Thursday, May 24, 2012

Suami Tak Kuhadap 9

BAB 9

AKU diam sendiri di laman belakang. Duduk di atas bangku kayu dan bersandar pada dinding. Dalam fikiran ini, aku mencerna banyak perkara. Bersoal jawab dengan diri sendiri, mengapa aku terlalu kejam dengan manusia lain apatah lagi dengan diri sendiri.


Tidak pernah sekali pun aku melekakan solat. Tak pernah sekali aku abaikan puasa. Cuma rambut ini masih tidak bertutup dengan baik. Namun, mengapa bahagia itu kian menjauh dan terus menjauh dariku.

Membiarkan aku tercampak sendiri di dalam dunia yang gelap tanpa sedikti cahaya pun. Kelam tanpa mampu aku mencari arah tujuan yang benar. Bila aku berpaling, seakan-akan tiada pangkal jalan buatku. Lantas kaki ini dipujuk hati untuk terus melangkah dalam kegelapan hidupku yang kian menyakitkan.

Ya Allah, ada benar hati ini mati? Adakah benar aku tidak layak untuk bahagia? Aku tahan airmata dari merembes ke pipi. Sepinya waktu petang-petang begini membuatkan aku teringat akan arwah ibu.

Sejak beberapa hari sudah, ayah sekeluarga masih bersanggah di sini. Tidak tahu mengapa ayah masih tidak mahu meninggalkanku sendiri biarpun aku berkali-kali meminta. Bila aku berkata mahu angkat kaki saja, dia keras melarang. Aku pula terpasung kala teringatkan kenangan arwah di dalam rumah ini.

Hanya Budriz yang keluar masuk dari rumah. Ke pejabat dan pulang pada petangnya. Setelah peristiwa kami bertekak dua malam sudah, kami langsung tidak bertegur sapa lagi. aku juga tidak sedikit pun menjengah ke luar andai dia ada. Hampir rabak kelopak mataku melihat kemesraan mereka.

Langit yang agak kelam aku pandang lama. Rasanya, Budriz masih belum pulang dari pejabat. Ayah dan Mak Usu tentulah ada di depan. Bergurau senda, bertutur kata penuh mesra. Lama-lama aku pejam mata rapat-rapat cuba menghalau kemesraan mereka di mataku.

Sedihnya hati kerana aku tidak mampu meraih kasih sayang ayah kala dulu. Kala kau mahu dipeluk, dipujuk, dimanjakan dan mahu dia ada bersamaku setiap masa seperti anak-anak yang lain.

Kasih ibu juga terhad bila ibu sakit. Dia senyum saja sepanjang masa namun aku tahu, hati dan jiwanya menderita. Hingga akhirnya, dia tetap senyum. Sebelum nafasnya berakhir, dia juga tersenyum dan membelai pipiku lembut. Meninggalkan amanat yang aku sendiri tak mampu jalani.

“Syai dah besar. Ibu dah tak lama dah. Syai jangan kesal dengan takdir hidup Syai. Hati Syai ni… haruslah kuat dan lembut menerima segalanya. Kudrat tak di tangan kita, nak. Namun, bila Allah jatuhkan beban di bahu seseorang hamba itu, beban itu adalah sesuai dengan kekuatan kita untuk menanggungnya,” pesan ibu kala itu.

“Ibu tahu Syai tabah dan kuat tapi jangan sampai kekuatan dan ketabahan itu bertukar jadi benci dan dendam dalam diri Syai. Doakan ibu sentiasa, nak. Dan ketahuilah, ibu sentiasa memaafkan,” ucap dia lagi dengan nafas yang semakin tertahan-tahan.

Aku angguk paksa dan memejamkan mataku rapat-rapat membiarkan airmata ini berderaian kala itu.

Budriz ada di sisi kala itu. Dia memeluk bahuku kala itu namun, aku tak mampu merasakan belas dari dia. Yang aku rasakan, sindiran dan sinis semata-mata. Semakin laju airmataku mengalir, semakin tebal sakit di hati.

“Ayah, ibu sakit ni…” Aku menyeru ayah tanpa sedar kala itu dan berharap agar bila aku buka mata, ayah ada di sisi kami di saat-saat genting begini.

Namun sayang, bila aku buka mata, hanya wajah tenang ibu yang sudah terpejam rapat matanya. Wajah bersih itu tersenyum namun dapat ku rasakan, tiada lagi denyutan nadinya. Tiada lagi helaan nafas lelahnya dan tahulah aku, Allah lebih menyayangi ibu tapi sayang, bila pemergiaan ibu memberi satu impak yang bermula dengan dendam di hati.

Penuh kebencian, penuh luka. Mereka tidak tahu. Mereka tidak laluinya. Hanya aku yang tahu, hanya aku yang merasa. Mereka memandang namun aku menggalas beban. Mereka minta aku bertahan tapi mereka tidak tahu, aku rebah jatuh ke tanah dan bangkit semula dengan jasad tanpa jiwa dan rasa.

“Ibu…,” gumamku sendiri bersama nafas yang ku hela panjang.

“Syai…”

Aku tersentak. Baru saja aku menyeru ibu, aku terasa ada suara yang memanggilku dan bila aku berpaling, ternyata bonda Budriz sedang melabuhkan duduk di sisiku. Agak menjauh di hujung bangku panjang ini.

“Syai tak makan dari semalam lagi. Mari kita minum petang,” ajak dia lembut.

Wajah itu langsung tidak kupandang. Kata-katanya aku biarkan saja berlalu di angin lalu yang kian berhembus garang bersama awan hitam yang mula berarak.

“Syai… mari kita makan,” ajak dia lagi bila aku kaku.

“Syai tak lapar!”

“Mana boleh tak lapar? Bonda tengok Syai tak makan dari semalam. Sejak bonda sampai sini, Syai tak jenguk ke dapur pun bila bonda ajak makan. Nanti Syai tak sihat.”

“Syai tak suruh Mak Usu pujuk Syai makan. Tak suruh ajak Syai makan dan tak suruh datang sini. Jadi, tolonglah jangan kacau hidup Syai. Baliklah!” marahku tiba-tiba.

Mak Usu nampak terkedu. Tapi, cepat-cepat dia tarik senyuman di bibirnya.

“Bonda sayang Syai. Bonda risau akan kesihatan Syai kalau macam ni. Syai kena makan untuk terus hidup…”

Aku bangkit pantas. “Hidup untuk hadap wajah-wajah yang menyakitkan hati Syai? Hidup untuk bertahan dari semua kesakitan ni? Hidup untuk biarkan mata ini mengalir darah melihatkan keluarga bahagia ni?” cantasku kuat.

Wajah Mak Usu gamam lagi. senyumannya mati begitu saja. Dia nampak kelu dan terketar-ketar menghadapi aku.

“Syai dah lama didik diri Syai hidup macam ni setelah Mak Usu rampas ayah dari ibu. Tak terdetik ke di hati Mak Usu akan kehidupan kami yang mendambakan ayah waktu tu? Tak kasihankah Mak Usu akan Syai masa tu? Kenapa ayah tak pernah pulang pada kami setelah dia pergi pada Mak Usu? Kenapa ayah lebih pentingkan Budriz dan Mak Usu daripada Syai dan ibu? Kenapa Mak Usu rampas ayah dan hari ni, Mak Usu nak katakan risau?” Aku menyoal keras biarpun jelas suaraku dibalut sebak.

“Bonda… bon…”

“Syai bukan anak Mak Usu sampaikan Mak Usu nak biasakan diri bonda!” larangku sekali lagi mencantas kata-katanya.

“Bonda sayangkan Syai macam anak sendiri. Sebab tu bonda nak Syai panggil bonda. Bukan Mak Usu dan terus menjarakkan hubungan kita, nak.”

“Hubungan yang tak pernah wujud ni? Hubungan apa yang Mak Usu maksudkan?”
Dia mengeluh berat.

“Syai pandang bonda dengan penuh benci. Macam mana Syai nak rasa hubungan hati ni, Syai. Bonda benar-benar sayangkan Syai. Bonda hanya ada Budriz dan Syai je anak bonda. Maafkan bonda sebab dah buat Syai bersedih dari dulu, tapi bonda tak sengaja Syai. Bonda memang tak sengaja nak buat arwah macam tu,” rayu dia lirih.

Airmatanya mula menari-nari di tubir mata yang agak berkedut itu. Tidak lama setelah itu, mengalir laju namun langsung tidak memberi kesan di hatiku. Hati dan jiwa ini membeku dan terus kaku. Bagaikan airmata itu titisan salji yang jatuh ke hatiku. Namun tidak cair malah semakin mengeras.

Bibirku mengukir senyuman sinis. Wajah sedih Mak Usu Jalina aku pandang semahuku. Nampak benar bening mata itu sedih dan lirih namun aku tidak sedikit pun nampak akan kasih sayang dalam matanya yang kian pudar pandangannya atau sememangnya hati aku tertutup sudah dengan kecelaan hingga buta segalanya.

“Sengaja aku tidak, waktu tak akan berlalu lagi, kan? Ibu pergi sebab takdir. Memang takdir. Tapi, mana ayah masa tu? Mana ayah kala Syai perlukan bahu dia? Mana ayah masa Syai bersusah payah ke hulu ke hilir uruskan pengebumian arwah ibu?” Soalanku terhenti ditelan esak halus.

Airmata yang meniti di birai mata kuseka kasar dengan hujung jari. Berbicara tentang ibu, sentiasa membuatkan aku tewas. Bibirku bergetar hebat. Aku ketapnya kuat menghalau rasa sebak ini.

“Ayah tak ada, kan? Sebab Budriz kemalangan masa tu. Bila ayah kembali, jasad ibu dah selamat kami uruskan,” sambungku setelah seketika.

“Tapi, ayah dah berkata kesal masa tu, kan?” Entah dari mana, ayah muncul di depanku pula. Berdiri tegak di sebelah Mak Usu.
Aku mencemik dalam senyuman tangisku.

“Memang ayah kembali. Tapi, ayah kembali kala Syai dah tak perlukan ayah lagi. ayah kembali kala ibu pun dah pergi. Ayah kembali meminta maaf tapi Syai tak mampu memujuk hati untuk memaafkan,” jawabku agak sopan.

“Kalau arwah ibu Syai masih hidup, dia tentu dah maafkan kami,” sambung ayah lagi penuh yakin.

Tentulah begitu. Bisik hatiku kerana ibu wanita mulia. Mulia merelakan ayah biarpun memaksa dirinya rela. Mulia memaafkan ayah dan semua kala saat hembusan akhir nafasnya.

“Dan Syai bukan ibu untuk memaafkan orang sekejam kalian!” gumamku keras.

“Kalau kerana ayah datang sini Syai marah, ayah tak mampu nak tinggalkan Syai sendiri. Ayah tak nak Syai terus hanyut dalam dunia gelap Syai tu. Ayah nak bawa Syai kembali bernyawa dengan tenang. Bukan macam ni, nak?” pujuk ayah seketika kemudian.

“Syai dah lam tiada nyawa. Agaknya ayah dah lupa. Pernah tersisa nafas ni, ayah. Tapi, dalam sepuluh tahun lalu, langsung tiada berbaki. Ini rumah ayah dan ayah berhak apa saja pada rumah ni. Sebelum ayah halau Syai, Syai akan keluar,” beritahuku lagi dan aku terus berlalu dari situ.

Baru saja aku hendak masuk ke dalam rumah, tubuhku ditahan oleh Budriz. Wajahnya nampak penat. Dia yang sedang melonggarkan tali lehernya, memandangku dengan renungan yang sukar untuk aku ertikan maksudnya.

“Syai nak pergi mana lagi? Abang yang ajak ayah dan bonda tinggal kat sini. Ayah tak nak sebab ayah kata dah janji dengan Syai. Dan bonda juga tak nak sebab dia takut Syai bertambah benci pada kami. Tapi dalam pada tu, bonda setuju sebab dia memang nak jaga Syai mulai sekarang. Abang yang paksa ayah dan bonda. Abang memang niat nak duduk kat sini. Sebagai satu keluarga dengan Syai,” akui dia padaku.

Aku senyum sinis. “Tak ada makna pada kau lagi Budriz. Aku tahu hakikat pun, hakikat yang keluar dari bibir kau bagaikan palsu. Memang dusta, kan? Simpan kata-kata kau di sebalik lidah tu. Jangan sampai hilang tak terkata lagi,” pesanku tenang.

Budriz ketap bibirnya yang merah sensual itu. Mata itu redup dan semakin redup. Redup dalam ketajaman renungannya. Tiada kemesraan dan aku dapat rasakan itu.

“Jangan salahkan ayah Syai. Tolong…” Dia merayuku tapi aku menggeleng pantas.

“Aku tak salahkan dia sorang, Budriz. Tapi, aku salahkan korang semua!” sindirku dan bila aku hendak berlalu, dia menarik bahuku membuatkan langkah terhenti ke sekian kalinya.

“Syai jangan pergi. Jangan tinggalkan rumah ni. Jangan buat abang ikat Syai sampai Syai mati!” pesannya berbaur ugutan.

“Oh, nak ikat aku? Nak ikat dekat tiang rumah? Tiang porch? Atau pagar? Atau pokok tepi jalan sana?” Aku menyoal kembali tanpa mengerti akan apa yang dia maksudkan.

“Jangan cabar abang!” tekannya lagi.

“Kalau aku cabar? Kau tercabar ke?” AKu jungkit kening.

“Heh, tak ada siapa mampu halang langkah aku Budriz. Apatah lagi jantan lemah macam kau ni. Duduklah dengan keluarga bahagia kau ni. Aku tak pernah hadap!”

Aku memuntahkan kata-kata kesat buatnya lalu menarik tubuhku menjauh dan terus aku panjat anak tangga menuju ke bilik.

***

BEG yang sedia terisi pakaian itu aku pandang lama. Baru beberapa ketika aku kembali kepada kenangan arwah ibu, kini aku perlu membawa diriku sekali lagi dan kali ini, akan kupastikan tanpa jejak lagi biarpun hanya kebetulan.

Lewat malam itu aku bersiap bila aku yakin, semuanya sudah terlena. Agak lemah tubuh tanpa makanan selama dua hari ini. Sekadar meneguk segelas dua air putih kala dahaga saja. Langkah juga agak longlai kini.

Bagasi sederhana besar itu aku seret cermat. Bimbang mengeluarkan bunyi bising sedangkan aku tidak mahu mereka tahu akan kehilanganku kali ini. Kala aku menuruni anak tangga, langkahku terhenti di tengah-tengahnya. Kepala aku pusing dan memandang tepat ke pintu bilik yang pernah dihuni oleh ayah dan arwah ibu.

Hari ini, ayah juga ada di dalam bilik itu namun bukan bersama arwah ibu tapi bersama orang lain. Bersama wanita perampas. Hampir saja aku menitiskan airmata lagi lantas cepat-cepat aku melangkah turun.

Bila aku melalui bilik yang menempatkan Budriz, aku terhenti sekali lagi di tengah-tengah ruang. Aku pandang lama bagaikan memandang wajah tampan itu di depan mataku.
Kenapa aku tak mampu menerima kasih sayang kamu, Budriz? Entah mengapa, aku tak pernah rasakan kasih sayang seorang abang buat adiknya daripadamu. Tak pernah aku dijentik oleh kasih seorang abang pada adiknya.

Kasihmu itu palsu di mataku. Kasihmu itu pemusnah segalanya sejak dulu dan kini juga, Budriz kerana derita di hati mendidik sehinggakan aku bersikap kejam begini. Hati ini berkata lirih dan aku terus menapak laju menuju ke arah pintu utama.

Namun, belum sempat aku menarik tombol pintu, tubuhku dipaut kasar dari belakang. Lantas aku terdorong sama diheret dengan mulut yang ditekup tanpa aku mampu menjerit.

“Kau kenapa ni, Budriz?” tanyaku membentak pelukannya bila dia sudah berjaya mengheret aku ke dalam bilik yang dihuninya.

Bila pelukan itu terlepas, dia menutup pintu biliknya membawa kami sama-sama terkurung di dalam bilik yang sama di dalam kesamaran lampu tidur yang agak malap.

“Budriz, kau kenapa?” tanya aku sedikit berbisik. Tidak mahu mengejutkan ayah dan Mak Usu dan pada menahan hati yang marah.

“Syai cabar abang, kan? Syai kata abang lemah, kan? Syai nak sangat keluar dari rumah ni biarpun abang nak kita hidup dalam keluarga, kan?” tanya dia sambil menapak mendekat padaku.

Aku juga berundur setapak bila melihatkan wajah Budriz sudah lain macam waktu ini. Nampak pelik membuatkan aku mengerutkan dahi.

“Aku nak pergi sebab kau suka ganggu aku!”

“Kami cuba dekat dengan Syai supaya Syai tak terus hanyut macam ni. Macam ayah cakap. Macam bonda cakap. Tapi, Syai tak nak bagi peluang pada kami,” sela dia semakin dekat dan mendekat.

“Peluang tu adalah dengan biarkan aku hidup sendiri!” bantahku terus.

“Peluang untuk buat Syai terus dibalut kisah silam yang bakal menghancurkan hati dan jiwa Syai? Macam tu?” sindir dia.

Aku ketap bibir. “Hidup dan masa depan aku adalah hak aku!”

“Hak abang jugak!” sela dia pantas.

“Kau tak pernah ada hak ke atas aku, Budriz! Kau tu bukan sesiapa pada aku!”

“Abang akan adakan hak abang ke atas Syai dan abang akan jadikan diri abang seseorang dalam hidup Syai,” ucap dia separuh berbisik.

“Jangan har…” Belum sempat aku membantah, dia menolak bahuku sedikit dan tubuh yang sedia tiada tenaga ini mudah saja rebah di atas katil bujang itu.

“Kau ni kenapa, Budriz? Dah gila gamaknya?” tempikku kuat. Samar-samar saja di mataku, bibir itu menguntum senyum. Senyuman yang penuh bermakna.

Dia merendahkan tubuhnya rapat padaku. Belum sempat aku bangkit, dia menolak lagi dan membawa tubuhnya dekat padaku namun tidaklah menyentuh kulit ini. Bila aku menolak, dia mengelak sedikit dan tetap keras membatu menghalang aku dari bangkit.

“Syai kata kita bukan adik beradik, kan?” tanya dia berbisik.

“Dan jauh sekali ada hubungan darah. Kalau kata Syai tak boleh nak jadi adik abang, apa kata kalau Syai jadi isteri abang?” tanya Budriz lembut menggoda. Matanya melahap wajahku tanpa beralih sedikit pun.

“Kau jangan buat gila la, Budriz. Kau jangan ingat aku sudi nak…” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, daun pintu ditolak dari luar.

Aku tolak tubuh Budriz bila dia berpaling pada pintu dan belum sempat aku turun dari katil, dia menarik aku ke dalam pelukannya. Rapat ke dadanya membawa aku berada tepat di atas tubuh sasa itu.

Betapa aku cuba meleraikan pelukan, semakin kemas pula Budriz memelukku. Terlalu erat hinggakan tiada ruang untuk aku melepaskan diri.

“Apa kamu berdua buat ni, Syai?” tanya ayah dengan suara yang meninggi. Lampu kini sudah terang benderang. Wajah ayah dan Mak Usu tersembul di muka pintu dengan raut yang merah padam.

“Kamu berdua buat apa ni, Budriz?” ulang Mak Usu pula.

Aku kaget bila tubuhku masih rapat menghimpit dada sasa Budriz. Rasa menebal kulit wajah bila tertangkap dalam keadaan begitu aib dengan anak tiri ayahku. Lebih haru bila Budriz hanya memakai seluar pendek sahaja.

Dia menolak tubuhku dan turut bangkit, duduk di birai katil dengan memaut bahuku erat.

“Kami… err…” Suara Budriz gagap tapi rasanya itu lakonan semata-mata.

Mataku membulat. Hendak ku tarik lenganku dari pegangannya, dia lebih kuat menarik. Merapatkan semula bahu antara kami.

“Syai tak salah, ayah!” ujarku keras lalu aku tolak tangan Budriz tapi lebih pantas dia paut pinggangku pula memaksa aku duduk di sisinya.

“Kau ni kenapa, hah? Kau sengaja nak perangkap aku, kan?” tempikku kuat. Dia pandang wajahku lama.

“Kenapa Syai cakap macam tu? Bila dah tertangkap macam ni, Syai nak salahkan abang pulak? Syai dan abang saling nak macam ni, kan? Kata cinta, bila dah jadi macam ni, Syai nak salahkan abang sorang?”

Airmataku sudah hampir menitis mendengarkan nista dari bibir Budriz. Dapat ku kesan sinar mata yang jelas tersenyum meraikan kemenangan. Kami bangkit dan masing-masing bercekak pinggang.

“Betul apa yang Budriz cakap tu, Syaima?” tanya ayah dengan nada yang marah. Aku tahu dia tidak akan memilih untuk mempercayaiku.

“Tak ayah,” bantahku.

“Dia sengaja nak kenakan Syai!”

Kali ini, aku benar-benar berharap yang ayah mempercayaiku. Tubuh tua ayah aku dekati dan tatkala aku mahu raih tangannya, jemari tua itu terlebih dahulu singgah di pipiku.

Kali ini, lebih pedih dari dulu. Lebih kuat hingga menyebabkan aku jatuh tersungkur di kaki Budriz. Bila tangan sasa jantan keparat itu ingin mengangkatku, aku terlebih dahulu menepis.

Dengan kudrat yang ada, aku bangkit jua. Bangkit merenung mata ayah. Mencari simpati di sebaliknya andai masih berbaki. Tapi sayang, bila ayah memandangku penuh amaran.

“Macam mana ayah nak percayakan kamu kalau kamu tu memang keras hati? Tapi ayah lupa, kamu perempuan, ada naluri dan kehendak dan memang rupanya kamu memang dengan Budriz dan kamu pulak Budriz, patutlah beria ajak ayah datang ke sini. Cakap Syai mungkin tak sihat dan kita kena dekatkan diri dengan dia supaya dia tak sunyi. Rupanya kamu dengan Syaima selama ni.”

Ayah mula membuat simpulan sendiri. Simpulan palsu yang telah membelit aku. Bakal terbelit selamanya andai ayah menjatuhkan hukuman.

“Tak, ayah. Ini semua….”

“Kau diam Nur Syaima.” Tepat ke wajahku ayah meluruskan jari telunjuknya.

“Ayah tak pelik kalau Budriz yang curi-curi masuk bilik kamu, tapi ni kamu… Ayah tak sangka yang kamu sanggup buta macam ni.”

Ayah menggeleng dan kali ini, aku pasti tertewas bila ayah langsung tidak mahu mendengar penjelasanku.

“Kenapa kamu mesti nak hilang pedoman macam ni, Syaima? Kalau kata benci sangat dengan ayah, jangan hukum ayah dengan cara macam ni. Berdosa besar macam ni, nak. Mana ajaran yang arwah ibu kamuselama ni? Kalau kata kamu nak berlaki sangat, kamu cakap pada ayah yang kamu nak Budriz ni. Ni tidak, kamu maki, hina dia beria-ia tapi sudahnya ayah jumpa kamu dengan dia buat maksiat dalam rumah ni pulak,” herdik ayah lagi.

Aku ketap bibir. Sisi wajah Budriz aku panjang lama. Perlahan-lahan aku menapak dekat padanya. Membawa tubuhku menghadap tubuhnya dan menghalang sedikit pandangan ayah dan Mak Usu.

“Baik kau cakap hal sebenarnya, Budriz. Kau jangan buat hidup aku jadi macam neraka, syaitan!” gumamku.

“Kan abang dah cakap petang tadi, abang akan ikat Syai. Bukan dekat tiang rumah, tiang porch, pagar atau pokok. Tapi, pada diri abang. Hati dan jiwa abang, Syai. Menjadikan kita jasad kita bersatu. Biarpun punyai dua jasad berbeza, tapi kita akan jadi satu nyawa. Satu jiwa dan hati,” jawabnya keras namun masih tersembunyi kelembutan dan keresahan pada hujung suaranya.

“Nikahkan kami, ayah… bonda!” pinta Budriz tiba-tiba.

Aku melopong. Terkejut tak terkata dengan permintaannya yang tidak munasabah itu.

“Kau…” Suaraku mati.

Syed Ahmad Budriz lebih pantas meletakkan jari telunjuknya tepat ke bibirku. Kemudian, bahuku dipegang erat dengan kedua belah tangannya.

“Abang akan bertanggungjawab atas apa yang abang buat pada Syai. Sebelum perut ni berisi, lebih baik kita halalkan hubungan kita,” ujarnya padaku dengan lancar. Wajahnya tenang.

Mak Usu mula menangis. Ayah sudah hampir terduduk ke lantai. Dia menggeleng kesal.

“Apa yang kamu berdua dah buat ni, Syaima?” tanya ayah dengan keluhan yang maha berat.

Menyebut namaku bagaikan akulah pesalah dan semestinya memang aku. Bukan Syed Ahmad Budriz.
Kali ini, aku membentak pegangan Budriz lalu aku seret lutut aku menghampiri ayah. Mohon simpati dari darah daging sendiri.

“Kenapa ayah sejak dari dulu lagi tak nak dengar cakap Syai? Kenapa dari dulu ayah selalu pinggirkan Syai? Kenapa mesti nak lebihkan bukan darah daging ayah? Kenapa mesti nak jatuhkan hukuman pada Syai sebelum ayat siasat dulu?” tanyaku penuh lirih.

“Syai benci dia. Syai sentiasa bencikan dia. Mana mungkin Syai serahkan tubuh Syai pada dia, ayah? Tak kan ayah tak mampu menilai?”

Suaraku tertahan-tahan dek sebak. Rasa sesak nafasku. Entah mengapa kali ini, ada rasa pilu yang hadir. Andai dulu kurasakan hati ini mati daripada segala rasa tapi hari ini, masih ada sisa nafas di dalam relung hati hinggakan air mataku laju menitis. Memaut kaki ayah agar tidak terburu-buru membuat keputusan.

“Ayah dah nampak sendiri, Syai. Apa lagi yang ayah tak patut percaya? Syai jangan tanya soalan tu. Sekarang ni bukan soal ayah tapi soal kamu dengan Budriz tu. Kalau kamu mengandung, kamu nak ke usung perut kamu tu tanpa hubungan halal?”

AKu terkedu kali ini diherdik ayah.

“Kamu berdua nikah jelah secepat mungkin. Biar ayah uruskan. Lagipun, kamu berdua sah untuk bernikah. Ayah tak nak kamu orang berdua terus buat dosa sedangkan kamu orang boleh halalkan pergaulan kamu tu,” ujar ayah dengan suara yang lemah.

“Syai ikut jelah cadangan ayah ni, ya nak? Budriz pun dah setuju tu?” pujuk Mak Usu pula bersama tangan yang sudah mendarat di belakangku. Mengusap lembut sebagai mana seorang ibu lakukan pada anaknya.

Tatkala ini, aku benar-benar merindui arwah ibu. Rindu yang terlalu sarat tanpa mampu aku bendung lagi hinggakan aku sudah teresak-esak cuba menerima arahan ayah.

“Syai terima, ya nak?” pujuk dia lagi.

“Kau jangan nak tunjuk baik dengan aku,” bentakku keras bila tersedar yang wanita yang sedang membelaiku ini bukan ibu.

Dia perampas kasih sayang ayah dari kami dan kini anak lelaki pula sedang menjahanamkan masa depanku.

“Syaima!!!” jerkah ayah bersama penampar ketiganya hinggap di pipiku. Kali ini, tubuhku hampir rebah ke lantai tapi pantas disambut oleh lengan Budriz. Tidak sempat tersembam ke lantai.

Dia memelukku erat. Mengusap rambutku lembut hinggakan aku tidak rasa ingin membentak seperti selalu. Rasa selamat berada di dalam tubuh sasa itu biarpun dialah perosak segalanya. Namun, ada hangat yang menjalar ke seluruh tubuh dalam pada memujuk rawan di hati.

“Riz minta maaf sebab ayah ternampak kami dalam keadaan macam ni. Tapi, Riz mohon, ayah jangan sakiti bakal isteri Riz lagi. Untuk sehari ni saja lagi ayah tanggung dosa perbuatan dia dan lepas ni, Riz pula yang akan tanggung segalanya bagi dia. Riz akan didik dia. Akan jadi imam untuk dia. Menjadi senyum untuk bibir dia dan penjaga dia. Benarkan Riz, ayah... bonda,” ucap Budriz panjang lebar.

Terjentik juga hati ini dengan kata-kata itu tapi sayang, mindaku kosong menerima hukuman.

Air mataku berjuaraian di pipi. Rasa kalah kali ini. Andai dulu, betapa aku menghalang air mata ini gugur tapi hari ini, biarlah ia mengalir kerana akan kupastikan, tiada lagi air jernih yang akan menodai pipiku lagi selepas ini.

“Abang akan jaga Syai seumur hidup ni,” bisik Budriz ke telingaku.

~~> bersambung

Cik Penulis : Ada diluar sana yang mengalami situasi ini. Namun, harus ada hati lain yang tabah demi memujuknya agar berpijak kembali di bumi, bukan terus hanyut dibawa arus dendam yang tiada bertepian. Maaf atas kekurangan.

64 comments:

  1. huhu!!!!
    sedihnya...kesian Syai...
    grrrrr, geram oke dgn Budriz ni!!!

    ReplyDelete
  2. wahh dh nk kawin yea? bgus2..truskan berusaha budriz.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong..!!!!!!!hehe....xsbr tgu dorg khwn...hehe..org lain smua geram dkt bpak syai..kita ske dorg khwn..haha..

      Delete
    2. sokong juga,,hehe..smkn menarik ni..x sbor nk bce next n3 :)

      Delete
  3. akhir nyer...hahaha...x saba nk tnggu die org kawen...cepat kak...hahaha...

    ReplyDelete
  4. yyeaahh!!!i'm the first person...yyaaahhoo!!!hehehehe..cepat la kawen..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..ingt org petame...sob..sob...x pe la top 5 pun ok..heheheh

      Delete
    2. hahaha. saya lagi lah. better late then never. kehkehkeh

      Delete
  5. sama dgn cerpen yg sbelum ni . btw memang geram giler dgn Budriz. ish !!

    ReplyDelete
  6. Oh my god, kak rehan, sedih plus terharu plus kesian dan macam macam plus lagilah :D Btw, first commentor ;)

    ReplyDelete
  7. aisyyyyy sadis2

    ReplyDelete
  8. isy...bapak si syai ni tuduh melulu
    x siasat..
    dh la x percaya kat anak sendiri..
    hisyyy...
    geram tahap dewa la dgn bapak syai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...sgt geram ngan bapak syaima nie...
      dah la lari dr tanggungjawab....
      siasat la dulu betoi2 klu yer pon nak menghukum...
      x baik buat anak sndiri mcm 2...

      Delete
    2. tau xpe..ase nk cepuk2 je

      Delete
  9. tulisan Rehan mcm selalu, tidak mengecewakan. good job :)

    ReplyDelete
  10. aku suke sangat kalau syaima larikan diri.... tak kisahlah kalau dah nikah ke belum nikah ke, eeee... geram sangat. syaima ni dah tahu semua syaiton tu begitu, kenapa lambat sangat bertindak!! bodoh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...

      keluar jer dari situ... kenapa mesti menerima tuduhan dan penganiaan..

      Delete
    2. setuju....Syai patutnya belah....tapi mesti ada strategy....
      Syai tuu mcm bengap aje....pergilah cari kerja...yang dia terperap kat rumah tu apasal....dah terang terang Ayah dia tak keep promise...lu angkat kaki senyap senyap...time SAB pi kerja....mesti ok apa....pi cari kehidupan baru kat Sabah ke.....yang lu lawan cakap ngai SAB buat apa...give them silent treatment..atau nak drama lebih....lu minta duit nak buka bisiness lepas tuu lesap...

      Delete
  11. Knp yee hati syai berterusan menjadi kering ibarat x bernyawa, kesian syai dan budriz

    ReplyDelete
  12. Geramnya dgn ayah dia ni nampak sngt berat sebelah terima bulat apa anak tiri cakap....percaya org lain drpd darah daging sendiri.....huhu...lelaki2...

    ReplyDelete
  13. aduh dugaan bet0lll..cian kat syai
    kalau guwa jadi syai, memang guwa lari terus
    x payah wat baik dengan org macam tu
    wat sakit hatiiiiiiiiiii je..

    ReplyDelete
  14. yeahhh.......dh nk khwn..ske2..bt part dorg gduh msa dh khwn lma2 skit tau..then bru berbaik..hehe...

    ReplyDelete
  15. sarat nya citer ni....

    ReplyDelete
  16. cian syai..tp mcm ske jk kt budriz ni...

    ReplyDelete
  17. kak rehan, knape cite ni sebiji mcm cerpen yg kak rehan buat? yg watak dia maisurah tu.. macam ni jgk kn?

    ReplyDelete
  18. Walaupun ada typo ke apa ker...yg penting superb..Sedihnya...huhuhu...

    ReplyDelete
  19. keras betol ati syai..
    superb r citer ni....sentiasa ternant-nantikan next n3..

    ReplyDelete
  20. Arghhh......geram betullah!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  21. bestnyer...selalu ye update...

    ReplyDelete
  22. napa lah ayah syai tu lbh prcaya kn budriz...tp bez jgk diorg ni kawen...x sbr tggu next bab

    ReplyDelete
  23. Best... mcm tulah cara nk mengajar Syaima yg keras hati tu... Asyik hidup dgn dendam. sebab itu jiwa dia tak tenang, tau nk memberotak aje...

    ReplyDelete
  24. tak sabar nak tggu sambungan citer nie...

    ReplyDelete
  25. bencinyer.. lelaki penipu la budriz ni! tp story RM ttp mantap!!

    ReplyDelete
  26. Keras sungguh hati Syai. Budriz pula suka memaksa.

    ReplyDelete
  27. waduh.. jalan cerita yg sgt baik.. tumpah airmata ne membacanya.. well done.=)

    ReplyDelete
  28. Tak suka...tak suka... tak suka.... Dah 2 kali Budriz kenakan Syai....(1) Dgn Faiz (2) Dgn ayah Syai....

    Tapi ini mmg halatuju cerita ni... redha jer laa.....

    ReplyDelete
  29. kciannya syai...
    siap la ko budriz...
    pas ni mst ko mnysal sbb mmpristerikan syai..
    x sbr nak tngu n3....

    ReplyDelete
  30. Benci nye kat ayh syai..kesian berganda2 dekay syaima..berhenti la budriz. Berhentila sakitkan hati syai..jgn kejam sgt

    ReplyDelete
  31. sy suka giler la kat cite nie...waaaaa xsbr nk tau ending cite nie..bdebar2 hehehe

    ReplyDelete
  32. Geramm tp suka ehehe

    ReplyDelete
  33. pelik dengan Syai
    dalam hati benci & luaran benci pada ayah & tiri2
    tapi relakan saja penampar ayah melekap kat pipi
    x ada rasa nak larikan diri bila dituduh macam2

    cik penulis, tolonglah buat sesuatu
    bagi semuanya sedar...

    ReplyDelete
  34. Best ceritanye makin hot. Lagi2 nak baca seterusnye

    ReplyDelete
  35. Best ceritanye makin hot. Lagi2 nak baca seterusnye

    ReplyDelete
  36. nk ckp gak lg sian sgt kat syai...tp ok gak diorg kawin.. thank RM..

    ReplyDelete
  37. geram gak dgn si syai ni, keras kepala sngt. baguih si budriz wat cam tu... teruskn RM

    ReplyDelete
  38. Benar sekali Cik Penulis kesayanganku. Harus ada hati yang membimbing tatkala hati dan minda tak selari dan berlandaskan dendam kesumat tanpa redha. Great job!!!!

    Oh, tak sabarnya menanti penyatuan dua jasad dalam satu hati..... Nenda is coming!!!!

    ReplyDelete
  39. kalau aku jadi syai memang aku lari je terus. buat apa nak hidup dengan orang yang dibenci. ye dak?

    -ana-

    ReplyDelete
  40. akhirnyaaa budriz..tapi lepas ni budriz kena banyak kali lah makan hati.huhu

    terbaik kak:)

    ReplyDelete
  41. adoyyay, bertambah benci gilerh la syaima kat budriz. It's gonna take a hard way to win syaima heart. masakla .....

    ReplyDelete
  42. kenapa best sangat ni kak? hahaha..
    sila smbung cepat2..
    rasa mcm nk sepak je budriz tuh...
    kesian syai.. syai, sila larikan diri...
    biar padan muka budriz tuh

    ReplyDelete
  43. sedihnya kisah Syai... Budriz ada sebab buat Syai macam tu.... Budriz x mahu Syai terus hanyut dengan rasa dendam....

    ReplyDelete
  44. nk lg plssssssssssssss
    :D

    ReplyDelete
  45. uhuk sgt sebak bc entri ini...huhuhu sy faham mgpa SAB wat cmtu..sbb syai tu hati dia keras n degil..terpaksa la SAB amik tindakan drastik mcm tu..

    SAB:sila tabahkan hati anda dgn syai tu..sila bkerja keras utk amik hati Syai...sy akan tetap sokong SAB..sy skong anda jadikan syai tu isteri..harap anda brjaya mlmbutkan hati syai..Chaiyok!

    Syai: tolongla lmbutkan hati..buka fikiran anda..mmg knyataan tu pedih tp mereka berhak mnrima sebuah kemaafan..itu smua adalah ketentuan d Y Esa..haruslah kita sbg hambanya menerima qada' dan qadar..

    RM: sy sgt terharu n sy sgt kagum dgn bakat anda..xsmua y dianugerahi dgn kelebihan ini..harap anda terus bkarya

    ReplyDelete
  46. rse cnm penah bca jer erkkkk...

    ReplyDelete
  47. gatalnye Budriz!!kerasnye hati Syai ni..hish3...

    ReplyDelete
  48. Budriz buat mcm tu sbb tercabar @ dia mmg suka syaima...

    ReplyDelete
  49. Sy rasa xmampu nk terus baca novel ni.. Hampir sama dgn apa yg pernah sy, adik beradik dan ibu sy lalui dulu.. Pedihnya hati hinggakan saya trauma bila teringat kisah lalu..

    Sy sedaya upaya cuba lupakan dan sedaya upaya buang dendam dalam hati ini.. Hinggakan sy benci pada diri sendiri sbb masih xmampu nak nak memaafkan..

    ReplyDelete
  50. Jahatnya budriz, positif....positif.....mesti dia nk mengubati luka yg dalam, dlm diri syai hihihi

    ReplyDelete