BAB 13
RASA lamanya nak tiba
hari Isnin. Bagaikan berkurun sudah aku
jejakkan kaki ke teratak milik keluarga Aziana ni. Tidaklah tersergam banglo tapi hanya sebuah
rumah kampung dengan halaman yang sangat luas.
Seperti mana yang pernah dia ceritakan yang keluarga dia bersederhana. Memang kaya.
Kaya budi.
Bantal peluk aku tarik. Usai menolong mak Aziana di dapur tadi, aku terus masuk ke bilik dengan langkah yang cepat. Bukan apa, nak intai skrin telefon. Mana tahu ada pesanan dan juga panggilan rindu daripada Zafrin. Boleh aku ukir senyum lebar-lebar.
Tapi sayang, memang tak
ada. Seharian hari ni, tak ada langsung
panggilan atau paling kurang pesanan ringkas macam sebelum ni. Sibuk sangat ke? Aku mula nak fikir macam-macam.
Skrin Nokia C3 itu aku
pandang lagi. Rasa mahu menelefon dia
tapi ada yang menghalang. Kredit telefon
aku ni kena berjimat cermat. Sudahlah
berlainan syarikat telco. Jenuh nanti
nak tambah caj pra-bayar aku ni.
“Telefon jelah, Mi… yang
kau dok tenung skrin tu kenapa?” Pintu
terkuak dari luar dan wajah Aziana muncul basah.
Aku gariskan senyuman
lalu menggeleng. “Biar dia telefon aku
dulu. Aku tak akan cari dia dulu.”
“Emm… eloklah kau tu,
Mi. Buatnya Ri n
tengah fikir benda yang sama dengan kau, macam mana?” tebak dia lalu dia hampir pada penyangkut
kain.
Telekung dia capai dan
dia sarung ke tubuh. Setelah itu kain
pula dia ikat pada pinggang. Telekung
yang sama dengan aku. Berbeza warna
saja. Akhirnya, sejadah dia pagang dan
mata itu memandang aku seketika.
“Kau tak rasa Rin tu
tengah tunggu panggilan kau juga ke?”
soal Aziana sambil menghampar sejadah.
Berkerut dahi aku kala
ni. Boleh jadi juga tapi aku tak ada
kredit nak telefon dia. Setakat pesanan
ringkas tu bolehlah.
“Perlu ke aku SMS
dia?” soal aku polos.
“Sengetnya kawan aku
ni. Kata bercinta? Kenalah tanya khabar sekali sehari pun
jadilah. Tak menjadi masalah pun. Lainlah kalau korang berdua masing-masing
boleh masuk dalam talian tu. Haa…” Jari telunjuk Aziana digoyang padaku.
“… yang tu memang
masalah.” Dia senyum lalu menghamparkan
sejadah.
Tak sempat aku nak
menjawab, dia sudah angkat takbir. Tak
sempat aku nak menyerang. Andai tidak,
maut dia aku geletek. Haih…
Sudahnya, aku bawa tubuh
aku meniarap. Melihat pada tubuh yang
dibaluti baju kecil ni, aku ingatkan sindiran Zafrin tiba-tiba. Tidur pun perlu bersopan. Tanpa sedar, bibir aku menguntum senyum.
Patutnya aku dah tahu
masa tu lagi yang dia memang sukakan aku.
setiap lelaki akan menjaga apa yang ada pada wanita yang dia
sayang. Alamak… bertuahnya aku. Cepat-cepat aku pegang pipi yang terasa
merah. Malu sendiri.
“Emm… SMS jelah. Buatnya betul macam Azi cakap, jenuh aku
nanti,” komen aku pada diri sendiri.
Aku kuatkan semangat dan
terus saja melarikan jemari di atas papan kekunci. Sebuah pesanan ringkas aku hantar pada
dia. Bila aku tekan OK dan ya, selamat
sampai sudah. Tak lama lepas tu, aku
terima balasan daripada dia.
Hai je ko sms aku?
Erk! Memang aku hantar ‘hai’ je tadi. Salah ke?
Itu pun tanda aku ingat dia apa.
Dah tu, dia nak aku tulis apa?
Hai tu dah
cukuplah. Tanda aku ingat ko. Bkn mcm ko, tak ingat aku!
SEND! Dan, dia membalas lagi.
Aku tggu kata2
cinta dari awek aku ni. Asyik aku je
luah dulu. Nak juga
dia ucap dekat aku.
Kata-kata cinta? Manalah aku tahu. Tak pernah bercinta. Ini pun kali pertama dan aku rasa sangat
ganas. Cakap aku kau je. Mujur tak terkeluar bahasa lagi kesat masa
mula-mula kami kenal dulu. Parah
nanti.
Tak retilah aku,
Rin…
Mudah saja aku mengaku
pada dia. Dia nak terima atau tidak, itu
hak dia. Pada aku, kata-kata cinta
memang aku. Dah lama aku karang dan aku
simpan dalam hati ni. Cuma masa untuk aku luahkan segalanya masih belum
tiba. Cukuplah dia tahu yang hati aku
ada dia.
Aku ajarkan, nak?
:D
Erk… nak ajar
pulak. Aku pantas menekan papan kekunci
telefon bimbit aku ni untuk memberi amaran sikit tapi tak sempat bila Zafrin
terlebih dahulu menelefon.
“Rindu kau, Mi…” akui dia sebaik saja aku jawab salam.
“Err… rindu nak bertekak
dengan aku ke?”
Dia ketawa halus di
hujung talian. “Rindu segalanya. Rindu masa kau sakit, rindu kau sengal, rindu
kau mengaum. Semualah,” jawab dia.
Aku ketap bibir menahan
tawa. Takut terhambur nanti hilang
kusyuk Aziana yang sedang sujud menghadap pencipta. Sudahlah aku bercuti.
“Kau buat apa, Mi?” soal dia lagi.
“Landing saja. Tadi tolong mak Azi kat dapur. Lepas tu, rehat-rehat jelah. Esok nak balik dah.”
“Azi mana?”
“Solat…” Aku menjawab perlahan. Menjeling sekilas pada Azi yang sedang meraup
wajah mengaminkan salam.
“Kau?” Suara Zafrin kedengaran nakal.
“Aku errr… dah…”
“Tak baik tipu, Mi. Tergagap-gagap ni mesti kau tak boleh solat, kan ?” teka dia tepat.
Aku menahan wajah. Rasa malu sendiri. “Kau ni kan …”
Ada nada
tak puas hati pada hujung suara aku.
“La… apa
masalahnya. Ini ilmu untuk kaum lelaki
ni, Mi. Dah alang-alang betul…
kejap-kejap…” Suara dia menjauh. Tapi setelah itu ada semula.
“Aku ambil buku
tadi. Nak tanda tarikh kau cuti. Mudah untuk aku nanti,” sambung dia lalu dia
ketawa lagi.
“Eii… tak naklah aku
cakap dengan kau, Rin!” marah aku.
Dia ketawa lagi. “Ala a…
relakslah. Bukan kau yang call aku. aku call kau.
Aku tahu kau berjimat, kan ? Nanti kita register nombor lain. Aku
tanggung bil telefon kau,” pelawa dia.
“Eh… jangan Rin. Aku tak nak susa hkan kau.” Aku menolak pantas.
“Susa h kan apa?
Aku memang nak share segalanya dengan kau. Atau kau
yang memang tak sudi nak share dengan aku?” Dia membuat telahan sendiri.
“Tak adalah macam tu,
Rin. Kita baru kawan, kan ?”
“Kawan? Cuba kau bagi definisi kawan tu
pada aku? suruh dia agak tegas.
Aku telan liur. Mata
Az iana aku pandang dan dia hanya
jongket kening dan berlalu keluar bagaikan tahu apa yang mahu aku usulkan pada
dia.
“Kawan tu macam
kitalah,” jawab aku.
“Habis tu kau dengan Azi
dan Jimmy?”
“Kawan jugak,” tukas aku
lagi.
“Maknanya aku dengan Azi
dan Jimmy tu tak ada bezalah di hati kau.
Macam tu?”
Mati aku. Tersalah cakap pulak ke? Mati kutu sudahnya. Tak tahu nak kata apa lagi dah melainkan aku
hanya mampu hela nafas lelah saja.
“Tak apalah, Mi… aku
faham!” tegas dia lalu dia matikan
talian.
Aku melongo
sendiri. Mana boleh jadi macam ni. Sudahlah jenuh menanggung rindu. Bila dia menelefon, tamat begitu saja. Selaju mungkin, aku dail semula nombor
Zafrin. Sekali tak dijawab. Dua kali juga sama. Masuk peti pesanan suara dan sudahnya, kredit
aku tiada berbaki.
Rasa macam hendak
menangis. Rasa hendak pinjam telefon
Aziana tapi aku malas nak rendahkan ego sangat.
Biarlah dia. Aku dah berpuluh
kali telefon. Aku campak telefon bimbit
dan menarik bantal menutup muka. Ada tangisan halus sedikit
bergema tanpa aku sedar dan bila aku sedar, telefon aku berdering lagi.
“Kita kahwin, Mi…,” ajak
Zafrin tiba-tiba.
Tubuh aku terangkat
sendiri. Terkejut bukan kepalang dengan
apa yang Zafrin utarakan.
“Kau…”
“Aku serius,” tekan dia.
“Tapi…”
“Itulah yang akan
membezakan aku dengan kawan-kawan kau, Mi.
Kita kahwin. Macam Kak Long tu…
okey je dia kahwin muda. Aku harap kau
sudi,” ulang dia lagi.
Aku melopong. Tak mampu berkata apa. Tadi merajuk.
Bila dia telefon semula, terus ajak kahwin.
“Kau okey tak?”
“Tak okey!” jawab dia
pantas.
“Kalau tak okey,
pergilah klinik,” cadangkan agak loyar buruk.
“Ubat aku tak ada kat
klinik.”
“Habis tu kat mana?”
“Ubat aku adalah
kau. Hanya kamu dan kamu. Untuk aku!”
Suara Zafrin mendatar tapi penuh kesungguhan.
“Err… aku kena bincang
dengan keluarga aku dulu, Rin. Aku tak
sama dengan Resa…”
Dia mengeluh menden garkan jawapan
aku. Aku tahu dia agak kecewa tapi
perkara ini bukan perkara main-main.
Anaresa tak apalah dia memang tahu segalanya. Tapi aku, bakar roti pun boleh rentung. Macam mana aku nak hidup sebumbung dengan
dia.
“Ke sebab aku despatch je kau tak nak aku?” telah dia langsung tak munasabah.
“Eh kau ni… janganlan
duga macam tu. Suka teka
pelik-pelik. Aku ni tak sama denagn
Resa. Banyak aku kena belajar lagipun,
kau sendiri nak sambung belajar lagi, kan ? Aku tak nak halang cita-cita kau,” ucap aku
membetulkan telahan dia.
Zafrin diam. Hanya desah nafas dia yang menyapa peluput telinga aku. Makin resah dan lemah.
“Kalau macam tu… kita
tak boleh jumpa selalulah,” ucap dia akhirnya.
Dahi aku berkerut. “Kenapa?”
Rasa sedih
tiba-tiba. Memang itulah yang sebetulnya. Jangan selalu berjumpa. Nanti tawar cinta dan mudah menjurus ke arah
yang tak sepatutnya. Tapi bila dia berkata
begini di awal hubungan kami, rasa macam dia tak ikhlas pulak.
“Kau kan tahu aku macam mana. Aku dengan kau tak boleh. Pandang kau darah menongkah arus. Andai masa kita bermusuh pun aku berani buat
kau macam-macam, cuba
bayang apa aku akan buat bila kita berkasih sayang ni?” tanya dia telus.
Aku ketap bibir. Dia ni ada je nak kenakan aku. Menyesal aku sedih.
“Kalau macam tu, baik
jangan jumpa langsung.”
“Okey… kita jumpa dalam
bilik atas katil je nanti,” sahutnya dan aku telan liur berkali-kali.
Talian terus mati. Aku terus rebah ke katil dengan mata yang
terkebil-kebil memikirkan semula pinangan Zafrin. Apa aku nak buat ni.
**
BILA aku tanya Aziana
dan Anaresa, kedua-duanya bersetuju. Nak
aku terima cadangan Zafrin. Tapi, dia
masih belum stabil. Bukan kerana
kerjanya tapi dia sendiri ada cita-cita.
Tak tahu nak kata apa lagi.
Cermin di depan aku
pandang lama. Memang aku lain
sekarang. Serius lain. Langsung berubah tapi pada dia, aku tetap
Haqmi. Sekalipun dia tak pernah memanggil
aku Haqimah.
“Cantik dah tu,” tegur
Aziana semasa dia keluar dari bilik air.
Aku sengih dan
mengangguk. “Macam tak percaya aku boleh
berubah.”
“Kita berubah ni memang
kerana Allah tapi harus ada yang mendorongnya, kan ?
dan aku yakin… Rin adalah oran g
yang mendorong kau berubah ni. Syukurlah
sebab kau lagi cun gila bila macam ni, Mi,” puji Aziana pada aku.
Aku ketawa sikit. Menahan malu.
“Kata Ri n
dia tetap nampa k
aku macam Haqmi yang dulu. Bezanya dah
lembut sikit.”
“Emm… betullah tu. Tak perlu
nak berubah lebih-lebih. Janji diri sendiri selesa sudah. Yang penting menutup aurat dan menjaga
maruah,” nasihat Aziana lagi.
Dia memang sahabat yang
baik. Tak lekang bibir itu dari
menasihati aku dan Anaresa sejak dari dulu.
Sejuk mata memandang dia. Lega
bila Allah bawa dia menjadi kawan baik kami.
Mengingatkan kala kami leka. Itu
yang pasti.
“Ni nak pergi
mana?” soal dia lagi.
Aku jongket baju. “Entahlah
Ri n ajak aku pergi mana. Katanya saja nak jumpa. Ada
hal nak bincang,” jawabku dan berlalu menggapai beg sandang. Ini pun aku pinjam Aziana punya sebab aku
masih pakai beg galas.
“Wah… ada can jadi macam
Resa tak korang berdua?” Aziana angkat
kening bersama senyuman sengal.
“Uiks… jangan cakap
wei. Kau bukan tak tahu aku cita-cita menggunung
tinggi.”
“Resa boleh je?” duga Aziana.
“Itu Resa… aku tak sama
dengan dia. Lagipun , Ri n
tu tak stabil lagi. Kan dia nak sambung belajar jugak. Jadi, aku rasa sedang elok kita habis belajar
ni, baru aku fikir macam mana. Aku tak
nak Rin rasa terbeban biarpun aku tahu dia dah sedia,” beritahuku pada
Aziana.
“Kan Ri n
nak?”
Aku menggeleng. “Dia kena sabar dulu,” tukasku bersama
sekuntum senyum.
“Dia sendiri pun ada
cita-cita, Azi. Aku tak kejam nak sekat
cita-cita dia dulu. Bukan apa… aku takut
dia tak mampu fokus bila ada aku nanti.”
Aku menyambung.
“Tak apalah. Dah sampai masa nanti, jadi jugak. Bincang baik-baik,” nasihat Aziana dan aku
senyum saja.
Langkah ini seterusnya
aku bawa ke luar. Zafrin sudah menanti
di bawah. Bila aku dapatkan dia, dia
bawa kereta Aba ng
Zafran hari ni.
“Kenapa bawa kereta Aba ng Zaf?” soal aku setelah pintu aku rapatkan dan
kereta menderum laju.
“Saja… nak jalan jauh
ni,” ucap dia. Sengih!
“Mana?”
“Kampung kau!” selanya mudah dan aku bulatkan mata.
What
happen? Dan, perjalanan sepi. Aku bertanya tapi Zafrin menyepikan
diri.
Sudahnya, kami tiba di
depan rumah aku. Sebelah je dengan rumah
Anaresa. Mak yang sedang duduk di
serambi bangkit berdiri memandang kami yang masih ada di dalam kereta.
“Assalamualaikum, mak
cik,” laung Zafrin sambil mengisyaratkan aku keluar dari peru t
kereta.
Bila aku tolak pintu dan
memandang mak, mak bagaikan tak kenal aku.
Mata itu nampa k
terkebil-kebil merenung aku dan Zafrin silih berganti.
“Waal aikummussalam. Cari siapa ya, nak?” tanya mak sopan.
Aku menapak pada
dia. Menggariskan senyuman pada wajah
tua itu. Wajah mak nampa k pegun sungguh. Bila aku berpaling, Zafrin juga
menghampiri.
“Ini Mi, mak,” akui
aku.
Mak menggeleng tak
percaya. Mata itu nampa k
bergen ang sikit
lantas dia menyapa aku ke dalam pelukan.
“Mana motor?”
Erk… motor pulak mak aku
tanya. Bukannya nak tanya akan peru bahan anak
dara dia yang seorang ni. Gilera merah
itu juga dia risaukan.
“Mi kan balik dengan kawan ni,” jawab aku sambil
menjeling Zafrin yang sedang menyuakan tangan pada mak. Hendak bersalaman.
“Apa khabar, mak
cik?” tanya dia bila salamnya mak
sambut.
Aku menjauh sikit dan
duduk di belakang mak. Macam aku tahu je
apa yang Zafrin buat kat sini. Lebih berani
daripada Aba ng
Zafran.
“Baik tapi kamu
ni…”
“Saya Zafrin. Adik ipar Kak Long Resa,” jawab dia
pantas.
Mak angguk dan memandang
aku. “Emm… masuklah. Pak cik tak ada ni. ke pekan.
Kejap lagi baliklah. Yang Mi pun
tak cakap nak balik. Tak ada apa nak
hiding,” ujar mak lalu kami sama-sama menapak ke dalam rumah.
“Hidang daun kayu jelah
mak…,” bisik aku.
“Haih… kamu ingat kawan
kamu tu kambing ke?” Mak menegur aku dan
aku ketawa sikit.
Zafrin yang sedang
memerhati yang senyum saja. Tak tahu
yang kami bahankan dia. Padan muka tapi
detak hati aku rasa lain macam sudah.
Aku yakin itu. Sangat-sangat
yakin.
Usai aku hidangkan
air yang mak buat, ayah sedang elok tiba
di depan rumah. Bila salam dijawab, dia
menapak dan mata itu bulat memandang aku yang sedang duduk elok di sisi
mak.
“Anak dara siapa ni?” soal ayah sambil bersalaman dengan
Zafrin.
Aku mencemik.
“Puteri kayangan turun
rumah kita hari ni, bang,” seloroh mak pula dan disambut oleh tawa Zafrin dan
ayah.
“Mak ni… Mi berubah ni
mak patut bangga tau,” rengek aku sedikit.
“Mak bangga…” Bahuku dipeluk mak.
“Ayah pun… dan kamu ni…”
“Err… saya Zafrin, pak
cik. Boleh panggil Rin. Adik pada Zafran suami Anaresa sepupu pada
Haqmi…”
“Dan anak saudara pak
ciklah Si Anaresa tu, ya?” Ayah menyampuk.
Aku ketap bibir. Padan muka.
Kemain terangkan pada ayah aku. Macamlah
ayah aku tu tak tahu siapa Aba ng
Zafran tu.
Cawan milo panas itu, mak
suakan pada Zafrin satu dan ayah satu. Ayah
capai lalu menyuakan bibir cawan itu ke bibir.
“Mi balik kenapa?” tanya ayah kemudiannya.
“Er… Mi tak tahu. Zafrin yang…” Bicara aku mati. Tak tahu nak bagi jawapan apa lagi pada ayah.
“Hah? Kenapa?”
Ayah beralih pada Zafrin pula.
Dia berdehem beberapa
kali dan memandang aku dengan mak sekilas.
Cawan yang dia pegang, dia letak
di atas meja. Dia memandang ayah
pula.
“Er… macam ni, pak
cik. Saya nak minta izin kahwin dengan
Mi. Pak cik izinkan tak?”
Huh, lancar saja soalan
itu terbit dari mulut Zafrin. Seingat aku,
Anaresa cakap, Aba ng
Zafran dulu pun ada wakil yang bersuara.
Ini dia sendiri. Tepat seperti
yang aku telah. Dia nak guna jalan
pintas setelah aku menolak.
“Boleh tak, mak cik?” tanya dia pada mak pula.
Mak dia memandang
aku tanpa riak. Ayah diam juga. Senyum dan mengerutkan kening dalam satu masa. Cawan di atas meja dia capai lagi.
“Kamu berdua dah bincang
ke?” soal ayah pada dia.
Dia pandang aku dengan
renungan yang merayu. Meminta aku
bersetuju barangkali.
“Dah… harap pak cik
izinkan sebab Mi kan
belajar lagi,” ucap dia sopan.
Ayah senyum. Mak pun.
“Anaresa pun boleh… Mi mesti boleh jugak, kan ?”
duga mak tapi aku hanya gigit bibir.
Nak membantah takut
malukan Zafrin depan mak dan ayah. Sudahnya
balik tanpa dirancang. Main
serang je budak Zafrin ni. Aku pandang
wajah dia. Tenang saja biarpun dapat aku
lihat detak dadanya kian kencang.
“Mi err…”
“Emm… kalau dua-dua dah
setuju, kami tak ada halangan. Lagipun,
elok kita nikahkan anak dara awal-awal. Janji
ada ilmu rumah tanggalah,” putus ayah senang.
Ayah menghirup air dia lagi.
Aduhai… memang ayah aku
dan Pak Long, ayah Anaresa sefesyen. Sama
saja. Pak Long juga mudah menikahkan
Anaresa dan ayah juga sama. Tapi, aku
bukan Anaresa.
“Tapi, nak nikah free dulu, boleh tak?”
Erk… air yang ayah minum
tersembur. Wajah mak melopong. Wajah aku lagilah. Teruja sungguh dengan permintaan bakal imam
aku ni dan wajah Zafrin tersengih-sengih menggaru kepala yang tidak gatal. Apa hal ni?
~~> bersambung
Cik Penulis : Bila Nak Saksi nak siap2 ni..huhu..
Layan, komen & maaf atas kekurangan. Saya baca komen2 semua tapi tak sempat nak balas. Apa yg penting saya sangat2 hargai. Sayang kamu... Faktanya, saya gilakan cerita2 vampire dan werewolf..jadi lepak tgh TV jap.. ada cite werewolf..hehe..
Awwww. I lagi jdi blushing sbb Rin. Hahahha. xD
ReplyDeleteapa plak nie ?? huahua
ReplyDeletehmmmm.... nice,"nak kahwin free bleh tak"..... hahahhah lawak2...
ReplyDeletecpt tol la zafrin nie btindak,trus je msuk meminang sndiri..khwin free??
ReplyDeletekesian org yg merindu..he he
ReplyDeletewah! hebat tu, gi confirmkan sendiri boleh kawin ke x..
mintak nikah free lg..ha ha
^_^
ReplyDeletecemana gaya nikah free tu zafrin...hahahahaha
ReplyDeletewow..best..hihi..
ReplyDeletesis,sya cadgkn tgok the vampire diaries s1-s3 n teen wolf...secret circle pn bez gk.. :))
~ze~
zafrin sebab u i tersembur my lappy!! ;D' hohoho..
ReplyDeleteyeyeahhh cepat kawen!:D
ReplyDeletehihi...terasa blushing la sya...
ReplyDeletemmg jiwa pink2 la bce cite nie...
ReplyDeletedh berangan jd haqmi tu.
erkkk???? lagi selamber mintak kawen free.
ReplyDeletehahahahaha sengal lag zafrin ni!!!
hahahahahaaa
gud job rehan :)
hahaahaha..x leh blah baca ayat last tu...nk kawin free..best la kak REHAN.. tq byk2.. tp nak lagi yer esok....camne agaknya family zafrin nanti yer hihihi..
ReplyDeleteslumbernya si Rin 2...best!nk lagi...bleh?hehehe;)
ReplyDeletehaih berani mati betul zafrin ni ckp mcm tu depan ayah mi,hahaha
ReplyDeleteud besttttt........hehehe suke
ReplyDeleteHahahahahahaahahahahahahahaa!!
ReplyDeletesuka sangat - Nurul 88
ReplyDeleteapa mksud kawen free tu?
ReplyDelete>>k<<
Haha tebal kot muka Rin tu,.sebab tu r berani mntak
ReplyDeletekawen free keke
hahaha.. nasib baik bca kat rumah kalo tngah o9 kat starbucks sah2 kna jeling ne.. ketawa sorang2..! :) "tapi nak nikah free dulu, boleh??" --> haha.. lawak2..
ReplyDeletenikah free pon boley rin!!!!!!!haha
ReplyDeletenikah free je? amboi Zafrin, dah gatal sangat2 nampak, hehe.
ReplyDeletemuda13
Yuuhuuu....
ReplyDeleteCaya la rin... Mmg macho la rin...
Mi... Jgn tolak...
Tapi x boleh belah nak kawen free...
Mau x tersembur air bapak mie...
Adeh la rin.. Rin.. Rin...
Rehan...nanti jangan lupa buat pembetulan... ada typo error...
ReplyDeletegelak... nak nikah cepat tapi kawin free dulu... ada mcm ni ke?.. hahah... boleh bayar down payment & bayar ansuran bulan2x...
ingatkan zafran yg gila.. rupanya adik dia lagi senget...hahaha..
Alahai Zafrin...
ReplyDeleteKahwin Free...hahaha
Tak leh tahan betul,nak tergelak je rasa...XD
hahaha...dok bergelak tengah2 malam sowang2..
ReplyDeletekalau cakap dekat ayh saya mcm nie mawnya kena ligan dgn parang nk kawen tp nk free..hakhakhak
Zafrin nie cri maut gan mak dia....
ReplyDeleteBerani giler mintak kawen free....gatall....
Hahaha..buat lawak betul lah si Rin ni.., ada ke selamba aje minta nikah free dulu kt bakal mentua mcm tu..mmg betul brutal dia ni..haha..
ReplyDeleteNikah free??? Apakah?????? sungguh x bole blah ngn mamat ni haha
ReplyDeleteGatal jugak si Zafrin ni, haha. Tak sabar sabar :p ada ke mintak kahwin free, hadoii terang terang pulak tu. Sengal betull. Good job kak rehan :)
ReplyDeleteamboi2 ko zafrin nak kawen free pulak yer..mengade betol..gatal sgt2 dah la 2..igt dulu zafran jer yg gatal,padahal adek dia lagi gtal..hehehh..
ReplyDeletetq rehan..cepat2 smbung tw..n jgn lupa siapkan STK..
bezala rin ngan abg zaf...mmg straight to da point...siap nk kawen free lg...mst wang xcukup....:-) ---lee
ReplyDeletemengong rin ni.. hahahaha....
ReplyDelete-Ika Hatika-
haha..kwen free???..dapt ke???
ReplyDeletekumpul duit dulu bg cukup..
knduri lmbt lg lh klu cm ni punya pasal..
-miss A-
hahaha gila apa nk nikah free.... ingt ank ikn ke apa? sengeng ke apa ko rin? hihihi
ReplyDeletehahaha. zafrin o zafrin. ko meman gila la...
ReplyDeleteada ke nak kahwin free??
Best, best,best....nak lagi....
ReplyDeletekawin free ???hahahhaha kn da teersembur air
ReplyDeletehahahahaha... zafrin keberanian sukar dijangka kan...
ReplyDeletex sabar nak tunggu smbugan sterusnye
ReplyDeletetngah mmbayangkn dri d'tmpat haqmi....apakah???? hehehe memang super duper gatal lah rin...hahahah.....
ReplyDeletetp msti dorang lmbt lg kwen kn....kt sp11 KSC kan ckap diorang dah stahun brtunang....lg pun 5 tahun dah tu masa brlalu....aduhlah,,,RM boleh kwinkan trus x dorang nehy???haha
ReplyDeletehahahahahaha! sambung lagi kak rehan! sangat best ni! heeee
ReplyDelete"nak nikah free dulu" waaaa... aayat gantung leher tuuuu zafrin.tpi....suke3
ReplyDeletelawaklh kak rehan!smbung cpat2
ReplyDelete=
nikah free tu mcm mna?
ReplyDeletebila nak saksi dah nak siap akak..x sbrnya nak baca kisah lit ngan usop plk..hope tahun ni leh kuar novel..
ReplyDeletewah zafrin beraninya.....huhu,,xpernh dibuat orang.....hebat penangan cinta mi kt dia....huhu best kak sambg ag
ReplyDeletekak rehan, UD makin best....sambung cepat tau, baru semangat nak wat keje pagi2, smpai opis mst bukak blog akak,hihihihi x sabar nak baca UD akak...
ReplyDeletehahaha.. boleh pulak mintak kawin free.. haha
ReplyDeletekawen free???
ReplyDeletenk kne kejar dgn pedang samurai si zafrin ni...
haha....
best...cpt2 update n3 strusnye ya kak..hehe...
best..best.best..
ReplyDeletetak sabar nk tunggu smbungan..
kak RM cepat la smbung yer..
x pe rehan sambung pelan2. walau apa pun jutaan terima kasih sebab habiskan di blog jugak. tak der la ternanti2.. endingnya. sebab tu la saya hari2 layan blog rehan ni... tak jemu2 sebab tau ada entry baru....
ReplyDeletegle trus trng...mnta khwn free 2..haha...lwk la...
ReplyDeletenikah free??? amboihhh.. kemain ko zafrin..haha
ReplyDeleteluntur sudah ego si Zafrin ni... =))
ReplyDeleteGiler la zafrin siap minta izin nk nikah free hahaha
ReplyDeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^