BAB 18
HARI berlalu
lagi. Tanpa sedar, setengah tahun
berakhir lagi. Anaresa semakin tembam
dan berseri. Seri seorang bakal ibu dan
semester depan dia akan tangguh pengajiannya.
Beruntung dia
dapat Abang Zafran yang memang bertanggungjawab. Sampaikan alahan pun suami dia yang
kena. Sangat-sangat bertuah itu
orang.
Aku gariskan
senyuman. Andai aku dan Zafrin macam tu,
aku mahu beranak ramai-ramai untuk dia.
Mudah cakap tapi aku ini hanya seorang diri je. Masa kecil-kecil selalu bermalam di rumah
Anaresa hinggakan mak dan ayah bising.
Yalah dah tak ada kawan.
Huh, bila macam
ni rasa rindu pada Zafrin pula. Bila
rindu tak mampu bertahan, aku mula termenung sendiri. Suara riuh rendah kenduri kesyukuran di rumah
Anaresa ni langsung tak mengganggu aku.
Masih sabar
menanti keluarga Zafrin tiba. Bukan nak
meminang tapi nak raikan rasa syukur atas kandungan Anaresa yang sudah mencecah
bulan ke tujuh tapi aku nampak macam orang mengandung terlebih bulan.
“Resa cakap
dekat akak tadi, keluarga Zafrin on the
way,” beritahu Kak Aniraha pada aku saat aku kalut di dapur. Ringankan tulang membantu apa yang
patut.
Aku pandang Kak
Aniraha dan Kak Anisara silih berganti.
Kedua-duanya tersenyum. Kakak
Anaresa tapi kakak aku juga. Aku angguk
dan senyum. Selendang aku betulkan sikit
dan kemudian aku sambung kerja. Mengelap
pinggan yang baru di cuci.
Berdebar
rasanya. Bagaikan aku yang hendak
dipinang. Ralit buat kerja, akhirnya aku
dengar suara Pak Long bising menyambut kedatangan tetamu yang dinanti iaitu keluarga Abang Zafran dan
pastilah keluarga Zafrin juga.
“Keluarga Zafrin
dah sampai dah, Mak Ngah.” Aku dengar
suara Kak Aniraha memberitahu itu pada mak.
La… kenapa nama
Zafrin dia sebut dan kenapa pada mak dia tuju?
Inikan majlis kat rumah dia. Ini
mesti tak lain tak bukan, kes sengaja nak kenakan aku la ni.
Aku pandang Kak
Aniraha tapi wajah itu tetap selamba.
Dia memandang mak dan Mak Long pula.
“Ibu… Mak Ngah,
marilah kita sambut tetamu. Mi toksah
ikut. Dok situ je,” pesannya lalu dia
menghilang dari pandangan mata.
Aku pandang mak
dan Mak Long.
“Mi dok dapur
je. Tolong siapkan apa-apa yang tak siap
lagi,” pesan mak dan dia berlalu bersama Mak Long ke atas.
Aku hanya duduk
sendiri mengelap pinggan yang masih sikit berbaki. Kenduri di kampung macam inilah. Semua buat sendiri. Satu persatu pinggan aku lap dan tanpa sedar,
ada yang duduk di sisi aku.
“Boleh abang
tolong,” ujarnya.
Aku keraskan
leher. Tak sanggup nak berpaling pada
dia. Sejak kali terakhir kami bersua di
depan KLIA dulu, setelah itu kami kurang berjumpa. Aku tahu dia sibuk dan aku juga. Cukuplah aku tahu dia masih di bumi Malaysia
ni.
“Sombongnya
dia. Mentang-mentanglah abang ikut je
apa dia nak, suka buli abang, kan?”
seloroh Zafrin lagi.
Aku pantas kalih
pada ambang pintu dapur dan sekeliling dapur.
Tiada orang. Yang ada hanyalah
kebingitan di ruang tamu rumah Anaresa ni.
“Mana ada macam
tu. Orang tak halang awak pergi belajar
dulu pun…”
“Tapi, orang tu
sedih kemain, kan?” pangkas dia
mengejek.
Aku ketawa
halus. Tangan ini masih ligat mengelap
pinggan dan pinggan yang sudah dilap itu aku sua pada dia untuk disusun di satu
tempat.
“Abang tak pergi
sebab abang bertimbang rasa. Awak tu
langsung tak fikirkan abang. Hari demi
hari, dah lepas enam bulan dah. Kak Long
dah nak bersalin dah. Rina dah dekat
jadi doktor dah. Kita je masih macam
ni…”
“Tapi, Mi lagi
setahun lebih nak tamat belajar dah,” ujarku
penuh makna. Berharap agar dia
mengerti akan apa yang aku maksudkan.
Zafrin senyum
lagi. Mata itu tajam menilik pinggan
kaca tersebut lantas kain lap itu dia capai dari tanganku dan dilapnya sekali
lagi.
“Tak lama dah
tu. Tapi, alang-alang Mi sentiasa
cemerlang, abang nak Mi sambung master terus.
Tak lama, dalam setahun je dah habis tapi jangan extend la,” cadang dia.
“Sanggup
tunggu?”
“Alang-alang
abang kena tunggu, apa salahnya abang tunggu lagi sikit masa. Tapi boleh tak cakap Mi cinta abang sekali ni
je. Dari dulu sampai saat ni, Mi tak
pernah cakap,” rungut dia sedikit.
Aku ketawa. “Tak sampai masa lagi. Sampai masa jangan kata dengan suara, dengan
perbuatan sekali Mi lahirkan cinta tu,” gurauku.
Pandangan kami
bersabung dan mata Zafrin membulat.
“Pandai bergurau kunyit dengan abang sekarang, kan?” usik dia.
“Kunyit sikit je
pun. Tapi, itulah hakikat. Cinta halal itu hebat tapi kita ni tak sampai
seru lagi. Kita sama-sama tamatkan
pengajian, kerja dulu baru kita rancang semula.”
Zafrin
mengangguk dengan kata-kataku.
“Amboi angah…
tahlil nak mula dah ni!”
Aku dan Zafrin
tersentak. Ada yang menegur dan bila kami berpaling,
ternyata Abang Zafran dan Anaresa sedang tersengih ke arah aku. Malunya toksah
kata.
“Err… pergilah
naik atas. Nanti kita sambung, ya?” suruhku dan tanpa kata, Zafrin bangkit
menggaru kepalanya.
Kala dia
melepasi abangnya itu, aku lihat Abang Zafran menepuk sikit bahu Zafrin bersama
tawa dan kemudiannya, Anaresa mendekat pada aku dengan perut yang
membusung.
“Rancak
sembang?” soal dia kala dia melabuhkan
duduk.
“Biasa-biasa
je. Pasal pelajaran je. Yang lain tak ada,” dalihku.
Dia angguk macam
tak percaya. “Sampai bila nak belajar?”
“Sampai PHd
terus alang-alang tu,” tukasku main-main.
Mata Anaresa
membulat. Sesekali aku lihat dia hela
nafas dalam-dalam. Nampak mengah dan
lelah kala mengusung tanda cinta dia dan suaminya itu.
“Gila kau. Nak ke Rin tunggu kau?”
Bibir aku
mengulum senyum. “Dia yang cadang. Aku suka je. Alang-alang, kan? Esok-esok kami sama-sama ada title Dr. lah.” Aku ketawa kecil.
Anaresa
mengerutkan wajah. “Eh, Mi… kejayaan
sebenarnya sorang wanita tu adalah dengan menjadi isteri yang diredhai suami
dan ibu yang mithali. Belajar
tinggi-tinggi kalau ada rezeki kau tak apalah, bolehlah belajar tapi bagi aku,
baik kau nikah dulu. Halalkan hubungan kau dengan Rin dan
sama-sama pergi belajar,” ucap Anaresa panjang lebar.
Aku terdiam
seketika dan mencerna kata-kata sepupu aku ni.
Melihatkan perut dia itu, aku juga ada keinginan yang sama
tiba-tiba. Boleh juga macam tu tapi
masalahnya, mampu ke aku? Haruslah tak
mampu. Kalau macam, enam bulan sudah aku
dah nikah dengan Zafrin.
“Aku bukan macam
kaulah, Resa. Aku tak boleh nak fokus
dua perkara. Nak belajar lagi, nak jaga
keluarga lagi. Takut salah satu
terabai,” jawabku.
Anaresa
merengus. “Kau ni kan… ada je
jawabnya. Haih…”
Aku ketawa
lagi. Lucu melihatkan Anaresa ni. Sebaya dengan aku tapi sikapnya dah macam mak
aku dah.
“Ada jodoh tak
ke mana, Resa.” AKu memberikan jawapan
mati dan dia hanya mencebirkan bibir lalu turut sama membantu aku bila majlis
tahlil sudah bermula.
**
MAJLIS dah
siap. Makan juga dah siap. Yang tinggal
hanyalah pinggan mangkuk yang masih berselerakan. Jiran tetangga sudah balik. Yang ada hanyalah keluarga aku dan keluarga
Anaresa serta keluarga mertuanya.
Nak tak nak, aku
tak kan nak paksa Anaresa pulak tolong aku.
Kak Aniraha dan Kak Anisara ada kerja lain. Kerja dia, mengagihkan lauk pauk pada jiran
tetangga yang tak sempat datang. Adat di
kampung, macam tu lah.
Seperti awal
tadi, aku juga yang sendirian mengemas pinggan mangkuk ini bila Zafrin ada di
sisi.
“Banyaknya? Abang tolong, nak?” tanya dia tersengih.
Aku senyum. “Banyak ni.
Tak balik rumah karang.”
“Abang boleh
tidur sini. Lagipun, esok abang tak ada
kuliah,” jawab dia.
Amboi berani nak
tidur sini. Memang muka tak malu ajak
diri sendiri tidur kat rumah aku.
“Berani ke nak
tidur sini?” soalku mencabar.
Dia jongket
kening. “Mi cabar abang ke?”
Aku jatuhkan
kepala mengiyakan.
“Abang berani
je. Mi ingat abang takut? Kalau dulu abang berani pinang Mi sendirian
dan itu pun nak nego lagi dengan ayah
Mi, jangan ingat sekarang abang tak berani nak tidur kat sini tau. Atau Mi tu takut tertukar bilik nanti
tak?” usik dia.
Aku bulatkan
mata. “Ke situ je perginya,” tegurku dan
Zafrin ketawa lagi.
Kala ini, berdua
bersama Zafrin sama-sama mengelap pinggang mangkuk ini membuatkan jantung aku
hampir melompat setiap kali dia menjeling mesra. Biarpun tanpa suara, aku yakin mata itu
sedang berbicara denganku. Sedang
mengucapkan kata cinta yang tak pernah
tandus dari bibirnya.
“Mi harap awak
setia sampai Mi habis belajar ni. Tak
lama dah. Sikit masa je lagi,” pintaku
pada Zafrin.
Dia angguk dan
mengedipkan matanya sekali. “Abang
tunggu Mi. Jangan risau. Dalam tiap-tiap sujud abang, abang mohon pada
Allah moga kita dipertemukan dalam hubungan yang halal sampai ke syurga. Buat masa sekarang, Mi belajar dulu. Abang pun nak tamatkan lagi setengah tahun ni
atau boleh jadi juga tambah lagi setengah tahun. Itu yang tak nak tu. Yang pasti kita jaga hubungan kita
sebaik-baiknya,” ujarnya membalas permintaanku.
Saat ini,
renungan dia jatuh lagi pada raut wajah aku.
Sampaikan kau tak tahu nak letak kat mana mata aku ni namun dari sinar
mata itu, dapat kurasakan jujurnya kasih, setianya sayang dan luhurnya cintanya
buat aku. Aku bersyukur kerana Allah
telah hadirkan Zafrin dalam hati aku.
Seorang lelaki yang aku temui
dengan cara begitu namun mampu membuatkan aku jatuh hati berkali-kali kala
melihatnya.
“Angah…”
Aku dengar ada
suara yang menyeru Zafrin tapi rasa bagaikan dalam mimpi saja lalu aku balas
pandangan matanya dengan senyuman malu.
“Angah…”
Sungguh. Aku dengar lagi sekali tapi bila Zafrin
sendiri buat tidak tahu, aku hanya diamkan saja hinggalah…
“Zafrin!”
Aku dengar nama
dia pula diseru tapi setelah itu, suara itu hilang. Bila aku ukirkan senyum, Zafrin masih begitu. Tenang dan redup pandangannya bersama tangan
yang masih lagi ligat mengelap pinggan yang basah.
“Hah... Aku nikahkan dikau Zafran bin Zaini dengan
Haqimah binti Hamzah dengan mas kahwinnya free sebab dok bercinta sakan kat
sini!”
Kali ini kami
sama-sama hampir terlompat. Pinggan di
tangan hampir terlucut bila aku berpaling, ternyata seluruh ahli keluarga ada
di depan kami kini tersenyum penuh usikan.
Aku tahan wajah
yang pijar. Zafrin pula garu kepala
tersengih. Dia menjeling aku dan aku
hanya mampu menunduk.
“Kenduri bulan
depan ni, bah!” ujar Abang Zafran
lagi. Mereka ketawa lagi.
“Err… bulan
depan? Macam Along tak boleh ke? Minggu depan
je,” ujar Zafrin pula. Dia kenyit
mata padaku yang sedang membulatkan mata
memandang dia.
Aku tahu dia
sekadar bergurau kerana tadi telah kami bincangkan apa yang perlu kami lakukan
terlebih dahulu. Sejauh mana kemampuan
kami, itu adalah perlu menjadi ukuran untuk kami mendirikan rumah tangga nanti.
“Amboi… duit pun
minta dengan Along lagi, ada hati nak bela anak dara orang?” sinis aunty pula.
“Dah diorang
nak, kami izinkan saja,” ujar ayah pula memberi keizinan.
Aku senyum. Zafrin tertawa dan menggeleng.
“Kami dah
rancang yang sepatutnya untuk masa depan
kami,” ujarnya penuh makna padaku.
Setelah
segalanya selesai, Zafrin berlalu bersama keluarganya. Sudah sedia hendak pulang. Aku pandang dia dan dia menghampiri aku
sedikit di depan semua orang.
“Abang doakan
kita sama-sama jaga hubungan kita.
Kejar dulu cita-cita kita sebab abang tahu, Mi seorang yang ambitious. Tunggu abang kerja dulu, kita segerakan
pernikahan kita,” ujarnya dan aku hanya mampu mengangguk bangga.
Sesekali macam
tak percaya pulak, dia adalah lelaki
yang aku langgar beberapa bulan dulu, lelaki yang aku maki dan aku herdik dulu
kerana sikapnya yang menjengkelkan dan lelaki yang aku cintai dalam diam. Dia adalah dia. Segalanya untuk dia.
**
2
tahun berlalu
MASA berlalu
lagi. Memang tak sedar. Selama ini, hanya aku dan Aziana turun naik
panjat tangga fakulti tanpa Anaresa memandangkan dia sedang pantang bersalin
anak kedua. Aziana juga semakin serius
dengan Jimmy. Okeylah tu. Nampak makin matang Si Jimmy tu bila kena tune oleh kawan aku tu.
“Tahniah
Mi. tak sia-sia kau dapat anugerah Dekan
tiap-tiap semester. Dapat lagi anugerah
Naib Canselor. Ni dapat lagi dua offer buat master? Gila kau. Aku tabiklah!” puji Aziana pada aku setelah kami selesai
mengambil surat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master biarpun kami belum lagi menghadiri majlis konvokesyen.
Aku hanya sengih
saja. Dalam hati memikirkan Zafrin
saja. Haruslah dia bangga tapi aku
pastilah sukar hendak membuat pilihan.
“Kau macam mana
dengan Rin? Tak sedia nak kahwin
lagi?” soal Aziana lagi.
Akhir semester
lepas, terus saja aku dan Aziana mohon.
Kini, umur sudah menginjak ke angka 23 tahun. Sebelum tamat peperiksaan yang terakhir dulu,
aku terus memohon untuk menyambung pelajaran bersama Aziana memandangkan Anaresa
masih belum mampu tamatkan pengajiannya.
“Entah… ikutkan
aku dah ready tapi Rin baru kerja,
kan? Kesian jugak dia delay master sampai setahun setengah.
Banyak main sangat!” Aku sengih
pada Aziana dan dia ketawa.
“Pakwe siapa
jugak kena repeat pun,” sela Aziana
dan kali ini giliran aku pula ketawa.
“Ni kau dapat offer luar negara, dia tahu ke?”
Aku
menggeleng. “Nak bagi surprise,” jawabku dan Aziana jegilkan
mata.
“Nak balas
dendam Rin buat kau dulu la kot,” tukasnya dan aku angguk.
Dalam hati
langsung tiada niat begitu. Aku akan
pergi. Tak kiralah dalam atau luar
negara. Kini, tawaran di dalam negara
sudah aku dapat, begitu juga dengan luar negara dan tempatnya juga sama dengan
tawaran Zafrin dulu. Jerman. Andai aku memilih hendak ke negara orang, aku
yakin yang Zafrin tak akan menghalang.
“Nak pilih mana
satu?” soal Aziana kala kami sama-sama
berjalan keluar daripada pagar UiTM.
Aku jongket
bahu. “Entahlah. Nak kena bincang dengan keluarga aku dulu…”
“Zafrin…”
“Aku maklumkan
dia nanti. Tapi, aku rasa dia tak akan
menghalang,” tukasku yakin dan tersenyum tawar.
Rasa bersalah tiba-tiba andai meninggalkan Zafrin lagi untuk beberapa
tahun sedangkan dia dulu kemain memilih Malaysia saja kerana aku.
“Untuk masa
depan kau, Rin akan izikan Mi tapi hati dia tu macam mana? Larat ke dia nak sabar menunggu kau
lagi?”
Persoalan Aziana
aku biarkan tak bersambut. Aku sendiri
tak yakin sama ada Zafrin nak menanti aku atau tidak setelah selama ini. Jodoh itu benar rahsia Allah tapi kami ini
sedang berusaha tapi aku bagaikan melarikan diri pula mengejar cita-cita.
Sudahnya aku
diamkan diri saja. Balik ke rumah sewa
hari tu, aku menghubungi Zafrin. Sejak
dia membina kerja sebagai seorang Jurutera Mekanikal di pejabat Sime Darby,
Jalan Sultan Ismail tu, kami jarang-jarang dapat berhubung.
“Mi ada benda
nak cakap,” ujarku bila Zafrin menjawab salam.
“Apa? Abang busy
sikit hari ni. Tak sempat nak jumpa
Mi. So,
macam mana? Dapat kat mana?” soal dia.
Aku diam
seketika sebelum menjawab. Menyusun ayat
di dalam kepala sebelum aku luahkan agar dia tidak fikir yang bukan-bukan.
“Emm… Mi dapat
dua tawaran,” beritahu aku memulakan kata.
“Tahniah,
sayang. Kat mana?” tanya dia.
“Kat UiTM juga
dan satu lagi dekat…” Bicara aku mati di
situ. Tak sampai hati nak sebut.
“Oversea?” teka Zafrin dan aku diam saja lagi.
Dia
mengeluh. “Abang dah agak. Mi tiap-tiap semester dean list. Result gempak tiap-tiap kali pun. Abang dah agak Mi akan dapat offer ke luar negara juga,”
ulasnya.
Aku diam
lagi. Hanya menanti kata-kata Zafrin
seterusnya.
“Mi mesti nak ke
luar negara, kan?” tanya dia.
Aku masih kelu
tak mampu bersuara kerana apa yang Zafrin katakan itulah yang bermain dalam
minda aku.
“Abang dah tahu
Mi akan pilih cita-cita instead of me. Tak apalah.
Mi buatlah pilihan. Macam abang
dulu, abang lebih rela dok Malaysia ni. Now, abang dah kerja dan Mi dah habis degree.
Kalau ikut perjanjian lama kita dulu, Mi habis belajar, abang kerja,
kita akan nikah. Tapi itu dua tahun
lalu. Hari ni, Mi dapat tawaran
lain. Pergilah sayang kalau itu yang Mi niatkan. Abang tak mampu nak halang. Abang mampu menanti je Mi pulang pada abang
nanti dan abang harap, masa tu abang dah mampu adakan rumah sendiri dan
segalanya buat Mi,” ucap dia.
Nada Zafrin
jelas dia sedih. Berkali-kali keluhan
dia lepaskan menggamarkan yang dia agak
kecewa.
“Mi minta maaf…” Aku hanya mampu berkata demikian kala ini
bila ada airmata yang berjuaraian ke pipi.
“Nope. Jangan minta maaf. Seperti mana Mi pernah cakap pada abang,
mencari ilmu ni ibadah dan jihad. Tetapkan
hati, niat insyaAllah setiap langkah Mi diberkati. Begitu juga hubungan kita. Abang mampu bertahan dua tahun lalu, apa
salahnya abang bertahan lagi untuk dua tahun akan datang, kan?”
Aku ketap bibir.
Terasa bagaikan satu sindiran pula ayat-ayat Zafrin pada aku. Haih… kalau tak bagi pergi baik jangan
bagi. Cakap jelah tak bagi pergi. Ini tidak, bagi pergi tapi menyindir, kenapa?
“Tak nak halang,
Mi?”
“Nak halang
kenapa? Itu cita-cita Mi. Dulu kita pernah cakap, kan? Selagi mampu belajar, kita belajar dan Mi
habis master nanti, jangan cakap
apalah kalau abang nak mohon buat PHd
pulak lepas ni.” Huh, pedih je kata-kata
Zafrin pada aku.
Perbualan kami
tamat begitu saja.
~~> bersambung
Rm u the best....hahah
ReplyDeletekalau berderet entry sekali jalan nih...mesti bekal utk over the weekend sekali nih...
ReplyDeletekeep up the good work RM :)
alamak, camne yerk...dulu si rin sanggup lepaskan yg obersi sebab mi, takkan mi nak lepaskan rin sebab nak p obersi.. sian rin..wah, 1st time hati cakap sian kat rin...
ReplyDeleteeducated couple:))))
ReplyDeletedah 2 tahun berlalu pon masih x bersama lagi..
ReplyDeleteaduhhh pedihhh lah cam ni..
sorang nk amik master.. lps tu sorang nk amik phd.. uittt biler nk habis blajaq ni.. kakak n abang oi..
hehehe. belajar lah selagi ada kemampuan. bcinta lah selagi ade hati dan perasaan. namun yang pasti semuanya dengan izin dariNya. apa pun keep it up. good job writer. (y)
Deletealaaa.. zafrin dah macam merajuk..apalah kau nie mi..kang dia beralih arah dah satu hal..
ReplyDeleteuihh.RM please jgn bg haqmi pntingkan diri...nk nangis skali ngn rin dah ni..kawinkan la diorang..:)
ReplyDeleteermm..so sadd, terbaik lah Ann..
ReplyDeleteaduh makn sedeh nie..
ReplyDeletehuhuhu...sedih jek si zaf nih...
ReplyDeleteMi itu tandanya Rin x bagi pi ..... guna bahasa yang lebut ja.... sendiri mahu faham ja lah.... buatlah macam Rin ... sambung dalam negara ja.... Mi kasihan Rin tunggu lama sangat....
ReplyDeleterehan tq 4 this n3, tapikan kalu x silap akak anak anaresa tu kan lahirnya dlam thn yg sama 1 awal n 1 akhir tahun nape lak slps 2 thn maseh dlam pantang anak yg ke2 lak...
ReplyDeletehairiah
erk silap..hahaha..nnt kita tukar ek..hahaha..lupa la kak dh lama tinggal kSC..hahaha..
Deleterehan makhtar
sayu la pulak
ReplyDeleteRM, U ARE THE BESTT..THANKS 4 NEW N3..
ReplyDeletemi plak nk smbung oversea,cmne la plak dgan rin tp rin first2 bg rstu nk smbung.tp stdy luar byk la dugaan nnti xpe de jdoh bsama la dorang..
ReplyDeleteala sedihnya....nmpk sgt matang Rin dlm n3 kli nie..cita-cita @ cinta???hope Mi dpt bt kptsn terbaik..RM chaiyokk.... U're the best lah...
ReplyDeleteAla keisan nya Rin..
ReplyDeleteMi jgn la zalim sangat..
dah lama Rin tunggu...
adoi RM.. sukakan siksa jiwa dan raga....
uikss..takkan nak tangguhkan lagi mi. sian kat rin.
ReplyDeletejgn smp dia bosan menunggu dah..
thanks rehan. gud n3 :)
ayakss... mcm ni plak ke?dh touching dh rin...huhu
ReplyDeleteCik Penulis ~~~~> :-)
ReplyDeleteJOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com