BAB 19
ZAFRIN tak
tahu yang aku akan berangkat tak lama
lagi setelah aku turunkan tandatangan pada surat tawaran itu. Kini segalanya sudah siap. Tinggal hendak pergi saja. Huh, cabaran betul antara cinta dan cita-cita
ni.
Buat yang diluar
sana, kalau korang pelajar lagi, pilihlah pelajaran kalau masih di meniti
ijazah tapi andai nak buat ijazah sarjana tapi ada yang menanti, pilihlah yang
terbaik dan aku juga sedang membuat pilihan yang terbaik untuk diri aku sendiri.
“Macam mana?” tanya mak saat aku kemaskan bagasi aku.
“Tak ada apalah.
Pakaian je pun. Yang lain beli dekat sanalah,” jawabku tanpa mengetahui apakah
yang mak maksudkan.
“Haqmi!” sergah mak.
“Erk…” Wajah mak aku pandang.
“Mak maksudkan
Zafrin ni. Nak ke dia tunggu kamu?” tanya mak beriak risau.
“Dia kata nak
tunggu…” jawabku lemah bila aku sendiri tak tahu benarkan Zafrin mahu menanti
aku. Buatnya dia tak tunggu, bikin naya
je.
“Jangan yakin
sangat, Mi. Rin tu lelaki. Mak tahulah sebab mak makan garam dulu dari
kamu tapi tak adalah mak kena darah tinggi pun.
Itu perumpanan orang-orang tualah kot-kot kamu tak faham,” ujar mak
loyar buruk.
Aku jeling
dia. Macamlah aku tak tahu peribahasa
Melayu tu. Boleh pulak dia buat lucu
macam tu sedangkan aku nak pecah dada dah ni.
“Dah tu, Mi nak
buat apa?”
“Kahwin
jelah. Lepas tu kamu pergilah belajar,”
ujar mak.
“Tak mudah
mak. Mak tahu kan Mi macam mana. Tak mampu…”
“Tak cuba jangan
cepat cakap tak mampu Haqmi!” pangkas
mak agak marah.
Aku mengeluh.
“Emm… biarlah
maknya. Kalau itu yang dia rasa terbaik,
tak payah nak sekatlah. Lagipun, kalau
dia balik Zafrin kahwin dengan orang lain, Zafrin tu kan ada lagi quota tiga
orang setakat nak selit Haqmi sorang tu, tak ada masalahlah!” ujar ayah pula menyampuk perbualan aku dan
mak.
Hoh, pedih dulu
hati mendengarkan sinis ayah pulak. Sakit
jiwa aku. Membawa rasa dalam dada aku
ni.
“Ayah janganlah
doakan macam tu pulak,” tegurku sedih.
Ayah senyum
sinis. “Ayah tak doa, ayah cakap…”
“Kan cakap tu
satu doa. Ayah nak ke Mi kahwin dengan
Rin jadi bini dia nombor dua ke tiga ke?”
Aku menyoal dengan suara lirih.
“Eh… tak ada
masalah kalau tak termaktub jodoh
kamu. Nombor empat pun nak kata
apa. Kuasa Allah tiada siapa boleh
halang Mi tapi setidak-tidaknya kita kenalah usaha dan sekat apa yang tak elok ni,” jawab ayah pula. Menyindir lagi.
“Itulah… mak
bukan apa, Mi. Rin tu dah korbankan
segalanya sebab kamu. Mak pulak naik
segan dengan mama dia. Dok tanya je bila
boleh dia masuk pinang kamu untuk anak bujang dia tu,” tokok mak pula.
Aku tunduk
saja. Pakaian yang sedang aku lipat, aku
biarkan saja dan sudahnya, aku bangkit berlalu ke bilik tapi telinga aku sempat
menangkap perbualan ayah dan mak.
“Sungguh nak
pergi budak Mi ni. Kesian abang tengok
Zafrin tu. Malam tadi telefon abang, tak
sanggup nak telefon Mi katanya. Dia kata
dia takut menangis dengar suara Mi.
abang cakaplah Mi nak berangkat bila.
Dia kata kirim salam jelah. Tak nak
tengok. Nanti dia pitam katanya,”
beritahu ayah perlahan.
Aku terhenti
daripada merapatkan daun pintu.
“Dulu ingatkan
dia nak belajar dalam negara ni je lepas tu kahwin dan belajar lagi kalau dia
nak. Tapi, kalau ingat dulu Zafrin tak
jadi pergi Jerman sebab dia, tak kanlah anak kita kejam sangat, bang?” Mak pula bersuara.
“Mi pun
cita-cita melangit, maknya. Macamlah tak
kenal anak awak tu. Abang tak kisah tapi
tak naklah tengok dia dan Zafrin berkawan lama-lama. Dulu ingatkan lepas ijazah, nak kahwin
dah. Masa dia cakap ada berita baik tu,
ingatkan nak nikah rupanya dapat master.
Baiklah jugak tapi kita kena buat Mi faham kalau jodoh ada depan mata,
terima jelah,” ulas ayah lagi.
“Tapi, abang
yakin keputusan Mi tu dah tepat dah tu. Dia
dah fikir segalanya tu. Yang lain tu
biarlah dia selesaikan sendiri,” putus ayah akhirnya.
Aku diam
sendiri. Memikirkan kata-kata ayah dan
mak. Benar, Zafrin telah berkorban untuk
aku dan andai dia memberi laluan dan peluang itu ada, perlukah aku tolak
segalanya jika dia memberi janji hendak menanti?
**
HARI INI masa
yang dinantikan tiba. Aku tarik bagasi
itu menuju ke pintu. Mak dan ayah senyum
saja bagaikan menghalau kepergiaan aku. Aku
dail nombor Zafrin berkali-kali tapi tidak berjawab hinggakan aku terpaksa
menebalkan wajah menelefon mamanya.
“Rin ada aunty?” soalku sopan.
“Ada… kejap
aunty panggil. Dah macam orang mati bini
dah budak ni sorang. Mi daftar hari ni,
kan? Belajar rajin-rajin, ya?” Sempat aunty berpesan sebelum dia menyerahkan
telefon itu pada anak lelakinya.
“Rin…” Aku menyeru dia lemah.
Helaan nafas
Zafrin kedengaran berat. Sesekali helaan
nafasnya bagaikan orang sedang menangis atau baru lepas menangis. Macam orang hidung tersumbat.
“Nangis je?” tanyaku bodoh.
“Gelak je. Kenapa?”
sinis dia.
“Rin tak nak
jumpa Mi?”
“Dulu pun Mi tak
nak jumpa abang, kan? Buat apa abang nak
datang sedangkan abang boleh doakan Mi dari jauh?” Huh, ayat balas dendam.
“Itu dulu, Rin
tak pergi pun tapi Mi tetap berkejar ke sana, kan? Rin dah lupa?”
“Sebab tak
lupalah abang kata macam ni. Abang dulu
tolak offer ke sana. Rupanya ada
hikmah. Hikmahnya, perempuan yang abang
cinta akan pergi pula ke sana tinggalkan abang,” sindir dia.
Aku tahan nafas seketika.
Sehari dua ni asyik kena perli je. Ayah
sama, mak juga begitu. Anaresa
lagilah. Ini tambah pulak Zafrin.
“Kan Mi tanya,
tak nak halang ke?”
“Kalau abang
halang, Mi tak nak pergi ke sedangkan hari ni Mi berangkat, kan?” Suara itu kembali serak.
Tak sempat aku
menjawab, dia terlebih dahulu menyambung.
“Tak apalah,
sayang. Pergilah pergi. Abang izikan selagi kita tak ada ikatan sah
untuk buat Mi dengar kata abang sepenuhnya.
Pergilah kejar cita-cita Mi tu. Abang
doakan dari jauh. Biarlah abang tunggu
Mi je dari dulu, kini dan selamanya abang tunggu Mi!” tekan dia dan talian dia matikan.
Aku pegun
lagi. Mata ini berair dan sekelipan
menitis airmata ini menodai pipi aku. Sedihnya
dengan dia tapi haruslah sedih sebab aku nak tinggalkan dia. Bukannya ke mana, tetap berpihak bumi yang
sama dan berbumbungkan langit yang sama.
Baru hendak
melangkah turun bila ayah dan mak sudah menanti, telefon bimbitku bergetar
menerima pesanan ringkas. Bila aku lihat,
ternyata dia.
Abg
xtak akan sekat kehendak Mi sebab abg sygkan Mi. Payah utk
abg tp andai itu yg terbaik buat Mi,
apa lagi abg mampu katakan.
Maafkan abg, xmampu abg lihat
kepergian Mi. Abg xmampu.
Tolonglah abg 1 perkara, jg diri, jg
hati utk abg. Hanya abg.
Airmata aku
semakin lebat menitis kala membawa baik-bait pesanan terakhir dia sebelum
taliannya mati lagi. Tak dapat
disambungkan. Merajuk sungguh-sungguh
ni.
“Hah, cepatlah. Karang lambat pulak daftar ni,” ujar ayah.
“Entah… kata dah
janji dengan Azi,” tambah mak.
Aku cepat-cepat
berlalu ke kereta bila ayah sudah siap meletakkan bagasi aku di dalam boot
kereta dan kami teruskan perjalanan.
Aku diam
saja. Diam sesungguhnya diam. Tak tepat keputusan aku ni? Kalau tak tepat, baik aku pilih yang satu
lagi. Tak ada gunanya begini andai hati
melarat melayan rajuk dia.
Sudahnya aku
tertidur dan bila mak kejutkan aku, kami tiba di destinasi.
“Sampai dah?” tanyaku.
Mak angguk dan
serentak itu ada wajah yang keluar menyambutnya. Aku bersalaman dengan mereka semua.
“Masuklah,” ajak
tuan rumah.
Kami bertiga
masuk ke dalam rumah dan bila ada di tengah-tengah ruang tamu, seluruh ahli
keluarga ada. Aku hanya senyum melihat
mata-mata yang aku kenal tapi sepasang mata
yang aku rindu itu tiada di depan mata.
Kecewa lagi.
“Mana?” Aku menyoal tanpa suara pada salah seorang
ahli keluarga ini.
“Atas…” ujarnya
sambil mencebirkan bibir ke tingkat atas.
“Naiklah,
Mi. Pujuk orang merajuk tak sudah
tu. Siap menangis bagai. Tak malu sungguh,” suruh tuan rumah
lagi.
Aku senyum dan
terus menapak ke atas bila mak dan ayah memberi kebenaran. Bila tiba di depan pintu bilik mula-mula itu,
aku pakukan langkah. Bibir aku tersenyum
lagi. Teringat hal lalu. Singa dan singa bertembung hingga akhirnya
menjadi sebuah kisah cinta yang tulis dan ikhlas.
Perlahan-lahan
aku ketuk pintu biliknya tapi dia kuat menyahut dari dalam dengan nada yang
marah.
“Angah tak nak
makan. Mama masak banyak-banyak tu bagi
jelah tetamu mama makan. Jangan ajak
angah lagi!”
Huh,
garangnya. Aku beranikan diri memulas tombol
pintu itu dan benar dia sedang berbaring mengiring membelakangi aku kini. Daun pintu aku tolak sedikit tapi tidaklah
menjadi rapat. Bimbang pula orang tua
kami memikirkan yang bukan-bukan pula.
“Makan jom,”
ajak aku.
“Orang kata tak
nak…” Serentak itu Zafrin berpaling pada aku dan matanya bulat.
“Eh, buat apa
kat sini?” tanya dia pelik.
“Datang menyerah
diri. Dulu masuk ke kandang singa lapar
ni secara tak sengaja. Tapi, hari ni
singa sarkas ni masuk ke kandang singa lapar ni secara rela,” jawabku
manja.
Dia nampak gamam
lagi. Terkebil-kebil memandang aku yang
masih tercegat di muka pintu.
“Tapi kan Mi…”
“Mi dah buat
pilihan tepat apa. Mi sign tawaran dekat
UiTM tu je. Kenapa nak pergi jauh-jauh
sedangkan taraf pendidikan negara kita dah makin hebat sekarang ni?”
Bila kau berkata
demikian, barulah wajah Zafrin hilang tegangnya. Dia mengukir senyum sedikit demi sedikit.
“Habis tu yang
kononnya berangkat hari ni tu?”
Aku ketawa kecil
bila berjaya buat lelaki ini sasau.
“Berangkat dari
rumah mak dan ayahlah nak pergi daftar masuk hari ni. Tapi, terpaksa singgah sini dulu sebab ada
orang merajuk tak nak makan nasi aunty cakap.
Petang ni pun sempat tapi Encik Singa Lapar ni kena temanlah,” jawabku
sopan.
Dia ketawa
terbahak-bahak. “Pandai kenakan abang,
ya?”
“Mana ada Mi
kenakan. Awak tu yang elak tak nak cakap
dengan orang tapi telefon ayah mengadu, kan?
Konon nak jadi menantu kesayanganlah tu.
Tapi, memang kesayangan pun sebab awaklah satu-satunya menantu ayah dan
mak nanti,” selaku.
Zafrin bangkit
dan melompat sedikit. Dia meraup
wajahnya berkali-kali bagaikan memanjatkan syukur.
“Saya datang ni…
nak meminang awak? Sudi tak?” tanyaku malu-malu.
Sekali lagi
wajah Zafrin bagaikan singa tercekik rusa.
Aku ketawa lembut apatah lagi saat ini ahli keluarga kami hadir
bersama.
“Itu yang mama
masak banyak-banyak ni. Angah bising
pulak. Ada tetamu istimewa yang datang
nak pinang angah ni,” ujar aunty sambil menjeling manja padaku.
Bila mata aku
dan Zafrin bersabung pandang, dia bertanya dalam diam. Berbicara melalui bahasa cinta yang telah
kami sulam bertahun-tahun ini dan sudah sampai masanya aku membuktikan cinta
aku dan Zafrin menzahirkan kasih sayangnya seperti mana yang pernah dia ungkapkan dulu.
“Yahuu!!!! Angah nak nikah esok mama. Angah terima pinangan ini,” jerit Zafrin
sambil terloncat-loncat. Hilang wajah
terkejut itu diganti pula dengan wajah teruja.
Aku bulatkan
mata dan kemudiannya kami sama-sama ketawa.
Zafrin mendekat dan tanpa memikirkan ibu bapa kami yang sedang
memerhatikan, dia memegang tanganku. Poket
jeansnya diseluk lantas dia keluarkan sebentuk cincin belah rotan.
“Bersaksikan ibu
bapa kita, abang ikat Mi sekarang setelah sekian lama Mi elakkan diri dan abang
terpaksa merelakan. Bersaksikan ibu bapa
kita, ini cincin tanda yang Mi tak boleh lari lagi dan kalau perlu berlari,
kita lari sama-sama. Cuma satu je,
tolong katakan apa yang pernah abang minta dulu,” pintanya romantis.
Mak dan ayah
senyum. Aunty dan uncle ketawa
halus melihatkan kami.
“Tak boleh. Tak sampai masanya lagi,” jawabku namun aku
terima saja cincin yang sudah tersarung ke jari manisku kini. Sungguh aku rasa terharu.
“Cantik…” pujiku.
“Bila beli ni?”
Zafrin ketawa
sikit. Dia memandang mamanya. “Ini cincin mama. Abang pinjam dulu tapi mama kata dia
hadiahkan jadi kira abang punyalah.”
Aku bercekak
pinggang. Tak jadi terharu.
“Ingatkan dia
beli!”
“Nanti hari
nikah abang beli yang besar. Ini cop
dulu pakai cincin mama je. Itupun dekat
nak pulang dah tadi sebab merajuk,” balasnya dan kami hanya tersenyum sendiri.
Dalam hati aku
mengucapkan syukur bila setelah istilkhirah ketiga, Zafrin adalah tujuan aku
yang utama. Dialah segalanya. Selamanya untuk dia.
Bila ibu bapa
kami berlalu, dia rapat padaku. Kedua-dua
belah tangannya diseluk ke dalam poket. Bahu
itu terangkat sikit. Wajahnya mendekat
pada telingaku yang dilutupi selendang.
“Mi perhatikan segenap
sudut bilik ni. Dulu abang tak ikhlas
bila Mi masuk ke sini secara tak sengaja tapi selepas ini, inilah tempat yang
abang akan kurung Mi nanti. Abang akan
kurung hinggakan Mi rasa tak nak keluar lagi dari bilik ni tanpa abang dan
dalam bilik ni juga nanti, abang nak Mi laungkan kata-kata cinta buat
abang. Hilang lelah dan hamparkan kasih
sayang buat abang nanti. Di sinilah kita
nanti,” ujarnya menggumam membuatkan seluruh tubuhku meremang bila dia
menyengitkan matanya sekali.
~~> bersambung
Cik Penulis. : Tak sempat marathon sampai bab akhir macam KSC dulu..hehe..ada keje sikit.. malam ni kot.. JOm... ready utk hentakan akhir UD dalam bab 20 (akhir).. terima kasih, layan n maaf atas kekurangan..
waaa.. xcited nk bc yg last
ReplyDeleteKahkahkahkah amboi encik singa ne~ Ada hati nak kurung haqmi dalam bilik eh. Dah naik miang dah tu hahahaha
ReplyDeletealahai tergolek den...
ReplyDeletemi pulak yg pinang..hahhaha
x sabar nak baca last en3 :)
ReplyDeleteHe...He...He...Suka2....tak sabar tggu mlm ni....final chapter....
ReplyDeleteexcited sggh... betull terharuuuu
ReplyDeletekita balik yang tersenyum2 malu..hihihihi
ReplyDeleteala... cik RM... lepas nie dah nak berpisah ngan Mi & rin..
ReplyDeleteso tolong bukan cepat2 supaya boleh peluk selalu..
akak akan rindukan diorg lepas nie...
tahniah cik RM..
wah best.....x sabar tgu...
ReplyDeleteBest...#^_^
ReplyDeleteDah nak habis dah ke???
hehehe.. senyum sorg2 je kite..
ReplyDeleteYeay! Thanks kak Rehan for the triple entry! Terbaiklah! And cant be patient for the last entry! Yeayers!
ReplyDeleteWaiting for the last chapter . :D
ReplyDeletesayang rehan makhtar sangat2! u know how to appreciate your readers! thanks!
ReplyDelete-kak dang
kak rehan....knpe best sgt citenyeee???hehehee...superb!! jatuh cinta tegolek2 kt rin..well done sis!!xsaba tggu mlm ni..senyum smpi tlnga!! ^_______^
ReplyDeletehahahhahahaa.... seronok sgt baca..
ReplyDeletemula mcm nak terajang je si mi ni..sanggup dia nak pi obersea sedangkan rin dulu tolak tawaran.
saya suka..saya sukaaaa!!!
tq rehan
yeayy !! untuk dia, hey. untuk dia, hey :d
ReplyDeleteokeh dah nak last.yeahh:D
ReplyDeletezafrin sooo sweet rehan..cepat la kawen diorg ni.
ReplyDeletelorrr...dh nk abis ke...sedih2...
ReplyDeletealahai sweet la sgt dia org 2 ni...yeaa x lm lg dia org kawen hehhee...
ReplyDeletehahaha...kelakar la diorg ni....sweet..xsbr nk tau kesudahannyer...
ReplyDeleteFuh lega,egat betul nak g jerman....akhirnya mie terikat jgak ngan rin....mmg romantic sungguh la rin ni,hatiku jatuh tergolek baca n3 ni,hihihi....ur rock RM...n3 yg superb membuatkan sentiasa nak jguk jea blog ijau ni;-)
ReplyDeletebest sangat..suka penulisan akak..-Nurul 88
ReplyDeletesuka sangat dgn ending yg hapy camne.olahan yg menarik,leh gak jd pengajaran kt ank2 muda.usah terleka dek hasutan yg d namakn Cinta.ambil lh baik buat panduan,yg meleka kn tu harus abaikn.Cinta d Ilmu sama2 jadi kn sandaran utk Kebahgian d Kejayaan.tampa ilmu d dada pincanglh hidup.syabas dek akak salute kat u.beeest sngt.
ReplyDeletebuat jantung along berdetak hebat je...ingatkan betul haqmi nk g jauh...hehe...x sbr nk tggu last bab...best sgt kak..terbaekkk
ReplyDeleteyeayyy suka sgt bila Mi pinang Rin....dah la rasa cam terbalik nama jerrr haha klaka Rin tu....Rehan Thumbs up untuk kamu... usma
ReplyDeletebergetar hati ni baca ayat2 cinta dorang..hahaha. power!
ReplyDeleteulang ayat sama la eh.. xsempatnak kira pun jauhnya km mi nak p belajaq.miahahaha
ReplyDeleteRM, timakaseh utk n3 ini..sgt2 suka n tak sabor tunggu endingnya!!! Suka couple nikh...
ReplyDeleteyesss.... pandai ya Mi nak kenakan Rin pulak ya..... terbaikkk...
ReplyDeleteyeaaa ske2.. thanks kak RM..
ReplyDeleteSo sweet la rin ni.. nk cri lelaki cm rin lah..
doakan saye dpt hubby mc rin tu >.<
ReplyDeleteKemaruk zafrin, sian dia
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete