Saturday, November 12, 2011

Terlerai Kasih 44

BAB 44

SENDUKU semakin menjadi-jadi bila aku rasakan telapak tangan Ilham hinggap di belakang kepalaku. Pertama kali dibelai suami, aku berasa sungguh selamat. Selamat daripada ugutan Abang Zali, selamat daripada dikejar oleh Fazlee. Terlindung daripada segala fitnah dunia.

“Kenapa buat Fiah macam ni? Salah apa Fiah pada awak?” tanyaku lirih.

“Syhhh…..jangan nangis,” pujuk Ilham tanpa menjawab soalanku.
Dia terus mengusap bahuku lembut. Tiada lagi kata-kata yang terbit dari mulutnya. Hanya nafasnya yang semakin mendesah. Terasa hangat hangat nafas itu menyapa pipiku.

“Kenapa mesti nak benci Fiah? Kenapa nak batalkan pernikahan kita? Kenapa biarkan Fiah buat janji bodoh macam tu? Kenapa hina Fiah perempuan jalang?” Aku terus menyoal.

Ilham tolak bahuku lembut. Dia mengangkat daguku memaksa aku menentang matanya. Tikaman matanya kali ini tampak kudus. Kini, aku rasakan dia adalah Ilham Fitri yang aku pernah kenali dulu. Yang aku kenali dalam waktu yang singkat. Yang aku pertaruhkan sekeping hatiku yang pernah hancur itu padanya.

“Berapa banyak soalan Fiah nak Am jawab dalam satu masa?” tanya dia.
Bibirnya tersenyum lagi. Jemari kasarnya menyapa pipiku. Menyapu air jernih yang semakin lebat mengalir menodai pipi apatah lagi mendengarkan patah bicaranya kini.

Dapat ku rasakan keikhlasan dalam bicara itu. Tatkala dia mengucapkan namaku, aku dapat rasakan dia adalah Ilham yang pernah berjanji hendak menjagaku dulu. Ilham yang ceria dan suka mengusik. Ilham yang penuh dengan kejutan.

“Nak Am jawab soalan yang mana satu ni? Atau nak Am pujuk Fiah dulu, jangan menangis. Nanti mak dengar, apa mak kata pulak. Kot-kot dia ingat Am buli anak dia pulak,” gurau Ilham lagi.

Kali ini, tanpa silu aku sembamkan wajahku ke dada bidangnya yang tiada berbaju itu. Tangisku bagaikan sudah tidak berkesudahan. Terus aku mengongoi di dadanya.

“Kenapa buat Fiah macam ni? Apa salah Fiah?” Aku peluk tubuh itu seeratnya.

“Rasanya dah sampai masa kita selesaikan hal kita ni. Am dah tak sanggup nak pandang je Fiah macam ni. Sakiti hati Fiah sedangkan secara tak sedar, Am telah sakitkan hati sendiri. Mulut lantang je mengata Fiah sedangkan semua tu tak pernah sampai ke hati. Sebelum Am jawab, soalan Fiah… Fiah kena jawab dulu satu soalan Am,” ujar Ilham perlahan.

“Fiah betul ke tak pernah ada apa yang nak Fiah cakap pada Am sebelum kita kahwin lagi? Masa mula-mula Am tanya soalan ni pada Fiah dulu.”

Aku angkat kepala. Tubuhku masih berada di dalam rangkulannya. Soalan ini lagi. Lama kami bersabung pandang. Aku jenuh mencari jawapan untuk soalan itu. Jika benar tiada apa, pastilah dia tidak bertanya begin hingga ke hari ini. Tapi, aku benar-benar tidak tahu. Sungguh!

“Fiah tak tahu.” Aku geleng. “Kenapa suka tanya Fiah macam tu? Kenapa selalu tanya soalan lepas tu cakap Fiah tahu jawapannya? Kalau Am rasa nak cakap apa-apa, Am cakap je. Am macam ni, Fiah tak tahu nak buat apa.”
Keluhan berat dilepaskan. Ilham menarik aku duduk di birai katil rapat padanya. Dia meraih jariku. Digenggamannya erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.

“Kalau Fiah nak jawapan untuk semua soalan Fiah tu, Fiah kena jawab soalan Am sejujurnya.”
Ilham pandang aku. Jemari kami makin erat bertaut. Aku perlahan-lahan mengangguk.

“Fiah ingat Fatehah, kan?” tanya Ilham. Aku angguk.

“Fiah tau tak kenapa dia berhenti kerja dengan Am?” Kali ini aku menggeleng menjawab soalan Ilham.

“Mungkin Fiah tak tahu tapi Fiah mesti kenal tunang dia, kan?”
Aku ketap bibir menerima soalan Ilham. Lambat-lambat aku mengangguk. Rasa hati ini sudah lain macam. Terasa bagaikan benar apa yang telah Kak Anah duga.

“Masa Am jumpa lelaki tu dekat pejabat Fiah hari tu, Am tak cam dia. Am tak rasa apa-apa. Am tak nak salah sangka sebab Fiah cakap dia dia kawan lama Fiah dan seperti yang Am pernah cakap, Am tak suka lelaki lain tengok Fiah semacam. Fiah hak Am. Hanya Am layak renung Fiah macam tu. Am tak suka berkongsi,” ujar Ilham menyatakan perkara yang sebenar.

Aku tunduk menjadi pesalah kerana menipu dia sebelum ni. Teringat pada cerita Puan Seri dulu tentang sikap Ilham yang satu ini dan juga kata-kata Iqram.

“Abang Am tak boleh kalau orang lain usik barang dia.” Begitulah kata-kata Iqram dulu. Begitu juga dengan ungkapan Puan Seri.

“Kali kedua Am jumpa Fiah dengan dia, memang diluar jangkaan. Am rasa mata Am ni menipu. Sungguh payah nak percaya.” Ilham geleng kepala.

Aku pelik. Entah berapa kali dia ternampakku dengan Fazlee dan entah di mana.

“Kali kedua?” tanyaku pula. Ilham mengangguk.

“Dalam keadaan tak terduga. Tak sanggup Am nak sebut. Masa tu Am fikir, patutlah Fiah beria nak pergi juga cuba baju kahwin dekat Butik Aunty Seri tu biarpun abang tak setuju masa tu. Rupanya Fiah ada agenda lain dengan jantan lain.”

Mendengarkan kata-kata Ilham aku bulat mata. Rasanya benar dia telah ternampak aku dan Fazlee. Dia pernah berkata yang dia ke sana juga cuma waktunya berbeza dan hari ini, aku yakin yang Ilham berbohong denganku masa itu.

“Abang nampak, kan?” tanyaku pada dia. Ilham mengangguk.

“Abang tak sanggup nak ingat. Abang fikir masa tu sebab tu Fiah beria nak ke sana sendirian tanpa abang, rupanya Fiah ada…” Aku tekup mulut Ilham.

Perlahan-lahan aku geleng. Menghalang dia daripada meneruskan kata-katanya. Aku sendiri tidak sanggup mengingati peristiwa aku dipeluk Fazlee apatah lagi hendak membenar dia menyebutnya. Aku tidak sanggup mendengar.

“Jangan sebut. Fiah tak sanggup nak dengar.” Air mataku yang baru hendak kering kembali menitis.

Betapa aku rasa malu mahu menghadapi lelaki yang telah menjadi suamiku ini. Aku malu mahu menerima perubahan dan kesudian hendak berterus terang denganku kerana aku dahulu yang berbolak balik. Tidak pernah mahu menerangkan keadaan sebenar.

“Kenapa Fiah tak pernah nak berterus terang dengan Am?”

“Fiah tak tahu. Fiah ingat Am tak pernah tahu pasal semua ni. Fiah tak nak keruhkan keadaan. Dia kisah lama Fiah dan tak ada gunanya Fiah ungkit pasal dia depan Am. Niat Fiah baik tapi tak sangka Am nampak semua ni,” ujarku.

“Am cuba nak terima sebab mungkin benar mata Am menipu. Am tak tahu apa yang pernah terjadi. Tapi, Am makin tak dapat terima bila ada yang beritahu Am, dia nampak Fiah dengan lelaki tu dekat basement. Lelaki tu sanggup tunggu Fiah begitu sekali, tak mungkin dia kawan biasa je dengan Fiah.”

Bila Ilham berkata demikian, segera wajah-wajah teman pejabatku terlintas di kepala. Wajah Suraya dan Fariza. Wajah yang sentiasa mencemik padaku sejak Zura masuk bekerja bersama kami.

“Itu pun Am cuba nafikan…” Ilham terus menyambung.

“… sebab Am tak nampak dengan mata kepala abang sendiri, tapi bila Fatehah cakap dia nampak tunang dia dengan Fiah kat tangga kecemasan pejabat IF Group, tunang dia merayu-rayu Fiah. Am makin tak boleh nak terima dah semua ni. Tambah pula hari pernikahan kita makin dekat. Apatah lagi kita berkenalan dalam waktu yang singkat saja. Macam-macam benda ada dalam fikiran Am ni. Tapi percayalah, Am tak pernah nak hina asal usul keluarga Fiah. Cuma, bila terjadi macam ni, Am rasa tertipu. Tertipu dengan wajah mulus Fiah. Rasa macam semuanya benar bila semua orang sibuk dok bercerita pada Fiah dekat telinga Am. Segalanya tentang keburukan.”

Ilham hela nafas panjang. Hari ini, aku mahu dia bercerita tentang segalanya. Segala yang membuatkan dia berubah. Aku hanya mahu mendengar.

“Bila Fiah hantar kad kahwin tu, Am dah tak ada rasa nak nikah dengan Fiah dan bila Am pulangkan kad kahwin tu sebenarnya Am rasa bersalah sangat. Dalam hati ni berdoa juga moga Fiah datang semula pada Am. Am syukur bila Fiah benar-benar sanggup datang. Tapi, bila teringatkan wajah sedih Fatehah, Am jadi benci pada Fiah. Tambah pula bila Fiah buat janji macam tu, Am mula yakin yang Fiah ni boleh dibeli dengan wang ringgit. Apatah lagi bila Fatehah cakap pada Am yang dia terdengar Fiah cakap pada Fazlee yang Fiah pilih Am sebab harta dan kedudukan semata-mata. Dalam dada ni…” Ilham melekapkan telapak tanganku ke dada bidangnya.

“… berperang sesama sendiri. Antara benci yang kian bercambah dan cinta Am pada Fiah yang tak pernah surut. Am lagi sakit hati bila masa Am minta nak peluk Fiah dulu, Fiah kemain berhujah tentang maruah bagai sedangkan Fazlee sewangnya peluk Fiah.” Ilham mengeluh berat.

Riaknya menunjukkan dia jelas sesal dengan apa yang telah dilihatnya. Tapi, itu bukan silapku. Mungkin mereka tidak nampak apa yang telah aku hadiahkan buat Fazlee dua kali itu. Aku yakin Ilham dan Fatehah tidak nampak.

“Am dengan Fatehah nampak Fiah dipeluk oleh Fazlee. Nampak Fazlee merayu Fiah. Tapi, sayangkan… Am dengan dia tak nampak bila Fiah tampar Fazlee,” ujarku pedih.
Rasa tidak adil bila menerima hukuman begini daripada Ilham dan Fatehah. Aku senyum sinis buat Ilham.

“Senang Am dan Fatehah menghukum tanpa tahu hujung pangkalnya. Memang Fazlee tu kisah lama Fiah. Tapi, Fiah dah lama lupakan dia dan Fiah tak pernah tahu yang Fatehah tu tunang dia sampailah hari kami bertembung dekat lobby IF Group. Am orang terpelajar. Cerdik pandai. Keturunan baik-baik. Tidak seperti Fiah. Lahir dalam keluarga yang pincang, yang menjadi cercaan orang sepanjang masa. Kenapa Am tak dapat nak fikirkan yang rasional? Berfikir dengan lebih matang dalam soal ni?” tanyaku lagi.

Aku angkat tubuh menjauh daripada dia. Terasa jauh hati benar kali ini. Sewenang itu dia menghukumku atas silap yang bukan dariku.

“Maafkan, Am. Mungkin sebab cemburu….”

“Jangan suka meminta maaf Am,” pangkasku. Aku hadiahkan senyum sinis lagi buatnya.

“Fiah takut satu hari nanti, ungkapan maaf Am tu benar-benar tak bernilai lagi buat Fiah. Masa tu, Fiah takut Fiah mungkin dah tiada hati dan perasaan lagi.”

“Siapalah yang boleh terima kalau bakal isteri sendiri dipeluk orang lain?” Dia masih mahu menegakkan egonya yang jelas sudah hampir tumbang.

“Bukan kehendak Fiah macam tu, Am. Kalau benar kehendak Fiah, buat apa Fiah pertaruhkan kebahagiaan Fiah dengan gantung leher Fiah pada janji mengarut macam ni? Nikahi Fiah hanya untuk selamatkan maruah keluarga? Lepas tu Fiah rela Am ceraikan Fiah? Siapa sanggup Am? Am ingat Fiah sanggup ke? Fiah lalu ke nak telan semua ni kalau bukan terpaksa?” tanyaku dengan suara yang hampir meninggi.

Dia diam menekur pandangannya ke lantai. Bagaikan pesalah padaku. Andai diikutkan hati, mahu saja aku herdiknya kembali tapi benar katanya, biarlah kami rungkaikan kekusutan hubungan kami hari ni. Andai benar kasih kami bakal terlerai, setidak-tidaknya aku tenang setelah mengetahui sebab musababnya.

“Kalau sebab cemburu buta Am tu yang membawa Am hukum Fiah macam ni, Fiah rasa Am adalah orang yang paling bodoh dalam dunia ni. Memang tak pernah tahu menilai, kan? Buta mata tak apa lagi. Ini Am dah buta hati. Tak percaya pada Fiah. Dulu, Am pernah tanya, kenapa Fiah tak pernah ucapkan cinta pada Am. Sukar ke nak rasa cinta Fiah pada Am?” soalku lemah. Aku benar-benar kesal dengan apa yang telah terjadi.

Hanya kerana itu saja. Hanya kerana rasa cemburu dan curiganya saja. Hanya kerana rasa ingin memiliki dia melayaniku begini? Ilham diam tidak menjawab dan aku harus mengambil peluang ini untuk meluahkan apa yang aku rasa.

“Fiah pernah mengaku sekali, Fiah jatuh cinta pandang pertama pada Am. Sekali Fiah janji, cukuplah untuk selamanya Am. Tapi, mengapa makin meniti masa, cinta Am pada Fiah kian meragukan? Fiah cuba berubah untuk jadi lebih baik bila kenal Am. Cuba untuk tidak menjadi pendendam. Cuba untuk tidak jadi keras hati. Tapi, rasanya salah perubahan Fiah tu bila masyarakat sesuka hati adili Fiah dan Am sendiri tidak sudah-sudah mengatakan Fiah perempuan jalang. Perempuan tak bermaruah. Perempuan yang tak layak untuk dicintai apatah lagi untuk menyintai. Perempuan yang sanggup gadaikan diri untuk kemewahan. Kalau betul Fiah pelahapkan duit Am, buat apa Fiah bayar balik semua perbelanjaan perkahwinan ni? Kenapa Fiah pulang balik duit hantaran Am tu?” Kata-kataku mula tersekat-sekat dek sendu.

Pedih hatiku menerima hakikat ini hari ini. Rasanya lebih baik agar agar kami tidak berada di sini sekarang. Aku bagaikan tidak dapat terima alasan yang Ilham berikan. Biarpun dia sudah kembali menjadi Ilham yang dulu tapi, aku tetap rasa jauh. Terlalu jauh malah semakin jauh pula. Pelik!

“Am minta maaf, Fiah,” pohonnya sambil merenung mataku. Aku geleng. Sukar hendak aku berikan apa yang dia pinta.

“Fiah manusia biasa, Am. Maaf ini senang meminta, tapi sukar memberi. Am pernah minta dulu sekali dan Fiah dah beri. Rasanya hari ini, Fiah tak ada maaf untuk Fiah beri pada orang sehebat dan semulia Am. Maaf daripada Fiah sehina dan sejijik tubuh Fiah,” ujarku memulangkan paku buah keras.

Biarpun dengan air mata yang juraian, setiap kata-kataku ada ketegasannya dan aku benar-benar memaksudkannya. Sengaja aku berkata demikian. Mahu diungkit kembali saat dia menghina dan mengherdikku. Meletakkan aku sebaris yang wanita yang tiada harga diri malah lebih hina dan jijik daripada itu hinggakan aku terpaksa membeli perkahwinanku sendiri demi maruah.

“Maafkan Am, Fiah,” pintanya lagi. “Am lupa betapa Fiah menjaga maruah diri. Am benar-benar lupa. Maafkan Am dan Am pohon, berilah Am peluang kedua,” rayunya.

Bila dia bangkit dan mahu mendekat padaku, aku angkat tangan. Memberi isyarat agar dia tetap saja di situ. Langkah
Ilham terhenti. Dia hanya berdiri memandangku dengan jarak hanya dua meter saja kerana bilik tidurku ini tidaklah sebesar mana.

Dengan kata lain, aku sebenarnya takut, andai dia menghampiri dan membawa aku ke dalam pelukan eratnya sekali lagi, aku pasti tewas dan aku tidak mahu begitu.

Segala yang terbuku di hati perlu aku leraikan sebelum ianya menjadi lebih buruk. Sudah cukup aku memendam rasa. Bahu ini sudah rebeh. Alang-alang dia memulakan, biarlah aku yang menamatkannya.

Dia tidak pernah tahu, betapa seksanya aku menahan nista daripada bibir Abang Zali. Mujur sahaja perkara ini masih dapat disimpan oleh mulut tempayan yang perlu aku sumbat dengan duit itu. Andai tidak, aku tidak sanggup membayangkannya sekalipun.

“Fiah tak pernah salahkan Am kalau Am lupa. Fiah sedar siapa Fiah. Fiah dari keluarga yang tidak baik. Yang huru hara. Satu pejabat juga dah tahu siapa Fiah. Masing-masing sibuk mengherdik hinggakan ada yang cuba buat khianat agar Fiah diberhentikan kerja.” Kata-kataku terhenti seketika.

Teringat pada kelulusan pembayaran yang dikhianati oleh Zura dan teman pejabat yang lain. Aku tahu, mereka sengaja tapi sudahnya, aku juga yang dipersalahkan.

“Tapi, Fiah kena terima. Segala yang berlaku tak pernah silap. Takdir dah aturkan segalanya Am. Allah temukan Fiah dengan Am. Dia titipkan rasa cinta di hati kita tapi sayang, bila Dia menduga, Am tewas sedangkan Fiah penat menahan langkah Am tapi Am tetap menapak ke depan tinggalkan Fiah di belakang. Sabar Fiah dah hampir tewas. Fiah pernah rendahkan maruah Fiah di kaki Am semata-mata nak Am nikahi Fiah. Tapi, hari ni… Fiah tak mungkin buat macam tu lagi. Fiah terima segalanya sebagai kifarah daripada Allah sebab menyalahkan arwah ayah menduakan mak dulu. Terima kasih sebab sudi menyatakan kebenaran dan sekali lagi, Fiah beri maaf pada Am dan lain kali, Fiah mohon, Am jangan mintanya lagi,” ujarku panjang lebar. Langsung tidak memberikan peluang pada Ilham bersuara.

Aku tidak mahu lagi menjadi boneka manusia bernama Ilham Fitri. Cukuplah sekali. Benar cintaku ini hanya kekal untuk dia selagi ada nyawa di dalam jasadku yang sudah hampir rebah ini. Tapi, aku lebih rela bersendiri daripada hidup dengan lelaki yang tidak sudi mempercayai kesetiaanku.

“Dan Fiah rasa, bukan sebab mama Am, baru Am sanggup datang semual nak jemput Fiah, kan?”
Ilham menggeleng. Aku senyum lagi. Sudah ku telah, memang bukan kerana mamanya.

“Jadi, sebab apa? Sebab Am dengar Fiah sembang dengan Izham malam semalam, kan?” tebakku tenang. Aku yakin itulah yang membawa kehadiran dia lagi kali ini.

Dia diam dan aku telah simpulkan jawapanku sendiri. Memang dia tidak pernah mempercayai kasih dan cintaku padanya. Jadi, untuk apa lagi aku terus berharap pada dia.

“Rasanya, Fiah dah tahu kenapa Am jadi macam ni. Jadi, tak ada gunanya lagi kita bersama. Fiah rasa kita teruskan dengan janji kita dulu. Tak apa delay, tapi elok Am lepaskan Fiah secepat mungkin,” cadangku tenang.
Sedaya upaya aku tahan hati agar menerima ketentuan ini. Sudah penat dihambat karenah masyarakat yang hanya suka menilai dan mengkeji.

“Am cintakan Fiah. Tak pernah berubah. Mungkin Am silap sebab terlalu cemburu tapi percayalah, Am cintakan Fiah. Am percayakan Fiah. Am yakin dengan cinta dan kesetiaan Fiah pada Am,” tegas Ilham di dalam suara yang sedikit serak.

Aku tahu dia sedang menahan air matanya daripada gugur. Hatiku tersentuh juga melihatkan tubir mata kuyu itu bergenang dengan air mata. Tapi, aku sudah tiada berdaya. Aku lebih sanggup menutup mulut Abang Zali dengan wang ringgit agar tidak diberitahu perkara ini pada mak daripada hidup dalam kepura-puraan dengan cinta yang Ilham sendiri tidak yakini.

“Kalau cinta, bukan begini Am. Fiah perlukan kepercayaan dan keyakinan Am dalam cinta kita. Bukan curiga dan cemburu buta macam ni,” protesku kesal.

Dia mendekat padaku sekali lagi dan kali ini tidak mampu aku halang. Jemariku diraih lantas dia kucup lama. Setitis airmatanya jatuh di telapak tanganku. Bila dia angkat wajah, anak mata itu merah menahan tangis.
Tidak dapat menyaksikannya, aku larikan mataku ke arah lain. Aku tidak mahu hatiku cair dengan air mata lelaki yang telah banyak menyakitiku.

“Memang Am pijak kad kahwin kita dulu. Tapi, Fiah tak tahu, abang tetap edarkan juga dan hujung minggu ni kenduri belah Am. Kenduri menyambut Fiah. Mama dengan abah kemain buat persiapan. Iqram juga akan balik dengan bakal tunang dia. Mungkin betul Am cemburu bila Iz telefon Fiah, tapi salah satu sebab Am balik sebab Fiah sendiri.”
Aku langsung tidak terperanjat dengan kata-katanya. Sudah ku duga. Dia anak yang taat. Tidak mungkin dia sanggup memalukan keluarganya dengan membatalkan perancangan yang telah Puan Insyirah aturkan.

“Kalau macam tu, Fiah akan balas budi Am sebab dah selamatkan maruah keluarga Fiah. Fiah akan balik ikut Am. Selepas majlis menyambut selesai, sekali lagi Fiah mohon, lepaskan Fiah dengan cara baik. Carilah berjuta alasan sekalipun untuk keluarga Am. Tak kisahlah dengan memburukkan Fiah sekalipun. Fiah tak kisah. Lepas ni, kita saling tak berhutang,” tegasku penuh tekad.

“Kenapa Fiah tak dapat nak terima Am?” tanya dia lirih. Air matanya mengalir laju.
Aku ketap bibir dan memejam mataku seerat mungkin. Jauh di sudut hati, aku berharap ini adalah mimpi. Tapi, bila aku buka mata, ianya masih realiti yang perlu aku hadapi.

“Selepas apa yang terjadi….” Aku geleng kepala. “….agak sukar, Am. Sekali lagi terima kasih atas segalanya. Kita bertolak balik kejap lagi. Janji dengan Fiah, selepas selesai segalanya, lepaskan Fiah hidup sendiri. Anggaplah ni balasan yang Fiah nak atas apa yang telah Am lakukan pada Fiah,” ujarku separuh merayu.

Aku tahu, Ilham tidak dapat menerimanya. Dia menggeleng berkali-kali.

“Kalau macam ni sikap Fiah, biar Am beritahu mak tentang kita.” Ilham mula mengugut.

“Kalau Am buat begini, Fiah tak kan pernah maafkan Am lagi. Mak tak boleh tahu. Selagi Fiah bernyawa, perkara ni mak tak boleh tahu,” tekanku keras.

Anak matanya aku renung tajam. Memberi amaran dalam diam. Jangan dia sesekali berani berkata demikian.

“Mak tengah bahagia sekarang. Jangan buat dia sedih,” sambungku lagi.

“Kalau kata tak nak mak sedih, kenapa Fiah tak boleh nak terima Am. Am ingat lepas kita leraikan semuanya, Fiah boleh kembali pada Am tapi rupanya…” Dia menggeleng.

“Fiah tak pernah lari dari Am. Tapi, Am yang halau Fiah. Lagipun, selepas apa yang terjadi, Am biarlah Fiah hidup sendiri buat sementara waktu,” pohonku pada dia.

Setidak-tidaknya aku tenang sekarang. Selepas tiba di Kuala Lumpur nanti, aku akan jejaki Fatehah untuk merungkaikan kebenaran. Aku tidak sudi dipersalahkan lagi. Dituding jari dan dimaki sesuka hati. Yang lainnya, aku sudah tidak mahu peduli. Cukuplah kebahagiaan mak padaku. Dan Abang Zali pula…. Hatiku mengeluh lagi.

“Berapa lama masa Fiah perlukan? Am boleh beri.” Ilham sudah teresak sendiri.
Aku menggeleng. “Am simpan sajalah masa Am tu. Fiah punya masa Fiah sendiri. Jangan risau,” jawabku lantas aku berlalu bersama helaan nafas yang panjang.

Rasa lega bila Ilham tewas jua akhirnya. Tapi, aku sebenarnya yang kalah teruk kerana sekali lagi membuat keputusan mengikut rasa hati yang dendam.

~~~> bersambung

17 comments:

  1. sedh sangtttt.nk lg cpt sambung RM.

    ReplyDelete
  2. aiyaa...fiah plak,ish ish ish...

    ReplyDelete
  3. sedih nya..:'( sorang ego, sorang pendendam..ish..cepat berbaik..nak gak tgk am ngan fiah bahagia..jgn dendam..x elok..but very good entry! good job! best baca :D

    ReplyDelete
  4. kesiannyer fiahh..hati die dh terluka sgt..RM x sbr nk tggu next entry..

    ReplyDelete
  5. alahai dik..walaupun telah mamat poyo tu merendahkan egonya..kenapa fiah begitu rupa tindakannya mengikut perasaan..udah udahlah tu..tak baik membelakangkan suami sedangkan ilham sudah meluahkan apa yg dia rasa..apa yg dia nampak..cuba fiah..letakkan kedudukan dia ditempat ilham ..bagaimana rasanya..harap fiah mulakan semula ngan ilham..biarla apa yg berlaku ini merupakan satu pengajaran buat mereka..sepatutnta fiah membawa ilham untuk bersemuka ngan fazlee dan fatehah agar tidak ada fitnah lagi..ikuti lah hukum syarak insya allah tidak akan berlaku lagi konflik dan salah faham..Thanks dik for the E3.akak mmg menunggu..sedihnya E3 kali ini..akak teremosi sebentar dik..kalau dua dua tak nak mengalah ..apa jadi pada perkawenan ini..akan nak terlerai..sedangkan masih ada cinta dihati fiah untuk ilham..sudah sudah lah merajuk tu..fiah..why not take a chance to take this opportunity dan menjalani kehidupan sebagai isteri mithali buat seorg suami yg tlh insaf akan tingkah lakunya..Good job penulis..hope ada E3 lagi..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  6. haishhhh , sukaa ! wafi pula ego lain mcm . hihihi . btw , best ! thankss sebb bg entry nehh . nk lgyy . heee

    ReplyDelete
  7. macam nk trcabut jantung akak...
    mmg fiah btul2 dh kcwa dgn apa yg trjadi...
    rehan cuba lebh peka pd pggunaan nm..krn kjap abg n skjp am..

    ReplyDelete
  8. cepatla sambung...harap fiah trima la am.

    ReplyDelete
  9. padan muka kau ilham sokong dgn tindakan wafiah ingat senang2 je nak maaf kan lepas maruah dipijak dan dihina dgn teruk sekali.jgn bg peluangkat ilham ya kak.tapi makesure happy endinglah kalau sad ending ada blog yg kena ban ni nanti.he,he,he.

    ReplyDelete
  10. Bergegar tiang arash...setiap kali isteri mohon cerai dari suaminya....fiah yg salah sebab tak berterus-terang pasal fazlee...w/pun am dah bagi hint byk kali suruh terus-terang. kalau awal2 dia terus-trg tak lah am terus curiga pada dia...so tak salah am curiga dan cemburu...so lps ni jgn la asyik nak tuntut cerai aje...dan harap am bertahan tak lepaskan fiah...

    ReplyDelete
  11. rasanya elok juga ilham diberi pengajaran..lain kali jangan main tuduh n syak yg bukan2..bertrus trang tu kan lebih senang, pandai2 ler ko pujuk fiah tuh ilham oooiii...tu la bila cakap ikut sedap mulut jek...skrg terima la natijahnye...sambung lagik RM...

    ReplyDelete
  12. sedihnya.....janganlah minta cerai fiah walaupun ilham membuat kesilapan...semoga ilham tidak melepaskan fiah...berharap kesudahannya happy ending......

    ReplyDelete
  13. ...siapa yang pernah melalui pasti mengerti mengapa wafiah jadi begini..hidup seperti tak pernah memberi ruang utk dia menikmati bahagia n tenang...klu dia tega menafikan cinta yang masih bersisa terhadap ilham ini kerana dia sudah tidak mampu menahan pedih luka dijiwa...dia hanya insan biasa..ilham lah yang telah membunuh hati n cintanya..perlahan2...dengan segala curiga n wasangka..cinta bukan hanya tentang menyulam kasih, namun ianya tentang memberi dan menerima segala kekurangan..harus yakin n teguh mempertahankan, kuat berkayuh di laut ujian...wafiah..tidak salah mendengar bisikan hati..tapi kena ingat..ikutkan hati mati ikutkan rasa binasa..cinta juga tntang saling memaafkan jua melupakan...kdg2...disaat hati sangat tega berlari..terlalu lewat utk menyedari apa yang kita telah kehilangan..n yang paling menyedihkan sudah tidak ada ruang lagi untuk kembali...wafiah...tanyalah Dia untk jawapan yang benar n tepat...

    ReplyDelete
  14. Only time can heal. For the best answer, mohonlah petunjuk dari Tuhan, Wafiah.

    ReplyDelete
  15. itulah kata pepatah Terlajak perahu boleh ditarik
    balik tapi terlajak kata padah jadinya... hati mana yg tk terluka sekiranya isteri yg difitnah
    suami sendiri sanggup menggelar perempuan murahanlh, jalanglah dn bermacam lagi.. hati
    siapa yg tak terasa sedih dan pilu. berilah Fiah masa untuk terteramkan hati yg sdg sedih sgt diatas caci maki suami sendiri. Ilham pun lain kali jgn nk cemburu tak tentu pasal siasat dulu... cpt sambung..

    ReplyDelete
  16. Fiah jangan terlalu ego... ilham dah minta maaf...
    betul kata Ilham bila dah terurai Fiah pula buat hal..

    ReplyDelete