GIGI
Budriz jelas di mataku. Tersengih saja
setelah kereta berhenti tepat di hadapan pagar.
“Dah
sampai,” ujarnya.
Aku
memandang pagar yang tertutup rapat.
Kemudian, wajahnya aku renung lagi bersama kening yang sedikit
berkerut.
“Nak
buat apa kat sini?”
“Rehat…” Dia turun dari kereta dan melangkah membuka
pintu pagar. Bila pintu itu sudah
terkuak, dia kembali memandu keretanya masuk ke porch.
Setelah
itu, dia membuka pintu sebelahku dan mempersilakan aku keluar daripada kereta dengan
penuh sopan dan gaya. Tanpa banyak soal,
aku keluar juga. Memandang dia tanpa
berkedip. Bertanya dalam diam tujuan dia
kembali ke rumah kami.
Jam
di pergelangan tangan aku pandang.
Perjalanan daripada Petaling Jaya ke SUbang jaya tidaklah jauh cuma
tujuannya masih belum mampu aku telah.
“Kenapa
balik masa ni?”
Dia
sengih dan mengerling pada jam di pergelangan tangan kirinya. Tanpa menjawab soalanku, dia membuka butang
lengan kemejanya dan menyinsingnya hingga ke siku. Kala ini, jelas terbayang di mataku
ketampanan sebenar milik Budriz yang diperkatakan sejak dari dulu.
Berkali-kali
aku telan liur menahan perasaan. Rasa
hendak merangkul tubuh sasa itu menujah kehendak di jiwa. Aku mahu rasa belaian dan kemesraannya. Mahu disayangi, mahu dicintai.
“Sayang
telan air liur tu kenapa? Kering tekak,
ya?” soal Budriz sambil berpaling dan
melangkah ke pintu.
Aku
tercengang sendiri. Tak sangka, itu pun
dia perasaan. Tukas hatiku. Budriz berpaling dan menggamit aku masuk
bersamanya bila pintu berwarna coklat cerah itu terkuak lebar.
“Hari
ni, hari pertama saying kerja. Jangan
paksa diri sangat. Abang tahu sayang tak
banyak kerja lagi tapi aunty dah bagi pelepasan, kita balik rehat, ya?” bisik Budriz sambil merangkul pinggangku dan
menolak aku melangkah bersamanya ke ruang tamu.
Bila
dia labuhkan duduk di sofa, aku masih berdiri tekak memerhatikan dia. Kepalanya disandar pada belakang sofa. Tali lehernya dirungkai lemah. Nampak agak penat bagaikan seharian penuh
bekerja.
“Penat
sangat ke?” soalku lembut.
Dia
angguk tanpa membuka matanya yang sedari terpejam. Waktu ini, aku nampak alis yang lebat dan
hitam pekat itu. Nampak betapa indahnya
raut wajah lelaki ini. Namun, lebih
indah hati dan sabarnya melayaniku.
“Banyak
kerja ke?”
“Sangat. Projek baru banyak jadi kerja juruukur macam
abang ni banyak la. Tu belum masuk bab payment lagi. Ini pun client
banyak mengada. Itu nak tukar ini nak
tukar. Jenuh abang revise balik semua benda. Bila
fikir balik, baik abang kerja dengan aunty
je,” keluhnya agak perlahan. Matanya
dibuka dan terus memandang aku sambil tersenyum.
“Duduk
sini, yang...” Dia menepuk sofa di
sisinya.
Aku
pantas menggeleng dan berlalu ke dapur.
Aku tahu Budriz agak kecewa kala ini tapi niatku lain. Aku mahu menjalankan tugas seorang
isteri. Seperti mana arwah ibu pernah
lakukan pada ayah. Biarpun tidak
sepenuhnya bersedia, aku mahu bermula sekarang.
Aku mahu rasai bahagia itu. Aku
mahu nikmatinya sementara Allah mengizinkan.
Gelas
dari dalam kabinet aku capai. Begitu
juga dengan milo dan Nescafe serta susu pekat.
Campuran dua perasa ini adalah kegemaran Budriz. Aku tahu itu.
Dari dulu, sejak dari bangku sekolah inilah minumannya. Aku yakin ini masih belum berubah lagi.
Setelah
air panas aku tuang ke dalam gelas yang sudah ada serbuk milo dan Nescafe itu,
aku tuang pula sedikit susu pekat.
Biarlah manis-manis buah saja.
Setelah itu, beberapa ketul ais aku letak di dalam gelas yang berisi
separuh air itu tadi.
“Syai
nak jadi isteri abang sekarang. Benar
dah lama Syai isteri abang tapi izinkan Syai belajar apa itu tanggungjawab
seorang isteri. Abang bantu Syai lupakan
semuanya,” gumamku sambil mata menatap air yang nampak pekat itu.
Berkata-kata
bagaikan berbicara dengan Budriz. Bersuara
meluahkan rahsia hati bagaikan jasad dia ada di depanku kini.
“Syai
memang isteri abang. Syai adalah wanita
yang abang cinta dulu, isteri yang abang cinta kini dan bakal ibu yang abang sanjung
akan datang ni...”
Tanpa
sedar, Budriz sudah ada di belakangku.
Berbisik syahdu dan penuh keresahan kala lengan itu memeluk pinggangku
erat. Mujur saja tidak terlepas mug di tangan.
“Abang
ni... terkejut orang!” tegurku.
Dia
ketawa kecil. “Orang? Orang mana?”
perlinya.
Aku
ketap bibir. Aku tahu, keterlanjuran
lidahku memanggilnya abang membuatkan dia tersenyum sejak dari tadi. Biarpun dia tidak akuinya, aku tahu itu
kerana aku sendiri mula sedar akan kemesraan yang aku tunjukkan padanya secara
tidak sengaja tapi biarlah kekal begitu.
Tak
mudah aku mahu mulakan dan biarlah kekal begitu andai sudah bermula. Tak sudi hendak tamatkan kerana aku memang
mahukan begitu.
“Dia
ni, kan...” Aku ketap bibir. Menahan malu sebenarnya.
“Dia
pulak? Tadi abang?”
Nafas
Budriz kian hangat di telinga. Bila
gelas itu sudah bertukar tangan, Budriz meletakkannya di atas kabinet dapur
kembali. Tubuhku diterbalikkan lantas
bening mata kami bersabung sesama sendiri.
“Kita
usaha sama-sama. Abang tak baik, Syai
tak jahat. Yang penting rumah tangga
kita ni menjadi sebuah rumah tangga yang sakinah. Yang dirahmati. Abang nak jadi suami dan Syai haruslah jadi
isteri untuk abang,” tekan dia lagi.
Dari
tutur katanya, aku tahu apakah yang dia inginkan dariku. Aku tahu dari riak wajah dan lenggok tubuhnya
dia mendambakan haknya kini. Aku yakin
itu bila renungan Budriz tidak lagi tenang seperti sebelumnya. Nampak resah kini dan kian tidak
ketahuan.
“Bagi
Syai masa?” pintaku.
Dia
melepaskan lelah sedikit sebelum mengangguk.
“Abang izinkan,” bisiknya dan aku mampu menghela nafas lega.
“Minum
dulu...” Tangan ini mencapai gelas tadi
lalu aku suakan pada dia.
“Abang
tak dahaga,” dalihnya tapi aku terus memaksa.
“Minumlah
sikit. Penat Syai buat ni,” rengekku merayu dia.
Budriz
angguk dan bila aku suakan bibir gelas itu ke mulutnya, dia turut memegang
tanganku yang sedang menggenggam tangkai gelas tersebut.
Setelah
dia menghirup sedikit, matanya bulat.
Wajah penat itu nampak segar bugar.
Bila dia memandangku sekali lagi, aku gariskan senyum dengan kening yang
sedikit terjongket.
“Neslo?” soal dia sepatah dan aku angguk saja.
“Air
yang abang suka, kan?”
Budriz
mengedipkan matanya sekali. “Mana sayang
tahu?” duga dia.
“Kan
dari dulu lagi abang minum air ni. Kalau
pergi kantin tu, air ni je abang order
dengan mak cik kantin tu. Masa tu kami
rasa abang berlagak kot... orang lain minum air sirap je. Mentang-mentang awak tu headboy, mengada je lebih.
Bila datang rumah dulu pun, minta arwah ibu buat air ni jugak!” jawabku sambil mencemik.
Wajah
Budriz ceria. Nampak tenang dan
bercahaya. Hilang lelah yang ada di
wajahnya bila dia ketawa.
“Mana
Syai tahu? Syai perhatikan abang
ke?”
“Mana
ada... Syai dengar budak-budak ni bercerita je,” jawabku beralasan.
Benar
begitu. Sesekali memasang telinga akan
perbualan teman-teman sekolah dulu tentang dia, sungguh menimbulkan rasa
jengkel dalam diri tapi entah mengapa, yang menjengkelkan itulah kian teguh dan
kukuh terpahat dalam ingatanku.
“Oh...
jadi budak-budak lain semua rasa abang macho
kot masa tu. Rasanya sayang je rasa
abang berlagak, kan?” tanya Budriz
lagi.
Aku
ketawa halus dan mengangguk. “Memang
pun...”
“Orang
tak tahu hubungan kita masa tu dan sama juga seperti sekarang. Orang tak tahu. Man je tahu.
Itu pun Wawa tak tahu lagi. Abang
nak kita...” Budriz matikan kata di
situ.
Aku
tahu apa yang di maksudkan.
Lambat-lambat, aku mengangguk mengizinkan dia memberitahu siapa saja
tentang hubungan kami. Untuk satu dunia
sekalipun aku mahu dia angkat aku sebagai permaisuri hatinya biarpun aku banyak
tercela.
“...
abang nak kita hidup macam suami isteri yang lain. Abang cintakan sayang dan harap sayang boleh
balas cinta abang. Abang tak paksa
sayang cinta abang sepenuhnya tapi sikit-sikit.
Yang pasti makin mekar dan tak layu.
Itu je abang mohon,” sambung Budriz sambil menarik tubuhku berada di
dalam pelukannya. Erat dan sangat-sangat
erat.
Aku
ukir senyum. Biarpun nama dan wajah
Nurina menari-nari di ruangan mata, aku tetap mampu lebarkan senyum kerana aku
yakin, kasih Budriz tak pernah berpaling daripadaku sejak dulu.
‘Terima
kasih, Ya Allah...’ Hati ini berbisik sendiri.
Penuh rasa syukur di atas kurniaan yang telah Dia berikan untukku.
**
MALAMNYA
aku hanya nampak Budriz bermalas-malasan di sofa. Kakinya diletakkan diatas meja kopi dengan
tubuh yang bersandar keletihan pada sofa.
Beberapa buah majalah dan surat khabar bersepah sana sini. Tambahan pula kipas yang terpasang agak kuat
lantas menerbangkan helaian surat khabar tersebut.
Aku
mengeluh sedikit. Rasanya tidak pernah
dia begini sebelum ni. Sudahlah seharian
ini dia hanya terlena saja. Usai Zohor
siang tadi, dia terlelap. Kala aku
kejutkannya, dia bangkit malas menunaikan fardhu Asar. Setelah itu terlelap lagi hinggakan aku
selesai menyediakan makan malam lewat petang tadi, barulah aku nampak batang
hidungnya di ruang tamu.
Kala
ini, setelah pulang dari masjid, dia juga masih begitu. Diam dan nampak lelah. Dari ambang pintu dapur, aku merenung dia
setelah pinggan mangkuk semua siap di cuci.
Tangan ini aku lap perlahan. Mata
ini terus meratah setiap inci wajahnya.
“Sayang
buat air sikit,” arahnya agak kuat.
Aku
tersentak sedikit. “Yalah...” Aku menyahut sedikit sambil berlalu kembali
ke dapur.
Sebuah
gelas aku capai dan neslo kegemarannya aku bancuh agak pekat sedikit. Beberapa ketul ais aku letakkan kerana aku
tahu, dia tidak pernah gemarkan air panas.
Sekadar suam-suam saja.
“Air...” Aku suakan gelas itu padanya.
Dia
memandang aku sekilas dan menjuihkan bibirnya ke meja kopi mengisyaratkan agar
aku meletakkan gelas itu di atas meja.
Tanpa
banyak menyoal, aku turutkan saja. Rautnya
itu aku pandang lagi. Siaran Astro entah
berapa kali bertukar. Tidak tahu mana
satukah siaran yang mahu dia fokuskan. Dari
National Geoghraphic bertukar kepada sukan.
Seterusnya berita dan kemudiaannya cerita. Akhirnya terhenti pada siaran karton.
“Abang
kenapa?” soalku pelik.
Sungguh
aku kehairanan sedangkan siang tadi dia nampak biasa-biasa saja. Malah romantis dan ceria.
“Abang
penatlah sehari dua ni,” jawabnya sambil menurunkan kaki dari meja kopi
tersebut. Gelas besar itu dicapai.
“Emm...
sedap!” pujinya setelah dia meneguk
sedikit air itu.
Aku
gariskan senyuman menerima pujian daripada lelaki yang kugelarkan suami
kini. Lelaki yang aku mahu hadap seumur hidupku. Lelaki yang aku mahu hadap hingga aku
menghembuskan nafasku yang terakhir dan lelaki yang mahu kuhadap setelah kami
dibangkitkan semula di padang mahsyar nanti.
“Kalau
sedap minum sampai habis. Syai nak ke
dapur kejap. Nanti nak naik tidur dah. Esok kerja.
Abang pun ada meeting, kan dengan aunty,” ujarku mengingatkan dia.
Dia
angguk malas. “Meeting ni buat abang
stress sungguh. Tak ingat kat aunty,
abang tak masuk dah meeting ni. Banyak cerita
betul client ni,” rungut dia.
Aku
yang sedari tadi berdiri tegak di depannya terus melabuhkan duduk agak rapat di
sisi Budriz. Dia yang bagaikan mengerti
dengan kehendakku, sekadar memberi ruang lalu lengan itu terangkat memegang pada
belakang sofa dan bila aku labuhkan duduk di sisinya, seperti yang kuduga,
lengan itu jatuh melilit pada bahuku.
“Tapi...
itu punca rezeki untuk abang bagi makan isteri abang ni jadi abang ikhlaskan
juga hati nak kerja,” sambung dia dengan bibir yang kembali tersenyum.
Sebentar
tadi monyok saja dan kini sudah kembali ceria.
“Tadi
kenapa masam je?” soalku.
Dia
senyum. “Mahu tak masa. Dari petang tadi sayang dok dapur je. Langsung tak hiraukan abang. Baik abang tidur dari tengok sayang dok buat
kerja lain. Nak ajak karang, takut
sayang marah. Abang balik dari surau pun
sayang masih lagi kat dapur. Suami mana
boleh tahan, sayang?” Dia menjelaskan
kepadaku kedudukan yang sebenarnya hingga membawa pada wajah itu mencuka
habis.
Aku
ketawa kecil sambil menekup mulut.
“Abang
tak panggil pun...”
“Tadi
dah panggil,” jawabnya.
“Panggil
suruh buat air je...,” tukasku lagi.
“Nak
suruh sayang datang sini, jadi buat alasan nak air jelah. Lagipun abang memang dahaga. Panas sungguh malam ni. Nampaknya kena kuatkan air-condlah malam ni,”
ujar dia sambil mengambil gelas itu lagi.
“Abang
ni... boleh tak jangan sepah-sepahkan rumah.
Kan elok je tadi. Ni surat khabar
bersepah sana sini. Majalah pun
sama. Macam budak-budaklah!” bebelku tiba-tiba bila sakit mata ini
melihatkan rumah yang semak.
Budriz
ketawa. “Abang saja je. Nak rasa isteri membebel bila suami sepahkan
rumah. Emm... syok juga sayang bebel
ni. Lain kali bebel manja lagi tau,”
pinta dia mengada-ngada.
Aku
cemikkan wajah lantas cuba bangkit hendak mengutip majalah dan akhbar yang
berselerakan tapi dia menahan.
“Biarlah. Nanti abang kemaskan. Kan abang yang buat sepah. Sayang jangan buat. Tadi, dah penat kat dapur tu...,”
larangnya. Bibir gelas itu disuakan
padaku dan aku menggeleng menolaknya.
“Oh
abang lupa sayang tak boleh dengan kafien.
Nanti pitam. Jenuh abang nak
dukung naik atas nanti,” ucapnya mengusikku.
Dia ketawa kecil sebelum kembali meneguk saki baki air itu.
Aku
jegilkan mata. “Mengata orang!”
Budriz
ramas bahuku sedikit. “Abang usik
je. Segalanya pasal sayang cair dalam
kepala abang ni. Sayang je jual mahal
tak nak ambil tahu hal abang langsung!”
cemiknya.
Ada
nada berjauh hati pada hujung suaranya. Bibir
ini aku ketap sedikit. Mata redup itu
aku renung lagi. Rambut yang berjuraian
ke dahi, aku selak sedikit.
“Syai
minta maaf. Syai silap menilai semua
orang hanya kerana ayah. Syai salah. Ampunkan Syai...” Aku capai jemarinya dan aku kucup
lembut.
Airmataku
bergenang kala ini. Menyedari khilaf
diri pada seorang lelaki yang bernama suami.
Kala aku angkat wajahku, ada air jernih yang mula menuruni lekuk
pipi. Sedapa upaya bertahan, namun tewas
juga akhirnya. Namun, aku bangga kerana
tewasnya ego ini pada dia yang sepatutnya dan bukan pada lelaki dayus yang
menghubungiku siang tadi.
“Ya
Allah... sayang. Kenapa ni? Tak nak nangis...” Budriz menggelen beberapa kali.
“Abang
sayang Syai. Sayang kerana Allah. Kerana dari dulu abang rasa sayang adalah
amanah Allah pada abang. Sebab tu kasih
di hati abang tak pernah hilang untuk Syai.
Sentiasa ada. insyaALlah akan
kekal dalam hati ni selagi Allah izinkan,” pujuk dia padaku.
Aku
angguk bersama airmata yang semakin lebat.
Sekadar titisan tanpa suara dan bila jemari kasar Budriz singgah di
pipiku menyeka airmata ini, aku gariskan senyuman pahit.
“Terima
kasih,” ucapku penuh beremosi.
Dia
angguk dan mengucup dahiku lama. “Apa
saja yang pernah terjadi, biar saja terjadi.
Kita sama-sama silap kesan daripada orang tua kita tapi yakinlah pasti
segalanya bersebab. Allah tak menjadikan
sesuatu itu dengan sia-sia. Sayang kena
ingat tu,” pesan dia lagi. Lembut dan
mendayu saja.
Rambutku
dibelai lembut. Sekali lagi bibir itu
singgah ke dahiku dan bila tangannya merayap pada belakang leherku, aku
hanya mampu menahan perasaan lagi. Tidak kutahu sama ada dia mengerti atau hanya
aku yang mengingini.
“Ingat
tak dulu, abang pernah cakap. Satu hari
nanti abang akan jadi suami yang Syai nak hadap. Suami yang Syai nak hadap setiap saat dan
ketika hingga jasad ni...” Budriz
membawa telapak tangannya menyentuh dadaku.
“...dimamah
tanah dan roh ini kembali pada pencipta.
Itu janji abang dan terima kasih juga sebab sudi kotakan janji abang,”
ujarnya kembali mengenang pada perkahwinan kami pada awal waktu yang penuh maki
hamun dariku.
Perkahwinan
yang bermula dari seribu keperitahan namun
hari ini, Allah gantikan dengan sejuta kemanisan.
Tidak
mampu berkata apa lagi, aku jatuhkan kepala berkali-kali. Tubuh sasa itu aku sapa ke dalam pelukanku
buat pertama kalinya tanpa paksa dan hanya rela semata-mata. Rela hendak menyerah padanya. Menjadi milik dia secara mutlak.
“Syai
sayangkan abang. Dari dulu mungkin Cuma baru
sekarang Syai sedar semua ni...” Aku
akui satu hakikat yang aku sendiri baru sedarinya.
“Toksah
cakap sayang. Abang dapat rasakan. Dari dulu abang sentiasa dapat rasakan,”
sahutnya pula.
Tangisan
berhamburan. Belaian dan pelukan Budriz
juga semakin hangat dan meresahkan.
“Abang
dah hilang dahaga bila Syai sudi buatkan air untuk abang setiap kali abang
meminta sekarang. Dahaga abang dah
hilang dengan kenikmatan kasih sayang Syai pada abang biarpun sedikit demi
sedikit macam ni sebab dari dulu, abang tak suka memaksa Syai. Tapi, hari ni andai sayang sudi, abang harap
sayang boleh hilangkan dahaga abang dengan belaian dan kasih sayang Syai yang
ikhlas tanpa sedikitpun paksaan.”
Kata-kata Budriz hangat menyapa peluput telingaku bersama nafas yang
kian mendesah.
Aku
menelan liur berkali-kali. Entah apa
lagi yang mampu aku katakan saat ini bila dia meminta haknya. Aku juga mahu disayangi. Mahu merasakan nikmat cinta yang telah Allah
anugerahkan dengan cara yang tersendiri.
Bahu
sasa Budriz aku tolak perlahan. Kala mata
kami bersabung pandang, aku renung anak mata itu sedalam mungkin. Mata redup itu terus merayu. Berombaknya dada itu menggambarkan yang
benar-benar mendambakan kehadiranku di dalam dirinya.
Lantas,
aku bawa kedua-dua belah telapak tanganku menyentuh pipinya lembut. Pipi yang pernah menjadi mangsa tamparanku
berkali-kali.
Lupakan
segalanya. Lupakan kebencian nenda,
abaikan sinis Nurina, pergilah kisah lalu, luputkan lelaki itu dari
mindaku. Perlahan-lahan, aku angguk
menerima kehendaknya.
Kala
aku bangkit, aku tarik tangan Budriz bangkit bersamaku. Di luar sana, hujan kian merintik ke
bumi. Titisan halus itu berubah menjadi
kasar lantas membisukan kata-kata kami. Ditelan
oleh rintik hujan yang merahmati kami.
Kaki
ini menapak perlahan-lahan meniti anak tangga tanpa sepatah pun bicara. Hanya mata dan tingkah saja yang
berbicara. Kala pintu terkuak, Budriz
rapatkan semula. Bila dia mendekat, aku
rapatkan kelopak mataku bertahan dari detak yang kian rancak menghentak dada
yang sudah mahu pecah.
Nafasnya
hangat menyapa wajah. “Abang sayangkan
Syai...” Budriz berbisik lagi. Dapat aku rasakan bibir itu melekap ke
dahiku.
“Tak
mungkin abang sia-siakan amanah Allah ini... Syai adalah amanah arwah ibu,
amanah ayah dan amanah Allah. Sayang adalah
pemilik hati,” sambung dia lantas bibir itu menjarak dan singgah pula pada
pipiku.
“Sayang
adalah isteri abang yang akan abang kongsikan seluruh hidup ini. Dalam bahagia dan derita, kekallah bersama
abang,” bicaranya lagi lalu kali ini, bibir itu melekap rapat ke bibirku.
“Assalamualaikum
cinta abang...,” ucap Budriz kala dia menolak tubuhku lembut.
Dan
aku, menjawab salam itu di dalam hati menerima hadirnya dia berkongsi kasih di
dalam sanubari.
~~> bersambung
Cik Penulis : Terima kasih atas sokongan semua dalam bab2 sebelum ni ya.. tak dan balas tapi sgt2 hargai.. Bab ni daring sikit kot.. pejam mata jelah baca..kehkehkeh.. romantikus bermula..miahaha..sayang kamu semua..
Wahhh, akhirnya.. Syai trima jugak suami yg die x hadap, skrg dh jdik hadap..
ReplyDeletebestnye !
ReplyDeleteKak Rehan, tahniah atas penghasilan karya-karya yg menarik. Seronok sangat bila Syai dah terima Budriz. Harap-harap mentari yang kian menyinar ini akan berkekalan dan takkan disurami dengan rintikan hujan. Syabas Kak Rehan. Teruskan menghasilkan karya-karya yang menarik. :)
ReplyDeleteSke!!!!
ReplyDeleteTq RM for this n3. Seronok membaca dn tak sbar nak tgu yg seterusnya
ReplyDeletenext :))
ReplyDeleteOMG....Like...Like...Like...
ReplyDelete...Daebak....!!!! Congrat RM.....x sabar nak tggu next chapter....
ReplyDeleterehannnnn!!!!! pejam mata mana dpt baca dik oiii...yezza..way to go budriz! sungguh syahdu entri kali ni...
ReplyDeletehahaha memang daring but i like,...thumbs up ^-^
ReplyDeleteawww....
ReplyDeleteblushing bace bab romantikus nie kak rehan...
hehehe
pape pon, i loike....
huuhuuhu... meremang ai... tp ttp best
ReplyDeletehahaha...alhamdulillah.. bagus lah dh bleh terima budriz.. ade smbgn dia lg x?hehehe
ReplyDeleteRomantik !
ReplyDeleteBest :)
Mnyerah dlm rela... akhirnya hjn jd saksi syai dtg mnyerah hihihi.
ReplyDeleteBestnya...akhirnya syai terima abg budriz...nak lagi ye...
ReplyDeletebyg kan yg dingin....huhu
ReplyDeletegood job RM...tqvm
nk lg....
ReplyDeleteterbaek..... kak rehan pasni takmo lerr ada gaduh2 dh syai ngan budriz ye.... romantik gilerrrr....
ReplyDeleteAuuuwwwww.... Malu2 sendirian sambil membaca... Mcm mengintip pasangan suami-isteri memadu asmara pulak.... Itu episod suka stk...
ReplyDeleteYg tak bestnya pulak, lepas episod suka, mesti ada episod cabaran pulak.... Ini yg jantung dap-dip-dup jadinya....
Nak entry lagi....
hoho...dh maju..hehe....bgus2..
ReplyDeleteWE WANT MOREEEE!
ReplyDeleteaku pun TERHADAP jga akhirnya...ha3..RM2
ReplyDeleteAummmmmmm~ HAHAHA! yeay budriz romantic abis lah! Saya pulak yang cair. Syai jgn nakal2 eh. Takmo tinggi kan suara kan suami lg eh. Takmo gaduh2 ngan budriz eh. Nak tengok syai pulak yang romantic. Muahahaha. Nak lagi nak lagi nak lagi.
ReplyDeletehehehe.. rela.. rela..!
ReplyDeleteso so so sweett ok...huhuuhu..nak suami mcm Budriz ni boleh tak????h0h0h0...
ReplyDeleteoo...nak lg...plz
ReplyDeletengade x suda budriz ni..finally ad juga bahagia tuk syai ngan budriz..n3 ni best la
ReplyDeleteSegan baca, hahaha. Tp kak Rehan memang the best! :D next kak :) eh UD sekali! ceh, demand.
ReplyDeletespeechless.... budriz sangat2 diplomasi dlm menuntut haknya dan juga sangat2 terro mencairkan hati isterinya dan juga saya!!melt gila!! huhu... cik rehan nak lagi plz.... UD tu esok2 pn tak pa saya tak kisah heheh... banyak tau hutang STK cik rehan kat kitaorg ; )
ReplyDeleteehm, mesra sangat diorang ni, suke, hehe, akhirnya syai dapat terima hakikat, bahwa dunia tak selalunya kelam, ^_^. nice n3 k Rehan,
ReplyDeletemuda13
wah!! rse nk jerit.... yes!! akhirnyeee syai relakn jgk semuenye demi budriz.... like entry ni..
ReplyDeletebudriz romantiknyer..i like beratus kali rehan..sambung sikit ea..suka ngat tengok diorg bahagia..Amin..
ReplyDeletewah bestnye ... romantiknya ... pejam2 mata pun bleh sengeh2 manjang ni hahahah tahiah rm... ^_^
ReplyDeleteSaya dah blushing ^^ Sweet nya Budriz!! Nak budriz lagik! hekhekhek. Lama dah tak sambung cerita ne. Rindu ngan kesabaran budriz. Rindu ngan kedegilan Syai. hikhik
ReplyDeleteAlhamdulillah... Akhirnya kesayangan akak dah berjaya..
ReplyDeleteLepas nie... Suami yg ku hadap la pulak...
Wah... Bagus gaya penceritaan cik RM...
Akak suka... Tahniah... Keep it up...
yesss..dh brbaik dh...
ReplyDeleteskanye....sweet sgt... i like...
thanks RM..hehehe
Besttttttttttt........
ReplyDeletekak rehan. trima kasih kak~ n3 ni mmbuatkn sy mngis. akhirnya, syai trima budriz. moga kebahagiaan akn terus mnjdi milik mereka. :)
ReplyDeleteromantiknya SB...baca smbl tersenyum malu...best lah akak nih...
ReplyDeleteNow i can see you in each word. STK is an "emotionally heavy" novel. Bila dh sampai bab 24 br ramai yg boleh faham kenapa Syai stern sgt... Keep it up RM!
ReplyDeletebest kak! next entry ...-lyn_intanazlleyna
ReplyDeletebgus2 syai da dpt trima spnuhnya budriz.
ReplyDeleteBestnye..jgn lh buat ada org dengki plak..watak2 jht x pyh keluar dh..
ReplyDeleteThanks RM.. for the lovely N3.. Ntah naper rasa sebak je.. tak daring tapi touching.. boleh buat airmata menitis.. Love RM..
ReplyDeletebest2...nak lagi n3...
ReplyDeleteDaring nyer....:)
ReplyDeleteSukalah syai menghadap budriz lani.
next akak..beshla..haha
ReplyDeleteSemoga Syai dapat kebahagian.... kasihan Budriz lama tunggu Syai....
ReplyDeletetimekasih semua.. baru mampu membalas komen2..sgt2 sy hargai..n thansk sudi singgah blog ijo layan STK... dulu ramai katakan tak nampak RM dalam STK mgkin sbb watak utama ini jahat... utk jangka masa yang lama inilah cabaran yg perlu sy hadap sebagai penulis menggunakan POV1 iaitu AKU... orang hanya tahu satu sisi perasaan saja. yg lain tak tahu tp sy seronok mcm ni..buat jiwa sy hidup..
ReplyDeleteterima kasih atas komen2 sebelum ni yg membuatkan sy kembali bernyawa dalam setiap huruf dan ayat STK ini.. maaf atas kekurangan dan layann..hehe..
awat cheq yg berdebor-debor...akekekekeee...
ReplyDeletesukanya syai dh terima budrizzz..rehan next n3 plssss:))))
ReplyDeletethanks kak rehan, sekali double entry.UD & STK.
ReplyDeletetapi jgn taip kalut2 sgt tau, ada few spelling mistakes.
mmmuuaaah!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteahakkk...
ReplyDeletepejam celik pejam celik je mata..>.<
hehe...alhamdulillah, syai semakin hidup hatinya..
RM, sweetnyer n3 kali ini. Akhirnya Budriz n Syai bersatu dlm erti kata sebenar. X sia-2 Budriz menanti dgn penuh kesabaran. Sekarang dh jd 'Suami yang Aku hadap" heheheeeee...
ReplyDeleteP/S: Bila Nak saksi ada treaser tak? rindu kat Usop n Jelita.
best.tp nak ud jugak..:).cuma harap budriz x kawin dgn nurin RM,, takut cita ni mix KIM plak....
ReplyDeletewakakkaa tetttt,,,sensor ckit tp i ok jek hahahaha..
ReplyDeletehuhu bila bahagia dtg mjengah pasti derita mendatang..oh tidak!
alhamdulillah..syai dh terima budriz sbg suami...
ReplyDeleteBest sgtlh RM nak lagi.
ReplyDeleteThe Bestlh REHAN...Love U...
ReplyDeleteIda
Terima kasih RM kerana sudi menghilangkan dahaga kerna STK. Memang RM terbaek sebab bila saya membaca segala benci, sakit, gembira dan gerak laku Budriz dan Syai terkesan di hati...tak sabar untuk membaca keseluruhan cerita, semoga dibukukan. Syukur sebab watak Syai dah mula lembut dan Budriz mula gembira, janganlah ada penghalang yang kekal, sikit2 oklah. Tak sanggup rasa, rasa nak larikan aje mereka berdua duduk ke pulau yg jauh yang tiada 'langau' yang mengganggu. - SZ-
ReplyDeletebest sgt syai dah dpt terima budriz...
ReplyDeletekak rehan..nak lagi..nk sambungan dia :)
ReplyDeletenak lagi
ReplyDeletebest...caring betol budriz..nak lg bleh???
ReplyDeletesweet sgt budriz ni...hope dpt jumpa lelaki sebaik budriz =)...
ReplyDeletetq karehan..romantik sgt la...mujur bca sesorang.malu kalo rumet tgk snyum dpn lappy..
ReplyDeletetapi, ada byap typo la..mgkin kurang dble check kot
terbaik kak rehan..dah lama tunggu cerita ni..hehe. best sgt!
ReplyDeleteala ingatkan malam ni blh la layan STK. akak taklah stop lama2.... org ketiga, penghalang kebahagian diaorg sure ada punya lepas ni, tapi hopefully budriz dapat bertahan dan bersabar juga syai tak mudah melatah demi kebahagian korang.. cewwah hehehe
ReplyDeletewutt...wutt.. menunggu bab seterusnye..ngeggehehe
ReplyDeletegiler... giler... giler.... hahaha... best RM... tq...
ReplyDeleteSelamat Berpuasa.... syai n budriz pun kena posa sebulan..miahaha... gurau jer...
bestnye.... jalan menuju ke gerbang kebahgiaan menjelma...
ReplyDeletebla nk ade nxt epi...?waaa dh xsbr~~~
ReplyDeleteCik Penulis ~~~~~> Entah mengapa n3 ni menggamit lagu Ombak Rindu dipeluput telinga dan minda akak. Walau apapun akak mohon, andai terduga lagi jangan buat Syai hitam hati.. cekal dia yang akak nak santap ya? Luv u more!!!
ReplyDeletebila nk smbung next bab die???x sbr nye nk tau...hehehe....
ReplyDeletewahhhhhhhhh...seronok lak bce novel ni..heee..super duper bezzz cam IAM jgk..heee..thnumb up kak rehan! cpt2 ye utk n3 STK yg bru..kit33 ;)
ReplyDeletesukeee sngt2 dgn cte ni..kak rm bila lagi nak smbung bab lain?bila cerita ni nak keluar dekat pasaran?
ReplyDeleteHaha..ok je xplu tup mata tp kan bleh tak jgn jdikan drma karya tuvjd xbest d romentik jdnyer
ReplyDeleteDr 1st n3 smpi yg ni, sgt enjoy bc...prasaan marah, geram, sweet, sedih semua pn ada..cdgn mgkin tmbh kn lg sedikit elemen agama pd budriz...tnjukkan yg dia btul2 niat nk terima, ubah syai melalui agama. All de best utk cite yg ni...
ReplyDeleteNext. N3 bila RM xsabar nak bace nim.....
ReplyDeleteMoga syai gapai bahagia
ReplyDeleteTerbaaaeeeekkkkk aarhh!!
ReplyDeletego stk(suami tak kuhadap)
JOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com