Monday, May 07, 2012

Kerana Sekali Cinta [18]

BAB 18

KEPALA tak adalah gatal. Tapi, dari tadi aku dok garu. Pening dengan kerja. Semakin hari semakin banyak. Hal kenduri juga mama buat keputusan untuk adakan sebulan dua lagi sebab semuanya tak sempat.

Kebetulan aku pula kena ke luar daerah dalam sebulan dua ini. Perlu ulang alik ke Sabah dan Sarawak sendiri memandangkan Sarina kini telah disahkan mengandung lagi. Apa yang baik, aku ikut. Keluarga Anaresa juga setuju. Lagipun, budak sekolah tu terlalu ketat aktivitinya. Dengan anak yatim lagi. Dia memang punyai jiwa yang baik.

“Zaf!”

Aku angkat wajah bila aku dengar suara Sarina di muka pintu. Dia senyum dengan kepala yang terjengul macam penyu.

“Sibuk?” tanya dia sepatah.

“Agak. Tengah siapkan dokumen nak ke Bintulu esok ni,” jawabku tanpa memandang dia.

“Oh, yelah Zaf. Aku lupa kau kena out-station. Aku baru cakap ya bagi pihak kau untuk Anahara,” luah Sarina sambil menapak masuk ke dalam pejabatku.

Aku kerutkan wajah. Raut Sarina tersengih-sengih.

“Apa hal pulak?”

“Dia nak jumpa peminat dia minggu ni. Dia ajak kau sekali. Aku cakap ya sebab aku lupa kau kena out-station.”

“Erk… dah pulak? Emm, tak apalah. Kau kirim salam jelah buat dia sekeluarga. Minta buku free kat aku sebiji,” gurauku.

Sarina mencemik.

“Kau baca buku lagi ke?”

Aku angguk. “Membaca jambatan ilmu.”

“Memanglah jambatan tapi Resa tak pelik ke kau dok baca novel Anahara je selama ni? Dia tak pernah tanya ke?”

Aku jungkit bahu. Tak ingat pula dia pernah tanya atau tak. Tapi rasanya macam tak ada. Bagi aku, sekadar membawa itu tidak ada masalah. Kisah antara kami dah bertahun berlalu dan Anaresa haruslah faham.

“Tak ada apalah. Lagipun, dia pun baca apa buku Anahara. Okeylah tu. Sama-sama minat. Sharing is caring,” selaku.

“Harap begitulah,” tukas Sarina. “Dah tu nampak monyok ni kenapa pulak?”

“Risau.” Aku menjawab sepatah sebab tangan ni masih ligat menyusun semua dokumen yang perlu aku bawa.

“Sebab?”

“Esok Resa nak ke Skudai. Ada game. Aku ingat nak temankan dia kat sana tapi dah kena kerja pulak. Risau aku biarkan dia sendiri. Harap tak adalah yang mengayat bini aku tu,” beritahuku pada Sarina. Langsung tak berselindung.

Sarina senyum. “Sayang sangat, ya?”

“Haruslah wei. Isteri aku tu kot. Kenduri pun belum lagi ni. Jangan ada yang mengorat dia sudah. Jiwa perempuan ni lain macam sikit.”

“Apa hal pulak kau ni? Tak percaya pada isteri sendiri ke?” Sarina nampak tak puas hati. Ni spesis pembala kaum wanita, haruslah dia tak puas hati.

Aku pandang dia. “Bukan tak percayakan Resa tapi tak percayakan diri sendiri,” jawabku tenang dan Sarina ketawa.

“Dasar kemaruk!” cemuh dia lalu dia bangkit dan berlalu.

Belum sempat dia menarik tombol pintu, aku seru nama dia. “Kirim salam dekat Anahara, ya?” Dan Sarina mengangguk bersama senyuman.

Dalam hati ni, rindu nak tatap wajah Aryana dan Shakira. Dua orang puteri Anahara yang comel macam mama dia. Dan aku juga akan usahakan untuk miliki putera puteri yang lahir dari rahim Anaresa.

***

Tiba di rumah petang itu, mama ada di laman dengan Zafrina. Aku dekati mama dan langsung labuhkan duduk di sisinya. Nampak mama sedang membelek majalah pengantin. Nampak dia sedang lihat menu-menu di dalam majalah tersebut.

“Assalamulaikum,” sapaku lemah. Bukanlah penat tapi lemah jiwa bila perlu berjauhan dengan Anaresa.

“Waalaikummussalam,” jawab mereka serentak.

“Tengok apa?” Aku buat-buat tanya pada mama.

Dia senyum. “Mama dok tengok caterer mana yang okey untuk majlis Along nanti,” jawab mama. Aku angguk saja.

“Hai Along… lemah je,” sindir Zafrina.

“Penat.” Sepatah je aku jawab.

“Penat ke risau nak tinggal isteri?” tanya adik aku seorang ni. Mulut dia memang becok macam murai.

“Dua-dua,” selaku.

Mama senyum lagi. “Bawalah Resa balik rumah malam ni. Mama tengok Along tu lain macam je dah. Lagipun, Along nak pergi kerja, kan? Sebelum ni boleh je pergi berminggu-minggu tak balik? Ini payah pulak?”

Aku tahu mama saja menduga hati jantan anak dia ni. Aku jeling mama seadanya sebelum aku memandang ke arah jam di pergelangan tangan. Telefon aku tarik dari dalam poket dan aku tekan-tekan papan skrin itu lembut.

“Entah Along ni. Bawalah Kak Long balik. Sejak kahwin ni, sekali je baru dia datang rumah. Yang lain tak datang-datang lagi. Tak kan nak tunggu lepas kenduri lagi dua bulan ni baru Along nak bawa dia balik?” Kali ini giliran Zafrina pula menyindir.

“Dia banyak kerjalah. Esok dia nak pergi Skudai. Ada game,” beritahu aku mengingati mama dan Zafrina akan aktivit Anaresa minggu ni.

“Laaa….” Mama dan Zafrina bersuara serentak.

“Sebab isteri nak pergi Johor ke sampai Along lemau macam ni, ya?” Zafrina mengusik lagi.

“Mana ada,” jawabku memberi dalih.

“Eleh…”

Aku jeling Zafrina dan dia diam menahan tawa. Mama tepuk pehaku. “Dah memang itu urusan dia, biarlah dia pergi. Esok pun Along nak kerja, kan? Nanti balik bawa dia balik rumah. Tinggal kat sini. Suruh dia pakai kereta mama pergi kuliah. Duduk jauh-jauh ni bikin anak mama penasaran je.” Mama gelak.

Pedih telinga nak-nak bila Zafrina dah ketawa terbahak-bahak. “Resa tak reti bawa kereta,” ujarku lantas aku bangkit dan memandang telefon yang baru saja masuk satu pesanan ringkas dan bibir ini menguntum senyum.

Aku terus panjat anak tangga dan masuk ke bilik. Beg aku letak di atas katil, kemeja aku tanggalkan dan terus aku capai tuala dan masuk ke bilik air. Ada temujanji segera dengan si dia.

Tak sampai lima belas minit, aku keluar dari bilik air. Usai solat Asar, aku terus bersiap dan turun semula ke bawah dan masa ni, mama dan Zafrina sedang masuk ke dalam rumah. Abah juga ada sama.

“Eh, nak ke mana? Baru balik dah nak keluar?” tanya abah pada aku.

Aku jungkit kening dan terus berlalu ke pintu. “Nak jumpa Resa,” beritahuku ringkas lalu aku menapak ke arah kereta dan mata ini hanya mampu melihat mama dan abah yang sedang menggeleng kepala.

Perjalanan ke Shah Alam tak adalah jauh tapi disebabkan jalan sesak, memang lambat. Aku sampai di Seksyen 7, waktu tu sudah masuk Maghrib. Aku berhenti di Shell dan menuju ke surau setelah aku titipkan pesanan ringkas meminta Anaresa turun kejap lagi.

Setelah siap, aku masuk semula ke dalam perut Mazda dan perlahan menuju ke kawasan rumah Anaresa dan waktu itu, aku sudah nampak dia sedang menuju ke arahku.

“Assalamulaikum, sayang,” sapaku bila dia masuk ke dalam kereta.

Anaresa senyum. “Waalaikummussalam, abang.” Tali pinggang dia pasang dan aku terus menekan pedal minyak, nak tuju ke mana, aku pun tak tahu.

“Kita nak pergi mana?” tanya Anaresa bila aku hanya memandu dan terus memandu. Nampak sangat tak ada hala dan tujuan.

“Entah. Abang pun tak tahu. Balik rumah mama nak?” Aku berpaling pada dia sikit.

Dia menggeleng. “Mana boleh. Esok Resa nak gerak pagi-pagi ke Johor. Nanti tertinggal bas pulak. Abang pun nak ke Sarawak, kan?”

Aku angguk lemah. Malas nak pergi kalau bukan tuntutan kerja. Tanggungjawab aku tu dalam mencari rezeki yang halal.

“Resa kat sana nanti hati-hati, ya?” pesanku mula risau.

Dia ketawa. “Abang ni demam, ya?” Telapak tangan dia singgah di dahiku tapi aku tarik dan bawa ke mulut. Bibir ini mengucup hangat telapak tangan yang sejuk itu.

“Abang risau.”

“Tak ada apa nak risaulah. Resa okey je. Kawan-kawan ramai,” ujar dia.

Nak tak nak, aku senyum. Sebenarnya tak adalah risaukan dia sangat tapi aku risau diri sendiri tak mampu nak berjauhan. Takut lambat siap kerja aku, lambat boleh jumpa dia nanti.

Dia angguk meyakinkan aku dan aku harus terima keyakinan dia pada dirinya sendiri. Sudahnya, aku membawa dia pusing-pusing seluruh Shah Alam hingga akhirnya hari dah lewat malam dan aku terpaksa hantar dia balik sebab dia memaksa.

“Check-in, yang,” rayu aku dengan muka sengaja aku buat manja bila kereta berhenti di hadapan bangunan rumah sewanya. Geli pun ada dengan diri sendiri.

Anaresa menggeleng pantas. “Tak bolehlah, bang. Hari tu pun hampir terlambat Resa. Esok pagi-pagi nak gerak. Penat nanti. Resa sampai tu, petangnya terus game. Nanti tak ada kudratlah nak lawan nanti,” ucap dia.

Matang tiba-tiba isteri aku. Aku pula jadi macam budak-budak. Dia hadiahkan sekuntum senyum dan tanganku dia gapai lantas dia kucup lama.

“Miss me,” bisik dia lantas dia singgah mengucup cuping telingaku membuatkan darah merah naik menyerbu tiba-tiba dan sudahnya, Anaresa aku tarik ke dalam pelukan.

“Jaga diri…”

“Jaga hati, jaga jiwa dan iman untuk abang, kan?” cantas dia dan aku mengangguk.

“InsyaAllah. Resa tak akan buat abang tanggung dosa untuk Resa. insyaAllah…,” janji dia dan aku harus melepaskan dia pergi bersama sikit rasa hampa.

Setelah dia hilang dari mata, aku terus memecut pulang. Esok penerbangan pagi. Mungkin kena ada di sana beberapa minggu dan harus menanggung rindu. Itu yang pasti.

Esoknya, aku diam menanti panggilan daripada Anaresa saat aku mahu masuk ke balai perlepasan. Hanya satu SMS yang aku terima pagi tadi mengatakan yang dia sedang mahu bertolak ke Skudai.
Tidak lama setelah itu, Samsung aku berdering dan aku senyum selebar mungkin bila akhirnya, dia menelefonku.

“Resa dah nak sampai ni.”

Aku dengar suara Anaresa ceria di hujung talian sewaktu aku nak masuk ke balai berlepas dan jam waktu itu sudah hampir ke pukul 10.45 pagi. Aku senyum.

“Abang tahu. Moga menang, ya nanti,” doaku tulus dan dia ketawa diikuti riuh rendah kawan-kawan dia yang lain.

“Berapa orang?” tanyaku ingin tahu.

“Lima belas orang. Player sepuluh orang, pensyarah pengiring dua orang, Azi, Haqmi dan Jimmy sebagai urusetia,” beritahu dia dan aku hampir terlepas beg yang aku pegang bila terdengar nama Jimmy. Buat apa mamat tu kat sana?

“Err… Azi, Haqmi dan Jimmy tu kenapa termasuk sekali?”
Sengaja aku sebut nama ketiga-tiga mereka agar tidak terkesan oleh Anaresa rasa cemburu aku ni.

“Diorang tu jadi urusetia. Itu je.”

“Tapi, Jimmy tu…” Nah, akhirnya terluah juga. Senang cerita. Malas nak selindung.

“Err… yang tu kaki sibuk. Lagipun…” Suara Anaresa bertukar menjadi suara yang berbisik.

“… dia tu kaki kipas Pensyarah pengiring kami ni. Itu yang gatal nak ikut,” sambung Anaresa.

Aduhai, nak pitam aku dengar. Mesti sebab Anaresa barulah dia beria-ia ada dalam rombongan tu. Huh, lelah jiwa lelaki aku kala ini. Aku tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar berkali-kali.

“Sayang ingat abang, ya?” pintaku lembut.

Dia ketawa halus. “Dan Resa ingat pada Allah. Abang jangan risau, ya? Dah lah, nak sampai dah ni. Abang nak boarding dah, kan? Miss me.”

Klik… dan talian mati. Aku tahu dia tahu yang aku cemburu sebab tu dia cakap macam tu. Aku tetapkan hati. Dia isteri aku yang telah Allah anugerahkan dan Allah akan jaga dia bila dia jauh dari aku. InsyaAllah. Telefon bimbit aku matikan terus dan kaki ini menapak ke dalam arah pintu untuk menuju ke dalam perut kapal terbang.

***

PENAT memang penat. Tak ada kerja tak penat. Keluar daripada tapak projek, aku buat panggilan pada Sarina. Ada benda tak kena dengan laporan daripada perunding. Rasa nak sepak orang je dalam mesyuarat tadi tapi sudahnya aku diam saja nak-nak bila Sarina sedang bersama Anahara sekeluarga. Rugi tak dapat ikut sama bawa Anaresa.

Sampai di bilik, tubuh ini aku hempas ke katil. Memang agak selesa Parkcity Everly Hotel ni. Biasa kalau ke Bintulu, di sinilah kami menginap. Harap kerja ini cepat berakhir. Tak lalu nak hadap karenah pelanggan dan perunding yang masing-masing berat hati nak bekerjasama tapi bayaran masing-masing tuntut amaun yang paling tinggi. Susah!

Hari kedua tanpa panggilan Anaresa. Hanya SMS yang menjadi pengganti. Bila dia mengatakan dia baik-baik saja, aku lega tapi kepala aku tak lepas dari fikirkan Jimmy. Lelaki yang suka isteri aku. Macam-macam benca bukan-bukan hadir tapi aku tolak sejauh mungkin kerana janji Anaresa aku pegang erat di dalam dada. Dia akan menjaga dirinya dan aku yakin sepenuhnya pada dia.

Sudahnya, aku sendiri terlelap sedangkan hati sudah berniat hendak menelefon dia tapi tubuh yang lemah, minta direhatkan dulu. Bangkit dari lena, aku dail nombor Anaresa tapi sayang bila tiada jawapan. Kecewa menyelubunyi lena malamku hari ni.

“Abang rindu sayang,” ucapku sebelum aku kembali lelapkan mata.

Tersedar esoknya, aku pantas capai telefon di tepi telinga. Tapi sayang bila SMS dan panggilan rindu juga langsung tiada. Hati mula nak fikir bukan-bukan tapi akal waras melarang. Tak baik macam tu. Aku bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik mandi.

Kerja masih belum tamat. Sepatutnya cuti tapi bila kerja luar, hari cuti pun kena masuk ke tapak. Kalau tak, memang aku berkampung kat sini berminggu-minggu.

Hari kedua di sini, aku makin hilang semangat. Manalah Anaresa ni. Aku telefon tak dapat. Malam-malam pun ada lawan ke? Pagi-pagi macam ni pun ada lawan bola jaring ke? Risaunya hati hanya Allah yang tahu.

Sampai tapak projek, aku seperti biasa terus buat pemeriksaan. Ada yang ada, aku tanda, yang tak ada aku tanda juga. Pembayaran harus dibuat dengan telus. Laporan semua harus disediakan dengan tepat.

Jam bergerak tapi aku leka dengan kerja. Berhenti solat Zohor dan makan tengah hari, kerja bersambung lagi. Hinggalah aku akhirnya dikejutkan dengan satu panggilan telefon.

Cepat-cepat aku jawab bila aku nampak nombor lain muncul di skrin. Kecewa juga sebab bukan isteri tersayang tapi jawab sajalah.

“Abang!”

Hah, terkejut aku. Suara siapa ni? Siapa panggil aku abang? Kalau Zafrina, Along. Nak kata Anaresa, lain suara dia.

“Siapa ya?” tanyaku lambat-lambat.

“Haqmi,” sahut dia agak kasar dan kuat. Hampir pecah telinga aku.

“Oh, Haqmi… kenapa Mi?” Aku senyum langsung tidak berfikir yang bukan-bukan.

“Bang, balik bang. Resa pengsan!”

Sebaris ayat itu cukup membuatkan aku terkedu sendiri. Putih tidak ku kata, hitam juga tak ku ucap. Kelam rasa dunia. Terhenti waktu.

“Abang dengar tak? Resa pitam tak sedarkan diri,” beritahu Haqmi lagi.

“Abang… balik abang. Resa tak sedarkan diri.” Aku dengar suara lain pula. Pastilah Aziana dan talian mati. Bukan mereka yang matikan tapi aku.

“Kenapa, bos?”

Tersentak dek pertanyaan salah seorang perunding yang aku panggil Zul, telefon bimbit aku jatuh ke tanah.

“Kenapa bos?” tanya dia sekali lagi.

“Err… bini aku Zul,” ujarku pada Zul.

Dia pandang aku pelik. “Kenapa?”

“Pitam tak sedarkan diri.”

“Eh, dah tu bos kena baliklah ni. Macam teruk je tengok muka bos pegun ni,” tegur Zul.
Aku yang masih terpinga-pinga bagaikan baru tersedar bila Zul menyiku lenganku dan cepat-cepat aku angguk.

“A’ah… itulah, Zul. Aku memang kena balik ni. Tak senang duduk dah aku ni. Tapi, tiket…” Aku pandang jam. Lagi dua jam nak ke pukul empat.

Penerbangan Bintulu ke Johor hanya ada satu trip je sehari. Pergi dan balik. Harap-harap sempat.

“Sempat lagi bos. Marilah, saya hantar,” ajak Zul tanpa banyak soal.

“Hotel dulu,” ujarku dan Zul mengangguk lalu kami berlari ke arah Toyota Hilux berwarna hitam pekat itu.

Sampai di hotel, aku terus capai beg galas dan aku sumbat saya semua barang. Tak sempat check-out, aku minta Zul uruskan. Langsung kami teruskan perjalanan ke lapangan terbang Bintulu. Jauh tak tau dari tapak projek ada juga dalam setengah jam.
Bila sampai, aku terus bergegas ke kaunter dan hampa sekali lagi melilit jiwa dalam resah yang kian membadai. Tiket habis dan aku terpaksa transit di Kuching sebelum ke Johor.

“Lebih baik dari tak ada langsung, bos,” ucap Zul dan aku setuju saja.

Dalam penerbangan yang hanya empat puluh lima minit itu benar-benar membuatkan aku resah sendiri. Tiba di Kuching, aku perlu menanti dua jam lagi sebelum penerbangan seterusnya ke Johor dan bila aku telefon Aziana dan Haqmi, talian langsung tak berjawab.

Ringan jari hendak menekan nombor telefon mama dan abah tapi jauh juga mereka hendak ke sana. Keluarga Anaresa apatah lagi. Tak mahu nak buat mereka risau sedangkan aku tak mampu nak pujuk diri lagi.

Aku akhirnya tiba di Lapangan Terbang Senai dan terus aku ambil teksi untuk ke Poliklinik Penawar di Taman Bukit Kempas. Perjalanan yang hanya mengambil masa setengah jam itu aku rasa berjam-jam dan bila aku akhirnya tiba di poliklinik tersebut, aku terus berlari masuk ke dalam bangunannya menuju ke kaunter pertanyaan.

“Errr… nurse tumpang tanya.” Aku menyapa jururawat bertugas dan bila dia pandang pada mata aku, dia senyum. Muda lagi.

“Ya, encik…” jawab dia sopan.

“Ada tak pesakit nama Anaresa Abdullah admit hari ni?” tanyaku resah.

Dia senyum lagi. “Kejap ya encik.”

Aku angguk dan sabar menanti jawapan daripada dia dan bila dia kembali senyum padaku, aku tak mampu senyum dah. Nak pecah jantung bila panggilanku langsung tak bersambut.

“Emm… ada encik. Baru tengah hari tadi dia dimasukan ke wad. Adik encik tu dalam katil 1303 bilik Mawar,” beritahu dia.

Okey, dia cakap Anaresa adik aku. Payah. “Terima kasih ya. Tapi, dia isteri saya sebenarnya.”

Aku memperbetulkan kenyataannya dan terus saja aku berlalu meninggalkan dia dengan wajah terkejut barangkali. Tentu tak percaya Anaresa dah bersuami.

Sampai di depan bilik yang dimaksudkan, aku capai tombol pintu aku tolak sikit daun pintu tapi langkah aku gamam bila aku nampak sesuatu yang tak sepatutnya. Jimmy? Dan dia, pegang tangan Anaresa yang sedang lena? Mata aku ni menipu ke apa?

“Assalamualaikum,” sapaku buat-buat tak tahu.

Jimmy pantas kalih dan melepaskan tangan Anaresa lalu dia bangkit menjauh dan tunduk saja. Eleh, rasa bersalah la tu. Hai, budak-budak ni. Kalau ingat aku sebaya mereka ni, mahu bertumbuk tapi aku senyum saja. Yang pasti, Anaresa tak salah.

“Waa… alaikummussalam…,” balas dia gagap. Aku senyum lagi.

Beg galas aku letak di sisi katil lantas aku labuhkan duduk di sisi katil Anaresa yang lena.

“Err… baru sampai ke?” tanya Jimmy kalut.

Aku angguk. “Dari Sarawak ni. Terkejut dengar Resa pitam. Dia kenapa ya? Yang lain mana? Azi, Haqmi?” tanyaku selamba macam aku tak nampak apa-apa tadi.

Ikut hati nak je aku luku budak ni tapi biarlah. Desakan perasaan budak-budak muda yang pasti Anaresa tak pegang tangan dia.
Aku capai tangan Anaresa. Sejuk je. Aku pegang pula kaki dia, sejuk juga. Apalah sakit isteri aku ni.

“Err… dia pitam masa nak lawan game kedua,” beritahu Jimmy.

Aku angguk. “Panas sangat ke Johor ni, Jimmy?” tanya aku.

Dia geleng dan kemudian angguk pula. Nampak sangat kalut. Pegang tangan isteri orang tahu, tapi bagus jugak tahu rasa bersalah tu. Kalau menjawab tadi, memang aku lempar dia ke luar tingkap.

“Panas ke tak?” sergahku.

“Err… panas panas…” Dan aku senyum bila Jimmy jawab macam tu.

“Yang lain…”

Tak sempat nak tanya, aku dengar suara Aziana dan Haqmi masuk. Mereka berdua nampak terperanjat tengok aku. Kemudian tengok pada Jimmy. Si budak berdua ni boleh pulak tinggal Anaresa dengan Jimmy dan kembali dengan plastik makanan di tangan. Baru ingat nak tanya tapi mereka bersuara dulu.

“Eh, bila masa kau ada kat sini, Jimmy?” Keras je suara Haqmi. Kasar sungguh perwatakan dia. Siap tolak bahu Jimmy lagi.

“Err.. baru je pun. Korang tak ada aku jenguk Resa kejap,” jawab dia.

“Barulah juga sampai sempat pegang tangan Resa,” sinisku akhirnya dan kali ini Haqmi dan Aziana membulatkan mata.

“Eh, kau ni, kan? Dah pergi balik asrama sana. Game baru nak tamat, kau dah merayau. Cukuplah kami kat sini. Ni suami Resa dah ada. Kau baliklah,” suruh Haqmi lagi. Nampak sangat muka merah dan aku hanya senyum saja. Lepas juga geram di hati aku ni.

“Habis tu korang?” Jimmy nampak tak nak mengalah.

“Aku ikutlah dah alang-alang suami Resa dah sampai ni.” Sekelipan itu Haqmi menarik baju Jimmy keluar dari wad dan Aziana dekat padaku.

“Dia sakit perut katanya sampai pitam,” beritahu Aziana dan dia juga terus berlalu.

“Apa-apa hal, abang call,” beritahuku sebelum susuk tubuh kecil itu hilang di balik pintu. Fuh, lega nak-nak bila aku lihat kelopak mata Anaresa bergerak-gerak.

“Sayang…” seruku pada dia. Dekat dengan cuping telinganya bila aku selak tuala yang menutupi rambutnya. Masih terjaga aurat isteri aku ni.

“Sayang… abang ni,” ujarku lagi pada dia dan kali ini, kelopak mata Anaresa mula terangkat dan akhirnya mata itu bulat dan terpisat-pisat.

“Eh, abang,” seru dia terperanjat. “Macam mana abang boleh ada kat sini? Ni kat mana? Bilik abang ke?” Dia melilau ke seluruh bilik.

Aku geleng dan senyum lalu aku sapa tangan itu ke dalam genggamanku. Bila ingat tangan itu dipaut oleh Jimmy, sakitnya hati. Haih…

“Sayang kat hospital ni. Tak ingat pitam masa lawan bola jaring tadi,” beritahuku.

Dia mengerutkan wajah dan mengangguk. “Tapi, abang kat sini…” Nampak wajah itu tak percaya bila aku ada di sisi.

“Abang baliklah dah Resa tak sihat. Sayang kenapa?” Aku tolak tuala yang menutup rambutnya dan jemariku singgah membelai rambut hitam pekat berkilat itu.

Dia cuba bangkit dan aku angkat tubuh membantu dia bersandar pada katil tapi bila aku duduk, dia sandarkan kepalanya ke bahuku.

“Resa sakit perut. Kemudian pening kepala. Panas sangat ni,” beritahu dia lemah. Aku peluk bahunya erat.

“Kalau tak sihat, netball tak boleh main dah. Abang tak izinkan. Biar jelah simpanan ganti Resa. Abang tak nak Resa pitam lagi.”

Dia mengeluh. “Adui, spoil sungguh kali ni,” rungut dia pada diri sendiri.

“Tak apalah. Abang jaga Resa. Dah boleh balik nanti, kita balik sama-sama.”

“Kerja abang?”

“Resa yang paling penting sekarang. Ni mama dengan abah tak tahu, kalau tak seluruh kampung mama bawa datang Skudai ni tau,” gurauku dan dia senyum sikit. Fuh, lega hati.

“Terima kasih, abang,” ucap dia padaku.

“Kasih abang kena balas tau.”

Dia angkat kepalanya dari dadaku. “Abang tu memang. Tak pernah ikhlas!” Bibirnya muncung merajuk. Sakit-sakit pun merajuk.

“Apa pulak tak ikhlas. Abang balik dari jauh tau. Transit situ sini nak sampai ke tempat Resa ni. Balik nanti, kena naik bas jelah dengan kawan-kawan Resa.”

Dia senyum sikit mungkin tercuit hati. “Sanggup ke nak naik bas?”

“Resa tu sanggup ke kenalkan abang pada kawan-kawan dan pensyarah Resa?”

Dia diam. Lama dia tenung aku dan lama-lama dia angguk bersama senyuman yang meleret.

“Abang suami Resa, kan. Haruslah Resa sanggup dan bangga nak kenalkan Resa dengan semua orang. Mesti diorang jealous Resa dapat abang, kan?” Anaresa jungkit kening. Langsung nampak sihat.

“Hari tu kemain nak sorok?” sindirku mengusik.

Dia peluk tubuhku erat dan sekali lagi kepalanya rapat ke dada. “Tapi ni, hari ni,” sela dia malu-malu dan aku hanya ketawa.

“Syukur sayang dah sihat. Atau Resa ni sebenarnya rindu abang kot sampai pitam?”

“Emm… boleh jadilah kot,” jawab dia dan aku jegilkan mata.

“Amboi… ni abang dalam Malaysia je. Boleh lagi lompat-lompat flight. Buatnya abang dekat oversea, nak lompat macam mana?”

“Kalau nak pergi oversea, kenalah bawa Resa sekali. Tak sanggup kot nak kena tinggal sorang-sorang sekarang,” jawab dia mengada.

“Emm… kalau bawa Resa sama ke oversea, abang lompat juga,” ujarku bersama segaris senyuman nakal.

“Nak lompat pergi mana?”

Aku dekatkan bibirku ke telinga dia. “Lompat atas Resa…” Dan Anaresa mencubit lenganku kuat lantas aku ledakkan tawa tanpa sedar, ada yang menolak daun pintu dan bila aku dan Resa berpaling, wajah Jimmy muncul lagi.

“Resa, saya cinta awak! Kita kahwin!”

Hah? Aku dan Anaresa berpandangan sesama sendiri. Sejak bila dia mengintai drama kami, aku pun tak tahu. Parah!

~~> bersambung

51 comments:

  1. jimmy ni...gerammmmmmmmmmmmmmmm...haiyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIYAKKK!!!! dush!!dushh11dushhhh!!! jugak pd jimmy.
      syuhhh...p men jauh2. nyibuk jer.

      ~nor

      Delete
    2. geram ngan jimmy uw....ntah ape2..

      Delete
  2. apa kes jimmy
    hahah mau tumbuk muke dgn zaf

    ReplyDelete
  3. gila kot jimmy ni...hishhh...bini org tu

    ReplyDelete
  4. ala,,,,sweet nyer,,,
    hehehhe,,,

    ish,spoil btol la jimmy tu,,,
    ad ke patut nk ajk resa kawin ngn dia,,,
    resa tu kan dh kawin,,,

    ReplyDelete
  5. Geler la jimmy tu hahaha5,kak an,smbung tw....rndu la kt resa ngn zaf

    ReplyDelete
  6. xkn jimmy tu x tahu hukum? ajak bini org kawen pulak hihi

    ReplyDelete
  7. Erkk?? Jimmy ni nak kena tumbuk ka?? SibOk ja.... shuhh3... hihihi

    ReplyDelete
  8. gila.... senteng betul..lah si jimmy sengel ni...
    kan resa tu hak org yg sah... yg dia merapu tu nak kawin bagai...kenapa pulak?..
    rehan... jng kata pulk sebelum ni mereka pernah bercinta .... haru biru di buatnya nanti..
    tau saja sang suami memang kuat cemburu.....

    ReplyDelete
  9. rasanya si Jimmy ni tak percaya yang Resa memang dah kahwin dgn Zaf. mungkin dia ingat Resa cuma nak mengelak dari dia & tipu kata Resa dan kahwin dgn Zaf. Kalau tak takkan lah dia boleh ajak Resa kahwin. Isteri org tu....ish, dosa besar la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm stuju.. rsanya mmg jimmy tu x caye.. haih

      Delete
    2. setuju ngan ainulrida......agaknya jimmy x percaya tu yg tiba2 je ajak ressa kawin...adeh..jimmy2

      Delete
  10. ngengada btl jimmy tu. xmalu.... :) ingat nak ada baby da. exited je td. hahaha....~

    ReplyDelete
  11. Kesian kau Jimmy... you missed the boat buddy..!!

    ReplyDelete
  12. hahaha... lawaklahsi Jimmy ni.

    ReplyDelete
  13. hahaaaaa..~ senting btul jimmy ni... xcukup akal..... Resa tu da ada suami... sedarla diri tu..ko tu dh keja ke blum ada hati nak kawen...geram btul cam lah Resa tu suke kat die....

    ReplyDelete
  14. mungkin Jimmy tak percaya Ressa dah kahwin...hmmm kenduri pun blum lagi

    ReplyDelete
  15. Resa pitam....napa.....huhuuu ada babe ke????

    ReplyDelete
  16. Alahai budak Jimmy ni...boleh pulak ajak Anaresa kahwin.... #^_^

    ReplyDelete
  17. eh eh jimmy ni? gilo ke apo? haha kesian ye kat dak jimmy 2..

    ReplyDelete
  18. Resa da smkin manja eh skrang...bahagia la Zaf...

    >>k<<

    ReplyDelete
  19. resa dah ada isi kot.........

    ReplyDelete
  20. Sweet betul Suami isteri ni....
    hahaha...... lawak pulak Jimmy ni ... kan Resa tu dah kahwin.... ingat lelaki ke boleh kawin 4..... hahaha

    ReplyDelete
  21. alamak....jimmy gila dah sampai dah..... sian zafran ngan resa nanti.... :)zailda

    ReplyDelete
  22. rehan, di skudai tiada hospital skudai. paling dekat hospital sultanah aminah jb. kalau hospital swasta plak paling dekat pun hospital pakar puteri -liyahuma-

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2 rehan..
      kalau xnak HSAJB pn, plg dkat ngn skudai --> hospital kulai.. ape ntah name dia, panjang sgt.

      Delete
    2. timekasih sudi tegur.dh gugel smlm tapi tak jmp.. sy dh repair..mana2 yg slh tu leh tegur ek..kita baiki..

      Delete
  23. best... tp apa hal plaks si Jimmy sengal neh... isk isk ... cik RM jgn berat2 erk... kata nak Romantik Komedi... kang banjir kang... huhuhu

    KI

    ReplyDelete
  24. jimmyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy bikin spoil laaaa....haihhh

    ReplyDelete
  25. spoil btl si jimmy nie...aiyakkkk
    kna karate nih..wacaaaaaaaaaaaa!!!!!!....

    ReplyDelete
  26. aaaaaaa.... tidak.. jimmy nk kena penumbuk ni... gerammnyer.. sengal dan ngok betul lah jimmy ni...

    -Ika Hatika_

    ReplyDelete
  27. rasa nak bagi penampar jepun kat jimmy! haih, tak tau hukum ke? cis! hehe, emo betol.. writer, good job! cepat2 la bg sambungan..hehe

    ReplyDelete
  28. waaaaaaaaaaa sume geram ke jimmy ek..hehe..dia ensem kot..budak sekolah baya resa..mcm zaf ckp la.. amukan persaan memberontak..tak kira la bini org ke sapa..kehkhekhe..time kasih sume.. sayang kamu semua..

    ReplyDelete
  29. hahahha...apa pasal la jimmy 2...buang tebiat ke..... suke3 nk ajak bini owg kawen kih3....klako3

    ReplyDelete
  30. awatlah si sengal jimmy tu pegang tangan minah tu..kalo akak dah kena jitu ...ada hati nak kawen ngan minah tu..giler ke apa..jimmy tu..dah cakapkan ..minah tu kan dah bersuami..tak faham akak ..ngan budak remaja yg tak cukup akal tu..kan..

    ReplyDelete
  31. Hish, apa la masalah si jimmy ni, kemaruk sangat agaknya, haqmi kan ada dgn aziana kan ada, ambik la diaorg tu, hahaha, ni resa jugak, sian zaf~ hihi

    ReplyDelete
  32. mana law yg si Jimmy ni pakai ajak bini orang kawin..sukahati atuk dia jer..nk ajak kawin..Zafran bagi jer penumbuk kat muka si Jimmy biar dia sedar diri sikit..Rehan seronok dapat jumpa Rehan kat PBAKL haritu..tahniah tuk novel Terlerai Kasih yg sekarang ni dah jadi koleksi kesayangan saya..hihihi..

    ReplyDelete
  33. aiya... jimmy pulak yang pengacaunya..hahhaa..
    sian zaf.. terpaksa bersusah payah datang JB tgk resa..
    tp kan, kalu sy jd zaf, sy peluk n cium resa dpan jimmy..
    biar ternganga mamat tuh..kah kah kah...

    'ini isteri saya... sila jangan cemburu.. ai dpat cium.. u dpt tgk jeh..' compem Jimmy bunuh diri..hahaha (komen meraban.. otak setting x berapa nk btul.. =P)

    ReplyDelete
  34. best2..senget btul jimmy tu..haish..tp terelh cik writer mmpu wat wtk spoil mcm tu..hohohoho..good job.. x sbr entry br...=)

    ReplyDelete
  35. Apalsh si jimmy ni ajak bini org kawen..cepuk kang br tau.otak senget agaknya

    ReplyDelete
  36. alamak.....apa sudah jadi ni. jimmy.

    ReplyDelete
  37. gila apa si jimmy ajak bini org kawin.....

    ReplyDelete
  38. eih eih jimmy nih.sibuk tiba2.hang tu nasi pun mak bapak tanggung lagi ada hajt nak kawin pulak.

    ReplyDelete