BAB 23
SEMAKIN
waktu menghampiri tengah hari, semakin aku resah. Pelawaan Nurina dan juga panggilan telefon
tadi membuatkan aku tak betah duduk.
Rasa gelisah tak menentu apatah lagi Najwa berkali-kali mengingatkan aku
akan janji kami. Janji bersama-sama
dengan suami yang masih menjadi rahsia aku.
“Syai…
jomlah siap-siap. Kejap lagi nak keluar
dah.” Najwa mengingatkan aku.
Dia
bangkit dan terus berlalu ke bilik air seketika. Setelah dia keluar, dia capai beg tangan dan
mendekati aku. Wajah itu manis
tersenyum.
“Jom!” ajak dia lagi.
Wajah
manis itu aku pandang lama.
Lambat-lambat aku menggeleng dan wajah Najwa berubah keruh.
“Maaf , Wa wa. Saya nak jumpa Nurina kejap,” ujarku berterus
terang.
Najwa
mengeluh sikit. “Kan kita dah janji. Atau sebab saya ajak Encik Syed awak tak nak
ikut kami?” tebaknya.
Aku
menggeleng. Dia tidak tahu siapakah
Encik Syed itu denganku. Bukan lagi
sekadar abang tiri tapi sudah menjadi syurga untukku. Lelaki yang halal untukku dan lelaki yang
telah Allah bawa untuk mencairkan dendam dalam hati ini.
“BUkan
sebab dia, Wawa. Anak buah bos ajak saya
makan. Lagipun, dia baru balik Malaysia
tu.” Aku berbahasa lagi dengan Najwa
berharap agar dia faham.
Mata
itu memandang aku sedih. Nampak kecewa
pada lakaran wajahnya. Jam di
pergelangan tangan, dia tilik sekali lalu kemudian memandang aku pula.
“Nan ti kalau diorang tanya, apa saya nak jawab?”
Aku
menggariskan senyuman tipis buat dia.
Andai kerana itu dia gundah, padaku tidaklah menjadi masalah. Budriz pasti mengerti dan Norman sendiri pastilah telah ketahui
segalanya daripada bibir lelaki itu sendiri.
“Jangan
risaulah. Cakap pada diorang, saya minta
maaf. Saya ada hal sikit. Esok-eosk kita keluar makan lagi. Ala …
pejabat bukan jauh pun. Satu bangunan je
pun,” selaku menyembunyikan resah dan memujuk Najwa dalam satu masa.
Aku
angkat tubuh dan merapati Najwa. Tubuh
itu aku tolak sikit ke pintu kaca yang masih tertutup rapat.
“Kirim
salam dekat pakwe awak tu, ya?” usikku dan bibir Najwa nampa k
mengukir senyum menahan pipi yang nampa k
kemerahan.
“Pasal
Encik Syed tu… saya…”
“Tak
ada apalah, Wawa. Dia akan faham. Hubungan kami tak akan terjangkau oleh
fikiran awak pun,” pangkasku berkias.
Aku
mahu Najwa faham. Aku mahu dia tahu tapi
sukar hendak aku ungkapkan kata. Aku
mahu segalanya terbit dari bibir sensual milik lelaki yang bergelar suami
itu. Andai waktu itu tiba, aku akan
jatuhkan kepalaku tanpa sebarang ragu lagi.
“Saya
tahu dia abang tiri awak dan awak tak selesa dengan dia. Harap satu hari nanti saya boleh bantu awak
rapat semula dengan abang tiri awak tu,” bisik Najwa sebelum dia melepasi pintu
kaca pejabat Binajaya.
Lelah
nafasku kala ini bila Najwa berkata demikian.
Dapat kulihat niat yang ikhlas di sebalik setiap tutur katanya. Kata-kata
yang tak pernah aku dengar daripada mulut teman-teman dari zaman
persekolahan dulu melainkan ayat-ayat pujian pada Syed Ahmad Budriz saja kala
itu.
Tiada
ungkapan beralaskan nasihat. Tiada bari san ayat bersulamkan
pujuk malah jauh sekali kata-kata larangan kala aku melakukan kesilapan. Benar kata Budriz, buka hati dan akan
terlihat oleh mata hati ini betapa ada yang menyayangi. Tidak semua yang membenci.
“Syai…”
Aku
berpaling. Senyumku mati. Wajah Syarifah Nurina muncul lagi. Tetap bergaya biarpun dalam setiap langkah
dan kala tubuh langsingnya pegun.
“Maaf
lama sikit jumpa aunty. Dah lama tak
jumpa. Banyak benda terungkit. Hal-hal lama,” beritahunya tanpa aku pinta.
“Oh…
sepatutnya memang macam tu. Ada manis untuk diingat
sedangkan ada sesetengah oran g tu hanya ada yang
pahit untuk meneruskan sisa hidup,”
balasku beralas.
Nurina
hanya diam. Aku tahu dia tidak akan
pernah mengerti akan apa yang pernah aku
lalui dari dulu dan hingga semalam. Semalam
yang menjadikan aku Syaima yang lain.
Syaima yang bern afas
hatinya. Bernafas dengan kasih dan
sayang. Hidup kerana cinta. Redha kerana Allah dan kasih sayang seorang
suami yang belum kupastikan akan kekalkah menjadi milikku nanti.
“Emm…
jomlah kita,” ajakku lantas aku berlalu ke tempat duduk.
Beg
duit aku capai dan terus saja kau mendekati Nurina kembali. Kala pintu kaca itu aku kuak, Nurina
melangkah terlebih dahulu menuju ke lif.
Bila lif ternganga lebar, kami sama-sama menapak. Punat G aku tekan. Suasana dia dan kami hanya berbalas senyum
sesekali.
“Nak
makan dekat mana?” soal dia bila kami
sudah keluar daripada bangunan Amcorp Mall.
Kawasan di mana pertama kali aku
bertemu dengan lelaki itu.
“Awak
makan mamak?” soalku.
Nurina
mengangguk. “Layan je…”
“Kalau
macam tu, Restoran Syed nak?” cadangku
lagi.
Dia
senyum saja dan kami sama-sama menapak ke arah kereta miliknya. Aku teragak-agak pada mulanya namun bila dia
meyakinkan kami tidak harus menapak ke sana ,
aku gagahkan kaki masuk ke dalam peru t
Honda Accord berwarna hitam metalik itu.
Perjalanan
hanya memakan masa lebih kurang 10 minit saja.
Nurina cermat dan peka oran gnya. Kala merenung penampilan dan personalitinya,
aku dijentik rasa iri hati. Biarpun dia
juga tidak bertudung, namun keayuannya kian terserlah.
“Saya
tak sangka, bila balik Malaysia
ni nenda beritahu berita perkahwinan you
all. Hampir terduduk saya masa tu,”
ujar Nurina manis. Entah tulus entahkan
tidak, hanya dia dan Allah saja mengetahui
Dia
menjeling aku sekilas sebelum membuat pusingan U menuju ke Restoran Syed yang ada di kiri kami kala ini.
“Saya
pun tak jangka apa yang dah berlaku ni,” jawabku berkias lagi.
Nurina
ketawa halus. Nampak giginya yang putih
bersih itu tersusun rapi. Sungguh menarik
wanita ini. Barangkali, statusnya
sebagai darah keturunan yang nenda agungkan dan juga profesion sebagai seorang
doktor lulusan Ireland
menampakkan dia anggun begitu. bagai
langit dan bumi andai dibandingkan aku dengannya. Tewas lagi.
“Memang
banyak perkara yang kita tak jangka berlaku dalam dunia ni, Syai…,” selanya
lalu dia menghentikan keretanya di bahu jalan.
Kami
sama-sama turun dari kenderaan dan terus
masuk ke restoran yang sudah tersergam di depan mata. Mujur tidak ramai oran g kala ini. Tidaklah sesak nafasku yang sudah sedia resah
ini.
“Duduk.” Dia mempelawa dan aku hanya angguk.
Bila
pelayan mengambil pesanan, kami masih diam melayani rasa di hati masing-masing
dan setelah pesanan tiba, kami masih begitu.
Hilang kata.
Wajah
Nurina tenang. Senyuman juga tampak
ikhlas sedangkan aku hanya memaksa bibirku mengukir senyum. Berdepan dengan wanita yang menjadi calon
utama untuk Budriz benar-benar menduga kesabaran aku yang sudah sedia tipis
ini.
“Kenapa
tak makan?” soal dia memecahkan sepi.
Aku
senyum lagi. “Emm… saya tak lapar sangat.
Saja temankan awak,” jawabku.
Nurina
angguk dan dia menarik gelas jus tembikai itu dan menyisip sedikit air itu
penuh tertib. Hangat rasanya dalam diri
waktu ini. Tidak kutahu apakah niatnya padaku
dan Budriz sendiri.
Begitu
sukar hendak aku tolak pelawaan Najwa tadi hinggakan wajah itu keruh berlalu
meninggalkan aku sendiri.
“Nenda
ada jemput ke majlis kesyukuran tak?”
Nurina menyoal setelah dia memulakan suapan pertama.
Aku
angguk. Tak jadi hendak kutelan nasi
goreng yang aku sua ke mulut. Mati
selera bila mengingatkan sebaris nama milik nenda.
“Nanti
datang, ya?” ajak Nurina ceria.
“Emm…
tengoklah. Saya tak boleh nak janji…”
“Eh,
awak kenalah datang sebab Abang Riz mesti datang. Tak kan
awak tak nak ikut dia?”
Aku
telan liur. Terasa sinis pula kata-kata
Nurina. Biarpun wajah itu tenang
tersenyum tapi entah mengapa, dapat kutelah segalanya sindiran yang bakal lahir
dari bibir tipis merah itu.
“By the way, saya dengan Abang Riz memang
rapat dari dulu. Kami pernah bertunang
olok-olok dulu. Awak tahu tak apa yang
Abang Riz bagi pada saya masa tu.
Seingat saya masa tu dia baru umur 8 tahun…” beritahu Nurina tanpa aku pinta.
Aku
ketap bibir. Pedih rasanya hati. Pernah bertunang semasa kecil? Dan pernah mahu dijodohkan kedua-duanya?
“Saya
tak pernah tahu hal ni sebab saya dengan Budriz tak rapat sangat,” selaku
melindungi hati yang resah.
Nasi
goreng di depan mata aku pandang saja.
Hilang selera. Sudah tidak mampu
aku telan nasi yang tidak luak sedikitpun.
Perut yang sedari pagi tidak
berisi, kenyang tiba-tiba.
Nurina
ketawa kecil. “Tahu-tahu… Abang pernah
cerita dekat saya pasal awak. Dia kata
awak garang.”
Dahiku
berkerut. “Apa lagi yang dia
cerita?”
“Itu rahsia
saya dengan Abang Rizlah, Syai…” Nurina
tersengih lagi. Menayang giginya yang
cantik tersusun rapi.
Kali
ini, aku yakin… hubungan mereka lebih akrab daripada teman lama. Lebih akrab dan pastilah ada rahsia di
sebaliknya.
“Okey
dah jumpa!” Suara Nurina ceria dan wajah
itu nampak teruja.
Dia
pantas menarik tanganku dan meletakkan sesuatu di atas telapak tangan aku. Kala aku melihat apa yang dimaksudkan itu,
mataku sedikit membulat. Cincin yang
diperbuat daripada getah keras itu masih elok keadaannya.
“Inilah
cincin tunang kami masa tu,” ujar Nurina lagi.
Aku
angguk. “Maaf sebab saya menghalang
korang jadikan cincin ni sebagai cincin emas kini,” sinisku.
Wajah
Nurina nampak sedikit berubah. Dia
tersenyum kelat. “Tak ada jodoh kami, Syai…”
“Dah
awak dengan abang berjodoh. Tiada siapa
boleh halang dan rasanya saya rugi sebab tak sempat tengok Abang Riz bersanding
dengan pilihan dia,” tokoknya lagi.
Aku
menahan rasa. Bertahan perasaan yang
menggelegak tiba-tiba. Nurina tidak tahu
hakikat rupanya. Dia tidak tahu yang aku
ini diperangkap oleh Budriz. Dia tidak
tahu dengan cara bagaimanakah aku mengakhiri zaman bujangku.
“Tak
semua persandingan itu wajib, kan ? Kami buat ala kadar je,” ujarku memberi
jawapan yang kelabu.
Dia senyum. “Saya percaya cakap awak sebab suami awak tu
adalah Syed Ahmad Budriz,” tukasnya bagaikan mengenali Budriz sedalam-dalamnya.
“Emm…
jemputlah makan. Nanti lambat
pulak. Saya nak balik awal sikit dan
terima kasih sudi temankan saya makan.”
Nurina bersuara lagi persis memujuk.
Barangkali tersedar akan perubahan air wajahku kala ini, aku tidak tahu
itu.
Apa
yang pasti, hati aku sedang hangat menahan rasa. Rasa cemburu dan rasa ingin tahu akan
hubungan lama mereka.
Makan
tengah hari itu aku pandang lagi. Sesuap
aku sua ke mulut, terasa bagaikan menelan ketulan batu-batu kecil. Peritnya tekak. Wajah ini hanya menunduk melihatkan cincin
plastik yang masih ada di depan mata.
“Eh…
abang!”
Aku
tersentak. Terlalu ralit memerhatikan
cincin itu hinggakan susuk tubuh Budriz yang sudah tegak berdiri di sisi aku
tidak perasan.
Kami
sama-sama bangkit. Budriz senyum padaku
dan kemudiannya pada Nurina pula.
“Padanlah
ajak makan tak ikut. Date dengan orang lain rupanya,” usik
Budriz seraya mengenyitkan mata padaku.
Aku
gariskan senyuman kelat bila Najwa dan Norman
ada bersama.
“Abang
baru nak makan ke? Tadi tanya aunty, dia kata abang busy.
Itu yang Nurin ajak Syai makan
sama. Kalau tahu abang tak busy, Nurin ajak abang sekali,” ucap
Nurina mesra. Mata galak itu tidak lepas
memandang Budriz.
“Abang
memang busy. Ni baru dapat lepas ni. Kami makan dekat foodcourt belakang sana . Ada
kerja urgent sikit dengan aunty tadi. Nurin tadi jumpa aunty tak bagi tahu abang pun.
Aunty cakap Nurin ke sini
makan tengah hari,” balas Budriz pula.
Aku
hanya diam membatu. Memandang Najwa dan
juga Norman silih berganti. Tidak kutahu apakah yang difikirkan oleh
Najwa tentang diriku waktu ini bila wajah itu nampak berkerut tak
henti-henti.
“Riz…
aku jalan dululah…” Norman bersuara
tiba-tiba.
“A’ah
Syai… jumpa kat office ya?” tokok Najwa pula lalu mereka beredar
beriringan tetapi jelingan Najwa tetap padaku.
“Err…
korang nak sembang, saya balik dulu.”
Aku meminta diri juga tapi pantas Budriz melelar pergelangan
tanganku. Langkah ini mati. Aku memandang dia.
“Abang
hantar sayang balik pejabat. Kita tunggu
Nurin balik dulu,” ujarnya.
Aku
diam. Tidak memberi jawapan
langsung. Sudahnya, kami duduk
bertiga. Nurina menghabiskan sisa
makanan di pinggan. Aku hanya diam
membatu. Sudah tiada selera sedari tadi.
Mereka
rancak bercerita tentang kisah lalu.
Sedikit sebanyak aku terhiris dalam sedar. Mengingatkan masa lalu yang tidak seindah
mereka. Ada rasa cemburu di dalam hati tapi aku
pantas beristighfar. Moga Allah jauhkan
rasa itu dari diri ini setelah aku berusaha untuk melupakan segalanya.
“Eh,
sayang ni. Main kuis-kuis je. Mari sini abang makan.” Budriz tenang menarik pinggan makananku
lantas disuakan ke mulutnya.
“Kurang
sedap… padanlah sayang tak makan. Sayang
masak lagi sedap. Malam ni masak,
ya?” Dia bersuara manja. Separuh berbisik padaku bagaikan tiada Nurina
di hadapan.
Aku
ketap bibir. Mataku menjeling Nurina
yang nampak berubah sedikit air wajahnya.
“Okey,
Nurin… malam minggu ni insyaAllah abang datang.
Jangan risau, ya?” ujar Budriz
mematikan renungan Nurina pada kami.
Syarifah
Nurina mengangguk sedikit janggal.
“Kalau boleh, nak abang tidur sana . Boleh kita sembang macam kita budak-budak
dulu,” sela Nurina tersenyum manis pada Budriz yang sedang memandang aku dengan
renungan yang agak canggung.
“Lagipun,
Nurin dah lama tak borak dengan abang.
Banyak perkara Nurin nak sembang dengan abang sebelum Nurin masuk kerja
ni,” sambung Nurina lagi.
Budriz
tidak menjawab. Sebaliknya dia
memandangku lama sebelum beralih pada Nurna semula.
‘Syai
tak nak abang bersama oran g
lain. syai tak mampu begini. Syai tak nak setelah abang hidupkan hati
Syai, setelah itu abang mahu bunuhnya kembali.’
Hatiku berdesis sendiri bersama riak yang kian berubah.
“Sayang
abang,” akui Nurina ceria bila akhirnya Budriz mengangguk.
Budriz
tidak berkata apa melainkan hanya seulas senyum yang masih terukir di
bibirnya. Senyuman yang nampa k kaku.
**
SETELAH
Nurina selamat pulang, aku dan Budriz menapak ke arah kereta miliknya yang
sedang elok terparkir di depan KFC bersebelahan dengan restoran. Masuk saja ke dalam peru t kereta,
aku tak mampu ungkapkan apa-apa lagi. Diam sendiri memujuk hati dari rasa curiga
yang menyapa hati.
“ATDA
dengan BQ tu aunty dah terima, kan ?” Budriz menyoal memecahkan sepi.
“Hah?”
Budriz
senyum melihatkan aku yang nampa k
kosong kala ini. Dia menyentuh jemariku
dan meramasnya perlahan.
“ATDA
dan BQ yang abang bagi tu, aunty dah
terima, kan ?” soal dia sekali lagi.
Aku
menggeleng. “Entah… Syai tak tahu. Mungkin Najwa dah hantar ke bilik aunty kot,” jawabku jujur. Tak perasan langsung akan apa yang dia
maksudkan itu.
“Oh,
yalah. Abang minta Norman hantar tadi. Agaknya Man bagi pada Najwa lah kot,” rumusnya sendiri.
Aku
angguk saja. pandangan ini aku tebarkan
semula pada jalan raya yang agak sesak setelah waktu makan tengah hari tamat
sebentar tadi.
“Kita
dah lambat ni. Aba ng tak apa ke masuk lambat ni?” soalku pada dia. Sejujurnya, aku tidak sedar yang aku sedang
bicarakan bahasa hatiku. Kisah hatiku
pada Budriz.
Bibir
Budriz menguntum senyum. Lebar dan
semakin melebar hingga dahiku berkerut sendiri.
“Kenapa
senyum?”
“Senyum
abang ni hanya terukir kala bersama isteri abang je,” jawab dia.
Aku mencemik. “Tadi abang senyum dengan Nurina tu kemain
lagi Syai tengok…” Tanpa sedar, terluah
lagi rasa cemburu padanya.
“Cemburu?” tebak Budriz.
Pantas
aku menggeleng menafikannya. Tidak mahu
rasa hatiku kala ini terserlah pada matanya.
“Cemburu
tanda sayang tapi harap sayang percayakan abang. Dia calon pilihan nenda tapi abang dah anggap
dia macam adik abang sendiri sedangkan adik tiri abang ni dah lama abang anggap
permaisuri hati abang,” akui Budriz membeli jiwaku.
Aku
tahan bibir yang mahu mengukir senyum.
Sekuat hati aku ketap agar tidak terlepas biarpun setipis senyum kala
ini.
“Syai
marah abang?” Burdiz menyoal bila aku
hanya kekal diam.
“Kalau
pasal tadi, kalau sayang tak nak pergi sana …
kita jangan pergi. Kita dok rumah kita
je. Abang tak kisah,” tukas Budriz laju.
Aku
menggeleng bersama senyuman tipis yang kuhadiahkan buat dia. Wajah itu aku jeling seketika.
“Kan nenda suruh kita
balik jumpa dia. Syai tak nak nenda
fikir yang Syai…”
“Syai
apa?” soal Budriz memangkas. Suara itu agak keras saja menyapa peluput
telinga.
“Syai
jangan nak cakap diri sendiri tu bukan-bukan.
Kasihan dekat abang. Biarlah
penat lelah abang menanti Syai dari dulu sampai sekarang berbaloi. Abang seronok dah hari ni. abang nampa k
sisi lain Nur Syaima. Abang nak sayang
Syai. Abang nak cinta Syai. Jangan sebab nenda, Syai nak berubah
lagi. abang tak halalkan dunia akhirat,”
tekannya berubah serius.
Aku
telan liur sendiri. Kata-kata yang baru
saja aku mahu luahkan, aku telan sendiri.
Tidak berani bila melihatkan Budriz sedang memulas kasar stereng kereta
membelok ke kiri lagi dan seterunya Subaru ini meluncur laju membelah Lebuhraya
Persekutuan lagi. Jauh menyimpang dari
jalan pejabat kami.
“Aba ng nak pergi mana
ni?” soalku dalam berani-berani
takut.
“Suatu
tempat di mana abang boleh tunjukkan segala kasih sayang yang ada dalam diri
abang ni untuk Syai,” gumamnya lalu dia angkat jemariku dan dibawa ke
bibirnya.
Kala
bibir itu melekap lama pada telapak tangannya, aku hanya mampu menahan perasaan. Aku hanya memujuk diriku dan naluri ini
bertahan demi rasa ingin dikasihi yang kian bergelora.
“Tapi,
ke mana? Syai kerja, abang pun kerja, kan ?” Aku menyoal bila Budriz melepaskan
jemariku.
Dia
kedipkan matanya sekali. “Aba ng half-day hari ni dan dah minta half-day juga untuk isteri abang ni,”
jawab Budriz seraya menguak rambut yang jatuh ke sisi wajahku. Dipegangnya lembut lalu dikucupnya penuh
perasaan dengan nafas yang kian lelah sendiri.
“Syai
baru masuk kerja hari ni…”
“Tapi
aunty dah benarkan sayang cuti. You need rest. Me either.
You need love and I’ll give
you more dan more, sayang…”
Dia
memandang aku seketika. Rambutku diselit
di belakang telinga dan bila jemari ini dilepaskan, Budriz menukar gear dan
kelajuan ditambah lagi.
~~> bersambung...
So sweeet....sukanya bila syai dah mula suka pada budriz......nak lagi?......zailda
ReplyDeleteHaip..p mana tu? Sila bawa surat nikah naa. :P
ReplyDeletehahahaha . . kalau tak bawak jawanbnye jadi macama resa ngan zafran kan ? hahahaha . .
DeleteOh, akhirnya, terlepas rindu kat Budriz :B btw, Syai dah panggil abang? Wahh, ini sudah bagus. Hihi thanks kak Rehan, loveyou! :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBelum bace lgi.
ReplyDeletetp nk say tQ dlu kat k.Rehan.
lme x update STK.
Waaaaa..... Bestnya..... Lega selega-leganya apabila timbul juga new entry drp stk....
ReplyDeleteWalaupun penuh kesangsian, hati syai dah ada sedikit kelembutan.... Budriz, continue to charm your lovely wife and nurse her heart....
More new updates pls...
wahh, akhirnya dapat pun bca stk. rindu loh sama depa berdua. nak bawa ke manalah tu agaknya si syai tu. tq kak rm for this entry :)
ReplyDeleterehan jgn lupa update STK 24..dah x sabar bak tw the next episod..heheh..best sgt..terlepas jgk rindu pada syai dan budriz..luv u rehan..heheh..
ReplyDeleteakhirnya ada gak n3 cite ni..dh lme dh tggu...tq kak rehan...x sbr nk tggu next entry..
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaa.....
ReplyDeletesayangku budriz dh kembali....
TQ kak rehan...(^_________^)
yaeh..syai dh pggil abg..
ReplyDeleteAduh... Dup.. Dap..dup..dap jatung ku...
ReplyDeleteAla comel nya sayang ku ini...
Siyes... Windu giler kat Budriz...
Tq RM.. Ni yg buat akak x sabar nak tunggu next n3 nie..
Gud job RM...
hai..mn la budriz nk bwk syai neh..hehe
ReplyDeleteRindunya syai ngam budriz !!!!!!!!! Best . Semua best semua cerita best tahnia ;-)
ReplyDeletedah lama dh tngu.. tahniah cik writer
ReplyDeleterehan..akak berdebar2 nak tunggu n3 tau.. apakah yg bakal berlaku setelah syai dapat menerima budriz sedikit demi sedikit.. jgnlah nenda pula yang menghancurkan..
ReplyDeletesoooo sweet... oh my budriz. hhehe tq rehan.. lama dah tunggu...
ReplyDeleteakhir nya adanjgk smbungan stk terus lah berkarya ye
ReplyDeletecite awak semua sedap2
Permainan sy mudah...... sy nak lagiii!!!!!!!!!! Pls
ReplyDeleteRM, TErima kaseh utk n3 STK ni yg sgt2 ditunggu! Alhamdulillah..Syai dh bley belajar terima Budriz...sukke!!!
ReplyDeleteAkhirnya timbul jgk STK tp jgn lupa UD pulak...nk Dua2..
ReplyDeleteIda
adus setelah sekian lama menanti....please sambung lagi..
ReplyDeletemy hubby is back..miss you la
ReplyDeletetq karehan.
>>k<<
Sayaaaang Kak Rehan!gud job. saya pulak rasa melt bila Syai panggil budriz abg....haha diaorg nk p mana tu? bole pulak dating time keja.
ReplyDeleteTerima Kasih untuk entry ni.... rasa terbuai dengan ucapan Syed pad Syai.... semoga hati Syai dapat Budriz ubati.... jangan di layan nenda dan calon nenda tu dulu Budriz.... bukan apa takut ada yang sakiti hati Syai .... kasihan Syai
ReplyDeletememang rndu STK tp nk UD abeh dulu....nak zafrin,,,heheh
ReplyDeletehai terubat rindu dgn kemunculan stk ni...sayang budriz n syai. bagi lama skit ya t'buai perasaan dgn budriz n syai ni klu nenda nak kacau pun habiskan honeymoon diorang dulu hehehe....
ReplyDelete-hanim-
akhrnya ada jg n3 crt ni...
ReplyDeleternd ngn syed...
bestnya sweet sgt bila tgk syai dan budriz dah ok mcm ni...hehee
ReplyDeletebestnye....harap2 syai dh dpt trima budriz spenuh ati dia....
ReplyDeletejgn la nurina 2 ggu kbahagiaan diorang..x snggup..
trubat rindu kt STK nie...syg RM lbih la..hehehe
berdebar2 bc stk ni..hehehe.. bleh mntk n3 br lg tak?
ReplyDeleteterlerai gk rindu kt STK hihihi..nk lg sambunganyer rm hihihi.
ReplyDeleteAkhirnya dpt gak baca n3 baru STK. Terubat skit rindu kat Syai n Budriz. Suka tgk Syai dh mula terima Budriz dan hopefully lepas ni dia org berdua akan tetap bersama w/pun Nenda Budriz x suka kat Syai. Si Nurin tu masih ada hati kat Budriz lg tuh, bahaya kalau mcm ni. Kena suruh Syai cepat-2 luahkan perasaan dia kat Budriz sebelum terlambat. Nak lagi....
ReplyDeletealamak... syahdunya.. dah lama menunggu STK ni..... hope pasni diaorg bahagia hingga akhir hayat walo byk dugaan yg dtg.... tengs RM
ReplyDeletesweet n nak lg.......
ReplyDeleteala tak puas la awk..sok smbung lg yer...hehehe
ReplyDeletebunga2 cinta sudah makin mekar nmpaknya..waa xsbr nk tgu bila syai compeletely terima budriz..RM sy doakan smoga awak lalukan y terbaik utk cite ni sb kami smua syg gila kot kat syai n budriz
ReplyDeletesis, more entry!thanks for the lovely story :) -lyn_intanazlleyna
ReplyDeletePENDEKNYA NAK LAGI
ReplyDeleteyeah..best...
ReplyDeletenk lagi...:)
best3!!lap u rehan!!
ReplyDeletealahai...rindunya kt syai n riz...tq kak rehan
ReplyDeletealahai terubat rindu pada budriz dan syai...terimakasih rehan, diharap ada lagi sebab jantung ku dah dup dap dup dap...hehehehe
ReplyDeleteterima kasih rehan... sesungguhnya penantian itu satu perniksaan.... thanks aloooot :)
ReplyDeleteyeahhh...syaima n budriz is backkkkkk...i loike that...tq kak rehan
ReplyDeletesemoga kebahagian ada pada syai dan budriz.. kasihan dgn syai sbb hidupnya terumban-ambing sebelum menjadi mrs budriz, moga2 budriz tidak melepaskan syai walau apa pun yg akan terjadi.. hmmp hmmp cik rehan kalau blh next n3 post la lagi STK. winndu tau hehehe asyik UD je... tak aci la
ReplyDeletetq cik rehan!!!suka tau bila syai dh blh trima budriz...
ReplyDeletekasik la pnjg lagi n3 cik rehan,waiting 4 next n3..:)
Yeay.. Finally da gk entry ni. Lame dh tnggu.writer cpt2 la update k. Xsabar 2 nk tau nxt cerita die....
ReplyDeletehuhuuu....baru semangat balik nk baca blog RM. cepat2 nxt n3 b4 pose.
ReplyDeleteAduh.. Cik Penulis ~~~~~> Ada sendu di kala bahagia mula tercipta, itu lumrah tapi jangan matikan lagi hati si gadis. Bangkitkan dia dari sisi lain yang membuatkan mereka di sekeliling terpana. Biarlah dia cekal sepertinya penceritanya jua. Take good care! Luv U. Muah!!
ReplyDeletebest !!! alaahh nurina...sibok je...=P
ReplyDeletebest !!! alaahh nurina...sibok je...=P
ReplyDeleteingatkan STK dah xde sambungan....sronok sangat bila RM sambung citer nie...trima kasih RM..>_<
ReplyDeletePerlu betulkan dialog akhir, You need rest atau you need some rest. Me too, bukan me either. At last, STK muncul kembali.
ReplyDeleteAMO
Jgn ganggu syai nurina, syai br nk rasa bahagia......
ReplyDeleteJOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com