Thursday, May 10, 2012

Kerana Sekali Cinta [24 -Akhir]

BAB 24

NAK hitung memang tak terhitung akan waktu yang pantas berlalu. Entah bila perut Anaresa membusung besar. Kesian juga bila dia ulang alik naik tangga turun tangga di UiTM sana demi menghabiskan sisa pengajian dia semester ini kerana semester depan haruslah dia menangguhkan pengajian dia.

“Sayang buat apa ni?” tegurku bila melihatkan dia sedang memanjat kerusi hendak mendapatkan sesuatu.

Dia senyum. “Resa nak ambil sesuatu atas almari ni.”

“Nak ambil apa? Mari sini turun. Biar abang ambil.” Serentak itu aku cempung tubuhnya dan aku letakkan dia di birai katil.



“Nak ambil apa atas sana?”

Dia sengih tidak menjawab.

“Agaknya Resa tak sayang abang kot?”

“Uik… kenapa cakap macam tu pulak?” tanya dia pelik.

“Dah tu suka panjat sana sini.” Aku merungut dan dia terus saja menyapa pipiku lembut. Dahiku dikucup hangat.

“Sayanglah. Kan abang tengah busy tadi. Lagipun, rendah je Resa panjat,” jawab dia mempertahankan diri.

“Melawan… melawan!” tekanku dan dia ketawa lalu dia tarik aku duduk di sisinya. Jemari kami bersulam sesama sendiri dan dia lebarkan senyum buat aku.

“Resa rasa macam hidup kita ni macam kisah Cinderella pulak.”

“Sebab?”

“Sebab abang suka tenung kasut Resa dari dulu lagi, kan? Tak habis-habis abang tengok kaki Resa kalau Resa pakai sneakers tu,” jawab dia.

Aku hamburkan tawa dan mengangguk bersetuju dengan dia. “Memang pun tapi Cinderella moden sangat sebab bukan kasut tinggi tapi percayalah, itu yang membuatkan Resa, nama Resa dan diri Resa unik. Sangat-sangat unik pada mata abang,” luahku luhur.

Dia tepuk-tepuk tapak tangannya di atas telapak tanganku.

“Resa teringin nak pakai kasut tu lah. Aci tak, bang?” Permintaan apa pulak bini aku ni?

“Ambilkan. Atas almari tu.” Dia muncungkan bibir ke arah almari tadi dan aku terus memanjangkan leher mengintai sikit tapi tak nampak kasut yang dia maksudkan.

“Resa nak pakai pergi mana?” Tidak dapat tidak, aku bangkit juga menghulurkan tangan ke atas almari kayu itu. Bila aku suakan pada dia, dia senyum lebar.

“Rindunya kasut ni. Dah lama tak pakai,” ucap dia teruja.

Memang benar. Setelah dia menjadi isteri aku dulu, dia dengan sendirinya menyimpan kasut itu tanpa aku sedar bilakah waktunya.

“Jangan cakap Resa nak pakai keluar pulak?” tegurku.

Dia menggeleng. “Nak pakai dalam bilik ni je sebelum orang ramai datang nanti. Alhamdulillah, menjadi jugak kenduri kesyukuran kat rumah ayah, kan bang?”

Aku angguk. “Mestilah jadi. Ayah dan mak buat untuk isteri abang ni. Dan juga si dia dalam perut mama ni.” Aku cuit perut Anaresa dengan hujung jari lalu aku duduk di depannya.

Melutut bagaikan putera raja yang sedang ingin menyarungkan kasut ke kaki puteri yang dikasihi. Persis kisah cinta dongeng Cinderella tapi dia di depan aku ini adalah Anaresa. Lebih istimewa daripada Cinderella dan aku lebih hebat daripada putera itu biarpun tanpa kuda, aku ada Mazda merahnya mak ngah tu. Cukup dah tu. Bukan nak beranak satu team Arsenal.

Aku ketatkan tali kasut dia kemudian aku mendongak menyoroti mata dia. Memang cantik dan ayu. Apatah lagi seri seorang ibu itu kian jelas terpancar di wajahnya. Bulu mata untanya membuatkan mata bundar itu nampak kuyu merayu.

“Terima kasih, abang,” ucap dia.

“Sama-sama, sayang dan maafkan abang sebab buat Resa tangguhkan pengajian. Mujur semester sebelum ni lepas. Maaf, ya?” Aku garu kepala.

“Tak ada masalahlah. Dah ada rezeki kita, kita terima. Tak ada kita usaha.” Dia mengucapkan ayat yang pernah aku utarakan pada dia.

Aku angguk dan memeluk bahu dia. “Pandai isteri abang.”

“Budak kejut kimia kot,” selanya bangga.

“Tapi abang pandai biologi kot.”

“Silibers mana? Persenyawaan?” sinis Anaresa dan aku angguk laju.

“Sebab tu ada ni.” Sekali lagi aku sentuh perut dia.

“Resa harap semester ni je Resa kena tangguh, ya bang,” pesan dia penuh makna. Memberi maksud yang dia mahu cuti dari mengandung dulu.

“Boleh je kalau Resa jual mahal. Kalau Resa sua, abang tak tahulah. Tak berani nak jamin, kot-kot semester lagi satu nu, kena tangguh lagi,” selorohku dan dia menjerit kecil.

Sudahnya kami sama-sama ketawa. Dia memang isteri dan aku mahu katakan sekali lagi. Dia bukan lagi budak sekolah di mataku. Dia isteri, anak, menantu, kakak ipar dan bakal ibu serta seorang pelajar.

“Abang cintakan Resa. Jatuh cinta pandang pertama. Sekali cinta…”

“Kita tetap cinta…” sambung Anaresa lalu dia paut tubuhku dan aku eratkan pelukan kami. Ubun-ubunnya aku kucup. Lalu dia mendongak merenung aku.

“Kenapa abang suka cium ubun-ubun, bukan dahi?” soal dia polos. Sebelum menjawab, aku kucup pula dahi dia dan dia memandangku pelik.

“Kat dahi ni tanda kasih seorang suami pada isteri tapi kat ubun-ubun ni adalah tanda isteri itu adalah nyawa seorang suami. Resa nyawa abang.”

“Sebab?”

“Sebabnya, kat sini akan berakhirnya hidup kita di muka bumi ini, sayang. Di sini malaikat maut akan tamatkan nyawa kita dan membawa roh kita menghadap Pencipta. Kat sini ada nafas akhir dan kat sini ada nadi yang berdenyut menyebut nama Tuhan kita dan juga nadi yang menyebut nama Anaresa selagi abang hidup,” ujarku lembut.

Anaresa memandang wajahku. Ada genangan jernih di tubir matanya dan tahulah aku dia memang tersentuh.

“Abang memang cintakan Resa, kan?”

“Resa ada jawapan tu,” selaku lantas aku tarik sekali lagi kepalanya rapat ke dadaku. Kepalanya aku usap lembut. Sama-sama menikmati angin malam yang menerobos masuk melalui jendela yang luas ternganga.

Bila kami sedar, ada yang menolak pintu dari luar. Wajah mak tersembul dan dia senyum tapi tidak lama bila dia memandang kaki anaknya ini.

“Ya Allah… Resa pakai kasut tu nak buat apa? Mengidam ke?” tanya mak.

Aku ketawa halus. “Teringin mak. Tu Zaf pakaikan kejap. Dah-dah. Bukak.” Aku tarik kakinya dan membuka tali kasut itu cermat.

“Keluarga Zaf sampai dah. Orang surau dengan orang kampung pun sampai dah jugak ni,” beritahu mak dan aku angguk lantas mak berlalu.

“Jom sayang.” Aku angkat tubuh dan menarik tangan Anaresa sama.

Dia bangkit dalam kepayahan. Baru tujuh bulan tapi macam sepuluh bulan. Besar sungguh.

“Abang…”

Langkah aku mati bila Anaresa menyeru. Aku berpaling pada dia.

“Resa nak minta sesuatu boleh?” tanya dia.

“Minta apa, sayang?” soalku lalu aku tarik tangan dia membawa dia memeluk pinggangku.

“Minta abang peluk Resa sikit. Rindulah,” akui dia malu-malu. Menggoda sebenarnya.

“Erk… nak memanjat la tu?” sinisku dan dia ketawa lepas.

“Tak adalah. Tak larat dah kot. Sangkut dekat perut,” ucap dia dan kali ini giliran aku pula menghamburkan tawa.

“Amboi… gelak sakan nampak?”

Tiba-tiba je ada suara lain yang menegur dan ternyata, mama pula diikuti Zafrina dan Haqmi. Nampak Zafrin sedang menjeling manja pada Haqmi. Tak lama lagi, kenduri lagi. Haruslah!

“Apa cerita ni?” tanya si kaki sibuk, Zafrina.

“Tak ada apalah,” jawabku lalu aku tarik tangan Anaresa ke pintu.

“Jomlah semua. Tahlil dah nak mula, kan?”

Mama angguk dan mereka semua berpaling hendak berlalu tapi aku tahan langkah Anaresa setelah semua orang pergi. Daun pintu aku rapatkan. Tubuhnya aku sapa lembut ke dalam pelukan. Perut besar itu aku usap lembut.

“Abang sayang, Resa,” akuiku dan kali ini lebih beremosi.

“Resa tahu dan akan sentiasa tahu,” sahut dia manja. Kepalanya terlentok ke bahu dan aku mengambil kesempatan ini mendekatkan wajahku ke wajahnya. Aku tolak tubuh itu dan membawa dahi kamu bersentuhan. Hidung kami berlaga sesama sendiri. Pipinya aku pegang dan perlahan-lahan, aku rapatkan bibirku ke bibir merah merekah miliknya.

“Malam ni abang nak ajak Resa berkasih sayang. Sudi tak?”

Dia bulatkan mata. “Kat rumah mak ni.”

“Apa masalahnya?”

“Malulah esok.”

“Dah ada anak tak nak abang dah, ya?”

Dia menggeleng. “Mana ada. Rindu sangat ke?” tanya dia sambil lengannya melilit leherku.

“Sangat, yang.”

Dia hanya senyum dan itu sudah cukup memberi jawapan yang pasti buat aku. baru sekali lagi hendak menyentuh bibirnya, pintu terkuak.

“Ya Allah budak berdua ni. Cepatlah!”

Hah, terkejut dengan suara kedua orang kakaknya, aku dan Anaresa tayang muka tak bersalah lalu kami menapak keluar cepat-cepat.

***

MAJLIS tahlil dan kesyukuran untuk kami berjalan lancar. Tetamu juga sudah pulang. Yang tinggal hanyalah kami dan keluarga saja dan itupun, keluarga aku dah nak balik.

“Eh, mana Angah?” tanya mama tiba-tiba.

Aku jungkit bahu dan melilau mencari kelibat Zafrin tapi tiada. Aku tanya Anaresa dan dia senyum.

“Kat dapur.” Anaresa berbisik lembut.

Aku pantas mendaki anak tangga kayu itu dan menapak ke dapur dan sungguh, entah bila Zafrin yang liat nak basuh pinggan tu sedang mengelap pinggan bersama dengan… Haqmi?

“Angah, mama nak balik dah!”

“Angah nak tidur sini,” jawab Zafrin tanpa memandangku.

Mata mereka berdua terpaku merenung sesama sendiri sampaikan aku ada pun tak nampak atau tak perasan sebab mereka tenggelam dalam perasaan masing-masing.

“Angah!” panggil aku lagi tapi dia tetap begitu.

“Zafrin,” seruku lagi. Sudahnya aku berlalu ke depan dan memanggil semua orang termasuk keluarga Haqmi sekali.

“Hah, aku nikahkah dikau Zafrin Zaini dengan Haqimah binti Hamzah dengan mas kahwinnya free sebab dok bercinta sakan kat sini!” sergah abah kuat.

Saat ini tak dapat aku bayangkan Zafrin dan Haqmi terlompat terkejut dek sergahan abah. Kami sama-sama ketawa.

“Kenduri bulan depan ni, bah,” ujarku memberi cadangan.

Tapi Zafrin menggeleng. “Err… macam Along tak boleh ke? Minggu ni?” tanya dia yakin.
Aku tahan ketawa tapi terhambur juga.

“Amboi… duit pun minta dengan Along lagi nak buat itu ini, ini nak bela anak orang pulak?” sinis mama dalam senyuman.

“Dah diorang nak, kami izinkan je,” sampuk mak dan ayah Haqmi pula.

Aku ketawa dan terus ketawa. Memang tak malu adik aku ni. Aku dulu malu juga. Anaresa nak cepatkan. Ini Zafrin terang terentang gelojoh.

“Allhamdulillah,” ucap Zafrin teruja.

Kami hanya mampu tersenyum melihatkan telatah mereka. Zafrin sendiri sudah capai umur untuk kahwin dan rasanya Haqmi akan ikut jejak langkah Anaresa. Tangguh pengajian sebab dari gaya Zafrin, haruslah pantas berisi.

Malamnya, aku hanya duduk di birai jendela sekali lagi. Ingat pertama kali ada di bilik ini dulu atau senang cerita, malam pertama kami dulu. Malam aku mungkiri janji dengan Anaresa. Malam penuh makna dan malam yang lelah dengan nafas yang berat.

“Abang…tutuplah jendela tu. Malam sangat dah ni,” tegur Anaresa dengan wajah yang basah.

“Basuh muka ke?”

“Ambil wudhuk. Panas,” jawab dia lalu dia rebahkan tubuhnya di atas katil.

Aku tarik jendela itu dan terus mendekat pada dia. Rambut yang lepas bebas aku kirai dengan jari.

“Dalam bilik ni, ada kenangan pertama kita, kan?” tanyaku dan dia senyum dengan wajah merah.

“Bilik yang menjadi saksi abang mungkir janji dengan budak sekolah ni,” jawab dia.

Aku angguk. “Sayang izinkan kala tu, kan?”

“Mestilah. Resa isteri, kan?”

“Moga keindahan cinta kita kekal selamanya dan andai terduga, Resa kekallah di sisi abang. Jadi seorang wanita, memujuk hati abang. Jadi seorang teman, mendengar masalah abang dan jadi seorang isteri memeluk abang,” pintaku penuh emosi.

“InsyaAllah. Sekali Resa lafazkan cinta, kekallah begitu selamanya hinggalah nafas Reda ada di sini nanti.” Dia sentuh ubun-ubunnya.

Aku jatuhkan bibirku di situ lama. “Kekallah kamu di hati ini, sayang. Usah berpaling biarpun dugaan membadai kerana aku lelaki, kekasih dan suami yang mencintai kamu selagi ada nafasku,” bisikku romantis.

Mata bundar Anaresa bergenang. “Aku akan kekal di sisimu, menjaga kasih dan amanahmu padaku hingga hujung nyawa,” sahut dia pula.

Aku rebahkan tubuhku di sisi dia. Pipinya aku elus lembut. Cinta ini anugerah Ilahi. Dulu aku pernah mencintai tapi takdir sekadar hendak menguji hati lelaki aku. Tewaskah atau terus tegar berjuang.

Aku yakin, mencintai dia seadanya dia adalah sesuatu yang indah. Tidak pernah sekalipun aku mahu mengubah dia. Sekadar mendidik dia menjadi isteri yang dituntut agama untuk aku namun, perubah demi perubahan yang baik pada dia berlalu tanpa aku sedar.

Hari ini, aku temui dia. Cinta yang menyerah pada aku tanpa aku paksa dan mudah jalannya. Cinta yang berbeza umur dan cara namun kami bertemu dalam istana yang aku bina untuk dia di dalam hati ini.

Anaresa… kerana kamu adalah isteri. Kamulah pemilik seluruh hati dan jasad ini. Bisik hatiku lalu aku bawa dia rapat ke dada. Bersama memejamkan mata melakar bahagia di bawah lembayung kebesaran Ilahi.

** TAMAT **

29.03.2012 ~~> 09.05.2012 (byk main sbb tu lambat)..hehe

Cik Penulis : Syukur atas idea yang Allah kurniakan lagi setakat ini. Mungkin tercela tapi sungguh saya menulis sepenuh hati. Ada senyum dan gelak tawa saya dalam setiap bait-bait ayat KSC ini. Kerana Sekali Cinta berakhir di sini. Hadiah buat anda semua. Kerana Sekali Cinta, aku tetap cinta dan kerana sekali janji... peganglah buat selamanya. Tertunai sekali lagi janji untuk habiskan di sini saja. Sayang kamu

82 comments:

  1. ala, nak sampai baby lahir...please kak rehan, merayu ni :)

    ReplyDelete
  2. kak rehan..congratzzz..i like all ur stories..rndu kt zafran nnt ;)

    ReplyDelete
  3. Kena war se jgk nih..mana aci kim je ade se...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..setuju sgt2....sambung sikit lg..SE

      Delete
  4. best3. thumbs up for you.

    #Miss SLG :)

    ReplyDelete
  5. Kena war se jgk nih..mana aci kim je ade se...hahahha

    ReplyDelete
  6. hahahahaa...comel jerk resa...suka sgt menggoda zaf mntang2 da diajar baik oleh zaf..
    tahniah karehan

    >>k<<

    ReplyDelete
  7. ending yang best.... projek apa plak lepas ni?

    ReplyDelete
  8. kak rehan nak SE! *muka tak malu* haha...
    waaaa... lepas ni mesti rindu gilOs kat zafran and resa...
    ^_^

    ReplyDelete
  9. Saya mahukan yang berbeza. Mahu ayat digubah lebih umphh dan menarik dalam setiap karya kamu. Ya, saya SR sahaja sebelum ni.

    ReplyDelete
  10. wahh~~
    sayang kak rehan juga ^____^
    thanks a lot hiburkan kami kami kami readers
    ni dgn mini novel yg besh ini..
    support u always..
    best cerita ni..
    i like sgt sebab bercinta lepas nikah..
    wink~wink~

    ~adik eema~

    ReplyDelete
  11. oke fine. memang mendalam ayat2 zafran nih..tetiba sedih.. uhuk2.... same request..kalau diizinkan Allah mudah2an diberikan idea untuk kak rehan buat sampai resa bersalin =).. hihi..please333..

    ReplyDelete
  12. hua3.....kat mane nak cri stok lelaki mcm Zafran ni???????

    ReplyDelete
  13. Alahai dh hbs...rindu la kat zafran lps ni errkkk silap rindu ngan kata2 dia hehe. Setuju nn komen kat atas.cik penulis wat SE utk bb msti best kan hihihi.selit skali ngn zafrin n haqmu. Bg haqmi berubh jd pompuan ayu haha

    ReplyDelete
  14. habis dah..suke3
    always the best la kak rehan :)
    hopefully pas nie wat cite sal haqmi plak dgn zafrin...hihihihi

    ReplyDelete
  15. akhirnya tamat jgak n3 nie.
    tpi still nk tahu penghujung kisah mereka.
    myb kak rehan blh bt SE untuk zaf-resa..hihi

    ReplyDelete
  16. da abes cite ni huhuu
    suke sgt cik Rehan,.kagum dgn ayt2 cik Rehan y puitis dan penuh mkne,.thumbs up for u^^

    ReplyDelete
  17. waaa..sedihlah pulak!! lepas ni dah tak ada zafran dan resa lagi. panjangkan sikit cite nirehan..masa zafran dan resa ada baby.


    ila danish

    ReplyDelete
  18. happy ending.. sy suka cerite nie... <3

    ReplyDelete
  19. RM nxt enovel harap2 biarlah hero cam zafran ye... x suka si lelaki yg ganas2

    ReplyDelete
  20. Sweet sangat-sangat Zafran & Resa...#^_^
    SIS REHANNN.......(nak membodek...hehehe....)
    Buatlah kisah tentang Zafri & Haqmi pula...

    ReplyDelete
  21. kak Rehan, thanks!!! best ending
    untung betul Resa ni
    harap2 ada mini novel baru
    nak tahu kisah Haqmi dengan Zafrin hehe... :)

    ReplyDelete
  22. Nk se.....
    Pastu wat cite zafrin n haqmi.....
    *hihi...suke jew mintak mcm2*

    ReplyDelete
  23. best....tahniah kak RM....suka sgt karya akak

    ReplyDelete
  24. Best sgt RM akak suka baca novel2 gabungan RM ini. Pada pandangan akak RM nampak ikhlas nk memuaskan hati kami2 peminat RM ini dgn menamatkan cerita2 ni disini nampak sgt RM bukan seorang yg mementingkan RM(ringgit Malaysia) terima kasih RM. Gabungan cerita2 RM ini banyak melihatkan kematangan RM dalam penulisan kerana akak bila baca bolih rasa suka sedih geram putus asa keciwa marah dan di kerana sekali cinta ini pula akak banyak ketawa ketika membaca cite yg akak rasa banyak mencuit hati disamping ada banyak pelajaran dan pengajaran dlm cerita2 ini harap dalam cerita2 akan datang cuba masukkan juga ilmu2 agama. Apa lagi yg akak nk cakap haya TAHNIAH buat RM dari akak peminat setia RM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..
      setuju dgn akak ^.^

      -adik eema-

      Delete
  25. tahniah rehan..KSC mmg best..
    penuh pengisian &ada kenakalan
    di setiap bait2 kata..
    Deabak! rehan makhtar.. ;)

    ReplyDelete
  26. best best best. bertambah best sebb dapat baca habis di blog:)
    thanks kak RM

    ReplyDelete
  27. ha ha.abah memang sempoi.citer lain pulak kak^^

    ReplyDelete
  28. tahniah kak rehan..best sgt citer ni..dr mla bc smp ending asik dok sengih je dpn lptop..klau blh smbg la sket g smp bby dorg lhir ke..

    ReplyDelete
  29. nak komen apa ye..? hmmm.. BAGUS..

    ReplyDelete
  30. besttttt sgt... walaupun ada 18x, tapi ok je.. suka. tq rehan

    ReplyDelete
  31. best!!!!
    X nak buat sambungan citer kisah zafrin n haqmi ker. Nti selitkan sikit2 kisah zaf n resa jugak.

    -nor...

    ReplyDelete
  32. Special edition plz...fasal Zaf dan Ressa dapat baby kembar...hehehe

    ReplyDelete
  33. gila kentang best! hehe :) tapi cm reader lain nak jugak da SE cm KIM. time resa nak bersalin ke zafrin khwin ngan haqmi ke. hehe :) moga kak RM dapat idea mencurah2 lagi nak buat SE KSC nie. wat ever it is, all da BEST akak! <3<3

    ReplyDelete
  34. rehan, wt special edition smpai baby lahir, please <~ (buat muka comei)

    ReplyDelete
  35. pas ni wt citer zafrin n haqmi lak ek....
    -hana-

    ReplyDelete
  36. TT..TT habis dah.... sob sob! nak lagi kak rehan.. bagilah sampai Haqmi dgn Zafrin kawin.. hihi :) nice job la kak Rehan.. may Allah bless :)
    -aira dhamirie-

    ReplyDelete
  37. akhirnya....kerana sekali cinta, aku tetap cinta.selamanya.

    ReplyDelete
  38. wahh.. finally dah berakhir.. lebih jugak 200 page ni kan.. patutnya combine dgn KIM.. hehee.. okay.. sila buat KSC versi SE.. yang depa dah ada anak..nk tgk gelagat mama n papa nih.. kot makin matang.. atau makin kebudakan.. y pnting.. sy suka Zaf.. antara hero kesukaan sy.. usop mcm kalah nih.. hahaaha.. apa2 pun, tahniah kak.. moga lahir dengan karya yang lebih meletup ya!!!

    ReplyDelete
  39. besttttttttttttttt......
    terima kasih abiskan cerita ni.....
    dapat juga tahu penghabisan cite....

    bila nak sambung cite sini aku payungkan kau!

    ReplyDelete
  40. wahhhhhh...mmg superbbb...admire ngan couple nieh..bikin ati terbang melayang....congrat dear sis <3
    mmg xmiss la...nk bg star bnyk2 200%..ekekeke
    i will support u always...terus kn membuat garapan yg baik dgn anugerah yg Allah bg nie...n tq coz wt kami nie dpt mmbca story yg et ati nie libang libu..heheheh
    keep it up my dear..muahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  41. ala nk smp baby.. nk tau gak cmne jimmy n kwn resa... kalu smbg lg lps nie msti wat psl zafrin n haqimah yer...

    ReplyDelete
  42. yeay!!!dh hbis =) best

    ReplyDelete
  43. rm sambung sikit lg...plssssss. thanks a lots utk citer yg menarik ni

    ReplyDelete
  44. abes sudah...hehehe...
    comel je cite dorg ni...cite zafrin ngn haqmi pun comel jgak..hahaha...

    thanks kak rehan...

    ReplyDelete
  45. wah sy suka bab y chemistry n bio tu..i like la..TK account KSC science..tabik spring kat RM pny idea...pasni subject ape plak..xsbr nk tgu tuu..
    ape2 pun gud job!

    ReplyDelete
  46. best!!! igtkn smpai baby lahir, heheh..apapun mmg best..

    ReplyDelete
  47. best2.. nak citer sal haqmi ngan zafrin lak leh x??? please3x

    ReplyDelete
  48. Terkejut kesukaan betul sbb ada entry utk hari ni....

    Suka dgn penceritaan ini sbb menarik, bersahaja dan menghiburkan....

    ReplyDelete
  49. cweet forever...sedihnye, KSC dah tamat...

    ReplyDelete
  50. congrats kak! and TQ! best n romantic! -nrl-

    ReplyDelete
  51. Yeay, dah habis! Congrats kak rehan, KSC best! :D

    ReplyDelete
  52. tahniah RM...memang menyengat cerita ini..tambah bab zafran nak bercinta dengan aressa.tak boring langsung bila baca mini novel ni,perasaan teruja nak tahu apa yg berlaku seterusnya buat tak sabar nak buka blog ni dulu.so akak bagi 5 bintang yer.

    ReplyDelete
  53. Congrate Rehan! Suka bace KSC ni..bila bace ending pun rasenya mcm smooth landing... best!

    ReplyDelete
  54. FOLLOW CITE DR AWL HINGGA AKHIR..TAHNIAH REHAN, CERITA YG SGT MENARIK.. HOPEFULLY DPT LG MENULIS CERITE YG LEBIH BAIK DAN BEST!!!!

    ~HUDA~

    ReplyDelete
  55. wah kak rehan mmg best sgt cerita nie......sgt best......bgs la utk laki yg kawen ngn student...bg paham cket tanggungjawab hehehehe........

    cerita nie mmg terbaik dan best....jalan cerita sgt menarik...

    kak lps nie sambung cerita zafrin ngn haqimah lak boleh x??? hehehe nk tau pasal downg plak la

    ReplyDelete
  56. Sayang kak rehan jugak! Suke sgt dgn sume cite2 akak! Jatuh cinta pandang pertama.hehe. - intan-

    ReplyDelete
  57. plezzzzzz......plezzzzzzz......plezzzzzzzz.....nak KERANA SEKALI CINTA SPECIAL EDITION......plezzzz sgt2 kak RM...xpuas lg baca ni....baby x kuar lg....zafrin n haqmi pn x kawen lg...jimmy n aziana lg....

    ReplyDelete
  58. superb,mantap,fantastic......mmg puas-ezz an-

    ReplyDelete
  59. sangat seronok baca cerita-cerita ni :) nanti sambung kisah cinta zaf dengan haqmi pulak ye :)

    ReplyDelete
  60. mmg best la citer ni. tq kerana telah menceriakan hari ini dgn citer yg suka romantik dn bermakna. - awin

    ReplyDelete
  61. Akhirnya berakhir jugak...suka sangat2...walaupun lambat as tetap curi2 habiskan jugak...semoga kak rehan akan terus berkarya lagi...

    ReplyDelete
  62. Tahnaih.. novel ne mmg terbaik... teruskan berkarya dan menghasilkan produk penulisan yg berkualiti..
    syabas...

    ReplyDelete
  63. Tahniah. Suka sgt2... Novel TK pun sy dah baca kali ke 2. Best sesangat. Semoga RM dapat menghasilkan cerita2 yang menarik, tertarik dan terbaik.

    ReplyDelete
  64. lawak part zafrin dgn haqmi kena sergah ngan abah.. tulah kalau dapat sambung lagi kan best..

    ReplyDelete
  65. salam rehan..

    1st time komen kat sini.. dah abes marathon KSC. overall perghhhhhhhh!!!!! gile best!!!!

    sgt seronok membaca cite nih..teruja juga!!!!
    teruskan menulis cos anda sgt berbakat.

    ReplyDelete
  66. trsangat owesome kak rehan...
    mula2 xde hati nk bace sbb mini novel..
    dlm hati kate msti xbape best sbb xpnjg mcm novel..
    tp 1st bce utk dia mcm best..ps2 try bce ku ingin memilikimu...meleleh2 air mate..best...try tgk cite ni rupa2nya smbgn ku ingin memilikimu...mmg trsgt lucu..ase cam nk gelak trgolek dgn telatah zafran n anaresa...smpai snggup ketepikan dlu buku semata nk abeskan cite ni pdhal final next week..haha..
    congrat kak rehan....cpt2 abeskan untuk dia ya??xsbar..

    ReplyDelete
  67. the best ni kk rehan ,KSC,UD.KIM,smunya the best kk blh usul je bgam klu certa kwan mereka pula Aziana dan jimmy 4 IN 1 he...he... berkumpul 3 kisah prsahabatan mrka...love you kk rehan

    ReplyDelete
  68. comey je citer nie.. :)
    sampai blushing teruk bdk underage yg baru habis baca nie..
    tahniah ye kak rehan.. :D

    [hawa]

    ReplyDelete
  69. Waaaas...best biler. Cayalah...tahniah

    ReplyDelete
  70. comelnyer citer ni...suka sgt

    ReplyDelete
  71. Alhamdulillah,tahniah kak Rehan. Percaya atau tidak saya belajar mencintai suami setelah sy mula baca novel kak rehan ni.Terlalu hebat percaturan Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  72. Best citer ni.. sy bru hbis bca nvel takdir untuk aku (ziyad♡teratai nur)..

    ReplyDelete