MENTARI
masih nampak merah di ufuk timur.
Menandakan sehari lagi aku hidup di muka bumi ini dengan penuh rasa
syukur yang tak terhingga. Langsir yang
menutupi pintu luncur, aku kuak selebar mungkin. Membiarkan cahaya masuk ke dalam kamar.
Setelah
siap menyediakan sarapan, aku kembali duduk di beranda. Menikmati matahari yang kian menampakkan diri
memberi sinaran pada dunia. Seperti mana
Budriz hadir membawa cahaya dalam perjalanan hidupku yang kelam.
Jam
makin berdetik. Biarpun hari ini
bukanlah hari minggu, aku disekat oleh Budriz untuk tidak ke pejabat. Usai Subuh tadi, dia kembali terlena
sedangkan aku tidak mampu melelapkan mata.
Sesekali
bibir ini menguntum senyum. Rayuan
Budriz malam tadi menggetarkan jiwa.
Pujukan dan kata-kata cinta yang dia luahkan benar-benar membuatkan aku
tidak mahu berjauhan dari dia biarpun untuk seketika cuma.
“Jom
tidur.”
Entah
bila, tubuh Budriz tegak berdiri di sisiku.
Lantas, lengannya membelit bahukudan menarik aku rapat ke sisi
tubuhnya.
“Eh,
ingatkan tidur?” soalku kehairanan.
Sebentar
tadi, aku nampa k
dia terlena pulas di atas katil.
Berselimut hampir seluruh tubuh dilitupinya.
“Tak
boleh tidur…”
“Sebab?”
Dia
berpaling dan tersengih lebar. Susunan
gigi yang putih bersih itu jelas di mataku.
Sepasang gigi taring miliknya itu kian jelas juga. Nampak menarik kala dia tersenyum begini.
“Sebab
dah biasa tidur berteman. Ada bantal hidup. Nak tidur sorang tak ada bantal hidup tu, tak
best,” jawabnya sambil mengenyit mata
padaku.
“Eleh…
baru semalam kot tidur berteman. Mengada
je lebih,” cemikku.
Budriz
ketawa besar. “Memang semalaman je tapi
kesannya seumur hidup ni abang akan bawa,” ujarnya lagi.
Sisi
wajah Budriz aku pandang. Jelas di mata
ini kebahagiaan yang tidak terperi pada wajahnya. Bagaikan bulan jatuh ke riba, bagaikan cinta
tergantung hingga ke kejora.
“Syai
nak kerja hari ni…,” beritahuku padanya.
Dia
menggeleng. “Aba ng cuti, Syai kena cuti jugak. Ini arahan.”
“Tapi,
abang bukan bos Syai…”
“Tapi,
abang suami sayang, kan ?” Dia tekan sedikit suaranya bila aku bagaikan
hendak melawan.
Aku
angguk. “Memanglah tapi aunty marah nanti.”
“Aunty
tak kisah. Dia tahu abang perlukan
isteri abang. Tak mudah untuk kita ada
di sini hari ni dengan suasana macam ni setelah berbelas tahun abang simpan
rasa hati ni. lagipun, syarikah tu
lama-lama jadi hak abang jugak. Jadi,
anggap jelah abang bos sayang.
Boleh?” pintanya.
Tawa
kecilku meletus biarpun hati ini resah.
Kata-kata Aunty Sarimah berdengung lagi.
Aku tahu dia sekadar bergurau namun bagiku, dia memaksudkan itu. Budriz tidak boleh mewarisi syarikat
itu. Jika tidak, dia bakal terikat
dengan syarat nenda dan haruslah Nurina.
“Aba ng nak ke ur uskan
syarikat tu nanti?”
“Kalau aunty suruh. Abang tak ada pilihan. Syai kan
tahu kami tak ada pewaris lain selain abang.
Lainlah kalau sayang nak lahirkan anak ramai-ramai untuk abang. Kita bagi waris keturunan Al-Sagof ni ramai
dalam dunia ni,” selanya nakal.
Aku
menyiku rusuknya. Tubuh yang tidak
berbaju itu nampa k
sedikit kesejukan kala angina pagi menyapa.
Elusan demi elusan pada helaian rambutku
yang masih basah membuatkan aku terpaksa memalingkan wajah ke lain. Malu masih banyak bersisa tapi Budriz tenang
menarik pipiku, memaksa aku memandangnya.
“Syai
nak kan ,
lahirkan anak untuk abang?” tanya dia
serius.
Aku
mengulum senyum. “Kalau tak sudi semalam
tu tak adalah macam tu,” tukasku menahan rasa.
Dalam
hati, gundah menyentak tenang. Jika
ketentuan Ilahi membawa Budriz menerima syarat untuk menjadi waris nenda, entah
di mana takdir akan menolak aku pergi?
“Yes. I knew it. Sayang tak menyerah saja-saja dan abang tak
melayani sayang sebab abang semata-mata tapi sebab tanggungjawab abang yang dah
lama abang patut tunaikan untuk sayang,” sahutnya ceria.
Dia
ketawa dan aku juga. Aku lemparkan
pandanganku jauh ke dada langit yang
semakin cerah dan terang. Menikmati
hangatnya mentari buat ke sekian kali.
Berharap agar cerah ini kekal sampai ke petang.
“Alhamdulillah. Bernafas lagi kita untuk sehari. Kita hargai setiap saat yang kita ada. Setiap helaan nafas yang Allah anugerahkan
ini dengan pengisian yang berharga. Abang tak nak kita bertekak, bergaduh, maki
hamun macam dulu. Abang sayang isteri
abang ni,” bisik Budriz padaku.
Aku
angguk mengiyakan. Benar begitu. Andai bahagia itu menjengah, untuk apa kami
menyeru derita itu hadir menyulam rasa indah ini.
“Dah
masuk Dhuha ni. Aba ng nak solat Dhuha kejap. Moga-moga murah rezeki kita. Tapi, bukan kewanganlah. Tapi, rezeki dalam ni…” Budriz senyum lagi dan dia membawa telapak tangannya
menyentuh peru tku
yang masih lagi kempis.
Tangannya
aku tampar sedikit. Menolaknya dari
terus bergurau demikian. Macam kemaruk
pulak dah Budriz ni. Bisik hatiku
sendiri.
“Tampar
abang,” tegur dia.
“Abang
tu…” Mulutku muncung tapi kata-kataku mati
bila wajah Budriz menghampiri.
Wajahnya
nampak tenang tapi dada itu kian berombak.
Nafasnya juga kian kasar dan lelah.
Aku hanya mampu menelan liur bila wajahnya kian mendekat dan terus
mendekat. Hampir semakin hampir
hinggakan nafas kami bercantum dalam satu.
“Bersaksikan
cinta Allah pada cinta abang terhadap Syai, setiap malam abang bertasbih
pada-Nya berharap agar dia bawa hati kita mendekat. Berharap agar Tuhan menolak Syai menjadi
milik abang. Ternyata, isthikarah cinta
abang hanya ada Syai dari dulu hingga kini.
Kekallah di sisi abang seperti mana abang tetapkan hati berbelas tahun
ini memburu kasih wanita yang abang cinta,” mohon Budriz penuh beremosi.
Nafasnya
hangat menyapa wajahku. Mata kuyu itu
tampak sedikit berkaca-kaca kala dia kembali merenungku. Kedua belah tangannya menyapa pipi ini
lembut. Keningnya terjongket lagi
meminta sebuah jawapan yang pasti lalu aku sapa belakang tangan kasar itu dan
terus menjatuhkan kepalaku berkali-kali.
Aku
senyum namun senyum itu berbunga sendu.
Jujur aku terharu dengan cintanya.
Jujur aku akui, aku juga mencintainya dari dulu namun terlalu lama waktu
yang aku perlukan untuk mentafsir erti sebuah cinta.
“Abang
adalah suami yang Syai tak hadap. Dari dulu lagi tapi setelah apa yang terjadi,
abang adalah suami yang Syai nak pandang selagi mata ini mampu melihat, hati
ini mampu merasa dan jantung ini bisa berdegup,” ujarku sambil mengangguk.
Bibir
Budriz semakin mekar dengan senyuman.
Perlahan-lahan dia merapatkan dahinya ke dahiku. Matanya terpejam rapat. Kala ini, aku memandang lagi wajah
maskulinnya. Berharap agar mampu
bertahan biarpun badai kian menghampiri.
Aku yakin itu.
“Alhamdulillah…
alhamdulillah… alhamdulillah,” ucap Budriz bersungguh-sungguh dan aku terkesan
akan air jernih yang terbit sedikit pada juring matanya.
Aku
senyum dan kepalanya aku tarik sedikit.
Tubuhnya yang jelas lebih tinggi
daripadaku itu membongkok dengan rela.
Bagaikan mengerti dengan kehendakku, Budriz suakan dahinya lantas aku
kucup ubun-ubunnnya menyatakan aku adalah miliknya dunia akhirat.
Seperti
katanya dulu, aku akan pergi. Pergi tak
akan kembali berbalut kafan putih, hanya jasad tanpa nyawa dan kala itu, dia
akan merelakan.
**
TENGAH
HARI itu, seperti biasa aku masuk ke dapur.
Alang-alang bercuti, aku mahu laksanakan tugas-tugas sebagai seorang
isteri pada Budriz. Isteri yang menjaga
makan pakai seorang suami setelah dia menjaga segala kebajikanku.
Ikan
kembung yang sederhana besar itu aku celup di dalam bancuhan tepung dan
kemudiannya, aku balut dengan daun pisang.
Kemudiannya, aku letakkan dua ekor ikan tersebut di atas kuali leper
yang sudah dipanaskan.
Api aku
kecilkan sedikit bimbang luarnya saja masak sedangkan dalam isi ikan tersebut
masih mentah. Kepala pili aku pusing dan
tangan kubasuh. Itu sajalah hidingan
kami untuk hari ini. Ikan kembung bakar,
sambal belacan dan juga masak lemak cili padi nenas.
“Wanginya…”
Aku
terkejut sedikit bila Budriz menegur.
Suka sungguh kejutkan orang. Hati
ini membebel sendiri. Wajah ini aku
kerutkan sedikit menyatakan rasa tidak puas hati.
“Terkejut
orang!” tegurku sedikit marah.
Dia ketawa kecil dan memaut bahuku rapat
padanya. “Sorry tapi wangi sungguh,”
puji dia.
Aku
ketawa halus dan menyuakan mangkuk yang berisi sambal belacan itu dekat dengan
hidungnya. Serta merta Budriz
terbersin.
“Uish…
tajam betul bau dia,” komen Budriz lagi namun dia tetap menghidunya seklai
lagi.
“Tapi…
wangi.” Dia menyambung bersama sengihan
yang lebar.
“Wangi,
kan ?”
“Sangat
wangi,” balasnya lalu dia mengucup pipiku sekali.
Mataku
bulat. Ada saja peluang, dia pasti tak lepaskan.
“Abang
ni, suka ambil kesempatan dalam kesempitan,” selaku sambil menyiku
rusuknya.
“Dengan
Nur Syaima je. Dengan orang lain tengah
menyempit pun abang tak pernah ambil kesempatan,” ujarnya pula membela diri.
Usah
diakui, aku yakin akan dia. Aku yakin
dengan kesetiaannya. Entah mengapa, ada
rasa sesal hadir memburuku. Dari segenap
ceruk, sesal itu datang bertandang.
Kesal memperlakukan dia begitu dahulu.
Jika
aku memberi peluang diri ini disayangi, barangkali aku tak akan lalui semua itu
dulu. Di luar sedar, aku mengeluh
sendiri. Rasa sebu menatap dia yang
sedang mengusik ikan di atas dapur.
“Syai
minta maaf,” ucapku resah.
Pantas
Burdriz berpaling dan memandangku penuh tanda tanya. Tangannya terhenti. Penyepit dia letakkan di atas pinggan. Bahuku dia paut dan membawa tubuh kami
berhadapan.
“Abang
dah lama maafkan. Sentiasa
memaafkan. Jangan risau. Tak nak sedih-sedih depan rezeki ni,” pujuk
dia lantas jari telunjuk itu singgah pada hujung mataku. Mengelap sedikit air yang terbit dari kolam
mata.
“Tapi,
dari mana sayang dapat resepi ni? Tanya
pak cik Google ke?” Budriz menyoal
mengalihkan perhatianku.
Mangkuk
sambal itu dia suakan padaku pula dan aku capai lantas diletakkan di atas
meja. Budriz mengikut dan terus saja dia
labuhkan duduk di kerusi menantikan aku menghidangkan makanan.
“Ini
resepi ibu. Ibu yang ajar Syai buat ni
dulu.” Aku menjawab ceria. Ada
gembira kali ini kala mengingatkan ibu.
“Boleh
ajar abang?” Budriz menongkat dagu dan
merenung aku yang sedang meletakkan mangkuk kuah lemak di depannya.
“Bila
abang nak masak?”
“Nanti
sayang pantang bersalin. Masa tu abang
nak masakkan,” selanya pantas.
Sepantas
kilat, aku kalih memandang Budriz.
Keningnya terangkat. Aku telan
liur. Anak-anak adalah penyeri rumah
tangga dan pengikat kasih dan kami akan lalui itu. Ya, akan atas izin Allah yang Maha Memberi.
“Orang
pantang tak makan semua tu?” cebikku menafikan.
Tubuh
Budriz tegak. Dia mengeluh. “Laa… bila masa abang cakap nak masak untuk
Syai?”
“Habis
tu?”
“Abang
nak masak untuk abanglah. Buatnya abang
teringin nak makan masa tu, mestilah isteri abang tak boleh buatkan. Abang buatlah sendiri,” jawab dia mengusik.
Mataku
menjeling tajam pada Budriz bersama pinggan nasi yang aku suakan padanya.
“Abang
tu… ada je nak kenakan orang. Tak masak
sungguh karang!” ugutku.
Dia
tersengih lagi dan menjuihkan bibirnya sedikit.
Tidak pernah puas mengusik aku sejak akhir-akhir ini. Andai menggoda, merayu-rayu… dia juga tidak
tewas. Kala mengusik, dia juga tidak
pernah kalah. Kecuali kala aku membentak
saja, dia lebih rela mengalah.
Istimewanya
kamu wahai suami hinggakan segalanya kata-katamu itu termakbul kini. Mahu menjadi suami yang kuhadap setiap
kali.
“Janganlah
tak masak. Kalau tak ada makanan nanti
abang makan Syai tiap-tiap hari, nak?”
Suara nakal itu ketawa halus. Dia
suapkan nasi putih itu ke mulutnya dan mengunyahnya perlahan.
“Abang
nak Syai buat masakan apa nanti?” Kali
ini giliran aku pula menyakat.
“Erm…
tak payah buat masakan apa-apa. Rasa original pun abang dah suka sangat dah,”
tukasnya masih tidak puas mengenakan aku.
Wajahku
yang sudah merona merah, sedaya upaya cuba aku tahan agar tidak
terus menjadi bahan usikan Budriz. Setelah berdehem beberapa kali mengimbangi
perasaan sendiri, aku mula berbicara soal resepi.
“Abang
nanti ambil dua ulas bawang putih, sepuluh biji cili padi merah atau hijau…
dua-dua boleh. Lepas tu belacan, air
asam jawa, garam dan gula. Mula-mula,
abang bakar bawang putih yang dah dibasuh tu.
Lepas tu tumbuklah bagi lumut.
Cili padi pun basuh bersih-bersih…”
“Kena
bakar jugak ke?” Dia pantas
menyampuk. Wajahnya nampak pelik.
“Haih…
menyampuk orang bercakap,” tegurku. Dia
sengih dan meminta aku meneruskan kata.
“Cilik
tu tak payah nak bakar la. Tumbuk je
terus bagi lumat. Lepas tu, belacan tadi
tu kena bakar juga. Sampai naik bau dan
tumbuk juga. Bila dah lumat dan sebati
semua, abang letakkan air asam jawa dan air panas sikit. Lepas tu letakkan garam dan gula. Dah siap…”
Aku akhirnya kata.
Kepala
Budriz terangguk-angguk beberapa kali.
“Tak sikit ke macam tu?”
“Cukuplah
tu abang sorang. Itupun beberapa hari
tahan makan sorang. Bukannya abang nak
buat kenduri,” sinisku lagi.
“Sebut
pasal kenduri ni… abang ingat…”
“Toksahlah,
bang. Syai tak kisah. Yang penting, macam mana cara kita nak bagi
tahu orang tentang kita. Itu je. Syai tak tahu nak mula dari mana,” selaku
memangkas kata-katanya.
Budriz
senyum. Tangan kirinya terus merayap dan
menyentuh belakang tanganku yang sedari tadi ada di atas meja.
“Kalau
kata nak buat pun, abang tak kisah.
Tentu ayah dan bonda lagi suka.
Nanti kita bincang lain dengan ayah dan bonda. Lagipun, minggu ni ada kenduri Nurina, kan ? Kita pergi, ya?” ajak Budriz berharap dan aku tidak mampu
menidakkan melainkan mengiyakannya sahaja biarpun hati ini agak gentar mahu
menatap mata tajam nenda.
“Yang
lain tu, nanti abang cakap.” Dia
menyambung lagi dan sekali lagi dia menyuap nasi putih itu ke mulut.
Aku yang memandangnya pula naik pelik. Tak perlu laukkah?
“Cedoklah
kuah ni. Jangan sebab Syai abang makan
nasi saja pulak.” Aku menegur dia kala
melihat dia hanya menelan nasi putih itu semata-mata.
“Malam
tadi abang dah makan banyak,” ucapnya.
“Aik…
makan apa?”
“Makan
sayang,” jawab dia separuh berbisik.
“Haih
dia ni… buat orang geram je reti,” rungutku lalu aku bangkit dari duduk dan
berlalu ke dapur hendak melihat ikan yang sedari tadi dipanggang.
Seperti
orang tidak pernah ketawa, Budriz menghamburkan tawa lagi. Berkali-kali aku menjeling, dia juga tetap
begitu. Masih dengan gelak tawanya.
Akhirnya
aku terdiam sendiri membiarkan Budriz ketawa meraikan kemenangannya mengusik
aku tidak sudah-sudah. Nafas ini aku
hela tenang. Mendengarkan tawa itu,
bagaikan sebuah muzik yang indah menyapa telinga. Bagaikan satu bisikan kata cinta yang syahdu
menusuk ke jiwa lantas berdiam di dalam hati.
“Waa…
ikan dah masak. Nampaknya dua ekor
kembung ni jadi rezeki Syai jelah. Abang
nak makan nasi saja, kan ?”
Aku buat suara teruja.
Serentak
itu aku letak ikan tersebut di atas
meja. Agak menjauh daripada dia yang
sedang menelan liur kala aku membuka daun pisang yang membalutinya.
“Sedapnya,
yang…” Budriz menelan liur berkali-kali.
“Orang
keturunan Syed-Syed ni makan macam orang kampong juga, ya?”
soalku lagi bila dia cuba
menarik pinggan itu dariku.
“Emm…
apa-apa keturunan pun kalau dah lapar, semua dia makan. Nak-nak makan orang. Abang lagi suka makan Syai. Kalau tak nak abang ngap Syai, bawas sini
pinggan tu. Abang lapar dah ni,” rengek
dia manja.
Aku
yang mendengar pula tergelak besar mengenangkan kemanjaan dia yang sesekali
tidaklah matang mana. Tidak seperti
umurnya. Sifat manja dan mahu dibelai
itu nyata di balik sinaran matanya.
“Yalah…
jemput makan. Syai ceduk nasi kejap,”
ujarku dan Budriz terus mencubit lauk yang masih panas itu.
Baru
saja aku mahu menyenduk nasi ke dalam pinggan, telinga ini tersapa oleh salam
di luar rumah. Di depan pintu
utama. Aku pandang Budriz dan dia juga
begitu.
“Siapa?” soalnya.
“Aunty
kot?”
“Kenapa
aunty pulak?” Budriz bertanya dengan
kening yang hampir bertaut.
“Dah
abang tak bagi Syai pergi kerja hari ni,” aku jawab mengenakan dia semula
Bibir
Budriz herot sedikit. “Pergilah tengok
siapa. Intai dulu takut-takut penjahat
ke,” suruhnya dan aku letakkan pinggan di meja dan berlalu ke ruang tamu.
Bila
saja aku membuka pintu, ternyata wajah Norman tersembul. Kami berbalas senyum seketika sebelum
mendengar Budriz melaung dari dapur.
“Siapa,
sayang?” jerit dia dari dapur.
“Kawan
abang. Nor…” Suaraku mati.
Tak
mampu aku sudahkan bicara kala ini bila
susuk tubuh Najwa muncul pula dari perut kereta bersama pandangan yang sukar
untuk kutelah. Marahkah atau berkecil
hati mungkin.
“Siapa,
sayang?” Budriz menyoal sekali lagi dan
kini dia sudah berdiri tepat di sisku dan memaut bahuku lembut.
“Err…” Tak mampu aku bersuara bila Budriz sudah
menarik daun pintu yang hanya terbuka sedikit.
Terus ternganga lebar membawa angin marah yang terkesan pada wajah
Najwa.
“Uiks…
korang rupanya.” Bibirnya menguntum
senyum pada Norman dan Najwa sedangkan aku
sedaya upaya mahu bertenang biarpun mata Najwa tajam memandangku.
Aku
tahu dia tidak berpuas hati bila aku merahsiakan tapi aku sendiri tidak punyai
waktu yang sesuai untuk terangkan segalanya pada dia.
“Tiba-tiba
je datang? Kenapa tak call dulu?” soal suamiku lagi pada teman baiknya.
“Ada dokumen nak minta kau initial sikit sebelum hantar ke bos,” jelas Norman .
“Urgent ke?” soal Budriz lagi kala dia menyambut beberapa
buah fail yang agak tebal itu.
“Erm…
nak hantar hari ni. Nak siapkan tender
lagi. Esok lusa bos tak ada. Itu
yang aku kejar kau sampai ke rumah ni,” ujar Norman lagi.
Sesekali,
dia menjeling ke arahku membuatkan aku resah sendiri bila Najwa juga nampa k merenungku tajam.
Salam
aku hulurkan pada Najwa dan dia menyambutnya dingin. “Dari mana?”
tanyaku cuba
berbahasa.
Bibir
Najwa herot sedikit. “Kami…”
“Nak
makan tengah hari kat sini,” sampuk Norman
belumpun sempat Najwa berkata. Dia
menyiku Najwa sedikit dan kembali memandang aku dan Budriz silih berganti.
“Erm…
saja kacau pengantin baru,” sela Najwa yang jelas sinis.
Aku
ketap bibir dan menjeling pada Budriz sekilas.
Dia hanya senyum dan mengedipkan
matanya sekali.
“Kebetulan…
kami memang tengah nak makan tengah hari ni.
Marilah join sama. Nanti aku
suruh bini aku goreng telur je untuk kau, Man,” seloroh Budriz.
Mereka
ketawa. Norman
juga tak kurang gela knya. Tapi, Najwa tersenyum sumbing. Hanya aku yang memandang mereka dengan rasa
yang berbolak balik.
“Masuklah. Dok tercegat dekat pintu pulak,” ajak Budriz
dan memberi laluan buat Norman
dan Najwa.
Aku
juga turut diheret sama mampir pada daun pintu agar laluan itu terbuka
lebar. Najwa menjeling lagi kala menapak
ke ruang tamu.
“Cukup
tak nak ajak tetamu makan tengah hari kat rumah ni?” soal Budriz separuh berbisik bila mereka
berdua melepasi kami.
“Cukuplah
kot kalau abang sikit.” Wajahku
serius. Bimbang juga tak cukup. Bukan banyak pun aku masak.
“Kalau
nak abang makan sikit, malam karang top-up balik la lapar abang ni, ya?” bisik dia nakal dan terus saja dia tarik
tanganku dan merapatkan daun pintu.
“Aba ng tu memang. Syai tengah risau ni,” aduku sambil menapak
lemah.
“Pasal
Wawa?”
Aku
mengangguk saja. Budriz menghela nafas
tipis.
“Nak
risau pasal apa? Risau dia marah sebab
kita tak terus terang dengan dia?” tanya
dia lagi dan kali ini juga aku mengangguk.
“Jangan
risaulah. Rasanya Man dah bagi tahu
tu. Abang minta Man bagi tahu Wawa pasal
kita. Ingat semalam nak bagi tahu tapi
dah sayang pergi makan dengan Nurin pulak.
Elok juga hari ni Man bawa Wawa datang tapi abang memang tak tahu
diorang nak datang. Alang-alang dah adam
kita layan tetamu baik-baik. Tetamu
datang bawa rezeki.” Budriz memujukku
lembut.
“Sayang
pergi buat air. Hidanglah apa-apa yang
ada. Cukuplah tu. Makan sikit-sikit sudah. Malam karang abang makan sayang pulak sampai kenya ng,”
gurau Budriz dengan wajah yang sengaja dia biarkan tanpa riak.
“Benci
betul abang ni!” Aku mencubit lengan
sasanya dan kala kami melalui Norman
dan Najwa, langkahku pegun seketika dan Budriz melabuhkan duduk di depan
mereka.
“Duduklah
dulu, ya? Saya buatkan air,” ucapku
sopan dan terus ke dapur.
“Erm…
Wawa tolong Syai jelah kejap, ya?”
pelawa Najwa dan dia juga turut sama membontoti langkahku.
Aku
rapati kabinet. Jug kaca itu aku
keluargkan. Kordial anggur juga aku
keluarkan daripada peti ais. Kala aku
menuangnya ke dalam jug, Najwa berdiri tepat di sisiku. Nafas halusnya menyapa telinga. Sesekali dia betulkan selendangnya dan aku
hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya.
“Kenapa
awak bohong saya?” tanya Najwa.
Seperti
yang Budriz katakan, Norman
sudah pasti memberitahu segalanya tentang aku dan Budriz dan boleh jadi juga
perkara yang membawa aku menjadi isteri
Budriz. Atau boleh jadi juga segala
perkara yang membuatkan aku membenci Budriz dulu.
Wajah
Najwa aku pandang. Tak jadi hendak
mengacau air.
“Saya
minta maaf, Wawa. Tak ada niat
sebenarnya dan saya yakin awak dah tahu segalanya daripada Norman ,
kan ?” tebakku.
Najwa
mengangguk. “Saya terduduk bila Man
beritahu saya pasal awak dengan abang tiri awak tu. Ingatkan dia main-main tapi sungguh. Sampai depan pintu rumah awak pun saya
terperanjat bila masa saya ternampak ni…”
Jari runcing Najwa terhala ke bahagian tepi leherku.
Rambut
yang jatuh lurus dia selak sedikit dan menekan sikit leherku dengan bibir yang
dia ketap gera m.
“Kenapa?” Aku menyoal kehairanan.
“Ni,
merah kat sini, Syai… Ada
nyamuk cap gajah ke dalam rumah awak ni?”
Dia bersoal sinis.
Aku
menahan wajah. Pantas aku berlalu ke
bilik air dan melihat ke arah leherku.
Mataku bulat. Ternyata ada
sedikit tanda di situ. Ya Allah,
malunya. Macam mana boleh tak perasan
ni?
Cepat-cepat
aku tarik rambut yang panjang menutupinya kemudian aku berlalu semula ke luar
dan saat itu aku nampa k
Najwa sedang menuang air putih ke dalam jug.
“Saya…
saya…”
“Tak
apalah Syai. Memang dia suami awak. Tak ada siapa boleh pertikaikan. Cuma saya sedih masa awak lari ke rumah saya
dulu, rupanya awak dan Encik Syed dah jadi suami isteri. Kenapalah awak tak terus terang. Saya rasa bersalah sangat pada Encik Syed
sorokkan isteri dia,” luah Najwa sedikit kesal.
Aku
pandang sisi wajah Najwa. Hidungnya
sederhana mancung saja tapi wajahnya tetap menarik. Jika dinilai, tidaklah padan dia dengan Norman yang agak berisi oran gnya tapi siapa kita hendak menolak kehendak
takdir? Aku dan Budriz juga tidaklah
padan. Jauh langit dan bumi bezanya tapi
kami bertemu dengan pelbagai cara dan pelbagai waktu bersama pelbagai
kisah.
“Saya
minta maaf, Wawa. Masa tu saya tak mampu
nak terima dia,” ujarku lagi.
Pergelangan
tangan Najwa terhenti. Dia mengerling
padaku lama. Lambat-lambat bibir kaku
itu mengukir senyum.
“Maaf
awak saya terima dan saya minta maaf juga sebab saya dah tahu segalanya tentang
awak dan Encik Syed. Saya faham sebabnya
awak buat macam tu dan saya tak nak pertikaikan. Cuma lepas ni, awak kena ingat… awak tak lagi
sendiri. Awak ada Encik Syed sebagai
suami, ada ada saya sebagai kawan dan awak ada Norman kalau nak arah-arah.” Najwa ketawa sedikit bila nama Norman meniti di bibirnya.
“Eh…
kenapa nak buat dia kuli pulak?” soalku
sedikit pelik. Dalam hati, aku bersyukur
bila Najwa tidaklah marah. Barangkali
dia terkejut saja.
“Dia kan anak buah Encik
Syed. Jadi apa masalahnya tolong
awak. Lainlah kalau dia tolong siapa
yang semalam tu… hari ni pun dia datang lagi tau,” beritahu Najwa padaku.
Dahiku
berkerut. “Semalam? Siapa?”
“Ala … Syarifah tu haa…
yang keluar makan dengan awak sema…”
“Nurina?” tanyaku sedikit kuat.
Bila
menyedari keterlanjuran lidah berbicara, aku tekup mulut sedikit dan memandang
ke belakang. Bimbang Budriz atau Norman terdengar tapi
rasanya tidak bila aku dengar gela k tawa mereka
bergema di ruang tamu.
Najwa
angguk. “Tapi, bukan datang office kitalah. Man kata dia datang office Encik Syed,” jelas Najwa dan kali ini mataku hampir terjatuh
ke lantai.
“Err…
buat apa dia ke sana ?”
Sungguh
aku terkejut dengan pengakuan Najwa.
Adakah begitu bersungguh-sungguh Nurina mahukan Budriz kembali? Ya Tuhan, resahnya hati kala bahagia
menghampiri. Perlukan aku menolak
sedangkan telah Kau ikat hati kami erat-erat?
“Man
kata dia cari Encik Syed je. Lepas tu
bila Man kata Encik Syed tak ada, dia balik macam tu je. Tak ada pesan,” ujar Najwa lagi.
Air
sudah siap diletakkan ketulan ais. Aku
mencapai sebuah dulang dan beberapa biji gela s
dan aku suakan pada Najwa.
“Emm…
diorang tu kawan lama, Wawa,” beritahu pada Najwa.
“Itulah
juga yang Man bagi tahu saya…,” sela Najwa lantas dia tatang dulang air
tersebut dan diletakkan di atas meja.
Aku
terdiam sendiri. Air paip yang aku buka,
aku biarkan saja. membiarkan air jernih
itu mengalir laju. Berharap mampu
mencuci resah yang bertapak dalam diri.
Mata ini aku pejam. Tidaklah Syai
terduga, melainkan Syai mampu menghadapinya.
Itulah pesan Budriz padaku sebelum ni dan aku yakin, jika benar dugaan
hadir lagi dalam bentuk Nurina dan nenda, aku mampu menghadapinya.
“Eh, awak
okey ke?” Najwa menyentuh bahuku.
Cepat-cepat
aku mengukir senyuman padanya seraya menggeleng berkali-kali.
“Hai,
sayang… lama sungguh buat air ni. Kami
dah kering tekak ni? Dah boleh makan ke?” Budriz menyoal tiba-tiba.
Aku berpaling
dan ketawa kecil. “Sorry. Ralit sangat gossip ni. Tak sedar air dah siap buat dah.”
“Inilah
kalau perempuan masuk dapur, Riz. Banyak
cerita dari lauk,” tokok Norman
pula menyokong kata-kata Budriz.
Najwa
mencemik pada teman lelakinya. Aku hanya
tersenyum pada Budriz dan bila Najwa dan Norman
berlalu ke meja makan di depan, Budriz merapatiku.
“Najwa
tak tegur ni?” soal Budriz sambil
menyentuh leherku.
“Mahu
tak tegur.” Wajahku mula menebal sedikit
demi sedikit. Malu sungguh.
“Aba ng lupa nak suruh
tutup tadi. Tapi, kan baik kalau sayang boleh tutup rambut ni…” Jemari Budriz mengirai rambutku lembut.
“…
untuk tatapan abang sorang je.”
“Err…
tapi Syai rasa belum…”
“Jangan
nak cakap tak sampai seru lagi.
beribu-ribu tahun dulu Allah sudah cakap dalam Quran untuk menutup
aurat. Cubalah nanti. Ikhlaskan diri untuk Allah, untuk abang,”
ujarnya semakin lembut memujuk.
Aku menahan
rasa janggal. Terasa disindir sedikit
waktu itu tapi bila Budriz terus tersenyum, aku hanya mengangguk.
“InsyaAllah,”
janjiku.
“Alhamdulillah…,”
balas Budriz lalu dia mengucup dahiku dan berlalu ke luar setelah dia menyapa
dulang air itu untuk dibawa keluar.
Setelah
tubuh Budriz hilang di balik dinding, aku memegang dada. Sesaknya nafas yang mahu aku hela menden garkan kata-kata
Najwa. Namun, aku yakin… kasih Budriz
hanya untuk aku. Istikharah cintanya,
hanya ada aku.
~~> bersambung
Bestttt...nk lg kak rehan :-)
ReplyDelete#nana jamil#
thanks RM upload stk nie...syg kak rehan ketat2 la...
ReplyDeletebest sgt2..dh jd suamiku hadap la hehe..
ska sgt bud ngan syaima....entry yg x mghmpakan..
truskn mnulis sntiasa skong kak rehan...:-)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBestnyer k rehan...
ReplyDeletesweeeeeeet sgt budriz=)
Yeay.... Terubat rindu dan legaaaa.....
ReplyDeleteBila dah berbaik2, ada pulak dugaan luaran mendatang.... Hmmm.... Sabar jer laa...
yes,xde comment lg..dpt first comment..cpt2 bukukan STK tau..
ReplyDeleteeh, dh byk comment rpenye..
Deletesemakin matang dan indah bahasanya...
ReplyDeletebc smbil trsenyum..:)
ReplyDeletebest sesangat....hhahaha..kn dah jd hadap dh.
ReplyDeletebestttt....
ReplyDeletenak lagi...
cpt2 update n3 STK ni tau...hihi..
oh so sweet, thanks kak rehan...
ReplyDeletewaiting for the next entry soon...
Ish Nurina ni... x paham2 ker... Budriz x nak awaklah!!
ReplyDeletemalunyaaaaaaa!! siap ada tanda lagii budriz tu bukan nak warning dari awal..
ReplyDeletejanganlah rumah tangga mereka di landa badai.. tak sanggup lihat syai merana lagi..
ReplyDeletebaru rasa ok hari ni lepas ada entry ni. sebelum ni saya frust je tunggu entry ni even though ada entry lagi.
ReplyDeletebiarkn syai bhagia
ReplyDeleteMoga bud x tegelincir kt nurina...huhu
ReplyDeleteXdpt IAM pon xpe.. Layan yg ni dh ok dah. Tp...apa2 jua yg RM post, x prnh xbes!! Hahahaaaaa
ReplyDeleteSetuju! IAM takda pun takpa. Asalkan STK kena post hari hari :B
Deletesuka trm kasih nanti mesti bertudung jgk syai ni kan
ReplyDeletediorg dh bahagia.. sgt2 happy..
ReplyDeleteadeh sengal la nurina tu..dah tau laki org nk gak msuk jarum..mencik tul..ade je perampas huh
ReplyDeletemoga mereka dikurnia anak dan nenda dapat terima syai...
ReplyDeleteKonflik dah nak mula... Mst nurina tak puas hati tu..
ReplyDeleteterbaik la kak rehan !! :D
ReplyDeletetp kn, nie novel ka mini novel ja?
tbhkan la ati syai...
ReplyDeleteklu nak rumah tngga bhgia...
brlah mrk di krniakan chya mata...
Yeayers! Thanks kak Rehan. Akhirnya dapat juga baca STK. Sila post banyak banyak ye! Hihihi
ReplyDeleteyeah!! akhirnya ad gk entry tk STK thanks RM....n smoga budriz kekl gn shai...
ReplyDeletehanya budriz di hati.....
ReplyDeletewalaupon pernah tergugat dek zafrin, n sekarang adan, tp hanya budriz di hati!!!
hehehe
gud job kak...
hidup berumahtangga ini banyak dugaannya... moga Syai dan Budriz tabah menghadapinya..... yg paling penting komunikasi, persefahaman, kesabaran, kesetiaan dan tolak ansur perlu ada agar setiap tindakan yg dibuat tidak tergelincir dari landasan yg sepatutnya.....
ReplyDeleteyeayyy thanks kak rehan....
ReplyDeleteska la..bud ngan syai rmantik abis...
bud bkn nk bg wrning kt syai psal tnda merah 2...
kn dh trkantoi ngan wawa.....hihihi
x sbr nk tggu next entry...
memang T O P B G T laaa, hee
ReplyDeletemuda13
best2....
ReplyDeletenak lagi ^_^
Rehan nk buat novel ke ni?buatlh cepat2...
ReplyDeleteIda
bestnya...jgn ada yg mengganggu hubgn dia org lg huhuuu..
ReplyDeleteterima kasih daun keladi klu blh besok saya nak STK lagi hehehe.... sabar syai sabar, klu bertepuk sebelah tangan tak kan jadi apa2 punyalah....
ReplyDeleteyes saya bolehlah makan sambal belacan edisi syai... nanti nak try buat...hihihihi...ops cerita syai semakin menarik.. suami ku hadap dah.. baguslah jika begitu..
ReplyDeletebez..
ReplyDeletehehe...makin bahagia~~~hehe...bgus2..tp klu tsunami melanda nti jgn dahsyat2 sgt tau...gduh skit2 dh la...huhu..tkt plak.
ReplyDeletebest, tapi harapnya Budriz takkan curang, biarlah dia stay sweet macam tu forever. :)
ReplyDeleteBest sgt teruskan RM klu bolih bukukan cerita ni ya RM.
ReplyDeletejanganlah ada tsunami dlm r/tangga syai....sbb syai baru rasa bahagia...selama ni syai hidup dlm hati yang penuh ngan dendam...
ReplyDeleteNak lagik RM... tak tau nk ckp pe dah...t syai jgn ngamuk2 tau...ngajuk2 syg je...hehe tq
ReplyDeletebest kak RM.. sngt suke dgn budriz.. sweet sngt... hehe.. keep it up kak..
ReplyDeleteMana STK 26 ni :B Rindu Budriz, hihi. Hope nti Budriz still setia dengan Syai. Pity Syai jugak kalau Budriz buat hal. Whatever it is, memang terbaik kak Rehan. And, nak sambungannnnnn :)
ReplyDeletekak Rehan , bila nak sambung ni ..
ReplyDeletemenanti penuh kesabaran
waaa.. ketinggalan kapal.. nak tau novel ni terbit under publisher apa? tak sabar nak tahu sambungan.. dah terjatuh cintun pada hero ni.. wawawa..ngeee..(^_^)
ReplyDeletesamelaaa, da ketinggalaan, da publishh ke ni?? ta sabarrr nyee..jgn ade gaduh2 lagi laaaa..siann pulakk..nak heppi2 jekk ..:)
Deletetak sabarnye nak tahu kesudahan cerita nye...harap harap kak rehan dapat type banyak banyak lagi ye!!!....sampai habis satu novel nie ..thank you
ReplyDeletesaya suka baca hasil karya RM, masalah yg saya tengok, RM tidak boleh terima kritikan yang buruk untuk karya dia..
ReplyDeleteSaya dah beli bukunye kat popularbook store, tapi ms buku tu hilang.....1 - 314, 283 - 314, 347 - 753 so ms 315 - 346 tak ada.. sedih sungguh...
ReplyDeletebestnya cerita ni... saya marathon dari pagi, hinggalah ke pukul 5ptg tadi... sedihlah pulak sbb tak tau kesudahan cerita nih... tapi seriously ada ms yg hilang?? baru angan2 nak masok JB popular hujung minggu ni tok grab this book.... nampaknya kena chk dulu sblom beli
ReplyDeleteciternye memang best... anyway mph will tukar dgn buku yg baru... susah juga nak check dulu masa beli, sebab novel2 skrg semuanye dah berbalut plastik..
Deletedah abis baca.. mmg best sgt2.. konflik.. sweet n romantic moment.. sengketa.. pgorbanan dn kesetiaan.. dugaan.. dn sbuah pgakhiran.. smuanya sebati dlm novel ni.. bengkak mata pon x surut lg ni.. he3.. bnar2 mguji emosi dn prasaan.. smoga penulis trus brjaya mghasilkn novel2 yg lbh best lps ni.. Good Luck..
ReplyDeletesaya dh bca nvel ni. BESTTT ssngat .. Happyending =)
ReplyDeletehmmm...bab26 tak de ke?? bku ada dh bli.tp aunt bca.hmm..sedehnye... :~(
ReplyDelete