BAB 14
TAWAKU masih belum
tamat. Malah semakin rancak pulak
sedangkan wajah kekasih hati sebelah aku ni kelat semacam. Dia menjeling maut tapi aku tetap gela k. Tak tahan dengan permintaan dia yang ala-ala
jujur dan polos itu. Mujur ayah tak
sembur dia lebih-lebih.
“Apalah kau Rin pergi
cakap macam tu?” tanya aku pada
dia.
“Dah aku memang macam
tu. Nak kata apa. Lebih baik aku jujur,” jawab dia tak puas
hati.
Dari nada suara itu, aku
tahu dia memang sedang menahan perasaan bila aku bahankan dia depan mak dan
ayah.
“Saya ingat nak hutang
dulu duit hantaran tu semua, pak cik.
Setakat bayar duit mas kahwin dan adakan sikit-sikit barang hantaran
serta kenduri doa selamat tu, mampulah setakat hari ni.” Itulah ayat dia pada ayah tadi.
Memang aku sendiri
terkejut. Ayah terbatuk berkali-kali dan
mak bagaikan hampir terkeluar biji mata dari soket menden garkan permintaan bakal menantu tunggal
mereka ni.
“Ingatkan dah ready semua dah,” tukas ayah nampa k tak puas hati pada
mulanya.
Zafrin mengerutkan
dahi. Nampak gugup sudah. Aku hanya senyum. Bila mak menyiku aku, aku minta mak diamkan
saja. Biarkan Zafrin berbicara dengan
wali aku ni. Berani mulakan, biar dia
berani tamatkan.
“Ready dah, pak cik,” jawab dia yakin.
“Tapi, saya ni tengah
nak mohon sambung belajar, jadinya kerja tu tak stabil lagi. Setakat nak bela Mi lepas nikah tu
mampulah. Kalau nak bagi hantaran
berbelas ribu, kenduri besar-besar tu, tak mampu lagilah. Ada
motor buruk je pun. Kereta kat bawah tu,
Along saya punya,” terang Zafrin pada ayah.
Mata itu melirik ke arah
aku sesekali. Aku hanya buat muka
ketat. Dalam hati berfikir juga. Dia minta nak kahwin free dengan aku. Tanpa
hantaran? Tapi, aku tak kisah pun
sebenarnya. Kehidupan lepas kahwin
itulah yang lebih penting.
Macam Anaresa, dia
beruntung sebab Aba ng
Zafran memang stabil dan kukuh segalanya.
Melihat pada Zafrin yang sudah berumur 26 tahun ni, patutnya dia dah
lebih bersedia tapi tidak pula.
“Dah tu, macam mana
boleh terfikir nak meminang anak dara tunggal pak cik ni?” soal ayah dengan riak yang nampak sedikit tegas.
Aku tahu ayah main ayat
saja. Aku tahu dia agak hormat cara dan
keberanian Zafrin datang ke rumah kami hari ni.
“Err… saya bukan apa pak
cik… alang-alang benda boleh halalkan, itu yang saya mohon izin wali dia.” Lembut dan teratur saja Zafrin menjawab.
“Mama dan abah kamu dah
tahu ke?” Giliran mak pula menyoal.
“Belum lagi. Saja datang tanya dulu kot-kot kata boleh,
saya nak minta mama dan abah datang bincang la pulak.”
Mak angguk tapi masih nampa k tidak puas
hati.
“Kalau macam tu… kamu kena
tanya Haqmi sendirilah. Pak cik ni beri
wali je. Yang nak pakai, korang berdua,”
sela ayah dan dia ketawa menghambat wajah tegangnya.
Aku nampa k Zafrin menghela nafas lega. Dia pandang aku dan mengenyitkan mata. Nampak gatal dan merenyam.
Mak dan ayah pula,
mengizinkan segalanya. Tapi, aku mahu
dia capai apa yang dia mahukan dulu. Aku
sanggup menanti. Mata Zafrin aku
pandang. Penuh pengharapan dan dia bakal
kecewa sikit nanti.
**
“WOI!!” sergah Zafrin.
Aku yang ralit
mengingati hal di rumah aku tengah hari tadi, terus memandang dia. Tiada lagi suara ayah dan mak serta gela k tawa aku
bergema. Yang ada hanyalah aku dan
Zafrin saja dalam kereta milik Aba ng
Zafran yang sedang membelah jalan raya.
“Kau ingat hal tadi lagi
la tu?” tegur dia.
Aku senyum dan
angguk. “Kau comellah, Rin,” puji
aku.
Dia mencebirkan bibirnya
dan aku ketawa halus. Dalam kepala ini
dok merangka ayat yang sesuai untuk aku ungkapkan pada dia agar hati lelaki ini
tidaklah terguris biarpun seinci.
Wajah tenang Zafrin aku
jeling. Dia memang tampa n.
Malah semakin tampa n
bila menjadi milik aku biarpun pada dasarnya masih belum menjadi hak milik
lagi. Kala dia membawa ibu jarinya
singgah ke bibir sendiri, dia nampa k
bagaikan sedang memikirkan sesuatu.
Nampak tenang dan sesekali berkerut seribu.
Tanpa sedar, aku
lepaskan keluhan membuatkan Zafrin berkalih pandang seketika. Dia menjongketkan keningnya pada aku bertanya
tanpa suara. Aku juga jongket bahu
menjawab tanpa bunyi.
“Kenapa?” Dia menyoal sepatah. Tegas dan keras.
“Tak ada apalah…”
“Ada
kan ? Dari tadi lagi aku nampa k kau gelisah je. Cuba kau cakap kau kenapa? Bagi aku tahu sikit apa ada dalam hati kau
tu. Aku bukan ahli nujum nak tilik hati
kau,” sinisnya.
Benar kata Zafrin. Andai tidak diungkapkan, dia tak akan tahu
apa yang terbuku dalam hati aku ni. Jadi,
aku kumpul segala kekuatan yang ada untuk memberitahu apa yang aku rasakan saat ini.
“Okey , Ri n…
aku harap kau tak marah akan apa yang aku nak cakapkan ni. Aku harap sangat kau boleh terima dengan hati
yang terbuka akan apa yang cuba
aku sampaikan ni dan yang paling penting, aku harap kau tak akan salah faham
dengan aku,” kataku padanya.
Panjang mukadimah untuk
membuatkan Zafrin faham yang aku ini
tidaklah bern iat
bukan-bukan melainkan untuk kebaikan kami bersama.
“Huh… panjang
pendahuluan. Aku buat karangan masa menengah
rendah dulu pun tak macam tu.” Dia
ketawa sikit.
Aku jegilkan mata. Tak sah kalau tak kenakan aku sekali dia ni
tapi aku pantas menggariskan senyuman jahat.
Dia tak tahu apa yang bakal aku katakan ini akan buat dia melopong atau
mungkin terus melalak.
“Okey… kau dengar
baik-baik. Aku cakap sekali je,” tekan
aku sikit.
Dia angguk. Aku hela nafas panjang dan menghembuskannya
perlahan. Dalam hati berdebar tak usa h
dikata. Bimbang Zafrin merajuk dan
berlalu dari aku. Zafrin angguk dan dia
seterusnya memandang pada jalan raya yang agak sibuk waktu ini.
“Aku respect cara kau pinang aku. Aku dapat rasa kau memang
bersungguh-sungguh. Tapi… ada
tapinya.” Bicara aku mati di situ dan
wajah Zafrin nampa k
gelisah tiba-tiba.
“Kau tak setuju
ke?” tebak dia.
Aku angguk dalam
senyuman bila bidikan dia tepat. Keluhan
berat dia lepaskan. Kedua belah tangan
mendarat pada stereng dan dia menyangkut dagu dia seketika pada stereng itu
sebelum kembali duduk tegak.
“Kenapa, Mi? Kau tak ada rasa nak halalkan hubungan kita
ke?”
Kali ini, aku
menggeleng. “Jangan salah faham dengan
aku, Rin,” balasku membetulkan telahannya yang ternyata silap.
Jenuh aku suruh dia jangan
salah faham tapi dia tetap nak salah faham.
Mudah menebak sesuka hati. Mujur
aku cool and steady.
“Kan aku dah pesan tadi, jangan fikir
bukan-bukan. Aku ada sebab untuk tak
setuju ni. Bukan selamanya aku tak
setuju. Kau kena ingat, kau lelaki. Tanggungjawab kau besar. Kalau sekadar kau sedia sebab nafsu
semata-mata, aku rasa tak payah dululah.
Sebuah perkahwinan ni memang menuntut semua tu. Untuk menghalalkan hubungan antara adam dan
hawa tapi kau kena ingat…,” ujarku tenang.
Nafas aku hela seketika sebelum menyambung.
“… selain tu,
tanggungjawab lain juga kau kena fikir.
Aku akan jadi isteri dan kau akan jadi suami. Tugas kau mendidik aku. Memberi nafkah dan menyediakan
segalanya. Kau sendiri tak stabil
lagi. aku lagilah. Tak kerja lagi. Belajar pun lagi tiga tahun nak habis,
Rin. Lagipun, aku kenalpasti kelemahan
aku kat mana. Aku bukan Resa kalau kau
nak bandingkan aku dengan dia. Kami
berbeza. Dia mampu tapi aku tak. Aku tak boleh nak fokus dua perkara dalam
satu masa. Aku akui aku memang sayang
kau. Aku memang nak jadi suri yang halal
buat kau cumanya buat masa sekarang… kita kerja apa yang kita impikan dulu.”
Huh, panjang lebar aku
huraikan sebab aku menolak pinangan dia tu.
Aku tahu dia kecewa. Terkedu
Zafrin dibuatnya. Tak terkata tapi aku
perlu berkata sesuatu. Dia bukan macam Aba ng Zafran yang ada
segalanya.
“Habis tu… kau nak cari
yang stabil? Bukan akulah, kan ?” Dia prejudis lagi.
Aku senyum dan
menggeleng bila melihatkan wajah Zafrin semakin kelat dan keruh. Nampak sangat dia tak puas hati dengan aku.
“Bukan macam tu, Rin…
Aku dah ada kau. Segalanya ada pada aku
ni untuk kau je. Untuk dia yang aku
cinta iaitu Zafrin bin Zaini tapi kau kena ingat, kita kahwin bukan untuk sehari
Rin. Banyak yang kena belajar dulu. Kalau kata kau dah tahu semuanya, aku ni ha…
masih banyak kena belajar dan sebab kita tak stabil lagi la kita bagi stabil
dulu. Aku tak harap kita mewah sangat. Sederhana cukup. Tapi, setidak-tidaknya kita tak menyusahkan oran g lain. Lagipun, aku tahu kau sendiri tengah tunggu
keputusan nak sambung belajar, kan ? Nak buat master,
kan ? Jadi, apa kata aku benarkan kau sambung master kau dulu. Lepas kau tamat je, kita terus nikah. Setuju?”
cadangku teruja.
“Berapa lama master tu? Kau tahu?”
Erk… aku
menggeleng. Manalah aku tahu. Aku ijazah pun tak habis lagi. Dan-dan dia tanya aku pasal master pulak. Salah tempat bertanyalah dia ni.
“Bertahun tahu tak? Buatnya tak lepas, sambung lagi sambung dan
terus sambung. Tak kahwin la kita nanti,”
tegas dia.
“Sebab tu kau kena
berjaya. Aku doakan. Awek yang baik adalah mendoakan dan mendorong
kejayaan pakwe dia.”
“Jadi kau tak setujulah
ni?”
“Setuju tapi bukan
sekarang. Masa tu kau nak berhutang
hantaran pun aku tak kisah. Tapi, tidak
sekaranglah. Jangan kata sebab kau nak
minta kahwin free dulu tu, aku tolak.
Salah sama sekali…” Aku
menggeleng menguatkan lagi penafian aku.
“… jodoh ini rahsia
Allah, Rin… dia dah bawa kita dekat jadi kita jaga sampai waktu jodoh kita
menyeru. Aku yakin dengan jodoh
kita. Yang penting, kau kejar dulu
cita-cita kau. Jangan main-main sebab
sekarang kau ada aku. Untuk aku, kau
kena,” ucap aku lagi terus memberi dorongan pada dia.
Zafrin gumam tanpa
kata. Aku tahu dia kecewa tapi aku lega
setelah meluahkan segalanya. Itulah
hakikat. Kami ada cita-cita dan impian
masing-masing. Aku juga ada kehendak
yang aku perlu capai.
Benar mak dan ayah
memberi izin tapi aku belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang
isteri. Dada ini, masih perlu diisi
dengan ilmu rumah tangga agar aku mampu membantu nakhoda aku ni mengemudi
bahtera yang bakal kami bina itu sebaik mungkin biarpun dibadai ombak
nanti.
Bila kami bertaut
pandang, aku kedipkan mata sekali berharap Zafrin setuju tapi dia tetap mencuka
dan pandangannya hanya terhala ke depan saja.
Sudahnya, tiada bicara yang terbit.
Aku mengeluh pasrah.
Lebih kurang jam 5.30
petang, kami tiba di Seksyen 7. Aku nampa k Aziana dan Jimmy
sedang melepak di Restoran Mek Ayam Kampung.
Bila aku buka tali pinggang keledar dan hendak turun, Zafrin
menghalang.
“Bagi aku lima minit, Mi,” rayu dia
dan aku angguk saja.
“Lima
minit je kau minta, lima
puluh minit aku bagi,” jawab aku manis.
Hendak memujuk masam wajah itu sebenarnya.
“Tapi, aku perlukan 50
abad dengan kau.” Dia uk ir senyum tapi tetap nampa k pahit.
Aku juga sengih. Kot ya panjang
umur. Desis hatiku sendiri.
“Kau tahu tak aku mohon
sambung master aku kat mana?”
Dahi aku berkerut. Memang aku tahu dia sedang mohon menyambung
pengajiannya tapi tak pernah aku bertanya pula kat mana?
“UiTM? UK M? UM?
USM? UFO?”
Zafrin merengus bila
perkataan UFO itu aku ucapkan tapi aku senyum saja.
“Aku mohon sambung
belajar kat Jerman, Mi. Kalau dapat
bukan setahun dua aku kat sana . Tapi akan cecah empat tahun. Bidang mekanikal kat sana bagus.
Teknologi Jerman bagus. Sebab tu
aku ke sana . Sebab tu aku nak kita nikah dulu sebelum aku
pergi…” beritahu dia.
“Itu pun kalau dapatlah, kan kau ke Jerman tu?” soal aku sedikit tak puas hati.
Berbaur resah sebenarnya
bila aku tahu hakikat itu hari ni.
Padanlah dia beria-ia. Silap aku
juga kerana selama ini kami tidak pernah berbicara tentang hal ini setelah kami
menjadi rapat. Jauh gila Rin nak bawa
diri, bisik hati aku sendiri.
“Aku yakin aku akan
dapat sebab aku bijak!” ucap dia selamba
dan tenang.
Erk… aku memandang dia
pelik. Perasan gila mamat ni. Boleh dia puji diri sendiri bijak tapi andai
dia yakin akan hal itu, adakah aku yakin aku mampu menanti dia selama itu
nanti?
“Kita bincang lagi lepas
kau dapat offer nanti, ya?” ujar aku lagi.
Masih lagi berlagak
tenang sedangkan dalam hati bergelodak lain macam. Menakutkan andai benar kami akan terpisah
sejauh itu. Mana aku nak cekau duit nak
melawat dia di sana ? Dan dia, pastilah tak mampu balik ke Malaysia
juga nanti. Mati dalam rindulah aku
nanti.
Aku pandang Zafrin
dengan mata yang mula berair. Rasa berat
dan berkaca-kaca. Rasa sesak dada
tiba-tiba. Tadi kemain berkata-kata tapi
kini, hampir mengalirkan airmata.
Zafrin senyum. “Kenapa sedih?”
“Kau pergi nak belajar, kan ? Untuk masa depan kita. Aku tak sedih malah bangga tapi jangan cakap
lagi hal ni. Kita cakap bila kau dah
dapat offer tu,” tukasku melarikan
diri dari hakikat yang bagaikan sedang
menghampiri.
“Kau tak sanggup, kan ?” teka dia.
“Sanggup apa?”
“Aku tinggalkan kau
nanti…” ucap dia tersenyum bangga bila aku beriak sedih.
“Eh… mana ada,” ujarku
memberi dalih.
“Aku tahu kau
terkejut. Riak wajah kau tu dah tunjuk,
Mi… tak payah berdalih sangat. Kalau betul
kau tak nak kita kahwin dulu, aku harap kau setia tunggu aku. Dalam bulan ni, aku akan dapat jawapan dari
pihak JPA. Kalau dapat aku pergi kalau
kau tak halang,” ucap Zafrin.
“Perlu ke aku halang?”
“Perlu… sebab segalanya
yang aku lakukan kini akan memberi kesan pada kau. Apa yang ada pada aku hanyalah untuk
dia. Dia yang aku cinta dan dia itu adalah
Haqimah,” tekannya dalam nada yang romantis.
Mata kami bersabung lagi
tapi tidak lama bila aku terlebih dahulu melarikan pandangan mata aku. Malu direnung begitu. Menjaga pandangan kiranya.
“Aku tak kan halang oran g yang aku sayang kejar cita-cita dia, Rin. Aku akan menyokong dari belakang. Kejayaan kau nanti akan buat aku senyum. Apa-apa yang berlalu, kalau kau dapat nanti,
kau pergilah. Aku tak akan
menghalang. Aku nanti kau balik. Itu janji aku!” Aku berjanji bersungguh-sungguh.
“Kalau aku tak balik?”
“Aku pergi cari kau kat sana …”
Zafrin senyum dan
mengangguk. “Kau kena cari aku kat sana kalau aku tak balik,
ya?”
Aku senyum. “Kalau kau bagi duit belanja…”
“Yang tu kena nikah
dululah…” Dia ketawa besar sudahnya. Sempat
lagi mengusik aku. Hilang wajah tegang
itu kini dan aku lega sudah.
Huh, sempat lagi nak cuba
jawapan aku tapi jawapan itu tak akan berubah, itu yang pasti kerana aku yakin,
Allah sedang merencanakan yang lebih baik untuk aku dan Zafrin.
~~> bersambung
Mata dah ngantuk tapi jengok jap blog ni wp tau esok kena awal nak ke airport...yayy Ada n3 baru :)
ReplyDeletealaaaaa.. tak nak lah terjadinya cinta jarak jauh lak... mi terima jer lah permintaan rin tu.. sian rin tu..
ReplyDeleteala...nak dorg kawen dl sblom zafrin pegi sn...hik2...
ReplyDeleters2 nya master xsamapi 4thn.hehe.tu dh level phd tu 4thn
ReplyDeletecampur skali ngn extend semester kot.. hehee..
Deleteapa ssh ...terima je mi then blh ikut zafrin sambung stdy kt sane...dua2 sambung belajar..lg best....
Deletebila nk kwen neh..?hahaha
ReplyDeletesayu hati bila mendengar zafrin nak sambung belajar dekat jerman. jauh gila tempat dia nak pergi tu.. hehehe..
ReplyDeleteteringat pulak pada diri yg sedang menunggu jawapan ke IPTA.. hehehe
penuh jiwa zafrin ni
ReplyDeleteBg la diaorg kawen sblm Rin g study....pleaseeeeee
ReplyDeletebestnya..terima kasih..-Nurul88
ReplyDeleteAlaaaaaa, dont do this to me kak Rehan. Ceh, haha. Terbaiklah kak! :D Suka gila dekat Zarfin, ahhh~ Next kak!
ReplyDeleteala rehan..bg lah dyrg kawen b4 zafrin g smbung belajar ya..sian dyrg nnti..cinta jarak jauh..payah 2..tp kalau dah ada ikatan mcm selamt jer sikit..
ReplyDeletenak untuk dia 15 pulak..heheh..boleh ye rehan?
nice, waiting for the nex entry.tahniah kak!- lyn_intanazlleyna
ReplyDeleteterbaik la RM:)
ReplyDeleteamboi Zafrin. sib baik bakal mertua tak heart attack. takpun kejar Zafrin dgn parang kontot. selamba badak jer datang merisik anak dara orang dgn sendiri2 saja.
errr...kalu jadi Mi, daku nak kawen je dgn Rin & follow dia pergi belajar :)
alaaaaaaaaaaa! huhuhu! tapi rasanya memang dorang kawen lambat ni kalau ikutkan KSC. huhuhu. sambung lagi ye kak rehan! best sangat! ^^
ReplyDeletesekali dua2 pegi jerman daaaa....~ hheehhe~ tengss kak RM!
ReplyDeleteades..saya skong Mi..tapi nk hubungan jarak jauh ni mcm letih la plak. tapi kalo dorang kawen, Mi kena stop study kat Mesia la kiranya..papepun plihan Mi terbaik n of course sbb Karehan yang terbaik.
ReplyDelete>>k<<
Gatal yer ko zafrin... klu zafrin msk minang aku camtu.. aku rs kena kejar nhan parang kot... hehehehe...
ReplyDeleterehan, biarlah diaorg kawin sblm g jerman.... huhuhu.. sedih..
-Ika Hatika-
Ssh2 sgt angkut jea mi skali ke jerman,tu pun ok....rin pujuk mie sampai dia cair.....hihihi....
ReplyDeletekak rehan jgn la lama2 sgt dorg ni berjauhannnn.... :( hehehe
ReplyDeletejerman, bestnya..hehe, pape pu kita tunggu n3 seterusnya...
ReplyDeleteAssalam RM, mmg suke sgt dgn kisah ni. Sgt2 suka bila Zaf beria nk jadikan Mi ratu suri hidupnya...err..if kat luar ada mcm ni..mmg sy terima seadanya!!!! heehehh...moga mereka berdua diijabkabul sblm ke Jerman..amin!!!!
ReplyDeletesuwit je...huhu...
ReplyDeletenape la jao sgt nak sambung blaja nye...
rasanya kahwin lambat mereka ni. tapi hopefully, bialah kahwin awal2. seksanya cinta jarak jauh. :(
ReplyDeletealahai.. mmg org pompuan ni berpandanagan jauh..sian plak kt rin..huhu..always smile bile bc karya awk, rehan..
ReplyDeleteMaster bukan nya setahun? hehehe. Saya nak diaorang kawin lah before zafrin sambung study hehe
ReplyDeleteakak puji sikap mi,walau p manja gila2 namun matang dn tegas.itu lh pengorbanan nama nye.berpisah dulu bahgia kemudian,blajar2 dulu senang kemudian...........
ReplyDeleteSetuju dengan pandangan di atas....tak maulah cinta jarak jauh, penatlah Rehan. Mesti asik merindu jea lepas tu cemburu cemburu sikit, gaduh gaduh manja gitu then merajuk rajuk lagi....penatlah camtu. Kan dalam citer KSC ada sebut abang Zafran nak tolong skali...Zafrin buat loan jea la dengan abang Zafrannya tu...Okey tak Rehan...hehehe
ReplyDeletesaya sokong mi... kahwin ni bukan nak menghalalkan nafsu jeh.. tapi jauhnyer nak berpisah sampai ke jerman... nnti rindu macam mana? ishhh... risau nihh.. kalu ikut bc KSC.. ms anaresa dah ada dua anak pun, depa berdua blum khwin kan... hmmm.. agaknya mmg rin jadi pergi jerman tuh
ReplyDeleteas salam....
ReplyDeletenk tnya kenapa bab 15 n sterusnyer x leh bukak....?
tolonglah cik penulis...
nk baca nie......
please....:D
dah kempunan dah nie....
master apa smpai 4 thn ni?dasyat pulak rs tiba2.
ReplyDeleteJOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^