Tuesday, December 27, 2011

Cik Siti Wan Kembang

MATA aku ni sejak dari tadi dok pandang seorang wanita ni. Tiap kali aku berhenti dekat traffic light ni, aku mesti lihat duduk sendirian menanti siapa pun aku tak tahulah dekat bus-stop ni. Bila aku kaji semula, mestilah dia tunggu bas. Tak kan tunggu kereta api pulak. Yang menariknya, mesti aku di depan sekali nak tunggu lampu hijau ni.

Lama aku pandang dia dan akhirnya dia kalih dan terus pandangan mata kami bertaut. Rasanya ini pertama kali dia memandang aku dan aku pun, terus turunkan cermin kereta yang pada asalnya, aku tak turunkan langsung.

Lama aku pandang dia dan dia pandang aku sampailah aku dengar hon kereta kuat di belakang. Bila aku dongak, lampu dah hijau. Nak tak nak kenalah jalan tapi mata aku terus melirik pada dia dan dia juga sama. Memandangku pelik dengan anak mata bundarnya itu. Setelah aku melepasi dia, aku jeling lagi ikut cermin sisi dan waktu tu, aku lihat ada sebuah motor dah berhenti depan dia dan menghulurkan topi keledar.

Emm, siapa cakap kat bus-stand tu boleh tunggu bas je. Tunggu motor pun bolehlah. Aku lihat dia naik di belakang dan motosikal itu terus memecut laju dan saat motosikalnya itu melalui kereta aku, aku lihat perempuan itu menaikkan vaiser topi keledarnya dan dia senyum segaris. Hati aku pulak, meleleh cair. Aku tepuk dahi.

Sampai je rumah, aku terus cari mak aku. Ada berita aku nak khabarkan. Bila aku jenguk ke belakang, mak sedang menyiram pokok cili yang kami tanam minggu lepas. Dah berbunga pun. Macam hati aku ni, berbunga tak sabar-sabar. Padahal aku tak siram pun lagi.

“Assalamualaikum, mak,” sapa aku pada mak. Dia kalih dan tersenyum.

“Waalaikummussalam…,” jawab mak sambil tersenyum.

“Menjadi ek cili yang Eid tanam ni,” puji aku pada diri sendiri. Mak senyum lagi.

“Sentuhan kecundanglah katakan.” Mak ketawa. Aku bulatkan mata. Dasyat mak aku ni. Siap tahu lagu tu. Ekamatra tu!

“Mak, Eid rasakan, hati Eid ni pun menjadi jugaklah, mak,” beritahu pada mak.

“Menjadi apa? Menjadi hati sulam lain?”

Aku dah garu kepala dengan mak ni. Hati sulam lain tu bukan ke lagu Wings. Mak aku ni, dok rumah aku tak ada, mesti dia dok selongkar album-album lagu dalam bilik aku ni.

“Mak masuk bilik Eid eh, dengar lagu tu?” serkap aku pada mak. Dia ketawa lagi.

“Mak masuk mengemas jelah. Mana ada nak dengar lagu,” dalih mak.
Bahu dia aku paut rapat ke tubuh aku ni. Mak ni rendah je. Kat paras dada aku je.

“Hati Eid ni menjadi dengan cintalah, mak. Nak kahwin boleh tak?” Selamba je aku mengaku pada mak.

“Mak letak paip. Dia terus pulas kepala pili tu kemudian dia tarik aku duduk atas buaian.

“Eid jatuh cinta? Dengan siapa?” Mak buat muka teruja. Mentang-mentanglah dia dah lama suruh aku menamatkan zaman bujang yang dah cecah 30-an ni.

“Entah.” Aku jungkit bahu. Mak mengerutkan wajah.

“Entah? Habis tu nak pergi pinang anak siapa? Anak kucing?” sindir mak. Aku gelak.

“Entah.” Aku jungkit bahu lagi. ”Tapi, Eid selalu nampak dia dekat bus-stand setiap kali Eid balik kerja,” beritahuku pada mak dengan segala kejujuran yang ada di hati aku ni.

Mak tepuk peha aku kuat. Bergosok jugaklah kena telapak tangan mak ni. Mata dia bulat memandang aku.

”Mengarut apa kamu ni Syed Idham?” tanya mak keras. Aku sengih sambil gosok peha aku yang tak habis-habis lagi pedih tu.

”Mengarut apa pulak? Eid cakap betullah, Eid jatuh hati dekat dia,” akuiku lagi. Bila nak fikir logik, memang langsung tak logik sebab aku jatuh cinta dengan budak perempuan yang ada dekat bus-stand.

Lagipun, aku ni orang sains. Orang berteknologi sebab aku ni doktor kat klinik swasta kat pekan Tanjung Dawai. Semua pakai fakta. Auta-auta tak main.

”Kamu ni memang sasau dah Idham? Cantik sangat ke orangnya?” tanya mak ingin tahu.

”Cantik tu tak la mak. Dari yang Eid tengok dia tu berisi je orangnya. Tak la putih, tak ada la cantik. Tapi, mata Eid ni tenang je melihat dia,” jawabku tenang.
Memang aku tenang setiap kali melihat dia. Cuma kali ini saja rasa tenang tu direnggut kasar bila kami bertentangan mata tadi.

Lepas tu dia senyum pula pada aku. Memanglah ketenganan aku dicuri oleh dia. Dan masalahnya sekarang ni, dia tu siapa? Haish, aku garu kepala. Tali leher ni aku cabut dan aku sangkut ke bahu.

”Mak bukan tak setuju Eid, tapi masalah kamu tak kenal dia. Macam mana mak nak izinkan kamu kahwin dengan dia. Jumpa tepi jalan macam tu je. Entah-entah, bini orang ke, tunang orang ke,” telah mak. Aku garu janggut tipis aku ni. Betul juga kata mak. Sebab tadi, aku nampak ada yang ambil dia naik motor.

”Betullah, mak. Tadi Eid nampak ada seseorang jemput dia naik motor.”

Mak tepuk peha aku sekali lagi. Baru je reda pedih, dah kena gosok lagi. Menyeringai wajah kacak aku ala-ala Arjun Rampal ni.

”Laki dia la tu. Dah jangan buat pasal. Nak kahwin boleh. Mak suka, tapi cari yang memang betul-betul. Jangan yang jumpa tepi jalan,” larang mak agak tegas.

”Tapi, Eid dah tersuka dia ni, mak. Nak jugaklah, mak. Nanti esok-esok kalau jumpa dia lagi, Eid tanya dia. Boleh tak macam tu?” Aku sengih raih simpati. Aku tahu mak aku ni bukan senang makan simpati ni. Tapi, aku tetap cuba. Kot-kot bernasib baik.

Mak merengus. ”Jangan degil, Syed Idham. Bini orang tu. Kena pelangkung nanti.”
Aku tak terus membalas, sebaliknya aku bangkit mendekat ke pokok cili yang berbuah merah tu. Masa ni ingatlah iklan lama yang monyet degil tu. Macam aku jugak.

Jangan monyet. Jangan! Larang cik kancil tapi monyet jawab, tak kira, aku nak jugak. Aku nak jugak. Sudahnya monyet makan dan terkinja-kinja menahan pedas. Dan aku ni, agak-agak terkinja-kinja macam monyet tu jugak ke sebab degil. Tak nak dengar orang tua larang.

”Emm, Eid masuk dululah. Nak solat, mandi. Rehat,” ujarku pada mak lalu aku terus masuk. Mak menggeleng tapi aku buat tak tahu je.
*****
MALAM ni tak ramai pulak pesakit. Alhamdulillah. Aku bila tak ada pesakit, lagilah aku bersyukur sebab semua orang sihat. Pasal rezeki, itu belakang kita sebab rezeki dari Allah. Jadi, kita mendoakan yang terbaik buat orang, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Cik jururawat aku ni pulak pergi makan malam.

Mereka memang suka la kalau aku yang bertugas. Nak ke mana pun aku bagi. Sampai kadang-kadang tu, aku sendiri yang buat pendaftaran pesakit dan rasanya kali ini memang ya juga sebab loceng dah berbunyi kat depan kaunter.

Bila aku jenguk sikit, ada dua orang perempuan. Seorang tu nampak muda dan chubby sangat. Yang seorang lagi tu nampak berumur, mesti mak dia sebab aku lihat si chubby tu sedang lentokkan kepala ke bahu yang seorang lagi tu.

“Ya, puan,” sapa aku mesra. Keduanya memandang aku. Seorang senyum dan seorang masam dan sah-sahlah yang masam tu pesakit.

“Anak saya ni demam. Dah dua tiga hari tak baik-baik. Kemain payah saya heret datang ni,” beritahu aunty tu. Aku senyum lalu aku mendekat ke kaunter.

“Puan pernah datang?” tanya aku ramah. Dia menggeleng dan aku terus saja keluarkan kad pesakit untuk dia isikan sedikit maklumat.

Aku diam memerhatikan wajah yang sedikit terlindung tu. Rasa macam pernah tengok tapi kurang pasti sebab wajah tu memang tersorok di sebalik selendang dia dan wajah itu agak pucat dan tak bermaya.

”Dah siap, encik,” ucap aunty tu pada aku. Tersentak la jugak sebab asyik dok tengok anak dara orang je.

”Err, ya puan. Emm, Wan Siti Sarah?” Aku jungkit kening pada dia. Aunty tu mengangguk.

”Anak saya ni ha,” akui dia. Anak dia tu makin erat memeluk lengan auntu ni nampaknya.

“Err, puan duduk sekejap, ya?” pelawaku tenang dan dia terus berlalu.

“Ayong... cuba duduk baik-baik. Mama suruh datang klinik banyak hari dah. Yong yang degil!”

Belum sempat aku masuk ke bilik, aku senyum sendiri mendengarkan bebelan manja seorang ibu pada anaknya. Tapi, Ayong? Yong? Kenapa panggil Yong sedangkan nama Wan Siti Sarah? Emm, aku mula la nak tahu. Nampak menarik betul karakter Cik Siti Wan Kembang tu di mata aku ni. Aku terpegun kejap. Kenapa aku panggil dia Cik Siti Wan Kembang? Tapi, rasanya sesuai kot nama tu dengan dia, sebab dia berisi orangnya.

Aku letak kad pendaftaran tu atas meja aku dan terus aku tarik pintu bilik dan jengulkan sikit kepala kat luar.

”Cik Siti Wan Sarah!” panggil aku sedikit kuat. Eleh, tak ada pesakit lain pun waktu ni.

Dia bangkit bersama mamanya dan terus menapak ke arah aku. Aku lebarkan pintu dan dia terus masuk tapi lambat. Sebab mama dia suruh dia masuk seorang dan mama dia tunggu kat luar. Aiseh, mama ni macam tahu-tahu pula aku berminat nak kenal puteri wan kembang dia ni. Aku senyum dan mama si Sarah, ataupun Ayong ni senyum juga membalas.

“Mana doktor?” tanya dia. Serentak itu dia selak selendang dia tu dan aku terus terduduk bila tengok wajah tu. Terduduk tu di atas kerusi aku la. Bukan atas lain.

Aku terus merenung dia tidak berkelip. Aku cam wajah itu. Wajah yang aku jumpa dekat bus-stand selalu tu. Wajah inilah. Si kembang aku tu. Perlahan-lahan aku gariskan senyuman. Memang berjodoh!

“Mana doktor?” tanya dia lagi dengan wajah monyok.

”Sayalah doktor,” jawabku tenang. Aku tunduk kepada papan tanda nama di hujung meja dan tag nama yang ada di dada kiri aku ni. Dr. Syed Idham! Makin lebar la sengih aku bila tengok dia buat muka terkejut.

”Tadi bukan awak kat kaunter?”

Aku angguk. ”Jururawat saya pergi makan,” jawabku selamba. Dia ketawa kecil. Erk, memang comel tapi tak lama bila mata aku ni terpandang jari dia. Merahnya mak ngah. Merah dengan inai. Aku pula nampak cili padi yang aku tanam kat rumah tu. Merah macam tu lah. Pedas macam tu jugaklah. Akhirnya, aku pun jadi macam monyet. Terkinja kepedasan bila mak kata, jangan Eid, jangan! Adei..

”Err, berapa hari dah demam?” tanya aku cuba ubah topik. Etika kedoktoran dan sumpah Hypocrate mesti dijaga. Tugas yang diamanahkan harus dilakukan dengan ikhlas tanpa mencampur adukkan soal hati ni.

”Dah tiga hari,” jawab dia dengan suara yang tenang. Yang peliknya, dia tak cam ke rupa Arjun Rampal aku ni? Mata kuyu aku ni, tak menusuk ke jantung dia ke?

”Kenapa baru datang?” tanya aku lagi. Aku pegang stetoskop tu dan aku minta dia pusing ke belakang. Tak kan nak letak stetoskop tu kat dada dia pulak. Dia hanya menurut dan bila aku letak stetoskop tu, ternyata degup jantung dia normal saja. Yang abnormalnya aku ni. Dah terbalik, macam aku yang sakit bukan dia.

”Ehem... ehem...” Aku betulkan suara kejap. Rasa sesak nafas aku ni jatuh cinta pandang pertama dan pandang kedua dan seterusnya mungkin yang pasti pada gadis yang sama.

”Jantung normal je. Paru-paru pun okey. Ni demam nak serasi la ni,” ucapku tenang bila dia kembali menghadap wajahku.
Wajah tembam itu berkerut. ”Serasi? Serasi apa?”

”Err, biasalah kalau baru-baru kahwin ni. Orang tua-tua cakap demam nak serasi. Nothing serious,” jawabku mengusik bagi menyembunyikan hati aku yang kepedasan ni.

”Eh, kenapa macam tu pulak?” tanya dia dengan wajah yang semakin pelik.
Aku senyum. Bagi senyuman maut punya. Killer smile aku ni dan memang aku lihat dia mata tu membulat sikit.

”Yalah, baru-baru kahwin. Baru-baru nak serasi kan. Memang demam,” ulang aku lagi dan kali ini aku sengaja tekan sikit perkataan kahwin tu. Geram sebenarnya sebab dia hak orang tapi cincin tak ada pulak dekat jari tu. Alah, orang sekarang ni, mesti bagi rantai tak pun gelang sebab ada seutas gelang kat lengan dia tu.

”Saya tak kahwin lagi lah,” jawab dia sedikit tegas. Aku terus duduk tegap. Tak percaya dengan kata-katanya.

”Eh, tak percayalah saya awak tak kahwin lagi. Tu inai merah cili padi tu kat jari awak?” Aku jungkit kening mencabar dia dalam diam. Mencabar agar dia terus menidakkan telahan aku ni.

”Ni...” Dia angkat sepuluh jarinya tepat di depan aku. Wajah pucat tadi tu dah berwarna sikit. Tapi, wajah itu kelat. Aku pula, ceria dan bahagia.

”....sepupu saya kahwin kelmarin. Saya inaikan dia, jadi saya pakai la sekali. Pandai-pandai je cakap orang dah kahwin,” sambung dia membebel. Tapi indah je bebelan dia tu menyentuh peluput telinga aku.

”Ohh....” Itu saja yang mampu aku katakan kala ini.

”Kalau saya tak apa-apa, nak minta ubat jelah. Karang mama bising lagi paksa datang klinik. Saya ni bukan suka pun jumpa doktor. Tapi, sebab dah banyak hari demam tak kebah-kebah, mama paksa juga saya datang. Tu yang saya ada kat depan doktor ni,” ucapnya dengan wajah yang tidak beriak dan kembali pucat.

”La... ya ke?” tanya ku tidak percaya. Maknanya dia masih kena paksa. Macam budak-budak?

”Kena paksa ni maacam budak-budak la pulak ya?” Aku sengaja bersuara sinis. Dia ketap bibir. Erk, memang comel. Pipi dia bulat macam bola.

”Tak apalah. Memandangkan awak sihat, saya bagi tips kesihatan sikit. Kita kena selalu basuh tangan. Rajin-rajin mandi kalau liat nak mandi, selalu pilih makanan yang sihat, gosok gigi....,” beritahuku dan aku lihat dia terkebil-kebil saja melihat ke arahku.

”...balik rumah, biasakan basuh kaki, cuci tangan berkali-kali, minum air masak banyak-banyak. Ni musim hujan, kurangkan ais. Minum air suam. Kurangkan manis, lemak dan sebagainya yang boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Yang paling penting, berjumpa doktor kacak macam saya ni agar demam awak tu cepat baik. Okey, tamatlah sesi kuliah kita....” Aku leretkan kata. Dia telan liur berkali-kali dengan wajah yang berkerut-kerut.

”Err, saya masuk sekolah perubatan ke ni? Tak sangka pula ek. Ingatkan klinik. Em tak apalah doktor, bagi jelah ubat. Mama saya dah tunggu kat luar tu,” ejek dia dan aku macam biasa, senyum sajalah. Senyum dah terus tersenyum. Berharap agar dia cair melihat senyumanku ini biarpun wajah comel itu semakin kelat.

”Kalau kata tak sihat, datang lagi. Nanti saya bagi ubat demam dengan ubat batuk sekali. Ubat batuk tu, boleh mengantuk. So, senang sikit awak tidur boleh mimpikan saya, kan?”

Aku jeling dia sambil tanganku ligat menulis beberapa jenis ubat pada kertas preskrepsi. Mata itu tajam merenungku. Aku tahu dia ingin katakan sesuatu dan aku hanya menanti saja.

”Eh, doktor... pesakit ramai ni,” tegur jururawat aku tiba-tiba dan bila kami sama-sama kalih, Cik Nini ni senyum sendirian. Langsung aku lihat Cik Siti Wan Kembang aku ni, telan air liur berkali-kali.
*****
AKU tekup kedua belah telinga aku ni dengan telapak tangan. Berkali-kali aku cuba halau suara rajuk Cik Siti Wan Kembang tu dari gegendang telinga aku ni. Tapi, makin galak pula suara itu bersiul. Eleh, bersiul la sangat padahal dia membebel dekat aku kali terakhir masa aku bagi ubat hari tu.

Lirikan dan jelingan matanya terbayang di mata aku ni. Jadi, aku tekup pula mata. Sah, memang aku sakit tapi sayang bila aku tak boleh ubat diri sendiri.

”Eh, kenapa doktor juga yang ada kat kaunter ubat ni?” tanya dia pelik sambil menghulurkan kertas preskrepsi tu pada aku. Aku garu kepala. Tak tahu nak kata apa. Ikut hati nak saja mengaku aku suka tengok rupa dia tapi tak melampau sangat ke macam tu? Aku rasa melampau sebab tu aku sengih saja.

”Kalau doktor nak bagi ubat untuk saya, kan senang doktor tak payah biar saya usung kertas preskrepsi tu?” sinis dia.

”Saya kan doktor. Kewajipan saya bagi senarai ubat untuk kesihatan pesakit. Pesakit la kena bawa ke farmasi. Dah alang-alang saya tak ada pesakit lain, saya jelah bagi ubat. Tak ada masalah, kan?” tanya aku pula.

Dia dah geleng kepala. ”Memang tak ada masalah tapi mata saya ni bermasalah tengok doktor,” cebik dia pada aku. Eleh, tapi kemain monyok, lepas jumpa doktor kacak macam aku ni, tiba-tiba je rancak berborak. Bisik hati aku ni mengejek dia.

”Emm, makna kata mata awak rabun la, ya? Perlu ke saya sponsor cermin mata agar mata awak tak ada masalah lagi untuk melihat saya?” Aku jungkit kening aku yang hitam lebat ni. Dia pandang siling. Ya Allah, memang comel dia ni!

”Tak payah la. Saya ada kat rumah tu ha.. Bonia lagi,” sela dia sengaja nak menunjuk-nunjuk la kot.

“Emm, saya dulu masa praktikal pernah ikut pasukan paramedik ke Bosnia. Kesian awak orang kat sana. Tak cukup bekalan perubatan.” Aku buat muka sedih tapi aku memang sedih ingat pengalaman aku yang satu tu. Yang selebihnya aku saja nak usik Cik Siti Wan Kembang aku ni. Tu ha, aku terus saja angkat dia menjadi milik aku tanpa izin dia.

”Aduhai, makin sakit kepala Yong.” Dia tepuk dahi sendiri.

”Eh, Yong sakit kepala pulak? Nak tambah ubat tak pada preskrepsi ni? Panadol mungkin?” Aku loyar buruk lagi. Aku lihat

Ayong ketap gigi. Aku tahu dia geram pada aku dan aku memang nak suruh dia geram. Sebab lepas ni dia mesti bercerita dekat mama dia, adik beradik dia, kawan-kawan dia. Mesti ada can dia ingat aku nanti. Strategi mesti ada!

”Pandai je panggil orang Yong,” tegur dia keras.

”Dah awak biasakan nama awak Yong. Kalau kata Cik Siti ke, Cik Sarah ke, saya panggil la macam tu jugak,” dalihku.

”Yong rasa doktor ni patut kerja dekat psikiatri tapi bukan jadi pakar psikiatri tapi jadi pesakit tu sendiri,” marah dia dengan wajah kelat. Aku hulurkan plastik yang telah berisi ubat tu pada dia. Dia terus je rebut dan berlalu.

”Ubat dua je kot, nak baginya kemain lama. Benci datang klinik, benci jumpa doktor!” rungut dia dan aku tahu dia merungut pada mama dia la tu. Aku pula? Kisah? Mestilah tak kisah sebab aku memang nekad nak dapatkan dia sebab aku dah tahu alamat rumah dia. Nombor kad pengenalan pun aku tahu dah.

Kad pesakit yang tertera nama Wan Siti Sarah binti Megat Shamser tu aku renung lama. Cik Siti Wan Sarah. Cik Siti Wan Kembang. Aku senyum tipis.

”Syed Idham Wassim!”

Aku tersentak. Langsung hilang wajah Ayong ni. Bila aku buka mata, wajah mak pula ada depan mata aku. Dekat je. Terkejut jugalah. Haishh, mak ni.

”Terkejut Eid. Mak ni.” Aku urut dada.

”Kalau berangan memanglah terkejut,” sinis mak. ”Tak kerja ke hari ni?” tanya mak lagi. Aku geleng kepala. Memang hari ni tak kerja selepas dua minggu berlalu peristiwa aku dengan Ayong hari tu.

”Eid nak pergi klinik kawan kejap. Ada perkara nak bincang. Esok Eid masuk klinik petang,” jawabku pada mak.

”Mak,” seru aku pada mak yang baru saja labuhkan duduk di sisi aku. Mak tak menjawab tapi dia kalih dan jungkit kening.

”Eid nak kahwin la, mak.”

”Ya Allah, Syed Idham Wassim. Kamu nak kahwin dengan siapa masalahnya ni?” tanya mak dengan suara yang agak meninggi. Sama ada dia terkejut atau marah, aku sendiri tak boleh nak agak. Tapi, macam marah je sebab wajah tu kelat.

”Dengan Ayong,” jawabku lancar.

”Ayong?” Mak buat muka pelik. Berkerut-kerut wajah tua tu.

”Wan Siti Sarah nama dia tapi nama manja dia Ayong. Eid dengar mama dia panggil macam tu.”

”Ni mesti perempuan yang Eid jumpa kat bus-stop tu, kan?” tebak mak. Jari telunjuk dia tu dah tegak dah. Aku angguk. Mak tepuk peha aku. Adeh, pedih!

”Kan mak dah cakap jangan. Isteri orang tu. Kena balun dek orang nanti kamu ni,” marah mak. Aku geleng cepat-cepat. Bulat mata aku tengok mak dengan seulas senyuman yang mengharap.

”Dia tak kahwin lagi la, mak,” ujarku bersungguh-sungguh.

”Dia datang klinik Eid minggu lepas dengan mama dia. Dia bujang lagi,” sambungku dan kali ini lebih bersungguh-sungguh. Nak bagi mak faham kehendak aku ni.

”Ya Allah, Syed Idham Wassim.... sedar tak kamu tu nak mengorat pesakit pulak?” Mak memang macam ni. Kalau tak puas hati, dia selalu panggil nama penuh. Mujur je tak ada nama arwah bapak.

”Pesakit Eid sekali tu je kot, mak. Takdir la tu. Allah bawa dia terus depan mata Eid. Dah tahu alamat rumah dia, dah tahu dia anak siapa. Mama dia pun Eid dah kenal. Cukuplah tu kalau kata nak hantar rombongan pun,” selaku selamba.

Aku dah lihat mak gerakkan jari dia dan aku bingkas bangun mengelak sebelum jari mak tu singgah menyengat pehaku.

”Nasib baik kamu cepat bangkit. Kalau tak memang biru mak bagi cap sirim.” Bibir mak herot. Aku sengih garu kepala. Adeh, rambut pun dah panjang. Entah bila nak potong rambut. Aku jeling ke arah cermin. Memang muka aku ni fotostat wajah Arjun Rampal. Kalau bab perasan, memang akulah pemenangnya. Aku senyum sendiri.

”Memang kamu ni dah sasau Idham. Sebab tu kamu senyum sorang-sorang tu, kan?” tegur mak kuat. Aku kalih pada mak dan garu kepala lagi. Terlupa mak ada kat bilik aku ni.

”Tak adalah sasau, mak. Angau sikit jelah,” balas aku pula. Mak merengus.

”Mana alamatnya? Cincin dah ada? Nak meminang anak orang ni kena ada persiapan sikit.”
Aku terus saja paut lengan mak bila dia berkata begitu. Fuh, memang mak memahami aku. Tahu dengan ketandusan hati ini tanpa cinta dari Cik Siti Wan Kembangku itu.

”Boleh ke ni, mak?”

”Kalau Eid siapkan semua persiapan dalam minggu ni, hujung minggu ni kita pergi meminang dia,” jawab mak tanpa ada tanda dia main-main. Makna kata, betullah tu. Aku bangun melompat. Buat ombak siap-siap, macam Malaysia menang bola.

”Mak siapkan yang lain. Kamu pergi cari cincin je sebentuk. Sebentuk lagi mak hadiahkan,” sambung mak lantas dia bangkit menghala ke pintu.

”Eh, kenapa dua bentuk, mak?”

Langkah mak pegun. Dia kalih semula pada aku. ”Sebentuk untuk merisik, sebentuk lagi cincin tunang.”
Aku angguk tapi kenapa perlu beli satu je? Beli la kedua-duanya sekali. Aku mampu apa. Gaji tak pernah terusik kecuali bagi mak je. Memang kehidupan aku antara rumah, jalan raya, bus-stop yang ada Ayong dan klinik saja.

”Eh, biar jelah Eid beli dua-dua sekali, mak!” larangku pada mak. Dia menggeleng.

”Ni memang niat mak. Kalau kata kamu terbuka hati nak beristeri, memang mak nak bagi cincin ni pada bakal menantu mak yang sah-sah satu-satu tu je,” jawab mak lalu dia berlalu melepasi pintu. Memanglah Ayong je menantu dia sebab aku anak tunggal. Eleh, aku macam yakin je Ayong tak tolak lamaran hati aku ni. Dan, yang paling tak sabar aku nak muka comel itu berkerut seribu. Oh, Cik Siti Wan Kembang. Aku cinta kamu! Jerit hati aku kuat.
****
KAKI aku ni melangkah dengan sopan santun sewaktu aku lewati deretan bangunan nak menuju ke klinik kawan baik aku. Baru je aku nak tolak pintu, ada orang lain yang terlebih dahulu tarik untuk aku dan aku pegun pada seraut wajah yang aku rindu tu. Wajahnya nampak kurang sihat tapi tak adalah seteruk semasa dia pergi ke klinik aku hari tu.

”Ayong,” seruku dalam pada cuba mengawal tahap keterujaan aku ni. Wajah dia kelat.

”Eh, doktor buat apa kat sini? Jadi konsultansi kat sini pulak ke?” tanya dia sinis. Aku sengih.

”Mana ada. Saja jalan-jalan tapi ternampak Yong pulak,” jawabku berdalih. Terus tak jadi nak jumpa Sharmila, kawan baik aku ni. Jangan kata nak jumpa, masuk pun tak jadi sebab Ayong dah menapak keluar.

”Yong buat apa kat sini?”
Dia tidak menjawab sebaliknya dia goyangkan plastik ubat tu depan mata aku. Aku rebut dan terus aku tilik isi di dalamnya.

”Buat apa ubat selsema ni? Ayong tak baik lagi ke?” Aku mula risau. Nampak juga hidungnya yang sedikit memerah itu. Dia tak jawab sebaliknya dia rampas balik beg plastik putih itu dari tangan aku dengan mata yang terjegil. Mata yang penuh dengan rahsia. Rahsia yang akan aku singkap setelah dia menjadi milikku nanti biarpun masih terlalu jauh perjalanan aku menuju ke arahnya.

”Tak baik lagi la ni. Ubat doktor bagi tu tak menjadi pun. Klinik apa? Bayar je lebih tapi hasilnya, tak ada apa,” sinis dia. Aku garu kepala. Malu la pulak klinik tempat aku bekerja tu kena maki macam ni. Entah, aku pun bakal bekerja dengan kerajaan nanti. Mungkin gaji sikit tapi aku nak berkhidmat sepenuh hati pada masyarakat.

”Tak tahulah saya, Yong. Dah itu yang ada dekat klinik tu. Tapi, orang lain tak pernah pun sampai dua kali datang klinik nak baik demam? Yong ni sengaja tak nak baik kot?” Aku lebarkan sengihan.

”Nak jumpa saya lagi tak?” dugaku mengusik. Dia mencebik.

”Kalau saya nak jumpa doktor, mesti saya pergi klinik doktor tapi ini tak pun, kan? Jadi, jangan nak perasaan. Sakit telinga, sakit mata dan sini... Dia lekapkan telapak tangan ke dadanya.

”....lagi terasa sakit tau?”

”Tapi, sakit saya kat sini...” Kali ini giliran aku pula letakkan tangan di dada.

”... dah baik bila jumpa Yong,” sambung aku ceria. Memang aku ceria sebab dapat tengok wajah tembam dia tu.

”Emm, ikut suka doktorlah. Yong mohon diri dulu ek,” ucapnya lalu dia malu berlalu bila aku tarik beg galasnya.

”Eh, apa ni? Terlentang Yong karang!” marah dia padaku. Tapi, kemarahan itu langsung tidak berkesan kerana aku rasa dia sedang membaca puisi cinta yang sangatlah indah menyapa pendengaranku.

”Saya kerja malam hari ni. Yong boleh tak temankan saya beli satu barang?” Aku mula usulkan idea aku ni.
Dah alang-alang mak pesan suruh belikan cincin. Nak beli tadi, risau juga takut salah saiz. Itu yang mahu menempel ke kawan aku tu. Mungkin dia lebih arif sebab dia perempuan. Dah alang-alang jumpa tuan empunya diri ni, aku seret jelah dia.

”Nak pergi mana pulak doktor ni? Ayong nak balik ni. Nanti mama bising pulak,” ucap dia kononnya menolak. Tapi tak ada pulak aku tengok kaki dia menapak menjauh dari aku. Eleh, nampak sangat dia pun suka bila terserempak dengan aku.

”Mama tak marahlah. Cuba cakap kat mama Yong kata keluar dengan saya,” selaku selamba. Dia tarik telefon bimbitnya tapi aku lebih cepat merebut. Sepantas kilat aku buat panggilan rindu pada telefon aku dan akhirnya, fuh.... puas hati!
Wajah Ayong berkerut. ”Pencuri!”

”Saya curi nombor telefon Ayong dengan Ayong sendiri tapi Ayong curi hati saya tanpa saya sedar dan Yong bawa lari macam tu je. Tak kalih-kalih dah.” Aku buat mata juling kejap sebab pelik dengan diri sendiri. Kenapa aku pantai berpuitis? Dulu tak belajar sastera pun.

”Erk...” Mata dia bulat. ”Bila masa pula saya operate hati doktor?”

”Eid. Ayong panggil Eid je. Kat klinik boleh panggil doktor. Kat luar boleh panggil Eid je dan dah sah nanti kena panggil abang.”

Ayong dah bercekak pinggang depan aku. Memang mulus dan polos wajah dia. Mungkin fizikal dia dua kali ganda lebarnya dari aku tapi aku suka, siapa boleh larang?

”Doktor tak payahlah nak mengorat saya. Mentang-mentanglah saya gemuk, bulat doktor jangan nak mainkan hati saya, ya?” Dia memberi amaran keras.

”Mana ada saya mainkan Ayong?” tanya aku pula. Dia buat muka lagi. Muka tak puas hati.

”Saya dah biasa dengan mulut manis lelaki ni. Semua saya buat pekak je. Malas nak layan,” selanya dan inilah yang membuatkan cinta aku jatuh bergelimpangan di sekeliling dia ni bila dia katakan tak pernah melayan mana-mana lelaki. Dengan kata lain, akulah lelaki pertama yang dia layan ni.

”Mulut saya manis kerana hati saya manis juga, Ayong. Bukan manis mulut semata-mata. Kalau Ayong nak bukti, jom temankan saya. Saya buktikan,” ajakku lantas aku menapak mendahului dia dan bila aku jeling ke belakang sikit, sah dia memang ikut aku. Tapi, dia jalan jauh sikit dan mulut dia sedang membaca mentera. Oh, comelnya kamu!

Aku menghentikan langkah di depan sebuah kedai emas dan pastinya Poh Konglah sebab aku mampu. Kalau tak mampu, tepi jalan pun jadi.

”Nak buat apa kat sini?” tanya dia pelik bila aku ajak dia masuk dan sah-sahlah pekerja Poh Kong yang pakai uniform hitam kuning itu tarik dia duduk. Senang kerja aku.

”Bukti saya iklhas pada Yong,” ujarku separuh berbisik. Dia jegilkan mata. Memang mata tu menyimpan rahsia dan hati lelaki aku ni, nak sangat tahu.

”Jangan main-main boleh tak, doktor,” marah dia padaku. Dia bingkas bangun tapi terdongak la sebab aku tinggi dari dia. Ayong ni pun lebih kurang mak. Takat dada aku je.

”Saya serius. Weekend ni saya masuk meminang Yong, okey?” Aku jungkit kening. Aku angkat penumbuk. Memang dia menarik orangnya.

”Jangan buat pasal, ya?” tegasnya dan aku lihat, perempuan Cina tu dah senyum-senyum pada aku lalu aku cepat-cepat tekan bahu Ayong suruh dia duduk semula.

”Bismillahirrahmanirrahim... saya pinang Ayong jadi wanita yang halal di sisi saya. Okey, dah boleh pilih cincin,” ucapku separuh berbisik.

Aku lihat bening mata Ayong teduh dan redup je kala itu. Nampak sikit berair. Aku tahu dah dia terharu dengan aku dan aku pun melebarkan senyum biar dia terus yakin dengan keputusan mendadak aku ni.

”You tolong dia pilih cincin yang sesuai dengan dia. Harga tak jadi hal. Janji tuan empunya diri suka,” beritahu aku pada pekerja Poh Kong ni. Dia senyum dan terus saja membelek beberapa bentuk cincin. Sua sebentuk, Ayong geleng. Sua dua bentuk, Ayong tolak. Sua lagi, dia tolak lagi sampailah aku pun dah pelik.

”Kenapa?” tanya aku lepas aku labuhkan duduk di sisinya.

”Saya tahu awak nak main-mainkan saya, kan? Sebab saya gemuk, tak cantik awak sengaja nak buli saya, kan?” Dia mula menuduh aku sekali lagi dan kali ini dapat aku kesan sendu halus yang bakal bertukar kasar. Rupanya salah tafsiran aku tadi. Memanglah aku ni perasan tak bertempat. Ayong tak terharu pun, tapi dia rasa tertipu. Adeh!!

”Saya ikhlas ni. Saya dah cakap dekat mak saya. Hujung minggu ni kami pergi meminang. Sekarang pilih cincin dulu.”

”Tapi, kita baru kenal kan? Baru jumpa dua kali,” protes dia. Tapi protes pun dah ada tanda hendak setuju tu. Aku tahu, dia mesti cair tengok wajah aku ni. Hati aku mula la nak gelak bangga. Subhanallah. Maha suci Allah yang menciptakan.

”Kita kenal lepas sarungkan cincin nanti,” balas aku lalu aku senyum pada pekerja Poh Kong ni dan aku sambut cincin ke-10 yang dia hulurkan dan bila aku suakan pada Ayong, dia senyum. Senyum tanda setuju la tu. Aku tahu dah!

”Saya nak singkap rahsia di sebalik mata awak tu cepat-cepat,” ujarku berkias bila usai membuat bayaran.

”Rahsia apa?”

”Rahsia kasih sayang,” balasku. Ayong buat muka tak beriak.

”Saya nak balik cepat, Ayong balik sendiri. Tunggu kedatangan kami Ahad ni,” sambungku lalu aku terus menapak tanpa menanti dia membalas kata-kataku.

Inilah yang dikatakan rezeki dan jodoh. Semuanya dipermudahkan. Semuanya mendapat persetujuan dua hati.
****
TERKOCOH-KOCOH aku keluar daripada bilik air bila telefon bimbitku menjerit. Mujur tak tertanggal kain tuala ni sebab aku beria-ia nak dapatkan telefon tu kerana aku dapat rasakan itu adalah panggilan daripada dia.
Bila aku gapai telefon dan aku lihat skrin, ternyata dia. Cik Siti Wan Kembang aku setkan untuk nombor dia.

”Baru ingat nak telefon Yong lepas Isyak nanti,” ucapku selepas menjawab salamnya.

”Baru ingat tapi Yong telefon dulu, tak salah kan?” tanya dia lembut di hujung talian.

”Memang ingat tapi nak solat dulu tadi. Ni pun berkejar keluar dari bilik air sebab dah dapat rasa Yong yang telefon.” Aku pula berbahasa menidakkan anggapan dia. Dia memang suka beri anggapan buruk pada aku.

”Ni tak pakai baju la ni ya?” duga dia. Aku dengar tawa halus dia. Argh, mesti comel.

”Eh, Ayong nampak ke? Eh, mana baju ni. Malu ni Ayong nampak tubuh saya sebelum kahwin. Aurat ni.” Aku pula menduga dia. Kali ini tawa halus tu mati. Haa, kan dah kena.

”Emm, mana ada.” Dia berdeham beberapa kali. Malu la tu.

”Ayong telefon ni sebab nak beritahu yang Ayong dah cakap dekat mama,” sambung dia cepat-cepat mengubah tajuk.

”So, apa kata mama?” Aku senyum kerana yakin akan penerimaan mama dia.

”Mama kata datanglah,” jawab dia.

”Datanglah? Itu je?” Aku mula la tak puas hati. Memang aku macam ni. Kalau setakat kenyataan sependek itu memang susah nak puaskan hati aku ni. Sebab dah biasa dari belajar sampai sekarang kena beri dan terima penerangan yang berjela-jela. Memanglah kalau sepatah ayat tu tak akan memuaskan hati aku.

”Mama cakap datanglah. Dia mempersilakan Doktor Syed Mohd Idham Wassim ke rumah kami untuk meminang anak dara dia yang tembam ni dengan senyuman dan penuh rasa syukur,” jawab Ayong sinis.

Aku gelak. Tak tahulah dia cakap sungguh ke tidak tapi itu dah cukup membuatkan hati aku puas. Tak kisahlah Ayong beritahu fakta atau auta, memang aku akan ke rumah dia.

”Tapi.....” Tawa aku mati bila Ayong sambung lagi ayat dia. Tapi?

”Mama kata tak nak risik saja. Dia nak....” Ayong tergagap-gagap nak bercakap pulak dah. Aku pun menduga sendiri.

”Mama nak kita tunang terus, kan?” tanya aku. Dia diam. Maknanya betullah tu. Perempuan kalau diam kan, tanda setuju. Itu aku dengar orang la cakap. Dalam buku, tak ada pun fakta macam tu. Diam tanda setuju. Memanglah auta. Tapi, auta yang boleh pakai.

”Memang itulah yang saya nak. Terus nikah pun tak apa kalau Yong nak.” Aku mula tunjuk yang aku ni tak sabar. Ayong mendengus.

”Nak nikah cepat-cepat sangat kenapa? Nanti orang ingat bukan-bukan pulak?” marah dia.

”Eh, bukan-bukan apanya? Nikah tu kan bagus. Mendirikan masjid, menghalalkan hubungan adam dan hawa,” protes aku pula.

”Nanti orang ingat Ayong berisi pulak,” sela dia.

”Eh, bukan ke Ayong dah memang berisi, kan?” tanya aku diluar sedar yang aku ni sebenarnya sedang mengecilkan hati dia dan tanpa jawapan, klik... dia matikan talian la. Jenuh aku dail balik nombor dia tapi tak berangkat-angkat. Sudahnya aku diamkan saja.
Tak sudah-sudah aku kutuk diri aku. Padahal niat aku tu lain. Aku tak sempat habiskan ayat aku tu lagi. Aku baru nak cakap yang berisi dia tu lah yang buat dia lain dari yang lain. Tapi dia, salah faham. Adeh!!
*****
DUA hari lagi hari minggu. Maknanya hari Ahadlah dan maknanya hari kami akan berkunjung ke rumah Ayong. Tapi, sampai hari ni Ayong tak jawab panggilan aku. SMS juga tak berbalas. Nak je aku ke rumah dia, tapi mak larang. Kata mak, lusa dah nak ke sana. Jangan gelojoh! Aduhai, mak pun. Gelojoh la pulak dia kata aku!

”Kenapa tak kenal-kenal dulu? Ayong tu tak apa ke?” tanya mak bila dia letakkan segelas air suam pada aku. Dah kurang sihat pulak.

”Kenal lepas dah sah la senang, mak. Nak buat apa berdua pun tak ada siapa kisah. Allah suka lagi ada,” balasku seraya aku teguk air suam tu. Aku jamah dahi. Memang sah aku demam kot. Dah la malam ni kena kerja lagi.

”Mak tak kisah. Kalau betul Eid kata Ayong dah setuju, okeylah. Kita pergi je rumah dia. Orang dulu-dulu pun meminang tak kenal rupa pun. Kenal dalam bilik tidur je. Janji jangan keluarga dia tolak pinangan kita ni nanti, sudah,” ucap mak.

”Tak adalah, mak. Dia sendiri yang pilih cincin tu kelmarin. Mungkin Eid memaksa, janji dia tak membantah, kami cuba jaya lepas nikah la nanti. Lagipun dia cakap mama dia memang terima kehadiran kita nanti,” jawabku dengan suara yang semakin lemah. Padahal aku ni pujuk diri sendiri sebab dah berhari-hari tak dapat berhubung dengan Cik Siti Wan Kembang hati aku tu. Aduh, janganlah buat dia tolak. Memang aku bawa hati aku ni keluar negara la, sambung belajar. Bukan lari saja-saja. Buat rugi je nanti.

”Yang kamu ni kenapa? Demam?” Mak jamah dahiku.

”Demam dah Eid ni. Demam terkejut nak dapat calon isteri ni,” usik mak lalu dia ketawa.
Haish, hari tu aku usik Ayong. Ni mak pulak usik aku. Aku kan doktor, mana boleh sakit. Nanti kesian dekat pesakit tak ada doktor nak merawat. Jadi, aku bangkit buat-buat kuat dan terus naik ke atas. Sebab hari dah petang, nak kena bersiap pergi klinik. Kerja malam!

Dah siap, aku kembali turun. Nampaknya solat kat klinik lagi hari ni. Eleh, padahal tiap-tiap kali kerja malam pun solat kat klinik. Masa tu, aku tengok mak dok sibuk belek barang-barang yang nak dijadikan buah tangan untuk keluarga Ayong.

”Banyaknya mak,” tegur aku semasa sedang menyarungkan stoking.
Mak panggung kepala. ”Banyak apa? Sikit je ni,” balas mak pula. Sikit la sangat. Padahal aku tengok dah macam hantaran orang nak nikah.

”Emm, Eid jalan dulu, mak.” Aku bangkit dan gapai jemari mak. Lepas kucup dan terima pesanan biasa daripada mak, aku terus saja keluar dari rumah.

Sampai kat klinik, rasa sunyi je. Seperti biasa, pesakit juga kurang. Syukurlah ramai orang sihat. Melainkan musim kenduri. Memang ramailah yang berkunjung. Keracunan gulai kenduri.

Cik Nini? Keluar ke pasar malam belakang bangunan klinik aku ni. Pasar malam yang paling meriah di Tanjung Dawai ni. Aku tekan lagi nombor telefon Ayong tapi memang menghampakan. Sesungguhnya dia memang berkecil hati dengan aku. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini
****
TINGGAL sehari saja lagi sebelum aku dan mak membawa rombongan ke rumah Ayong. Tubuh masih terasa kurang sihat. Tapi, masalahnya memang menjadi masalah. Masalah Ayong tak nak jawab telefon. Aku takut dia tendang pinangan aku ni keluar rumah.
Hari ni kerja pagi. Waktu rehat ni, aku terus atur langkah aku kemas ke klinik kawan aku. Aku nak minta pendapat Doktor Sharmila pulak. Dia perempuan. Pasti dia tahu apa yang perlu aku lakukan dalam waktu singkat ni.

”Apa masalah kau ni?” tanya Sharmila pada aku bila kami sama-sama duduk di sebuah kedai mamak untuk makan tengah hari.
Aku tak terus jawab. Dahaga tegak aku ni kena hilangkan dulu. Aku sisip teh limau panas tu perlahan-lahan. Doktorlah katakan, tengah hari matahari terpacak pun, aku teguk air panas. Jaga sistem dalaman aku ni. Nak pakai lama ni!

”Kau ingat tak pesakit kau empat lima hari sudah tu?” tanya aku pada Sharmila. Berkerut kening dia. Hampir bertaut di tengah. Buat apa lagi, berfikir la tu.

”Yang mana?” tanya dia. Eleh, beria kerut sana, kerut sini. Macam ingat tapi tak ingat rupanya.

”Pesakit ramai la.” Sharmila sengih. Aku angguk. Betul juga. Sehari bukan seorang dua yang berkunjung. Lain la klinik tempat aku kerja tu. Agaknya betullah Ayong cakap, tak ada sentuhan mujarab ubat kat klinik tu. Aku pun tak tahu. Agaknya kot!

”Nama dia Wan Siti Sarah,” beritahuku. Sharmila mengerutkan wajah lagi tapi kali ini tak lama bila dia mula bulatkan mata dia. Cantik mata dia tapi tak boleh lawan kecantikan dan rahsia yang tersembunyi di dalam mata Ayong.

”Oh, yang tembam-tembam tu ek?” Dah, tembam juga dia ingat. Aku angguk kerana itu sememangnya kebenarannnya. Sharmila senyum.

”Hari tu, aku memang nak ke klinik kau tapi dah terserempak dengan dia depan pintu klinik kau tu, aku terus tarik dia pergi beli cincin.”

Mata Sharmila terus membulat bila aku memberi pernyataan begitu. Aku tahu dia tak percaya tapi aku sendiri lebih tak percaya, bila Ayong ni tak nak jawab panggilan aku. Bersungguh-sungguh dia merajuk.

”Kau jangan cakap...”

”Memang aku jatuh cinta dekat dia. Memang aku nak kahwin dengan dia. Memang yang semuanya memang. Tak ada main-main sikit pun,” tegas aku pada Sharmila. Dia ketawa.

”Hai, kau sikit punya handsome, rupa dah macam Arjun Rampal dah, boleh pulak kau jatuh cinta dengan perempuan tembam tu?” tanya dia. Geram je aku rasa. Dia ni dah mengutuk jantung hati aku ni.

”Cinta tak mengenal rupa, okey?” selaku sinis. Dia angguk sambil menahan sisa tawanya.

”Okey, sorry! Dah tu apa masalahnya?” soal kawan aku ni lagi. Asyik soalan je kan. Eh, dah memang aku nak tanya dia, mesti la dia tanya apa masalah aku. Tengok, aku pun nak sasau sebab Ayong.

”Kami dah setuju nak bercinta lepas tunang nanti, dah beli cincin, dah cakap nak hantar rombongan Ahad ni, tapi sekarang ni dia tak nak jawab telefon la, Mila. Macam mana aku nak buat ni?” Aku melahirkan kebimbangan.

Ikut hati, nak je aku garu kepala aku ni kuat-kuat. Nak je aku berguling-guling kat lantai kedai mamak ni sebab kerisauan aku ni. Risau Ayong tolak pinangan aku dan risau Ayong masih marahkan aku.

”Gila awal? Kau kenal dia dah berapa lama?” Mila tak puas hati. Tengok rupa dah tahu sebab dia sukakan aku. Aku memang tahu tapi buat-buat tak tahu sebab dia tak pernah cakap. Her action already speak louder than her words!

”Dengan aku yang dah bertahun-tahun kenal ni tak ada pun kau nak luah perasaan?” duga Mila akhirnya.

”Dengan kau aku ada perasaan sayang sahabat je. Dengan Cik Siti Wan Kembang aku tu, aku ada hati dan cinta untuk dia,” ucapku sedikit keras. Apalah susah sangat nak fahamkan Sharmila ni? Lain aku nak tanya, lain jadinya.

”Sekarang ni, kau boleh tolong aku ke tak, Mi?” Aku mula la nak naik angin. Masa semakin suntuk, masih banyak yang belum selesai. Eh, ni dah macam ayat dalam filem Nur Kasih. Nampak sangat aku layan Nur Kasih. Muka tampan, macho tapi hati aku tetap ada Nur. Bukan Nur Kasih tapi nur dari mata Ayong.

”Boleh.” Mila angguk.

”So, apa aku nak buat sekarang? Perlu ke aku ke rumah dia sebab tinggal esok je kami nak ke rumah dia ni?”
Sharmila diam seketika. Lagak seorang pemikir. ”Aku rasa kau pergilah jelah sana esok je. Paling tidak kau tahu keputusan dia. Kalau dia tolak, maknanya dia bukan jodoh kau la tu,” ucap Sharmila akhirnya.

Aku terdiam. Bukan jodoh aku? Akhirnya Sharmila pun berikan aku jawapan mati. Jawapan yang memang tak boleh nak sangkal lagi oleh pemikir logik macam kami ni.

”Aku pun pelik la, Eid. Kenapa kau boleh jatuh cinta dekat dia tu?” Sharmila tanya soalan ini lagi.
Aku gariskankan senyuman. ”Sebab dia Cik Siti Wan Kembang aku,” jawab aku lalu aku bangkit menuju ke kaunter. Dah tamat masa rehat. Tapi, cinta aku pada Ayong tak mungkin tamat macam tu saja. Kalau kata Sharmila tak boleh menolong, aku tahu Allah akan membantu aku.

Baru nak melangkah keluar, aku ternampak susuk tubuh yang cukup aku kenal dengan langkahnya yang sengaja dia percepatkan dah aku memang dapat agak sesuatu yang lain pula bakal terjadi. Aduhai!!!
******
JEMARI aku ni sengaja aku ketuk di kaunter, depan Cik Nini. Nak tanya dia, segan pulak. Sudahnya tak payah tanya. Aku pergi je esok. Orang putih kata ambush!

”Kenapa doktor ni? Nampak semacam je,” tanya dia.

”Emm, awak tahu saya cuti esok, kan?” soalku kembali. Cik Nini mengangguk.

”Doakan saya, ya?” Aku berikan pernyataan tergantung tanpa ulasan kepada Cik Nini membuatkan jururawat aku tu, garu kepala dia yang bertudung. Tapi, tak lama sebab dia macam nampak hantu dekat depan pintu masuk.

”Eh, doktor? Tu bukan perempuan yang hari tu ke?” tanya dia.

”Dia intai apa pulak tu?”

Aku terus kalih ke pintu kaca tu. Memang terjojol mata aku ni. Mujur tak tertanggal dari soket tengok si dia yang sedang mengendap ke dalam klinik. Mujur saja cermin pintu tu gelap di luar dan terang di dalam. Macam masa depan aku juga, mungkin samar-samar lagi hubungan aku dan Ayong pada zahirnya tapi aku sudah nampak terang bersuluh akan hubungan hati kami.

Aku pantas mendekat ke pintu dan langsung aku tarik pintu itu. ”Rindu saya tapi tak jawab telefon. Sanggup lagi mengintai dari tirai pintu, kan?” soal aku tiba-tiba.

Ayong terkejut tengok aku di pintu tu, berdiri tepat di depan dia. Tirai pintu? Lagu Exist tirai kamar. Ah, lantaklah. Dah sah nanti, aku intai la pulak dia dari tirai kamar.

”Errr...” Ayong nampaknya kelu. Kali ini aku nak ambil kesempatan ni berkata-kata biar dia kelu sesungguhnya kelu. Siapa suruh buat aku menanggung risau dan rindu sekali gus.

”Kenapa Ayong tak jawab call saya? Kenapa Ayong buat saya macam ni? Kalau setakat ayat saya hari tu buat Ayong jauh hati, saya tak maksudkan pun. Saya minta maaf tapi sampai hati Aong buat saya macam ni sedangkan esok kita dah nak bertunang pun,” tanyaku bertubi-tubi. Tu dia, Ayong dah terkebil-kebil.

”Ayong memang terasa hati dengan awak masa tu tapi hari ni Ayong datang juga tengok awak sebab Ayong pun rindu awak,” akui dia akhirnya. Aku apa lagi? Senyum senang hati tapi tak lama sebab wajah Ayong masih keruh dan aku nampak kesedihan yang masih bersisa di dada dia.

”Tapi, Ayong silap sebab awak memang bermaksud kata Ayong gemuk. Tadi, Ayong dengar awak sembang dengan kawan awak tu. Ayong dengar awak kata Ayong kembang. Awak memang tak ikhlas sukakan Ayong,” ucap dia tertahan-tahan.

Laju je aku tengok air mata dia mengalir. Oh, pedih hati aku. Bagaikan terkena percikan gunung berapi melihat air mata wanita kesayanganku ini. Tak sangka, dia terdengar perbualan aku dengan Sharmila tengah hari tadi, sedangkan aku tak perasan pun dia dan sudah pastinya aku tak berniat langsung. Itukan panggilan manja aku pada dia. Cik Siti Wan Kembang tu kan panggilan sayang aku buat dia.

”Errr, maksud Ayong saya panggil Ayong Cik Siti Wan Kembang tu ke?” soalku pinta kepastian. Dia angguk dan juraian airmata di pipinya semakin bertali arus. Mujur juga tak ada pesakit.

”Itu panggilan manja saya pada Ayong. Salah ke?” tanyaku lagi tapi dia tetap diam.

”Saya minta maaf kalau Ayong terasa tapi Ayong tak ada hak nak nilai kasih sayang dan cinta saya pada Ayong hanya kerana sepatah perkataan yang Ayong dengar tanpa tahu niat sebenar saya tu!” Aku membantah. Dia menggeleng berkali-kali.

”Tak, awak memang maksudkan. Ayong dah biasa dengan orang macam awak ni. semuanya sama. Memandang rupa semata-mata. Kita batalkan saja majlis kita esok. Awak jangan datang rumah Ayong. Ayong benci nak tengok awak,” ujar dia bersama sendu dan serentak itu, dia terus berlari.

Dan aku? Tak mungkin aku kejar sebab masa tu ada seorang pesakit sedang masuk ke klinik aku. Nak tak nak, tugas perlu didahulukan. Cinta aku tu, aku yakin akan jadi milik aku bila ada seorang wanita yang cukup aku kenal, tersenyum penuh makna. Mama Ayong!
*****
RASANYA semua borang telah aku siapkan. Cadangan mama Ayong aku terima dengan hati terbuka. Mak juga sama. Hari ni, dah masuk seminggu Ayong merajuk sesungguhnya merajuk dan aku pula dihalang keras menghubunginya. Siapa yang halang? Mama dialah. Bakal mama mertua aku. Terus tak jadi pergi Ahad hati tu.

”Eid dah ready ke?” soal mama Ayong bila aku telefon dia bertanyakan khabar Ayong. Rindu tak tertanggung bila dipasung tangan dan kaki dari menghubungi kekasih hati.

”Dah, ma. Ayong macam mana?” tanya aku pula.

”Macam tu la. Sedih sangat kali ni sebab selama ni dia tak pernah macam ni. Pertama kali memberi dan menerima cinta, macam ni lah. Biarlah dia. Esok tu senyumlah tu,” sela mama pula. Aku hela nafas lega.

”Mama buat seperti yang dirancang ke?” Aku sudah berkali-kali pinta kepastian. Bukan apa, aku takut juga ikut rancangan mama Ayong ni. Takut aku kena tendang keluar rumah oleh Ayong.

Mama ketawa halus. ”Eid jangan risaulah. Dia kan cintakan Eid sangat-sangat.”

Jawapan mama Ayong membuatkan aku dapat hela nafas lega. Syukur, Ya Tuhan kerana Kau telah mempermudahkan segalanya buat aku dan dia. Doa hatiku tidak putus-putus.

Esoknya, aku memang bersiap setampan mungkin. Tapi, ala kadar je sebenarnya. Sebab aku dah tampan, apa nak kisahkan. Sikit-sikit pun dah menyerlah wajah Arjun Rampal aku ni. Sharmila mencebik bila aku berkata demikian. Mak ketawa. Memanglah aku ni jenis perasaan. Macam pernah aku baca dalam cerita Assalamualaikum Cinta, dia kata abang dia kembar dengan bertih jagung dan aku ni, rasanya kembar dengan perasan.

”Dah sedia ke nak kena kick out?” Sinis je suara Sharmila ni. Aku jungkit bahu. Tak tahu nak ulas apa lagi. Yang penting aku yakin dengan penerimaan Ayong.

”Tak salah kan, mak buat persiapan macam ni? Tengok, akhirnya ini permintaan mama Ayong,” tokok mak pula dan aku angguk jelah.
Lebih kurang setengah jam perjalanan dengan konvoi lima buah kereta, kami tiba di depan rumah Ayong. Tak ada la meriah mana. Hanya ada dua buah khemah didirikan. Aku tilik sekali lagi tubuh aku yang dibaluti sepasang baju melayu putih mutiara, lengkap bersampin dan bersongkok. Rasa debar lain macam pulak.

”Relakslah, Eid. Kau ni. itulah kau, aku ajak kahwin dengan aku, kau tak nak,” gurau Sharmila pada aku. Aku menjeling.

”Dah kau ada pernah luah perasaan dekat aku?” Aku mencebik geram. Masa ni lah, dia nak ungkit segalanya. Orang dah la berdebar disebabkan rancangan mama Ayong ni.

”Sebab aku tahu, kau dengan aku tak ada cinta sebab tu aku tak luah,” jawab dia bersama senyuman. Aku ketawa kecil. Sharmila ni memang memahami sebab tu aku kekal berkawan dengan dia.

Masuk rumah, semua orang dah penuh di ruang tamu. Peluh kecil mula merenik di dahi aku. Semakin aku seka, semakin galak pula peluh-peluh kecil ini terbit. Aduhai, permudahkanlah segalanya buat aku, Ya Tuhan.

”Dah sedia?” soal abang Ayong. Abang yang pernah aku nampak, menjemput Ayong naik motor dulu. Pertama kali bersua dengan dia. Semuanya pertama kali. Sebab aku ni main terjah je. Aku angguk perlahan-lahan.

Abang Ayong bawa aku duduk di tengah-tengah orang ramai. Duduk di atas sebuah kusyen yang berwarna kuning keemasan di depan seorang lelaki yang berserban dan berjanggut putih yang sedang tersenyum mesra.

Dan akhirnya, aku selamat menerima nikah dan menjawab qabul Wan Siti Sarah binti Megat Shamser yang kini menjadi hak milik aku yang sah. Sah untuk aku singkap tirai kamar biliknya, sah untuk aku singkap rahsia yang ada di dalam bening mata bundarnya itu. Sah untuk menyentuh pipi bulat dan memeluk tubuh berisi itu.

Alhamdulillah. Biarpun sekadar majlis nikah dulu, aku tetap berpuas hati dengan persiapan mak aku dan mama Ayong. Lengkap segalanya. Tak ada yang kurang. Yang kurang hanya satu, hanya mak yang naik ke bilik Ayong untuk sarungkan cincin bagi pihak aku. Memang pelik. Kecewalah juga tak dapat lihat wajah Ayong yang disiapkan oleh mak andam.
******
MALAM tu, aku panjat anak tangga naik ke bilik. Ayong sampai sudah tak nak keluar. Kecewa dengan aku agaknya. Dia tak tahu, aku lagi la kecewa sebab dia. Sampai dah sah pun dia tak nak jumpa aku.

Baru aku tutup daun pintu, Ayong keluar dari bilik air dengan berkemban. Bulat mata aku. Bergema suara dia menjerit.

”Mama tolong!!!!! Ada perogol masuk bilik Ayong!!!” jerit dia kuat. Aku pantas berlari dapatkan dia dan secara spontan aku peluk dia dan aku tekup mulut dia.

”Kenapa jerit?” tanya aku geram. Nanti orang fikir aku ganas pulak. Adeh!!
Dia bulatkan mata. ”Kenapa awak ada dalam bilik Ayong? Tak malu ke masuk bilik anak dara orang?”

”Eh, ni bilik Ayong, bilik abang jugaklah,” selaku tanpa mengetahui hakikat sebenarnya yang telah mama dia khabarkan.

”Bila masa awak kahwin dengan Ayong?” tanya dia marah. Wajah itu merah padam. Kuat je dia tolak aku dan menggapai selimut lalu dia belit ke badan dia. Aku gelak tertahan-tahan. Comel je dia bungkus tubuh dia dalam gebar tebal tu. Nampak muka je. Waktu ni aku rasa nak terkam dia sebab aku nampak dia macam gula-gula kapas. Aku senyum lagi. Kali ini senyuman menggoda. Fuh, moga dia cair la tengok aku ni.

”Siang tadi abang jawab nikah dengan Pak Imam berwalikan abang Ayong dan saksi-saksi serta tetamu,” jawab aku bangga. Dia buat muka pelik. Pelik tu nampak nak menangis sebenarnya.

”Eh, siang tadi Ayong tunang dengan orang lain la. Kenapa awak cakap kita nikah pulak?” Mata dia dah mula berkaca-kaca.
Aku hampiri dia dan perlahan-lahan aku raih tubuh yang dibaluti gebar tebal tu. Erk, tak muat satu pelukan aku. Tapi, hati bahagia, apa ada hal, kan?

”Sungguh, ayang. Abang nikahi ayang petang tadi. Kalau kata tak sah, macam mana abang boleh lepas masuk bilik ayang? Ni rancangan mama suruh abang masuk nikah terus. Tak payah tunang-tunang kata mama. Buang masa,” ujarku memberitahu kebenaran rancangan mama dia.

”Tapi, mama cakap lain. Mama kata Eid tak datang hari tu maknanya Eid tak nak Ayong. Jadi, mama dah pilihkan orang lain untuk tunangkan dengan Ayong. Siap kena sign borang lagi. Perjanjian tunang takut Ayong putuskan.”

Eh, ada ke hal macam tu? Aku senyum bila dia tak menolak pelukan aku. ”Sign borang tu tak tengok nama siapa?”

”Tak tengok sebab mama kata tu borang syarat-syarat masa bertunang. Ayong kecewa awak tak datang rumah Ayong seperti yang awak janjikan tu sebab tu Ayong terima je orang lain,” ucap dia tertahan-tahan. Aku tahu dia dah mula menangis. Menangis terharu la tu. Aku tahu dah!

”Bukan Ayong tapi ayang. Bukan awak tapi abang. Kan abang dah pernah cakap, kat klinik boleh panggil doktor, kat luar kena panggil Eid, dah sah kena panggil abang dan biasakan diri tu ayang. Bukan lagi Ayong.”

Dia diam dan aku ambil kesempatan ini untuk terus berbicara sebab selepas ni aku nak bertindak pulak. Tak nak dah bersuara.

”Mama rahsiakan hal ni dari abang. Abang ingatkan mama dah beritahu yang kita akan terus kahwin. Rupanya, dia beritahu ayang nak bertunang je. Itu pun dengan orang lain. Yang ni, memang abang tak tahu,” beritahuku pada dia agar dia tak terus dengan salah faham dia tu. Dia tetap diam membuatkan aku tolak tubuh itu mencari matanya. Rupanya, wajah itu sudah dijeruk airmata.

Hari tu tak mampu nak seka tapi hari ni, aku seka semahuku. Selepas aku pastikan airmata itu kering, aku hadiahkan kucupan kudus di dahinya. Tak sempat nak kucup tadi sebab dia tak nak jumpa aku.

”Mama buat untuk kita dan maafkan abang sebab buat ayang ternanti-nanti.” Aku raih tangan gebunya itu, dan aku kucup lama. Perlahan-lahan, aku lihat dia gariskan senyuman.

Mata kami beradu dan bibir masing-masing tersenyum mesra menyatakan rahsia hati masing-masing akan cinta yang menggebu dalam diri. Rahsia matanya telah berjaya aku singkap, tirai kamarnya juga telah berjaya aku selak dan kini rasanya tibalah masanya aku singkap rahsia hati milik dia biarpun aku tahu, jawapannya pastilah hanya ada aku di dalamnya.

”Apa syaratnya abang terima Ayong ni? Nak kena kurus?” tanya dia perlahan. Aku geleng.

”Abang terima ayang tanpa terma dan syarat!” jawab aku yakin dan dia senyum.
Baru saja aku nak rapatkan bibir aku ke bibir kemerahan dia tu, aku ter hacccummm!! Bersin la pulak. Tak habis lagi demam aku seminggu sudah. Ayong ketawa. Dia lekapkan telapak tangannya ke dahiku.

”Eh, abang demam ni,” ujarnya beriak risau. Aku pun turut sama pegang dahi aku.

”Emm, minggu lepas demam sikit tapi rasanya dah baik. Ni kenapa tiba-tiba boleh demam pulak ni?” soal aku lebih pada diri sendiri.

Ayong ketawa. Dia lepaskan gebar itu dari tubuhnya dan berlalu ke tilam, mengambil baju tidur. Mata aku bulat. Aku telan liur sebab aku tergoda.

”Demam nak serasi la kot abang ni,” sela dia sinis padaku. Eh, tu kan ayat aku kat dia dulu. Memang nak serasi. Serasi dengan isteri tercinta dan laju je aku sapa dia ke dalam pelukanku sekali lagi.

***TAMAT***

Cinta tak mengenal rupa kerana yang kurang cantik dan kurang tampan juga berhak menyintai dan dicintai. Cinta kita tak mungkin punyai terma dan syarat jika hati kita ikhlas menerima dia seadanya dia kerana perasaan kita ini adalah anugerah tak ternilai yang telah Allah titipkan buat kita. Salam sayang ~~~> RM

38 comments:

  1. hhehe.. intro yang menarik dan agak panjang. :) tahniah yer RM

    ReplyDelete
  2. hahahhh... kelakar... teruk punya doktor.. dok main ayat-ayat bunga dengn pesakit.. ishy

    ReplyDelete
  3. hahahha..bgus btul dktor ni..mcm2 tips bagi ya..

    ReplyDelete
  4. kak rehan, ada typo. aunty jadik auntu :)

    p/s : ta sabar nak baca keseluruhan cerpen (@_@)

    ReplyDelete
  5. hhehe ..mcm kisah kawan skerja saya dulu...selalu demam..2..bila teman dia pi jump doktor..mak ai..lama gila dok dalam bilik doktor..satu hari tu..srag guru lelki yg teman kan member tu sebab kami semua ada kerja..samapai naik gelisah si cikgu peneman ni..punta lama member tu masuk bilik doktor..rupa2nya..doktor tgh jeles,marah..garang masa tu..last2 sekarang jadi suami..tunang 2 minggu ja..anak dah 5..pun..

    ReplyDelete
  6. intro je ke nie?
    hehe...sya ingt dh penuh...

    ReplyDelete
  7. best n x cliche. Skali skala heroin 'kmbang'. X sbr nk bce

    ReplyDelete
  8. pernah jumpa dr camni masa study dulu2. sy ckp dr miang..takut dah nak jumpa lps tu

    ReplyDelete
  9. jangan harap nk pi jumpe doktor...
    paling liat dlm dunia kot.. hehe..
    kak an,, tb2 teringat kat yong.. hahhaa..
    tp kalu betullah ada doktor cm nih,,
    sy y pi dulu meyh... hehe...
    bukan senang nk dpt doktor..
    biasa kn doktor jual mahal jeh.. hehehe

    SSG=)

    ReplyDelete
  10. cinta tanpa batasan...amin..

    mama izz

    ReplyDelete
  11. hanya sekadar cerita je ni..tak ada doctor mcm ni...
    ape pun saya rasa terhibur baca cerita ini..tahniah buat penulis!

    ila danish

    ReplyDelete
  12. cerpen RM tak pernah mengecewakan!
    sentiasa terhibur!!... -faraa

    ReplyDelete
  13. alhamdulliah! saya suke ngan cite RM but intro maybe boleh buat lagi baik. overall, mmg lawak. saya sukekannya!

    ReplyDelete
  14. aduhai...asyik sungguh cerpen ni...membuai hati n perasaan.tabik spring dkt eid,memang seorang lelaki yg sejati.berkenan terus masuk meminang...tak payah cintan.good job..i like.

    ReplyDelete
  15. hehehe... tq RM ko memang best....

    ReplyDelete
  16. kak RM psal inai merah (kebetulan sepupu kawen tu) sameeeeeeeee sgt ngan situasi maya kekkekkee

    ReplyDelete
  17. as usual..still great..
    xpenah menghampakan

    ReplyDelete
  18. hehehe.. best bangat...

    ReplyDelete
  19. tadi baca citer dalam diriku tiada dia,menitik air mata..
    citer ni plk senyum je memanjang..

    ReplyDelete
  20. comel je dieorg nie..tpi xkn smpai suda ayong tu xingt Eid?

    ReplyDelete
  21. Hahaha....seronok baca cerita.....kalau hati dah suka, yg lain tolak tepi....

    ReplyDelete
  22. hehe, hopefully sy nt leh jumpa lelaki mcm Eid tu... pilih x berdasarkan paras rupa...

    ReplyDelete
  23. salam RM...
    suka..suka...suka.. ny byk sangat ckp arjun rampal mesti abis tgk my family errkk haha...
    bestt fika suka sangat....(ada kew doctor yg sepoting mcm eid) hmmmm rasa nyerr x de la...jarang nk jumpa doctor yg mcm eid...hehe
    lain dari yg lain cite pasal gilr yg berisi...n tembam x byk org yg nk pilih perempuan gemuk jd pasangan hidup....byk rencah n rasa kat dlm tue.. cinta x mengenal paras rupa n fizikal bak kata org tertua cinta tu buta....cite ny buat fika tersenyum dari baca sampai habis air mata x de....gud job...RM...

    ReplyDelete
  24. best la cte ni..wat kn org pk xsemestinye cntik sme cntik je..

    ReplyDelete
  25. beauty in the eyes of beholder.
    good job RM. i follow......

    ReplyDelete
  26. RM..usai baca cerpen ni buat kak senyum sensorang..suka gambaran watak RM cik siti yg 'kembang'..ni abes ke atau bakal ada sambungan? teruskan la..ke versi cetak pula...tahniahhh!!!

    ReplyDelete
  27. menarik..... god job!

    ReplyDelete
  28. Bez !!! Skaly skala hr0in kembg kn apa slhnya..dr tuu wahh pndai noh mgyat.hahahah...
    ~SS~

    ReplyDelete