Tuesday, December 13, 2011

Terlerai Kasih 57

BAB 57

HARI ni sudah masuk tiga hari aku cuti sakit. Bila Encik Azhan memberikan keizinan dan menasihatkan aku ke klinik untuk pemeriksaan, aku iyakan sahaja. Aku sentuh dahi. Tidaklah demam. Bila aku tilik wajahku, terasa pelik benar dengan rambut yang sangat pendek ini.

Namun, aku harus redha menerima segalanya. Aku terima ini sebagai hukuman di atas khilaf yang aku tidak sengajakan. Sungguh aku tidak sengaja. Tindakan begitu terjadi kerana rasa terkejut dan tapi berkali-kali aku merayu menyatakan kebenaran, dia tetap tidak mampu menilai.

Titisan airmata di pipiku, aku sapu lagi. Kali ini, aku benar-benar berharap ini adalah titisan yang terakhir. Cukuplah aku diperlakukan begini oleh dia. Dia yang pernah berjanji namun sekelip mata dia mungkiri.
Tiada gunanya aku berubah andai perubahan itu semakin memakan diriku saban masa. Lelah jasadku, semput nafas ini menahan segalanya yang mendatang kerana aku tidaklah berkudrat mana.

Mungkin benar kata Ilham, menikahiku adalah perkara yang paling dia sesali kerana aku juga mula menyesali diri. Kesal kerana mengubah diri. Kesal kerana menerima dia dan kesal segalanya. Tapi, siapa aku hendak menolak takdir dan jauh sekali hendak menyalahkan.

“Yang terjadi tu tak pernah silap, Fiah. Takdir tak pernah silap!” Terngiang-ngiang pesan mak padaku. Hanya itulah yang menjadi kekuatan untuk aku bergerak ke depan biarpun hanya dengan merangkak.

Sudahnya, demi mengelakkan berlaku sebarang masalah antara Ilham dan adiknya, aku terpaksa tebalkan muka meminta daripada Fara dan Iqram untuk menjenguk Zura sebelum kami hantar dia pulang nanti.

Bunyi pintu terkuak membuatkan aku menjauh daripada cermin dan terus saja mengambil tudung lalu aku sarungkan ke kepala dan membawa langkahku duduk di beranda.

Aku tahu Ilham sedang memandangku. Tapi, aku hanya buat tidak peduli. Andai dia ingin sakiti aku lagi, aku tidak akan berdiam diri. Cukuplah apa yang aku lalui. Cukup!

“Wafiah!” panggilnya kuat.

Aku tetap membatukan diri melihat abah dan mama yang sedang bersembang di laman. Lega hati ini melihatkan tawa mama. Sedih tatkala melihatkan kemesraan mereka berdua kerana mak tidak pernah melaluinya dulu.

Lagi sedih tatkala mengingatkan aku membohongi mama tentang Zura. Rasa tidak salah andai aku berkata benar, tapi mengapa singkatnya pemikiran aku? Adakah aku kini sedang menerima khifarah di atas segala pembohongan aku sejak dari awal lagi? Niatku bagik hendak menjaga kebahagiaan semua orang hinggakan aku jual kebahagiaan sendiri namun aku terlupa satu perkara, niat itu tidak pernah menghalalkan cara. Memang tidak pernah.

“Fiah!” tekan Ilham lagi. Bila aku menjeling ke arahnya, dia sudah bercekak pinggang.

“Kau memang tak dengar atau kau buat-buat tak dengar?” herdiknya. Aku tetap diam hinggalah dia mendekat padaku dan menarik pergelangan tanganku.

Selepas tubuh kami sama-sama berada di dalam rumah, pintu luncur itu dia tolak kasar.

“Kenapa kau tak kerja banyak hari dah? Kau tahu tak betapa payahnya kami nak laporan tu daripada Megah sebab kau tak ada?”

Aku diam lagi.

“Cakaplah.” Ilham mencengkam pula rahangku dan aku pantas juga menepis.

“Saya dah minta cuti dengan bos. Dia izinkan. Sepatutnya abang suka bila isteri abang duduk rumah. Tak keluar berpelisiran merata-rata.” AKu menjawab sinis. Ilham ketap gigi.

“Minta cuti apa sampai tiga hari?”

“Salah ke? Saya tak kerja dengan abang. Abang bukan bos saya dan tolonglah, jangan sebab saya cuti tu abang nak jadikan isu sedangkan abang ada perkara lain nak cakap, kan?” tebakku lagi. Ilham terdiam.

“Tapi, sebelum abang cakap biar saya cakap dulu. Sebab abang dah banyak bercakap, hari ni biar saya pula yang bercakap. Duit dalam laci tu saya ambil seribu. Alasannya, saya pernah cakap dekat abang walaupun abang tak nak percaya. Kalau kata hari ni abang tetap tak nak percaya, terserah. Saya hanya katakan yang benar,” ujarku seraya menapak ke pintu.

“Wafiah, tunggu…,” panggilnya perlahan. Biarpun masih keras dan tegas, tapi suara itu tidaklah meninggi seperti sebelumnya.

“Aku rasa, elok kalau kau letak jawatan,” cadang Ilham tiba-tiba.

Aku terus berpaling dan menapak semula ke arahnya. Wajah itu aku renung dengan perasaan yang berbaur dan yang pasti, ada benci yang mula terselit di dalam diriku.

“Letak jawatan? Apa maksud abang?” Aku masih cuba mengawal marahku.

“Daripada kau buat benda bukan-bukan kat luar lebih baik kau duduk rumah. Aku akan bayar kau bulan-bulan sama banyak dengan gaji kau sekarang!”

Aku ketawa tiba-tiba. “Bayar? Macam bayar seorang pelacur macam tu? Maaflah Encik Ilham Fitri, saya terlalu mahal untuk encik bayar dengan wang ringgit. Seperti yang pernah saya cakap dulu, kalau lelaki yang saya tak suka, tak perlu bayar pun. Kalau kata dengan lelaki yang saya tak suka, berjuta sekalipun, saya tak nak.” Sengaja aku tekan perkataan tak itu pada dia.

“Kau jangan cabar aku, Fiah!” tekannya memberi amaran.

“Cabar apa? Siapa yang cabar kesabaran siapa sekarang ni? Cuba abang cakap. Siapa? Siapa yang banyak memberi dan siapa yang menerima, bang?”

Aku mahu dia jawab soalanku itu dengan jujur. Siapa yang banyak memberi derita dan siapa pula yang hanya menerima tanpa mampu menepis. Tapi, Ilham diam dan aku akan mengambil peluang ini sebaik mungkin. Sudah cukup aku kumpulkan kekuatan biarpun tidaklah segagah mana. Cukuplah aku mempertahankan diri.

“Sekarang abang jawab soalan saya ni. Kenapa abang nak saya berhenti kerja? Sebab rasa curiga abang pada saya tu tak pernah luput? Malah makin tebal pulak, kan? Apa masalah abang. Masa jari saya ni merah lagi dengan inai, abang kata saya macam-macam. Saya ingat semua tu, bang. Jangan kerana rasa hendak memiliki, abang jadi macam ni. Saya mohon buat kali terakhir daripada abang, sekali abang buat keputusan, tetapkanlah keputusan tu biarpun akan melukakan hati abang sendiri satu hari nanti. Sekali abang pergi, janganlah abang toleh-toleh lagi. Saya tak akan kekal berdiri menanti abang di belakang,” ucapku dengan suara yang masih rendah.

Aku tidak mahu menengkingnya. Dia suamiku. Benar katanya, selagi talak itu tidak dijatuhkan, aku masih isterinya dan aku wajib menghormatinya. Wajib patuh pada dia, wajib menjaga maruahnya dan wajib segalanya. Tapi, bagaimana harus aku hadapinya jika dia tidak pernah menjaga hak aku sebagai isteri?

“Betul apa yang saya rasa masa mula-mula abang menyesal dulu. Perkara ni tak lama. Tapi, saya sangat tak jangka, hanya beberapa hari je. Kadang-kadang saya rasa hidup saya ni macam kisah dongeng. Kisah yang dipentaskan untuk tontotan umum. Abang sedar tak, abang sebenarnya nak memiliki, bukan menyintai,” sambungku tenang. Mengulang semula ayat yang pernah aku ucapkan pada dia.

“Kau jangan tak putar belit fakta pulak, Fiah. Apa yang aku nampak itu tak mungkin menipu,” bentak dia geram. Aku gariskan senyuman lagi.

“Memang tak menipu tapi tak semestinya benar, kan? Sama seperti waktu dulu, bila abang nampak, abang tak datang dekat. Tak pernah nak tanya. Terus buat kesimpulan. Masa tu, rasanya tak ada guna saya berbicara lagi. Abang sentiasa betul dan akan sentiasa betul,” ucapku tenang.

“Habis tu yang aku nampak Izham pegang pipi kau, lepas tu aku jumpa gambar kau ni dalam bilik Izham…” Ilham melemparkan sekeping gambar tepat ke wajahnya dan terus saja jatuh ke kaki lalu aku tunduk dan mengutipnya.

Bibir ini mekar dengan senyuman. Aku lihat gambar aku seorang diri berpakaian kurung moden berwarna hijau muda. Gambar yang nampak sedikit diubahsuai. Setelah perit menelan segala racun berbisa, hari ini aku lebih tenang. Lebih matang mengawal keadaan agar tidak terus melatah.

“…kau nak cakap apa kalau gambar tu ada dalam bilik Izham? Adik aku tu?” Kuat saja suara dia menyambung.

“Ini macam gambar malam kenduri doa selamat tu, kan?” Aku bertanya pada diri sendiri.

“Rasanya memang Izham pegang kamera waktu tu. Emm, memang saya yang suruh dia tangkap gambar ni untuk simpanan dia. Cantikkan?” Aku bertanya kembali pada Ilham dengan senyuman. Letih sebenarnya hendak menangis dan merayu pada dia yang tak sudi.

Gambar itu aku tunjuk pada dia. Gambar sewaktu aku ketawa bersama Fara dan Ilham juga waktu tu. Tapi, kini hanya aku seorang saja yang kelihatan.

“Kau memang suka nampak cantik di mata lelaki lain, kan?” sindirnya. Aku senyum lagi menerima fitnah itu entah kali yang ke berapa.

“Saya wanita. Penggoda pulak tu. Mestilah nak nampak cantik.” Aku ketawa sendiri. Ilham ketap gigi.

“Memang kau perempuan tak tahu malu. Memang patut aku gunting rambut kau tu. Sebab kau tak tahu nak menghargai kecantikan yang Allah kurniakan.”

“Kecantikan untuk dinikmati oleh sesiapa saja yang menghargai. Dan satu lagi saya nak minta, saya kena balik kampung sehari dua. Ada urusan penting. Abang nampak, kan saya kat rumah sewa tu. Saya nak hantar kawan saya yang ada dekat rumah sewa tu balik kampung. Tak percaya, kan? Tak mengapa,” ujarku lembut.

Aku terus saja berpaling. Andai berlama-lama di situ, aku takut sikapku akan bertukar menjadi kurang ajar pula pada dia sedangkan aku masih mahu menghormati dia selagi kasih kami tidak terlerai.

“Aku masih nak kau berhenti kerja, Fiah,” tekan Ilham sekali lagi sewaktu aku memegang tombol pintu.

“Dan saya juga tak nak abang tarik semula segala tuduhan abang pada saya,” ucapku dengan suara yang mendatar lalu aku berlalu keluar membiarkan dia sendiri yang terduduk di tepi katil.

Dalam hati ini hanya ada satu perkara lagi yang menjadi parasit memakan diri iaitu rasa bersalah pada mama kerana membohonginya. Bila aku mengintai ke laman, ternyata mama sudah bersendiri menyiram pokok bunganya. Abah pula entah ke mana sudah hilangnya.

“Mama…,” seruku lembut. Dia berpaling dan tersenyum.

“Awal Am balik hari ni?” tanya mama padaku. Aku angguk.

“Itulah. Fiah pun tak tahu kenapa?”

“Eloklah tu. Kamu berdua ni muda-muda la nak beranak pinak. Am tu pun bukan muda lagi. Bila lagi, kan. Mama memang suka nak jaga cucu-cucu ni haa. Tak adalah mama bosan dok rumah sorang-sorang kalau kata semua orang tak ada,” ucap mama sambil melirik ke arahku penuh makna.

Ilham pernah meminta zuriat daripadaku tapi esoknya, dia berubah langsung. Wanita manalah yang tidak sudi mengandungkan anak kepada suami yang dia cintai. Memiliki anak-anak yang comel dan sihat sebagai penyeri rumahtangga dan terus mengikat kasih sayang antara kedua ibubapa. Namun, bila memikirkan keadaan rumahtangga aku dan Ilham yang akan berpenghujung sikit masa lagi, rasanya lebih baik andai kami tidak punyai anak.

“Err, insyaallah, ma. Ada rezeki kami dan andai Allah izinkan,” balasku penuh makna.

Ya, benar. Andai Allah tetapkan rezeki kami masih bersama dan andai Dia izinkan juga aku terus menjadi isteri kepada Ilham Fitri, aku juga mahu begitu. Tapi, bila melihatkan hati suamiku itu yang tidak pernah berubah. Hanya disaluti curiga dan egonya sendiri hingga buta menilai kasih sayang dan cintaku padanya.

“Mama…,” seruku sekali lagi.

“Ya,” jawab mama sambil terus menilik satu persatu bunga orkidnya.

“Pasal beberapa hari lepas tu…” Aku telan liur yang mula terasa kelat. Tidak tahu bagaimana hendak mengakui segala pembohonganku pada mama. Malunya usah dicakap.

“Pasal apa?” tanya mama tenang. Dia tegakkan badannya dan melihat ke dalam mataku. Bibir itu tidak pernah lokek dengan senyuman.

“Pasal kat butik hari tu…”
Belum sempat aku habiskan ayat, mama gelak sakan. Dia mengusap bahuku lembut.

“Fara dah cakap dekat mama. Tapi, mama nak tanya jugak, kenapa Fiah tak bawa je kawan Fiah tu tinggal kat sini kalau kata dia tak ada tempat. Mama kan ada,” ucap mama tenang.

Aku mula pelik. Kalau begitu, macam mana Ilham berkata begitu. Namun, jauh di sudut hati, lega juga bila Fara telah memberitahu kebenaran.

“Tapi, Am…”

“Am tanya mama. Mana mama tinggal isteri dia. Mama malas nak jawab, mama cakap lah, bukan ke Fiah dengan dia. Cemberut la muka dia. Lepas tu terus masuk bilik dengan muka masam. Padahal mama bergurau je,” beritahu mama padaku.

Aku terkedu sendiri. Memang benar suamiku itu sudah buta hatinya hinggakan tidak dapat membezakan antara gurauan ataupun tidak. Tanpa sedar, aku mengeluh kecil.

“Kenapa?” tanya mama.

“Err… persiapan Aqam ni dah siap semua ke, mak?” Aku cepat-cepat ubah tajuk. Mama senyum.

“Ala, nikah je dulu pun. Sikit-sikit sudahlah dulu. Siapa suruh tak sabar,” cebik mama. Aku ketawa.

Memang diakui, dia sukar melepaskan Iqram menjadi suami. Bimbang kerana anak itu masih belajar. Mungkin umur saja sudah matang, tapimelihatkan perwatakan Iqram, dia nampak sedikit kebudakan.

“Yang mama lagi risaukan, Si Iz ni.” Mama mengeluh.

“Mama tak fikir Fiah tak dapat teka tentang Iz. Akhirnya, mama yakin dengan apa yang mama rasa sejak dari dulu lagi dan mama juga yakin, Fiah bijak nak nilai semuanya. Tak perlu mama beritahu, kan?”

Aku pandang mama lama dan kemudiannya aku mengangguk. Mama mengeluh lagi dan kali ini lebih berat keluhan itu.

“Maafkan Fiah, ma,” pintaku serba salah.

“Tak, Fiah. Fiah tak boleh nak halang orang dari suka Fiah. Kalau kata itu adik ipar sendiri, pun Fiah tak boleh nak halang. Tapi, mama percaya dengan kamu berdua. Mama yakin dengan menantu mama ni…” Mama pegang pipiku lembut.

“… dan mama yakin juga dengan anak yang mama didik itu. Kamu berdua tak akan buat benda yang salah di sisi agama.
Tapi, mama risau dengan suami kamu tu, Fiah. Dari kecil, dia memang susah nak berkongsi kalau kata barang tu dah jadi benda kesayangan dia. Tentu Fiah tahu pasal basikal dia dulu tu, kan. Aunty Seri dah cerita, kan?” tanya mama. Aku angguk.

“Am tu payah sikit nak duga perangai dia. Sekejap okey, sekejap tak. Mama takut dia perasan tentang perasaan Izham pada Fiah sebab mama nampak dia dingin sejak akhir-akhir ni. Ke Fiah tahu kenapa? Kalau ada apa-apa yang perlu mama tahu, Fiah boleh cerita. Mama sudi nak dengar,” pujuk mama dengan riak yang risau. Seakan boleh merasai pergolakan antara kami semua.

“Fiah rasa, elok mama tanya Am sendiri. Sebab Fiah…..”

“Kak Fiah!” Suaraku mati bila namaku dijerit oleh Iqram. Dia sedang berlari-lari anak ke arah kami.

Wajah itu sedikit risau.

“Kenapa, Aqam?” tanya mama.

“Kawan, kak Fiah tu…”

“Kenapa dengan Zura?” tanyaku pula.
*****
AKU meraup wajahku yang pucat. Lemah segala sendi bila mendengarkan perkhabaran yang doktor katakan. Pihak hospital telah menghubungi Mak cik Zahrah melalui mak dan Kak Anah dan dia akan tiba lewat malam nanti.

“Dia cuba bunuh diri, Puan. Mujur puan dan encik ni sempat bawa dia ke hospital.” Doktor muda itu menunjuk sopan ke arah Fara dan Iqram.

Ilham hanya duduk termangu sendiri di atas kerusi. Mama pula tetap setia di sisiku.

“Kenapa pulak macam tu, doktor? Padahal saya tak nampak pun dia murung. Sedih tu mungkin tapi….” Aku mengeluh berat. Rasa bertanggungjawab pula bila Zura terlantar selepas doktor menyedut semua ubat tidur yang ditelannya.

“One thing you should know, mem. She’s pregnant and perhaps she’s trying to abort the baby,” ucap doktor muda itu lagi.

Aku tekup mulut. Fara juga jelas terperanjat.

“Sungguh ke, doktor?” tanya Fara tidak percaya. Bila doktor itu mengangguk, kami mengucap panjang.

“Patutlah dia merayu-rayu lelaki tu hari tu, Fiah. Patutlah dia menangis,” bisik Fara padaku.

“So, how’s the baby?”

“Everything is fine now. Tapi, dia asyik cakap dia takut dekat mak dia. Mungkin kalau mak dia datang nanti, puan boleh pujuk mak dia. Benda dah jadi, tak perlu nak menyesal lagi. Yang dah berlaku tetap berlaku,” ucap doktor itu tenang dan dia terus berlalu.

Aku jeling pada Ilham yang terngadah sendiri. Hati ini ketawa. Mungkin terasa dengan kata-kata doktor itu biarpun itu bukanlah untuknya. Hati ini, percaturan takdir telah menyingkap kebenaran satu persatu. Dalam hatiku hanya satu ayat yang aku ucapkan. Alhamdulillah…

Dari jauh aku renung Zura yang sedang lena. Timbul pula rasa simpati dalam diri tapi sekejap saja kerana terbunuh pula oleh dendam lama. Aku ketawa kecil dan menggeleng beberapa kali.

“Kenapa ketawa? Tengok orang sakit pun ketawa?” Suara Ilham dekat di telinga.

“Saya ketawa kerana rasa lucu. Tak boleh?” tanyaku sinis.

“Atau nak ketawakan aku?” tanya dia pula. Perlahan saja suara itu. Aku mengalihkan tubuhku menghadap tubuhnya.

“Nak ketawa kenapa? Awak buat lawak ke?”
Ilham ketap gigi. Rahangnya turun naik menahan marah.

“Nak ketawakan aku sebab salah faham dekat kau tentang perkara ni?”ucapnya berbisik dalam kekerasan.
Ego suamiku ini benar-benar menjulang tinggi. Tak mungkin tergapai oleh kasih sayang aku yang sentiasa dia pandang dengan penuh curiga. Dia tidak pernah tahu yang keegoan dan curiga dia padaku selama ini telah membunuh perasaan ini padanya sedikit demi sedikit dan hari ini, hanya sikit saja lagi berbaki.

“Abang tak pernah salah faham. Tuduhan abang tu semuanya berasas apa,” ucapku memulangkan semula pedihan itu padanya.

Sudahnya aku berlalu hendak ke surau hendak menunaikan fardhu Isyak. Dalam hatiku, aku tersenyum megah. Kini, aku temui semula kekuatan yang pernah aku ada.
*****
AKU tersedar dari lena bila terdengar suara orang menangis dan menyumpah-nyumpah. Bila aku lihat jam di tangan, waktu sudah menghampiri 12 malam. Bila aku memandang sekeliling, ternyata Ilham terlentok di atas kerusi di hujung
bilik yang menempatkan Zura.

Aku bangkit menjenguk keluar dan saat itu mataku tertangkap tubuh Mak Cik Zahrah yang sedang ditenteramkan oleh dua orang jururawat. Aku terus atur langkah ke arahnya.

“Mak cik Zahrah,” panggilku tenang.

“Ya Allah, apa dah jadi ni Wafi? Apa dah jadi dengan Zura?” Dia terus meluru ke arahku dengan tangisan.

“Sabar puan. Sabar dulu,” pujuk salah seorang jururawat itu. Aku menggeleng mengisyaratkan agar dia meninggalkan saja Mak cik Zahrah kepadaku.

“Kenapa ni Wafi? Sepanjang perjalanan mak cik tak senang duduk ni,” ucapnya lagi. Tangisan juga semakin meninggi.

“Mak cik tengok sendiri keadaan dia, ya?” Aku tarik tangan Mak cik Zahrah masuk ke bilik.
Bila dia melihatkan Zura yang berselirat dengan wayar di hidung dan lengan, dia menangis lagi hinggakan Ilham tersedar dari lena. Mata itu terpisat-pisat.

“Kenapa, yang?” tanya dia bernada terkejut.

Aku tahan nafas. Berderau darahku mendengarkan perkataan ‘yang’ itu. Sudah lama tidak aku dengarnya. Tapi, aku tidak boleh tewas hanya kerana perkataan yang diucapkan oleh lidah yang tidak bertulang itu. Dia pernah lakukannya sekali dan tak mustahil dia akan lakukan sekali lagi.

“Ni siapa lelaki ni, Wafiah? Ni mesti lelaki yang rosakkan anak aku.” Mak cik Zahrah terus meluru ke arah Ilham yang masih terpinga-pinga. Tapi, mujur saja aku sempat menghalang. Andai tidak sudah pasti pipi lelaki itu dihinggapi oleh tangan Mak cik Zahrah.

“Tak, mak cik.” Aku menggeleng.

“Dia bukan lelaki tu. Tak kan mak cik tak cam? Dia…” Aku diam. Perlahan-lahan aku pandang Ilham yang sudah tegak berdiri.

Aku tidak tahu apa lagi yang harus gelarkan dia. Terasa berat pula lidah ini hendak mengakui hakikat itu.
Ilham juga berubah riaknya. Mungkin mengerti dengan kesukaran aku mengungkap kata. Dia perlahan-lahan menapak ke arahku. pinggangku dipeluknya erat.

“Tak kan mak cik tak cam? Saya Ilham. Suami Wafiah,” akui dia akhirnya. Aku pejam mata erat. Pedih telingaku mendengar skrip lakonan yang Ilham bicarakan.

Bila aku menolak tangannya dari pinggangku, dia semakin kemas memeluk.

“Jangan malukan diri sendiri depan orang lain,” gumamnya dengan senyum terpaksa. Sudahnya, aku biarkan saja.

Mak cik Zahrah nampak malu sendiri. Dia terus mendekati katil Zura. Tangan anaknya itu dia pegang erat.

“Mak cik, sebelum mak cik cakap apa-apa. Saya rasa tak elok kalau mak cik nak marah-marah. Perkara dah berlaku dan mungkin dapat kita ubah lagi. Sekali terlanjur kata, tak mungkin dapat kita tarik balik. Sekali kita terlajak tindakan, kesannya seumur hidup. Tak ada guna hendak disesali,” ucapku pada Mak cik Zahrah tapi sebenarnya aku tujukan kata-kata itu pada si dia yang masih erat memeluk pinggangku.

Bila aku jeling dia dengan ekor mata, wajah itu kelat. Malah lebih kelat sewaktu dia menuduh aku yang bukan-bukan dulu. Aku senyum tanpa paksa. Senyum menikmati kejayaanku yang pertama.

“Aku tak tahu nak buat apa, Wafi.” Mak cik Zahrah mengeluh sambil mengusap pipi anaknya.

“Mak cik tak payah buat apa-apa. Tunggu jelah sampai Zura sedar. Kalau mak cik nak telefon saya, mak cik telefon nombor rumah mertua saya ni. Sebab saya tak ada telefon dah,” beritahu pada Mak cik Zahrah seraya meletakkan sekeping kertas yang tertera nombor telefon rumah keluarga Ilham.

Dia terbatuk kecil. Mungkin terasa dengan sindiranku. Selepas itu, aku terus meminta izin untuk berlalu. Bila Ilham terlebih dahulu melepasi pintu, langkahku terpegun seketika dan aku kalih pada dia. Dendam lama datang lagi. Walau tidak banyak, tetap ada juga sikit.

“Dua belas tahun dulu, saya pernah berhenti di muka pintu rumah mak cik. Menerima segala tohmahan dan penghinaan mak cik pada saya tentang keluarga saya dan hari ini, kata-kata itu dah berbalik pada keluarga mak cik sendiri! Kata-kata itu doa, mak ci dan sedih bila doa itu terpantul terkena pada anak gadis mak cik sendiri!” Di mana aku temui keberanian menyatakan perkara itu, aku tidak tahu.

“Memang saya tak pernah doakan yang buruk pada keluarga mak cik tapi bila Zura jadi macam tu, mak cik tak rasa itu sebagai satu balasan ke?”

Dia nampak tercengan dengan kata-kataku dan aku tidak perlu terpaku lama di situ untuk melihat wajah bingung Mak cik Zahrah, lalu aku terus berlalu mengekori langkah Ilham. Sekali lagi Ilham menarik aku lalu memeluk pinggangku memaksa aku melangkah bersamanya bila kami melalui kaunter jururawat itu. Hendak membentak, tapi aku tahan saja. Malu juga pada jururawat itu nanti.

"Kenapa pinggang awak ni macam dah lebar?" tanya dia berbisik. Aku terdiam. Kelu!

~~~> bersambung

Pesanan Cik Penulis :

Mula2 nak minta maaf kepada semua kalau kata TK ni sudah buat pembaca semua emo, marah, nangis. sesungguhnya, saya tak ada niat pom benornya. Kalau rasa terkurang tu, memang kelemahan saya kerana saya penulis amatur yang baru hendak belajar menulis. Harap dimaafkan. Dan terima kasih atas sokongan. So then, sampai sini saja..Jumpa anda nanti.

103 comments:

  1. arghhh no!jangan dihentikan...
    rasa macam wafiah mengandung je...
    huhu sambung la lagi..huhu
    best2 RM...

    ReplyDelete
  2. REHAN MAKHTAR......BELUM BACA LAGI NI TAPI NAK JUGAK CAKAP. BANGGA SANGAT NGAN AWAK.CERITA YANG BAGUS SANGAT DAN BUAT SAYA RASA LAIN MACAM BILA BACA. KEMBANG KEMPIS HATI AKU DOK BERDENYUT......APA YANG DITULIS CAM MENYERAP DALAM DIRI LAK, TERBUAI-BUAI DAN TERBAYANG-BAYANG. TERUSKAN USAHA ANDA. GOOD JOB RM...

    ReplyDelete
  3. Noooo!!! Sila sanbung sampai abes!!! ;)

    ReplyDelete
  4. Eh,pndai2 je nk hntikan n3.. Sape yg suruh ni? Hehe.. Please la smbung!! Merayu sgt2 ni.. :(

    ReplyDelete
  5. ala..nak hentikan ke..

    ReplyDelete
  6. kak... x mau lah brenti setakat ni... huhuhuhu...walaupun sy jarang komen mengomen, karya2 akak sentiasa sy tunggu...

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana best sangat cerita nie..saya hari2 bukak blog nie,teruskan lah ye...

    ReplyDelete
  8. RM napa nak hentikan TK kat blog nih..alaaa nangis akak macam nih..tiap2 ari akak tercongok nunggu TK tau..

    ReplyDelete
  9. suka dgn. watak Fiah kali ini...
    Fiah yang dulu telah kembali;
    Fiah yang cekal, Fiah yang berani..
    Fiah yang bangkit dari lena yang panjang...

    agaknya Fiah dah mengandung kot? jangan Ilham
    tuduh anak orang lain sudahlah...

    Cik Penulis, tolong sambung cerita ini kat blog,
    feel nak membaca amat tinggi di sini;

    Sekalung tahniah, biarpun pun ada air mata yang menitis membaca kisah Fiah tapi saya suka dengan garapan Cik Penulis! TQ

    ReplyDelete
  10. oh yeah ! ni la yg sy mahu .
    fiah dah brani ! padan muka ilham ngan zura tu !
    kata mcm2 lagi kat fiah . kan dah kena kat dr sndri .
    ilham yg tetiba nak berbaik tu pasal .
    fiah , jual mahal cket tau !
    hee~
    jangan la stop RM dulu . tak puas baca .
    kalau lambatkan masuk entry takpe .
    bg can RM nak siapkan manuskrip .
    skali skala masukkan la entry .
    tak sabar nak tau apa jadi kat fiah ngan ilham .
    kalau boleh nak dorang bersama gak .
    tapi lepas ilham menyesal gila2 .
    hee~

    #thumbs up kak RM . good job ! ^_^

    [aya]

    ReplyDelete
  11. JGAN!!!!!JGAN HENTIKAN....
    jgan seksa saya...hahha

    rse2nya mesti wafi PREGNANT kan kan kan???sukanya...

    btw cik writer,nak tye,spe gmbr pelakon watak ilham 2...hensem...heheh

    ReplyDelete
  12. jgn la stopkan.. nanti lagi emo.. xsabar nk tggu si ilham ni dpt balasan..

    ReplyDelete
  13. best cite ni...jgn la hentikan...xmoooo...

    ReplyDelete
  14. alahai dik..jgnla..berhenti disini dik..
    E3 kali ni telah merungkai kan satu beban lagi dari bahu fiah..tetapi beban perasaan fiah terhadap suaminya ilham..dan curiganya ilham terhadapnya makin menjadi jadi..tertekan perasaan dan stress giler bukan saja pada fiah tapi pada akak dan yr die hard fan..
    pergh dik..bila ayat power fiah keluaq dalam bentuk sindiran kat mak zura..akak speechless dik..membuat kita terfikir..mmg betui dalam sungguh dendam fiah kat keluarga zura mcm org tua tua cakap..jgn mengata..buruk orang ..yg kita tak tahu baik betuinya..Allah hanya menguji ..dan Allah sentiasa ada bagi hambanya yg teraniaya..nampak kejamkan..tapi itulah hakikat hidup..realiti..mcm orang
    putih cakap what goes round comes back around pada kelaurga zura yg pernah menghina akaknya.
    pergh dik..macam mana mamat bengong boleh perasaan yg pinggang minah tu da berubah..minah tu dah tahu ke yg dia sdn mengandung..sukarnya ek untuk kecapi kebahgian.. suami disisi tetapi semakin jauh rasanya perhubungan mereka..
    RM tak ada ke resolusi baru untuk perkawenan mereka ini disebabkan cemburu yg melampau lampau mamat bengong tu..mcm nak jetus jetus kepala dia tu..biaq boleh berfikir straight..dan tak senget..bebal lagi tu..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  15. Rehan.....jgnlah stop...pada pandangan kak zu. segala komen2 dari pembaca2 termasuk kak zu sendiri,sebenarnya menggambarkan bahawa hasil nukilan Rehan amat berjaya...ya berjaya mengusik emosi dan sanubari kami para pembaca khasnya peminat2 Rehan....teruskan dan kak zu berharap Rehan terus berjaya dalam bidang ini.... YOU ARE THE BEST REHAN......

    ReplyDelete
  16. rasa nak iz dgn fiah aje...mmg AM ni ada masalah mental...Iz tu seorg adik yg selalu mgalah dgn abg..

    ReplyDelete
  17. Kak Ida,

    nak jawab ni... saya rasa masa malam2 Fiah dah lena, tanpa disedari Ilham ukur pinggang Fiah itu yg dia
    tahu pinggang Fiah berubah. Nak pegang masa sedar
    dia dah terlepas cakap. Macam mula2 kahwin, mulut
    cakap macam-macam tapi hati lain pula...

    saya risau hati Fiah semakin mati kat Ilham,
    masa itu disiram baja apa pun tak berguna lagi...
    hati itu tak akan hidup, tapi mungkin hidup kat orang lain... yang lebih menghargai diri Fiah..

    ReplyDelete
  18. jgnlah stop....akak ni tak pandai nak mengomen tapi suka baca ari2 akak buka blog tunggu TK.

    ReplyDelete
  19. Tidakkkkkk!!!!! jangan hantikan..

    ReplyDelete
  20. huru hara emo kami kalo RM stop. tapi itu kuasa RM sbg Tukang Tulis. Sebenarnya RM dh 'beri' kami lebih dari sepatutnya. (aritu janji smpi #50 je) tapi very thankful sbb dah cecah #57. Alang2 RM, biala smpi #60 (buat muka kasihan)...

    Walaupun kami Tukang Baca ni ramai yg emo, biasalah tu...itu menandakan terkesannya karekter Wafiah n Am. Isnt that great?

    Kami sentiasa sokong RM...

    Misha

    ReplyDelete
  21. jgn ler stop kak RM..menyiksa jiwa namenya tu..huhu..tiap2 ari duk terpacak depan blog akak ni taw semata2 nk tggu TK..

    Nampak gaya cam fiah pregnant jew..kalo kata ilham xngaku anak dia maknanya ilham tuduh fiah berzina ngan lelaki lain kan.. Kirenya otomatik dah kene berpisah la kan (rasenya la hukum agama cmtu coz penah terbace sumwhere)...

    Jgn la fiah benti keje sbb t fiah xde sumber kewangan...lgpn family fiah bergantung pd fiah..

    Kalo kate ilham betul2 lepaskan fiah dek perasaan cemburu dia,agak2 izham nak x kawin ngn dia then mama dia terima x?huhu...

    ReplyDelete
  22. alaa RM jgn la stopkan n3...cian kat peminat RM ni..abiskn kat blog pun bila dah publish nanti sure akak n peminat RM yg lain ttp akan beli...mcm novel aku yang kau tinggalkan by alina haizar..abis kat blog jugak tapi akak ttp beli bila dah publish lebih2 lagi novel best tahap berhantu mcm novel2 RM...u the best RM....

    ReplyDelete
  23. Kalau pembaca rasa menyampah, nk marah n mcm2 rasa, maksudnya cite ni mmg tersentuh di kalbu pembaca... apa yg penulis cuma smpaikan tu mmg dpt dirasai oleh pbaca... teruskan berkarya... mmg pbaca akan emo... tapi adat ler, tersentuh kalbu dgn cite ni...

    ReplyDelete
  24. OH NO...TOLONG JANGAN STOP..PLEASE!!!!!!!!!!!!!!!! DAH LA SAYA JAUH KAT TEMPAT ORANG, NNT SUSAH NAK CARI VERSI CETAK

    ReplyDelete
  25. plesssssssssssssss jgn stop kat sini. I cant wait for the nest entry.

    ReplyDelete
  26. jangan kak... nak sambungannya lagi... cerita akak ni memang best... macam2 emosi boleh kita rasa.. untuk bab ni saya rasa gembira untuk Fiah sebab satu kebenaran dah terbongkar... nak tengok macam mana seterusnya... jangan putus asa Fiah!! ^_^

    ReplyDelete
  27. RM JGN LA MASIH NBELUM PUAS BERKONGSI DUKA DAN GEMBIRA BERSAMA WAFIAH..

    ReplyDelete
  28. Jgn siksa kami mcm Fiah tersiksa.Tlg jgn hentikan blog.Hari2 buka blog.Ilham tu dah termalu sendiri.Yes mug Fiah dah preg.Jgn stop yer.tq.KH

    ReplyDelete
  29. Tolong sangat2...jangan hentikan. Karang kami peminat ni yg menangis ramai2, bukan Wafiah. Kami emo sebab penulisnya pandai mengolah idea utk cerita ni.

    Part emo ni biasalah, tengok movie pun kita menangis, bengang etc. Sama juga baca novel ni kan. Teruskan menulis & sambung ye. Kami tunggu cerita ni hari2.

    Semua peminat cerita ni tengah seronok ni, jangan berhenti ye. Kesian kitaorg.

    ijah

    ReplyDelete
  30. jangan la stop...hari2 saya tercongok dpn lappy tunggu n3

    ReplyDelete
  31. akak..plezz jgn stop..habiskan dkt blog je.plezzz...
    karya akak byk best2

    ReplyDelete
  32. Setuju dgn semua kwn2, tlg jgn stop citer ni. Citer ni betul2 membuat kita sama2 terbuai dgn mcm2 perasaan sama seperti watak2 didlmnya...geram, marah, benci, simpati, cinta dan kasihan...semua bercampur. Tahniah RM berjaya membuat kita turut sama dlm emosi yg tak menentu ini dan sentiasa nak tau apa akan berlaku seterusnya....Teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  33. plz dont stop posting tis stories. Hope u can post until the end. Tgk KUCC dia post ceta dia smpai abih. If say nk terbitpun, hope o past out jgk. sbb ceta iman suraya yg dterbitkan tu sy baca kat blog smpai abis n still beli jgk buku tu. so if ur story can touch our heart, we will remaining buy tis story when it publish. we love tis stories until cannot stop waiting the next chapter. If waiting the time of publishing it take a time. so our heart feel down can read it. huhuhu... so hope cik RM kesian dgn kami ni ya. hehehe... ;D
    anyway mmg kena tembak la ilham dgn kata2x fiah. but i dont like fiah blik pd manusia yg suka bdendam. she also need to meet psikologies with ilham. sorg kena delete ttg sikap memiliki n ego sorg nk kena delete sikap dendam. rumit ja dua manusia ni. he... ;D

    ReplyDelete
  34. boleh..saya setuju. Lagi cepat awak stop..lagi cepat awak akan siapkan full manuscript.
    Saya sokong! ;)

    ReplyDelete
  35. kak... one more episode please... atau lebih baiknya... jgn stopkn langsung dsini. :D :D :D

    I love your stories. :D :D :D

    ReplyDelete
  36. Tolonglh kesian kat kami RM jgnlh berhenti...
    cerita yg sgt mengujakanni.... tiap-hari buka
    blog RM nk tau ada n3 baru ke...

    ReplyDelete
  37. Jgn b'henti.......teruskan!!!

    ReplyDelete
  38. Dont stop plezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
    Jgn susah ati RM klu kami emo, sedih nangis , marah ,geram itu tandanye cite ni dah menguasai pembaca itu tandanye penulis adalah yg terbaik sebab bolih buat pembaca hanyut mengikut keadaan..TAHNIAH...RM

    ReplyDelete
  39. gud fiah..keraskan hati..jgn tunduk pd ilham..ajarin dier..hehehe


    ***ra***

    ReplyDelete
  40. fiah chiyokkkk.....da mula baik da pah2 wat peragai lg...apa la...kuatkan hati fiah...ajar skit..heheh3

    ReplyDelete
  41. rm teruskan...chairokkkk...tahniah anda berjaya wat saya emo...heheh3...e3 terbaru xsabar nk taw kesudahan nye...bg peleraian...ngeengee3

    ReplyDelete
  42. hehehe...xtau nk komen pe dh..sume org dh komen dgn pnjang lebar dh..nk tnya satu soalab je akak,ble novel tk ni akan ade di pasaran?xsabar nk beli..dup dap dup dap duk nunggu episod sterusnyer..well done!

    ReplyDelete
  43. TK sudah ada dengan editor kaki novel..doakan Tk lepas penilaian dan dibukukan..insyaAllah dan terima kasih semua sudi layan TK..hehehe

    ReplyDelete
  44. saya baru jumpa blog RM 2 mlm yg lepas dr FB..
    ya ampun.... 1 mlm 2 hari saya mengadap lappy & pc kat office membaca novel TK ni.. cepat2 buat kerja and terus buka blog RM sampai lunch pun tak pegi. mcm2x rasa pabila membaca TK. debaran didada & jantung takyah ckp lagi.. memang super superb lah..memang patut pun di printed version.. tahniah ya. kalau ikutkan rasa hati memanglah nak mintak habiskan kat blog aje, tapi tuan tanah dah cakap nak stop. nak buat cammana kan?. kalau kesian postlah sikit lagi.. buat bekalan.heheheh..
    ~Rabaahr~

    ReplyDelete
  45. suka baca komen2 peminat TK nie. emosi sungguh termasuk la sy hahahahah.dh x tau nak komen apa.RM memang superb. setia menanti novel TK...

    ReplyDelete
  46. Yup stuju dgn mila..xtau nk komen dah sb as other commenter memg emosi sungguh bc tk nih.sukanya bila ilham kata pggang fiah dh lebar tu maknanya dia amik berat n xleh lupakan fiah kan..cuma dia memg kene jupe psyciatrist la b4 fiah trime smule..kebengisan dia menakutkan lah..

    ReplyDelete
  47. ala kak , jgn stop dulu...
    sambungla entry niee..huhu
    sehari suntuk sy bc nie..huhu..
    sambung yee kak ... please..
    mmg best!

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum, tlg lah kak jgn stop, sye x sbr nk bca n3 sterusnya.... x sbr nk tunggu reaksi Am saat dia mengetahui kebenaran..... rasa mcm nk sepak lelaju je kat Am sbb x caya kat Fiah......
    Bagi Fiah sakit ati pas2 minta maaf then buat lagi....
    sorry ya kak Rehan emo ckit...

    Tlg lah jgn stop smbg la smpai abis.... huhuhu.... cdih

    Klu x smbg x nk kwn ngan Kak Rehan
    hehehe melawak ja jgn ambik hati ambik jantung dah la... k x yg ke 3 sye merayu pada kak Rehan

    ReplyDelete
  49. Jangan stop cerita nie !!!!!

    ReplyDelete
  50. kak sambung lah lagi...
    plezzzzz....
    stresss ah cmney..

    ReplyDelete
  51. tlonglah jgn berhnti...smbung lgi
    jlan crita yang mnarik...
    sdihne sye x dpt bce smbungnnye...
    plezz...plezzz..
    smbung eh....

    ReplyDelete
  52. plz jgn berhentikan certita ni..
    mmg bg kesan dekat sye..sye baca dekat opiz ni pon boleh mnitis air mata..plz..
    cerita ni sgt2 menarik!!!..smbung yer...

    ReplyDelete
  53. TERIMA KASIH REHAN.. DARI BAB SATU SAMPAI 50 MCM2 PERASAAN YG ADA, SUKA..SEDIH YG TERAMAT..AIR MATA SAMA BANYAK DENGAN WAFIAH..TERASA DIRI MENJADI KENTAL DAN KERAS MACAM WAFIAH.. KENAPA YA PEREMPUAN TERLALU LEMBUT DAN MUDAH MEMAAFKAN..SEDANGKAN LELAKI HANYA BIJAK MELUKAKAN.. TQ ..

    ReplyDelete
  54. best sgt... sedih.... cerita ni ada sedikit persamaan dgn situasi yg pernah sy alami dulu... bezanya, sy tidak sekuat WAFIAH....

    ReplyDelete
  55. ehem..ehem..xpe la. saya tunggu sambungannya kat novel versi cetak. saya doakan semuanya dipermudahkan dan editor yang edit novel ini dapat wat keputusan untuk terbitkan novel ini. last n not for the last, tbaik!

    dah keluar nati heboh2kan lah yea. amin...

    ReplyDelete
  56. nk stop dh? smbung la 1 je p x pe...huhu..tp x sbr gak nk tggu novel vrsi cetak...bru puas bc..apapun keep it up ye kak RM...:)
    tq..

    ReplyDelete
  57. aaarghhh...TK membuatkan jiwa sy kacau..rasa cam nk ketuk2x si Ilham tu..tlglah bg Wafiah bahgia & yg jahat dpt pembalasan sewajar-wajarnya jgn kasi can..happy ending plissss..

    ReplyDelete
  58. pada TK fans...sori sesangat..sy terikat dengan KN..kita tggu sikit masa lagi kalao kata KN tak mo terbitkan sy up ke blog ek..

    ReplyDelete
  59. ala jgn la stop kat cni...nk tahu kesudahan cite ni..mesti wafiah 2 mengndungkan..e....x sbarnya nk tunggu...

    ReplyDelete
  60. alaa da stop ke???emmm nk cetak cpt2 yer..hehe

    ReplyDelete
  61. harap citer ni dapat dicetak cepat-cepat.tak sabar!!!

    ReplyDelete
  62. salam adik..for ur info adik dah bt akak menangis pagi2 buta ni tw..seriously cite ni ada logik nye..cerita ni betol2 happen depan mate akak..that y la akak percaya bende2 mcm2 ni mmg betol2 berlaku..akak suka dgn watak wafiah because dia bukannye perempuan bodoh yg boleh ilham pijak2..n wafiah perlu jual mahal if ilham nak berbaik dgn dia semula..biar ilham rasa ape yg dah dia lakukan pada wafiah..n wafiah please jgn mudah percaya pada janji n pujuk rayu lelaki..
    ape2 pon cerita ni sgt best n menyentuh perasaan akak..kalau tgk comment para pembaca pon adik dah boleh tahu yg ramai menyukai penulisan adik..hope cerita ni akan berakhir wif happy ending..gud luck n cepat2 cetak yer cerite ni..kami semua x sabar nak tahu kesudahannya..;)

    ReplyDelete
  63. Dah ada di pasaran ke novel ni? :)

    ReplyDelete
  64. cerita ni buat air mata saya keluar banyak huhuhuhu

    ReplyDelete
  65. so sad story but i like it...kesabaran itu penting dalam menjalani sebuah kehidupan tapi kesabaran juga ada batasnya..biarlah kebenaran menanti di hujung ending story nie........

    ReplyDelete
  66. salam.akak.kjamnya akak.cita ni terlalu sedih smpy saya tpksa thn air mta saya drpd mngalir.hehe..tkot kngkwn ckp saya cengeng.tp kn,cita ni bst sgt.saya cuba ltkkn dri saya dlm situasi Fiah.dan saya x pst saya bole ke tak jdk tabah mcm dia.thniah kak sebab bjya membuatkan saya menglirkn air mta.saya harap akak dpt hsilkn bnyk lg krya2 yg mnrik.bkn sbgai hiburan semata-mata,tapi sbgai sebuah krya yg bole mmberi pngajaran kpd stiap pmbca.gud luck akak!! ^_^

    ReplyDelete
  67. ish3....sambungla lagi...saya baru jer jumpa blog nie...please la Rm...nak tunggu novel tue lmbt lg la...
    huhuhuhuhu....nak tau psl fiah tue...si ilham tue, rupa jer hensem, tp habuk pun tarak....hahahaha...but i like them...hopefully smbung la smpai novel dh kuar kat pasaran...lps tue blh trus bli n baca smula...please....

    ReplyDelete
  68. tolong samb dlm blog..best giler ni sy tetap beli punya novel ni kalu ada kat pasaran.. memang suka simpan koleksi novel best2 untuk baca ulang kali.

    ReplyDelete
  69. terlerai kasih ni sikit masa je lagi akan keluar..tengah bulan depan dah bole order insyaAllah... nantikan kesudahan fiah dan ilham ye..sikit masa je lagi..nnt sy uar2 kan blog..

    ReplyDelete
  70. coming to you April 2012.. be patient..

    ReplyDelete
  71. dah 2 ari saya mgadap entry novel nie... tak sabar nak tggu sambungannye... watak wafiah mmg mencabar... hope ending nya,tak mengecewakan... Tahniah RM....penulisan yang amat2 menarik....

    ReplyDelete
  72. alaaa,npe xckupkn aje 60....br nk best nie..ase cm si fiah 2 pregnant je...

    ReplyDelete
  73. cik rehan, da publish ke buku ni?

    ReplyDelete
  74. Novel Terlerai Kasih ni akan diterbitkan pada April 2012 terbitan Karyaseni... pertengahan April dah leh order ikut web Karya seni

    ReplyDelete
  75. saja nak tahu sad ending ke happy ending?

    ReplyDelete
  76. terbaik lah kak rehan..dulu saya sbg sr jer tapi xtahan nak comment gak semua citer akak sy follow n saya tabik spring la kat akak sbb setiap novel akak buat kita t'tunggu2 n3 seterusnya.


    -hanim-

    ReplyDelete
  77. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  78. sorry error on comments. RM, Tahniah! You really captured by heart with writing skills.... As if, saya berada di dalam setiap scene yang tercipta.. Well done! Sebagai orang lama, saya amat merindui pengkarya yang dekat dengan hati, yang punya nilai murni.. Setelah Khadijah Hashim, sekian lama, Hlovate muncul di dalam hidup saya.. Kinia Rehan Makhtar... You really fill your soul in them... Amat mengagumkan RM boleh menjiwai dua-dua gender dengan begitu baik... Koleksi cerpen bila officially published? All the best!

    ReplyDelete
  79. wow...TERBAEK la RM!!!!suka dgn watak wafiah yg tegas & xmudah mengalah!!Padan muka Ilham tu.Hrp2 satu hari nanti, Wafiah akan kahwin gan Izham yg lbh m'hargainya.....thanx upload sampai bab 57...kalu up sampai bab 60 lg best.hehehe

    ReplyDelete
  80. bru bc rini da bis..hurm..da terbit lum ye?

    ReplyDelete
  81. mcm2 emosi timbul ble bc novel ni... marah, suka, sakit hati, benci, semua ada....

    ReplyDelete
  82. kalau di jakarta, ada gak jual novel2 karya RM ini? dimana ya? kecian kat caye di jakarta ni, nak tau akhir cerite...huhu...tolonglah bagitau

    ReplyDelete
  83. best!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  84. best nyer...sambunglah dah....gian nak tau kesinambungan nie...tolonglah......hamba yg gian nak baca novel nie yer......plzzzterima kasih

    ReplyDelete
  85. slama ny igt kn novel ni x best... bila da bace rse nk beli pulak.... harus dpt kn!!

    ReplyDelete
  86. Rehan makhtar..plsss smbung entri aduhaaaaiii sangaattt sakittt hati!! Klu sy jdi Nur Wafiah sy x kn toleh blkng lgi,sy akn keraskn diri sekeras kerikil! Ilham Fitri bgikn lalang tewas pd perasaan yg x da rasionalnya dah laa gemar mengungkap maaf,huh x berbaloi wat llki mcm ne hensem pun klu wat jiwa merana baik jdi seperti yg dulu dingin beku tanpa ada celaan jiwa raga uhuhuuuu :'(

    ReplyDelete
  87. tapi lgi best klu wafiah ni dpt kat someone yg xda kena mengena dgn ilham fitri,erkk mksudnya klu pun terlerai kasih antara mereka izham pun jgn dpt sama better dpt kat someone else yg lbih budiman..uisehhh hehehee sori RM,nk ending ikut kepala sy saja hee :D

    ReplyDelete
  88. Mne sambungannya??...plzzzz
    Sambung sye xdpt nak bli cetakannya

    ReplyDelete
  89. askum.rm smbung lh plzzzz x best crite sepro jln lh kak buat saspen je tolong smbungg...nk cri novel skrang ni sush dh..

    ReplyDelete
  90. askum.rm tlg lh smbung plzz x best bce sepro cm ni..

    ReplyDelete
  91. Salam sis...saya nk mintak novel terlerai kasih bab 58 bole tak

    ReplyDelete
  92. sis mana saya nak daptkan novel ni ada jual lg tak

    ReplyDelete
  93. Mne sambungannyer!!!.....jgn haah mcm ni....plz jgn dera perasaan sye(hehe)....nk tau sgt ape jdi....huhuhuhu.....plz sambung plz...jgn stop....

    ReplyDelete
  94. Mne sambungannyer!!!.....jgn haah mcm ni....plz jgn dera perasaan sye(hehe)....nk tau sgt ape jdi....huhuhuhu.....plz sambung plz...jgn stop....

    ReplyDelete
  95. Mne sambungannyer!!!.....jgn haah mcm ni....plz jgn dera perasaan sye(hehe)....nk tau sgt ape jdi....huhuhuhu.....plz sambung plz...jgn stop....

    ReplyDelete
  96. Mne sambungannyer!!!.....jgn haah mcm ni....plz jgn dera perasaan sye(hehe)....nk tau sgt ape jdi....huhuhuhu.....plz sambung plz...jgn stop....

    ReplyDelete
  97. memang terbaikla cite awak ni..moga awak terus sukses dlm penulisan...

    ReplyDelete