Tuesday, May 15, 2012

Suami Tak Kuhadap 1

BAB 1

AKU tongkat dagu di atas meja. Lama sungguh waktu berlalu. Rasanya hampir bengkok belakangku duduk di bangku sekolah mengadap papan putih dan guru yang sedang mengajar di depan. Bosan.

Buku aku belek berkali-kali. Sengaja aku keluarkan bunyi bising kesan daripada buku tersebut sampaikan guru kelasku berpaling.

“Kenapa kamu buat bising, Syaima?” tanya dia tegas.

Aku senyum dan berdiri. “Saya nak balik cikgu.”



Cikgu Siti gamam dengan kata-kataku. Dia tutup buku di tangannya nak menutup marker pen lalu dia bertenggek di atas meja.

“Kenapa kamu nak balik? Masa sekolah tak habis lagi ni. Kamu ingat sekolah ni tempat kamu datang nak bersuka ria? Ikut suka kamu bila masa kamu nak datang dan bila masa kamu nak balik? Dalam minggu ni saja baru tiga hari kamu ke sekolah, Syaima dan hari ni kamu nak minta balik awal?” soal dia mendatar.

Aku tahu dia menyindirku dan bila aku tebarkan pandangan ke seluruh kelas, kawan-kawan yang lain sedang berbisik sesama sendiri dan aku sendiri tidak mahu ambil peduli. Dalam kepalaku hanya ada ibu. Ibu yang sedang terlantar tidak sihat. Makankah ibu, mandikah ibu. Aku tidak mampu menolak persoalan itu.

Bersungguh aku merayu ibu agar dia membenarkan aku menjaganya di rumah namun sayang, bila ibu lebih keras memaksa aku ke sekolah. Masa depanku bermula di sini katanya memandangkan dia bagaikan tidak mampu mendidik aku lagi kesan daripada kesihatannya yang kurang memuaskan itu.

“Mak saya sakit, cikgu. Sebab tu saya tak datang!” AKu menjawab dengan suara yang agak kasar. Gigi aku ketap kuat.

“Kalau mak kamu sakit, dia boleh jaga diri sendiri. Tak pun, kenapa kamu tak hantar je dia ke hospital?”

Semudah itu Cikgu Siti melontarkan kata buatku sedangkan dia tidak tahu, sukarnya aku hidup tanpa ayah di sisi kami. Sukarnya aku memujuk ibu ke hospital dan sukarnya aku berjalan kaki menapak dari sebuah klinik ke klinik yang lain untuk membeli ubat ibu dengan saki baki wang yang ada. Melihatkan pada pakaianku yang lusuh, tak mungkin dia tidak tahu akan keadaanku yang yatim sebelum tiba waktunya.

“Mak saya tak nak pergi, cikgu,” jawabku perlahan.

“Kalau mak kamu tak nak pergi, ibu bukan salah kamu. Tugas kamu belajar dan saya percaya, mak kamu nak kamu belajar baik-baik. Sudah. Duduk. Kita sambung!” tekan dia lalu dia bangkit dan terus menyambung kelas.

Aku duduk dan menelan liur berkali-kali. Entah mengapa, ada rasa memberontak di dalam hati. Tidak lama lagi SPM bakal menjelma dan aku sudah tidak peduli semua itu. Di mata ini hanya ibu. Di jiwa ini hanya nama ibu bersemadi.

Semakin waktu berdetik, semakin resah hatiku. Aku renung jam di atas papan putih di depan kelas. Terlalu perlahan waktu melewati dan belum sempat aku jatuhkan pandanganku ke papan putih, wajah Syed Ahmad Budriz muncul mengah di muka pintu kelasku.

Serta-merta aku bangkit dan merenung dia. Lelaki kedua yang aku benci dalam hidupku setelah ayah. Lelaki yang merampas segalanya daripada aku dan ibu.

“Assalamualaikum, cikgu.” Dia menyapa lantas menapak mendekat pada Cikgu Siti.

Bibirnya di dekatkan dengan telinga Cikgu Siti yang hanya setinggi dagunya saja. Pelajar Tingkatan Enam Atas ini nampak berkarisma pada zahirnya dan pada mata semua orang sedangkan di mataku, dia adalah parasit di jiwa ini.

Mata Cikgu Siti bulat. Dia kemudiannya merenung aku dengan pandangan yang sukar aku ertikan. Kakinya menapak perlahan dan kala dia hampir padaku, belakang tanganku di sapa lembut.

“Syaima… cikgu minta maaf atas apa yang cikgu nak sampaikan ni. Awak boleh balik dengan Budriz. Biar dia hantarkan.”

Aku mengerutkan wajah. “Kenapa pulak dengan dia. Saya boleh balik sendiri!”

Tiada siapa tahu hakikat sebenar hubunganku dengan Syed Ahmad Budriz. Tiada satu orang pun mengerti akan apa yang tersirat di balik renungan kami kala kami bertatapan. Penuh dendam, penuh benci!

“Syai… cepat Syai. Ibu Syai nazak!” Suara Budriz berdentum membawa halilintar dalam hatiku. Bergetar seluruh tubuh ini.

“Nur Syaima?”

Aku tersentak sendiri. Terkejut bukan kepalang bila ada yang menegur. Cepat-cepat aku angkat wajah dan melihat ke arah Faez yang senyum memandangku.

“Aez… dah lama sampai?” tanyaku lembut.

Dia senyum dan menggeleng. “Baru je. Syai termenung ingat apa tadi?”

Sehabis lebar aku ukir senyum menutup kepahitan masa lalu. Langkah ini bermula setapak dan Faez juga sama menapak bersamaku.

“Tak ada ingat apa pun,” selaku senada.

Dia senyum. “Maaf, Aez lambat. Jalan jammed pulak waktu puncak ni.”

“Tak apa. Syai pun baru je sampai sini.”

Kami sama-sama menapak di dalam Amcorp Mall hendak mencari tempat untuk mengisi perut. Mata melilau dan kaki terus melangkah. Waktu tengah hari begini, agak ramai orang di sini. Hendak mencari tempat yang sesuai juga susah.

“Macam mana interview?”

Aku pandang Faez yang merenung sisi wajahku. Lambat-lambat aku angguk dan tersenyum senang. Lega bila dia ada di sisi selama ini. Biarpun kami sudah jarang bertemu namun, rindu padanya menggebu sentiasa.

“Alhamdulillah. Okey. Daripada tak ada kerja, Syai terima jelah kerja kat situ. Kerani pun okey. Lagipun, Syai tak ada kelulusan apa-apa pun. SPM pun tak lepas,” ujarku rendah diri.

“Tak apalah. Nanti kita dah kahwin, Syai duduk rumah je. Jaga makan pakai Aez dan anak-anak, ya?” pinta Faez sambil menjongket kening.

Aku tersenyum malu. Kesan benci pada ayah dan Syed Ahmad Budriz agak berkurangan kala ini. Rasanya, tidaklah semua lelaki jahat di muka bumi ini. Mungkin ayah begitu dan Syed Ahmad Budriz begini tapi yang pasti, Faez sentiasa ada menemani.

“InsyaAllah… mudah-mudahan ada jodoh kita,” sahutku lantas aku raup tangan ke wajah. Mendoakan kesejahteraan hubungan kami.

Sudahnya kami hanya duduk saja di sebuah restoran makanan segera bila Faez mencadangkannya. Dia beratur memesan makanan dan aku, hanya melarikan mataku ke sana sini melihat gelagat orang.

Tanpa sedar, mata ini tertancap pada seraut wajah yang sedang asyik bergelak ketawa di hujung restoran bersama beberapa orang temannya. Aku kerutkan wajah dan tajamkan renungan hendak mengamatinya lagi. Sudah lama tidak bersua dengan dia. Hampir sepuluh tahun rasanya.

Kali terakhir dulu adalah setelah beberapa hari pemergiaan ibu kala ayah dan Mak Usu serta anaknya menjejakkan kaki ke rumah arwah mak. Pengkebumian ibu tanpa dihadiri oleh ayah sendiri kerana menghantar Budriz yang kemalangan motorsikal kala itu. Pengkebumian yang menarik simpati imam dan orang masjid yang lain. Pengkebumian yang aku uruskan sendiri kala aku berusia tujuh belas tahun.

“Syed Ahmad Budriz bin Syed Ahmad Baihaki.” Hati ini menyeru nama dia dan serentak itu, dia berpaling tepat padaku.

Bunga tawanya layu lantas padam langsung. Dia juga membalas renungan ini dan akhirnya, dia angkat tubuh. Kala temannya bagaikan bertanya, dia juihkan bibirnya padaku lalu dia atur langkah kemas menuju kepadaku.

Aku betulkan duduk. Dia kian mendekat dan terus mendekat. Sudah makin mampir dan terus menghampiri namun renungan mata kami tidak lepas tautannya.

“Oh God… maaf Syai. Ramai orang sungguh. Mujur cepat jugak ni.” Faez mengeluh di tepi telingaku.

Langkah Budriz pegun. Dia merenung kami silih berganti dan aku hanya tersenyum senang melihat ke arah Faez yang sedang meletakkan makanan di atas meja. Dia lantas mengambil tempat di depanku dan kali ini, Budriz sudah benar-benar ada di belakang Faez.

“Nur Syaima, kan?” tanya dia tanpa salam. Faez berpaling dan aku hanya mampu bertenang.

“Syai, kan? Syaima, kan?” tanya dia lagi dan kali ini lebih yakin.

Lambat-lambat Faez mengangguk bagi pihakku dan Budriz mengeluh berat lantas dia meraup wajahnya.

“Ya Tuhan, dah lama abang cari Syai? Mana Syai pergi?” tanya dia padaku tanpa mempedulikan Faez yang nampak terkedu.

“Sorry… kita kenal ke?” tanyaku dengan kening yang hampir bertaut.

Wajah Budriz berubah langsung. Dia memandang aku dan Faez silih berganti.

“Betul kan dia Nur Syaima binti Syakri?” tanya dia pada Faez dan sekali lagi Faez mengangguk.

“Tapi, encik ni siapa?” soal Faez pelik.

Budriz duduk tanpa dipelawa. “Saya Budriz. Abang Syaima,” jawab dia lancar dan aku pejam mata kala dia bersalaman dengan Faez.

Wajah Faez nampak pegun. Aku tahu dia terkejut dengan kenyataan Budriz dan aku tahu, dia akan menuduhku menipu dia andai Budriz membuka semua sejarah lalu. Sejarah yang telah lama aku tinggalkan dalam rumah di mana ada kenangan arwah mak setelah dia pergi menghadap Ilahi sepuluh tahun lalu. Lantas aku membawa diri mencari kekuatan hati. Sekolah entah ke mana dan mujur juga aku mampu kembali menduduki peperiksaan kala itu.

“Errr… Syai tak pernah cakap pun dia ada abang?” tanya Faez pada Budriz.

Aku telan liur menantikan butir bicara Budriz yang selanjutnya. Seleraku mati langsung. Sejuk di hati kala ini, hangat tiba-tiba. Pertemuan yang tidak dirancang, malah takdir membawa dia di mataku untuk aku lunaskan apa yang belum terbayar.

“Err… maaf. Saya memang abang dia. Tapi, Syai macam tak ingat abang je?” Mata dia beralih semula ke arahku.

Aku menggeleng. “Memang aku tak pernah ingat aku ada abang sebab aku anak tunggal. Anak terbiar yang telah ditinggalkan sendiri. Mencari hala tuju hidup aku tanpa tanda arah,” sinisku.

Budriz merenungku tajam. “Kami cari Syai dulu tapi Syai yang menghilangkan diri, kenapa?” Suara dia sudah agak meninggi.
Aku tolak makanan ke depan Faez dan bangkit bersedia hendak berlalu pergi namun pantas Budriz melelar pergelangan tanganku.

“I am talking to you, Syai. Ayah rindu Syai. Kami semua rindu Syai,” ucap dia padaku. Keras dan tegas.

Aku ketawa sinis. Wajah Faez yang berkerut sana sini langsung tidak ku endah. Kini, seluruh mataku terbias dengan wajah Budriz. Seluruh jiwa dan hatiku hanya ada nama dia saja kini. Namun, bukan kerana cinta dan sayang. Hanya kerana kisah lama yang perlu aku tamatkan setelah mereka memulakan.

“Aku tak tahu kau cakap apa dan untuk pengetahuan kau, aku ni anak yatim sebelum waktunya. Malah yatim piatu setelah ibu aku pergi. Kalau kau rasa, kau ada keluarga bahagia. Ada bonda dan ayah yang menyayangi kau, sila jaga baik-baik,” tekanku sambil aku rentap tanganku dari genggamannya.

“Eh, apa ni Syai?” Faez bersuara tiba-tiba.

Aku juga sabar menahan wajah dan tanganku agar tidak naik singgah di pipi Budriz. Wajah ini juga aku biarkan saja ditatap pengunjung lain yang sudah mula perasaan akan keadaan kami.

“Riz, kenapa ni?”

Tanpa sedar, ada satu suara lain yang menegur Budriz dan bila aku memandangnya, seorang lelaki, mungkin juga teman Budriz sedang mententeramkannya.
Dia menggeleng. “Tak ada apa, Mi. Adik aku ni. Kan yang aku cerita tu. Jumpa akhirnya.” Budriz menjawab bersama jelingan ke arahku.

“Syai tahu tak betapa payah abang cari Syai selama ni? Mana Syai pergi selama ni? Jawab dulu soalan abang ni Syai,” rayu dia.

“Your life is nothing to do with me, Budriz!” gumamku keras dengan mata yang tajam menikam.

“Yes, you do. You do, Syai. Syai adik abang. Mana Syai hilang, abang nak tahu. Abang perlu tahu!” tekan dia juga tak kalah.

Aku hanya diam tidak menjawab. Malas bertekak di tengah-tengah umum. Lantas aku menjarak daripada dia dan memandang Faez.

“Aez, jom kita keluar. Aez nak balik pejabat, kan? Syai nak balik ni,” ajakku pada Faez dan seperti lembu dicucuk hidung, Faez bangkit meninggalkan makanan yang masih belum terusik.

Kami sama-sama melangkah dan sempat aku capai gelas air yang berisi Coke itu bagi menghilangkan hangat dalam diri. Baru saja hendak menghampiri escalator, lenganku sekali lagi dilelar.

Tanpa mampu aku tahan amarah, tanganku ringan menyimbah Coke itu ke wajahnya. Teman-temannya terpenpam. Faez juga. Budriz kelu. Hanya aku yang tersenyum meraikan kemenangan pertama.

“Ini sikit je akibat untuk orang yang sesenang ini memegang tubuh aku!” bisikku dekat di telinganya lantas aku menapak laju menuruni escalator. Namun, hati ini masih belum puas dan aku tahu, syaitan bersorak sarai meraikan kemenangan atas kekalahanku.

~~> bersambung

43 comments:

  1. eiiiii mesti ade kisah hitam betul2 marah tu..

    ReplyDelete
  2. menarik,,,,,xsabo nk tnggu g seterusnye.....heheheh

    ReplyDelete
  3. best...btul kn novel ni dari cerpen cinta yg ko bunuh...best2...

    ReplyDelete
  4. Ooooo......bikin geram dgn cite ni.....best teruskan n3....

    ReplyDelete
  5. Hmm, good starting kak rehan. Btw, BNS bila keluar?

    ReplyDelete
  6. Baru nak komen kat Prolog..dah ada Bab 1..baca prolog mcm pernah baca..rasanya mmg dri cerpan Cinta Yg Kau Bunuh .. kalau betul..pasti best... I loike cerpen tu...best sesangat..

    ReplyDelete
  7. wah, marah betul Syai degn abg dia tu. tk boleh nk slhkn Syai klau Syai biadab mcm tu. slh ayah Syai jugk. maybe klu sy ad kt tempt Syai akan bt benda yg sma. huhu

    ReplyDelete
  8. bkn salah syai pun kalu di tnggal mcm 2 jer.. urus kan pengebumian ibu nye sndri wkt umor 17thn.. budriz xccident mak su bole urus kan.... Ape jenis ayah la.. kalu sye pun akn benci pd keluarga ayah sndri...
    Kalu btl cri syai msti da jmpe? Nmpk sgt xpnh cri lgsg

    ReplyDelete
  9. hmm, boleh tahan jgk heroin ni...strong-minded, a bit 'ganas'? its ok...dah bosan watak heroin yg lemah dan menyerah aje; teruskan Rehan!!!

    ReplyDelete
  10. mmg tahap otomen si syai marah nie...wahhhh..sabar menanti next chapter...hehhe

    ReplyDelete
  11. Padan muka Budriz tu mandi air coke kat situ...hahaha
    Dahlah hancurkan keluarga Syai lepastu ada hati nak mengaku family ....

    ReplyDelete
  12. wah rancak story baru nie..cian budriz

    ReplyDelete
  13. peh, marah benar nampaknya ni.
    nak lagi !

    ReplyDelete
  14. perrrhhhhhhhhhh........hebat nya syai...mesti cam ank aym kehujanan wjah budriz..hehehe

    ReplyDelete
  15. Ok... best sesangat... Meningkatkan lagi tahap "curiousity".....

    ReplyDelete
  16. citer nie adaptasi cerpen cinta yang kau bunuhkan?????
    apa2 puwn....TERBAIK....huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. bukankah ini rentetan dari cerpen hati yang kau bunuh?

    ReplyDelete
  18. Best......
    Cpt smbg.......

    ReplyDelete
  19. wahhh , ganasnya Syai nie tapi besttt ! kak rehan , go go go !

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  20. wahhh! best laaa! suka watak ganas syai :D

    ReplyDelete
  21. CYKB... versi novel

    eeiiiiii...best nyer...

    ReplyDelete
  22. Dia senyum. “Maaf, Aez lambat. Jalan jammed pulak petang-petang ni.”Mata melilau dan kaki terus melangkah. Waktu tengah har begini, agak ramai orang di sini. Dua ayat ni mcm xkena la RM..mula2 ptg,pastu tghari..sori klau saya yg tsilap..tp cita ni mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la..hehe..tak perasan..maaf2..dh tukar..thanks atas teguran ye.. sgt2 hargai

      Delete
  23. tenkiu sume ye yg sudi drop by.. maaf andai rs kasar tajuk ni.. tapi sy nekad tak mo tukar..

    ReplyDelete
  24. sambung-sambung...sakit jiwa bila baca...hehehe

    ReplyDelete
  25. uit ganas syai ni..xyah tukar la tjuk..ok dah tu..sy sk jek tjuk tu

    ReplyDelete
  26. citer asalnye cerpen kn...
    title x kasar pun....

    ReplyDelete
  27. wahhh... hmmm.... hehehe...
    cerita CYKB lorh..

    ReplyDelete
  28. sgt suka..ni dr cerpen cinta yg kau bunuh...cerpen 2 dh berulang kali bce tp xpenuh jemu....suka sgttttttttttttt...thx sis...:)

    ReplyDelete
  29. Lepas bc prolog, takut lak nk bc yg seterusnya....tp terbaca gak sampai titik yg terakhir...

    ReplyDelete
  30. bila prasaan marah terlalu lama ada dlm diri, sekali dia meletus kalah bom atom..

    ReplyDelete
  31. comment utk STK prolog.. prolog yg baik..sgt baik..tp jujur sy nk ckp...pasti sgt susah untuk di sambung prolog ini...n byk kesilapan ayat yg sgt nyata..
    komen untuk bab 1
    jalan cerita yg semakin menarik,malah kesilapan ayat makin berkurangan...tp babak flashback dan babak syaima dikejutkan ke alam nyata oleh panggilan faez rasa tidak menjadi elemet kejutan pd sy..sepatutnya diteruskan lg babak nostalgia itu dn baru dicari penyambung yg lebih sesuai.....pd saya lah.................frm:BCGTR4

    ReplyDelete
  32. hummmm... Budriz... pemilihan nama yg tepat..
    Rehan.. I like....
    see next chap.... :)

    ReplyDelete
  33. hohoho, ganas giler Syai ni...
    sian lak Budriz yg baru je nk jejak kasih tu...

    ReplyDelete
  34. Dendam 10 tahun ni...
    mmg mkn dlam nmpk nyer

    ReplyDelete
  35. best. semakin menarik. seorang anak yg berdendam kerana ayah yang tak mempedulikannya. ditambah ibu yang sakit tanpa ade yg menjaga.

    ReplyDelete
  36. ada tak dipublish dekat wattpad

    ReplyDelete