BAB 12
AKU diam memeluk
tubuh. Berat lidah nak bersuara. Sebenarnya tak tahu nak kata apa bila sekali
lagi ditinggalkan oleh Aziana dan Jimmy.
Sememeh je dua orang tu. Geram
aku.
Sudahnya, sekali
lagi aku bersama Zafrin di dalam Alza milik abahnya. Takdir menolak aku dekat dengan Zafrin
biarpun aku cuba menjauh.
“Err…” Zafrin mula bersuara dan hati aku sudah rasa
hampir melompat keluar.
“Aku minta
maaf,” ujar dia tiba-tiba. Tidak aku
pasti maaf itu untuk apa.
“Maaf
untuk?” Saja aku buat dingin.
“Untuk
segalanya…”
“Tak ada apa nak
dimaafkan. Kita bukan ada apa-apa
pun. Nak kata kawan, tak pernah pulak declare berkawan dengan kau. Jumpa asyik bertekak je. Sampai aku pun dah naik mual nak jumpa
kau!”
Dari ekor mata,
aku nampak Zafrin sedang menjeling aku tajam.
Nampak tak puas hati dengan ayat aku tadi.
“Kau tak pernah
nampak?” tanya dia lagi.
“Nampak apa?”
“Apa yang perlu kau nampak?”
Aku merengus
bila dia tak sudah-sudah bermain tarik tali macam tu. Menyampah sudah.
“Hmm… malas aku
nak nampak. Tengok yang ada depan mata
sudah. Buat apa yang cari yang menyorok!”
“Jadi kau tak
rasa apa yang sepatutnya kau rasa?”
tanya dia lebih keras sikit.
Aku menggeleng
berkali-kali. “Tak rasa pun tak
apa. Aku tak rugi pun…” selaku mudah.
Dia diam. Aku juga sama. Kereta terus meluncur dengan kelajuan yang
rasanya baik aku berlari saja. Ramai
yang sudah meninggikan lampu tapi Zafrin tetap cool memandu di lorong paling
kiri di atas lebuhraya persekutuan ini.
“Laju sikit
boleh tak?” tegur aku geram.
“Stereng dekat
tangan aku, minyak dekat kaki aku… jadi
ikut akulah nak laju ke slow,” bidas dia pula.
Aku ketap
bibir. “Kau turunkan aku dekat mana-mana
KTM jelah. Aku balik naik KTM. Mudah!”
Zafrin menjeling
tajam. “Banyak cantik muka kau nak suruh
aku turunkan kat stesen KTM? Errr… tapi
kau memang cantik pun hari ni.” Dia
sengih nakal.
Huh, gila punya
orang. Pening kepala aku.
“Tapi Mi… abang
aku kata kau nak fly esok. Pergi mana?”
Wajahnya nampak cuak bila terbias akan lampu kereta.
Aku senyum
jahat. Sudah tiba masanya. “Itulah kau… aku kata nak study abroad kau
kata aku kelepet. Kan betul. Mujur flight aku esok pagi. Sempat jugak aku jumpa kau kali terakhir
ni. Lepas ni harap-harap aku dapat bawa
balik penyanyi One Direction tu lah.
Memang padan dengan aku sekarang ni,”
ujar aku buat muka teruja.
“Baby you light up my world like nobody else…”
Aku mula menyanyikan lagu itu sedikit dan menggumam sendiri.
Aku tahu, Zafrin
sedang memandang aku.
“Kau suka sangat
ke rupa kacak macam tu, Mi?” soal dia
menghentikan lagu yang meniti di bibir aku.
“Dah aku cantik…
kenalah cari yang kacak dan yang pasti yang suka akulah,” jawabku
mendatar.
“Kacak, cantik,
ayu tu semua penting ke pada kau, Mi?”
Dia terus bertanya. Lain macam
pula Zafrin malam ni. Tak kan sebab aku
berubah sikit ni je jadi macam ni?
“Penting!” Mudah aku menjawabnya sedangkan aku tak
maksudkan itu.
Dia ketap
bibir. Mata itu menjeling aku lagi. “Kalau macam tu, perempuan ni pandang lelaki
tu atas dasar apa? Kerjaya, harta, rupa
dan pangkat? Macam tu?”
“Boleh
jadi…” Aku mengangguk sikit.
Dia
merengus. “Yang kau sampai nak ke luar
negara tu kenapa? Tak cukup pendidikan
dalam Malaysia ni dah?”
Huh, semakin
kuat suara dia. Menakutkan.
“Ikut suka
akulah. Peluang tak datang berkali-kali,
Rin… sekali datang lebih baik kita rebut,” jawabku penuh makna. Aku tujukan khas buat dia. Sewaktu aku masih ada di sisi dia ni, baik
dia ungkapkan sayang tu. Aku hilang
karang, dia melayang-layang nanti.
“Kenapa? Kau nak halang aku pergi?”
Dia diam tidak
menjawab.
“Aku pergi sebab
aku perlu pergi, Rin,” sambung kau lagi dengan nada yang agak lirih.
“Kalau tak
pergi?”
“Kau siapa nak
halang aku?” dugaku berani.
“Maaf… aku bukan
sesiapa pada kau, Mi. Kita tak ada
hubungan sebab hati aku dah ada yang punya.
Aku akan pertahankan dia biarpun dunia menentang!” ujar Zafrin lagi membuatkan aku terus
diam.
Macam ni punya
cantik pakai pun, dia tetap tak mampu mengubah hati dia mencintai aku dan
akhirnya, aku sedar yang dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia.
“Emm…
pertahankanlah cinta kau, Rin. Aku
mendoakan yang terbaik,” selaku bersama senyuman yang begitu payah hendak aku
ikhlaskan.
Dia senyum juga
dan mengangguk. “Kau memang kena
doakan!” tekan dia dan suasana kembali
diam.
Bila aku tiba di
rumah malam itu, seperti biasa Zafrin akan menapak keluar juga. Menghantar aku ke atas.
“Kau memang nak
pergi ke, Mi?” tanya dia bila aku
menyapa tombol pintu.
Aku berpaling
dan mengangguk. “Aku kena, Rin…”
“Pergilah, Mi…
aku minta maaf atas apa yang terjadi selama ni,” ucap dia dan terus saja dia
berlari menapak ke bawah.
Aku mengeluh
berat. Kecewa lagi. Tak ada guna berpakaian cantik macam ni. Zafrin tetap kaku. Biarpun begitu, ada satu rasa asing meresap
dalam diri. Rasa yang dibisikkan hati
untuk kekal berpenampilan begini dan aku
akan belajar menjadi seorang
wanita. Itu tekad aku dan haruslah bukan
kerana Zafrin tapi kerana Allah.
**
PANGGILAN akhir
penerbangan MAS ke Johor baru bergema.
Aku senyum pada Jimmy. Aziana
juga sudah bersedia hendak menapak ke arah Jimmy. Pertama kali menaiki bas udara ni memang
mengujakan. Biarpun hanya ke Johor
Bahru, aku tetap teruja. Janji free.
“Tak sabar aku
nak blah dari sini, weh…” ujarku pada Aziana.
“Ala… tak sampai
sejam pun, Mi. Tak puas pun
rasanya. Tak rasa apa. Sedar-sedar dah sampai. Kalau betul nak puas hati, nak rasa 24 jam
dalam penerbangan, kita ke USA nanti. Further study dan itupun kalau kau
sanggup tinggalkan orang-orang tersayanglah,” sinis Aziana.
Aku cebirkan
bibir. “Mak ayah aku mesti kasi
punya. Menutut ilmu tu… siapa tak suka
anak dia pergi belajar jauh-jauh demi kejayaan.” Aku larikan maksud ayat Aziana tu sedangkan
aku tahu siapa yang dia maksudkan.
“Ala… dalam
Malaysia ni pun universiti dan taraf pendidikan kita dah hebatlah, Mi,” sampuk
Jimmy juga.
Aku ketawa
kecil. “Pertama kali ni keluar ayat
bernas dari mulut kau, Jimmy,” usik aku.
Jimmy garu kepala dengan wajah segan.
Eleh, pemalu budak Jimmy ni sekarang.
“Yang korang
semalam tinggalkan aku kenapa?”
Tiba-tiba teringat hal semalam dah.
Dua-dua kelu dan memandang aku dengan riak yang bersalah.
“Err… Rin minta
aku buat macam tu,” pantas Jimmy menjawab.
Aku kerutkan
wajah dan pandang pula Aziana. “Betul
ke?”
Aziana angguk
pantas. “Betullah tu. Dia merayu-rayu kot…”
“Emm… lantakkan
dia sudah. Malas aku nak layan. Pride
aku ni nak jaga jugak. Jangan sebab aku
dah berubah macam ni…”
Aku tilik
seluruh tubuh aku seketika. Biarpun
masih setia dengan jeans yang agak
lusuh dan juga t-shirt lengan panjang
ni tapi kepala sudah bertutup. Aku pinjam
stok selendang belit Anaresa semalam dua helai.
Biarpun herot sana sini, aku gasakkan juga. Lama-lama cantiklah ni.
“… dia nak
mengaku suka aku pulak sedangkan selama ni dia kemain kata aku spesis tak ada
jantina!” tekan aku geram.
Jimmy dan Aziana
berpandangan sesama sendiri kemudian dua-dua memandang aku.
“Bagi peluang
dekat dia terus terang, Mi…,” rayu Aziana tiba-tiba.
“Emm… malas nak
layan. Sekali aku lantakkan tak apa
lagi. Jangan sampai aku hentak
sudah!”
Aku capai beg
galas dan terus saja menarik Aziana menapak untuk masuk ke balai berlepas.
“Cepatlah wei…
tak lalu dah nak duduk kat sini. Baik
aku bawa diri,” ucap aku.
“La… bukan nak
terbang luar negara pun…”
“Haqimah!!!”
Tak sempat kami
menapak lebih banyak langkah, nama aku diseru kuat oleh seseorang dan bila aku
berpaling wajah itu semakin dekat.
Nampak lelah dan dahinya merenik dengan peluh.
Nafas dia
lelah. Aku tak jadi melangkah. Mata itu nampak redup dan merayu. Perlahan-lahan dia menapak ke aku dan Aziana
dengan dada yang berombak. Aku pandang
kiri kanan. Mujur tak ramai orang sangat.
“Haqmi,” seru
dia lagi lebih perlahan.
“Err…” Aku kelu juga. Aziana sudah menjauh dan duduk bersama Jimmy.
“Kau betul nak
pergi ke?”
Aku angguk bila
Zafrin bertanya. Pelik bila dia
tiba-tiba boleh ada di sini pagi ni.
Jangan cakap nak halang penerbangan aku sudah. Dahlah pertama kali nak merasa naik kapal
terbang ni.
“Jangan pergi,
Mi…” suruh dia.
Aku
menggeleng. “Tak boleh. Aku kena pergi jugak!”
“Kau kau pergi,
memang kau Haqimah yang aku tengok semalam…,” ucapnya dengan nafas yang masih
belum teratur.
“… Haqimah yang
cantik gila sampaikan aku rasa tak layak untuk aku. Haqimah yang buat aku hampir meleleh air liur
tapi tetap tak mampu nak jentik rasa di hati aku ni. Haqimah yang gagal buat aku jatuh cinta
biarpun bagaikan puteri yang turun dari kayangan,” sambung dia bersama nafas
yang sudah agak teratur.
Kening aku
hampir bertaut. Pelik dengan ayat-ayat
yang Zafrin ucapkan. Apa bezanya Haqimah
dan Haqmi sedangkan itu adalah aku.
“Kau kenapa ni,
Rin?” soal aku kepelikan.
Dia terus
menapak dan terus mendekat pada aku. Nafas
dia hela dalam-dalam dan dia hembuskan perlahan.
“Tapi… kalau kau
tak pergi, kau adalah Haqmi yang senget.
Yang kasar, yang tak sopan, yang garang, yang aku panggil singa sarkas
yang suka masuk kandang singa lapar.
Kalau kau tak pergi, kau adalah Haqmi yang aku kenal. Yang cantik dengan cara kau sendiri. Yang menarik perhatian aku dengan kekalutan
dan sikap kau yang keras hati tu. Haqmi
yang berjaya buat aku jatuh suka pada dia dari awal pertemuan lagi,” akui
Zafrin tanpa menjawab soalan aku.
Aku kelu. Dah rasa macam dalam drama dah pulak. Bezanya dia berbicara separuh berbisik. Tidak menjerit macam dalam drama Korea je
Melayu ke. Dia nampak cuba bertenang
biarpun wajah dia nampak merah padam sudah.
Aku mahu ketawa tapi masih belum sampai masanya.
“Jangan buat
lawak, Rin… aku adalah orang yang sama…”
“Tapi tidak pada
aku. Haqmi dan Haqimah orang
berbeza. Aku suka Haqmi biarpun hakikatnya
Haqimah terlalu cantik buat aku,” pangkas dia.
“Jadi… sebab aku
cantik dan jadi Haqimah semalam baru kau nak buka mata dan cakap semua ni? Kau ingat aku nak percaya pengakuan kau
ni?” sinis aku geram.
“Katalah apa
saja Mi tapi yang pasti pada mata aku Haqmi dan Haqimah berbeza dan aku hanya
jatuh cinta pada Haqmi dan Haqimah tak mampu buat aku jatuh cinta biarpun dia
cantik sangat,” luah dia lagi dan kali ini lebih bersungguh-sungguh.
Aku tercengang
sendiri. Aku pandang Aziana. Dia senyum dan mengangguk. Jimmy juga.
Aduhai… dah macam drama la pulak.
Apa aku nak cakap ni? Sudah,
lidah terpasung pada lelangit la pulak.
“Aku suka kau
berubah Mi… memang aku suka tapi biarlah berbaki diri sendiri. Aku nak terima kau seadanya kau. Tapi, hari ni bila kau bertudung macam ni,
aku sejuk mata memandang. Cumanya, tak
perlulah kau make-up dan tempek bedak dan cat warna-warni kat muka kau tu. Sampaikan aku tak kenal siapa kau malam
tadi. Aku nanti Haqmi tapi sudahnya
Haqimah yang datang. Aku rindu Haqmi
tapi Haqimah yang ada depan mata. Aku
cintakan Haqmi tapi kalau aku perlu terima Haqmi dan Haqimah untuk buat kau tak
melangkah, aku terima keduanya,” ucap dia panjang lebar.
Hampir terduduk
aku kala ini mendengarkan kata-kata Zafrin.
Serius dia lain dalam menzahirkan cinta yang sememangnya terbukti untuk
aku.
“Tapi… aku tetap
rasa kau memang suka aku lepas aku berubah ni, kan?”
Dia angguk dan
sungguh, aku kecewa sikit.
“Siapa tak suka
bila orang yang kita sayang berubah ke
arah kebaikan tapi bukan sebab perubahan kau yang buatkan aku sayang kau,
Mi. Tapi, sebab kau adalah kau. Bukan semalam atau hari ni aku jatuh cinta
pada kau tapi daripada hari tu lagi. Kau
tahu itu, kan?”
“Aku tak tahu
Rin… aku tak pernah tahu yang kau sukakan aku dari dulu lagi. Yang aku tahu kau datang sekat aku ni dan
luah kau suka bila nampak aku macam tu semalam, kan?” Aku masih tak mahu mengalah.
“Nope…” Dia
menggeleng.
“Kau ada bukti
tu…”
“Mana?” AKu angkat dagu.
“Kertas yang aku
pernah bagi kau tu. Ternyata kau tak
pernah belek, kan? Entah-entah kau dah
buang,” ujar dia agak kecewa.
Sebut pasal
kertas tu, aku terus teringatkannya.
Pantas aku selongkar beg galas aku.
Kertas yang Zafrin pernah berikan
aku buka pantas. Dan sungguh… demi
melihatkan bait-bait tinta tangannya, aku terlopong sendiri.
Lirik lagu One
Direction terpampang depan mata.
Perlahan-lahan aku bacanya tanpa lagu.
You’re turning heads when you walk through the door
Don’t need make up
To cover up
Being the way that you are is enough
Everyone else in the room can see it
Everyone else but you
Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to
tell
You don’t know
You don’t know you’re beautiful
If only you saw what I can see
You’ll understand why I want you so desperately
Right now I’m looking at you and I can’t believe
You don’t know
Oh oh
You don’t know you’re beautiful
Oh oh
But that’s what makes you beautiful
So c-come on
You got it wrong
To prove I’m right I put it in a song
I don’t know why
You’re being shy
And turn away when I look into your eyes
Everyone else in the room can see it
Everyone else but you
There’s nothing in my heart but you. Just you and only you. I love you, yes I do…
Love you more than you love me,
Zafrin Zaini
Mata aku terasa
berair tiba-tiba. Biar betul budak
Zafrin ni. Betullah kata-kata mamanya,
dia berbeza daripada Abang Zafran.
“You’ll understand why I want you so
desperately and right now I’m looking at you and I can’t believe you don’t know…”
ucap dia penuh emosi.
“Don’t
go. Jangan
pergi, Mi…” sambung dia lagi.
Aku ketap bibir
menahan tawa dan terharu dalam satu masa.
Lambat-lambat aku menggeleng.
“Aku kena pergi
jugak, Rin… kau terlambat mungkin,” duga aku.
Zafrin meraup
wajahnya. “Aku janji lepas ni aku akan
serius. Aku tak main-main lagi. Aku janji Mi.
Sesungguhnya janji…” Dia angkat
tangan persis orang bersumpah.
“Aku tak tahu
nak kata apa lagi Mi. Memang salah aku
banyak main tapi ini cara aku. Aku tak
reti nak berkata-kata Mi tapi izinkan aku buktikan. Tolonglah,” rayu dia lagi.
“Kau nak
buktikan macam mana?”
“Aku akan tapi
bukan sekarang,” jawab dia yakin.
Aku merengus. “Aku kena pergi jugak. Jaga diri Rin…”
Selamba aku
berpaling daripada dia dan hendak melangkah.
Bergetar tubuh menahan tawa. Serius
lucu. Memang selamanya aku bahankan
Zafrin nanti.
“Aku yang patut…
yang patut… memberinya segala. Kerana aku
mampu melakukan apa-apa saja… untuk dia… untuk dia… untuk dia.. untuk dia…”
Langkah aku
terhenti. Tawa aku mati. Zafrin
menyanyi. Pantas aku berpaling
pada dia dengan mata yang bulat tak percaya.
Biar betul mamat ni.
“Untuk aku?” tanya aku.
Dia senyum dan
angguk. “Untuk dia yang aku sayang. Untuk dia yang aku cinta. Untuk kamu dan hanya kamu,” jawab dia
malu-malu. Dia menggaru kepalanya dan
tersengih sumbing.
“Jemput aku balik
Isnin ni,” ucap aku tersenyum manis.
Wajah Zafrin
berkerut. “Nak pergi mana Isnin dah
balik?”
“Dia nak pergi
rumah sayalah, Rin. Kat Johor je. Isnin kami balik sebab saya nak ambil kereta
je,” jawab Aziana yang sedari diam.
Zafrin tepuk
dahi. “Aduh… apalah Along dengan kak
Long ni. Kelepet aku kering-kering. Mama pun sama. Buat penat je aku berkejar ke sini. Nyanyi bagai.
Adoi…” Dia mengeluh lagi.
Kami hamburkan
tawa. “Tunggu aku!” ucap aku.
Zafrin sengih
lagi. Nampak kacak betul. Kening lebat itu hampir bertaut. Gigi yang putih bersih itu canti dan
menampakkan lagi bibir itu seksi dan sensual.
“Jaga diri, jaga
segalanya untuk orang yang halal untuk kau je,” pesan dia.
Aku senyum dan
terus menapak masuk ke dalam balai perlepasan dengan Aziana dengan hati yang
lapang.
~~> bersambung
:) memang kena kelepet kaw-kaw lah...
ReplyDeletehahaha!!! so cute...
ReplyDeletesenyum sampai bulan baca citer ni.....
ReplyDeletehahaha, lawak lar zafrin nih!!pasni tggu kenduri kawen diorg plk.loike 100x
ReplyDeleteYaallah sedih ade kelakar ade.. Beshh sgttt rehan
ReplyDeletehahahaaaa..... terkena sudahhh si Rin...
ReplyDeletehuahuaaaaa... bestttt
best!!! keep it up!
ReplyDeletehahahahaha x bole blah la ngan n3 ni. skali Zafrin terkena cukup2 padan muka. tu la suka sgt main2kan anak dara org. skali kena bhn br dia tau.
ReplyDeletegelak sorg lah baca..tapi memang sweet lahh
ReplyDeletehahahahaha,... terkena sudah.. memang ad jgk lelaki yang menzahirkan apa yang dia rase dgn cara zafrin nie kan..i likeeeeeee
ReplyDeletepergh..... saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt!!!
ReplyDeletenk lg nk lg rm.....
ReplyDeleteaduhai.. gelak sorg2 kt opis ni bc n3 ni...hehehe..sgt kelakar...
ReplyDeletehahahahahaha.klako...
ReplyDeleteSUKA SGT...
ReplyDeleteSenyum...tak perlu kata apa-apa....:)
ReplyDeleteahhhhhhhhhh! jatuh chenta lagiiii! kak annn! suka!suka! love you kak ann! ^^
ReplyDeleteAkhirnya terluah juga apa yg Haqmi tungu2 dri mulut Zafrin...
ReplyDeleteowhhh my... ku jatuh chenta dgn zafrin!!
ReplyDeleteawesome story rehan!!!
like....hhaahahah..
ReplyDeletegelak sampai senak perot. kehkeh
ReplyDeletehahaha...padan mke rin....kena main kaw2..
ReplyDeletetp,sweet nyeeee,alahai omakkkkkk.....
hehehehe....
~QZ~
suka2..next :)
ReplyDeletekahkahkahkah.. gelak besar akak part zafrin akhirnya terkena tu.. tapi sweet sgt luahan dia..hahaha
ReplyDeletewaaaaa..besttttt kak rehann..
ReplyDeletekecian zafrin kena maen ngn mi,zafran,anaressa,mama dye.. best la mi kena kan zafrin.. hahahaha
ReplyDeletelalalala.....rasa nk nyanyi skali ngn zafrin...kahkahkah...kalu lah realiti ada kes mcm ni kt dunia msti bahagia gila pmpuan 2....
ReplyDeleteSweeettttttttttt gila! Hahaha suka Zafrin kena kelepet :p padan muka! :D tersenyum sambil loncat loncat atas sofa baca ni, ahhhhhhh!
ReplyDeleteHahaaaaa.....jiwa terasa kembali muda......5 star RM
ReplyDeletebest sngt,,,, x rugi online ptg2,,,hehehehe
ReplyDeleteala suwetnyerrrrrrrr....sweet la zafrin ni..siap nynyi lg 2..hehe
ReplyDeletelagi2 !!!
ReplyDeletezafrin n haqmi !
sweets mcm gula2
asyik kena kelepet je la korang nie..tapi kalau x kelepet x jadi pulak... tq rehan
ReplyDeletehahahha.. buat lawak la, best..
ReplyDeletemmang lain la x yela dlu dok sindir2 last siap nyanyi bgai kt c2..
ReplyDeletesweeeeeettttttttttt
ReplyDeletedah snyum sorang2 tahap nak dah gelak dah ni..
ReplyDeletethumbs up writer!!..:)
haahahaha..kesian zafrin kena kelepet...padan muka dia..
ReplyDeleteAmek ko zafrin....padan muka. Relly like the story...nak laaaaggggiiiiii.....
ReplyDeletehahahah..best2..:)
ReplyDelete:D
ReplyDeletegle best
ReplyDeleteda bca n3 ni 2 kali dlm masa 2 jam..hakhakhak
ReplyDelete>>k<<
gelak,gelak dan terus gelak.....ha5! cian rin kne kelepet
ReplyDeleteAdoi Zafrin ni memang tak boleh bla...hahaha XD
ReplyDeleteSungguh lagu Untuk Dia memang best...
hahaha... mmg kene kelepet je si zafrin 2... susah naa nk luahkan perasaannya... tp mmg best.. waiting next n3.. thankz kak RM..
ReplyDeletebest giler kak..thank you.Nurul88
ReplyDeleteAduhai.. Kesian rin kena kelepet...
ReplyDeleteTapi baru tau rasakan...
Tapi sweet la rin.. Boleh pulak nyanyi kat airport...
Tahniah rehan... Best sangat.. Akak suka...
X sabar nak tunggu next n3.. Walaupun hari nie dah dapat 2 n3...
Hehehehhehe...
akhir terlerai dah rase hati zafrin,pandai rehan mainkn emosi ego zafrin.cinta tu terbit dr mcm2 rase,tp ia ttp realiti dlm kehidupan.cinta tu anugerah ALLAH SAW.layak dpt full star penulisan rehan ne.akak ucap sukses sllu dlm nov akan dtg.yg penting walau p cinta kene kenal HALAL D HARAM.
ReplyDeleteBestnya RM x sabau nk tgu nt n3. Agak2 pa jd dgn dia org ye mak bapak dh bkenan tu..... RM cpt sambung....
ReplyDeleteDear RM, kelakar bangat scene kat airport..beria ingat org nk g jauh tp g JB je...hehehe. best!! Tima kaseh RM!!
ReplyDeleteooo.... kelakarlah entry kali ni. next!
ReplyDeleteSeriusly very nice story....gelak bergoleh saya baca entry kali ni...
ReplyDeletehahahah akhirnya..dia bagi tau juga..so romantikk...
ReplyDeletedear writer, sambung cepat,,untuk kami~ untuk kami~ untuk kami~
ReplyDeletehaha kesian Rin, tpi berbaloi2 la Resa ngan Zaf kelepet dia,.klu x smpai sudah Rin x confess kt Mi ngeh3
ReplyDeletesenak perut den...
ReplyDeletehaha
pdan muka zafrin...kne kelepet besh2 punye..haha...
ReplyDeletebest sgt...senyum smpai tlinga bace n3 kali ni...huhu...
double thumbs up cik penulis....
x dpt bayangkan zafrin menyanyi..
ReplyDeletemesti kepala dia terangguk-angguk..
walwehh.. lawak sngat..hhahaha
Akhirnya zafrin kena goreng
ReplyDeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^