ini, jawapanku mengundang tawa dia. Tawa halus saja. Atau lebih tepat lagi, tawa yang cukup sinis.

”Nama awak Eiy, kan?”
Aku angguk mengiyakan soalan itu. ”Iqlima,” jawabku menyatakan nama penuhku.

”Iqlima... Iqlima...,” ulang dia beberapa kali. Aku lihat dia meramas rambutnya bagaikan kepala itu berat tertimpa masalah sedangkan akulah sebenarnya yang ditimpa masalah kerana kemunculannya tadi.

“Iqlima bermaksud puteri Nabi Adam yang cantik dan memang sesuai dengan awak sebab awak puteri yang cantik pada mak ayah awak, cuma saya pelik. Kenapa semua wanita cantik mesti bodoh?”

Aku terkedu dengan soalannya. Dengan kata lain, dia mahu katakan aku sebenarnya bodoh.

”Apa maksud awak?” tanyaku dengan nafas yang tidak menentu.

”Itulah maksud saya. Kebanyakan wanita cantik yang saya jumpa semuanya bodoh. Tak sesuai langsung punyai kecantikan pada wajah. Satu lagi, terlalu lemah. Suka mengalirkan airmata,” ujar dia tenang. Jemarinya tersulam sesama sendiri.

Aku renung mata itu tajam. Langsung tidak berkedip memberi amaran dalam diam yang aku tidaklah sebodoh yang disangka. Aku punyai pendidikan biarpun tidak berkerjaya.

”Saya tak sebodoh yang awak sangka, encik!” tekan aku keras dengan airmata yang masih membasahi pipi.
Dia ketawa nipis. ”Tak bodoh ke sampai sanggup melutut di kaki lelaki? Tak bodoh ke sampai sanggup merayau tak tentu hala bila keluarga halau? Tak bodoh ke sebab suka menangis tak tentu pasal sedangkan awak ada Allah tempat untuk awak mengadu?”

Terhenyak aku sendiri dengan soalan demi soalan yang terbit daripada celah bibir kemerahan itu. Dia sengih lagi di hujung bibir dan terus bangkit. Sapu tangan itu sekali lagi disuakan ke depanku. Bila aku tidak menyambut, dia tarik tanganku dan diletakkan sapu tangan itu di telapak tanganku.

”Jangan jadi bodoh, Iqlima. Ambil sapu tangan ni. Lap muka tu bersih-bersih. Tunggu sini kejap. Saya puch card, lepas tu saya hantar awak balik. Saya tolong awak terangkan yang benar pada keluarga awak pasal hal siang tadi sebab awak kata kerana saya awak kat sini, kan?" Dia jungkit kening.

Aku tidak menjawab. Tidak tahu lagi apa yang harus aku katakan. Perlukah aku mempercayai dia yang baru aku kenali sesaat cuma? Rasa curiga itu ada tapi aku bagaikan berada di jalan mati. Tiada persimpangan lagi yang harus aku pilih. Hanya satu-satunya yang tinggal, iaitu Saif.

Hampir 15 minit aku menanti Saif datang semula, dia akhirnya muncul dengan wajah yang penat. Tapi, rautnya tenang. Sukar hendak ku tebak rasa yang ada di dalam hati lelakinya itu.

”Rumah kat mana?” tanya dia.

”Jalan Haji Ahmad.”

Dia angkat kening. ”Saya ada motor je. Tapi, tak elok nak tumpangkan awak malam-malam buta ni. Siang-siang pun tak elok. Tak manis. Kita naik bas je. Nak naik teksi, saya tak dapat gaji lagi. Tapi, tak tahulah kot-kot awak banyak duit nak naik teksi, saya tak kisah,” jujur saya dia berkata-kata.

”Kita naik teksi je,” ujarku lalu dia angguk dan terus melangkah.

Jenuh aku menyaingi langkahnya. Rasanya, selangkah dia, dua langkah aku terpaksa mengejar. Dia menonong saja tanpa menghiraukan aku yang sesekali terpaksa berlari anak mengejar langkahnya.

Di dalam teksi, Saif hanya diam sendiri. Langsung tidak dikerlingnya aku di sisinya. Bila tiba tepat di depan rumah mak dan ayah, aku jadi terpaku di kerusi teksi itu. Punggung ini bagaikan melekap sedangkan Saif terlebih dahulu turun dan terus saja membuka pintu di sebelahku.

”Ni ke, rumah awak?” tanya dia dan aku mengangguk.

”Awak cantik, kaya, apa lagi yang awak nak sesalkan kalau kata kehilangan jantan perangai macam tu, hah Iqlima?” tanya dia kasar. Sentiasa dihiasi bunga sindiran itu.

Aku membayar tambang teksi dan keluar juga bila Saif mendesak. Kini, aku tegak berdiri di depan pagar rumah bersama lelaki yang mungkin akan dihempuk oleh Abang Iqbal. Mereka memang begitu. Tidak boleh dibuat main apatah lagi segala perkara yang berkaitan untung dan rugi ini termasuk memperdagangkan anak atau adik sendiri.

”Assalamualaikum....,” laung Saif kuat. Sekali salam saja, aku nampak wajah Abang Iqbal terjengul di pintu. Pagar otomatik ini terbuka luas.

Dia keluar dengan wajah kelat dengan bercekak pinggang. Diikuti pula dengan ayah dan mak.

“Hah, Eiy? Mana Muiz? Aku telefon Muiz dia kata kau tak datang jumpa dia pun?” tanya Abang Iqbal kasar. Aku terus membawa tubuhku bersembunyi di belakang Saif. Dia yang mengerti hanya menjeling sekilas ke arahku.

”Aku memang dah agak yang kau tak akan minta maaf pada Muiz tapi kau memang akan bawa balik jantan lain. Aku memang dah agak Eiy!” marah dia semakin kuat. Airmata aku menitis lagi. Takut menerima tamparannya lagi.

”Kenapa Eiy tak pergi minta maaf dengan Muiz?” tanya ayah pula. Langsung tidak bertanya, baikkah aku, dari manakah aku ini? Sudah makankah?

”Pak cik, bang... Saya Saif...”

Belum sempat Saif menghabiskan kata-katanya, dia sudah tersungkur ke bumi. Rebah di kakiku bila Abang Iqbal menumbuk wajahnya. Peliknya, dia hanya tersenyum dan mengesat bibirnya yang sedikit berdarah tanpa merungut atau hendak membalas sedikit pun.

Bila aku hendak membantu dia bangkit, dia menghalang. ”Kita bukan muhrim untuk awak pegang saya, Iqlima. Sepatutnya awak pergi pada abang awak, darah daging sendiri,” tegurnya berbisik.
Tanganku terhenti. Lalu aku hanya mampu memandang dia bangkit dengan kudrat sendiri.

”Dengar dulu penjelasan saya, bang... pak cik...,” rayu Saif bersungguh-sungguh.

”Saya datang ni nak hantar Iqlima balik je. Dia merayau sorang-sorang dekat bandar waktu-waktu macam ni, tak elok untuk anak gadis macam dia, bang... pak cik,” ujar Saif.

Aku lihat wajah ayah dan Abang Iqbal merah. Hanya mak yang diam terkaku di belakang mereka tanpa ada tanda hendak membela aku kerana aku tahu, mak juga tidak sudi menerima aku kembali jika tidak bersama Muiz.

”Tunang anak pak cik ni, lelaki tu yang curang sebenarnya. Dia tak salah.” Saif jeling ke arahku yang kembali menitiskan airmata.

”Kau jangan nak tuduh Muiz kalau kau tak kenal dia,” jerkah Abang Iqbal kasar. Saif mengeluh.

”Kita tak akan kenal seseorang hamba itu kecuali hanya Penciptanya sahaja, bang. Tak elok abang buat adik sendiri macam ni. Benarkanlah dia masuk, bang,” pujuk Saif lagi.

”Eh, budak. Kau jangan nak tutup kesalahan kau dengan dia, kau cakap Muiz pulak buat hal. Kalau betul dia buat hal, kenapa dia datang mengadu yang kau dengan Iqlima ni....” Abang Iqbal tuding jarinya terus padaku.

”.... ada hubungan sulit kat belakang dia?” Meninggi saja suara Abang Iqbal. Matanya berapi-api memandang kami silih berganti.

“Jangan cepat memfitnah, bang. Abang tak kenal saya dan saya yakin, abang juga tak kenal siapa Muiz tu. Ini adik abang, abang lebih kenali dia daripada saya.” Saif tolak aku mendekat kepada Abang Iqbal.

Tubuh ini terus membatu berdiri di sebelah Saif tanpa mampu aku melangkah bila ditolak. Kali ini, rasanya diri ini hanyalah barangan yang sedang dijual beli oleh mereka. Ditolak ke sana sini tanpa ada yang mengerti perasaanku.

”Aku dah agak, kau memang hasut Iqlima ni tinggalkan Muiz. Kau memang suka dia sebab nak tumpang harta kami, kan?” tuduh Abang Iqbal lagi dan kali ini, penumbuknya sekali lagi mahu menyapa kasar wajah Saif bila aku lebih cepat membawa tubuhku berada di depan tubuh sasa lelaki yang tidak aku kenali ini.

Aku tidak rela dia disakiti lagi sedangkan niatnya terlalu luhur. Hendak membantu. Namun, kenapa darah daging sendiri tidak mempercayaiku?

”Jangan pukul dia lagi, bang. Sakit dia sakit lagi Eiy. Jangan pukul suami Eiy, abang,” tangisku dengan mata yang penuh merayu agar abangku ini tidak terus berkasar.

Tanpa sedar, terpacul perkataan suami itu dari bibirku. Aku tahu, hanya dengan cara ini, Abang Iqbal dan ayah akan melepaskan Saif pergi dan sudah pastinya aku jua.

Aku rasa tangan Saif menolak bahuku ketepi, tapi aku tidak mahu berlalu. Aku mahu dia bawa aku pergi bersamanya bila aku bagaikan tidak berharga langsung pada keluarga sendiri.

”Jangan pukul suami Eiy,” ulang aku lagi dan kali ini lebih keras biarpun di dalam esak tangis yang semakin menggila.

Aku palingkan wajah merenung anak mata Saif. Aku tahu mata itu jelas terkejut. Dia tidak terkata apa. Kelu saja.

”Aku dah agak dah. Tengok ni mak, ayah apa budak sial ni buat pada kita?” Berdentum suara Abang Iqbal kali ini.

Mak memandang kami tidak berkelip. Riaknya langsung tidak berperasaan. Ayah mendekat pada kami dan bila aku renung matanya, pipi aku sekali lagi menjadi sasaran dan pantas Saif menyambut bila aku hampir tersungkur ke simen.

”Mulai hari ini, kau bukan lagi anak aku, Iqlima. Iqbal, kamu bekukan semua kad kredit dia, bekukan semua elaun dan akaun dia. Ayah nak kau senarai hitamkan nama dia supaya dia tak boleh nak mohon apa-apa jawatan dekat mana-mana syarikat selagi ayah hidup!” tekan ayah keras. Dia terus berlalu dengan mata yang merah.

Aku yang mendengarkan hampir saja terkulai sekali lagi. ”Jangan buat Eiy macam ni, ayah. Mak, tolong Eiy mak. Eiy tak salah...” rayu aku pada mak.

”Pergilah, nak ikut suami kamu. Mak juga punyai suami untuk mak patuh pada dia dan mak harap, Eiy juga patuh pada Saif.” Mak menitiskan airmata. Dia membuka seutas rantai dan seutas gelang dari pergelangan tangannya lalu diletakkan di atas telapak tanganku.

”Ini je mak mampu beri untuk Eiy,” ucap mak. Dia memandang pula ke arah Saif yang sedari tadi diam membisu.

”Saif jaga amanah mak ni baik-baik, nak. Jangan persiakan dia macam mana kami layan dia tak ubah macam barang selama ni,” akui mak jujur. Airmatanya terus menitis dan bila aku paut tubuhnya, mak mencium dahiku lama dan dia terus berlalu tanpa menoleh lagi.

Serentak itu, pagar otomatik tertutup rapat menghalau langkah aku dan Saif. Aku tersedu-sedu. Tubuh ini menggigil bila terbukti kini, aku benar-benar dihalau pergi. Sehelai sepinggang. Tanpa membawa apa-apa kerana ayah telah mengharamkan segalanya.
******
LANGIT yang kelam aku renung lama. Sekelam masa depanku. Sekelam kisah hati ini. Aku seka airmata ini dengan kasar. Semakin ku seka, semakin lebat pula. Tanpa tempat berlindung, tanpa pendapatan, tanpa teman, aku bagaikan tercampak jauh ke tengah lautan. Membiarkan diri terumbang ambing sendiri tanpa ada yang sudi membantu.

”Iqlima,” seru Saif. Bila aku kalih, dia sedang menghulurkan sebotol air mineral buatku.

”Betul tak nak makan ni?” tanya dia. Aku menggeleng bila teringatkan yang dia belum mendapat gaji dan andai ada pun, berapalah sangat untuk kerjanya sebagai pembantu stor di pasaraya Parkson itu.

”Kenapa awak cakap macam tu tadi, Iqlima?” tanya dia tenang selepas melabuhkan duduk di sisiku. Agak menjarak.

Aku tidak terus menjawab, sebaliknya aku lemparkan sekali lagi pandanganku ke dada langit malam yang semakin merangkak tua.

”Awak tahu tak, awak dah susahkan diri sendiri?”

”Dan saya juga menyusahkan awak, Saif,” sambungku pantas. Tubir mataku bergenang lagi. Dia ketawa nipis. Air mineral itu diteguknya lagi.

”Saya dah biasa susah, Iqlima. Saya ni anak yatim. Lari dari rumah anak yatim, dah lama hidup sendiri. Macam-macam kerja saya dah buat. Macam-macam benda dah saya lalu. Kena maki tu toksah cakap lah. Tapi, awak lain. Awak puteri pada keluarga yang kaya. Awak tak takut ke hidup kat luar sorang-sorang?”

Aku telan liur yang terasa kelat. Perit tekak ini hendak meluahkan kata. Biarpun aku teguk air ini, perit itu semakin menyengat.

”Saya tak ada pilihan, kan?” soalku semula pada dia.

”Saya memang tak pernah ada pilihan dalam hidup ni, Saif. Mungkin orang lihat saya adalah seorang puteri dalam rumah banglo tu, tapi kehidupan saya bagaikan satu urusniaga saja pada mata keluarga. Bila saya disuruh menerima Muiz, saya ikhlaskan hati menyintai dia. Bila hubungan atas dasar perniagaan ini putus, saya terus dibuang keluarga. Hari ini, saat ni, saya tak ada apa-apa. Saya tak ada tempat tinggal, saya tak ada teman, saya tak duit. Seperti kata awak, saya hanya ada Allah tempat saya berlindung. Tempat saya bergantung harap,” ujarku sebak.

Saif diam saja. Mata itu sedari tadi merenung wajahku. Seperti biasa juga, wajah tanpa riak. Aku ketap bibir membalas renungannya. Sesaknya dada ini memikirkan keluarga sendiri telah membuang aku jauh dari mereka.

”Mungkin awak rasa awak susah sebab awak anak yatim, dicaci, dimaki demi sesuap nasi. Tapi saya, diatur dalam segala hal demi sebuah kehidupan, Saif. Sukar, kan menjadi seorang perempuan. Hidup sendirian di luar yang memang sudah jelas bahayanya yang menanti. Tapi, saya yakin dengan Allah. Dia akan melindungi saya. Akan sentiasa ada bersama saya,” sambungku kembali dan kali ini, bahuku kembali terhenjut-henjut.

”Saya pasti awak ada pendidikan, Iqlima. Awak boleh mulakan hidup baru. Buktikan yang awak boleh hidup tanpa mereka. Marah ibu bapa ni sekejap je, Iqlima. Dah reda nanti, mesti mereka cari awak semula. Yakinlah!” pujuk dia bersungguh-sungguh.

Kepala ini aku geleng beberapa kali. “Awak tak kenal ayah dan abang saya, Saif. Setiap kata-kata itu mesti dikota. Setiap kata-kata itu adalah bisnes buat mereka. Termasuk saya menjadi cagarannya. Bila ayah kata dia bekukan semua akaun saya, ternyata benar, kan?”

Aku terkedu di mesin ATM tadi bila ternyata akaun kepunyaanku sudah dibekukan. Sudahlah kala ini, wang di dalam poket jeans hanya ada beberapa puluh ringgit saja.

”Awak ada kelulusan. Try la pergi interview kat mana-mana,” cadang dia lagi dan aku pantas menggeleng.

”Bila dia kata akan senarai hitamkan nama saya, pun sama juga. Kecuali saya kerja di tempat-tempat biasa je. Waktu ni saya tak boleh memilih. Apa saja kerja, saya sanggup buat asal saya dapat teruskan hidup,” jawabku kembali.

Saif renung wajahku lagi. Kali ini, kau nampak bunga senyum pada hujung bening matanya.

”Nak kerja ni, kena ada modal, Iqlima. Maksud saya, modal ni, dari segi pakaian buat masa ni sebab awak dah la sehelai sepinggang. Esok nak pakai apa? Sekarang ni nak tinggal dekat mana?” Dia beriak risau. Aku hela nafas panjang dan memaksa diriku mengukir senyuman menerima ketentuan hidupku kali ini.

”Terima kasih, Saif. Sudi risaukan saya.” Aku berdehem beberapa kali. Sebolehnya aku akan pastikan bibir ini tersenyum saja nanti biarpun hati aku akan terus menangis.

”Awak pergilah. Saya rasa dah tiba masanya saya pandu arah hidup saya sendiri. Bila fikir balik, inilah yang saya nanti selama ni. Bebas menjadi boneka keluarga sendiri. Bebas dari dibentuk oleh mereka sesuka hati. Saya janji dengan diri sendiri, rentak hidup ini akan beralun indah. Tak mungkin ada gema yang sumbang. Kita berpisah di sini jelah. Maafkan saya sekali lagi sebab saya awak terpaksa tanggung semua ni. Bila awak tanya kenapa saya hadang tubuh saya dari biarkan awak kena pukul tadi, dan sanggup mengaku yang awak suami saya hanya kerana satu jawapan je Saif. Saya rasa sakit sangat bila melihat awak sakit. Saya tak tahu kenapa, tapi itulah seikhlasnya yang hati saya rasa,” ucapku pada dia.

Saif terkedu. Mulutnya sedikit melopong. Aku renung dia lama kali ini. Melihat penampilannya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Rambut yang agak panjang mencecah kolar baju, wajah yang agak selekeh dengan misai dan janggut tipis, jeans lusuh yang sedikit koyak di lutut dengan kasut yang juga agak lusuh. Segala yang membaluti tubuhnya lusuh namun aku yakin, hatinya segar, tidak pernah lusuh melihatkan kesungguhannya mempertahankan aku daripada fitnah Muiz.

”Terima kasih sekali lagi, Saif. Hanya terima kasih yang mampu saya ucapkan. Sebab saya tak ada apa nak beri pada awak. Tak ada wang nak bayar.” Aku bangkit dan menyapu belakang seluar. Tudung yang ditiup angin, aku betulkan sedikit.

”Awak nak ke mana, Iqlima?” tanya dia turut bangkit.

”Takdir saya akan bawa langkah saya ke arah yang sepatutnya saya melangkah,” jawabku berjeda. Saif senyum sinis.

”Jangan terlalu berserah pada takdir Iqlima. Takdir meminta kita berusaha. Bukan berserah semata-mata. Jangan sampai awak jadi habuan, diratah lelaki-lelaki jahat kat luar sana,” ucapnya dengan nada mengugut. Aku telan liur. Kecut. Serta merta mata ini melilau ke sekeliling.

”Lagipun, awak masih ada banyak harta pada awak. Jadi, untuk itu, biarlah saya minta sikit. Saya minta sikit kepercayaan daripada awak untuk lindungi awak sementara waktu ni.” Dia angkat kedua belah keningnya meminta persetujuan daripadaku.

Aku teragak-agak pada mulanya dan seperti yang pernah aku katakan, aku berasa di satu lorong saja. Tiada simpang yang mampu aku pilih. Hanya Saif di depanku. Hanya Saif yang menjadi papan tanda untukku. Hanya dia yang menjaga perjalanan ini hingga akhirnya, aku mengangguk jua dan dia tersenyum lebar. Hati ini terasa diragut melihatkan senyuman manis itu. Pertama kali melihat dia begitu, ada rasa gundah yang hadir dalam diri ini.
******
BAJU t-shirt Saif yang lusuh kini tersarung di tubuhku. Bila aku lihat melalui cermin, baju ini sampai ke atas lutut. Alhamdulillah, Ya Allah. Setidak-tidaknya, aku masih berbumbung dari panas dan hujan, tatkala malam dan siang, ucap hatiku sendiri.

Sedang aku menilik diriku dari atas ke bawah, aku dengar suara Saif dari luar, terjerit-jerit memanggil namaku. Cepat-cepat aku belit tudung di kepala dan terus keluar daripada bilik, menuju ke pintu besar.

”Buat apa lama sangat nak buka pintu?” tanya dia bila pintu terkuak.

Dia mengintai sedikit ke dalam rumah sewanya yang hanya punyai satu bilik ini. Lengang saja tanpa sebarang perabot melainkan sebuah meja jepun saja di tengah-tengah ruang tamu. Di dalam bilik juga hanya punyai hamparan toto nipis dan pakaian juga sekadar terlipat kemas di dalam beg pakaian.

”Saya baru lepas mandi,” jawab aku tenang. Dia jeling aku sekilas dan menghulurkan bungkusan makan malam.

”Berapa ni?” tanya aku setelah plastik beg itu bertukar tangan.

”Tak payahlah. Simpan jelah duit awak tu dulu. Nak cari kerja bukan mudah sekarang. Esok saya tanya tempat kerja saya, kot-kot nak pakai orang. Seven Eleven ke, mana-mana kedai jelah,” rungutnya sendiri.

”Terima kasih,” ucapku ringkas. Dia tidak menjawab sebaliknya terus berlalu.

”Errr, Saif,” panggilku bila dia hendak berlalu.

”Awak nak tidur kat mana nanti?”

Dia jungkit bahunya dengan kepala yang sedikit senget. ”Saya lelaki. Jangan risau. Awak tu, kunci pintu baik-baik. Kalau ada yang ketuk, jangan buka. Saya ni tak pernah ada pelawat!” tekannya lantas berlalu pantas menghilang di balik dinding. Aku rapatkan kembali pintu dan mengukir senyum. Saif... Saif... bisik hatiku tanpa sedar.

Esoknya, tatkala aku buka pintu, tubuh Saif sudah ada bersandar di tepi dinding.

”Awak keluar dulu. Saya nak masuk mandi, tukar baju. Malam ni mungkin saya kena kerja lebih masa. Ni saya dah beli maggi. Awak makanlah ni dulu nanti.” Dia hulurkan beg plastik itu padaku dan terus masuk ke dalam rumah bila aku sudah berada di luar. Pintu itu terus dikunci.

Pelik dengan lelaki ini. Namun, aku tetap bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki yang sebaik ini. Menjaga tingkah dan sikapnya. Langsung tidak berniat mengambil kesempatan. Sikap mesra dan mengambil berat itu ternyata dilitupi oleh sikap dinginnya itu.

Malamnya pula, dia datang lagi. Mengajak aku menikmati maggi cawan di taman di kawasan flat itu. Duduk di atas padang berdua dengannya, rasanya hilang segala resah hati. Dia sekali lagi menghulurkan beg plastik padaku tapi kali ini isinya lain pula.

”Dalam tu ada berus gigi, syampu, sabun mandi. Pencuci muka saya tak tahu awak pakai apa. Tapi, lihat ke muka awak ni, pakai jelah apa saja pun. Okey kot,” ucapnya sambil terus menyuakan maggi itu ke mulut.

Aku tidak jadi meneruskan suapan. Rasa tercekik oleh nafas sendiri kerana ketulusannya padaku. Aku pandang barangan yang dia maksudkan dan bibir ini menguntu, senyum melihatkan saiz barangan itu hanyalah saiz mini saja tapi aku tetap terharu. Aku tahu dia juga susah malah aku rasa, aku lebih menyusahkan dia.

”Cuma, satu yang saya nak tanya ni. Saya tak tahu saiz awak. Lepas makan ni, saya bawa awak ke kedai pakaian depan tu. Beli apa-apa yang patut,” sambung dia.

Wajahku berkerut. ”Apa lagi? Dah cukup ni?” tanyaku pelik.

Dia menjeling sekilas. ”Yang dalam tu tak payah tukar ke?” soalnya selamba.

Aku ketap bibir. Malu yang amat bila dia berkata demikian. Rasanya, sudah dua hari juga aku menggunakan pakaian yang sama. Agak rasa tidak selesa tapi aku tiada pilihan.

Usai makan, kami terus menuju ke kedai pakaian biasa di hujung deretan kedai ini. Saif menantiku di luar. Setelah mencapai apa-apa yang ku rasakan perlu dan mampu dengan duit yang aku ada, aku terus saja menuju ke kaunter pembayaran.

”RM23.50, kak,” beritahu juruwang itu. Baru aku terkial-kial hendak menyeluk poket, Saif terlebih dahulu meletakkan not RM50. Entah bila dia mendekat, aku sendiri tidak sedar.

Aku tahan pijar di wajah bila juruwang itu menyumbat pakaian dalam itu ke dalam plastik di depan Saif. Riak lelaki ini masih tiada perasaan namun gelora di hati lelaki, sukar untuk kita tebak.

”Cukup ke dua je?” tanya dia tenang. Aku hela nafas perlahan-lahan cuba mengawal kecanggungan diri.

”Err, cukup dah ni,”jawabku dan terus aku rampas plastik itu daripada juruwang tersebut. Dia hanya senyum melihat kepada aku dan Saif silih berganti.
*******
SETIAP hari rasanya, begitu jugalah sikapnya. Bila aku bertanya, di manakah tempat dia tidur, dia diam. Andai berjawab, pastilah ayat yang sama. Dia lelaki. Bila aku bertanya tentang kerja, jawapannya juga menghampakan bila tempat kerjanya tidak memerlukan orang. Sudahnya, aku masih menghuni rumah ini tanpa melakukan apa-apa kerja. Hanya berharap pada Saif semata-mata.

Hari ini, sudah hampir dua minggu aku di sini. Setiap hari juga, Saif akan datang mengajak aku makan jika dia menerima gaji, atau makan maggi saja di pertengahan bulan. Hati aku pilu melihatkan dia.

Namun, kenapa tenang benar dia menghadapi hidup ini? Tanpa aku sedar, rasa pilu ini bertukar menjadi cinta. Cinta yang tidak pernah aku hulurkan buat Muiz.

”Kenyang ke?” tanya dia sewaktu kami sama-sama keluar daripada sebuah gerai. Aku angguk dan tersenyum.

Dia tilik aku dari atas ke bawah kemudian dia menggeleng kecil. Bibir itu herot dengan senyuman sinis.

”Kenapa?” tanyaku ingin tahu.

”Sedih tengok penampilan awak. Pakai baju saya yang lusuh. Maaflah, Iqlima. Saya tak mampu lagi nak belikan awak pakaian. Carikan kerja pun tak dapat. Agaknya saya memang ditakdirkan untuk jaga awak seumur hidup ni kot,” ucapnya tenang. Dia ketawa kecil dan terus melangkah mendahuluiku yang terkedu dan terpaku dengan kata-katanya.

Tapi, bibirku pantas mengukir senyum yang telah lama tidak menghiasi bibirku. Belakang tubuh Saif aku pandang dan serta merta kaki ini berlari anak hendak mendapatkan dia. Baru saja aku melalui depan sebuah restoran, pintu ditolak daripada dalam dan aku langsung terlanggar pintu kaca tersebut membuatkan aku jatuh terduduk.

”Err, maaf cik,” ucapku tanpa melihat ke arah empunya diri.

”Heh, buta ke?” jerkah dia. Aku mengangkat wajah sambil menggosok siku yang sakit mencari wajah yang bersuara kasar itu. Bila aku pandang, ternyata dia.

”Nita,” seruku terkejut. Mata wanita itu menyala-nyala memandangku.

”Kau lagi?” tanya dia sambil bercekak pinggang. Aku hanya memandang tanpa mampu mengangkat tubuh. Apatah lagi bila wajah Muiz juga hadir dekat di belakang Nita.

”Eiy, buat apa kat sini?” Wajah Muiz berkerut merenungku. Dia hulurkan tangan tapi aku langsung tidak menyambut.

Baru saja hendak bangkit sendiri, ada tangan lain yang sudah memegang bahuku membantu aku bangkit. Bila aku pandang, entah bila Saif ada di sisiku tersenyum manis. Dua kali dia tersenyum begini padaku, hati aku tanpa perlu dipaksa menyelinap keluar daripada dada dan terus saja pergi kepada hati Saif. Mengetuk pintu hatinya tanpa aku mampu menyekat.

”Okey?” Saif jungkit kening. Aku angguk sekali.

“Eiy buat apa kat sini?” tanya Muiz lagi.

”Err, kami makan,” jawabku sedikit gagap. Muiz senyum padaku. Senyum seperti di awal perkenalan kami dulu sedangkan Nita sudah mencebikkan bibirnya.

”Emm, eloklah Muiz. You dah dapat bekas tunang you ni, so tak ada masalah lah kalau I blah tinggalkan you, kan?” Nita jungkit keningnya sebelah memandang aku dan Muiz silih berganti.

”Bukan you yang tinggalkan I, Nita. Tapi, I yang patut tinggalkan perempuan mata duitan dan murahan macam you ni,” balas Muiz keras.

Aku dan Saif berpandangan sesama sendiri. Pelik dengan pasangan dua sejoli ini. Andai dulu, beria-ia mahu meninggalkanku kerana Nita tapi hari inil lain pula ceritanya.

”Eh, kalau I perempuan mata duitan dan murahan pun, you tetap tinggalkan betina selekeh ni untuk I dulu, kan? Perempuan yang tak tahu malu melutut di kaki seorang lelaki masa tu,” sinis dia padaku. Aku ketap bibir dan waktu ini, aku dapat rasakan cengkaman tangan Saif di bahuku semakin kemas. Bila aku pandang dia, dia senyum lagi dan menggeleng.

”Heh, Nita. Kau jangan nak hina Eiy. Dia anak orang bermaruah tau tak? Heh, sedarlah diri tu sikit, kat mana dia kat mana kau?” jerkah Muiz lalu dia menarik tanganku mendekat pada dia.

”You may get lost, Nita. Hari ni, aku nak cakap dekat kau, betapa aku menyesal tinggalkan Iqlima dulu untuk betina murah macam kau ni.” Muiz semakin naik hantu. Hampir saja jemari itu menunjal kepala Nita andai aku tidak menghalang apabila kami sudah menjadi tontotan umum.

Saif hanya melihat aku di sisi Muiz. Aku tidak sedar bila dia melepaskan pelukannya di bahuku dan membiarkan aku di tarikh Muiz.

“Ahh, kau pun sama dengan dia lah, Muiz. Bodoh!” tempik Nita dan serentak itu dia terus berlalu dengan wajah yang keruh sambil menyumpah seranah aku dan Muiz.

Aku kelu. Tidak tahu hendak berbuat apa. Bila aku cuba leraikan pergelangan tanganku dari terus digenggam Muiz, semakin kemas dia mencengkam. Said memandang tanpa perasaan lagi. Hilang sudah senyuman manis di bibirnya yang kemerahan itu.

“Err, Muiz, lepaskan tangan Eiy,” pintaku dan serentak itu aku rentap kasar daripada tangan Muiz. Dia mengeluh dan meraup wajahnya berkali-kali.

“Eiy, Iz minta maaf,” ucapnya tiba-tiba bila aku mahu melangkah bersama Saif membuatkan langkahku terhenti.

“Eiy dah lama maafkan, Iz. Tak ada dendam sikit pun,” jawabku jujur. Sungguh aku memaafkan dia. Malah berterima kasih pula, kerana dia aku bebas hidup sendiri biarpun terlalu sukar hendak mencari sesuap nasi sekalipun.

”Kita kahwin?” ajak dia tiba-tiba. Mataku bulat. Saif senyum lagi dan pantas aku paut lengan Saif. Minta dilindungi dan dibawa aku pergi seperti pertama kali dulu.

Aku menggeleng perlahan bila Muiz mahu mendekat. “Iz dah kahwin dengan Saif,” jawabku lancar.

“Iqlima!” tegur Saif berbisik. Keras saja nada suaranya. Dia merenungku tidak berkelip. Aku renung anak mata Saif menghantar rayuan agar dia diam atau mengiyakan saja.

”Betul, Iz. Kami dah kahwin sebab tu Eiy kena halau daripada rumah dulu dan Allhamdulillah kami bahagia, kan abang?” Aku pandang wajah Saif dan lama-lama dia mengangguk saja. Aku tidak tahu anggukan itu terpaksa aku dia sebenarnya ada suatu rasa di hatinya tentang aku.

“Jangan kacau isteri saya lagi, encik,” tokok Saif serius.

“Iz tak percaya,” bantah Muiz.

“Kalau Iz tak percaya, Iz boleh tanya keluarga Eiy. Tanya Abang Iqbal, mak atau ayah Eiy,” ucapku tenang. Serentak itu, aku terus menarik lengan Saif berlalu dan waktu ini, airmataku mengalir lagi dan entah untuk apa.
*****
SUDAH hampir seminggu Saif tidak datang menjengukku. Aku tidak tahu bagaimana harus aku hubungi dia. Telefon bimbit juga tiada, wang pula jauh sekali. Sedangkan barang-barang keperluan sudah tidak berbaki. Perut yang lapar ini hilang akibat rasa rindu yang menggunung. Sudah tidak tertahan menanggung rindu di hati ini.

Aku masuk ke bilik setelah puas menanti dia di muka pintu. Waktu siang begini, rasanya dia pasti dia tempat kerja. Gelang dan rantai emas pemberian mak aku renung lama. Rasanya, sudah sampai waktu aku korbankan hadiah daripada mak. Sudah terdesak, sudah tersepit. Sudah puas juga bertanya kerja di gerai-gerai dan kedai runcit tapi jawapannya hampa.

Akhirnya, aku nekad dengan keputusanku. Setelah bersiap ala kadar, aku terus keluar daripada rumah sewa Saif. Lenguh juga kaki ini berjalan ke sebuah deretan kedai dan setelah selesai urusan jual beli di kedai emas itu, aku mampu tersenyum lebar. Langsung hilang penat. Hanya wajah Saif yang tergambar di mataku kala ini. Saif... Saif... seru hatiku tidak putus.

Hati ini terdetik dengan satu niat. Cukup rasanya dia berbakti padaku. Menghantar makanan buatku setiap hari dan hari ini, aku akan membalasnya sikit demi sedikit jika dia izinkan aku dekati hatinya.
******
BEKAL di tangan aku peluk kemas ke dada. Masih panas lagi mangkuk tingkat ini. Puas hati kerana dapat membeli barang dapur dan memasak untuk makan tengah hari Saif. Aku duduk di tempat pertama kali dia menegurku dulu. Menanti dia setelah pada temannya, aku titipkan pesan agar dia datang padaku waktu rehatnya.

Dalam fikiranku, berbagai soalan yang ingin aku ajukan buat dia. Ke manakah dia seminggu ini? Kenapa tidak dijenguknya aku? Sihatkah dia? Makankah dia?

”Buat apa datang sini?” Aku pantas bangkit tatkala mendekatkan suaranya dekat di telingaku. Langsung tiada kemesraan seperti seminggu lalu malah rasanya semakin dingin dan beku.

”Err, Eiy bawakan awak makan tengah hari.” Aku senyum ceria. Terasa malu pula dia menatap wajahku kala ini.

”Siapa suruh?” Suaranya dingin dan dia terus saja duduk melepaskan lelah di kerusi. Aku turut sama duduk sedikit menjarak.

”Tak ada orang suruh. Eiy buat sendiri sebab awak tak datang jumpa Eiy dah lama.” Aku menjawab dengan kiasan. Menyatakan rasa rindu padanya semakin menderu-deru. Saif mengeluh.

”Jangan susahkan diri sebab saya, Iqlima.”

”Tak, Eiy tak rasa susah pun. Eiy bahagia je.” Aku menggeleng menidakkan anggapannya. Dia menjeling ke arahku.

”Mana dapat duit buat bekal ni?” Dahinya berkerut. Kening hitam lebat itu hampir saja bertaut.

”Emm, duit Eiylah.”

”Yalah. Duit awak jumpa ke, rompak ke, magik ke, apa?” sindir dia. Aku telan liur. Takut pula hendak menyatakan hakikat.

”Err, Eiy jual rantai dan gelang emas tu.”

Saif mengeluh berat. “Iqlima, kenapa macam ni? Itu je yang awak ada kan pemberian mak awak. Tak sayang ke?”

Aku ketap bibir. Tubir mataku terasa sarat lagi. Aku merasakan yang dia langsung tidak menghargai penat lelahku menyediakan segalanya untuk dia.

”Harta tu boleh cari, Eiy lebih sayangkan....” Suaraku mati. Tidak sanggup hendak meneruskannya lagi. Mangkuk tingkat itu aku peluk erat. Airmataku mengalir perlahan-lahan.

”Sayangkan apa?” tanya dia lagi. Aku diam membatu melayan rasa pedih di hati.

”Lebih sayangkan apa?” tanya dia keras.

”Eiy, lebih sayangkan awak daripada semua tu,” jawabku bersendu. Aku dengar Saif ketawa.

”Sayang lelaki macam saya ni? Tak ada rupa, tak ada harta, tak ada keluarga, tak ada pendidikan. Semua tak ada. Macam tu?” Nadanya jelas menunjukkan yang dia tidak mempercayaiku langsung.

”Eiy sayang awak sebab perasaan ini anugerah Allah. Tapi, kalau kata awak tak nak terima Eiy, tak apa. Eiy faham sebab Eiy dah banyak susahkan awak. Jadi, sebelum Eiy pergi izinkan Eiy balas budi awak sikit seperti mana awak pernah minta izin untuk Eiy percayakan awak selama ni,” ucapku lalu aku letak mangkuk tingkat itu di sisinya dan membawa kaki aku melangkah pergi dan aku tahu, Saif langsung tidak mengejarku.

Kini, aku yakin dia tidak pernah menyintaiku seperti mana hati ini merasakan begitu. Aku yakin, renungannya padaku selama ini hanya disulami simpati semata-mata. Kala dan saat ini, aku benar-benar rasa bersendiri di dunia tanpa ada teman setelah aku rasakan pengakuanku tadi akan membawa Saif terus menjauh daripadaku.
****
BEBERAPA helai pakaian yang memang kepunyaan yang telah Saif belikan itu, aku lipat kemas dan aku isi di dalam beg tangan. Sehelai t-shirt lusuh kepunyaannya juga aku sumbat sama. T-shirt yang mempunyai haruman tubuhnya itu akan menemani perjalananku nanti setelah aku berkeputusan hendak keluar daripada rumahnya dan berkelana sendiri.

Baru saja aku tarik tombol pintu, tubuh Saif sudah tegak berdiri di muka pintu dengan wajah yang jelas lelahnya.

”Nak ke mana malam-malam ni?” tanya dia.

”Eiy nak keluar daripada rumah ni. Ini rumah Saif.”

Dia senyum. “Dan bakal jadi rumah Eiy jugak nanti,” jawabnya tenang. Aku terkaku di situ. Beg tangan yang aku sandang, melurut jatuh ke kaki.

”Saif....” Hanya itu yang mampu aku katakan kala ini. Tidak percaya dengan kata-katanya itu. Kebenarankah atau sekadar mainan kata-kata saja?

”Eiy dah banyak kali mengaku Saif suami Eiy dan Saif nak ingatkan Eiy yang kata-kata ni umpama doa. Eiy jangan menyesal bila Saif jadikan diri Saif ni suami Eiy yang betul-betul.”Dia jungkit kening lebatnya tinggi.

Aku sudah tidak dapat menahan tangis. Andai tidak diingatkan adat dan agama, mahu saja aku peluk tubuh tinggi lelaki ini. Mengatakan rasa syukur yang amat atas penerimaannya.

”Eiy sanggup dan Eiy tak akan pernah menyesal,” sahutku tertahan-tahan.

”Tapi, tadi kenapa buat tak tahu je bila Eiy berlalu?” soalku kemudiannya.

”Eiy,” seru dia semakin mesra.

“Saif kan tengah kerja. Kalau Saif kejar tadi, sah-sah Saif kena buang kerja. Dahlah seminggu ni, 24 jam Saif kerja gantikan orang. Buat overtime saja bila hati ni tiba-tiba niat nak melamar Eiy kahwin dengan Saif. Lucu sungguh,” luahnya dan dia ketawa sendiri.

Aku melebarkan senyuman dalam tangisan. “Terima kasih, Saif sudi terima Eiy.”

Kali ini keluhan Saif makin berat menyapa telingaku. ”Syarat utama nak jadi isteri Saif, Eiy tak boleh menangis sebab perjalanan kita nanti akan penuh dengan liku. Saif nak Eiy tabah. Jangan lemah sangat,” ucapnya menyindir.

”Lagi satu, perempuan cantik ni ingat dia makin cantik ke kalau menangis?”

Soalan itu aku terima dengan tangisan bersulam tawa. ”Eiy terharu je,” protes aku lembut. Dia ketawa.

”Terharu, kita ucap syukur, Eiy. Bukan dengan tangisan. Janji dengan Saif,” pintanya lagi. Aku angguk dan menyeka airmata yang membasahi pipi. Aku benar-benar terharu bila dia memanggilku Eiy dan bukan lagi Iqlima. Kedengaran syahdu dan merdu saya suara itu.

”Dah habis nangis, jom kita berkelah kat taman,” ajak dia lalu dia terus melangkah tanpa menantiku yang masih terkial-kial hendak mengunci pintu. Pintu mahligai yang bakal aku kongsikan dengan dia nanti.
****
”SAIF pinang Eiy hanya dengan keikhlasan hati, Eiy. Saif pinang Eiy hanya kerana Allah sebab Saif tak punya apa-apa kecuali hati dan Allah saja bersama Saif untuk hidup bersama Eiy!” Jelas lagi di telingaku bila mana Saif dengan rasminya melamarku untuk menjadi suri yang halal untuknya.

Biarpun tanpa permata dan berkilauan, biarpun tiada mawar merah yang mewangi di seluruh laman, aku angguk pantas menerima lamaran. Seikhlasnya terima kerana aku jua menyintai dia kerana Allah telah titipkan dia untukku. Menjadi pelindungku di kala aku bersendiri menongkah arus di dalam kelam yang berpanjangan selama ini.

”Tunggu Saif malam nanti, Saif ada kejutan buat Eiy,” beritahunya malam tadi. Bibir ini menguntum senyum. Aku sungguh tidak sabar hendak menerima kejutan daripada Saif yang telah dia janjikan untukku malam ini. Rasa waktu begitu lambat berlalu. Namun, penantian ini berakhir juga bila aku dengar ketukan di pintu. Cepat-cepat aku betulkan pakaian dan terus saja menapak ke pintu.

Tatkala daun pintu aku tarik, senyumku mati. Tiada Saif. Bukan dia malah rasanya dia mungkir janji denganku bila wajah ayah, abang Iqbal dan Muiz berada tepat di depan mataku.

”Err, macam mana jumpa rumah ni?” tanyaku gundah. Aku takut andai Saif tiba dan melihat mereka ada bersamaku. Aku bimbang jika Saif mengatakan aku mahu kembali kepada Muiz.

”Saif cakap dekat abang. Kami dah tahu semuanya. Eiy dengan dia tak kahwin pun,” jawab abangku tenang. Riaknya langsung tidak menunjukkan dia marah.

”Cakap apa?”

”Dia cakap suruh ambil Eiy kat rumah dia. Dia tak nak Eiy menumpang rumah dia lagi," sampuk Muiz tiba-tiba. Aku renung Muiz tajam.

”Tak....” Aku menggeleng.

”Muiz tipu Eiy. Dulu pun Muiz tipu dan sekarang juga Miuz menipu,” tekan aku dalam ketakutan bila dia berkata demikian. Aku tidak mahu Saif membuang aku dari hidupnya aku lebih parah lagi, dia hanya mempermainkan hati dan perasaanku padanya.

”Betul ni, Eiy. Ayah ada tawarkan dia ganjaran sebab jaga Eiy dan dia setuju terima ganjaran tu, kalau Eiy nak tahu.” Ayah tenang menutur kata. Aku menggeleng lagi.

“Tak... Saif cintakan Eiy. Dia tak mungkin buat urusan jual beli Eiy dengan sesiapa. Lagipun, ayah dan abang dah buang Eiy. Muiz juga sama dan buang Eiy. Eiy cuma ada Saif je sekarang dan Eiy tahu, ayah, abang dan Muiz tipu Eiy, kan?” Aku cuba mengukir senyum biarpun airmata sudah bertali arus melalui lekuk di pipi.

“Buat apa nak tipu, Eiy? Baliklah dengan kami. Ayah, abang silap. Muiz dah mengaku semua dan dia nak berbaik semula dengan Eiy. Maafkan kami Eiy,” ucap Abang Iqbal menyatakan rasa sesalnya kerana bersikap begitu pada aku dulu. Tapi, aku tetap menggeleng. Tidak mahu mengikut mereka.

”Eiy tak percaya semua ni. Eiy maafkan semua orang. Tapi, Eiy tak boleh balik. Eiy dah janji dengan Saif. Dia suruh Eiy tunggu dia malam ni. Dia ada kejutan untuk Eiy, ayah. Abang pun, tolonglah faham,” rayuku bersama tangisan.

Abang Iqbal meraih aku ke dalam pelukannya. Kepalaku diusap lembut dan aku dapat rasa tangan ayah juga menyapa belakangku yang sedang teresak-esak di dada Abang Iqbal.

“Cinta dia pada Eiy tak ikhlas. Kalau benar dia ikhlas, tak mungkin dia minta harga bayaran selama menjaga Eiy selama ni?” Suara Abang Iqbal kali ini membuatkan aku semakin teresak-esak.

Sampai hati Saif buat Eiy macam ni? Sampai hati? Soal hatiku sendiri. Aku benci dia. Aku benci dia! Dan, aku tidak sedar bila kaki aku melangkah pergi bersama mereka semua. Yang pasti, meninggalkan mahligai yang telah bersepai sebelum gagah terbina.
****
KALENDAR di atas meja solek aku pangkah sehari lagi. Bermakna sudah 7 hari aku keluar daripada rumah Saif dan tanpa pesan jauh sekali khabar yang aku terima daripada dia. Rinduku menderu-deru sekuat angin malam yang berhembus bila aku bawa tubuhku ke pintu luncur yang tenganga luas. Merasakan tiupan rindu Saif buatku yang dibawa angin lalu, mengelus wajahku, menyeka airmata di pipi ini.

Cincin di jariku aku renung lama. Cincin baru, malah batu permatanya juga besar dan pasti lebih mahal. Tanda aku sekali lagi menjadi tunangan Muiz dan bakal diijabkabulkan dua hari saja lagi. Sedang aku seka air mata yang mengalir, aku terbias oleh susuk tubuh yang cukup aku kenal. Saif dan kaki ini pantas keluar daripada bilik dan terus menuju ke bawah.

Ayah, mak dan Abang Iqbal menyambut kedatangannya dengan mesra. Kakiku terpaku pada anak tangga. Sedikit tersorok demi mendengarkan perbualan mereka.

”Lambat datang?” tegur Abang Iqbal.

”Maaf, bang. Saya kena kerja. Tak dapat cuti,” jawab suara yang aku rindu itu. Lelah jasadku, mengah nafas ini.

”Tak apalah. Eiy dah nak akad nikah lusa. Jadi, abang nak selesaikan semua bayaran yang pernah Saif minta daripada kami sepanjang menjaga Iqlima.” Aku dengar ayah bersuara.

”Terima kasih sebab faham dengan permintaan saya, encik.” Aku dengar dengan jelas Saif mengakuinya dan sememangnya abang dan ayah tidak menipu bila mengatakan Saif meminta balasan kerana menjagaku selama ini. Titisan airmata semakin lebat. Kecewanya usah aku kata. Sakitnya, payah hendak aku kira.

Tanpa mampu mendengar diriku diperdagangkan oleh lelaki yang aku cintainya sepenuh hati. Tidak sanggup mendengar dia menjual cinta palsu dia padaku selama ini.

Aku terus turun perlahan-lahan dan terus saja keluar melalui pintu dapur hendak meminta kepastian melalui sinar matanya kerana di hati ini masih terselit sedikit keyakinan akan cinta dan janjinya padaku.

“Eiy! Buat apa kat sini?” tanya dia terkejut melihatku.

“Eiy nak tanya, berapa yang Saif tuntut daripada keluarga Eiy sebab jaga Eiy selama ni? Berapa Saif jual cinta Eiy? Cakap Saif,” desakku dengan suara yang terketar-ketar menahan sebak.

Dia senyum. ”Ganjaran itu cukup untuk buat Saif hidup mewah seumur hidup, Eiy,” jawab dia tenang lantas dia terus berlalu membiarkan aku terjelepuk di atas rumput menangisi nasib diri yang seringkali dipermainkan cinta.
*****
MAK mengusap bahuku lembut. Wajah itu muram. Bila aku berpaling, ternyata ayah dan Abang Iqbal juga ada sama di belakangku.

”Jangan risau. Eiy akan paksa diri Eiy terima Muiz seikhlas hati,” ucapku bila aku faham akan renungan resah mereka.

”Tak sayang...” Mak menggeleng. Jemariku diraih lalu digenggam erat.

”Ayah tak akan perdagangkan kebahagiaan anak ayah lagi semata-mata untuk kejayaan,” sela ayah tenang. Aku nampak kepedihan yang ada di bening mata tuanya yang dulunya terlalu bengis di mataku.

”Eiy tak pernah ada pilihan.” Aku lebih rela mengalah begini kerana takdir di luar sana terlalu menakutkanku.

”Jangan cakap macam tu, Eiy. Eiy dah buat pilihan yang betul,” tokok Abang Iqbal membuatkan aku langsung tidak dapat memahami kata-kata mereka.

”Eiy pernah buat pilihan, tapi ternyata silap. Eiy memang sentiasa tersilap, mak,” aduku pada mak. Pedih menerima hakikat cintaku dijual oleh Saif.

”Eiy tak pernah silap,” tekan mak lagi.

”Eiy cintakan Saif dan itu adalah pilihan yang hebat, Eiy. Berjuta kali lebih baik daripada Muiz. Betulah kata Saif dulu, kita tak akan kenal seseorang manusia itu kecuali Penciptanya saja. Dan hari ini, abang baru kenal Muiz dan baru juga kenal Saif,” jawab Abang Iqbal berkias.

”Saif lagi jahat daripada Muiz, bang. Eiy tak sanggup fikir pun yang dia minta bayaran sebab menjaga Eiy selama ni. Murahnya cinta Eiy pada mata dia.” Tangisanku semakin meninggi bila mak memelukku.

“Eiy, betul nak tahu berapa harga Saif minta malam tadi?” tanya ayah tenang. Bibirnya menguntum senyum. Begitu juga mak dan Abang Iqbal.

“Nah.” Abang Iqbal menghulurkan sehelai kertas buatku. Aku sambutnya dan kala aku menatap tinta tangan itu, mataku bulat.

”Senarai apa ni,bang?” tanyaku pelik.

”Ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, syampu, maggi, makan dekat gerai, 3 helai t-shirt, pakaian dalam...” Aku kembali renung abang dan ayah serta mak setelah membaca senarai yang tertera di dada kertas itu. Pelik, sesungguhnya pelik.

”Ada jumlahnya sekali kan?” tanya ayah pula. Aku kembali melihat kertas itu.

”RM 249.50?” tanyaku. Mereka mengangguk dan terus melebarkan senyum.

”Itulah harga yang Saif minta daripada kami semalam, Eiy. Katanya, itulah jumpa perbelanjaan yang dia guna sewaktu menjaga Eiy setakat yang dia ingat. Lebih terkurang, dia minta halal. Dan bila ayah bagi RM 250.00 pada dia, ini yang dia pulangkan pada ayah.”

Ayah menghulurkan sekeping syiling 50 sen kepadaku. Aku terkedu sendiri. Bila aku sambutnya, ayah ketawa kecil.

”Itu duit baki yang ayah dapat daripada Saif semalam. Baki daripada jumlah RM249.50 yang dia minta tu. Lepas dia letakkan baki syiling ni kat tapak tangan ayah, dia terus berlalu,” sambung ayah lagi.

“Dan bila abang tawarkan lebih banyak duit pada dia, kerja juga dia kata dia dah tersangat kaya dan mampu hidup mewah setelah kenal dengan Eiy sebab dia kata dia mewah dan kaya dengan cinta Eiy pada dia. Dia akan hidup mewah dan kaya seumur hidup ini hanya dengan cinta Eiy. Yang lain dia tak perlukan,” tambah Abang Iqbal membuatkan aku terduduk di atas marmar putih bersih ini.

Airmataku laju lagi. Suara Saif terngiang-ngiang di telingaku. ”Ganjaran itu cukup untuk buat Saif hidup mewah seumur hidup, Eiy,”

“Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?” tanyaku pada diri sendiri.

“Tak terlambat lagi Eiy. Kami tak nak Eiy kahwin dengan Muiz sebab kami yakin, Saif tu yang terbaik buat puteri kami yang cantik ni,” ujar mak memujukku.

“Tapi, persiapan....”

“Jangan risau. Nanti abang uruskan dengan keluarga Muiz. Nak batalkan usahasama lantak dialah. Yang penting, senyuman di wajah adik abang ni, dan keikhlasan Saif pada Eiy je sekarang yang kami nampak,” sampuk Abang Iqbal pantas.

Aku peluk mak erat. Airmata yang bersisa, cepat-cepat aku seka. ”Eiy nak cari Saif,” ucapku bersungguh-sungguh dan bila mereka bertiga mengangguk.

”Kerana Eiy pernah terluka, sekali Eiy melangkah, biarlah Eiy teruskan, ya?” tanyaku pada mak, ayah dan Abang Iqbal. Mereka mengangguk lagi dan aku terus bersiap, keluar mencari Saif sehelai sepinggang lagi tapi kali ini aku bawa bersama cinta ku pada dia dan juga syiling 50 sen itu.
****
DARI jauh aku lihat Saif tertunduk memeluk mangkuk tingkat dia kerusi yang sama pertama kali dia menghulurkan sapu tangan buatku dulu. Cepat-cepat aku dekati dia dengan wajah tenang sedangkan gelojak hatiku udah digambarkan lagi. Resah, gelisah, rindu, geram bercampur baur.

”Encik buat apa malam-malam kat sini? Bukan ke encik ada rumah? Kenapa tak balik je kalau dah habis kerja? Atau encik nak saya temankan encik balik?” Aku jungkit kening dengan wajah tidak beriak bila dia mendongak padaku.

Dia pantas bangkit memegang bahuku kemas. ”Eiy buat apa kat sini?” tanya dia semula.

”Saif jawab dulu apa yang Eiy tanya.”

Dia kelihatan sebak. ”Saif cuma tunggu Eiy walapun Saif tahu yang Eiy tak akan....”

”Eiy datang. Eiy dengar Saif menyeru nama Eiy. Sebab tu Eiy kat sini,” cantasku cepat-cepat. Aku lihat Saif mengesat hujung matanya.

”Saif cintakan, Eiy. Saif tak pernah hargakan cinta kita,” ucapnya bersungguh-sungguh. Aku angguk dan ku ukir senyuman manis buat dia. Andai dulu dia sering mengatakan aku suka menangis dan hari ini biarlah aku pujuk kesedihannya itu dengan senyumanku pula.

”Eiy dah tahu semuanya. Tapi, kenapa Saif sanggup biarkan Eiy balik macam tu je?” tanyaku ingin tahu. Sedangkan dia juga tahu yang aku sedang menantinya malam itu. Aku mahu kejutan daripada dia.

”Muiz datang pada Saif dan kata Saif hanya membuat Eiy susah dengan hidup dengan Saif yang tak mampu nak adakan istana buat puteri ni. Biarkan Eiy dengan baju lusuh, makan di gerai. Memang Saif tak mampu seperti mana yang dia mampu.” Dia meluahkan hakikat.

Aku menggeleng kecil. ”Mungkin segala kemewahan itu Muiz mampu tapi dia tak mampu menjaga dan mennyintai Eiy seperti mana Saif,” sahutku lembut. Kali ini, Saif tersenyum senang. Dia mengetuk kepalanya berkali-kali seperti menghukum diri sendiri.

”Majlis kahwin Eiy dengan dia macam mana?” tanya Saif padaku. Aku lebarkan senyum.

”Majlis akan berlangsung. Pengantin perempuan sama yang bezanya hanyalah pengantin lelaki. Eiy nak bawa Saif ke pentas persandingan. Mungkin Saif nak cakap Eiy tak malu, tapi Eiy tak mampu berjauhan dari Saif lagi,” ujarku sebak dan bila dia mengangguk, aku hela nafas lega.

”Tapi, Saif tak cukup duit lagi nak buat hantaran. Gaji yang Saif buat overtime selama ni cukup tebus ni je.” Dia seluk poket jeans nya dan mengeluarkan seutas gelang dan rantai milik aku yang pernah aku gadaikan dulu. Mataku bulat.

”Dan inilah kejutan yang Saif nak bagi pada Eiy dulu.” Dia seluk poketnya sekali lagi dan ternyata, sebentuk cincin belah rotan itu berkilau menyentuh bola mataku. Aku tekup mulut.

”Banyaknya duit Saif beli semua ni?” tanyaku tidak percaya.

”Errr...” Dia garu kepala. ”Tak ada langsung dah. Yang tinggal RM249.50 yang ayah Eiy bagi malam tadi je. Duit hantaran memang Saif tak mampu lagi setakat ni,” ujar dia takut-takut.

Aku capai cincin belah rotan dari tangannya dan terus aku sarung sendiri ke jari manisku. Muat-muat saja. ”Cukup dah semua ni. Sangat cukup,” ucapku separuh berbisik dan penuh bermakna. Saif aku lihat garu kepala. Hari ini, baru perasan rambutnya sudah kemas dan wajah itu sudah nampak bersih dan tampan di mataku. Cuma pakaiannya saja agak selekeh.

”Ini ada 50 sen yang Saif bagi ayah semalam. Ayah cakap keep the change. Lagipun untuk tambah duit hantaran nanti.” Aku melirik ke arahnya penuh makna. Semakin berkerut wajah itu.
*****
KELUARGAKU langsung tidak mampu mengubah kehendakku bila aku telah tetapkan hantaran kahwin antara aku dan Saif. Aku tahu Saif segan hendak menyebutkan tapi, aku amat berharap dia ikhlas menuturkan jumlah itu.

”Aku terima nikahnya Nur Iqlima binti Ilyas dengan mas kahwinnya sebanyak RM249.50...,” jawab Saif tenang. Dia kemudiannya melirik ke arahku dan aku hanya tersenyum lebar dan semakin melebar.

Aku terima cinta Saif bukan kerana harga. Aku terima dia kerana kesungguhhannya menjagaku selama ini. Kerana perasaan halus ini adalah kurniaan Allah buat kami.

Malamnya, aku hanya duduk di beranda menikmati hembusan yang angin malam bila aku dengar derap tapak kaki Saif mendekatiku.

“Assalamualaikum, puteri abang yang cantik,” ucapnya romantis. Tanpa sempat aku berpaling, dia terlebih dahulu memeluk tubuhku dari belakang.

“Waalaikummussalam, abang suami yang saya cinta,” balasku pula. Dapat aku rasakan kucupan kudus singgah di bahuku.

”Kenapa pakai baju ni?” tanya dia. Aku lihat t-shirt yang tersarung di tubuhku. T-shirt yang aku bawa pulang dari rumah sewanya.

”Baju ni kan baju pertama yang abang beli untuk Eiy,” jawabku lembut. Saif ketawa kecil.

”Baju murah, cap ayam je ni. Sebab tu je abang mampu,” sahut dia merendah diri. Aku pegang tangannya yang ada di perutku.

“Tapi abang mampu berikan cinta yang terlalu mahal buat Eiy, kan?”

Aku rasa anggukan Saif di bahuku dan dia terus menyelak rambutku membawa rambut panjang milikku ke tepi. Bila bibirnya singgah bermain di sekitar belakang leher, aku diam saja. Hanya membenarkan kerana aku adalah miliknya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

”Yang dalam tu, yang abang belikan jugak ke?” tanya dia nakal.

Aku leraikan pelukan lalu aku bara tubuhku menghadap tubuhnya. Lengan ini aku sangkut di lehernya. Senyuman menggoda aku hadiahkan buat dia.

”Abang nak tahu ke?"

Dia jungkit kening mencabarku dalam diam. Tanpa sedar, dia menarik aku mengikut langkahnya ke dalam. Pintu luncur dirapatkan membiarkan suasana bilik ini hening dan sepi. Hanya hembusan nafasnya saja yang mula berubah resah.

”Abang memang nak tengok,” bisiknya perlahan. Aku renung wajah yang penuh mengharap itu.

Kerana aku pernah terluka, sekali aku melangkah ke arahnya, aku nekad teruskan kerana aku hanya punyai satu jalan saja dan hanya dia menjadi penanda arah buatku. Menantiku di hujung jalan yang kelam lalu memimjamkan aku sedikit cahaya. Akhirnya aku senyum dan mengangguk menerima kehendaknya.

****TAMAT****

Kerana hati pernah terluka, kita mungkin hilang arah tatkala hendak melangkah. Boleh melangkah mencari arah baru namun pastikanlah, jalan itu ditemani oleh kekuatan diri dan iman agar kita tidak sesat dalam mencari keredhaan Allah. Salam sayang ~~~> RM

54 comments:

  1. tak sbr nak tggu..sebulan lebih lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)

      Delete
  2. alahai dik..mendera perasaan dan minda betuila..adik ni...
    salam kak idA

    ReplyDelete
  3. la kak,smbung la lg!!cm best je...

    ReplyDelete
  4. cepat2 siapkn.x sabar nak baca.hehe :)

    ReplyDelete
  5. tunggu sambungannya......

    ReplyDelete
  6. x tau nak cakap...best sngat.

    ReplyDelete
  7. kak rehan... waaaa.... Eimma dah tangkap cintan dengan saif :) macam mana nie.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Hehe . Sangat best ! Thumbs up !

    ReplyDelete
  9. adesss.... romantiknya kak rehan,
    tangkap leleh saya!!
    untung lelaki kalau dapat bini yang tak kisah pasal duit macam Iqlima ni kan? papepon citer ni boleh dijadikan muhasabah buat semua kaum perempuan macam saya :)

    ReplyDelete
  10. sedeynye mase kene halau...
    romantiknya saif... nak 1 kalo ade...hehehe...

    @_@ sat lg kene hempuk ek hubby i... kekeke...

    ReplyDelete
  11. kepuasan membaca cerpen dpd RM..mmg tk menghampakan..! kak Ani..

    ReplyDelete
  12. mmg best la rm....
    cian kt iqlima bile keluarge sndiri x percaya pd dia....
    nasib baik ade saif......
    biar miskin harta, jgn miskin budi bhsa....

    ReplyDelete
  13. first,,, watak saif ni nampak idup benar..
    hehehe.. terasa mmg ada lelaki y macm ni..
    kita bese dihidangkan dgn hero y encem, kaya, romantik... tp saif ada gaya tersendiri..
    cite ni pun macm ala cite korea islamik.. haha..
    kalau dapat terbit cerpen ni msti best gila.. hehe...

    SSG

    ReplyDelete
  14. adess .. rm nie ... terharu killer bcer cerpen nie .. kiter suker ngan saif lah ..

    ReplyDelete
  15. sentiasa best....i follow

    ReplyDelete
  16. huhu, memang terbaekkk...

    ReplyDelete
  17. terima kasih pd yg sudi baca & komen..patutnya sy bg yg ni untuk diterbitkan kot..haha..takpelah..yg laen pon ok gak tu..yg pasti ade JBHA2..

    Alhamdulillah dpt gak siapkan cerpen KT ni buat ubat rindu pada TK..hehe..doakan sy moga terus dpt mencetus kelainan setiap kali berkarya kerana sy tau, sukar nk mengekalkan rentak & mencari kelainan sebenarnya..

    sayang anda semua..

    ReplyDelete
  18. dah lame sgt saye tggu..niebaru ari nie buka smula blog nie..rm novel yang x abis yang lain tu tulis lg la...smua novel & cerpen rm saye bace best......sgt......!!!!

    ReplyDelete
  19. Waaa best..romantic n sexy dgn gaya tesendiri ho ho

    ReplyDelete
  20. insyaAllah..sy akan mula dgn SAPK semula..& 1 projek novel baru iaitu Assalamualaikum Cinta..hehe..

    Cerpen sy akan siapkan satu persatu..cuma Jahit Balik Hati AKu 2 & Kau Dipaksa Aku Terpaksa tu mmg tak akan ada di blog..itu saja..yg laen akan menyusul..

    Selamat menyokong saya di blog dan juga penulisan2u.my..

    ReplyDelete
  21. rasa macam nak terajang itu muiz sampai lebam.

    suka dengan watak saif. kebanyakkan hero melayu yg sebenar adalah seperti dia. bukan nya semua hero. kaya. hensem. mulut manis. haha

    ReplyDelete
  22. besttttttttt sgt.. tq RM lol

    ReplyDelete
  23. terbaik la dr RM. Bukan senang nk temu lelaki mcm ni lg yg begitu telus dlm kehidupan.

    ReplyDelete
  24. adeh ! buat e-novel la kak RM . . . bestnya !

    ReplyDelete
  25. aa setuju nagn nik ainaa...jadikn novel...cite ni mmg best n lain sbb sellau watak hero yg kaya2 je.....walau miskin harta tp saif kaya n budi n iman....tahu haram n halal......sambung le sikit lg.....nk jg tgk kehidupan saif n iqlima.....idup bertambah berjaya ke.....special n3 pun ok gak...cepat2 ye sambung cerpen2 lain....always support.....

    ReplyDelete
  26. Salam RM

    cerita yang lain dr yg lain.. tersa hidup dua2 watak eiy dengn saif. good jod..

    ReplyDelete
  27. uish.. malu pulak baca yang ending tu. ahhahaa. :">

    ReplyDelete
  28. wusy mmg nak nagis bace cite ni..tp xsmpt nangis da seyum sorang2 pulak tgk aksi dingin saif tu...sweet. erk? sweet? hha

    ReplyDelete
  29. salam RM...
    besstttt....lain dari yg lain...huhu
    hero yg sederhana....suka ngan watak saif..
    benciiii yg muiz...lelaki murah mcm lalang...da ludah nk jilat balk.....uurrk...x malu...rasa nk campak jew kat lombong..hehe ter emo lak fika...
    saluttt...la ngan RM....bestttttt.....(menusuk aty...n...swett hehe)...

    ReplyDelete
  30. erkss.. gateii nooo saif ni.. nak tgk2 plakkk

    ReplyDelete
  31. gatalnye Saif...hehehe...nme mcm plakon hindustan Saif Ali Khan...xP
    tapi cerpen nie sweet sgat!! :D

    ReplyDelete
  32. huhuhu.... sedihnya.Cerita RM memang terbaik...

    ReplyDelete
  33. baggus.....dan amat matang karyanya

    ReplyDelete
  34. hoho best.. i loike :)

    ReplyDelete
  35. Klau la ada lelaki yg btul2 jujur mcm saif tu, untung la...

    ReplyDelete
  36. Wah... Best la:-) Sungguh luhur Saif tu kan... Nasib baik x jd kawin ngn muiz tu...:p

    ReplyDelete
  37. memang best.....thumbup utk RM....LIKE 14 juta kali....hehehe

    ReplyDelete
  38. like it....haha...best sgt RM...tabik spring la....

    ReplyDelete
  39. Like...like....like....

    ReplyDelete
  40. boleh tak rm buatkn novel citer ni..best sesgt2 tak jemu baca
    termasuk hr ni entah dh brpuluh kali bc

    ReplyDelete
  41. bestnyaa... saya suka cerpen ni.. sgt2 :) kak RM terima kasihh

    ReplyDelete
  42. Ade sambungan ke cerpan ni?update ye
    Ape pon congrats sbb dlm byk2 cerpan yg sy bce,cerpen nilah yg mampu buat mata sy berair.tahniah skli lg.teruskan mengarang..

    ReplyDelete
  43. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)

    ReplyDelete