BAB 2
MOOD
ke laut. Aku dah tak rasa nak ke rumah
Anaresa. Jeans koyak sikit. Kasut pun
rosak sikit akibat geseran pada jalan raya.
Mamat tu tak tanya pun aku kenapa?
Aku je yang melebih sikit tadi tanya dia. Menyesal aku tanya. Buang masa aku je. Mentang-mentang aku tak pandai mengayat, dia
main bedal je marah aku.
Telefon bimbit
menjerit lagi sedang elok aku labuhkan duduk di atas duduk di tempat menunggu
bas. Motorsikal itu elok saja aku
parking dan topi keladar aku buka pantas.
Telefon bimbit aku tarik dari dalam poket.
Huh, Azi! Cepat-cepat aku tekan punat hijau dan aku
lekapkan ke telinga. Suara Aziana
berdengung kuat masuk tepat menujah gegendang telingaku.
“Kau kat mana,
Mi? kami dah tunggu kau ni,” luah dia
sedikit terjerit.
Kami? Dahiku berkerut seribu. “Kami?”
soalku pelik.
Aziana ketawa
sebelum menjawab. “Aku dengan Jimmy.”
“Amboi… sejak
bila pulak kau dengan mamat kaki menyempit tu?”
sinisku geram.
Ingat kali
terakhir kami pergi ke Johor menyertai pasukan Anaresa lawan bola jaring. Mamat menyempit tu ada. Mujur jugak tak jadi apa-apa masa di
Poliklinik tu bila Abang Zafran tertangkap dia memegang tangan Anaresa. Kalau aku jadi Abang Zaf… dah lama Jimmy tu
masuk wad.
“Ala…
kawan-kawan. Kan Resa ajak kita semua. Kau ni…,” keluh dia menegakkan benang tak
basah dia.
“Emm… aku tak
nak pergilah, Azi. Nak baliklah!”
Aku memang tak ada mood masa ni.
Payah nak
tenangkan hati yang berdebar-debar ni tapi rupanya, mamat tu anggap aku spesis
tak wujud dalam bumi ni. Woi… memanglah
aku macam ni tapi aku pun tahu berbunga-bunga ni.
“Kau
datanglah. Kami tunggu ni. Semua dah ada kat rumah ni. Abang Zaf pun baru je sampai ni ha. Tinggal kau je tak sampai lagi,” ujar Aziana
lagi.
“Aku malaslah…”
“Rajinkan
diri. Dah janji. Melalak sepupu kau kat sini baru kau
tahu!” Serentak itu talian mati. Huh, Azi ni.
Sengaja nak memaksa.
Skrin Nokia C3
itu aku pandang lama. Sebenarnya aku
menahan wajah yang memang berkerut sana sini.
Menahan tangis sebenarnya. Mujur bus-stop ni tak ada orang kala ini. Andai tidak, malu besar. Anak gadis sekasar aku hampir menitiskan
airmata angkara mamat yang aku tak kenal asal usulnya.
“Menangis
dik?”
Aku
terkejut. Cepat-cepat aku seka airmata
yang menari pada tubir mata dengan hujung jari.
Aku pandang empunya suara. Ada
seorang lelaki yang kuagak lagi tua dari aku.
Tersenyum mesra dan menjongketkan keningnya.
“Sakit ke?” tanya dia lagi.
Aku menggeleng
pantas. “Tak adalah sakit,” jawabku
mendatar.
“Ingatkan
sakit,” selanya dan aku terus bangkit hendak berlalu.
“Orang comel,
menangis pun nampak comel jugak!”
Aku sempat
menangkap ayat akhirnya sebelum aku sarungkan topi keledar. Tak jadi aku nak sarungkan ke kepala.
“Kalau kena ni
kat dahi tu lagi comel kot?” tanyaku
sinis sambil mengunjukkan topi keledar itu padanya.
“Erk… gila
garang!” Dia ketawa mengekek. Kawan dia juga sama.
“Gila memang
garang tapi saya tak gila!” tekanku lalu
aku rapat pada motorsikal dan terus saja aku memecut laju menuju ke
destinasi. Ke jalan yang lurus. Memang lurus saja Jalan Kuching ni. Mahu ke rumah keluarga mertua Anaresa.
**
AKU masuk ke
perkarangan rumah lot milik keluarga
Abang Zafran. Ada dua buah kereta kala
ini. Sebuah Alza dan sebuah lagi Mazda
milik Abang Zafran iaitu, suami sepupu aku.
“Assalamualaikum,”
laungku agak kuat bila sudah menongkat motor penuh cermat di belakang Mazda
merah itu.
“Waalaikummussalam… sini Mi…”
Aku dengar suara
Anaresa memanggil namaku dan bila aku berpaling, ternyata semua orang ada di
laman melainkan mama dan abah mertua Anaresa dan juga Abang Zafran
sendiri. Yang ada hanyalah Aziana, Jimmy
dan juga Zafrina, adik ipar Anaresa.
“Lambat!” Anaresa mencemik. Aziana ketawa.
“Sorrylah. Aku ada hal tadi,” jawabku memberi
dalih.
“Hal apa? Bukan ke aku call tadi kau on the way?” soal
Anaresa dan aku angguk saja.
“Eh, Mi… kenapa
seluar tu nampak macam koyak sikit?”
soal Zafrina prihatin.
“Err… entahlah
Kak Rina…” Aku sengih. “Accident tadi sikit.”
“Hah??” Masing-masing bangkit buat muka
terkejut.
Zafrina pantas
mendapatkanku dan terus dibelekkan jeans
yang koyak sedikit pada lutut.
Aku hanya sengih bila Anaresa dan Aziana buat muka. Jimmy hanya diam meneguk air di dalam
gelasnya. Sememeh!
“Sikit ke,
Mi? Biar betul? Nampak macam teruk je?” Zafrina makin kalut.
“Mama…” Tiba-tiba saja dia melaung mamanya dari
luar. Kuat sungguh. Perit telingaku.
“Eh… tak ada
apalah, Kak Rina. Mi okey ni. Sikit je.”
Aku melarang sopan tadi dia terus jerit lagi.
“Abah!!” Dah abah pulak.
“Kau langgar
orang ke, orang langgar kau, Mi?” soal
Anaresa pula.
“Entah.” Aku jongket bahu. Tak nak mengaku salah tapi memang aku
dilanggar orang pun.
“Emm… marilah
kita ke dalam dulu Mi. bagi Kak Rina
tengok luka kamu ni. Kalau teruk memang
kena ke hospital la,” ajak dia seraya mengheret aku.
“Eh… Kak Rina…
ni tak ada apa-apa ni,” dalihku hendak mengelak. Tak nak kecoh-kecoh.
Zafrina bulatkan
matanya. Nampak macam seseorang yang aku
kenal. Siapa, ya? Emm…
“Bukan luka
luar, Mi. Luka dalam tu. Sakit tubuh nanti tak dapat bangun pulak,”
ujar dia dan terus menarik aku diikuti oleh Anaresa dan yang lain.
Baru saja aku
tiba dia porch, Anaresa bersuara lagi.
“Siapa langgar
kau, Mi?” tanya dia.
“Err… orang
yang…”
“Woi… kau yang langgar
aku, kan?”
Erk… tak sempat
aku tamatkan ayat aku yang pendek itu, suara kasar itu menyergah lagi. Aku terpanar.
Wajah tampannya muncul lagi dekat di depan aku.
“Kau?” Telunjukku diluruskan pada dia.
“Haa… aku! Kenapa?
Terkejut? Menyerah diri nampak
sampai ke sini?” soal dia
menyindir.
Aku telan
liur. Rasa marah membakar
tiba-tiba. Tangan Zafrina aku tepis
sedikit. Semua nampak tercengang
termasuk mama dan abah Anaresa.
“Kau apa hal,
hah? Sampai sini kau tunggu aku? Tak puas hati tadi kat jalan raya tak nak
selesaikan.” Aku menahan suara agar
tidak terus terpekik terlolong. Ada rasa
hormat pada orang tua yang ada di depan
aku ni.
“Err… apa hal
ni, Rin?” soal Anaresa pada lelaki
ini.
Aku pandang
Anaresa. “Kau kenal ke lelaki ni,
Resa? Dia inilah yang langgar…”
“Eh… kau yang
tak bagi signal nak masuk kanan tadi,
kan? Yang kau kata aku kenapa? Memang patutlah kau kena langgar. Kalau aku bawa lori, dah lama aku lenyek kau
jadi lempeng!” marah dia balik.
Aku
tercengang. Mataku membulat. Amboi mamat ni. Ini sudah terlebih ni. Puting beliung mula melanda dalam diri ni.
“Angah… apa hal
ni?” tanya abah mertua sepupuku ini.
“Inilah minah
bin mamat yang Angah cerita tadi. Dialah
yang buatkan motor angah calar balar tu.
Buat tangan ni berbalut,” beritahu dia sambil menunjukkan siku yang berbalut
kain kasa putih.
Angah? Siapa dia?
Aku kembali memandang Anaresa dan menghantar persoalan di dalam
diam. Anaresa tersengih dengan riak tak
ada jawapan. Nampak sangat muka
terkejut. Tak semena-mena, muncul pula
wajah Abang Zafran.
“Apa
ni?” tanya dia pelik. Masing-masing diam membuatkan wajah Abang
Zafran semakin berkerut.
“Bila
sampai, Mi?” tanya dia lagi setelah menoleh ke arahku.
“Baru
lagi tapi dah disambut oleh bapak singa kebulur ni,” jawabku mengetap
gigi.
Aku
nampak Abang Zafran bertanya Anaresa dalam diam. Bila Anaresa mendekat pada suaminya, aku tak
tahu apa yang dia bisikkan. Yang pasti
haruslah tentang aku dan mamat singa kebulur ni.
“Eh,
kau mulut tu jaga sikit. Jangan dok
cakap aku bukan-bukan kalau memang kau tu mata pecah!” marah mamat
yang digelar Angah tu padaku.
“Apa
hal ni, Angah?” Suara Abang Zafran
sedikit meninggi. Nampak muka tak puas
hati dan hati aku ketawa mengekek. Tapi,
aku tak tahu lagi siapa dia dengan keluarga ni.
“Kalau
Along nak tahu siapa minah bin mamat tu… inilah orangnya.” Jari dia lurus ke arah wajahku. Dekat dengan batang hidung yang tak berapa
nak mancung ni dan bila nak gigit, dia sempat tariknya semula.
Huh,
mujur kau sempat tarik. Kalau tak memang
kudung jadi kau hari ni. boleh daftar
OKU.
Mata
Abang Zafran bulat dan bibirnya mengukir senyum. Dia menjeling isterinya dan memeluk
tubuhnya. Tersenyum lebar padaku.
“Mi
langgar dia ke tadi?” tanya dia.
“Tak
sengaja. Benda nak jadi,” selaku masih
lagi keras dalam lembut.
“Ala
Angah… benda dah jadi. Nanti Along bagi
duit Angah nak cat motor balik, kan?”
pujuk Abang Zafran pada lelaki ini.
“Ah,
biar singa sarkas ni bayarkan!” tekan
dia marah.
“Weii..
singa sarkas apa wei? Kau tu
sungguh. Singa tua tak ada gigi. Tak ada taring. Kau ingat aku takut ke?” Aku membentak pula. Biarpun Aziana dan Anaresa menarik, aku masih
keraskan tubuh menghadapi lelaki ini.
“Wei…
kau tahu tak ni siapa?” bisik Aziana
padaku tapi aku tetap buat tidak
tahu. Ada aku kisah siapa dia. Yang penting dia cari pasal dulu.
“Eh,
mulut kau tu…”
“Hah,
kenapa dengan mulut aku?” pangkasku
terlebih berani.
“Diam
boleh tak?” tekan Zafrin dengan rahang
yang turun naik. Dia menapak setapak ke
arah Haqmi yang tidak langsung berganjak.
“Dahlah
tu wei… mari kita duduk sana,” ajak Anaresa tapi aku tidak bergerak.
“Ah,
dia buat aku lambat, dia buat aku bengkak.
Segalanya dia. Aku dah minta maaf
dia banyak cengkadak pulak,” sindirku pada dia.
“Eh…
ini rumah aku. Ini keluarga aku. Ini mama dan abah aku dan ini adik aku. Itu kakak ipar aku. Hah? Kau
yang masuk kandang singa kebulur ni kenapa?
Nak kena ngap?” bidas dia
pula.
Kali
ini, aku terlopong sendiri. Aku pandang
wajah semua orang. Semuanya mengangguk
dan tersenyum. Cepat-cepat aku buat
wajah selamba. Masa ni kalau mengalah,
haruslah malu saja pada mamat ni.
“Eleh…
kau ingat aku nak percaya ke?” Tak dapat
tidak, aku tetap nak anggap dia tiada kaitan dengan keluarga ni.
“Err…
Ni Zafrin. Angah Kak Rina, Mi.” Zafrina menyampuk dan bila Abang Zafran
mengangguk, mama dan abah juga sama… aku kelu seketika. Mencari akal nak lari dari keluarga ni
sekarang.
“Hah? Baru kau nak percaya yang kau tu dah serah
diri dalam kandang singa? Amboi… kau tu
minta maaf ikhlas sangat ke? Mulut kau
tu baik kau jaga baik-baik!” marah
Zafrin lagi.
“Eleh,
mulut aku ikut suka akulah. Kau kenapa
kalau aku nak cakap pun?” AKu mencemik
dalam suara yang sudah kendur. Malu pada
orang tua di depan mata yang sedang tersenyum padaku.
“Jangan
sampai aku buat kau diamlah, minah bin mamat!”
“Kau
nak buat apa? Selotape?” sinisku geram.
Orang
dah minta maaf tadi siap pelawa nak teman pergi klinik lagi, dia tak nak. Ni main sembur aku tak sudah-sudah. Tak sempat nak elak, asyik kena bidas dekat
tengah-tengah dahi je. Siapa tahan?
Zafrin
juga makin mendekat padaku. Aku senyum
saja biarpun dalam dada aku hampir pecah melihatkan wajah dia semakin
hampir. Detak jantung juga bagaikan
dipalu. Berdebar. Debunga dalam hati mula pecah bertebaran tapi
aku tahan hati saja. Budak ni tak boleh
bagi muka.
“Emm…
tak apalah aunty… uncle… Mi balik
dululah. Mi datang tak kena waktu. Lagipun, Mi nak pergi klinik dululah. Esok takut tak larat bangun nak pergi kuliah,”
pintaku pada kedua orang tua mereka lembut.
“Baru
datang nak balik dah?” tanya Aunty dan
Uncle serentak.
Aku
hanya mengangguk mengelak daripada melihat wajah Zafrin. Baru aku ingat, Anaresa ada cerita nama
adik-adik iparnya dan aku sendiri tak pernah bersua dengan Zafrin ni. kenduri Anaresa juga aku tak cam
sesiapa. Buat hal sendiri saja.
“Balik
dulu semua…,” pintaku sopan dan terus aku
berpaling.
“Eleh…
takut la tu. Blah la wei… Aku kalau
dengan spesis tak dikenalpasti ni, jangan ingat aku lalu nak hadap sangatlah!” sindir Zafrin kasar.
Langkahku
pegun. Mamat ni sudah melampau. Tak jadi aku sarungkan topi keledar pada
kepala dan terus saja aku berpaling pada dia.
“Eh…
kan aku dah cakap, kalau dengan kau aku lagi suka cium singa sarkas la wei,”
sindirku geram dan terus aku melangkah menuju ke arah motorsikal dan belum sempat
aku pakai topi keledar, topi keledar itu jatuh ke simen bila Zafrin melelar
lenganku kasar.
“Woi…
apa…” Suaraku mati bila Zafrin
mendekatkan wajahnya ke wajahku.
“Nak
sangat singa lapar cium kau, kan?” soal
dia mengejek dan wajah itu semakin dekat membuatkan aku terkedu hinggalah ada
suara yang melarang.
“Jangan
cium anak dara orang!” jerit Aunty.
Semua
yang ada ketawa lepas dan Zafrin tersenyum puas bila aku hampir terjelepuk di
atas simen di porch. Menggeletar seluruh
tubuhku menahan marah. Rasa malu
sungguh.
“Puas hati aku walaupun aku tak sempat cium
kau lagi, singa sarkas!” bisik dia dekat
di telingaku dan dia terus lepaskan bahuku dan menapak masuk ke dalam rumah.
Jagalah
kau! Aku ketap bibir menahan
tangis. Geramnya!
Best! Jangan cium anak dara orang! :)
ReplyDeletebest
ReplyDeletehahahahahaha... ad plak dah singa sarkas n singa lapar...hehehehe
ReplyDeletehaha......besh...
ReplyDeletewah. hahaha. mula2 jumpa dah gaduh mcm ape..
ReplyDeletecepat2 kak rehan smbg lagi. huhu
jangan cium anak dara org...cute...kehkeh...
ReplyDeletecomel nye..ahah..
ReplyDeletehehehe...comel je same2 singa...
ReplyDeletehaha..lwk la..jgn cium ank dara org...best2...
ReplyDeleteLikeeeeeeeeeeeeee.......best...best...nak lagi....
ReplyDeletehehehehe... sib baik tak sempat cium...
ReplyDelete-Ika Hatika-
hehe mula2 gaduh lama2 sayang lak..so sweet :)
ReplyDeletecian kt mi.. dua2 pun panas baran...
ReplyDeletehehehe best ..terbaikkk ....cute lah mi heheh
ReplyDeleteHehehe....comel..Jangan cium Anak Dara Orang...!
ReplyDeletebest....comel sngt2....'Jangan Cium Anak Dara Orang'.............
ReplyDeleteekekekeekeke kesian haqmi haha
ReplyDeletebest.........
ReplyDeleteklakar lak....
ReplyDeletesuka2x..
hehehe..snyum je bca ayt2 gaduh diorg brdua nie...terbaik la RM..first bt cita abg ptus cinta, psatu smbg plak dgn si abg brtemu jdoh dgn si gadis muda yg ranggi, kasut merah mak ngah..nie lak cita ttg si adk dgn minah bin mamat...so good la RM nie...njoy jer bca stiap krya2 RM...
ReplyDeletekelakar nikh..waiting for nxt n3..
ReplyDeletekenapa dah tak sambung stk dah? sedih la camni...
ReplyDeletesyiokkkkkkkk
ReplyDeletebestlah RM, ada je idea baru cite RM nk bagi kami syokkan? nak lagi dn lagi... cepat sambung ye... RM
ReplyDeletenovel RM yg mana pula yg akan keluar dipasaran? dh x
sabar nk kumpul buat koleksi ni... lambat lagi ke nk
diversi cetakkan?
alahai rasa lemau je bila masuk blog RM tp tak de stk..... x best, x best, x best.....
ReplyDeletehahahaha..2x5 je diorg ni..singa sarkas lh singa lapr lh..hahaha.. dua2 pn xnk mngalah btw, bestt kak RM...
ReplyDeletebestttt...
ReplyDeletenak ciumannnn tu...
hahahaaa
ehem nampak mcm perasaan kita pun tgh menari-nari rancak kat kepala nie wei.........ehhhh Pn RM nie macam tau-tau aje nak buat kite addicted kat cerita dia......he he
ReplyDeleteTia
garang dgn garang.. haruuuuu...kecohhhhh.. hehehe tq RM
ReplyDeleteohmygod so cuteeeee ^^
ReplyDeletezafrin punya perangai mmg buat akk teringt zmn2 sklh rndh ada sorg budk laki ni.mmg jns cept melenting n suka ugut bdk pompuan yg bnyk ckp dgn cr ni.mmg mnjd! ^^
ReplyDeleteLawan balik mie, jgn kasi lepas itu angah.......balasss
ReplyDelete