BAB 11
DALAM dewan
kuliah, aku diam menongkat dagu. Habis
ujian sebentar tadi, aku hanya memandang kertas putih di depan aku. Menconteng dengan apa saja yang terlintas di
dalam fikiran aku.
“Kenapa ni, Mi?”
Aziana menyapa belakang aku lembut.
Suara dia juga lembut.
“Kaulah!” Aku mencemik.
“Kenapa?”
“Kenapa kau
tanya? Kalau kau tak tinggal aku dan
pergi dengan Jimmy semalam memang aku tak lalu semua ni.”
“Dah nak
jadi. Aku nak kata apa?” Dia membela diri bersama bunga tawa.
“Tapi… comellah
aku tengok Rin terlena dekat tangga tu.
Dan memang comella masa aku dapat tangkap gambar dia selimutkan kau
pakai jaket dia tu. Serius comel, Mi,”
beritahu Aziana teruja.
Dia pantas
menarik Canon DSLR kepunyaan dia tu. Ke
mana-mana pergi pun bersama kamera.
Andai Zafrin kembar dengan perkataan sinis, aku rasa Aziana ni kembar
dengan kamera.
Jari runcing
Aziana menekan punat pada kameranya.
Setelah dia tekan sana sini sekejap, dia tunjukkan skrin itu pada
aku.
“Cantikan moment ni, Mi?” tanya dia.
“Hmm…
cantik-cantik,” sahut aku tanpa semangat.
Jari ini masih ligat menconteng pada kertas. Setidak-tidaknya tidak menconteng arang ke
muka keluarga.
“Tengoklah, Mi…”
Aziana menyiku aku.
“Malaslah,
Azi. Kau jelah tolong tengok. Aku mana reti fotografi bagai ni. Tak pandai nak hargai. Tak berjiwa seni,” dalihku.
Aziana mengeluh
tipis. “Sebab tak pandai hargailah aku
nak kau tengok ni supaya kau lebih menghargai minat kawan baik kau ni. Tengok ni,” desak dia dan terus saja aku
talakan mata aku kea rah kamera hitam pekat itu.
Waktu Aziana
menekan punat dan menjadikan skrin itu cerah, mata aku juga turut cerah. Hoh, macam tak percaya.
“Walawei…
kawasan tangga pun nampak macam taman bungalah, Azi. Gila pandai kau tangkap gambar. Gila berseni kau ni,” puji aku tanpa melihat
sebetulnya.
Aziana sengih
dan mengangguk. Nampak muka bangga
dia.
“Tapi, kenapa
kau tak teruja?” Sekelipan dahi itu
berkerut pula.
“Aku tak
tengok!” Dan aku hamburkan tawa
menyembunyikan resah dalam hati. Resah
kerana seorang lelaki yang senget.
Lengan aku
dicubit kuat membuatkan aku mengaduh sendiri.
“Tengoklah!” paksa Aziana lebih keras dan tegas.
Aku akhirnya
luruskan tubuh. Duduk tegak dan menyapa
kamera yang Aziana suakan dari tadi lagi.
Kala aku benar-benar merenung gambar yang dimaksudkan, hampir terjojol
biji mata aku. Macam tak percaya.
Aku pandang
Aziana dengan mata yang bulat. Dia
sengih dengan bangga diri sambil menepuk bahu dia.
“Hebat, kan?”
“Gila cantik weh! Kau memang berbakat la. Nak-nak model tu adalah aku,” pujiku pada
diri sendiri.
Sungguh aku
kagum dengan bakat Aziana. Anaresa
dengan keaktifannya bersukan dan Aziana dengan berseninya dia. Tapi aku, hanya tahu bawa motor dengan
kelajuan membunuh. Haih…
Mata ini galak
memandang gambar itu lagi. Rasa nak
minta Aziana masukkan ke dalam laptop terus.
Mudah aku print besar-besar dan campak dekat muka Zafrin. Gambar ini berbicara sendiri. Bercerita tentang perasaan yang sedang Zafrin
sembunyikan. Aku yakin itu.
“Nanti pergi
cuci, ya?” pintaku pada Aziana.
Dia sengih dan
angguk. Aku hela nafas yang tak berapa
nak lega. Masih belum yakin dengan sikap
Zafrin tu.
**
NOMBOR telefon
Zafrin aku pandang lama. Dah lama nombor
ni ada dalam simpanan aku tapi sekali pun aku tak pernah temui keberanian
hendak menelefon dia. Ada rindu
sebenarnya. Setelah penat berperang
dengan ujian dan kuiz segala, aku rasa nak luah lega aku pada dia tapi sudi ke
dia nak dengar?
“Aku call Rin
boleh tak, Azi?” Aku jeling Aziana yang
sedang mengadap komputer riba Asus miliknya itu.
“Call
jelah. Apa masalahnya?”
“Masalahnya dia
tu tak suka akulah…” jawab aku sedikit
kecewa.
“Mana kau tahu?”
“Berkali-kali
dia cakaplah!” tekan aku agak angin
dengan Aziana kali ini.
Dia bukan tak
tahu. Segalanya aku cerita pada dia tapi dia tetap yakin mengatakan akulah
wanita yang bertahta dalam hati Zafrin sedangkan Zafrin tak pernah pandang aku
sebagai wanita pun.
“Aku berani
gigit jari, Mi…” sela dia tanpa memandang aku.
“Gigit buat
apa? Aku potong, nak?”
“Eh Mi…” Tarian jemarinya terhenti dari menekan papan
kekunci. Aziana langsung memandang aku
sepenuhnya.
“… aku cakap
potong jari karang… buatnya kau yang silap, kudung kau nanti. Berani?”
cabar dia.
Aku geleng
pantas. Tak ada kerja cari kerja nak
potong jari.
“Haa… kalau
takut, percaya cakap aku. Sebab tu kita
ni kena banyak memerhati Mi… bukan bertindak ikut suka hati kita je. Tak bercakap banyak tak apa, janji sekali
bagi, bernas. Lagipun, aku rasa Zafrin
tu jenis bergaya kot.” Aziana sengih
lebar.
“Bergaya macam
hantu raya?” soal aku tak puas hati
dengan pujian Aziana pada Zafrin.
“Kau pernah
jumpa hantu ke? Nak jumpa hantu
raya? Menyampuk je. Bagi aku habis cakap dulu!” marah dia lalu dia bangkit dari kerusi dan
duduk bersila di depan aku yang sedang terbaring menilik nombor telefon Zafrin
di ruang tamu rumah kami malam-malam yang nian indah ni.
“Aku rasa Zafrin
ni tak macam Abang Zaf tau. Macam Abang
Zaf, kita boleh nampak dia sayang gila dekat Resa. Boleh nampak cinta dia. Yang Zafrin ni, aku rasa kau kena korek lebih
sikit nak tahu isi hati dia. Biasanya,
lelaki macam ni bila dia serius takut kau pulak tak lalu nak hadap. Ada sense
of humour macam ni, okey apa,” sambung Aziana bersama senyuman tapi tidak
lama senyum itu bila dia mula lunjurkan kakinya.
“Tak adalah
macam Jimmy tu. Lawak tu memang lawak
tapi aku rasa lawak dia patut aku sepak ke longkang. Bikin aku geram je manjang. Kebudak-budakkan sangat!”
Aku ketawa
besar. Tak puas hati dengan Jimmy
rupanya.
“Kau serius
dengan Najmi tu ke?” Dah lama tak sebut
nama betul Jimmy. Asyik panggil Jimmy
je. Bajet hot kot?
“Tak kot… tak
boleh nak masuk. Kawan-kawan jelah
dulu. Masa lama lagi. Panjang umur, ada jodoh, ada rezeki adalah. Apa nak kisah.” Mudah saja Aziana membuat keputusan.
Dia bangkit dan
kembali duduk di atas kerusi. Tangan dia
menongkat dagu dan aku terus meniarap melangut pandang pada dia.
“Aku tetap tak
yakin dengan lelaki macam tu, Azi,” akui aku lagi.
“Kalau tak
yakin, biar dulu. Kita tengok sejauh
mana dia nak main dengan kau.” Aziana
angkat kening sikit.
“So, malam minggu ni jadilah kita ke
rumah dia, ya?”
Bila Aziana
menyoal begitu, baru aku ingat akan jemputan Anaresa tu. Malas nak pergi nak-nak bila Aziana ajak aku
balik ke kampung dia kejap. Ada hal dan
yang menariknya, naik kapal terbang sampai ke Senai dan seterusnya balik ke
rumahnya di Batu Pahat.
“Kau kan nak
balik kampung. Tak payahlah pergi. Nanti bagi tahu Resa. Lain kali kita lawat dia,” cadang aku.
“Macamlah kau
tak kenal sepupu kau tu, Mi. Lagipun ni
kenduri untuk dia dan kandungan dialah.
Kita kena pergi nanti lepas tu kita balik kampung, nak? Aku boleh cakap dekat mak ayah aku kita
lambat sikit.”
“Membazir masa
nanti…”
Aziana
menggeleng menafikannya. “Kita balik
dengan airbus kot. Nanti ambil kereta, boleh kita balik ke sini
balik. Lagipun Isnin kuliah petang je
satu.”
Emm… nampak
sangat Aziana pun nak heret aku pergi jumpa singa lapar itu lagi. Sungguh aku tak sudi lagi memalukan diri
depan dia biarpun aku diyakinkan akan perasaan Zafrin pada aku.
“Tak nak dah
pergi rumah dia wei…”
“Rumah Resa
dengan Abang Zaf la wei…” tukar Aziana
mengingatkan aku yang bukan sebab Zafrin kami akan ke sana nanti.
“Tengoklah…” Aku angkat tubuh dan berlalu ke bilik. Pening-pening.
Boleh jadi benar
kata Aziana. Zafrin lain dari yang
lain. Tapi, kalau manusia tu, manusia
jugak. Kalau alien mudah aku sepak laju-laju.
Haih…
Malam Sabtu hari
Jumaat ni ada kenduri doa selamat di rumah Anaresa. Aku kumbah segala harta pusaka kain buruk
yang aku ada mencari sepasang baju kurung andai bersisa. Kalau tak ada, semua aku dah tolak balik ke
kampung la ni.
“Jumpa
tak?” soal Aziana.
Aku geleng dalam
kecewa. “Baju aku pun tak bagi aku pergi,”
keluh aku dan duduk di birai katil dua tingkat ni.
Mata aku dan
Aziana bersabung. “Pinjam aku punya je,”
cadang dia.
“Tak apalah… ada
lagi sepasang baju lusuh aku ni.
Terselit ni ha…” Aku menolak
sopan kebetulan sebab aku memang berat hati nak pergi jugak.
“Janganlah macam
tu, Mi… kena pakai cantik-cantik sikit.
Lagipun, kalau tak pergi kecil hati aunty
nanti kalau kau tak pergi. Dia dahlah
baik. Anggap je Zafrin tak wujud dalam
rumah tu kalau betul kau nak lupakan dia,” ujar Aziana.
Aku pandang dia
dengan wajah yang sedih. Sampai hati dia
suruh aku lupakan Zafrin dan anggap dia tak wujud tapi dia wujud dalam hati
aku. Itu yang pasti.
“Aku harap aku
mampu buang di dari dalam hati aku ni!”
tekan aku antara dengar dan tidak.
“Kalau kau
mampu. Tapi, sekarang ni… kau pilih baju
kurung aku ni. Malam esok mudah kerja
kita. Jimmy jemput nanti,” pujuk Aziana
dan dia terus membuka almari pakaiannya yang sememangnya menjadi milik rumah
ni. Kami masuk dah penuh perabot.
Pakaian yang bergantung
itu aku pandang lama. “Nantilah aku
pilih. Esok Jumaat ni, aku pakai dulu
baju kurung buruk aku tu yang tinggal sepasang je. Hormat hari Jumaat,” ujar aku.
Mata Aziana
bulat. “Hormat hari Jumaat?” tanya dia tak percaya.
“Kenapa? Tak percaya?”
Dia sengih dan
mengangguk. “Caya… caya…”
Esoknya, sungguh
aku kenakan baju kurung entah kali ke berapa, memang aku mampu bilang tapi aku
segan nak beritahu. Hanya rambut ini
masih terdedah. Aku takut hendak berubah
drastik bimbang hati aku tak ikhlas atau niat tu semata-mata kerana
Zafrin.
Aku mahu
segalanya kerana Allah. Mahu berubah
hanya kerana Dia dan untuk Dia. Dia yang
mencipta aku penuh dengan kehebatan ini.
Anaresa bulat
mata. Aziana tenang saja sebab pagi tadi
dia juga dah letih bulatkan matanya melihatkan penampilan aku hari ni.
“Jangan cakap
apa! Aku hormat hari Jumaat ni.” Cepat-cepat aku memberi amaran pada Anaresa
sebelum dia bersuara.
“Err… tak kata
apa-apa, ya.” Dia mengawang-awangkan
tangannya tanda mengelak.
Sampai di bilik
kuliah, semua mata melihat aku. Rambut
yang pendek ini, aku kirai sikit dengan jari.
Nampak cacat sebenarnya. Agak
sememeh dengan rambut yang hampir memijak kelopak mata.
“Buruk sangat ke
aku?” tanya aku pada kedua-duanya.
“Tak
adalah. Mungkin tak biasa, itu yang
nampak pelik sikit. Buat-buat biasa
sudah,” pujuk Anaresa. Nampak wajah itu
pucat. Pembawakan budak barangkali.
“Aku takutlah…”
“Nak buat
kebaikan tak perlu takut. Esok-esok kita
tutup rambut pulak,” sela Aziana positif.
Aku angguk dan
terus berlalu ke tempat duduk di belakang Jimmy dan beberapa orang kawan lelaki
yang lain.
“Cantik kau hari
ni, Mi…” puji Jimmy. Pertama
kalinya. Sebab pada Jimmy, selain
Anaresa orang lain tak cantik.
Aku sengih
kerang. “Terima kasih,” jawab aku cuba
bersopan.
Kami terus saja
pandang papan putih di depan bila pensyarah mula menapak masuk. Tepat pulak hari ni dia nak mengajar tapi
rasanya, ada ujian. Mati!
Usai ujian
mengejut itu, aku lepaskan lelah.
“Kenapalah tak pernah nak bagi tahu ada ujian?” tanya aku.
“Biasalah… janji
boleh jawab,” sela Anaresa.
Aku dan Aziana
mengangguk. Sudahnya kami sama-sama
melepak di kafeteria. Makan di kafe UiTM
ni murah sikit.
“Aku tak fikir
nak pergilah malam esok, Resa. Malas dah
jumpa adik ipar kau tu,” beritahu aku memulakan bicara waktu makan kami
ni.
“Sebab?” soal dia sepatah.
“Tak ada
mood. Dia banyak mainlah,” selaku jelas
tak puas hati.
“Rin tu lain
sikit, Mi… kan mama dah cakap pada kau dia suka kau?”
“Itu mama
dia yang cakap tapi hati Rin sendiri tak
ada siapa tahu jadi jalan selamat, aku ikut Azi balik Batu Pahatlah. Kalau Azi nak pergi sana, biarlah dengan
Jimmy. Aku tinggal kat rumah pun tak
apa,” jelasku.
“Kau sungguh ke
nak pergi ni, Mi?” Anaresa menyoal.
“Mak aku dah
bagi izin apa. Ayah pun dah,” jawab aku bila
memang benar, mak dan ayah aku dan izinkan aku ikut Aziana ke rumah dia.
“Kau nak
menyerah macam tu je?”
“Bend a bukan ditakdirkan
untuk aku, nak pertahankan buat apa?”
“Tapi, kau janji
datang kenduri doa selamat tu nanti,” beritahu Anaresa mengingatkan aku.
Aku
mencemik. “Tengoklah Resa.”
“Jangan macam
tu, Mi… kesian kami.”
Aku pandang
wajah sedih Anaresa yang nampa k
sayu. Aku gembira untuk dia. Gembira bila peru t itu berisi akhirnya. Aku bakal dapat anak buah tapi aku tak suka
adik ipar dia. Buat aku menyampah.
“Datang,
ya?” rayu Anaresa lagi.
Aku pandang pula
Aziana. “Pergi dulu, Mi… kesian aunty.”
Lambat-lambat,
aku mengangguk bila kedua-duanya memaksa.
Tak jadi apa kerja nanti kalau dua orang ni berterusan merengek.
Anaresa senyum
dan dia suakan sebuah beg kertas pada aku.
Tiba-tiba saja. Tak perasan bila
masa dia bawa beg kertas itu.
“Apa ni?” tanyaku sambil menyambut beg kertas yang dia
suakan.
“Mama
hadiahkan,” jawab dia dan aku bulatkan mata melihatnya. Biar betul?!
**
MERIAH memang
meriah majlis malam ni. Usai doa selamat
dan kenduri kesyukuran, abah mertua Anaresa mengatur acara barbeque pula untuk
keluarga dan teman-teman rapat.
Aku sedari tadi
mengitai Zafrin yang sedang ralit memanggang makanan di laman. Nampak ralit je. Pinggan yang ada di tangan, aku jinjit penuh
cermat. Biarpun mata tak lepas, aku
tetap ringankan tulang membantu bila Anaresa tak mampu berbuat apa-apa bila
Abang Zafran melarang.
“Pergilah tegur
dia, Mi,” suruh Aziana tiba-tiba.
Aku
menggeleng. “Biarlah. Dia tak pernah pandang aku dari mula-mula
kita sampai tadi lagi.” Ada nada kecewa
sedikit waktu ni.
“Dia tak cam
tu…” sela Aziana.
“Emm…lantakkan
dia sudah. Malas dah aku. Dia tak nak mengaku, aku pun tak nak
tersua-sua. Cukuplah!” tegas aku lalu aku berlalu ke dapur dan
bertemu dengan aunty pula.
“Cantik
sangat!” puji dia bersama seulas
senyuman mesra.
Mata dia
memandang aku dari atas ke bawah. Aku
pula naik segan.
“Cantik kan,
bang?” soal aunty pada uncle Zaini. Huh, memalukan bila dah menjadi perhatian
ni.
“Eh… mestilah
cantik. Bakal menantu siapa ni,” sela uncle bangga tapi aku hanya mampu
tersenyum tawar.
Anak uncle tu
tak suka saya. Mudahnya andai aku mampu
luahkan itu. Rasanya, biarlah ini kali
terakhir aku menatap Zafrin. Lepas ni
nak belajar rajin-rajin, dapat keputusan hebat dan aku benar-benar nak belajar
ke luar negara. Lari jauh dari dia.
“Tak adalah,
aunty. Terima kasih hadiahkan Mi baju
kurung riau dengan tudung mahal ni.
Pertama kali pakai macam ni,” akui aku telus.
“Pertama kali
dan pastikan berkali-kali lepas ni. Ini
Haqimah, bukan Haqmi lagi dah,” ujar aunty lagi.
Aku senyum
menyembunyikan rasa malu dan terus aku minta diri hendak berlalu menghantar
pinggan yang kotor ni. Sedang elok aku
menyusun pinggan yang sudah bersih, Anaresa menghampiri.
“Mi, kau panggil
Abang Zaf kejap, Mi,” suruh Anaresa.
“Abang Zaf kat
luar tu ha…” Aku malas sebenarnya sebab
ada Zafrin.
“Pergilah
kejap. Aku tunggu kat bilik. Ada hal sikit,” beritahu Anaresa lagi dan
kali ini lebih pada merayu.
Aku pandang dia
yang penuh mengharap. Tangan aku basuh
dan aku lap bagi kering.
“Yalah-yalah. Kejap lagi aku nak balik tau. Esok kami nak fly dah!”
Anaresa sengih
dan angguk. Aku pula mengatur langkah ke
luar menghampiri Abang Zafran dan Zafrin yang sedang sibuk di depan pemanggang.
“Abang Zaf…,”
seru aku agak kuat. Lepas tu cepat-cepat
aku tekup mulut bila sedar akan diri
yang sopan dan ayu hari ni.
Cantik pakaian
yang aunty hadiahkan buat aku. Tudung
Ariani ini juga kau rasa mahal dan yang menariknya, hampir sama dengan Anaresa
dan Zafrina serta dia juga. Beli
sedondon ke apa.
“Apa, Mi?” tanya Abang Zaf sambil menggamit aku
mendekati.
Aku nampak dia
berbisik pada Zafrin tapi Zafrin tetap membatu tak nak melihat ke belakang.
“Ingatkan tak
datang tadi… tak nampak pun. Baru sampai
kot. Angah dengar suara dia pun rasa
nak…”
“Kau rasa nak
apa? Nak muntah?” tanya aku sedikit berkecil hati.
Abang Zafran
diam dan tersenyum pada aku. Zafrin
berpaling perlahan-lahan dan bila kami bersabung pandang, mata itu bulat. Dahi itu berkerut dan penyepit itu terjatuh
dari tangannya.
“Eh… siapa awak?” tanya dia pada aku.
“Haqimah nama
dia, angah…” jawab Abang Zafran bagi
pihak aku.
“Kenapa Mi?”
“Anaresa
panggil,” jawab aku dan aku nampak Abang Zafran berbisik sesuatu pada telinga
Zafrin dan dia terus berlalu meninggalkan kau dan Zafrin sendiri.
Mata Zafrin
masih setia merenung aku tidak berkelip.
“Tadi awak yang
datang dengan Aziana tu, kan?” tanya
dia.
“Awak?” soal aku kembali. Zafrin nampak kelu.
“Ya, saya!” tekan aku menjegilkan mata sikit pada dia.
“Err… serius
Haqmi?”
“Dah tu? Kau nampak siapa?”
“Err… tapi
kenapa…” Jari telunjukkan diluruskan
dari atas ke bawah.
“Tak boleh?”
“Boleh tapi…
cantik sangat. Aku takut,” akui dia
dengan wajah yang semakin berkerut sana-sini.
“Memang payah
dengan kau ni, Rin. Tak apalah. Aku datang ni pun sebab Resa. Yang pasti, kali terakhir kita jumpa sebab
aku nak fly dah esok. Maafkan aku selama ni banyak susahkan kau,”
ucap aku serius dan terus saja aku berlalu ke dalam rumah.
“Err… Mi tunggu
dulu…” Dia sudah mendapatkan aku yang
baru hendak masuk ke rumah.
Wajah itu aku
pandang. “Kenapa?”
“Kau nak pergi
mana?”
“Kenapa?”
“Err…aku... aku...”
“Tak ada kaitan
dengan kau, okey!” cantas aku dan aku
tepis bahu dia sikit lalu masuk ke dalam rumah.
Puas hati aku tapi rasa pedih sikit.
Nyilu!
~~> bersambung
=)
ReplyDeleteMembencilah..tengah-tengah syok baca tiba-tiba ada perkataan...'bersambung'...:P
ReplyDeletekannn, geram je rasa bila scroll down tiba tiba bersambunggg :( haihh
Deletehuhuhuhu!!! sambung lagi!! huhuhuhu!!!
Deletelebih baik bersambung daripada tulis dah HABIS.. =p
Deletemesti cantik haqimah 2 smpai zafrin x tntu arah..haha
ReplyDeletemesti tangkap cinta dah zafrin ..lagi2 mi nak fly...fly ke mana 2...uwaaaaaa
ReplyDeletehaa...baqhu hang tau...skli haqmi brubh jd haqimah mau tkr "saya" "awak" yer Zafrin..msti trkjut kalhkn beruk kna?hahahaha..nyway best la RM..u always the best...
ReplyDeleteala....rasa nyilu jugak !
ReplyDeletekak rehan bab 12 yerk !
suka sgt nie !
yeayy, best :D
ReplyDeletenk lg... nk lg...
ReplyDeleteala.....~
ReplyDeletehehe...mesti dh terpikat sgt bla tuh zafrin tu..sweet..
ReplyDeletenasib baik sempat bace, dh nak balek tempat berlajar dh hehe..
ReplyDeletehahaha...pandai Haqimah! setakat fly nak gi JB jer pun, bunyi macam nak fly gi obersea plak kat telinga 'Angah' tu :)
ReplyDeleteAduhai... Apasal la slow sangat si rin nie.. Bg tau je la..
ReplyDeleteMi kalau setakat nak g batu pahat tu...
Bukan nya jauh sangat pon... Hehehehehe...
Kita tengok Rin buat apa lepas ni.... nak mengaku x???... sambungggg...
ReplyDeleteNak lagi! Nak lagi! Please! Please! Please! kak rehannnnn!!!!
ReplyDeletecepat sambung !!!!!!!!!!!!
ReplyDeletetak sabar nk tgk si rin ni meroyan takut mi fly
Cik Penulis ~~~~~> Sokong Mas Ayu 200%. Hi Hi baru dia tau bila Haqmi dan transform jadi Haqimah.. psst.. RM.. adik betul-betul mengingatkan kat akak scene masa kenduri kat rumah Resa.. masa tiba-tiba Rin MIA time family dia nak balik, Zaf tangkap dia kat dapur.. ralit khusyuk masyuk tengok Mi membasuh sampai 'Uncle' cakap ''Hah! Aku nikahkan dikau Zafrin....' Dah berangan akak dibuat RM. Love ulah sayang!
ReplyDeleteWow. Mesti Rin gelabah gila bila Mi ckp dia nak fly. Hahahha.
ReplyDeleteLaaaa.... Sambung lagi, tak sabar la nak tengok apa tindakkan si Rin.
ReplyDeletebest sgt...xsbar nk tnggu bab strusnyee...
ReplyDeletecpt update ye cik pnulis...
nak lg smbungnyerr.
ReplyDeleteda best!!
ReplyDeletekak annnnnnnn! cerita akak memang debommm! sukaa! sambung lagi akak! sayang kak ann many-many! ^^
ReplyDeletemesti zafrin ingat yang haqmi betul2 nak pergi belajar luar negara.. walawehh.. mesti ada adengan kejar mengejar di KLIA..hahaha..
ReplyDeletecantik sgt kot mi ni?hehehe
ReplyDeletesuka sangat..tq kat rehan - Nurul88
ReplyDeleteterkelu n terkedu zafrin............
ReplyDelete