BAB 15
ANARESA dan
Aziana mengeluh berat. Aku tahu
kedua-duanya tak puas hati dengan keputusan aku tapi itu adalah muktamad. Tak mungkin aku tarik balik melainkan takdir
benar-benar mahu menolak aku menjadi isteri Zafrin pada usia aku sekarang.
“Gilalah kau ni,
Mi…,” marah Anaresa.
“Memanglah, Mi…
tapi jauh tu ke Jerman. Aku tak pernah
tahu pun,” tukas Anaresa.
“La… nak tahu
buat apa. Biarlah dia. Itu masa depan dia. Aku siapa nak halang?” soal aku lembut. Penat dah diasak oleh soalan-soalan mereka
ini.
“Yalah, Mi… aku
rasa tak salah kalau Rin pinang kau awal-awal.
Bukannya tak elok pun. Lagi baik
apa kalau dia nak halalkan hubungan korang.
Dia serius tu,” sokong Aziana pula.
Wajah keduanya
aku pandang. Mereka tak faham apa yang
aku rasakan kini. Aku mahu Zafrin
mengejar cita-citanya dulu. Aku tak mahu
menjadi penghalang. Aku nak sokong dia
hingga ke akhirnya andai itu untuk kebaikan.
“Bagi jelah dia
kejar cita-cita dia tu,” selaku lalu aku bangkit dari duduk dan terus menapak
di atas kaki lima
fakulti.
Aziana dan
Anaresa bangkit juga membontoti langkah aku yang kian lemah. Aku juga longlai. Semakin hari semakin menghampiri tarikh yang
sepatutnya dan aku sudah berhari-hari tak bersua dengan Zafrin.
“Rindu dialah,
Resa…” Aku mengaku sudahnya bila Anaresa
menyapa bahu aku.
Wajahnya aku
pandang dan dia senyum. Nampak sedikit
tembam sudah. Mahu lepas bersalin kena
diet kemain sepupu aku ni. Wajah bujur
sirih itu hampir hilang sudah.
“Mak Ngah dengan
Pak Ngah dah bagi, kau tu tak nak.
Kenapa? Kau ingat mudah ke lelaki
nak serius macam tu, Mi?”
Aku diam memikirkan
soalan Anaresa. “Aku tak nak sekat
impian dialah, Resa.”
“Impian tu boleh
sama-sama capai, Mi. Aku tahu kau
bercita-cita tinggi dan Rin tu jenis main-main sikit. Dah lama habis belajar dia masih kerja macam
tu je. Ni tunggu sambung belajar sampai
ke Jerman sana . Kau tak risau ke?” tanya Anaresa dengan wajah kalut.
“Nak risau
apa?”
“Risau Ri n sangkut dengan oran g lainlah.” Pantas
Az iana menyampuk.
“Kau ni…. cuba
mendoakan yang baik-baik sikit. Ini
tidak… kau pergi doakan Si Ri n
tu jatuh hati dekat oran g
lain kenapa?” tegurku pada Aziana. Agak tak puas hati di sini.
Dia sengih. “Dah tu oran g
ajak nikah kau tak nak. Jadi macam Resa
ni mudah. Kahwin je terus. Sekarang dah berisi pun,” sambung Aziana
lagi.
Aku
menggeleng. Langkah aku mati. Bahu keduanya aku tepuk perlahan dan mengukir
senyuman bahagia dalam derita. Bakal
derita merindu.
“Aku lain, Resa
lain. Rin lain dan Aba ng Zafran juga lain. Sebab tu aku nak bagi peluang untuk dia kejar
impian dia dulu. Jodoh kami akan
menyusul kemudian,” ujarku positif.
Yalah, selain
positif apa lagi yang mampu aku lakukan?
Berserah saja. Ada juga rasa
hendak menghalang tapi tak mungkin aku tarik balik kata-kata aku. Tanpa sedar, aku mengeluh berat.
“Nak mudah, kau
nikah je dulu. Nanti ikut Rin pergi
Jerman. Syok tu dok negara orang.” Anaresa memberi cadangan pada aku.
Aku senyum dan
menggeleng. “Dia nak bela aku kat
Malaysia pun tak berapa nak lepas lagi, ini nak bawa aku ke Jerman pulak?”
Kami sudahnya
ketawa. Memang lucu bila fikirkan tapi
itulah kebenaran. Zafrin masih belum
stabil dan aku mahukan yang terbaik buat
dia. Cinta dan kasih aku pada dia adalah
bukan syarat untuk menyekat segala apa
yang dia mahukan sebelum ni.
Selagi masih
belum terikat, dia bebas melakukan apa saja untuk kebahagiaan dia dan andai aku
adalah kebahagiaan dia, aku mahu dia hormati keputusan aku.
**
KUIZ terakhir
sebelum peperiksaan akhir sudah selamat aku jawab. Lega rasanya buat hari ini tapi minggu depan,
setelah cuti study week, peperiksaan
akhir akan bermula. Tahun ni kena target
anugerah dekan lagi. Andai tidak
buat malu saja.
“Aku nak balik
dah ni. Naik komuter. Azi, kau hantar aku ke Padang Jawa boleh tak?” Anaresa bersuara saat kami sama-sama menapak
keluar daripada dewan kuliah.
Aziana
mengangguk. “Nanti aku bagitahu budak
Jimmy tu.”
“Kau Mi?”
“Motor aku ada,
kan?”
“Eh… bukan ke
kau datang dengan aku ke tadi?” soal
Aziana lagi.
Aku tepuk
dahi. Terlupa. Sudah beberapa hari Gilera itu tidak
dihidupkan. Sudah jarang sebenarnya
menunggang kuda merah itu sejak bercinta ni.
Lebih tepat lagi sejak berubah perlahan-lahan menjadi wanita ni.
“Kau ingat apa,
Mi?” soal Anaresa berbisik.
Aku sengih dan
menggeleng. “Dah dua hari Rin diam je,”
aduku.
“Tak call dia ke?” Giliran Aziana pula menyoal kala kami
sama-sama sedang menghampiri kawasan letak kereta. Masih belum nampak kelibat Jimmy lagi.
“Tak…” Aku
menjawab ringkas membuatkan Anaresa dan Aziana mengeluh berat.
“Call jelah kalau dia tak call!”
marah Aziana.
“Malaslah. Aku rasa dia tengah busy tu. Nanti kalau dia ingat, dia call la.
Aku kan nak final…”
“Aku pun wei…”
Anaresa ketap gigi.
Aku sengih. “Kau tak jumpa dia ke kat rumah, Resa?”
“Tak pun. Aku banyak rehat dalam bilik sekarang sejak
perut berisi ni. Bukan aku yang pening lebih-lebih. Abang Zafran.
Aku relaks je.”
“Dia pergi mana?”
“Balik lambat
sikit la tu,” jawab Anaresa.
“Kalau rindu, call jelah Mi. Apa yang payahnya?” tegur Aziana lagi.
“Memang tak
payah tapi aku tak ada kredit nak call!” Aku memberi jawapan mati.
Malas hendak
berbicara tentang hal ini lagi, aku panjangkan langkah mendahului mereka bila
aku nampak kelibat Jimmy yang sedang melambai ke arah kami bertiga.
“Hai Jimmy…” Aku menyapa Najmi. Dia senyum dan angguk.
“Balik dengan
kami ke?” soal dia.
Wajah aku
berkerut. Rasa nak cepuk pun ada dia
ni. Boleh dia tanya macam tu. Macam tak sudi je aku tumpang dia selama ni.
“Habis tu kau
nak suruh aku jalan kaki ke?”
Dia menggeleng
dan tersengih lagi. “Bukan sebab tadi
aku nampak…”
“Rin hantar Mi
balik!”
Erk… tak sempat
Jimmy menghabiskan ayatnya, ada suara lain menegur aku di belakang. Bila aku berpaling ternyata Zafrin. Berwajah lelah dan keruh. Agak terbakar sikit kulit muka itu hari ini
memandangkan cahaya matahari masih terik di atas kepala.
“Eh, kau buat
apa kat sini, Rin?”
“Kan Rin dah
cakap, Rin hantar Mi balik,” ulang dia.
Aku senyum. Senyuman yang agak janggal mendengarkan
kemesraan tutur katanya pada aku. Rasa lain
macam. Meremang seluruh jasad.
“Kau cakap apa?”
“Rin hantar Mi
balik!” tekan dia sambil mengetap
gigi.
Aku angguk. “Tapi… bila Rin sampai?”
“Tadi lagi. Abang suruh ambil Kak Long tapi Kak Long nak
balik dengan KTM. Rin nak jumpa Mi
kejap.”
Aku pandang
Anaresa yang baru mendekat. Dia senyum
lagi.
“Aku call Rin
cakap kau tak ada kredit nak call dia. Lagipun,
aku cakap kau rindu dia. Betulkan,
Mi? Kau rindukan Rin, kan?”
Anaresa memang
macam-macam sejak jadi isteri ni. Pandai
dia kenakan aku. Belum sempat aku
mengadu, dia terlebih dahulu bertindak.
“Tak susahkan
ke?” Aku menyoal pulak tak mahu menjawab
soalan Anaresa ajukan tadi.
“Kalau susahkan,
Mi nak Rin balik ke?”
Aku telan liur
dan menggeleng. “Yalah-yalah… jom-jom
kita gerak. Aku belanja kau minum air
sirap, ya?”
Aku berlalu meninggalkan
mereka bertiga. Langkah Zafrin laju menuju
ke arah Perodua Alza milik abahnya. Bila
kami sama-sama masuk ke dalam perut Alza, dia terus menekan pedal minyak dan
kereta terus meluncur keluar dari fakulti dan seterusnya menuju ke pagar utama
UiTM ini.
Sepanjang perjalanan
kami diam saja. Zafrin memandu terus
menuju ke Taman Tasik Shah Alam. Hari biasa
begini orang kurang. Jadi, boleh lepak
dengan tenang. Sejurus keluar dari perut
kereta, aku labuhkan duduk di atas tembok menghadap ke arah tasik.
“Mi rindu tapi
Mi buat tak tahu je, kan?” tanya dia memulakan
bicara. Sedikit berjauh hati.
“Mana ada kredit
nak call,” selaku. Dia merengus.
“Alasan sungguh!” sindir dia.
Aku hanya diam. Memang benar aku
beralasan.
“Rin dah dapat
surat tawaran tu,” ujar dia.
Jantung aku
bagai nak luruh. Tapi, bibir ini tetap
menguntum senyum. Bermakna tak lama lagi
kami terpisah oleh jarak dan waktu tapi insyaAllah hati kami akan bersatu dalam
lembayung rahmat Allah nanti.
“Tahniah…” Aku buat suara teruja. Siap dengan mata yang
kelip-kelip lagi.
“Bila pergi?” tanya aku.
“Tak lama lagi,”
jawab dia menyembunyikan hakikat.
“Tak nak bagi
tahu, ya?”
“Surprise dulu
tarikh tu.” Dia senyum.
Kami kembali
sepi. Sejak hal ini kami bahaskan, aku
rasa hubungan kau dan Zafrin lagi dingin dari dulu. Sesekali bila aku fikirkan, baik masa kami
bertekak dulu. Meriah dan terubat juga
rindu biarpun hati ni sakit bila dia menyindir.
Setidak-tidaknya, kami tidak rasa asing sangat.
Namun hari ni,
aku jeling dia, dia senyum. Begitulah sebaliknya. Bagaikan kehilangan kata.
“Err… Rin lagi
sekali nak pinang Mi,” ucap dia lambat-lambat.
Sudah kuagak apa
yang dia mahu katakan. Aku tahu dia
merajuk dengan aku dalam dua hari ni. Sebab
tu aku sendiri malas nak menelefon dia. Malas
hendak menambah minyak tanah pada bara yang masih merah.
“Keputusan aku
tu muktamad, Rin. Pinangan tu aku dah
lama terima tapi bukan untuk waktu sekarang.
Aku nak kau belajar dulu. Jangan risau,
aku tunggu kau nanti. Pergi belajar
dengan senang hati dan balik juga dengan senang hati, ya?”
Dia menggeleng. “Kita nikah dulu. Kita sama-sama ke sana. Rin kerja kat sana bela Mi,” cadang dia. Sama dengan cadangan kawan-kawan aku tadi.
“Tak boleh, Rin…” Aku menggeleng.
“Aku kan belajar
kat sini. Mana boleh tinggal. Kau pergi jelah. Aku tak kisah tapi jangan kau fikir aku tak
kisahkan kau pulak. Aku kisahkan kau
sebab tu aku nak kau pergi belajar. Aku tunggu
kau kat sini. Sila jangan risau!” ujar aku lagi cuba meyakinkan dia.
Zafrin
mengeluh. Nampak lembut dan manja dia
sekarang. Dia bangkit dan meraup
wajahnya sebelum kedua belah tangannya singgah di dalam poket jeans yang agak
lusuh itu.
“Berat hati nak
pergi…”
“Kena pergi,
Rin. Cita-cita dan harapan mama dan abah
kau tu…”
Dia angguk
sudahnya. “Janji tunggu aku?”
Aku angguk
bersungguh-sungguh.
“Kena
tunggu. Aku pergi untuk dia. Dia yang aku cinta,” pinta dia.
Aku hanya
gariskan senyuman tipis. Bersyukur amat
bila dia akhirnya nak pergi mengejar apa yang dia hajati sebelum hadirnya aku
dalam hidup dia.
“Tapi macam tak
yakinlah…”
“Uiks… apa yang
tak yakinnya?”
“Takut Mi tak
tunggu Rin…” jawabnya. Wajah berkerut
itu sudah menampakkan yang dia memang ragu-ragu.
“InsyaAllah,
orang tunggulah!”
Dia senyum. “Melainkan Rin ikat Mi in and out dulu. Macam tu
baru yakin.”
“In and out?” Aku bertanya dengan kerutan.
“Out… dengan ikatan pernikahan dan in dengan…” Ayatnya mati.
Dia sengih jahat lagi.
“Jangan kau nak
calarkan otak, ya Rin!” AKu memberi
amaran dan dia ketawa.
“Betullah. Itu jalan terbaik untuk ikat kau. Kalau aku jahat la…”
Aku
mencemik. “Eleh… dah berubah
langsung? Ingatkan nak pakai nama je
sekarang ni. Tengok-tengok kembali ke
pangkal jalan balik,” sindir aku.
Dia ketawa
terbahak-bahak. “Aku cakap macam tu
tadi, nak pancing kau. Kot-kotlah kau
setuju nak kahwin dengan aku sekarang sebab tergoda dengan aksi manja dan
menggoda aku tu. Nampaknya kau memang
tahan godaanlah Mi jadi dengan ini aku nak isytiharkan aku akan pergi dan akan
kembali nanti. Masa tu, aku heret kau
nikah free sungguh kalau kau banyak dalih lagi,” ujar Zafrin.
“Free ke tidak, aku kisah. Janji halal di sisi Allah. Apa yang penting, aku nak kau berjaya dan
stabil dulu. Aku pun sama. Bagi aku belajar ilmu rumahtangga lagi
sebelum betul-betul ada rumah dan tangga biarpun masa tu kita duduk rumah tak
ada tangga sekalipun.” Aku
membalas.
“Kau memang
uniklah, Mi…”
“Kami memang
spesis unik. Cumanya, beza tetap ada. Kau kena ingat tu. Aku Haqmi.
Aku ada cita-cita dan aku nak orang yang aku sayang berjaya. Minggu depan aku dah final. Aku harap kau doakan aku, ya?”
Zafrin angguk. “Aku doakan.
Hanya untuk dia. Dia yang aku cinta
kerana Allah dan bukan kerana nafsu semata-mata,” balasnya dan mata itu redup
merenung aku seketika sebelum kami sama-sama membuang pandang ke tengah
tasik.
Lega, memang
lega.
“Aku harap kau
boleh terima aku seadanya, Rin,” ujarku separuh berbisik tanpa memandang
Zafrin.
Dari ekor mata,
aku tahu dia sedang merenung sisi wajah aku.
Selendang yang sedikit terbang dihembus angina, Zafrin pegang dengan
hujung jarinya.
“Kat luar ni
insyaAllah aku boleh terima. Kalau nak
seadanya lagi, bagi aku tengok yang dalam nanti. Masa tu segalanya aku terima seadanya,” jawab
dia sedikit nakal.
Aku pandang dia
dan sengih menahan malu. Saja buat-buat
tak faham dengan kata-kata.
“Memang boleh
tapi lepas tiga tahun nanti,” balasku dan wajah itu berkerut.
“Lama gila!”
“Jangan gila
sudah nanti. Aku kahwin lain tak masal,”
gurau aku dan dia terus kelatkan wajahnya.
Aku senyum lagi. Comel sungguh
dia ni.
~~> bersambung
~~> bersambung
gatal kan ko zafrin ...
ReplyDeletehahahaha
hotmum
asal pendek je..nk lagi...
ReplyDeleteBest sngt..bg lh pnjng2 ckit Rehan..
ReplyDeleteIda
haihhh risau nyerr la rin ngan mi..bile dorg nak kwen..lagi tiga tahun? lame :(
ReplyDeletehahahaaaa....
ReplyDeletetunggu lagi 3 tahun tau Rin..
Ha..ha..unik betul dorg becinta, brutal ya amattapi sempoi.....
ReplyDeletehihihi..tq karehan tuk n3 neh.berbaloi bukak smula lappy.ad n3 bru rupanya. malunya kalo dpt kata2 tu dari seorang lelaki. sah2 saya cop dia gatal n x bermoral. hihihii
ReplyDeletep/s: agak kagum ngan Mi kerana msih berjaya mempertahan prinsip yang dipegang. tahniah. you go girl
>>k<<
ooooooo...miang gatai no zafrin nie
ReplyDeletelawak gila dudak 2 orang ni....
ReplyDeleteIkat dengan pertunangan sudahlah Rin....
Mi tu cantik .... mahu x ada yang nak goda....
hehehe...
RM cepatkan 3 thun tu.....nk cerita dorang kwen plak...msti suweet...heheh
ReplyDeletecouple yg unik tersendri..
ReplyDeletedh nk ending ker?? jgn la ending awk sgt ye kakRM
Comel gila Zafrin, gatal pun sama jugak! :D good job kak Rehan :)
ReplyDeletehahaha..sweet dan klakar lah dorang ni suka sgt..
ReplyDeleteala rin ngan Mi ni 3thn bkn nya lama pun..cuma jauh diri ajer sbb mata dekat di internet ada skype kan haha..
la x jadi kawin ker
ReplyDeletexpe la mudah2an ada jodoh
3 tahun lama lg lah.hihihi sweet je zafrin n aqmi ni.. :)
ReplyDelete3 thn ke?pjg lg ke UD ni?hehehe
ReplyDeleteemmm...jgn la dibuatnye rin jmpe org lain atau digoda di sana? aduhhh... nape rs xsedap hti je ni
ReplyDeletekwn2...angkat tgn doa ramai2...biar la ada jodoh antara mereka...amin...
ReplyDeletemanja2... haha. mi xtergoda readers yg pengsan. haha.
ReplyDeletezafrin comel lerrrr, kiut ngat!
ReplyDeletewooo lama gila 3 thn tu RM. Adakah di antaranya yg x stia? waduh jgn gitu. tggulah....
ReplyDeleteAdeh...sweet...#^_^
ReplyDeleteSangat best..suka watak zafrin..-Nurul88
ReplyDeleteRin.. Will miss u..
ReplyDelete3 tahun tu nak g oversea...
Aduhai mi... Kenapa x nikah je dulu...
Mesti banyak cabarannya lepas nie..
alolo, comelnyer diorang ni, hehe
ReplyDeletemuda13
alahai... terasa kerinduan y mengunung..
ReplyDeletemcm manalah depa dah berpisah nnti kan.. ishh
compem melalak x ingat dunia nih..
hmmm.....feeling ne ngan perangai Rin,aduhai..Romantik nye.tapi macam dh sampai part sedeh lh plak,bkn nye dekat german tu.pape pun rehan,biarlh hapy ending ye.tk sabar nk bc g.
ReplyDeleteBangganya akak Cik Penulis ~~~~~~> alangkah indahnya cinta itu bila dibatasi akal sempurna tidak hanya bertunjang nafsu semata. Cinta dan cita bersatu dalam kebertanggungjawaban. I'm so proud of the characteristic of Haqimah that you developed my dearest RM. Keep it up!!!
ReplyDeletepunya sweet ni cerita...... suka2.... cinta jgn bersandartkan nafsu semata
ReplyDeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^