Wednesday, May 23, 2012

Suami Tak Kuhadap 8

BAB 8

MALAS benar hendak bangkit bila mendengarkan suara ayah yang sedang memberi salam di luar pintu bilikku berkali-kali. Untuk apa dia ke sini sebenarnya? Memungkiri janji dan membuatkan aku bertambah benci?


Tidaklah dia sendiri, malah diusung Mak Usu dan Budriz sekali menjadikan rumah ini membahang dan semakin hangat membakar seluruh tubuh dan jiwaku.

“Syai…” Ayah menyeruku.

“Syai tak bangkit lagi ke?”

Aku merengus panjang. Bantal aku capai lantas aku tekup ke wajah berharap agar suara itu menjauh. Usai Subuh tadi, aku tidak terlena langsung biarpun malam tadi, aku juga tidak mampu melelapkan mata biarpun sepicing.

“Syaima… bangkit nak. Dah nak tengah hari ni. Syai tak makan dari semalam, kan?” tanya dia semakin ramah.

Bantal aku campakkan ke dinding. Aku angkat tubuh dan dengan langkah yang malas aku berlalu ke pintu dan saat pintu. Daun pintu aku tarik kasar dan wajah ayah tersenyum kelat padaku.

“Syai tak makan pun, tak matilah.”

Ayah melepaskan lelah. Dia terbatuk kecil dan membuka kopiahnya. Kepala itu sudah separuh berwarna putih. Menggambarkan usianya yang semakin meningkat. Namun sayang, usia itu berlalu tanpaku.

“Ayah risau. Kenapa Syai tak nak makan?” soal dia dengan wajah berkerut sana sini.

“Sebab ayah bawa keluarga bahagia ayah ni ke sini yang membuatkan Syai tak lalu nak makan, tau tak? Kenapa ayah mungkir janji, hah? Bukan ke ayah nak Syai balik ke rumah ni dengan syarat ayah dan diorang semua tu tak kacau Syai lagi?”

“Ayah minta maaf, nak kalau Syai rasa ayah mungkir janji. Tapi, Budriz kata…”

“Abang…”

Suara ayah padam setelah dia menyebut Budriz bila Mak Usu menegur kami. Dia menghadiahkanku seulas senyum namun aku hanya menjeling tajam membunuh senyumannya.
Padaku, dia tidak layak hendak tersenyum setelah dia membunuh senyuman ibu selama ini. Meninggalkan kerutan yang kian terentang di wajah itu hingga akhir hayatnya.

“Kau jangan menyampuk, boleh tak?” tanyaku kasar.

“Syaima!” tegur ayah keras.

Renungannya berubah tajam memberi amaran padaku dan aku merengus kasar.

“Kenapa? Ayah nak marah Syai sebab perempuan ni?” tanyaku berani.

Mata ayah berkaca-kaca. Wajahnya merah padam. Berkerut sana-sini. Menahan geram barangkali namun aku, tidak sedikit pun gentar.

“Kenapa nak kurang ajar sangat ni? Apa nak jadi dengan kamu ni, Syaima? Tak sudah-sudah lagi nak maki orang sana sini?” tengking ayah agak kuat.

“Kamu bukan budak sekolah lagi, Syaima. Kamu dah dewasa. Kalau kata kamu benci sangat dekat ayah, jangan libatkan orang lain. Kamu maki je ayah ni. Marahlah!”

Aku ketawa sinis. “Oh, jadi hari ni ayah sendiri akui yang dia ni… “ Aku tuding jari tepat ke arah Mak Usu dan Budriz yang nampaknya baru muncul berdiri di sisi bondanya.

“… dan jantan keparat ni orang lain, kan? Memang mereka makhluk yang tak layak nak bernafas atas muka bumi ni. Makhluk perosak yang menjadi parasit menghisap kebahagiaan orang lain untuk hidup bahagia!” tempikku agak kuat.

Dada ini berombak kencang. Ringan saja telapak tanganku hendak terangkat dan singgah ke wajah lelaki yang ku gelar ayah ini.

“Kamu dah terlalu melampau, Syaima! Kami datang melawat sebab kamu tak sihat…”

“Siapa tak sihat? Siapa?” tanyaku nyaring.

“Aku tak sihat sebab kau semua datang sini membawa racun dalam hidup aku!” Aku terus menghamburkan marah.

Langsir yang menutupi pintu bilik aku rentap kasar hinggakan tertanggal daripada penyangkuk. Membuatkan Mak Usu mengucap panjang. Terkejut dengan amarahku kali ini.

“Astaghfirullah, Nur Syaima.” Serentak itu, telapak tangan ayah singgah ke wajahku membuatkan aku terdiam seketika.

“Bawa mengucap sikit. Kamu tahu tak dengan siapa kamu bercakap ni?” soal ayah menyinga.

“Tak nampak ke niat kami ni? Buruk sangat ke kami ni untuk melawat kamu? Kenapa kamu jadi seteruk ni? Sekaku ni, Syaima? Hati jasad tapi tak berhati? Tak kesian ke dekat arwah ibu kamu? Tu, ibu kamu dalam kubur tu, meraung-raung agaknya tengok perangai buruk kamu ni?” herdik ayah lagi.

Kali ini, sabarku rabak. Aku tidak suka bila ayah kaitkan ibu dalam hal ni. Ibu sudah lama pergi. Kenapa mesti diganggu ketenangan ibu di sisi Tuhan yang Maha Menciptakan?

“Ayah tak boleh sebut nama ibu. Kan ibu dah tak ada. Kenapa mesti ayah nak bangkitkan nama ibu lagi?” tanyaku dengan suara yang terketar-ketar.

Aku ketap gigi kuat. Kini, pedih di pipi langsung tiada terkesan. Pedih di hati makin menjadi-jadi pula.

“Dah tu, kamu nak ayah kata apa lagi untuk buat kamu sedar di mana kamu berpijak? Bukan ke dia yang didik kamu selama ni? Atau dia memang tak didik kamu langsung sampai kamu jadi biadap macam ni sekali, Syaima?” herdik ayah.

Matanya dijegil luas.

“Ayah tak kisah kamu nak maki ayah tapi kamu tu yang silap. Tak sudah-sudah nak tolak kasih sayang kami. Lari hidup sendiri dari umur 18 tahun lagi. Kamu ingat ayah tak cari kamu? Tak datang ke rumah ni semata-mata nak cari kamu? Ayah kesal buat kamu macam tu dulu tapi ayah lagi kesal dengan sikap kamu sekarang.”
Dia mengeluh lemah. Wajah itu jelas menggambarkan kekesalan yang maha hebat namun padaku, dialah penyebab segalanya.

Bola mata kami beradu sesama sendiri. Andai tidak diingatkan lelaki ini adalah ayahku, mahu saja aku herdik dia kembali. Rasa hormatku masih bersisa padanya bila mengingatkan ajaran dan pesanan arwah ibu yang sudah banyak menderita dek sikap ayah yang telah menduakan ibu dulu. Hanya kerana ibu sakit dan membiarkan aku, anak tunggalnya membesar tanpa kasih sayang ayah bila ayah benar-benar mengabaikan kami.

Usah dikatakan kasih sayang, makan minum kami juga tidak pernah dijaga selepas dia sah menikahi isteri keduanya. Dendam ku bercambah daripada benih menjadi pohon yang sudah teguh akarnya setelah pemergiaan ibu.

“Arwah ibu dah cukup ajar Syai untuk hormat pada orang yang pandai menghormati orang lain. Ayah tu tak pernah nak ambil tahu pasal Syai sejak dari dulu. Ayah terlalu sibuk dengan bini baru ayah tu dan anak tiri ayah sampaikan lupa darah daging sendiri,” ujarku tegas.

Airmata yang menari-nari di tubir mata aku tahan sedaya upaya. Aku tidak mahu membiarkan Mak Usu, ayah dan Budriz melihat akan titisan airmataku. Memberi gambaran akan kelemahan yang tersembunyi dalam hatiku.

“Memang salah ayah dulu tu, Syai. Tapi, sungguh ayah kesal. Kesal segalanya. Ayah tahu sukar untuk Syai maafkan ayah tapi terimalah niat baik kami ni, Syai,” rayu ayah dengan suara yang kendur kembali.

Dia menjeling ke arah Mak Usu dan Budriz yang sedari tadi terkaku. Mak Usu sudah mengalirkan airmata dan mata Budriz pula tak lepas daripada wajahku. Menatapku bagaikan hendak ditelannya diri ini hidup-hidup.

“Bagilah peluang pada ayah nak jaga Syai. Berikan apa saja yang Syai nak.” Ayah memujuk lagi. Dia memandang tangannya yang singgah di pipiku tadi. Nampak menggeletar.

“Kalau kata dulu ayah tak pernah nak hiraukan Syai, kenapa sekarang ayah? Sampaikan ibu mati pun ayah tak sempat nak jenguk arwah buat kali terakhir sebab anak tiri ayah tu sakit masa tu, kan? Jadi, ayah tak payahlah nak hiraukan Syai hari ni pun. Syai tak sudi nak terima kebaikan dari ayah dan orang lain!” tegasku lagi lantas berlalu.

Belum sempat aku hempas daun pintu, aku berpaling lagi. Wajah mereka bertiga aku pandang silih berganti bersama sebak yang tertahan-tahan.

“Tinggalkan Syai sendiri!” Aku hempas daun pintu sekuat hati.

Airmataku merembes laju. Aku biarkan saja tanpa mampu ku seka. Setidak-tidaknya aku tidak pernah mengalirkan airmata di depan sesiapa. Cukuplah hanya aku dan Tuhan saja yang tahu akan keperitaan yang sedang kutanggung selama ini.

Tubuh ini aku hempas ke tilam. Bertahan dan terus bertahan hingga sesaknya dada. Hampir pecah rasanya. Hampir remuk redam rusuk ditujah rasa sakit yang tak kunjung reda. Kita suci Al-Quran yang ada di atas meja belajar itu aku pandang lama.

Mengapa diri ini begini, Ya Allah. Bukanlah aku tidak menyentuh sejadah-Mu. Tidaklah aku pernah meninggalkan tiang agama itu tapi kenapa semakin hari, jiwa dan roh aku semakin mati. Semakin jauh dari rahmat dan kebahagiaan ini? Sukar sungguh hendak ku rawat duka. Payah benar hendakku campakkan dendam.

Aku meraup wajah berkali-kali setelah bangkit dan duduk di birai katil. Semakin jauh dan menjauh dari rahmat Allah. Ada sesal hadir namun seketika cuma bila pintu bilikku akhirnya ditolak dari luar.

Wajah ayah muncul sekali lagi.

“Syai,” seru ayah lembut bila wajah itu sudah berada tepat di depan mataku.

“Kenapa cakap macam tu tadi? Kami ni datang nak melawat ayah kebetulan Budriz ajak nak jumpa adik dia katanya. Dia cakap Syai tak sihat bila Syai tak ke pejabat.”

Aku memandang ayah tanpa riak. Dia mempercayai kata-kata Budriz bulat-bulat sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Kenapa ayah nak percaya pada dia?” tanyaku. Amarah mula membakar dalam diri ini dengan kenyataan palsu ayah.

Bila dia mendekat, aku bangkit berdiri tegak. Bila wajah itu mula tegang, aku langsung tidak kecut. Malah tidak juga menapak ke belakang walau seinci. Mungkin benar katanya, aku hidup berjasad tapi tidak berhati. Telah terbunuh hinggakan perasaan itu kaku, beku biarpun pada insan yang bergelar ayah yang sedang tegak berdiri di depanku kini.

“Sebab dia juga anak ayah…”

“Memang dia anak ayah. Sebab tu ayah lebih pilih dia daripada Syai, kan? Dari dulu, kini dan selamanya… ayah memang memilih dia. Bukan Syai darah daging ayah ni,” ucapku agak lirih.

Airmataku merembes tanpa mampu aku seka. Di mana lagi hak aku sebagai seorang anak andai ayah tidak pernah mempercayaiku.

“Syai tak sakit dan Budriz hanya berasalan je. Syai dah tak kerja dekat situ. Syai tak akan mati tanpa wang dari dia, ayah. Syai tak akan sebelum ajal menjemput,” sambungku agak sebak dengan suara yang serak.

“Syai memang sakit, nak. Syai sakit hati. Jiwa Syai melarat selama ni biarpun Syai nampak kuat. Izinkan ayah tebus semua salah ayah pada Syai. Ayah merayu,” pinta ayah.

Aku menggeleng.

“Syai mampu hidup sendiri, ayah. Jangan paksa Syai bersikap macam iblis. Syai sendiri dah hampir tak mampu nak kawal diri ni. Jangan ayah cabar Syai lagi.”
Ayah diam memandangku. Lama-lama ayah mengeluh dan mengalah, lalu dia labuhkan duduk di birai katil.

“Ayah minta maaf dengan Syai sebab pernah abaikan Syai dulu. Tapi, kali ini je ayah mohon. Syai hormat sikit pada Mak Usu dengan Budriz tu. Layan mereka baik-baik. Mak Usu tak pernah rampas ayah. Ayah yang silap masa tu sebab abaikan Syai dengan arwah ibu Syai. Sekarang ni, Mak Usu dan Budriz adalah keluarga kita. Mak Usu boleh jadi ibu Syai dan Budriz dah anggap Syai macam adik dia sendiri,” ujar ayah lagi.

Aku ketawa dalam tangisan. Adik? Rasanya tidak perlu kerana aku tidak pernah sedetik pun menganggap dia sebagai seorang abang.

“Baguslah kalau ayah tahu salah ayah tapi rasanya Syai memang tak mampu nak hormat pada makhluk dua orang tu. Kalau ayah tak nak Syai maki hamun Budriz dengan bonda dia tu, baik ayah bawa mereka keluar dari rumah ni sekarang sementara Syai boleh sabar ni,” tekanku penuh emosi.

“Kalau benar ayah rasa bersalah, tolong tinggalkan Syai sendiri. Memang ni rumah ayah. Tapi, bila ayah suruh Syai tinggal kat sini, Syai tak suka orang luar datang sini. Sebelum Syai halau mereka tu keluar, Syai nak mereka balik. Jangan jejak lagi kaki kat rumah ni.” Suaraku kembali kendur tapi masih jelas ketegasannya.

Mata tua ayah menyoroti anak mataku. Lama renungannya hinggakan dapat ku kesan ada genangan jernih yang mula bertakung di tubir mata itu dan sudah semestinya, hati aku hanya melihat semua itu tanpa rasa.

“Kenapa Syai tak boleh nak hormat mereka?” tanya ayah.
Aku ketawa kecil.

“Sebab mereka tu memang tak layak dihormati. Orang yang tak tahu nak hormatkan hak orang lain memang tak patut dihormati,” cebikku pada ayah.

Dia menggeleng lalu menekan kepalanya. Aku langsung tidak gusar akan penyakit yang mungkin akan menghinggapi dia. Aku benar-benar tidak kisah.

“Jangan cakap macam tu, Syai. Dengar kat Mak Usu dengan Budriz, tak ke kecil hati mereka tu?”

“Syai memang dah agak dah ayah akan cakap macam tu. Ayah lebih takut isteri dan anak tiri ayah tu kecil hati daripada hati Syai ni yang sakit, kan?” soalku dengan suara yang kembali meninggi.

Benar aku terasa teramat marah kali ini. Tidak sudah-sudah ayah hendak lebihkan mereka daripada aku. Belum tiba masanya, aku telah menjadi yatim piatu bila kasih ayah bukan pada aku sejak dari dulu lagi.

Ayah bangkit. Kopiah itu diletakkan semula di atas kepalanya. Dia mula mampir ke pintu dan langkah dia pegun seketika lalu dia berpaling ke arahku.

“Syai boleh cakap apa yang Syai nak cakap. Tapi, kami dah berniat nak tinggal kat sini sehari dua. Maaflah ayah mungkir janji. Tapi ayah sayang Syai. Kami sayang Syai,” beritahu ayah lalu dia hilang di balik pintu.

Aku duduk dengan mengepal penumbuk. Senyum sinis antara Syed Ahmad Budriz dan dan wajah pengecut Faez silih berganti. Senyuman Faez menggambarkan yang aku tidak layak untuk dia dan senyuman Budriz memberitahu aku yang aku tidak layak hendak punyai apa-apa.

***

USAI Isyak, aku terpaksa juga keluar dari bilik bila ayah tidak sudah-sudah mengetuk pintu bilikku. Andai ikutkan hati, mahu saja aku menzahirkan marah lagi pada dia. Tapi, sisa hormatku masih bersisa untuknya biarpun sudah berkali-kali aku menengkingnya.

“Mari duduk, Syai,” ajak Mak Usu lembut bila aku tiba di meja makan. Dia bangkit menarik kerusi untukku.

“Syai dah kenyang,” ujarku mendatar.

“Seharian tak makan, macam mana boleh kenyang?” tanya ayah tidak puas hati bila aku mula menunjukkan sikap dinginku pada mereka semua.

Mata Budriz juga tidak lepas merenungku sedari tadi. Sejak semalam, baru inilah kami bertembung pandang dan itu pun dalam keadaan terpaksa.

“Syai dah kenyang tengok drama keluarga bahagia ni,” sinisku lantas berlalu keluar daripada rumah.

“Kenapa kurang ajar sangat ni?” tanya ayah. Langkahku mati dan tanpa menoleh, aku tersenyum sinis.

“Salah siapa kalau Syai kurang ajar? Bukan ke salah ayah sebab tak bagi ajaran yang cukup?” Aku membidas tanpa memikirkan perasaan ayah sikit pun.

Kaki ini terus saja aku berlalu melepasi pintu luncur yang sedari tadi ternganga dan aku duduk di kerusi batu di mata, ibu sentiasa menemaniku bermain di situ dulu dan yang pastinya tanpa ayah!

Mengenangkan kepedihan hidupku, aku benar-benar telah terjerumus ke dalam dendam yang dalam.

“Syaima…”

Aku berpaling bila suara Budriz dekat di telingaku. Tanpa pelawaan dia duduk di sebelahku. Dekat hinggakan bahu hampir bertemu bahu.

“Kenapa Syai mesti nak kurang ajar sangat dengan ayah? Kalau kata kau tak suka kami pun, hormatlah sikit ayah tu,” ujarnya agak keras.

Aku hanya senyum saja. Langsung tidak terkesan di hati. Aku bangkit bercekak pinggang. Benci benar aku melihat wajah lelaki ini. Tidak sudah-sudah wajah itu menerima habuanku, kali ini terasa hendak kuludah pula.

“Eh, Budriz… kau datang rumah aku tak berjemput. Lepas tu kau pandai pulak nak nasihat aku suruh hormat orang. Wake up la, Budriz. Kau siapa nak nasihat aku?” herdikku padanya.

“Syai adik abang,” jawabnya pantas dan tubuhnya itu pantas jua berdiri tegak di depanku. Dia sedang menahan geram.

“Siapa kau nak cakap adik kau ni, Budriz? Kita tak ada pertalian. Jangankan kau nak jadikan aku adik kau, musuh pun kau tak layak untuk aku, tau tak?” tekanku dengan wajah benci.

Bila aku mahu berlalu, Budriz sudah memaut lenganku dan genggaman itu terlalu erat untuk aku lepaskan. Kemudian tangan itu naik ke bahuku lalu cengkaman itu semakin kejap. Mata kami beradu. Nafas Budriz lelah dan aku juga.

“Apa perlu abang lakukan untuk hadirkan cinta dalam hati Syai?” soal dia bertalu-talu.

Aku hanya diamkan tubuhku bila Budriz semakin rapat menarikku dan kini hanya tinggal beberapa inci saja untuk tubuh kami rapat bersatu. Wajah itu resah amat. Nafasnya sesak dan hangat menyapa wajah.

“Cinta pernah ada. Pernah hampir hidup dalam hati aku tapi kau tak izinkan. Kau halau Faez pergi macam tu je. Dan jantan pengecut itu pun turut je kata-kata kau membuatkan aku haramkan cinta itu hidup lagi,” ujarku.

“Maafkan abang tapi dia memang tak layak untuk Syai dan apa yang perlu abang buat untuk Syai terima abang. Terima bonda dan ayah kembali? Apa yang perlu abang korbankan untuk bawa senyuman pada bibir Syai dan lenyapkan kata-kata kesat dan sikap kasar ni daripada diri Syai?”

Aku pula, hanya tenang saja. Tidak sudi hendak membentak seperti selalu. Biarpun aku sedar dia semakin menarik aku rapat dan terus rapat padanya. Namun, bila dadaku hampir menyentuh dada bidang itu, aku tahan tanganku di dadanya.

Mata itu masih tidak lepas merayap di segenap wajahku. Rambut yang berterbangan dielus angin, ditolaknya sedikit. Sebelah tangan Budriz terangkat. Dia angkat dan menyeka airmata yang bersisa di pipiku. Senyumannya pahit.

“Abang pernah janji pada diri abang. Tak akan biarkan Syai menitiskan airmata. Pertama kali dulu hingga selamanya. Maafkan kami, Syai. Terimalah abang,” rayu dia penuh makna yang tersirat yang aku sendiri tidak mampu mencernanya dengan baik.

Mempunyai pelbagai makna dan maksud yang mendalam. Yang ditolak oleh mindaku dan dipersoalkan oleh hati.

“Apa yang perlu kau buat, ya?” tanyaku pula.

Budriz angguk berkali-kali dengan penuh bersungguh.

“Senang je, Budriz. Lenyap dari hidup aku selamanya,” jawabku sopan.

Mata itu bulat. “Abang tak cari Syai untuk lepaskan Syai hidup sendiri lagi. Abang tak cari Syai untuk biarkan Syai terus hanyut dalam dunia Syai sendiri. Membiarkan hati Syai membeku tak cair. Mati tanpa pusara!” bantah dia tegas. Cengkaman di bahuku semakin kejap.
Perlahan-lahan, aku leraikan cengkamannya. “Ini airmata kegembiraan aku, Budriz. Gembira sebab aku masih kuat nak hadap lelaki macam kau dan aku tak pernah kisah atau takut dengan kau, Budriz. Tak pernah.” Aku menggeleng dengan wajah sinis.

Budriz ketap bibir. Dia menggenggam penumbuk.

“Jangan terlalu mencabar seorang lelaki, Syaima. Aku ikhlas bila aku cakap kau adik aku. Tapi, kau tak sudah-sudah dengan dendam kau tu. Jangan kerana dendam kau tu, kau tersungkur selamanya!” pesannya penuh makna.

Tiada lagi kemesraan pada panggilan kami. Berubah seratus peratus dan itu langsung tidak memberi kesan padaku malah aku tersenyum bangga bila aku mampu mencabar Budriz. Usai sahaja dia berkata begitu, aku renggut tanganku kuat.

“Kau tak akan tahu apa yang aku rasa dan aku tak akan tersungkur sebelum aku buat kau tersembam ke bumi, Budriz. Jangan sesekali kau berani sentuh kulit aku dan masuk campur dalam hal aku lagi. Ini amaran aku yang pertama dan terakhir, Budriz. Atau aku akan buat kau menyesal seumur hidup kau!” ugutku.

Wajah itu merah padam. Bibirnya bergetar hebat mahu mengatakan sesuatu tapi aku lihat dia hanya terkedu. Aku senyum lagi. Kali ini lebih sinis. Lebih puas biarpun marahku masih menggunung.

“Rasanya, aku yang akan buat kau kesal selamanya, Syaima!” gumamnya perlahan namun masih sempat menerjah masuk ke gegendang telingaku sebelum aku berlalu.

~~> bersambung

Cik Penulis : Setiap kisah ada keburukan di awal penceritaan untuk kita temui beribu kekesalan dan kebaikan serta pengajaran pada akhirnya. Terima kasih atas sokongan. Maaf atas kekurangan. Maaf juga tak sempat nak reply komen2 ya tapi saya sangat hargainya. Sungguh ni tak tipu.. Nanti sy reply ya.. sayang kamu..

66 comments:

  1. yes.. betul tu.. nk lg :)

    ReplyDelete
  2. kahwin paksa...tangkap basah...mgapa perlu ade paksaan kalau hati benar2 sayang..
    adakah akan wujudnya bahagia jika permulaanya sesuatu yg di benci...
    fantasi mungkin..
    realiti??
    adakah hati wanita itu terlalu lembut untuk akhirnya menerima sgale yg berlaku?? untuk akhirnya jatuh cinta..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu akan mengubati segalanya bila akhirnya kita kembali pada percaturan takdir.. hehe. be waitng n thanks semua..

      Delete
    2. masa benar2 memainkan perasaan. kekadang kita keliru dengan perasaan sendiri. tak pasti dengan apa yang ada di hati. amik masa dan baru lah kita tahu apa yang sebenarnya ada di hati. serahkan segalanya kepada tuhan bila keliru dan Dia akan tuntun ke arah yang sebenarnya.

      Delete
  3. nak lg rm,x puas ar..huhuhu

    ReplyDelete
  4. adussss! da makin sma ngan cerpen sis tu kn? hehe :) pape pon,TERBAEKKKK LA!!

    ReplyDelete
  5. Adeh, sudah jadi 'penagih' wooo
    Penagih cerita nie...
    Cepat2lah sambung, merana nak tunggu episod by episod...
    adeh...adeh...adeh...

    ReplyDelete
  6. D rasa mcm x puas jeee menatap n3 n! semangat berkobar2 utk STK anyway bestttttt sangatttttttt mwmbuatkan D rasa mcm x sabar utk tahu kisah yg selanjutnya

    ReplyDelete
  7. wah,apakah y budriz akan buat?jeng3

    ReplyDelete
  8. STK ni menyeksa jiwa raga jugak, :D

    ReplyDelete
  9. Ayah si Syai ni patut ditembak dgn senapang gajah... Hahahaha.... Syai dah berkali2 suruh dibiarkan sendirian... Apasal lah tak faham2.... Tapi kalau faham, tak jadi cerita la pulak... Hihihi....

    Really don't understand why cant they just respect Shai's request..... Sambil tangan tepuk dahi....

    Anyway, cerita ni mmg meletup..... Best....

    ReplyDelete
  10. crita ni buat hati jadi sakit. x tahu nak marah kat sape, nak kesian kat sape, nak salah kat sape, nak maki kat sape, nak sokong sape...err..tang sokong tu,, saya tetap sokong karehannnnnn~~~~!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon setuju..geram sgt2 ngn syai..dendam dye..kesian pon ada..tp nk sokong2 2 2 pon xleh jgk..mcm duk ats pgar..huhu
      tp utk RM..chaiyok2..
      xsbar next n3 nie..

      Delete
  11. Setuju dgn pendapat Eunhae... Shai gi tidur kat budget hotel dulu sampai keluarganya balik kat rumah sendiri.... Atau tidur kat masjid/surau pun boleh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun setuju syai keluar dr umah tu...jgn bagi Syai terpujuk cepat sangat tau....hehehe...

      Delete
  12. SYAI VS BUDRIZ
    nampaknya masing nak main dengan api...

    ReplyDelete
  13. nmpk sngt Budriz nk bt benda xelok dgn Syai . rasa geram pulk dgn Budriz n family dy tu...biarlah Syai teng, ad kehdupn sendri. ish..Syai~ lari je ke luar negara

    ReplyDelete
  14. ha'ah. syai ni bodoh jugak. kalau betul nak larikan diri. terbanglah ke england ke australia ke. syaitan semua tu tak kan ganggu punyee!!! grrrr!!!! kalau aku ada ayah macam tu, dah lama aku lempang lempang!!! bodoh!!!!

    ReplyDelete
  15. salam....

    Tahniah RM cite ni mmg menggugat perasaan la...
    sy paham sgt nape syai tu benggang sgt sampai jd tahap benci melampau..wlpn kat ayah die sndiri lagi2 kat budriz ngan bonda die...tapi kan...syai ni kire kuat la jugak sbb still boleh hadap n dok sebumbung (wlpn kejap je) ishhh kalo sy jgn kata pandang..dgr name pn da bikin panas...apetah lg tgk dorg dok gelak2 senyum like a happy family..urrgghh sangat x boleh terima ok!...(sy cakap based on true feeling, tp sy xde masalah ngan ayh but other close family...)

    mmg sakit sngat bile org buat kite mcm tu...rase mcm sampah plak..eeiiii kalo ikot hati mmg mati laa....
    tp saborr je laa kan....hati org xsape tahu...

    to syai..be strong dear, time will heal ..
    to ayah syai - doa lah supaya syai maafkan
    to budriz - can u let her be alone please,, u might get u hurt if u get near her..very bad..n she already hurt

    wahhh emosi sungguh ni...RM awak mmg...hmmm xtau nk cakap ape lah...keep writing n semoga awk sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik n dapat idea2 yg bernas-mantap utk cite ni n cite2 lain in future.... :)

    assalamualaikumm....

    ReplyDelete
  16. Pada sy, budriz n ayh syai ptut biar syai tenang dulu. Kesian tgk syai..

    ReplyDelete
  17. boleh x klu ckp nk lagi2.... best sgt2...

    ReplyDelete
  18. terlalu bosan rasanya asyik bikin cerita kena tangkap basah ataupn di paksa kawen pada kesudahannya. saya mahukan kelainan.mungkin Budriz boleh buat dengan cara leburkan hati syaima dengan cara baik.bukan cara kotor itu terlalu bosan bagi saya. hati perempuan sekeras mana pun akan tercair di sebabkan lelaki juga satu hari nnti. itu yang saya mahu dan harapkan dalm e-novel kali.apa2 pun gudluck kak rehan. :)

    ReplyDelete
  19. kenapa syai macam ni?? tak suka lah pompuan yang tak tepis lelaki yang gatal nak pegang tangan tak muhrim!!

    lagi satu, time ayah yang sial tu mahu menasihat, dia suruh supaya syai hormat dua setan tu. tapi kalau budriz pula yang memberi nasihat, suruh pulak hormatkan ayah setan tu. heyyy??? wake up woman. you must be strong!!! jgn mudah ditolak sana sini. kau kena kuat!! lempang je si orang tu tak sedar diri tu!!dah nak mampos pun tu tak lama lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i also agree wif u..syai x tepis pon tangan budriz 2..tp mcm yg rm cakap, utk kisah yg mempuyai keburukkan di awalan cerita, akan kite temui seribu kekesalan dan kebaikkan pada akhirnya..
      means, may be syai sedikit jahil pada awal cerita dan akan berubah menjadi yg lebih baik pada msa akan datang..in real life pon, x semua manusia adalah baik..tp kite hendaklah berusaha untuk menjadi yg lebih baik pada masa hadapan..

      Delete
  20. haishh..ssh jg kalo idup pnh dgn dendam ni...mcm x tenang je idup...

    ReplyDelete
  21. eemmm..best sgt99xx..hehehehe....budriz ni pun..x mengalah langsung....

    ReplyDelete
  22. Kalau syai lari ke luar negeri, tak jadilah konflik keluarga ni.. cerita pun kurg best, mungkin.. :)

    ReplyDelete
  23. entah knapa dlm watak cter kali ni..
    sy x suka watak utama(syai)...hehe
    xkna ngn jiwa kot...hehehe
    sowie..
    sbb melampau sgt prgai dia...sy paham knapa ada org yg mcm ni..kenanga lalu mgkin lbih mykitkn kot
    -miss A-

    ReplyDelete
  24. Aduh.....jgnlah kena takap basah geram betullah dgn Budriz ni........

    ReplyDelete
  25. best nak lagi dh jadi ketagih pula dh tak sabar nk
    baca n3 baru....

    ReplyDelete
  26. kenapa selalu memperkatakan takdir ayah kahwin lain, allah memberi kita dugaan contoh dalam cerita ini isterinya sakit, dia bukan minta utk dapat sakit kanser,tapi ia adalah qada dan qadar, apalah salah si suami menahan nafsu utk berapa tahun sahaja, tak itupun dia kahwin lain bukannya ada zuriat, takkan masa isterinya sihat dia lakukan sesuka hati, bila sakit bye bye yang i cari yg lain, sayangi ibu kamu, sayangi ibukamu, sayangilah ibukamu baru sayang ayah kamu sabda SAW, kasih ibu penting, memang patutlah syai sakit hati,

    ReplyDelete
  27. yang salah ayah Shai...
    memang patut kalau dah tua
    Shai hantar ayah dia ke rumah orang tua2
    sebab masa tengah muda asyik fikirkan diri sendiri;
    lupa isteri yang sakit...

    setuju dengan seorang komentar, Syai nak lari
    larilah ke kutub utara ke mana ke..
    pasti Syukri, Budriz n mak usu tak dapat cari..

    ReplyDelete
  28. mmg wtak syai trllau kras ati...
    maybe sbb dia trlalu mndrta...
    dia cuba untk kraskn ati...
    agar pas ni x akn trluka lg..

    ReplyDelete
  29. terseksa jiwa tgk Syai...rapuhnya air mata seorang perempuan walau teganya dendam yang disemat dalam hati...

    ReplyDelete
  30. bukukan teruslah..tak sanggup nak tunggu hari2 nih..

    -sue-

    ReplyDelete
  31. berdebar2 bc citer ni.. makin lama bc, makin kesian kt syai..hati yg penuh dendam, tak tenang sebenarnye.. lg2 dgn kata2 cacian tu.. makin membuat hati dia terluka.. anyway..mmg best la RM.. chaiyokkk!!

    ReplyDelete
  32. next n3...makin menarik ni..:)

    ReplyDelete
  33. Saya rasa Syaima ni bukan anak ayah dia la. Betul tak?

    ReplyDelete
  34. saya yg tension bce STK nie!!!huhu =(

    ReplyDelete
  35. tetiba rase terpempan pulak sy bila bace komen2 yg kt atas2 ni.. menyokong tindakan shai kat ayah die.. Ayah tu kot.. Manusia kan selalu buat silap.. akan ada satu waktu die sedar kesilapan.. kita sebagai insan yg pernah teraniaya boleh pilih, sama ada nk biarkan dendam tu berterusan atau biarkan ia berlalu bersama kenangan.

    ReplyDelete
  36. hai pepun komen readers yg len.... sya ttp suppot Rehan. whatever, kta perlu menghargai idea org len walau jln citenya amat menyakitkan utk dibaca. cumanya sian kt syai. budriz... jgn lakukan sesuatu yg boleh mencemar keturunan kau n syai ya. syafriyana...

    ReplyDelete
  37. Rehan, dlm setiap karya seorang penulis perlu ada unsur didikan dan pengajaran yg dapat pembaca ambil iktibar walau macamana tepat sekalipun realiti yg digambarkan. Saya sgt berharap yg watak syai ini akan berubah tidak lama lg - moga lukanya terubat dan dendamnya terlerai dengan keikhlasan ayahnya yg benar2 kesal dgn khilaf dulu. Dia perlu mohon pada-Nya agar dorong hatinya utk bisa memaafkan..

    Saya sebenarnya cukup risau dgn komen2 sebahagian pembaca STK ini yg menyokong sikap seorang anak yg begitu sekali biadapnya terhadap seorang ayah, seolah-olah dlm budaya kita nilai hormat kpd ibu bapa sudah hilang sedangkan ini adalah tuntutan agama. Pembaca yg tidak matang mencerna mesej yg ingin disampaikan oleh penulis akan terburu-buru membuat kesimpulan yg silap.

    Bak kata penulis, kisah ini masih panjang. Ada hikmah yg kita pembaca harus sabar nantikan di penghujung kisah ini. Moga kita dapat mendidik dan terdidik menggunakan akal dlm mengawal emosi ketika membaca kisah yg sgt sarat dgn emosi ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang bebas memberikan komen,
      ada yang berpandukan kepada cerita yang ditulis
      ada komen berdasarkan kejadian yang berlaku
      ke atas diri dan mereka yang paling hampir..

      orang kata kemaafan adalah dendam yang terindah
      tapi untuk mencapai keindahan itu mengambil waktu
      yang panjang (tengok kelukaan di tahap mana...)

      sebagai seorang penulis, saya rasa RM tahu apa yang ditulis, finalnya pasti ada sesuatu yang baik
      yang boleh dijadikan tauladan untuk pembaca

      Delete
  38. syaii mmg trlalu kers hati..tp 2 bukn slh dy.
    tp sekeras mne pom syaii msti budrizdptlembut kn hati syaii. .rase2 ape yg akn myebbkn syaii syg ayah di blik..huhu xsabr nk tgu utk yg seterusnye...

    ReplyDelete
  39. sejahat mner pon ayah mu, sekejam mner pon ibu mu, mereka tetaplah manusia2 yg bertggungjwab mewujudkan kehadiran mu di atas muka bumi ini di smping tiupan roh oleh Allah. semarah dan sedendam mner pon dirimu pd ayah or ibumu, tggjawab mu sbg seorg anak utk ttp menghormati, mendoakan, menyenangkan hati mereka ttp tidak terlepas dr beban mu. hal buruk ibu ayah mu biarkanlah mnjadi urusan di antara mereka dan Allah di akhirat kelak. yg ptg, perintah Allah kita laksanakan walopon dgn hati yg perit menahan rasa. ssghnya Tuhanmu tidak akan mengujimu lebih dr kemampuan mu n kalu bersedih, Tuhan kan ada. Jgn pernah rs sepi sbb Tuhan xpernah tgglkn kamu dikala suka duka melainkan kamu yg mndtgi-Nya dikala saat duka shj. ^_^v heee

    ReplyDelete
  40. abislah syaima. aura keseraman dah mai dah

    ReplyDelete
  41. rasa lawak pulak bila teringat diri ni pun terikut emo masa baca novel ni :)

    ReplyDelete
  42. Sedang bersedih seakan terbawa perasaan Syai...di dalam diri.

    ReplyDelete
  43. nk lg plssssssssssssss

    cik penulis mmg terbaekkkk
    hari-hari update
    :wink

    ReplyDelete
  44. dah byk rakan2 diatas komen apa saya nak ckp dan saya tak tau nak cakap apa... bolehkah? haha

    ReplyDelete
  45. X tahu nak marah siapa???.... rasanya kerana DENDAM seorang boleh buat apa saja kan??? ... Syai cuba dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan membaca Al-Quaran semoga penyakit hati yang sakit boleh diubati sedikit-sedikit... INSYALLAH

    ReplyDelete
  46. aduhh..tensen bca ..apasal semuapun hati batu..xnk mengalah...

    syai pun nape lah keras hati sgt..

    yg lain tu xfaham2 bahse jg...



    ::TR::

    ReplyDelete
  47. bg yg tdak duduk d'tmpat syai mngkin akn kta cik penlis buat wtak syai bgitu kjam n kurng ajar.sy ada ksah nk dikongsi....msa sklah dulu sy ada kwan..nk knalkan sbagai I sja.I ni seorang yg cool n klkar.dia keja wat part time lpas blik sekolah kekonon nk brdkari n dah terbiasa pegang duit dri kcik...n kami sesama kenkawan bleh trima dia pnya alasan...n lpas STPM mngkin rezeki sy dgn I dpat krja kt 1 kdai yg sm smntara nk tngu rsult...msa ni kisah hdup dia sy thu sdkit dmi sdkit,,,,air mta ni x hnti nk kluar msa dgr crta kisah hidup dia..lngsung x sngka zaman moden ni masih ada mak tiri yg kejam,
    lpas mak dia mnggal yah dia kwin lain msa 2 dia kcik lg..n mak tri dia asyik hntam dia ja...umur dia 7 thun dia dah kena msak.n dia kta dia x prnah bepluang nk brmain mcm bdak lain..ayh lbih prcyakan mak tiri dri dia...
    umur 15 thun dia kna halau dri rumah...mngkin niat ayah dia nk mngajar kekonon dia ni kurang ajar bila dia mnjawab kta mak n ayah dia sebab dah x than...(mak tiri dia kta mak kandung I perempuan sial sebab 2 lahirkan anak pun sial jugak)tp kt ayah I mak tiri bagi tahu crita lain...kekonon I ni pukul adik dia sebab cemburu ayah dia belikan laptop..
    Tp dia tekatkan hati dia keluar sungguh dri rumah tu.. dlm umur 15 thun dia bekerja n menyewa bilik...ayah dia lngsung x pernah nk pjuk n ambik thu pasal dia..
    smpailah umur dia 19 thun dia hdup dlm dndam..sgala apa yg prnah ayah n mak tiri dia buat dia halusi setiap 1 persatu....bkan stakat deraan emosi dia jgak kna deraan fizikal...kalau korang tngok parut di badan dia korang msti rasa nk mraung...byk gila parut..
    tp kwan sy x lah sekejam syai.1 hari 2 msa tngah keja ada jiran ayah dia yg tpon gtau ayah dia sakit... sungguh hti seorang anak juga rapuh..dia prgi mlawat ayah dia...hri2 dia prgi n msakkan sup ayam sebab dia kta ayah dia dulu2 suka makan sup tu kalau dia masak..
    sbulan lpas tu kmi dpat result STPM...dia antara yg dpat result cmerlang dgn khidupan dia yg kacau bilau tu...
    mngkin ada kesedaran dlm diri ayah dia.. ptg lpas result kluar kmi krja mcam biasa ayah dia dtg kat tmpat keja... sy ingat lgi kta ayah dia..
    "kakak bila nak balik rumah kita?? tak kesian kt ayah ka??ayah tau ayah byk buat salah tp ayah sayang kakak...x pernah terniat nk buat kkak mcm tu dulu." lbih krang mcm 2 lah ayat ayah dia...byk lg lah yg ayah dia kta...
    nak tau apa dia kata??? "slama ni kakak x prnah slahkan ayah...wlau apa yg jd kakak x pernah nak lupakan ayah....tp 1 kakak harap...ayah berdoa jgn bgi kakak dapat U dkat blah sabah sarawak...kalau dapat demi Allah kakak x kan prnah pijak tnah semenanjung dah lpas ni..."
    msa 2 sy sgtlah trperanjat...sbab tahu dia bkanlah seorng yg berdendam...masa 2 ayah dia memang nmpak down.laps ayah dia balik dia pluk sy n meraung.dia kta cukuplah smpai kat sini saja...dia takut nti dia lngsung x boleh maafkan ayah dia..(masa 2 entah mngapa trlintas 1 perkataan dlm fikiran saya...baru padan muka ayah hang) sbb sy yg hnya mnjadi pndegar trut terluka apatah lg hati I yg sememangnya telah hancur...
    Sebab tu bila Rehan buat cerita mcm ni otk sy masih boleh terima,,,kerana memang ada sungguh hti yg terluka yg x kan boleh sembuh dgn hnya ucapan maaf...
    berbalik pda kisah sy..rsult utk U kluar & mungkin Allah ada percaturan yg terbaik utk umatnya I dapat UNIMAS...sy tnya I betul ke lpas ni kau x nak balik semenanjung.dia hanya menganguk dgn senyuman yg x lekang dri bibir.snyuman prtama yg sy lihat ikhlas tnpa di paksa..dia bagaikan burung yg lpas bebas...
    hri dia nak prgi UNIMAS sy tlong hantar kt airport... n masa tu ayh dia dtg...sy thu pnysalan sntiasa ada dlm hati ayah I...tp syg pnysalan 2 bagaikan x berguna sebab hati sahabat sy tu dah hancur lumat.dia masih mampu tersenyum kt ayah dia..n sebelum prgi dia pluk ayah dia erat.lpas tu dia pluk sy n cakap 'jgn jd mcm aku'.tp smpai skarang sy x fham apa maksud kta2 tu...
    sekarang ni dah 7 thun dia kat sana n memang selama 2 dia lngsung x pernah balik sini.
    sy brdoa agar hti dia mampu memafkan ayah dia dgn ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa jadi ngan mak tiri dia?

      Delete
    2. x psti....sbb ayh dia pjuk 2 stakat pjuk jela....mak tiri dia 2 ttp pujaan hti ayah dia... dia ada luah kt ayah dia psal mk tiri dia tp ayah dia ckap...mama 2 marah kakak tanda syg...syg la sngt kan????

      Delete
    3. erk..yeke..adeii.. sian dia.harap dia terus tabah..kita sama2 doakan dia..akan ada yg terbaek buat dia..insyaAllah

      Delete
  48. keep it up....sy suka tulisan awak...

    ReplyDelete
  49. cerita best. tak sabar nak baca seterusnya ..

    ReplyDelete
  50. Susah nak jumpa suami yg boleh jaga isteri ketika sakit... tp isteri jaga suami sakit ramai......kepa ye....

    ReplyDelete
  51. Dia pnye ayat mengrlegak rasa dada ni...geramnye dkt diaorg ni...syai jadi mcm tu x bleh salahkn dia...harap allah lembutkan hati syai...syai bila kita maafkan org walau sebesar mana pun ksalahan dia...hati kita akan tenang walau kita x bleh nk rapat dgn dia...hidup dalam dendam jiwa x tenteram

    ReplyDelete
  52. wahh....komen pun boleh buat nvl dh nih..
    erk.....bg sy....it just a story lh..cuma cara rm yg buat pembaca terbawa2 kealam realiti..
    tp moral of the story hingga bab ini..kita perlu hormati org tua kita...ayah,ibu tiri,abg tiri...semua itu keluarga kita..pokok pangkalnya..hati syai sudah jd hitam..dan jika dialam realiti ia sudah sgt terpesong.....dendam adalah salah satu cara yg iblis mendatangi manusia(4 arah yg diucapkan iblis didepan allah semasa iblis dihalau dr syurga).....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak... Ibu tiri, abang tiri, kakak tiri, bapak tiri sekalipun takkan pernah akan menjadi keluarga kita. Mereka takkan pernah ada pertalian darah walaupun mereka berjumpa doktor untuk membuat mereka ada pertalian darah dengan kita sekalipun. Sebab itu takkan pernah terjadi. Kalaulah aku berada di tempat syaima, aku belasah kasi mati je tiga orang puaka tu!!!

      Delete
  53. syai kene reda. lepaskan smuenya...

    ReplyDelete