BAB 17
WAJAH ini aku
sembamkan ke bantal. Menangis dan terus
menangis. Teresak-esak mengenangkan yang
aku dan Zafrin bakal terpisah oleh waktu dan cita-cita. Pertama kali dalam hidup aku bercinta, begini
cabarannya.
“Janganlah macam
ni, Mi,” pujuk Aziana. Dia mengucap
belakang aku sikit.
Aku terus
diam. Airmata yang mengalir tak mahu
berhenti. Aku menggeleng dan terus
menekup wajah aku dengan bantal biarpun aku berpaling mengadap Aziana.
“Kau tak boleh
macam ni, Mi. Kejap lagi nak balik
kampung. Bengkak mata karang. Macam mana kau nak bawa motor nanti?” tanya Aziana.
Aku dengar suaranya bagaikan menahan geram.
“Aku sedih ni…”
“Aku
tahulah kau sedih, Mi. Tapi, inikan untuk kebaikan kau jugak. Eloklah tu Rin nak pergi belajar. Bukan nak pergi berperang mati tapi kau kena
ingat, pergi belajar tu pun satu jihad tau.
Tengok nawaitu dan setiap langkah tu Allah akan berkati. Kita kat sini mendoakan dia sudahlah. Yang kau menangis macam nak suruh dia pergi
berperang je, kenapa?” soal Aziana
sinis.
Emm… betul jugak
tu apa yang Aziana cakap tu. Pergi menuntut ilmu itu juga suatu
jihad. Setiap langkah akan diberkati
asalkan niat kita benar dan lurus kerana Allah.
Aku tarik bantal yang menutup
wajah. Mata yang basah, aku lap dengan
hujung lengan baju. Mata Aziana aku
pandang.
“Aku rindu
dia…”
Aziana senyum. “Ya aku tahu.
Tapi ini untuk kebaikan
jugak. Biarlah Rin pergi. Kau yang suruh, kan?”
“Aku tahu tapi
entahlah. Ingatkan kuat tapi tak pun,”
tukasku bersama keluhan tipis.
Tubuh ini aku
angkat dan duduk di birai katil bersebelahan dengan Aziana. Bahuku ditepuk lagi memberi semangat dan
menyuntik sedikit sabar.
“Dahlah. Tak payah fikir yang lain-lain. Tunggu masa Rin berangkat je nanti. Bila dia nak berangkat?” soal Aziana.
“Minggu depan.”
“Emm… tak lama
dah tu. Aku nak balik kampung dah. Nanti tak sempatlah nak hantar Rin sama. Kau kirim salam pada dia nanti, ya?”
pesan Aziana dan aku hanya mengangguk lemah.
Sungguh aku
rindu Zafrin. Rasanya sejak kami bersama
ni, tak pernah sekalipun aku ungkapkan rasa rindu dan cinta pada dia. Hanya tingkah yang menggambarkan rasa. Teringat pula pada perbualan terakhir kami
semalam hingga membawa kami berpisah pada petang semalam dengan wajah yang
keruh.
“Hari ni aku nak
minta sesuatu dari kau, Mi…” Itulah ayat
Zafrin saat aku mahu sarung topi keledar.
Aku pandang
dia. “Apa?”
“Boleh tak kau
kata kau cinta aku? Dari pertama kali
memang cinta kau ada untuk aku dan bila
kita terpisah ni, kau rindu gila dekat aku,” ujarnya.
Aku ketap
bibir. Kelu tak tahu nak kata apa dengan
permintaan Zafrin. Memang benar aku tak
pernah ungkap kata-kata itu dan aku tahu Zafrin juga tahu yang aku memang
cintakan dia. Rindu apatah lagi.
“Tak kan kau tak
boleh nak baca?” soal aku pada dia.
“Aku boleh rasa
tapi aku nak dengar. Rasa dengan hati,
dengar dengan telinga. Tak sama tu,”
selanya masih berharap.
Aku diamkan diri
saja. Tak tahu nak jawab apa. Berat lidah nak bertutur sudahnya. Jiwa pun kemain sarat dengan rasa sayu. Tinggal nak mengalirkan airmata saja buat ke
sekian kali bagi menggambarkan rasa pedih yang mencucuk hati.
“Boleh tak,
Mi?” tanya Zafrin lagi sedikit mendesak
kali ni.
Aku masih
membatu. Kalau dia boleh rasa, buat apa
dia nak tanya? Tapi dah dia kata
berbeza, aku sendiri tidak tahu apa maksud perbezaan itu sedang pada aku, rasa
di hati itu lebih indah dari ungkapan di bibir yang boleh jadi wayang
semata-mata.
“Cukuplah kau
rasa dengan hati je, Rin. Kau tahu macam
mana hati aku rasa untuk kau,” putus aku dan aku sarungkan topi keledar itu
membiarkan Zafrin memandang aku saja.
“Tak apalah, Mi…
Aku harap kau boleh cakap bila hari aku nak berangkat nanti,” jawab dia dalam
senyum terpaksa.
“Hah… ingat apa
tu?”
Sergahan Aziana
membawa wajah dan peristiwa semalam bersama Zafrin berlalu dari minda.
“Ingat Rin. Semalam dia minta kau cakap cinta pada
dia. Tapi, aku tak cakap. Dia kata harap aku cakap masa hantar dia
berangkat nanti tapi rasanya, aku tak nak pergilah. Biarlah dia.
Janji aku tahu dia selamat sudah…”
Aku angkat tubuh dan mencapai tuala.
“Serius kau tak
nak pergi?” soal Aziana pelik.
Tiba di muka
pintu bilik air, aku berpaling pada Aziana yang sedang bersandar pada
pintu. Nampak sudah bersiap hendak
pulang ke kampung.
Aku angguk dan
terus saja masuk ke bilik air. Perlu
bersiap hendak pulang ke kampung setelah segala perjuangan untuk semester ini selesai. Gilera merah itu sudah menanti untuk menjadi
kuda aku kembali ke pangkuan ayah bonda.
**
“HAQMI!!!” Suara mak kuat melaung nama aku.
Baru hendak
bersenang-senang atas katil milik sendiri setelah tiga hari balik kampung ni,
mak pulak panggil.
“Haqmi… Anaresa
telefon ni!” sambung mak dan lagi kuat
dari tadi.
Dengan langkah
malas aku keluar juga. Sebelum tu sempat
aku capai telefon bimbit. Mati! Padanlah Anaresa menelefon rumah.
“Itu… Resa telefon. Handphone mana?” soal mak sambil menyuakan gagang itu pada
aku.
“Mati,” jawabku
lemah.
“Kalau mati bak
sini. Bagi mak tanam siap-siap
alang-alang mak nak tanam cili kat belakang ni,” sinis mak dan dia terus
berlalu.
Eh mak ni. Boleh pulak dia buat lawak sedangkan dia tahu
yang anak dia ni sedang bersedih cuba membendung rasa sebu mengenangkan kekasih
hendak pergi jauh ni.
“Kau
kenapa? Telefon tak dapat?” marah Anaresa setelah aku mengucapkan hello.
“Telefon aku tak
ada bateri. Lupa nak caj dua hari dah,”
akuiku.
Dia mengeluh di
hujung talian. “Padanlah Rin cakap tak
dapat telefon kau. Yang kau ni, sungguh
ke tak nak hantar Rin esok ni?” tanya
Anaresa agak tegas.
“Emm…
malaslah. Aku dah cakap pada Rin. Cukuplah dia selamat pergi dan kembali. Aku menanti dia di sini,” ujarku berucap
macam orang jiwang karat. Memang
jiwang. Tapi tak sampai berkarat lagi.
“Tak boleh,
Mi. Rin nak pergi kau kenalah hantar sama. Bukan kau sorang tapi kami semua ikut juga,”
tukas Anaresa masih cuba memujuk aku.
“Tak
naklah. Aku nak rehatlah. Aku hantar ke tidak, Rin tetap pergi. Dia pergi belajar dan aku tak ada masalahpun. Ni sedih kejap je. Esok-esok aku okeylah ni,” beritahuku
menyembunyikan hakikat.
“Emm… yalah kau
tu. Jangan tergolek bawah katil
sudah!” balas Anaresa sinis.
“Kalau macam tu,
tak apalah. Aku bagitahu dekat mama
dengan abah yang kau tak nak datang, ya?”
Aku diam. Menelan air liur sambil menahan sebak di
dalam dada. Baru nak elok, Anaresa pulak
dah ungkit.
“Kirim salam semua,”
pesanku lalu aku matikan talian belumpun sempat Anaresa bersuara.
Air mata aku
menitis lagi.
“Dah kalau
sedih, pergi jelah. Nak tahan hati
kenapa?” tanya mak entah daripada mana
munculnya. Siap dengan pisau di tangan. Berkilat kemain.
“Mana ada
sedih,” dalihku lalu aku lap airmata yang berbaki di pipi.
“Oh, baru mak
tahu airmata tanda bahagia pun boleh jadi.
Buatnya Zafrin tu pergi tak kembali, barulah ada airmata sedih,
kan?” sindir mak lagi.
Aku renung mak
tajam-tajam. Sampailah hati cakap macam
tu. Tak sayang aku lah tu. Buatnya aku merana, siapa yang menderita?
“Mak ni… ke situ
pulak.”
Mak ketawa. “Kalau tentu pergi tak kembali pada Pencipta
tak apa. Tapi, kalau pergi tak kembali
dengan orang lain, emm… masa tu pandai-pandailah kamu rawat hati kamu tu,
Haqmi,” sambung mak lantas dia kembali hilang di balik pintu dapur.
Nampak sangat
mengintai perbualan aku dan Anaresa tadi.
Esoknya, usai
Subuh aku masih begitu. Berteleku di
atas sejadah dalam telekung di hening pagi ini membuatkan aku semakin terasa
kehilangan Zafrin. Kata Anaresa
penerbangan Haqmi pagi ni. Dalam dua jam
lagi. Pesanan ringkas Zafrin aku terima
lagi.
Betul
xnak dtg, Mi?
Aku membalasnya
pula dengan hati yang resah
gelisah. Air mata kembali bertali arus lantas
pada Allah aku panjatkan doa moga ditabahkan hati ini menerima ujian sebesar
kuman ini.
Kalau
dtg skrg mesti xsempat…
Tidak lama,
Zafrin membalas pula.
Jgn
beralasan kalau xnak dtg!
Aku tahu Zafrin
marah bila dia membalas begitu. Tanda seru
itu jarang dia guna. Hanya beberapa kali
saja sejak kami berkawan ni.
“Ya Allah, kalau
pergi mampu ke aku bertahan? Janganlah
aku yang rebah dulu, Ya Allah!” doaku
tak putus-putus.
Jaga
diri kat sana nanti. Aku tgk google,
cuaca sejuk kat sana.
Rindu
aku kat sini, ya?
Aku membalas
begitu saja. Malas hendak menghangatkan
rasa marah Zafrin di kala dia mahu berangkat ni.
Nak
suruh aku rindu kau, tp kau tu cuba ngaku cinta aku sekali je.
Dah sudah…macam
tu pulak dia membalas. Aku mengeluh dan
wajah mak muncul lagi tiba-tiba.
“Pergi jelah
daripada dok mengeluh macam tu. Sempat
lagi ha. Bukan jauh pun. Karang kamu menyesal tak sudah, mak nikahkan
kamu dengan orang lain nanti!” rungut
mak geram dan aku hanya mampu diam.
Menggeleng
tidak, menggangguk jauhlah sekali.
Akhirnya aku bangkit dan membuak telekung. Mata mak aku pandang.
“Mi takut Mi tak
kuat nanti, mak,” akui aku.
“Hai… bukan ke
selama ni kamu yang bagi semangat pada dia.
Emm… pergilah jelah. Lagipun itu
kan keluarga mertua Resa. Sepupu rapat
kamu tu. Pergilah. Mak dan cakap dekat ayah semalam. Biar ayah hantar. Tak payah bawa motor. Nanti entah apa-apa boleh jadi dengan keadaan
kamu yang bercelaru tu,” ujar mak dan dia berlalu.
Hah, mak lagi
hebat dari aku. Aku masih tak tahu nak
pergi ke tidak, dia siap beritahu ayah suruh
jadi driver aku.
Aku pantas
berlalu ke almari. Jeans dan t-shirt
lengan panjang aku sarungkan ke tubuh.
Selendang pemberian Anaresa aku belit pada kepala. Bila aku keluar, ayah sedang minum di meja
makan.
“Hah, siap
dah?” tanya ayah sambil menghirup teh
panas itu.
Aku angguk.
“Macam tu je
ke?” soal ayah lagi sambil memerhatikan aku dan aku angguk lagi.
“Sopan dah ni,”
tukasku dan ayah hanya senyum. Aku tahu
dia nak maksudkan selendang yang menutup rambut aku ni tapi dia diamkan
saja.
Aku terus
berlalu ke pintu bila ayah bangkit dari duduk.
Kasut Supra itu aku sarung ke kaki.
Kali ini berwana oren. Yang aku
beli sama-sama dengan Anaresa dulu.
Enjin Toyota
Vios milik ayah dihidupkan dan terus saja ayah menekan pedal minyak menuju ke
KLIA. Berharap agar masih sempat aku
bersua dengan dia sebelum dia berangkat bila Anaresa memberitahu, mereka
sekeluarga ada di KLIA kini hanya menanti waktu tiba saja.
Kami akhirnya
tiba di KLIA. Ayah menyuruh aku turun
terlebih dahulu sementara di mencari tempat letak kereta. Teringat peristiwa aku kenakan Zafrin dulu
dan hari ni dia betul-betul akan menjauh.
Telefon bimbit
aku tekan. Panggilan pada Zafrin sendiri
sudah masuk ke peti suara. Sudahnya, aku
mendail nombor Anaresa juga. Bila dia
memberitahu lokasinya, aku terus berlari ke arah mereka.
Dari jauh, aku
nampak mereka sekeluarga. Zafrina juga
ada sama. Bergelak ketawa bagaikan tiada
apa-apa yang berlaku sedangkan Zafrin mahu meninggalkan mereka.
Tapi sayang, bila kelibat Zafrin tidak kelihatan.
Detak hatiku
sudah lain macam. Aku tahan hati dan
merapati mereka.
“Assalamualaikum,”
sapaku bersama lelah.
Mereka berpaling
dan menjawab salamku hampir serentak.
Aku senyum menyembunyikan resah sedangkan air jernih sedang menari-nari
di tubir mata ini.
“La… kata tak
nak datang?” tanya aunty pada aku dan aku hanya senyum lagi. Takut hendak menjawab. Takut melalak kat sini.
“Kau lambat Mi…”
bisik Anaresa pada aku.
Aku ketap
bibir. Mengerti akan apa yang Anaresa cuba sampaikan di sebalik ayat
itu.
“Sungguh
ke?”
“Emm… Rin dah
pergi…” sampuk Abang Zafran pula.
Makinlah nafas
aku lelah. Kenapa tak tunggu aku. Aku bersoal jawab sendiri.
“Emm… tak
apalah, Resa. Aku memang tak sempat. Nak buat macam mana. Moga dia selamat pergi dan selamat kembali
jelah. Aunty, uncle, Kak Rina… Mi balik
dulu. Ayah dah tunggu kat luar tu,”
ucapku lirih tanpa memandang mereka.
Hanya berani menekur ke lantai KLIA saja kala ini.
Bila aku hendak
berpaling, Zafrina bersuara.
“Eh… Rina tak
berangkat lagi. Mi dah nak balik?” tanya dia.
Aku mengerutkan
dahi. Serta-merta aku berpaling pada
mereka semua yang sedang merenung aku tidak berkelip-kelip.
“Err.. Kak Rina
nak pergi mana?” Aku menyoal pelik.
“Rina nak pergi Makassar,
Indonesia. Kat sana ada universiti
perubatan. Ada talk sikit dengan student
Malaysia dekat sana,” jawab dia lembut bersama senyuman tipis.
Aku pandang
Anaresa. Dia buat muka tak bersalah
kemudian pada Abang Zafran pula. Juga
sama. Akhirnya aku pandang mama dan abah
Zafrin.
“Tapi, Rin kata
dia nak ke…”
“Jerman?” soal Uncle Zaini.
Aku angguk.
“Dia dah tolak
offer buat master dekat Jerman tu, Mi.
Dia terima yang dalam Malaysia ni je.
Dekat UKM je. Mi tak tahu
ke?” Giliran aunty pula bersuara.
Aku mengeluh
sendiri. Menggeleng berkali-kali
memandang Anaresa dan suaminya.
“Tapi, tadi Resa
dengan Abang Zaf…” Huh, tak mampu
bersuara lagi.
“Abang nak cakap
Rin dah pergi belikan kami makanan sikit.
Rina ni lapar pulak…”
“Ha… aku nak
beritahu tadi kau lambat sampai. Kalau
tak boleh kirim sekali Rin beli untuk kau…”
sambung Anaresa pula.
Laki bini ni
memang nak kena luku dengan aku agaknya.
Buat penat aku berlari, sedih segala tapi aku dipermainkan lagi sampai
macam ni.
“Kau ni kan…”
“Uiks… Mi. Kata tak nak datang?”
Tak sempat aku
habiskan ayat, suara Zafrin menyapa gegendang telinga. Kini dia berdiri rapat di sisi aku.
“Kau
main-mainkan aku, kan?” soal aku
berbisik.
Dia sengih. “Datang juga kau, kan?”
“Benci ke tak,
segalanya dah terbukti. Hari ni aku nak
kau cakap kau cinta aku depan mama dan abah.
Aku nak gerenti dengan hubungan
kita ni kalau kita tak boleh kahwin sekarang,” balasnya sambil menyuakan
beberapa kotak air dan roti pada Zafrina dan yang lain.
“Kau gila!”
“Kan dah cakap,
aku gilakan kau!” tekan dia nakal.
Aku senyum
malu. Ya Allah… mati-mati aku ingatkan
dia. Kemain semua orang kenakan
aku. Mujur aku tak menyanyi kekecewaan
kat sini. Jenuh nanti.
“Emm… ni mama
agak kamu main-mainkan Mi lagi, kan Angah?”
tanya aunty.
Zafrin
ketawa. “Bukan mainkan. Menguji je,” selanya dan kami semua
ketawa.
“Hai… ingatkan
Along je berani, rupanya Angah lagi berani sampai pergi pinang anak dara orang
sendiri,” keluh uncle sikit.
Kali ini,
giliran Zafrin ditertawakan. Fuh, lega
hati aku bila dapat tahu dia lebih memilik belajar dalam negara saja dan benar,
kuliahnya bermula esok. Aku menjeling
dia.
“Pandai kau tipu
aku, kan?”
Dia senyum dan
mendekatkan bibirnya ke telinga aku bila yang lain masing-masing memeluk
Zafrina.
“Abang tak
main-mainkan Mi tapi abang menagih kata cinta dari Mi untuk abang teruskan
langkah abang sementara menanti takdir menolak Mi ada di sisi abang secara sah
nanti,” gumamnya dan aku terkedu lagi.
Bingitnya KLIA
tak mengganggu langsung renungan Zafrin yang sesekali memandang ke lain.
“A… a…
bang?” soalku gagap.
Dia angguk. “Abang cintakan Mi dan abang akan buktikan
nanti kala Mi bersedia,” bisik dia lagi dan kali ini wajah aku sudah
memerah. Menebal berinci-inci tanpa
mampu aku sorokkan lagi.
Aduhai… Zafrin…
memang dia menarik dan ada gaya tersendiri yang aku sendiri tak mampu menduga.
~~> bersambung
Kan dah kata, tak sempat nak ukur jauhnya jerman si Rin tu. Tu ha dekat bumi UKM tu.. masak sampai rentung la kau Rin..miahahaha
ReplyDeleteadesss..haqmi pulak kena main ngan zafrin..balas dendam ..hihi so sweet la this couple...tahniah RM
ReplyDeletemmg tersgt nakal la...
ReplyDeleteayat rin sgt menyentuh jiwa
besh3..... tb2 jatuh cintaa ngan zafrin...wait 4 the next n3 plak
ReplyDeletecomel la rin!!!
ReplyDeleteentahnya memang kena main lah si mi tu..cepatlah sikit kawen nak tgk sape lagi romantik abang ke adik hehe
ReplyDeleteAduh..jahat giler ahh Rin nie..sure dia dh pakat ngan resa & abg zaf nak kenakan haqmi balik...sian haqmi..anyway this couple so sweett..hehehe...-Syad-
ReplyDeleteRINNN.... ya allah... noty nia dia...
ReplyDeletedah abang pulak..
aduhai.. besar nay pengorbanan Rin demi Haqmi..
MIe lepas nie jgn tolak lagi...
RM.. akak suka sangat...
sweet sungguh..
Alahai zafrin romantiknya .....bestnya nak lagi
ReplyDeletekureng sungguh si rin nie.. hahah.ahaha terkene si mi. abes bazir air mata
ReplyDeleterehan cepat kawen kan diaorg..nak tgk rin ni romantik ke x
I ada kat UKM..hehehhe leh jumpa dgn zafrin....
ReplyDeleteadoiiii...cair meleleh2 dah dgn Rin ni...hahahaha
ReplyDeletepandai je Rin knekan Mi..sian Mi, mujo tak meraung kt ctu...patut la Rin relax je, smbg kt UKM je rupenye...hehehe...
hahaha....dh agak dh...gaya rin tu mmg xkn dia tinggalkan mi..pandai kak rehan olah cita...
ReplyDeleteterbaekkk
sweet yg teramat cik penulis....
ReplyDeletesuke zafrin dgn haqmi....
hahaha kecian kt mi!
ReplyDeletekadang-kadang tertanya-tanya jugak...pembaca nie semua mmg sentiasa buka blog ijo nie ker???saya igt saya yang first,rupanya dh berderet2 komenya...anyway, RM you make my day...hehehe...
ReplyDeletea..a..bang <~ so sweet...hehe
ReplyDeletenana jamil
hahhaha zafrin mmg noty..cian mi
ReplyDeletePandai betul Kak Long dengan Abang Long nak kenakan Mi.... kira seri lah .... hari tu Rin yang kena kt KLIA juga....hehehe.... suka...
ReplyDeleteMmg nak kena luku la rin ni,sian ke mie.nasib dpt mak ayah baik siap bleh antar lg tu....mmg best la keluarga camni;-)u rock la RM cam hidup jea semua watak....thumbs up;-)
ReplyDeletehampagas tui si Rin mi... dh abis air mata Mi tau.. hahahahaaaa besttt
ReplyDeleteoh.. UKM je ke? sib baik dekat.hmmm kawen je lah, x yah tunggu abih master. nnt ada student master ngorat Rin, lg haru.kak Rehan, boleh kan buat diaorg kawen awal???haha...anyway, suka entri ni.Thanks k.Rehan
ReplyDeletewah Ann, abang ye..heehee..sweettie....
ReplyDeletehttp://teman-cintahatiku.blogspot.com mengadakan pertandingan mengarang cerpen dan artikel..hadiah menarik menanti ..kepada yg berminat boleh lah lawati
ReplyDeletehaha pandai rin kenakan mi...masak lah haqmi kena tipu ngan rin
ReplyDeleteaduh....asallah si zafrin ni suweet sgt...hahah pengsan...
ReplyDeletesje zafrin nie ye2 je org 2 dok sdih2 nk pisah jauh..skli blaja dlm mlysia je
ReplyDeletehahaha..dh nagak dh..
ReplyDeletehahaha apalah ri nie ingtkn nk g oversea btol2 rpanya nk uji mi jer...best rm..... tahniah...
ReplyDeleteJOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com