BAB 16
MALAM itu aku
menghubungi mak. Seperti kebiasaannya
juga bila makin hampir dengan peperiksaan akhir, semakin kerap ayah jadi
operator untuk aku.
“Mak ada?” soal aku usa i menjawab salam ayah.
“Ada . Kat dapur.
Kejap ayah panggil.”
Sejurus itu, aku
dengar suara ayah melaung memanggil mak dan kemudian, mak pula menyahut.
“Ya, mak…,”
sahutku.
“Dah
makan?”
“Dah mak. Nak belajar kejap lagi ni. Minggu depan dah periksa,” jawabku lemah. Memang lemah memikirkan Zafrin.
Pelik… bila dia
resah, aku meyakinkan tapi bila dia sudah yakin, aku sendiri keresahan. Segalanya tak kena.
“Jawab macam
mana yang Mi belajar sudah,” ujar mak mudah.
“Emm…
itulah. Jawab apa yang ditanya, kan mak?”
selorohku pula dalam wajah yang kelat.
Mak ketawa. “Tapi, mak rasa kali ni Mi telefon bukan
sebab nak periksa tu, kan ? Ni mesti ada hal lain,” tebak mak tepat.
Dia memang
seorang mak. Sudah nama pun ibu. Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan
betinanya. Begitulah juga ibaratnya
firasat mak pada aku.
“Apa pendapat
mak pasal Zafrin, ya?” Mak ketawa di
hujung talian mendengarkan soalan aku.
“Pendapat
apa? Baik budaknya. Macam suami Resalah jugak. Baik je dan berani!” komen mak dan dia gelak lagi. Perkataan berani tu dia tekan sikit.
Aku diam. Benar kata mak, Zafrin berani malah terlalu
berani andai hendak dibandingkan dengan Abang Zafran. Dari apa
yang Anaresa pernah ceritakan, aku rasa kagum dengan cara suaminya masuk
meminang. Kenal sehari terus masuk
meminang tapi ini lagi hebat. Kekaguman
aku bertukar pada Zafrin bila dia tekad menemui mak dan ayah meminang aku dan
itupun kenduri free!
“Mi tanya
sungguh-sungguh ni, mak…” Aku mengeluh
sedikit.
“Mak pun jawab
sungguh-sungguhlah. Budak Rin tu beria
nak nikah dengan kamu tapi kamu tolak.
Tapi, bagi mak apa yang kamu buat ni betul dah. Nak nikah memang mudah. Nak hidup lepas nikah tu banyak perkara kena
fikir. Nak-nak dua-dua tak stabil. Belajar lagi dua-duanya. Mak tak kata tak boleh tapi kalau Mi sendiri
buat keputusan macam tu, kenapa pulak nak sedih?”
Aku mengeluh
tipis. Benar kata mak. Keputusan itu aku yang buat jadi untuk apa
aku mengeluh. Macam tak kena je
sedangkan Zafrin entah-entah bergelak sakan.
“Rin nak pergi
belajar sampai ke Jerman, mak,” luahku pada mak.
Mak terdiam seketika. Aku tahu mak terkejut juga. Barangkali dia ingatkan bila kau khabarkan
pada dia yang Zafrin juga mahu belajar,
mungkin dalam negara tapi ini tidak.
Memang kami berjauhan dan masalahnya, mampukah kami setia? Atau mungkin akan ada antara kami yang curang
nanti.
“Kalau macam tu,
kahwin jelah dulu. Apa masalahnya?” tukas mak.
“Tak bolehlah,
mak. Kalau kahwin lagi teruk Mi nanti
kalau Rin tinggal pergi Jerman sana,” ucapku menolak cadangan mak.
“Dah kamu sedih
kenapa? Biar jelah. Panjang umur ada jodoh, jumpa jugak
nanti…”
Hai… mudahnya
mak membuat rumusan. Benar itu adalah
hakikat tapi tidakkah manusia itu perlu berusaha dan aku akan berusaha menanti
dia dengan penuh setia dan sabar.
“Emm… yalah,
mak. Mak doakan jelah kami ada jodoh
bersama nanti,” pintaku pada mak.
Mak diam
lagi. Hanya kedengaran nafas dia yang
menyapa telinga aku. Tenang dan
mendamaikan. Rindu mak. Tetiba pulak!
“Apa-apa pun mak
nak pesan satu je, jaga diri masing-masing.
Belajar tu penting. Mak tahu Mi
tak macam Resa yang boleh galas tanggungjawab isteri dan belajar dalam
satu. Jadi selesaikan satu-satu. Janji masing-masing setuju, kamu berdua
kenalah usaha setia. Yang lainlah serah
jelah pada takdir. Allah sedang atur
yang terbaik buat kamu berdua,” nasihat mak tulus.
Aku angguk
saja. Ada genangan airmata menari-nari
pada tubir mata. Rasa syahdu bila mak
pertama kali berpesan akan soal hati dan cinta pada aku. Sayang mak.
Bila talian mati, aku terus rebahkan tubuh ke tilam. Lega dan sangatlah tenang.
Setelah menerima
dan menghadam nasihat mak, aku semakin yakin dengan apa yang aku lakukan untuk kami berdua. Cita-cita kami akan hadir dulu sebelum cinta
itu singgah dalam hati kami buat selamanya.
**
MINGGU periksaan
akhir sangat-sangat membebankan. Satu
panggilan Zafrin pun aku tak jawab.
Hanya SMS yang aku balas sekali hingga akhirnya, Zafrin sendiri diam
macam tu je. Aku nak tahu bilakah tarikh
dia bertolak. Tapi, bila aku bertanya
dia hanya berdolak dalih.
Usai kertas
ketiga pertama, aku masih tak mampu hela nafas lega. Masih sesak lagi ni. Ada lagi dua kertas yang perlu aku
hadap. Agak mencabar tahun ni.
“Okey ke
tadi?” tanya Aziana bila kami sama-sama
duduk di tepi bangunan fakulti.
Aku angguk. “Okey kot.
Adalah satu dua soalan tu mengelirukan tapi aku jawab jelah.
“Emm…
harap-harap okeylah. Aku nampak Resa tu
aktif gila kot. Perut berisi tapi tak
berhenti bergerak,” komen aku melihatkan Anaresa yang berjalan ke kafeteria. Dahaga katanya.
Aziana
gelak. “Itulah tapi mak aku kata itu
baik untuk persediaan bersalin nanti.”
Aku juta turut
ketawa melihatkan susuk tubuh Anaresa sudah agak berisi sekarang. Pandai Abang Zafran jaga. Bisik hati aku. Tiba-tiba saja wajah Zafrin berlegar di dalam
kepala.
“Aku rindu Rin
lah,” akui aku pada Aziana.
“Rindu
telefonlah. Kesian dia ada awek macam
kau ni.”
Aku sengih. Telefon dalam kocek aku seluk dan baru saja
mahu tekan nombor telefon Zafrin, dia terlebih dahulu membuat panggilan. Hampir terlucut telefon murah itu daripada
tangan aku.
“Okey exam?”
Itulah soalan pertama Zafrin.
Aku bangkit dan
menjauh sedikit daripada Aziana dan Anaresa yang baru saja tiba setelah usai
membeli minuman.
“Okey
jugak. Bila berangkat?” Pantas saja aku bertanya.
“Minggu depan!”
jawab Zafrin dan aku terduduk sendiri.
Terkejut punya pasal.
“Biar betul?”
soal aku.
Aku dengar
Zafrin ketawa. “Emm... tipu je,”
selanya.
Aku hela nafas
lega. Dia ni main-main pulak. Dia tak tahu yang aku ni hampir sasau kejap
sebab hal ni. Jenuh mencari konsultan
untuk memujuk minda dan hati sendiri tapi dia boleh pulak main-main. Haih...
“Jangan main,
boleh tak?” Aku bertanya sedikit
tegas.
Dia ketawa
lagi. “Tapi, satu hari nanti aku akan
pergi jugak. Tak sekarang tapi
akan...” ujar Zafrin bagai mengingatkan
aku akan keberangkatannya tidak lama lagi.
“Bila? Kan kau dah dapat surat?”
“Itu nantilah
dulu. Tunggu semua perkara ready, aku bagi tahulah. Jangan risau.
Kau akan jadi orang terakhir tahu nanti.”
“Dah
pulak?” Sungguh aku tak puas hati bila aku
kena jadi yang terakhir.
“Emm... nak
tanya Resa...”
“Kak Long pun
tak tahu,” cantas Zafrin.
“Emm... kalau
macam tu nak suruh Resa jadi Mc’Gyver la masuk selongkar bilik kau curi tengok
surat tu,” seloroh aku agak serius.
Zafrin ketawa
lagi. “Daripada suruh Kak Long, baik kau
sendiri masuk bilik aku Mi. Mudah kerja
aku. Senang aku ngap je. Masa tu kau tak ada dalih dah nak tolak aku,”
usik dia pula.
Aku membulatkan
mata. Ada niat jugak budak ni nak buat
macam tu.
“Kau jangan
mengada, ya? Kalau aku masuk bilik kau
nanti, kau jangan salahkan akulah kalau aku tak bagi kau keluar, tau tak?”
“Wa... ini sudah
bagus. Bila kau nak masuk? Sekarang pun boleh. Aku dah habis kerja ni. Aku pergi jemput nak?” Dia mempelawa
diri.
Dia ni bukan
boleh. Kalau aku teruskan mesti aku yang
terpaksa matikan kata. Bukan semakin
kurang, semakin ligat lagi adalah.
“Dahlah, Rin...
nanti habis keluar ilmu aku nak periksa tak habis lagi ni,” ujarku melarang dia
terus mencalar-balarkan otak aku ni.
“Hai... kata nak
belajar ilmu rumah tangga. Ini aku nak
ajar sikit tak nak pulak?” Dia terus
ketawa mengekek.
Aku pula, tak
adalah nak marah sebab aku tahu dia sekadar bergurau. Aku tahu iman kami ada biarpun masih terlalu
tipis. Apa yang mak dan ayah terapkan
dalam diri masih belum ada tanda hendak hilang.
Terbukti sudah
biarpun aku dan Zafrin sudah punyai rasa lain di hati masing-masing, dia
sekalipun tidak pernah mencuit kulitku setelah kali terakhir dia mencium pipi
aku dulu. Katanya itu telah dikota. Aku juga berusaha menjaga segalanya hanya
untuk dia. Dia yang akan sah di sisi
aku. Sah untuk segalanya.
“Emm... yalah
tu. Tak apalah, kau pergi belajar nanti
setahun dua, kau balik aku dah penuh ilmu rumah tangga nanti. Cuma harap jangan rumah tangga dengan orang
lain la,” ucapku pada dia. Mengusik juga.
Bila Zafrin
terdiam, giliran aku pula ketawa. Padan
muka dia. Asyik dia je nak ketawa, bagilah aku pula gelak. Dahlah tekanan peperiksaan akhir ni.
“Hai, Mi...
gurau biawak nampak? Kau jangan
macam-macam ya! Jodoh tu memang urusan
Allah tapi kita kena usaha setia pada diri masing-masing. Kalau baru nak pergi kau dah cakap macam ni,
jenuhlah aku nanti...”
“Lor... aku
gurau je pun. Itu pun nak marah,” tegur
aku dan senyum.
“Itu bukan
marah, itu nasihat!” tekan dia agak
geram.
Aku ketawa
lagi. Lega sedikit setelah mendengar
suaranya hari ni. Lepas beban dalam
kepala. Rindu dia!
Perbualan kami
tamat di situ. Kata Zafrin dia sedang
sibuk mengusahakan sesuatu. Sesuatu itu
aku tak tahu. Sesuatu yang menjadi
hadiah untuk aku nanti. Pelik dengan
dia. Macam-macam hal tapi langsung tak
nak berkongsi dengan aku. Macam mana nak
kongsi hidup nanti.
**
TAMAT
peperiksaan, akulah orang paling gembira.
Nikmatnya hanya Allah yang tahu. Kami sama-sama mengemas barang-barang
untuk kembali ke rumah keluarga masing-masing kala aku menerima panggilan
kecemasan daripada Zafrin.
“Tengah kemas
barang,” jawabku bila Zafrin menyoal.
“Turun kejap,
Mi. Ada hal aku nak bincang dengan kau
ni!” Suaranya cemas.
Aku mengerutkan
dahi dan memandang Aziana. “Pergi
jelah...” suruh Aziana tanpa suara.
“Kami dok kemas
rumah ni. Esok nak balik dah. Apa hal?
Cakap dalam telefon tak boleh ke?”
tanyaku cuba berkompromi andai dia sudi.
“Tak bolehlah
Mi. Ini soal aku nak pergi belajar
ni. Soal aku nak tinggalkan kau ni. Kau nak aku cakap dalam telefon ke? Buatnya aku pergi malam ni, kau tak jumpa aku
dah. Buatnya aku mati kat sana, kau tak
akan jumpa aku sampai bila-bila dah!”
Huh, Zafrin ni
pandai betul menghuru-harakan perasaan aku.
Ada ke dia cakap macam tu. Memang
nak kena dia ni. Aku ketap gigi menahan
geram.
“Eh, mulut tu
sila jaga sikit. Cakap ikut sedap mulut
kau je, kan?” tegur aku marah.
Zafrin ketawa. Tak langsung berbekas marah aku ni pada
dia. Memang nak kena luku gamaknya. Aku dah kepal penumbuk ni. Sejak jadi ayu dan sopan ni, dah lama tak
tawar penumbuk pada orang.
“Kau pernah rasa
ke mulut aku sampai kau cakap mulut aku sedap?
Atau kau rasa dalam mimpi ni, Mi?”
Zafrin buat soalan sengal.
Aku tahan
wajah. Biarpun dia tiada di depan mata
tapi wajah aku memerah sudah. Rasa berangin
saja dengan dia ni.
“Eii... bencilah
dengan kau ni!” rungutku sedikit
membentak.
Dia terus
ketawa. “Tak apalah. Tak sah lagi bolehlah kau cakap benci kat
aku, Mi. Dah sah nanti sekali kau cakap
benci macam ni, sepuluh kali aku ajar kau cara sayang.”
Eh dia ni. Ada je nak kenakan aku. “Emm... tunggulah. Aku turun ni.
Pakai tudung kejap!”
Talian mati. Aku pandang Aziana yang tersengih. “Aku turun jap, Azi. Rin ada kat bawah,” beritahu aku pada Azi.
“Bawalah purse
siap-siap. Karang Rin heret masuk ke
pejabat kadi ke, mudah tunjuk IC,” tukas Aziana mengusik dan aku jegilkan
mata.
“Nanti aku suruh
budak Jimmy tu buat kat kau macam tu, ya?”
AKu membalas geram dan terus saja berlalu keluar.
Sempat juga aku
capai apa yang Aziana katakan. Zafrin
bukan boleh kita. Ikut suka dia je ajak
aku lepak.
Dari jauh aku
dah nampak Zafrin yang sedang tersengih sumbing di atas LCnya bersebelahan
dengan Gilera aku.
“Pucat je hari
ni?” tegur dia usai menjawab salam aku.
“Pucat, ya?” soalku kembali sambil memegang kedua-dua
belah pipi.
“Nanti jangan
pengsan sudah lepas ni, ya,” sinis Zafrin.
Aku mencemik. “Nak pengsan kenapa?”
“Kot la terkejut
nanti atau pun tak tahan tanggung rindu dekat aku bila kita jauh nanti,” selanya
berbangga diri.
“Kot nya aku
rindu...”
Wajah Zafrin
berubah tiba-tiba. “Oh... nanti tak
rindulah ya?”
“Rindu tu subjektif. Janji ingat sudah!” selaku.
Dia mengjongketkan
bahu tanda mengalah. Motor dihidupkan. Beg galas dia hulur pada aku.
“Jom,” ajak
dia.
“Erk... nak
pergi mana?”
“Lepak padang
kejap. Ada hal nak cakap tapi perlukan
suasana yang tenang berharap kau tak rebah pitam,” jawab dia mendatar.
Jari telunjukku
lurus ke arah motornya. “Sebuah motor je
ke?”
Dia angguk.
“Tak
naklah. Aku tak pernah naik motor dengan
lelaki...”
“Dah pulak. Tak kan nak naik dua buah motor pulak. Kejap je.
Kau anggap jelah aku bukan lelaki.
Bukan aku suruh kau peluh pun!”
Aku tetap
menggeleng tanda tak setuju. Dahlah kunci
motor tak bawa ni. Kena berlari naik
atas ataupun telefon Aziana minta dia campak kunci motor aku ke bawah.
“Aku naik ambil
kunci motor aku jelah. Kau tunggu kejap,”
suruhku dan belum sempat aku berpaling, Zafrin memanggil.
“Kita naik
sebuah motor je. Naiklah. Dakap beg ni.” Dia suakan lagi beg galas Body Glove miliknya
itu.
“BUat apa?”
“Peluklah. Lainlah kalau kau nak peluk aku pulak! Kalau betul nak peluk baik kita nikah. Apa-apa pun boleh. Tak nikah lagi ni kau kena peluk beg galas tu
dululah.”
Dia terus
mengisyaratkan agar aku membonceng di belakangnya. Dengan berat hati dan bila berkali-kali
Zafrin memaksa, aku panjat juga belakang motor itu. Beg galas itu aku peluk seperti yang di
arahkan tanpa aku tahu apakah motif beg itu aku peluk.
Bila Zafrin
memulas minyak dan memulakan perjalanan aku hanya diam. Biar dia bercakap sorang-sorang. Malas nak layan. Kejap lagi pun boleh cakap.
Bila sekali
Zafrin brek dan lipat pada selekoh, tubuh aku mengesot rapat pada dia dan dia
berpaling dan senyum sikit. Setelah seketika,
kami akhirnya sampai di tempat yang kami tuju.
Tak adalah ramai
orang. Bolehlah kami sembang dengan
tenang. Kejap lagi pasti penuh orang-orang nak beriadah. Duduk berdepan padang hijau di sebelah Masjid
Besar Shah Alam ni memang kegemaran aku dan Anaresa sejak dulu lagi. Tenang di sini.
“Tahu dah apa
fungsi beg ni?” Dia menyoal bila kami
sama-sama sudah duduk di atas tembok batu yang disediakan.
Aku senyum dan
angguk.
“Aku tak
jahatlah, Mi. Aku tahu lagi jaga benda
yang aku sayang. Nak-nak lagi orang yang
aku sayang. Yang aku nak buat
isteri. Yang tak sampai masa lagi untuk
aku rasa. Jadi aku peram dulu. Bak kata orang, makin kita peram, makin ranum
makin lemak makin sedap!” ujar dia
tersengih jahat.
Kali ini, aku
tak mahu kata dia sengih nakal lagi sebab aku dah nampak tanduk atas kepala
dia. Nampak jahat saja jelingan mata
redup itu.
“Kau ni kan...”
“Eh, betullah
aku kata tu. Kau ni... suka marah
akulah, Mi. Tapi orang kata bagus kalau
perempuan suka marah ni. Sebab nanti
boleh tambah anak. Asal marah ke perut
berisi. Waaa... produktif kita ni, Mi...” Dia ketawa sendiri. Entah apa yang lucu aku tak tahu.
Sudahnya, aku
angkat penumbuk pada dia. “Ini nak?”
Dia menggeleng. “Sekarang bolehlah kau tawa menawar penumbuk
pada aku. Cuba kau tawar menawar penumbuk
tu bila kau jadi isteri aku nanti, mahu aku seret kau panjat katil masa tu!”
Aduhai... pitam
aku. Betul kata dia. Aku perlukan ketenangan melayani dia. Serius menyakitkan hati. Mengada je lebih. Banyak mengusik sungguh. Cepuk sungguh karang.
“Haih... dahlah
tu. Kau nak suruh aku terbakar ke apa?”
“Aik... rasa
terbakar ke?”
“Habis tu kau ingat
aku ni alien ke tak ada rasa?”
Zafrin
ketawa. “Aku saja je uji ketahanan
kau. Lasak ke tidak rohani dan jasmani
kau tu,” selanya.
“Emm...
dahlah. Jangan dok kuning sangat. Hah, apa kau nak bincang ni? Macam penting sangat je? Kau dah nak berangkat ke esok?” Aku bertanya dia.
Aku harap
agar dia menggeleng menafikan telahan
aku tapi bila dia mengangguk dengan wajah yang serius, aku rasa nak rebah.
“Bila?”
“Baru dapat
latest surat setelah aku beria-ia mohon postpone. Sebab tu aku tak nak bagi tahu kau dulu sebab
aku tengah mohon tempoh dulu daripada JPA.
Tengok-tengok JPA tak bagi dan secara rasminya, aku akan berangkat
minggu ni. Sehari dua ni aku tak call, kebetulan kau pun memang busy dengan paper dan aku pun dengan rayuan aku tu tapi sudahnya tak
dapat. Esok dan seterusnya aku akan buat
persediaan dan memang tak dapat jumpa kau lagi,” terangnya tenang. Wajah itu tiada beriak. Fuh... pedih.
Aku paksa diri
aku tersenyum. Untuk dia. Dia yang aku sayang. Dia yang bakal terpisah dari aku kerana
kehendak aku demi cita-cita kami.
“Sebab tu aku
harap, kita ada masa bersama sehari ni. Aku
nak lepak dengan kau. Duduk sini pun
jadilah, Mi. Tak payah nak berpelisiran
sangatlah. Kau pun tahu aku bukan mat
rempit. Aku dah berhenti pun dari kerja despatch tu. Sekarang tengah pujuk diri aku berjauhan dari
keluarga terutamanya kau,” sambung dia.
Ayat akhir itu
benar-benar membuatkan aku sebu. Aku juga
tak kuat Rin. Aku ingat aku kuat nak
lepaskan kau tapi rupanya aku yang tak redha.
Hati aku berbisik sendiri. Sedihnya
hanya Allah yang tahu.
“Aku pun dah nak
balik esok. Jauh sikit okey kot. Tak adalah kau tu nak jumpa aku je nanti,”
tukas aku menyembunyikan rahsia hati.
Dia senyum. “Aku ke kau?
Jangan dok buat muka cool
sangatlah, Mi. Kau tak cool pun. Comel je kau sedih, Mi. Tapi macam kau pernah cakap la... aku kena
stabil dulu. Nanti kita halalkan. Aku nak bagi perkahwinan idaman buat
kau. Tak besar pun janji
sempurnalah. Tak perlu hutang hantaran ke
apa ke...” Zafrin angkat kakinya duduk
bersila. Dia menjeling aku sedikit.
Aku yang dah tak
mampu nak senyum ni tak payah nak katalah.
Apatah lagi Zafrin sudah beritahu macam tu, aku memang nak menangis dah.
“Sebenarnya aku
rasa aku kuat nak biarkan kau pergi, Rin... tapi aku rupanya tak mampu. Memandangkan hal ni aku yang paksa kau tapi
untuk masa depan kita bersama, aku akan tabahkan hati aku. Aku akan tunggu kau balik,” ucapku pula. Ada nada sedih yang menyulam kata.
“Aku tahu kau
akan sedih. Kau perempuan walau apa-apa
pun. Tabah, ya. Aku akan balik,” balasnya tersengih-sengih bagaikan tiada apa
yang berlaku.
“Kot ya pun cuba
kau buat muka sedih sebab nak berpisah dengan aku ni!” tegur aku tapi Zafrin ketawa saja.
“Kau yang nak
aku pergi jauh. Aku kemain merayu JPA tapi
sudahnya aku kena masuk kelas minggu depan.
Tak ke haru tapi sebab kekasih hati suruh pergi kejar cita-cita, aku senyum
jelah. Happy-happy sudah! Aku dah ready ni,” ucap dia optimis.
“Jaga diri
nanti, Rin...,” pesan aku dengan suara yang agak lirih. Macam tak percaya dia akan pergi sikit waktu
lagi.
“Kau pun... jaga
diri. Ingat, aku pergi ni untuk
dia. Untuk dia yang aku cinta. Untuk dia yang bernama Haqimah binti Hamzah,”
balas dia.
Aku ketap bibir
dan melarikan wajahku daripada renungan dia.
Bertahan agar airmata ini tidak gugur.
Pandangan kabur sudah. Zafrin
sengih saja daripada tadi sedangkan aku mula teresak halus cuba memujuk hati
menerima apa yang aku mahu selama ini.
~~> bersambung
zafrin ni mcm tgh mnipu je....?
ReplyDeletehaha,msti die nk kenakn si haqmi tu,
aahkn..hihi
Deletesengih-sengih jek...
Deletemesti zafrin kelentong haqmi ni..
i can feel it!
zafrin kelentong tu.dia dapat belajar dalam negeri je tu.
Deletehaahlah! bila korang semua cakap macam ni, baru terfikir benda yang sama! eheh! nakal si rin ni! kekeke :D best! best!
Deletetah2 si rin tu further kat UTM skudai jek hahahahahah....
Deletewaaaa sedey jerr Rehan suh depa bertunang dulu la.... usma
ReplyDeleteSedihnya..... huhuhuhu!!
ReplyDeletetq rehan 4 dis n3, sedih lah plak ....
ReplyDeletehairiah
ISH ISH..hati kata suka, on jelah
ReplyDeleteSedihnya rin nk pergi....hmmm sabar yer mi,,,tp takot gak kot rin pergi sna n lpas 2 hati berubah terjumpa dgn owg lain...nangis xberjoget la..arap2 sgt xterjadi mcm 2..
ReplyDeletesedih la plak
ReplyDeletesedih nye...tp cm x pegi je si zafrin tu...
ReplyDeletesob.sob.sob ..saya pernah melalui saat ini, mmg sedihh,
ReplyDeletecomel lah Rin....cool jer..:)
Cam xcaye je rin nie nak bljar luar ngare.....
ReplyDeleteNmpk cam tipu2 jew.....
rasa cam tak g jerman je Zafrin ni
ReplyDeleterelax sgt Rin ni...ke die x smbung kat Jerman, smbg kt M'sia je...hahaha
ReplyDeletela..la...la sedih le plak..haahha
ReplyDeletehuhu..sedih..tapi kn nape gaya zafrin ckp mcm dia ada sembunyikan something je..
ReplyDeletesedih la jugak bila baca.. tpi best.. ^_^
ReplyDeletezafrin buat master same place dgn mie.....hehehehe
ReplyDeleteEntah2 rin dpt tukar kat mesia kot saja nak kenakan mie.....hai cecepatla dia org kawin rasa x sabar plok nak baca dia org kawin ni....superb sentiasa tunggu next n3...besttt3....
ReplyDeleterin ni saja nak wt mi sedih ke apa...
ReplyDeletejeng jeng...tanya RM la..hahha
sdih + best...
ReplyDeletekak, n3 strusnyee bg mlm ni blh???hehe..
xsbar nk tau ksah slanjutnyee....
msti zafrin apply kan smbg blaja untuk mi kat jerman...
ReplyDeleteMacam tak percaya je si Zafrin ni, haish. Kak rehan jangan gantung kami tak bertali, hahahaha. Sila lah sambung :D loveyou
ReplyDeletesedihhhhh ....rasa x sangguppp..
ReplyDeleteaduhai...sian plak kt diorg... tp betulke rin nk pi ni? cam main2 je plak rin ni..dia kn suke menyakat..
ReplyDeleteawatlah si rin tu asyik dok sngih jek mnjg? cm x sdih jek nk tggl mi? mcm tipu jjek nk p jerman. apa suspen strusnya ya?
ReplyDeleteNape sedih sangat ni....T_T
ReplyDeleteRin nak ajak Haqmi nikah ke yang dia dok tersengih2 tu. Masjid dah dekat tu. hahaha
ReplyDeleteAla... Mie... Rin dah nak pergi...
ReplyDeleteSila nanges...
Nnt rindu2 an...
Sedihnya...tapi belajar memang satu keperluan untuk melengkapkan diri untuk kerjaya yang stabil. Mi & Rin sabarlah jadikan kejauhan itu satu aras untuk mengukur kesetiaan dan kekuatan kasih sayang. Tapi...memanglah Rin ni macam ada agenda tersembunyi jea. Rehan...apa seterusnya??? hehehe
ReplyDeletesedeh lh part kali ne rehan.pape pun kita doa kn jodoh antara Rin dn Mi adalh ketentuan Ilahi.akak puji sikap Mi,tetap jaga halal haram nye...payah gak nk ade pd anak2 muda skrg.akak sokong cara rehan karya kn nov ne wat pemikiran anak2 kita jadi muslimah yg ade maruah dn harga diri.syabas ye dek........
ReplyDeletebaru berkesmepatan membalas ni..huhu.. maaf ya semua..pada yng sudi singgah dan baca dan komen dan memberi pandangan dan memberi idea secara tak langsung (byknye dan).. sy ucapkan terima kasih ye.. sgt2 hargai semuanya.. sayang kamu semua.. jgn serik singgah lg.
ReplyDeleteJOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^