BAB 1
MATA
ini aku redupkan sedikit memerhatikan gelagat lelaki yang ada di depan
aku. Dari tadi aku nampak dia. Berhenti depan kedai sana, dia dan
motornya. Berhenti di traffic light, dia dan motornya
juga. Dah la motor warna hijau
lumut. Geli aku melihatnya.
Aku perlahankan
motosikal dan biarkan dia memotongku dulu setelah lampu isyarat bertukar
hijau. Mudah cerita, biar dia jalan
dulu. Tak lalu aku nak tengok dia dan
motosikalnya itu.
Jalan sikit,
lampu merah lagi. Terpaksa berhenti lagi
dan mamat tu semedang berpijak pada tembok jalan raya dan aku selamba
menghentikan motosikalku di sisinya. Dia
menjeling dalam topi keledar full face
dia tu dan aku juga angkat viser topi
keledarku dan menjeling balik.
“Cantik motor,
bang?” tanya dia berbaur sinis.
Aku pandang
motorsikal Gilera merah garang yang memang milik aku dari dua tahun sudah. Hadiah daripada mak dan ayah setelah aku
menangis dua hari dua malam. Dekat nak
jadi Kassim Selamat dah baru aku dapat dan itu pun sebab aku ada kaki kipas
yang memang tak pernah padam. Sepupu aku,
Anaresa. Dah kahwin pun. Ni nak pergi jumpa dia. Tergesa-gesa sebab dah janji.
“Bolehlah dari
motor LC warna hijau lumut tu,” selaku sinis jugak.
Dalam hati aku
gelak mengekek. Padan muka. Sengaja tegur aku kenapa? Nak beramah mesra tak kena tempat.
“Oii… apa maksud
kau, hah?” Dia berdiri di atas
motorsikalnya.
“Emm… itulah
maksud aku.”
“Eleh… bajet
bagus ke pakai Gilera. Marilah race.
Test highway. Nak?”
cabar dia dan aku tak sempat nak menjawab, telefon bimbit dalam poket jeans bergetar kuat.
Cepat-cepat aku
tarik dan aku sumbat dalam topi keledar dekat pada telinga bila nama Anaresa
tertera pada skrin.
“Ya, sayang…” Aku tersengih sendiri bila Anaresa
merengus.
“Banyaklah kau
punya sayang. Pukul berapa nak
sampai. Azi dah dekat nak sampai
dah. Kau ni… cuba tepat masa sikit!” rungut dia.
Aku ketawa lagi
dan aku perasan, mamat di sebelah ni menjeling tajam. Eleh, tak puas hati. Kejap lagi tunggu kau. Aku bagi kau makan asap.
“On the way
ni. Banyak pulak traffic light hari ni. Penyibuk
jalan raya pun ramai!” Sengaja aku
kuatkan suara biarpun aku tahu, mamat sebelah ni tak dengar sebab topi keledar
dia.
“Emm… cepatlah
sikit!” tekan Anaresa lagi.
“Baiklah.” Nak tak nak kena iyakan saja kata-kata isteri
Abang Zafran ni. Sejak jadi isteri, suka
membebel pada aku.
Talian mati dan
aku terus simpan telefon bimbit dalam poket jeans dan kebetulannya, lampu merah
bertukar hijau.
Baru aku pulas minyak,
sekali terlupa nak bagi signal nak ke kanan dan sudahnya, aku dilanggar oleh
mamat Yamaha LC ni. Dia tergolek, aku
juga sama tapi aku terus angkat Gileraku.
Sayang andai tercalar balar. Orang
mula berkerumun dan mamat itu juga bangun tapi dia langsung mendapatkanku.
“Kau gila ke,
hah? Bawa motor berapa lama ni? Lesen kau lesen terbang ke? Motor mahal kau ni tak ada signal ke, bongok!” Dia menghamburkan marah sekuat hatinya.
Aku telan
liur. Motorsikal aku tongkat baik-baik. Tercalar sikit yang membuatkan hati aku turut
tercalar. Pakwe saya! Jerit hati aku tak puas hati.
“Ala… maaflah,
bro. Aku terlupa. Lagipun kau yang langgar aku. Aku dah lah nak cepat ni. Kira halallah. Motor aku pun calar. Motor kau tu dah buruk sebab tu kau biar
tergolek je, kan?” sinisku di luar
sedar. Aduhai… patut minta maaf tapi
menyindir orang lagi.
“Dik… okey ke
ni?” tanya salah seorang daripada orang
yang ramai-ramai ni.
Lelaki pula tu
dan ada hati nak sentuh bahu aku. Pantas
aku mengelak dan mendengus.
“Tanya dengan mulut,
bang. Bukan tanya dengan tangan. Karang…”
Aku kepal penumbuk dan lelaki itu
terkebelakang.
Tahu takut,
sinis hatiku. Bila aku pandang mamat LC
tadi, nampak siku dia cedera. Berdarah tapi
macam tak ada apa-apa. Macho konon.
“Apahal kau
kurang ajar sangat ni? Dahlah tak minta
maaf… menyindir aku pulak. Kau salah tau
tak?” bentak dia seraya membuka topi
keledarnya dan mendekat padaku.
Bila dia kuak
rambutnya ke belakang… aduh! Hati aku
terpanah. Ada degup indah. Berdebar-debar dan lidah kelu sebentar. Kacaknya!
Hanya itu hati aku mampu sebut bersama bibir yang bergetar melihat dia
semakin rapat pada aku. Mati!
Kacaknya
dia. Dari mana turun hamba Allah
ni? Fuh, seumur hidup tak pernah aku
jumpa lelaki kacak macam ni. Tapi, ayah
lagi kacak. Tak percaya, tengok gambar
dia masa muda-muda. Berseluar yenki,
jambul di depan. Seorang lagi suami
Anaresa. Berkarisma juga orangnya dan
yang ketiga adalah… dia! Dia! Dia di depanku kini.
Bila dia makin
hampir, aku masih tegak berdiri. Orang ramai
mula kecoh. Telinga semakin bingit bila
ada yang ingat kami akan bergaduh tapi aku hanya kaku. Sepi sungguh masa ni dan bila dia betul-betul
berdiri di depan aku, rupanya aku hanya separas dagu dia saja. Kalau kena ketuk, mahu lagi pendek.
“Kau pandang
apa, hah? Ni nak kira macam mana?” sergah dia membuatkan aku kembali
tersedar yang aku kini, ada di
tengah-tengah jalan raya dan orang ramai sedang melihat pada kami.
“Pandang kaulah!” jawabku selamba.
“Woi, bro… ni
nak kira macam mana ni? Macam mana?” Dia ketap giginya sampai aku nampak rahang
itu turun naik.
Mata ini aku
pejam celik pejam celikkan berkali-kali.
Dia tersengih sinis.
“Terkebil-kebil. Tahu takut.
Bayar sekarang, aku kira settle!”
ujar dia lagi.
Bayar? Huh… dengar perkataan bayar, hilang wajah
kacak dia. Langsung tak kacak. Menyakitkan mata ada.
“Amboi… kau yang
langgar aku. Nak bayar apa. Lagipun, aku sekolah lagi. Mana ada duit!” Aku terus melawan.
Orang macam ni,
tak boleh diberi muka. Samseng jalan
raya! Aku mencemik benci. Tapi dalam hati, mula tumbuh taman
bunga. Lagi pedih, taman bunga ros yang
memang aku tak suka.
“Kau ni, kan…” Selamba, mamat ni cekak kolar t-shirt yang
aku pakai.
Terangkat kaki
aku waktu ni. Tercekik nafas tapi aku
tidaklah mampu hendak menepis kulit bukan muhrim itu semudahnya. Biarpun ganas dan tak bertudung, bersentuhan
antara bukan muhrim memang aku jaga dari dulu.
Itulah didikan
mak dan ayah. Biarpun kerap kali kena
bebel tak pakai tudung. Macam sengaja nak
bagi api neraka jilat. Itulah sindiran
ayah setiap kali tapi aku tetap buat tak tahu.
“Woi… apa ni bro
cekak-cekak kolar baju aku ni?!” tanyaku
marah dan serentak itu aku terus buka topi keledarku dan menguak rambut yang
sudah agak panjang ni ke belakang.
Tak adalah
panjang mana. Cuma bahagian belakangnya
dah mula mencecah kolar baju tapi sekali tengok, memang macam lelaki lagi.
“Erk!!” Mamat ni tercekik air liur sendiri.
“Hah,
kenapa? Nak bertumbuk?” marahku kuat.
Pantas dia
lepaskan kolar bajuku dan berundur setapak.
“Kau ni…”
“Apa? Apa?”
tanyaku sambil mengangkat wajah hendak menyaingi ketinggian dia.
“Tak puas hati,
kita ke balai. Aku tak ada hal. Kau nak bertumbuk kat sini pun aku tak ada
hal. Orang ramai ni jadi saksi!” ajakku
megah.
Dia senyum
sinis. “Kalau kau spesis aku, mudah aku
ajak kau bertumbuk tapi rupanya…”
Kata-katanya terhenti. Dia melihat
sekujur tubuhku dari atas ke bawah yang anak mata yang galak itu.
“… kau ni spesis
tak ada tempat dalam bumi ni. Jadi, aku
lepaskan kau kali ni. Tapi ingat…” Jari telunjuknya diluruskan.
“… sekali lagi
aku terserempak dengan kau macam ni, kena kau!”
Dia memberi amaran dan terus berlalu menghampiri motorsikalnya yang
sudah sedia diangkat oleh orang ramai.
Topi keledar
tadi, tersarung di kepalanya dan aku ketap gigi menahan geram. Bila aku mahu kembali pada motorsikal dan
orang ramai juga sudah beransur pergi, ada deruman enjin motor di
belakangku.
Aku berpaling
dan ternyata, mamat LC tadi. Baru hendak
sarungkan topi keledar, dia bersuara.
“Kau jangan bagi
aku jumpa kau lagi sekali kalau kau tak nak menyesal!” tekan dia sekali lagi.
Aku malas nak
menjawab sebab tiba-tiba rasa bersalah melihatkan darah yang sedang meleleh
pada siku kirinya.
“Eh, siku kau
berdarah tu. Nak aku teman pergi klinik
ke?” tanyaku sopan.
Heh, sejak bila
aku sopan dan ramah macam ni pun aku tak tahu.
Sepanjang hidup aku, aku hanya kenal Anaresa dan Aziana. Itupun, Anaresa dah ada suami dan kini
tinggal Aziana saja dan sesekali si Najmi yang penyibuk tu menyempit.
Dia tersengih
lagi dan kali ini penuh sinis dia jeling sikunya yang memang jelas luka dan
berdarah.
“Aku kalau
spesis macam kau yang nak teman, baik toksah.
Buat tambah beban dosa aku je menyempit dengan spesis tak dikenalpasti
macam kau ni!” ejek dia dengan bibir
yang herot.
Aduhai…
pandai-pandai dia je kata aku spesis tak dikenalpasti membuatkan aku memandang
tubuhku sekali imbas. Tak ada tak
kena. Jeans biru gelap yang agak lusuh
sedikit, baju T yang berkolar dan juga kasut supra berwarna oren. Yang penting tak mengikut bentuk tubuh dan
tak menampakkan benjolan sana-sini.
“Mulut kau tu
jaga sikit, ya?” Jari telunjuk sudah
lurus ke wajahnya dan dia mengelak sedikit bila jari aku terlalu hampir.
“Huh… malang
sungguh aku hari ni. Jumpa spesis
terancam macam kau ni. Ingat… kalau aku
jumpa kau lagi, memang siap kau aku kerjakan!”
tekan dia memberi amaran untuk kali ke berapa aku pun tak tahu dah.
“Eleh… kau ingat
aku hadap sangat nak jumpa kau lagi. Kalau
aku jumpa kau lagi sekali, aku lebih rela kena cium dengan singa sarkas la wei!” bentakku geram dan aku terus panjat
motorsikal.
Enjin aku
hidupkan. Pedih hati tengok motorsikal
aku ni calar balar. Bila aku hendak
pulas minyak, dia menghampiri lagi.
“Singa sarkas
pun tak lalu nak tengok kau lah, minah bin mamat!” tekan dia lantas dia menderum laju.
Sengal! Marah hatiku dan aku teruskan juga perjalanan
menuju ke rumah mertua Anaresa dan kali ini dengan kelajuan yang amat
perlahan. Taman bunga semakin
subur. Parah!
~~> bersambung
Cik Penulis : Ganti STK... Mini Novel ja dan akan habis di blog.. Sebelum teruskan.. sila baca Mini Novel Ku Ingin Milikimu dan juga Kerana Sekali Cinta.. Ini adalah sequel ketiganya.. Layan..
Like...Like...Like...tak sabar nak tggu next chapter...Tahniah RM...
ReplyDeletetak sabar tunggu sambungan chapter ;)
ReplyDeleteIni cerita mulanya. Best, tak sabar nak baca lagi, dan lagi, dan lagi....:)
ReplyDeletebest.. :D
ReplyDeletelike jugeee keke
ReplyDeletetgu next en3 lak^^
<3
ReplyDeletekelakarla 2-2 org nih... gaduh-gaduh dulu, lepas tu suka!
ReplyDeleteIni haqmi n adik zafran ye
ReplyDeletebetul la mina bin mamat
Delete♥♥ :)
ReplyDeleteWahhhh.... suka33333x...
ReplyDeleteerkkk RM apa jd dgn STK?
ReplyDeletebest juga ye cite ni... RM STK dh tak ada n3 baru ke?
ReplyDeletenice...grang btol dua² org ni...hehehe
ReplyDeletesuke2.tpi rindu kt STK lak huhuhu
ReplyDeletebesttt and mnarik.... bravo kak RM!!...
ReplyDeletebest2 ...mmg tgh konfius pon pasal hubngan hakmi dan adik zafran selama nie...heheh nasib baik ada sambg kisah diorang...RM teruskan yer mmg terbaikkkk...tp STK masih terus sambg kan ,nak tau gak kesudahan nyer :P
ReplyDeletesuke suke suke...
ReplyDeletecayalah kak RM...mmg hebatla..mcm tau2 je apa yg sy nak..hehee..suka kisah haqmi dn adik zafran ni sbnrnye..hehe
ReplyDeleteterbaekkkk..
ReplyDeletepanik bila RM private blog...
ReplyDeletefuhhh..!
alangkah bestnye ada sequel Kerana Sekali Cinta
nak tahu perkembangan kisah si Hakmi..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyeagh...watak feberet jadi heroin...
ReplyDeletetapi sayang x smpat abeh baca STK..tahniah STK akan dibukukan.
>>k<<
best2
ReplyDeletewahhh ! nie yg sayang Kak Rehan lebih nie. ade je idea nak kasi jantung nie kerja lebih masa kn. hehe. kelakar lar zafrin ngan haqmie nie , tengah jalan raya pun sempat lagi gaduh kn. hehh. thanks kak and don't ever give up ! good luck :)
ReplyDelete#Murni Tan
Best cerita ni. Saya tunggu sambungannya. :)
ReplyDeletebestttt. sukaaaa rehan... mcm cerita hagmi & adik zafran je, tp bukan ke dorg dh kenal dr sblm resa kawin, masa zafran tgh dok usha resa..apa2 pun suka je...tq rehan
ReplyDeleteNi rupenyer insiden yg langgar tu.. Hahahh..
ReplyDeletebest-besttt! sambung lagi akak! hehe :D
ReplyDeletestk dibukukan? so dah tak ada kat blog ke? ala tak best la mcm ni.......
ReplyDeleteAlaaa best nyer RM... at least angin nyer lain sikit dari STK.. yang ni boleh senyum sorang2 lagik...
ReplyDeleteheheheheeee.... RM yg serba kebolehan dan penuh kepandian mencipta dan menarik perhatian pembaca utk 'nak lagi...'
Padahal cerita RM semua berligar pada keadaan seharian tapi idea RM utk memanjangkan jln cerita mng geliga...
tak sabor nak baca epsiode seterusnya... cepat2 yaa...
suke2 sequel cerita nih...all the best kak!
ReplyDeleteNi mcm si Kimi je ni.....hihihi..suka...suka..
ReplyDeleteAssalam RM,
ReplyDeleteSTK akan dibukukan? tahniah..mmg tak sabar nk buat koleksi di samping TK.suke suke suke! mmg kak akan terus mengikuti RM utk nukilan selanjutnya..terimakaseh!!!
ni tuk haqmi plak ke???
ReplyDeletebest..best...best..=p
suka2x..
ReplyDeletenak jg thu mcm mna la ksh hbngn dorng ni..
best best ;D
ReplyDeletezafrin tu hensem. gerald anderson kan? hehehe =)
ReplyDeletebest sngt lh rehan,akak suke sngt crite ni.
ReplyDeletehahaha..giler brutal la haqmie ni sanggup tu kena cium dek singa sarkas daripada berjumpa ngan zafrin lagi..
ReplyDeletetapi confirm ker tak akan berjumpa..hehe..
**cerita ni dah nak habis,akak bru nak mula baca**
amboii.zafrin ni berani nyer buli haqmie yg brutal & garang tu..hehe
ReplyDeletebest! deabak!
Rehan nak tegur sikit. Perkataan muhrim bermaksud org lelaki yg pakai ihram.
ReplyDeletePerkataan yg sebenar ialah mahram. Ramai dikalangan kita keliru dgn perkataan muhrim dan mahram ni.
Maaf Rehan sepatutnya bukan tegur cuma nak perbetulkan maksud perkataan MUHRIM ini.
DeleteHOHO like like like sgt sgt sgt..hee
ReplyDeletewaaahhh, ternyata ni sambungan novel 'Kerana Sekali Cinta' best2.. sempat pula bertanya-tanya cam mana kisah Hakmi ngan Zafran :) ^_^
ReplyDeleteMenarik!
ReplyDeletebest!
ReplyDeletehuhuhu best---best---best
ReplyDelete-ika-
Dh agak mesti RM akan buat sambungan citer, kali nie pasal zafrin plak
ReplyDelete